Bila Usahawan Mula Besar Kepala, Bisnes Tunggu Masa Merudum! 

oleh Team Richworks pada 13 March 2017

Bila Usahawan Mula Besar Kepala, Bisnes Tunggu Masa Merudum! 


Seingat saya, saya started coaching & training sejak saya terlibat dalam syarikat pengiklanan & pemasaran seawal tahun 2001. Cuma waktu itu, ia melibatkan internal manager dan executives dalam syarikat saya. Dan bila saya decided untuk involve heavily dalam business coaching training industry serta menjadi Business Coach secara dekat kepada group usahawan #Titanium samada #TitaniumPremier, #TitaniumCircle atau mereka yang di coach selepas kelas intensif Millionaire Marketing Mastery (MMM). Saya dapati satu persamaan di antara mereka yang akan terus menerus meningkat perniagaan mereka dengan mereka yang stuck atau jatuh adalah,

SIKAP.

Jika seseorang usahawan itu saya lihat terus menerus sedia menerima teguran dan kritikan, masih suka diajar atau dia sendiri mahu belajar, saya lihat peningkatan orang seperti ini amat luar biasa apatah lagi jika dia tahu hormati orang lain walaupun result dia adalah sangat gila khinzir bagus.’

Ini kisah benar dan pengamatan sebenar.

Bahayanya kejayaan adalah bila ia buat kita besar kepala dan rasa bagus walaupun sebenarnya jauh lagi perjalanan kita.

Bila dah start belanja duit suka suki beli barang-barang mewah kereta mewah tanpa perancangan kewangan yang betul. Mula bercakap macam dunia ini dia punya, saya akan senyum. Tegur dengan hikmah dan jalan terus. Mudah-mudahan dia tidak perlu lalui kesilapan saya waktu nak “up” lama dahulu. Rasa macam bagus kemudian lingkup.

Wallahu A’lam. Mudah2an kita semua Allah swt jadikan di kalangan mereka yang stay humble dan sentiasa merendah hati kepadaNya serta menghormati orang lain.

Baru buat income lebih sikit dah rasa macam power dah lupa solat 5 waktu tu apa, bagaimana Allah swt nak beri lebih nikmat kan?

Ya Allah, jadikanlan kami di kalangan mereka yang sentiasa bersyukur!

P/S Apa kata anda tag pesanan ini kepada rakan-rakan anda yang berniaga atau baru nak Up berniaga, founder, stockist, ejen, konsultan, dropship anda! Semoga jadi ingatan bersama!

Lagi mengenai artikel: Blog, Kisah Saya, Umum
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2019 © RichWorks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start