Bila Anda Bengang, Stress, Down Apa Yang Anda Buat? Cabaran Hari Ketujuh selepas IMKK – Silent Switch.

oleh Team Richworks pada 10 March 2018

Siapa yang tak rindu moment SWITCH!

Semua peserta IMKK dari dulu sampai sekarang tentu akan ingat sangat-sangat saat SWITCH.

SWITCH – sesuatu alsi yang kita tak boleh nak buat kat mana-mana.  Nanti orang akan kata kita gila! Sedangkan mereka tak sedar, orang yang nak sangat-sangat berjaya memang selalunya buat tindakan gila-gila…

Untuk hari ini, hari Ahad dan anda sedang bersantai di rumah bersama keluarga, kami nak berikan anda cabaran SILENT SWITCH.

Poskan dan ceritakan kepada kami, bagaimana anda buat silent switch, apa perasaan anda bila pertama kali buat switch, apa yang anda rasa bila dah buat switch, lega, release, terharu?

Kongsikan gamba-gambar silent switch anda di Facebook Group IMKK Mac 2018.  Jom bersama-sama imbas kembali saat-saat best dapat buat switch ramai-ramai dengan 9000 peserta.  Auranya sampai berdiri bulu roma kan?

Ada sebab kenapa Dr Azizan Osman ajar teknik Switch.

Switch adalah untuk membantu kita berada dalam ‘peak state’ iaitu keadaan di mana kita akan berada di dalam energy yang tinggi, tak lemau, bersedia nak terima cabaran dan bersedia untuk bertindak.

Selama ini, ramai orang hidupnya setiasa dalam keadaan negatif, keadaan lemah dan terima saja keadaan tanpa berusaha nak ubah dan perbaiki hidup kerana mereka tak berada dalam keadaan peak state.  Nak pergi office pun lemah, nak buka kedai pun lemah, tak bersemangat jadi macam mana perkara yang baik-baik nak datang.

Salah satu cara untuk sentiasa berada dalam keadaan peak state ialah sentiasa dikelilingi dengan circle yang positif, dan ramai #AnakDidikDrAzizan yang sentiasa hadir program demi nak dapatkan circle positif.

Selain dari itu, ilmu-ilmu yang dari Dr Azizan Osman juga boleh berikan mereka berada dalam keadaan bertenaga untuk buat tindakan.  Contoh seperti ilmu-ilmu marketing yang mudah, yang boleh anda buat segera tanpa perlukan kos yang tinggi, yang InsyaAllah akan berikan hasil kepada bisnes anda.  Selalunya, selepas peserta balik dari program Millionaire Marketing Mastery (MMM) mereka akan bersemangat nak buat marketing untuk bisnes mereka.

Tonton sekejap sharing  dari Tuan Nazli, yang hanya jual goreng pisang tapi energy dan tindakan yang beliau ambil (sampai boleh buat kelas untuk peniaga goreng pisang!) dah buatkan bisnes goreng pisang beliau buat sales hampir RM2000 sehari. Amacam?  Goreng pisang je..Kau goreng apa?

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Pemasaran Bisnes, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start