Bisnes Suram Selepas Aidilfitri? 5 Cara Mudah Untuk Buat Promosi Dan Tarik Pelanggan Selepas Raya.

oleh Team Richworks pada 12 June 2018

5 Cara Mudah Untuk Buat Promosi Dan Tarik Pelanggan Selepas Raya.

 

Menjadi usahawan memang indah bila banyak sales masuk.  Dari sebelum puasa ramai usahawan dah buat macam-macam cara untuk pastikan bisnes kencang di musim perayaan.  Dengar ceritanya ramai yang seronok berhari raya tahun ini kerana jumlah sales raya yang tinggi.

Balik kampung pun bergaya semacam je…

TAPI, kadang-kadang panas tak selamanya.  Ada masa hujan lebat dan guruh petir tiba jua.  Bisnes yang dahulunya kencang sampai tak cukup tangan nak uruskan, sehinggakan anda tak tidur malam menguruskan tempahan dan jualan, tiba-tiba selepas raya semuanya suram dan muram. Kedai pun dah kosong. Lagu raya berkumandang sendiri. Ada yang lebih teruk, stok barang langsung tak ada, kedai-tunggang langgang dan lengang macam selepas ditimpa bencana.

Apa nak buat? Raya atau tak, kos tetap berjalan.  Bil tetap kena bayar.  Cashflow mesti sentiasa bagus. Takkan nak harapkan sales sebelum raya untuk tanggung semua?  Kan sepatutnya anda rancang cashflow untuk pastikan tiada perbelanjaan yang akan melebihi pendapatan?

Masalah seperti ini biasa dihadapi oleh ramai usahawan di luar sana.  Usahawan yang bijak akan rancang perbelanjaan, rancang cashflow dan pastikan ada sales masuk walaupun pada hari raya! Tapi ramai juga yang kononnya pilih jalan nak rehat dulu ketika raya.  Hari raya pertama rehat dulu, hari raya kedua cuti lagi, hari raya ketiga masih terus cuti..Eh! Tak boleh jadi ni? Makin lama anda tangguhkan operasi kedai, makin lemaulah anda nak mulakannya kembali.  Momentum dah lari!

Kami nak kongsikan dengan anda 5 jenis promosi yang anda boleh buat selepas Hari Raya, supaya anda dapat teruskan buat sales masuk setiap hari.

1) Contest Raya

  • Anda boleh adakan satu contest Hari Raya yang bertujuan untuk tambahkan jualan dan tingkatkan traffic dari pelanggan dan prospek ke kedai anda. Contest boleh dibuat secara online melalui Facebook atau Media Sosial atau boleh juga dibuat ke atas pengunjung kedai anda.
  • Syarat-syarat penyertaan mestilah mudah dan hadiah perlulah menarik. Anda mungkin boleh lancarkan contest Raya anda ini secara besar-besaran di platform online atau mungkin boleh pasang banner dan bunting di kawasan sekitar kedai anda.

2) Tawaran Harga Menarik

  • Sebuah kedai cuci kereta di sebuah bandar mendapati semakin hampir dengan hari raya, semakin kurang sales yang dibuat kerana orang ramai sudah mula berjimat cermat dan mula memotong belanjawan ke atas perkara yang kurang penting atau ramai pelanggan dah mula pulang ke kampung halaman.  Selepas hari raya keadaannya lagi teruk.  Pelanggan yang dah banyak berbelanja membuat persiapan raya sanggup untuk cuci kereta sendiri asalkan dapat jimat duit!
  • Apa yang pemilik kedai cuci kereta itu lakukan ialah dengan membuat potongan harga sebanyak 50% atas setiap pelanggan yang menggunakan perkhidmatan beliau.  Dari RM10 caj cuci sebuah kereta, kini hanya tinggal RM5 sahaja.  Tiba-tiba, kedai cuci keretanya diserbu ramai pelanggan. Mereka sanggup beratur panjang dan menunggu lama. Ada yang datang dari jauh demi nak dapatkan servis pada harga yang jauh lebih murah. Kan bagus tu?

3) Teknik ‘Placement & Pricing’

  • Dr Azizan Osman pernah kongsikan teknik ini dalam satu program marketing kami.  Letakkan barangan yang harga murah, yang mahu dihabiskan stok dan tulis besar-besar  perkataan ‘tawaran’, ‘potongan harga’, ‘diskaun’, ‘stock clearance’ dan letakannya di luar kedai, tempat orang ramai lalu lalang.  Jika berniaga online, anda boleh letakannya di main page.
  • Cara ini adalah untuk menarik perhatian orang ramai untuk berhenti di kedai atau page anda dan dia akan belek-belek.  Bila mereka dah tengok dan tak jumpa apa yang dicari, mereka akan tanya “Ada stok lain?”  atau “Ada lagi tak yang macam ni?
  • Ha….Dia tanya! Bagi usahawan, bila pelanggan dah tanya, bermakna ada  peluang untuk anda buat sales lebih baik hari ini.

4) Referal

  • Ini satu lagi teknik yang anda boleh gunakan untuk tingkatkan sales selepas Hari Raya.  Caranya mudah dan bagus jika anda ada database.  Apa yang anda perlu buat ialah anda keluarkan satu pengumuman, SMS Blasting, Emel atau WhatsApp dan maklumkan kepada database anda bahawa ada potongan harga sehingga 50% atau lebih jika mereka hadir bersama kawan atau kenalan. Ini contoh. Dan bila mereka hadir bersama kawan-kawan, anda boleh berikan diskaun seperti yang dijanjikan, dan cuba ‘up sell’ supaya pelanggan dapat berbelanja lebih banyak. Jangan pula lupa nak layan kawan yang hadir bersama pelanggan anda dan ‘convert’ mereka jadi pelanggan setia anda pula.

5) Rumah Terbuka

  • Dah alang-alang kedai anda sunyi sepi, apa kata anda sibukkan diri anda sedikit dengan adakan jamuan raya di kedai anda.  Anda hanya perlu invite database anda untuk hadir melalui Posting di Media Sosial, SMS Blasting dan WhatsApp. Jika anda bijak, anda boleh bergabung tenaga dan minta tajaan catering, tajaan khemah, tajaan sound system dan anda hanya perlu war-warkan nama penaja anda sepanjang program. Mereka dapat marketing percuma, anda dapat tarik pelanggan untuk datang ke kedai anda.

Seeloknya anda dah rancang semua perkara ini sebelum Cuti Raya.  Untuk semua kos perbelanjaan yang perlu diadakan untuk tujuan promosi ini, perlu direkod dan dibuat belanjawan.  Anda juga perlu ada target jualan yang anda nak capai pada setiap aktiviti promosi ini.  Barulah sedap nak berbisnes!

Lagi mengenai artikel: Blog
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start