5 Kesilapan Manusia Sering Buat Kepada Diri Sendiri.

oleh Azizan Osman pada 28 April 2017

5 Kesilapan Manusia Sering Buat Kepada Diri Sendiri - 000

Siapa nak mengaku silap sendiri?  Betul tak?  Baik sorokkannya kat mana-mana, bukannya ada orang nampak.  Tapi, ramai tak sedar, dalam kita nak menyorok kesilapan kita, makin lama, makin banyak kita akan buat kesilapan baru.  Dan kesilapan inilah yang akan memakan diri kita sendiri.  Kesilapan inilah yang buatkan kita tak mampu nak ubah kehidupan menjadi lebih baik.

Di hari Jumaat yang mulia ini, kami nak ajak bersama-sama muhasabah diri sikit dan fikirkan 5 kesilapan yang manusia sering lakukan kepada diri sendiri ini.

1. Sabotaj Diri Sendiri.

5 Kesilapan Manusia Sering Buat Kepada Diri Sendiri - 001B

Selalunya, orang yang bunuh diri sendiri ialah diri sendiri.  Macam mana pulak tu?  Dalam diri kita selalunya ada dua suara hati.  Suara hati yang baik dan suara hati yang jahat.  Selalunya, suara hati yang baik, sering ajak kita untuk berbuat kebaikan, nak berusaha lebih, nak cari ilmu tapi malangnya, suara hati jahat yang selalu membunuh cita-cita kita.

Bila diri dan akal kita tak kuat, suara hati yang jahat ni akan bersuara lebih kuat dari suara hati yang baik.  Dan tubuh badan kita akan buat tindakan ikut suara hati jahat sebab kita gagal nak melawannya.

2. Takut.

5 Kesilapan Manusia Sering Buat Kepada Diri Sendiri - 002B

Ramai orang biarkan ketakutan menguasai fikiran dan hati mereka.  Tak salah untuk rasa takut, itu normal tapi membiarkan ketakutan menguasai fikiran, menguasai hati dan perlakuan kita itu tak normal.

Masalahnya, ramai yang tak tahu, benda yang kita takutkan tu hanya didalam perasaan dan fikiran.  Ianya tak berlaku lagi.  COntohnya, kita takut gagal dalam bisnes sedangkan kita tak mula berbisnes lagi, kita takut sakit bila jatuh basikal, sedangkan kita tak mula kayuh lagi.

Ingat masa kita kecil, kita hidup tanpa ketakutan.  Lihat apa perkara yang kita boleh capai waktu itu.  Mana lingkang yang kita tak lompat, mana pokok tinggi yang kita tak panjat.  Cuma bila dewasa, kita banyak sangat biarkan pengalaman dan faktor sekitar serta cakap-cakap orang kuasai hati dan fikiran kita.  So jadilah kita penakut!

3.  Malas Belajar.

5 Kesilapan Manusia Sering Buat Kepada Diri Sendiri - 003B

Orang yang malas nak tambah dan tingkatkan ilmunya adalah manusia yang sangat rugi.  Mereka macam katak di bawah tempurung.  Duduklah dalam kegelapan dan ruang yang sempit, dan tak tahu apa yang berlaku di luar, dan tak tahu bahawa dia boleh lompat di kawasan yang lebih luas di luar tempurung.

Bila malas belajar, banyak peluang kita akan terlepas.  Peluang nak perbaiki diri, nak tingkatkan pendapatan, nak tambah kejayaan dan macam-macam lagi. Ada juga orang yang rasa bijaklah sangat, sehingga tak rasa perlu untuk menuntut ilmu.  Mereka rasa maklumat semua ada di dalam otak atau di hujung jari sedangkan sebenarnya dia tak tahu apa yang dia tak tahu. Orang yang malas belajar adalah orang yang sangat rugi.  Belajar bukan bermaksud kena masuk universiti, carilah mana-mana sumber ilmu yang dah terbukti, yang ada hasil yang anda rasa dapat bantu anda tingkatkan tahap kehidupan sendiri.

4. Buang Masa.

5 Kesilapan Manusia Sering Buat Kepada Diri Sendiri - 004B

Ramai orang tak suka cakap tentang cita-cita mereka sebab mereka anggap ianya membuang masa.  Memikirkan tentang cita-cita adalah perkara buang masa kerana mereka yakin cita-cita mereka takkan tercapai!  Pelik kan?

Habis tu? Yang asyik buang masa dengan gadget dan hiburan sehingga langsung tak luangkan masa untuk buat tindakan demi nak capai kejayaan ‘tu tak membuang masa, namanya?

Ramai orang suka buang masa dan abaikan cita-cita mereka kerana mereka tak rasa cita-cita mereka penting.  Mereka tak rasa PERLU untuk capai cita-cita dan mereka tak faham apa perubahan yang bakal mereka dapat bila cita-cita mereka tercapai.

5. Ambil Yang Mudah.

5 Kesilapan Manusia Sering Buat Kepada Diri Sendiri - 005B

Kita memang suka ambil yang mudah dan buat sesuatu yang senang.  Yang lebih best, kita suka buat sesuatu yang kita dah tahu macam mana nak buat dan macam mana hasilnya.  Lebih-lebih lagi, hasilnya itu memberi rasa cukup dan selesa kepada kita.

Inilah silapnya!  Bila kita biarkan diri kita berada di tahap selesa, dan bila kita rasakan semua yang kita buat adalah mudah, itu tandanya kita tak meningkat dan tak maju.  Itu tandanya kita berada di tahap yang sama, tahap pendapatan yang sama, tahap kejayaan yang sama, dan tahap kebahagiaan yang sama.

Ditambah pula bila kita ada rasa ‘tak apa, cukuplah apa yang ada’.  Maka, lagi tak berkembang baiklah diri kita.   Jika anda nak berjaya, anda perlu berada di dalam keadaan yang sentiasa mencabar anda untuk buat lebih baik dari sebelumnya. Barulah ada hasil yang lebih baik yang boleh kita banggakan.

#TeamRichworks #ResultMatters

 

7 Masalah Utama Manusia Dan Cadangan Penyelesaiannya.

oleh Azizan Osman pada 25 April 2017

7 Masalah Utama Manusia Dan Cadangan Penyelesaiannya - 000

Berat betul kepala fikirkan masalah…

Lepas habis satu masalah, datang pula masalah lain. Dah ada bisnes tapi masih ada masalah kewangan.  Dah bisnes bertahun-tahun tapi masih tak mampu nak berikan kasih sayang kepada keluarga, semuanya jadi huru hara. Itu untuk yang ada bisnes, yang makan gaji pula, bukan tak ada perasaan atau hajat nak berniaga, tapi bila buat asyik gagal.  Semua asyik tak jadi. Musibah datang bertimpa-timpa.

Pening kepala fikirkan masalah hidup sehinggakan kadang-kala hati ini terasa..Aku Tak Layak Untuk Berjaya!

COPPP!  Jangan teruskan kesedihan anda.  Kami nak beritahu, bukan anda seorang kat dunia yang ada masalah-masalah ini.  Syukur Alhamdulillah, anda sedar bahawa anda hidup bermasalah, ada  ramai orang lain langsung tak tahu hidup mereka bermasalah.

Kami nak kongsikan dengan anda 7 Masalah Utama Manusia dan cadangan jalan penyelesaian supaya anda tak lagi rasa pening kepala, sedih, tak keruan… Baca sampai habis ye..

1. Masalah Kewangan.

7 Masalah Utama Manusia Dan Cadangan Penyelesaiannya

Ramai orang kaitkan masalah kewangan dengan masalah ekonomi dunia.  Harga minyak yang sekejap turun, sekejap naik, harga barang yang mencanak, kos kehidupan yang meningkat buatkan semuanya jadi faktor kepada masalah kewangan manusia.  Terutamanya bagi yang pendapatannya statik dan bergantung kepada satu sumber sahaja.

Macam mana nak selesaikannya, bagi yang belum berniaga, ini adalah masanya untuk anda fikirkan semula, tentang kewangan anda.  Anda mungkin perlu untuk mula tambah pendapatan dari sumber yang lain, contohnya melalui perniagaan.

Bagi yang dah berniaga, anda mungkin perlu fikir cara untuk menambahkan jualan setiap bulan.  Mungkin anda boleh tambahkan medium jualan anda dengan tambahkan stokis dan agen, tambah cawangan, buat lebih banyak promosi dan lain-lain lagi.  Faham ye?

2. Tiada Kasih Sayang.

7 Masalah Utama Manusia Dan Cadangan Penyelesaiannya - 002B

Masalah kedua yang selalu dihadapi oleh manusia ialah perasan kasih sayang yang dah mula luntur.  Sedar tak? Ramai orang luangkan banyak masa  untuk cari duit, tapi duit tetap tak ada.  Yang paling teruk, ikatan kasih sayang dengan keluarga pun mula pudar.

Bagi yang bekerja, mungkin ramai yang terpaksa menghabiskan banyak masa dalam kesesakan lalu lintas di tempat kerja.  Terpaksa kerja lebih masa dan korbankan banyak tenaga demi nak siapkan kerja.  Balik dari tempat kerja pun dah lewat, anda dah keletihan untuk spend sisa masa yang ada dengan keluarga.  Anda mungkin perlu fikirkan cara terbaik untuk anda ada lebih banyak masa dengan orang tersayang. Mungkin anda perlu pindah lebih hampir dengan tempat kerja, atau cari kerja lain yang dapat berikan anda lebih masa.

Untuk yang berniaga, ada yang berniaga tanpa ilmu yang betul sehinggakan anda terpaksa bersusah payah berniaga, andalah yang perlu buat semua kerja.  Akhirnya, anda habiskan banyak masa dan korbankan masa untuk keluarga dan hasil yang anda dapat tak seberapa. Anda boleh lantik pembantu dan latih mereka untuk buat kerja sebaik anda. Wujudkan sistem dalam perniagaan anda supaya pembantu anda boleh menguruskannya.

3. Selalu Gagal.

7 Masalah Utama Manusia Dan Cadangan Penyelesaiannya - 003B

Pernah tak alami keadaan ‘ni?  Banyak kali anda cuba nak capai impian anda, tapi ianya gagal di tengah jalan? Kita lihat orang lain buat macam mudah ‘je, kita yang berhempas pulas langsung tak nampak hasilnya.  Ada tak antara anda yang macam ni?

Kita lihat orang lain mudah sangat untuk berjaya, dapat bina kehidupan yang lebih baik, dapat capai semua cita-cita tapi kita sebenarnya tak nampak usaha dia dan ilmu yang dia ada.  Cer fikir, kenapa anda gagal, kenapa anda buat dan tak nampak hasil?

Sebab, anda berusaha tanpa ilmu.  Buat-buat tapi tak tahu hala tuju.  Ataupun, anda buat kerja separuh jalan.  Rasa macam susah je sikit, anda putus asa.  Jika anda ada ilmu bagaimana nak buat apa tindakan yang anda perlu buat untuk capai apa yang anda impikan, InsyaAllah anda akan capai apa yang anda nak capai.

4. Tak Kaya-Kaya.

7 Masalah Utama Manusia Dan Cadangan Penyelesaiannya - 004B

Bila sebut kaya, jangan fikir ianya setakat kaya duit sahaja.  Kaya dengan kesihatan yang baik, kaya dengan perhubungan yang baik, kaya dengan kejayaan dan kaya dengan keberkatan.  Masalahnya, ramai orang dah lah tak kaya duit dan dia juga tak sihat, tak bahagia, tak berjaya serta tak berkat.  Pernah tak jumpa orang yang macam ‘ni?

Hidup mereka macam tiada arah tujuan.  Asyik serabut dengan masalah.  Tak pernah bahagia dan tak pernah rasa cukup.  Anehnya, mereka berusaha bagai nak gila,  Nampak macam rajin berusaha tapi isinya kosong sahaja.

Mereka sebenarnya berusaha dengan cara yang salah.  Tanpa ilmu, tanpa hala tuju yang jelas, tanpa tahu bagaimana nak berusaha sebaiknya.  Kadang-kadang, apa yang kita impikan macam susah kita nak capai sedangkan kita dah berusaha sebaiknya.  Puncanya mungkin dari hati kita sendiri.  Hati yang kotor, susah nak jadi magnet tarikan rezeki yang baik.  Jadi, cuba cek hati sendiri, bersih ke?

5. Musibah Datang Bertimpa-Timpa.

7 Masalah Utama Manusia Dan Cadangan Penyelesaiannya - 005B

Ini bukan lagi malang namanya! Tak tahulah nak panggil apa…

Ada orang yang hidupnya sentiasa dirundung malang.  Duit selalu bocor, rumahtangga berantakkan, anak-anak selalu tak sihat, kereta atau motor selalu bermasalah, asyik hilang barang, asyik tak cukup duit, dan banyak lagi masalah yang sering datang dan datang lagi.

Kenapa ye?  Bila musibah datang bertimpa-timpa, ia sebenarnya adalah tanda Tuhan mahukan kita cek balik diri sendiri.  Muhasabah.  Apa perkara dalam diri kita yang tak betul, yang salah yang sentiasa kita lakukan.  Manusia sekarang ramai yang hidup setakat hidup.  Hidup bagaikan tak ada erti dan tak terfikirkan nak beri erti yang lebih baik kepada kehidupan.  Dalam kita mengejar hidup, ada banyak perkara yang kita abaikan.  Kita abaikan masa kita dengan Tuhan, abaikan tanggungjawab, hidup dengan penuh ego, dan macam-macam lagi.  Sedikit demi sedikit, kebahagian yang kita ada ditarik dengan ditimpakan masalah yang selalu datang.

6. Tak Tahu Banyak Perkara.

7 Masalah Utama Manusia Dan Cadangan Penyelesaiannya - 006B

Dr Azizan Osman kata, “Setinggi mana ilmu yang anda ada, setinggi itulah anda tahu bagaimana cara nak cari duit, setinggi itulah tahap pendapatan anda.”  Betul kan?  Ramai orang, tak tahu banyak perkara.  Dan yang best lagi, dia tak tahu pun bahawa dia tak tahu banyak perkara.  Maka hiduplah dia dengan ketidak tahuan.

Bila mereka hidup dan tak tahu banyak perkara, hidup tak suka cari ilmu, tak suka belajar dan tak suka cari pengalaman baru, mereka akan jalani kehidupan dengan keadaan yang sama dari dulu sampai sekarang.  Mereka rasa selesa dengan apa yang mereka ada, tapi mereka tak tahu mereka ada potensi yang lebih besar untuk berjaya dan mereka tak tahu cara untuk berjaya.

Kebanyakan orang yang seperti ini, mereka tak suka cari ilmu, tak suka perubahan, tak suka sesuatu yang baru dan mereka rasa mereka dah tahu banyak perkara.  Hanya dengan ilmu boleh ubah segalanya…

Nak hidup lebih baik, cari ilmu dan pastikan anda buat tindakan dengan ilmu yang anda ada.  Ilmu yang macam mana, ilmu yang boleh bantu anda capai kejayaan.

7. Tak Erat Dengan Tuhan.

7 Masalah Utama Manusia Dan Cadangan Penyelesaiannya - 007B

Ini berat!  Masalah besar bila manusia tak erat dengan Tuhan.  Tuhan, ‘source’ utama kejayaan, kekayaan, kebahagiaan, kesihatan dan keberkatan yang kita mahukan.  Berusaha sekuat mana pun, jika Dia tak izinkan, kita akan sukar nak berjaya.

Bukanlah maknanya, bila kita erat dengan Tuhan, hidup kita tak akan ada masalah, tapi ianya akan jadi lebih mudah nak dihadapi, ianya jadi seperti perkara kecil saja dalam hidup kita kerana kita yakin Allah akan ada bersama untuk bantu kita.

#TeamRichworks #TeamAzizan

 

9 Persediaan ke IMKK April 2017

oleh Azizan Osman pada 17 April 2017

000

Cop..cop…ada orang tanya IMKK ni apa?

Ok, untuk yang bertanya, IMKK ialah Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan yang akan berlangsung selama 3 hari bermula dari 29 April – 1 Mei di Ideal Convention Center (IDCC) Shah Alam, dan merupakan satu program yang telah membantu puluhan ribu peserta yang hadir untuk ketahui apa kunci kejayaan hidup yang selama ini tertanam dalam diri, apa tindakan yang patut diambil untuk berjaya dan banyak lagi perkara yang buatkan mereka yang pernah hadir capai kejayaan gila-gila selepas praktikkan semua ilmu yang diajar.

Dan…..

Ramai yang PM kami nak tanya macam-macam info.  Ada yang baru nak daftarkan ahli keluarga dan kenalan.

Ada yang panik sebab hotel dah penuh.

Ada juga yang tanya tentang suhu dewan, tandas kat mana, surau ada disediakan ke?  Dan macam-macam lagi.

Teruja betul semua bakal peserta IMKK April 2017.

Untuk kami bantu 5000 peserta yang bakal hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) April ini, kami nak kongsi dengan anda 9 persediaan yang anda patut tahu dan buat sebelum hadir ke IMKK.  ATAU PM KAMI SEGERA, jika anda ada kemusykilan tentang pendaftaran ke IMKK April 2017.

Rasa macam nak join?  Apa kata layari www.azizanosman.com/imkk/april2017

Jumpa anda di IMKK!

1. Pastikan Daftar Nama Anda & Nama Peserta.

001

Sila pastikan anda daftar nama anda dan nama peserta yang akan pergi bersama anda atau 2 nama peserta yang akan hadir ke IMKK April ini.  Kesilapan ramai peserta ialah, mereka tak masukkan nama peserta-peserta yang bakal hadir.  Jika anda beli tiket dan anda juga peserta, anda perlu juga masukkan nama anda dan peserta seorang lagi.  Jika anda beli tiket dan anda bukan peserta, anda perlu masukkan nama 2 orang yang bakal hadir nanti.

Bukan setakat nama tapi alamat email dan nombor telefon juga. Macam mana nak daftarkan nama peserta?  Kami ada hantar email khas untuk anda daftar peserta, jika tidak anda boleh call 1300 88 2424 atau email ke info@richworks.com.my  untuk kami bantu.

2. Terima Pra-Pakej.

002

Apa itu Pra Pakej?  Pra Pakej adalah maklumat lengkap tentang lokasi, kedai makan, hotel, dan banyak lagi maklumat tentang program IMKK ini.  Ini adalah seumpama senarai dan maklumat  persediaan yang anda perlu lakukan sebelum hadir ke IMKK.

Sebelum anda hadir ke IMKK anda perlu baca dulu Pra Pakej sebagai persediaan awal.  Jika anda tak dapat Pra Pakej ini, anda boleh PM kami sekarang untuk kami bantu.

Nak mudah, anda juga boleh sertai Facebook Group khas untuk IMKK April iaitu http://www.facebook.com/groups/IMKKApril2017 dan berikan nombor kad pengenalan anda untuk kami sahkan.

3. Pastikan Ada Boarding Pass.

003

Nak tahu, lebih dari 6000 orang akan hadir ke Program IMKK April kali ini.  Jadi untuk memudahkan anda dalam proses mendaftar masuk atau check-in, anda perlu print dan bawa Boarding Pass.  Macam nak naik kapal terbang tu!

Boarding Pass ini hanya untuk anda sendiri sahaja.  Anda tak boleh ‘check in’ kan untuk orang lain.  Alaaa…macam naik flight tu?  Mana boleh anda minta orang lain untuk tolong check in untuk anda kan?

Boarding pass ini adalah QR Code yang kami boleh scan masa nak check in kan anda nanti.

4. Check In Awal.

004

Macam nak naik kapal terbang, adalah sangat bagus jika kita check in awal.  Ini bagi mengelakkan sebarang kesulitan bila check in di saat akhir.  Lagipun, anda bayangkan, ada lebih 6000 orang yang akan hadir, jadi bagus untuk anda check in awal.

Kaunter check in akan dibuka sehari awal iaitu pada hari khamis 28 April 2017 dari pukul 2pm – 8pm.  Jadi, tak ada alasan untuk kita lewat-lewatkan check-in.

5. Sihat Dan Komited Nak Ubah Hidup.

005

Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) mungkin akan jadi program pertama bagi anda yang akan berikan pengalaman paling berbeza, semangat berbeza, aura yang berbeza yang akan menjadikan anda sangat penuh bersemangat dan penuh keterujaan.

Dan, anda perlu komited untuk terus tekun belajar dan komited untuk sentiasa berada di dalam kelas dan sedut semua ilmu yang akan dikongsikan oleh Dr Azizan Osman.  Sekali anda keluar dewan, anda mungkin terlepas bahagian paling penting yang mungkin akan mengubah hidup anda.

Jadi, pastikan anda berada dalam keadaan sihat dan terus komited kerana mungkin inilah peluang anda untuk ubah dan perbaiki tahap hidup anda ke satu tahap yang jauh lebih baik.

6. Parking Betul-Betul!

006

Dalam keterujaan kita nak menuntut ilmu, janganlah sampai kita menyusahkan orang lain…betul kan. Jadi, kami  harap anda rancang perjalanan anda sebaiknya, gunakan ruang parking yang betul dan jangan halang kenderaan orang lain atau laluan keluar masuk.    Dan kami juga tak akan bertanggungjawab jika kenderaan anda disaman atau kena ‘clamp’.  Jadi jaga diri anda dan kenderaan anda sebaiknya.  Orang yang berjaya dunia akhirat tak akan buat perkara yang menyusahkan orang lain.

7. Bawa Alat Tulis Sendiri.

007

Orang yang serius nak berjaya akan sentiasa berada dalam keadaan bersedia.  Jadi, anda dah tahu anda nak menuntut ilmu, jadi apa kata anda bawa alat tulis anda sendiri semasa hari pendaftaran dan di sepanjang program.  Anda tak akan terpaksa meminjam dari orang lain atau tercari-cari alat tulis untuk anda catat nota dan sebagainya.

8. Fokus Sepanjang Program.

008

Kesilapan ramai orang yang tak berjaya setelah pergi mana-mana program pun ialah mereka tak fokus ketika belajar.  Mereka tidur, keluar masuk dewan, asyik nak ke tandas dan asyik makan.  Mana boleh macam tu…

Kalau nak berjaya, pastikan anda fokus sepanjang program.  Masuk awal, cari tempat duduk yang paling depan mengikut pakej anda dan cari kawan-kawan baru atau circle yang positif.  Buat semua benda dan aktiviti yang diminta buat dengan sesungguhnya.  Pasti IMKK ini kan jadi pengalaman terindah untuk anda semua.

9. Pastikan Hadir.

009

Kami tahu, tawaran ke IMKK ini sangat murah.  Dah lah harga terpaling murah, kami beri pula tawaran beli 1 tiket percuma 1 tiket.  Jadi, mungkin ada antara anda yang tak rasa penting untuk hadir.  Mungkin…

Sebenarnya, jika anda rasa dah bosan dengan hidup anda dan anda rasa anda perlu cari satu platform untuk perbaiki hidup anda yang dah ala-ala membosankan ini, IMKK lah platform terbaik.

Kami cakap berdasarkan pengalaman.  Ramai yang datang ke IMKK dan fokus serta komited sepanjang program, serta terus buat tindakan selepas hadir program, akan nampak perubahan dalam hidup mereka dalam tempoh 3-6 bulan.

Jadi, pastikan anda hadir, anda tak boleh sia-siakan peluang ini, anda tak layak nak tangguhkan kejayaan anda.  Dan dengan doa, ilmu, usaha dan tawakal, kita tengok apa hasilnya selepas 3-6 bulan nanti.  Insya Allah.

#TeamRichworks

#ResultMatters

 

Akibat Hutang, Mak Andam Moden Ini Bangkit Bina Bisnesnya

oleh Azizan Osman pada 14 April 2017

002

“Hidup ‘ni kalau tak berhutang tak merasa ‘lah nak beli macam-macam.”

Pernah dengar ayat macam ni?

Akibat ayat macam ‘ni, ramai antara kita terjebak dengan hutang terutamanya hutang kad kredit. Ada yang memiliki lebih dari 5 kad kredit, semuanya digunakan untuk berhutang.

Teringat kat sebuah lagu lama yang antara liriknya berbunyi, “gali lubang tutup lubang”. Maksudnya, guna satu kad kredit untuk bayar hutang kad kredit lain, kan susah tu?

Tapi itulah hakikat. Ramai antara kita yang terjebak dalam hutang hingga terpaksa disenarai hitam, CCRIS dan CTOS. Ada yang terus diistiharkan muflis!

Wanita ini, juga pernah merasai dan melalui hidup dibelit hutang. Akibatnya…..

Puan Emma Zuraida, juga seperti insan-insan lain yang ada impian. Suka atau tidak, semua orang terpaksa terima hakikat, nak capai impian semuanya memerlukan duit tapi dalam keterujaan manusia nak mencapai impian ramai yang sanggup berhutang. Masalah akan terjadi bila manusia gagal menguruskan hutang.

Puan Emma Zuraidah yang dulu pernah makan gaji juga pernah menghadapi situasi yang sama. Namun, Alhamdulillah Allah kurniakan dirinya idea untuk berniaga dengan bakat yang ada demi untuk mencari sedikit wang saku untuk membayar hutang piutangnya.

Dari berniaga kecil-kecilan sebagai pengurus acara dan majlis perkahwinan, dengan sedikit-sedikit ilmu yang ada, beliau mula mampu menjadikan perniagaannya semakin besar. Sedikit demi sedikit hutangnya mula langsai.

Tetapi, ada halangan lain pula yang dihadapi bila perniagaannya mula sukar nak berkembang. Dari situlah beliau ambil keputusan untuk perbaiki diri dan tambah ilmu dengan menyertai Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK).

Puan Emma Zuraidah yang merupakan pemilik Wedding’s By Emma terus teruja melihatkan banyak ilmu yang dipelajari dari IMKK dan mula hadir ke program-program lain anjuran Richworks. Selepas hadir ke IMKK, beliau lebih jelas tentang apa sebenarnya tujuan beliau berniaga. Untuk siapa dan kenapa? Tujuan sebenarnya, lebih besar dari setakat bayar hutang.

Ianya untuk perbaiki tahap hidup diri dan keluarga juga untuk mampu lebih memberi dan membantu insan-insan yang memerlukan.

Seseorang akan dapat membantu lebih ramai orang setelah diri sendiri dibantu dan diperbaiki ke satu tahap yang jauh lebih baik dari sebelumnya.

Ini halikat kehidupan. Dengan perniagaan Wedding’s By Emma yang semakin berkembang dan mula dikenali di kalangan selebriti dan orang ternama, Puan Emma Zuraidah tidak pernah menyesal berguru dengan Dr Azizan Osman.

Semoga anda juga boleh berjaya seperti beliau.

PM kami segera jika anda nak tahu bagaimana nak mulakan langkah untuk berjaya atau layari www.azizanosman.com/imkk/april2017 segera.

#TeamAzizan

#ResultMatters

 

KISAH INSPIRASI JENAMA KECANTIKAN DUNIA

oleh Azizan Osman pada 04 April 2017

000

Wahhh….!

Berlambak produk kecantikan di pasaran.  Pening kepala nak buat pilihan. Ada yang boleh buat muka glowing, muka putih, muka runcing, muka jadi pink, dan muka jadi shining.

Sebagus mana pun produk anda, kalau anda tak nak buat pemasaran, dan berniaga ala-ala syok sendiri, maka susah anda nak berkembang dengan cepat nanti.  Dengan ilmu dari Dr Azizan Osman, kami di Richworks dah lahirkan ramai pengusaha produk kecantikan yang meletop-letop jualannya.  Anda pun boleh jadi macam mereka jika anda ada ilmu seperti yang mereka ada.

Untuk membakar semangat anda dan semangat mereka, anak didik Dr Azizan yang mengeluarkan produk kecantikan, kami nak share dengan anda kisah inspirasi jenama produk kecantikan dunia, supaya anda boleh belajar sesuatu darinya dan menjadi pembakar semangat anda untuk terus berkembang dan jadi lagi besar.

1. LANCOME.

001

Mula berasal dari produk minyak wangi, pengasasnya Lancome Armand Petitjean tidak menyangka minyak wanginya boleh berjaya.  Pada tahun 1936, lelaki berasa dari Perancis ini mula mengeluarkan produk penjagaan kulit yang diberi nama Nutrix dan masih lagi wujud hingga ke hari ini.

2 tahun kemudian, beliau mula mengeluarkan lipstik pinky-red dengan bau rose yang laris di pasaran selama 30 tahun! Kini Lancome telah berjaya mencipta jenama sebagai sebuah jenama luxury.  Mereka selalunya menampikan artist wanita sebagai model utama dalam iklannya seperti Issabella Roselini, Kate Winslet, Penelope Criz dan yang terkini Emma Watson.

2. ESTEE LAUDER.

002

Estee Lauder mengambil sempena nama pemiliknya yang dilahirkan pada tahun 1908 yang memulakan perniagaan dengan menghasilkan krim untuk kulit hasil dari kajian yang dilakukan oleh pakciknya yang merupakan seorang ahli kimia.  Beliau kemudiannya menubuhkan Estee Lauder Cosmetic Inc pada 1946.

Anak kelahiran New York ini mula menjual krim kulit yang dibuat sendiri ketika masih remaja.  Pada ketika itu, dia menjualnya dari rumah ke rumah dan salun tempatan.   Dengan menggunakan idea di mana krim kulitnya boleh memberi harapan kepada semua wanita sehingga digelarkan “Jar of Hope’. Beliau selalu memberikan sample percuma kepada orang ramai. Kini, selain dari Estee Lauder, mereka juga mengeluarkan jenama Clinique.

3. SHISEIDO.

003

Tahu tak anda, bahawa Shiseido telah wujud selama 145 tahun? Ianya diasaskan oleh Arinobu Fukuhara yang ketika itu baru berusia 23 tahun! Beliau ketika itu bekerja sebagai ahli farmasi di hospital tentera laut dan rasa tidak puas hati dengan sistem pengurusan farmasi dan ubat-ubatan ketika itu.

Tahu tak anda, Shiseido bermula dengan penubuhan Shiseido Pharmacy yang mulanya menjual Shiseido Ice Cream.  Pada sekitar 1916, mereka mula mengeluarkan kosmetik yang dibuat berasaskan Soda Fountain.  Pada ketika itu, mereka dah menubuhkan Jabatan Design mereka sendiri yang sibuk dengan tugas design poster, iklan, majalah dan lain-lain lagi.

Pada sekitar tahun 1934, Shiseido mula terkenal selepas menganjurkan pertandingan Miss Shiseido. Dari 240 penyertaan, 9 orang telah terpilih untuk menjadi beauty consultants.  Shiseido juga banyak terlibat dengan aktiviti kebajikan bersama pesakit cancer dan orang cacat penglihatan.  Mereka juga menjadi penaja utama untuk pasukan renang, water polo, gimnastik, volleyball dan beach volleyball untuk pasukan negara Jepun.

Kisah Shiseido sebenarnya sangat panjang.  Mereka sering membuat perubahan di setiap dekad.  Apa yang penting, jika Shiseido dah wujud selama 145 tahun dan masih lagi aktif membuat promosi serta pemasaran, kenapa kita tak mahu menjadi seperti mereka?

4. AVON.

004

Ini lagi satu kisah menarik.

Pengasas Avon, David H. McConnell pada mulanya adalah jurujual buku pelancongan tetapi beliau selalu memberikan sample produk kecantikan percuma kepada pelanggan wanitanya.

Kemudian beliau mendapati mereka lebih suka untuk mendapatkan sample percuma tersebut dari membeli buku pelancongannya. Dan, beliau juga mendapati ramai antara mereka adalah wanita yang tinggal di rumah sementara suami mereka bekerja. Ramai juga antara wanita tersebut tiada pendapatan yang khusus.  Jika ada yang bekerja, mereka terpaksa bekerja dengan pendapatan yang sangat kecil.

Dari situ, McConnell mula dapat idea untuk melatih wanita-wanita tersebut menjadi jurujualnya. Beliau mula menubuhkan California Perfume Company.  Dari sini, beliau telah melatih beberapa jurujual dan mereka telah dapat membina pendapatan yang lebih baik.  McConnell juga membuat ‘newsletter’ untuk diedarkan kepada orang ramai yang juga menawarkan khidmat kumpulan sokongan kepada mereka.

Dengan konsep nak membantu seramai wanita untuk jana pendapatan sendiri, Avon sehingga sekarang memang terkenal sebagai satu jenama yang banyak memberi peluang berniaga kepada wanita.

Jom fikir, apa masalah orang yang perniagaan anda boleh bantu selesaikan?

“If we stop and look over the past and then the future, we can see that the possibilities are growing greater and greater every day; that we have scarcely begun to reach the proper results from the field we have before us.”  ~David H. McConnell – Founder Avon~

5. BODY SHOP.

005

The Body Shop pada awalnya dibuka oleh Peggy Short dan Jane Sauders dengan menggunakan bahan-bahan asli dan melatih pekerja asing untuk bekerja dengan mereka.  Lokasi mereka hanyalah di sebuah bengkel kenderaan di Berkeley California.  Sehingga pada suatu hari di tahun 1970, Anita Roddick datang ke kedai tersebut.

Pada tahun 1976, Anita telah menubuhkan sebuah kedai yang sama, dengan nama yang sama, warna yang sama dan produk yang sama digelar The Body Shop di United Kingdom.

Pada tahun 1987, Anita membeli nama The Body Shop dari Peggy dan Jane dengan harga $3.5 juta dan semenjak itu The Body Shop terus berkembang. Dengan memperjuangkan produk menggunakan bahan-bahan asli dan “No animal testing” The Body Shop terus mengorak langkah dengan misi dan visi yang mereka pegang selama ini.

Nak tanya sikit, perniagaan anda ada misi dan visi?

“The business of business should not just be about money, it should be about responsibility.  It should be about public good, not private greed.” ~ Dame Anita Roddick – Founder The Body Shop~

6. OLAY.

006

Menurut kajian, produk berwarna pink muda yang digelar “Beauty fluid” berjenama Olay kini dibeli oleh setiap seorang di seluruh dunia pada setiap 2 minit!

60 tahun dahulu, Olay bermula di sebuah makmal di Afrika Selatan yang diasaskan oleh Graham Wulff.  Pada asalnya menggunakan nama Oil of Olay yang merupakan cecair pekat berkirm berwarna pink yang berfungsi sebagai anti-aging. Sehingga sekarang, Olay masih kekal dengan identitinya mengeluarkan produk anti-aging dan kini terkenal dengan taglinenya “Ageless”.

Pada tahun 1970, barisan produk Olay dah semakin bertambah dan akhirnya syarikat tersebut dibeli oleh Procter & Gamble (P&G) pada pertengahan tahun 80an. Sekarang, jenama Olay yang dulu pernah dikenali sebagai Oil of Ulan telah terjual di 80 buah negara dan dipercayai telah menyentuh hati lebih 60 juta wanita seluruh dunia.

7. MARTHA TILAAR.

007

Dr Martha Tilaar memulakan bisnesnya dengan membuka sebuah salun kecil dengan saiz 6 X 4 meter yang beroperasi di rumah ibu bapanya sendiri di Menteng, Jakarta.  Beliau mula melakukan promosi dengan mengedarkan flyers dan berkongsi petua kecantikan sehingga mampu menghasilkan ikatan yang baik dengan para pelanggannya.

Bermula kecil-kecilan, beliau kemudiannya mula membuka salun kedua yang lebih agresif mempromosikan rawatan berasaskan bahan-bahan tradisional untuk mendapatkan kecantikan tradisional Indonesia. Pada tahun 1977, beliau bersama dua rakan kongsinya mula menghasilkan produk yang diberi nama Sariayu.  Martha sangat serius dalam mempromosikan produknya yang mampu mengekalkan keayuan pemakainya seayu wanita Indonesia.

Produk Sariayu sangat terkenal sehingga mendorong pula mereka untuk menghasilkan produk kosmetik atas nama Caring Colours Martha Tilaar, Belia Martha Tilaar, Jamu Martina, Biokos dan bermacam-macam lagi.

Produk kecantikan Martha Tilaar bukan sahaja terkenal di Indonesia, Asia malahan di seluruh dunia. Syarikat Martha Tilaar Group juga telah memenangi anugerah “Family Business Award” pada tahun 2016.  Selain dari itu, mereka juga membantu orang ramai yang ingin memiliki bisnes spa kecantikan sendiri melalui pengurusan syarikat PT Cantika Puspa Pesona.

Digelar “Mother of Indonesian Cosmetics” Dr Martha, berbangga dengan usaha kecil beliau yang kini mula terlihat besar di mata dunia. Kini beliau juga banyak terlibat dengan aktiviti kebajikan dan banyak mendidik wanita tentang kecantikan supaya mereka dapat menjaga diri sendiri dan mempunyai kemahiran untuk memulakan bisnes dengan skill yang ada.

Kini terlihat besar, sebenarnya bermula dari rumah je….

#TeamRichworks

 

Bagaimana Nak Besarkan Perniagaan?

oleh Azizan Osman pada 03 April 2017

000

Nak survey sikit,

Siapa yang dah berniaga tapi tak tahu nak besarkan perniagaannya?

Ya atau tidak.

Terima kasih!

Setiap peniaga mesti bercita-cita nak besarkan perniagaan kan?  Tapi berapa ramai dari anda yang tak jelas macam mana nak buat untuk besarkan perniagaan?  Nak kena jual lagi banyak?  Nak buka cawangan?  Macam mana ye?

Bila bercakap tentang nak besarkan perniagaan, bermakna anda kena tahu bagaimana cara nak ramaikan orang membeli dari anda. Kami nak kongsikan dengan anda beberapa perkara bagaimana anda nak besarkan perniagaan. Tak kira samada anda berniaga online atau offline, anda boleh buat cara ini.  Yang penting mesti ada tindakan.

Duduk saja sambil berharap takkan jadi apa-apa.

1. Luaskan Wilayah.

001

Nak besarkan perniagaan, bermakna anda perlu jadikan lebih ramai orang nampak perniagaan anda dan nak membeli dari anda.  Kalau sebelum ini anda hanya tertumpu di satu kawasan, kini anda mula kena cari jalan untuk masuk ke kawasan lain.  Anda perlu fikir bagaimana nak bagi orang lain di luar kawasan anda, nampak perniagaan anda dan seterusnya membeli dari anda.

Di sinilah marketing memainkan peranan.  Anda perlu buatkan orang ramai di luar kawasan anda akan nampak anda. Jika anda berniaga secara online, anda kena fikir bagaimana nak luaskan wilayah anda dan bukan hanya tertakluk kepada kawan-kawan dan saudara mara di FB peribadi anda sahaja.  Di sinilah perlunya untuk anda ada FB Page di mana lebih ramai orang dari pelbagai kawasan boleh follow anda.

2. Buka Cawangan.

002

Cara yang selalu difikirkan oleh peniaga untuk membesarkan perniagaan mereka ialah dengan membuka cawangan-cawangan baru di kawasan-kawasan lain.

Idea ini bagus dan boleh digunakan jika perniagaan anda dah ada sistem yang kukuh.  Sistem maknanya ianya boleh berjalan sendiri tanpa anda perlu berada di setiap cawangan.  Selain dari itu sistem juga bermaksud apa yang anda hasilkan atau jual di ibu pejabat, sama macam apa yang ada di cawangan.  Ini akan memberikan anda satu identiti perniagaan.  Untuk memastikannya semua sama, anda perlu ada SOP atau Standard Operating Procedur.  Contohnya, jika anda buka butik, apa yang ada di butik ibu pejabat mesti ada juga di cawangan.  Ini termasuk waktu operasi, hiasan, produk, pekerja semua mesti sama.

Buka cawangan juga akan jadi lebih bagus bila anda ada leader lain yang dapat menguruskan cawangan tersebut tanpa anda perlu hadir ke cawangan.  Mungkin mudah jika anda ada 2-3 cawangan, tapi bila anda dah ada lebih dari itu, anda tak mungkin boleh berada di semua tempat pada satu-satu masa.  Apa-apa pun, anda masih perlukan pe,asaran untuk bantu beri tahu lebih ramai orang tentang cawangan anda.  Makin banyak cawangan, makin banyak yang anda kena lakukan.

3. Besarkan Kedai.

003

Ada ramai antara anak didik Dr Azizan yang terpaksa besarkan kedai dengan tujuan untuk tampung permintaan dari pelanggan selepas mereka tahu ilmu pemasaran.  Bila anda besarkan kedai, anda boleh letak lebih banyak produk samada nak tambahkan kuantiti atau nak tambahkan jenis produk yang anda nak niagakan.

Jika anda buat perniagaan jenis perkhidmatan, ada yang terpaksa besarkan ruang pejabat untuk menampung pertambahan kakitangan yang dijangkakan perlu untuk mengurus lebih banyak bisnes yang masuk.

Andainya anda berniaga online, anda perlu besarkan kedai online anda dengan menggunakan lebih banyak platform media sosial.  Bukan hanya bergantung kepada FB tapi mungkin perlu bergantung kepada Instagram, Pinterest, Twitter, Blog, Website yang lebih canggih dan banyak lagi.

4. Guna Sistem Stokist Dan Agen.

004

Orang dulu-dulu cakap, kalau nak kencang berbisnes kena pasang kaki!

Zaman sekarang ni, anda boleh gunakan sistem stokist dan agen untuk kembangkan bisnes anda dengan lebih cepat.  Anda boleh cipta satu sistem untuk monitor stokist dan agen, pakej harga, latihan, dan syarat-syarat untuk jadi stokis dan agen anda perlu jelas.

Kesilapan ramai peniaga, bila mereka buat sistem stokis dan agen, tapi mereka gagal nak monitor stokis dan agen sendiri.  Apa lagi nak beri latihan dan inspirasi.  Akibatnya, stokis dan agen cepat goyah dan lebih mudah untuk jadi stokis dan agen produk orang lain.

Ramai anak didik Dr Azizan Osman, yang berjaya buat bisnes mereka naik gila-gila bila mereka aplikasikan sistem stokis, agen dan juga dropship.  Antaranya ialah produk Nurraysa, Hipster Pomade, Dexandra Perfume, Gel Amani dan banyak lagi.

5. Perbanyakkan Produk Pelbagaikan Market.

005

Perasan tak, Pizza Hut ada tawarkan pakej Pizza serendah RM5?  Perasan tak selain dari mengeluarkan jenama Bonia, Bonia Corporation juga mengeluarkan Sembonia dan Carlo Rino?

Kenapa mereka buat demikian?  Semuanya untuk memperbanyakkan produk dan memperbagaikan market. Dulu, pizza yang nak di pesan mesti mencecah harga minimum RM30 dan boleh dimakan sehingga 5-6 orang. Tapi dengan adanya pizza RM5, orang perseorangan pun boleh menikmatinya, pelajar pun mampu membelinya.  Lihat, macam mana mereka mempelbagaikan pasaran?

Begitu juga dengan Bonia, Sembonia dan Carlo RIno.  Walaupun mereka semuanya di bawah satu bumbung, mereka pelbagaikan jenama untuk memenuhi kehendak pelanggan yang datangnya dari pelbagai lapisan ekonomi, citarasa, kehendak dan macam-macam faktor lagi.

#TeamRichworks

 

Idea Marketing Untuk Peniaga Restoran

oleh Azizan Osman pada 03 April 2017

000

Restoran adalah merupakan satu perniagaan yang banyak turun naiknya.  Kalau anda perasan, di barat industri ini berkembang sangat pesat dan sentiasa ada pembaharuan.  Pemilik restoran kat sana bukan sekadar tawarkan makanan yang sedap, tapi mereka juga tawarkan pengalaman yang manis, keseronokan, lifestyle dan identiti.

Bila seseorang makan di restoran mereka, ianya seolah-olah berikan mereka satu identiti kepada diri sendiri.

Kami lihat di tanah air pun, perniagaan restoran sedang berkembang dengan pesat.  Ada ramai peserta program Richworks dan anak didik Dr Azizan Osman berjaya membuka bisnes restoran mereka.  Kami nak anda pengusaha restoran dan bakal pengusaha restoran, menjadi sangat berjaya dalam perniagaan anda.  Untuk itu kami sharekan 7 Idea Marketing Untuk Peniaga Restoran ini, supaya dapat bantu anda bina perniagaan.

Jangan lupa tag kawan-kawan lain untuk bantu mereka.

1.Gambar Moment Yang Menarik.

001

Restoran memang merupakan industri yang banyak persaingan.  Untuk menjadi jauh lebih baik dari pesaing, anda perlu berinovasi dan tawarkan kelainan.  Kalau dulu, ramai orang hanya buat promosi dengan menawarkan gambar menu yang boleh menyebabkan air liur meleleh, tapi sekarang dah ramai orang guna idea yang sama.

Anda kena faham, kenapa orang datang ke restoran anda?  Kadang-kadang, orang datang bukan sebab menu anda terlampau sedap sehingga tak boleh dapat di restoran lain, tapi kerana persekitaran restoran anda.  Contoh, bila mereka melangkah masuk, mereka akan rasa seperti di rumah sendiri, makan di kampung, rasa sangat selesa dan lain-lain.

Jadi anda perlu juga ‘capture’ moment ini.  Moment bila pelanggan rasa gembira makan di restoran anda, rasa selesa, rasa kenyang dan tenang.  Anda bukan setakat kongsikan rasa makanan yang sedap, tapi anda kongsikan pengalaman yang mereka nikmati di restoran anda.  Ambil gambar moment berharga ini dan gunakannya sebagai bahan promosi. Barulah berbeza!

2. Buat Pertandingan.

002

Di negara barat dan kini dah menular di negara Jepun serta Korea, mereka selalu mengadakan pertandingan All You Can Eat.  Syarat-syaratnya, jika mereka boleh menghabiskan satu set hidangan makanan dalam tempoh masa yang diberikan, mereka boleh makan secara percuma.  Tapi, jika mereka tak dapat habiskannya, mereka perlu bayar.

Ada juga yang buat pertandingan khas pada hari-hari tertentu.  Seperti ‘Super Sunday’ di mana pelanggan dapat hadir dan dapat makan secara percuma jika mereka berjaya teka bahan-bahan dalam menu yang disediakan.  Ini semua bertujuan untuk tarik perhatian orang ramai datang ke kedai anda.  Yang nak sertai pertandingan mungkin seorang sahaja, tapi mereka akan datang beramai-ramai dengan kawan-kawan dan keluarga.

Anda juga tawarkan pengalaman dan memori kepada mereka yang kemudiannya mereka akan ceritakan kepada semua.  Kan dah boleh jadi viral?

3. Tawaran Percuma.

003

Dr Azizan Osman pernah beri idea kepada anak didiknya untuk beri nasi beriani percuma kepada pelanggan dalam satu tempoh jangka masa.  Nak tahu apa jadi?  Selepas ianya menjadi viral, restoran tersebut mula masuk akhbar dan TV.  Di zaman serba meleset ini, beri sesuatu percuma akan mudah menarik perhatian orang untuk datang.  Tapi, bila mereka dah datang mereka mesti akan beli lauk-pauknya, minuman dan macam-macam lagi.

Silap-silap, mereka bukan datang seorang, tapi beramai-ramai dan akan datang berulang kali.

Ramai orang takut nak beri tawaran percuma, anggaplah ianya sebagai satu sedekah.  InsyaAllah ada balasannya.  Selain ianya dapat jadi satu teknik marketing untuk menjadikan orang ramai lebih nampak restoran anda berbanding restoran lain.

4. Adakan Team Yang ‘Happening’.

004

Jika anda tengok rancangan Restaurant Makeover, Food Lovers dan banyak lagi rancangan-rancangan TV dari barat di Food Channel, anda akan dapati team atau crew restoran mereka sangat ‘happening’.  Mereka bukan sahaja ada uniform yang menarik, tapi mereka ada ‘attitude’ tersendiri yang menyebabkan pengunjung rasa selesa dengan mereka.

Cara mereka sambut pelanggan, cara mereka hidang makanan, cara mereka berbual dengan pelanggan semuanya ada identiti tersendiri.  Kadang-kadang, sedikit sentuhan boleh buatkan pelanggan akan terkenang-kenangkan layanan restoran anda.

Cuba setiap kali pelanggan datang, minta mereka isikan satu kad khas.  Walaupun niat anda untuk dapatkan database mereka, tapi jangan lupa lihat nombor kad pengenalan mereka, jika hari lahir mereka hari itu atau minggu itu, apa kata team restoran anda buat satu kejutan kecil dengan memberikan kek atau kad ucapan.

Jika anda lihat pasangan datang dengan inai di jari, apa kata selidik sedikit jika mereka baru berkahwin, dan hadiahkanlah satu hidangan istimewa untuk hargai mereka.  Anda pasti akan jadi kenangan terindah untuk mereka!

5. Tawaran Kad Keahlian.

005

Kad keahlian bukan setakat database biasa.  Ianya berikan satu identiti kepada pelanggan.  Setiap kali mereka berbelanja, mereka boleh kumpul point dan ada reward yang akan menanti mereka bila cukup mata yang dikumpul.  Atau cara mudah, anda boleh je gunakan kad yang dicop.  Bila dah cukup cop yang dikumpul, anda boleh berikan mereka satu set makanan percuma atau apa-apa hadiah untuk hargai kesetiaan mereka.

Ada banyak restoran meminta pelanggan masukkan sejumlah wang ke dalam kad, dan bila mereka membayar guna kad tersebut, mereka akan dapat point.  Apa yang menarik di sini, perasan tak sebenarnya mereka dah bayar in advance kepada anda. Nak, tak nak mereka terpaksa datang dan makan di restoran anda.

6. Aktif di Media Sosial.

006

Jangan ingat anda ada restoran dan makanan anda sedap-sedap anda hanya perlu tunggu pelanggan datang.  Helloooo kawan…kalau tak bina jenama dari sekarang, kalau tak bina followers dari sekarang, takkan nak tunggu ada pesaing buka restoran di kiri kanan baru anda nak mulakan aktiviti pemasaran.

Mula aktif di media sosial. Jadikan media sosial sebagai tempat untuk followers anda dapatkan info terkini dan dapat lihat meriahnya restoran anda.  Apa yang anda boleh update di media sosial?

Macam-macam! Anda boleh updatekan menu, promosi, keadaan, cerita dan kisah yang berlaku, anda boleh update aktiviti belakang tabir, macam mana chef anda memasak, team anda menyediakan hidangan dan macam-macam lagi.

Keberanian anda untuk mendedahkan diri di media sosial akan membuatkan anda boleh ‘connect’ dengan pelanggan dan bakal pelanggan dengan lebih cepat.  Di barat, mereka bukan sahaja setakat menggunakan media sosial untuk promosi menu makanan tapi juga untuk aktiviti kebajikan di mana mereka mengajak orang ramai untuk menderma supaya mereka boleh tolong masak untuk golongan ‘homeles’ atau menyediakan makanan untuk mereka yang kurang upaya.

#TeamRichworks

 

7 Rahsia Content Marketing

oleh Azizan Osman pada 30 March 2017

000

Ada orang ingat marketing ni setakat buat iklan kat surat khabar, tv, radio? Betul, tapi sebenarnya dengan perubahan dunia, marketing dah makin luas. Salah satu yang terkini ialah ‘content marketing’. Apa bendanya ni? Sebenarnya, ramai orang buat content marketing ni, tapi samada orang tak buat dengan cara yang betul atau tak tahu pun apa sebenarnya content marketing.

Nak bagi tau sikit, content marketing ialah, satu jenis cara pemasaran secara online yang melibatkan penghasilan dan perkongsian tulisan, video, ilmu di media sosial dan blog yang tidak secara terang-terangan mahu menjual, tapi lebih kepada membina ‘engagement’ dan membina minat orang ramai kepada produk atau perniagaan anda.

Sekarang dah tahu kan? Dr Azizan banyak berkongsi tentang content marketing di Program Millionaire Marketing Mastery (MMM), cara nak menulis copywriting, cara nak buat video, cara nak buat posting, dan macam-macam lagi, hanya yang dah pergi yang tahu.

Anda tahu tak, ada seorang peserta yang hanya berniaga Char Kuey Tiaw, dengan gunakan content marketing di FB melalui live video, menyebabkan saluran TV dah mula tawarkan durinya untuk ditemuramah, dan dia juga dijemput untuk bersiaran di TV secara PERCUMA!

1. Rancang Dan Buat Kajian.

001

Apa yang best tentang content marketing ini ialah anda boleh rancang dan jadualkannya. Jika anda guna blog, guna FB page, sangat mudah untuk anda plan apa yang anda nak post kan di FB dan blog anda. Dan untuk jadikan content anda bagus, anda kena buat kajian Berikan maklumat terkini yang orang tak tahu. Barulah orang akan lihat anda sebagai sumber maklumat dan mereka akan nak follow anda sentiasa.

Bila anda beri content yang terkini, yang viral, yang dibuat dengan kajian dan bukan setakat copy & paste sahaja, anda memberikan gambaran bahawa anda serius dalam apa yang anda buat dan anda dapat menarik perhatian orang ramai dengan perniagaan anda.

Anda juga boleh buat kajian apa yang orang mahu tahu, dan berikan mereka apa yang trending sekarang.

2. Menulis Dengan Emosi.

002

Content marketing adalah berkenaan emosi. Bila menulis, tulislah dengan penuh emosi supaya dapat sentuh emosi orang yang membaca. Bila emosi mereka tersentuh, pasti mereka nak lagi dan lagi.

Menulis dengan emosi dan menghasilkan video dengan emosi membuatkan orang akan ‘rasa’ atau ‘connect’ dengan apa yang anda nak sampaikan. Bila dah ‘connect’ senang untuk anda pancing mereka berurusniaga dengan anda. Emosi juga membuatkan orang ramai akan rasa diri mereka dan anda adalah sama.

Bila dah berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, senang anda nak tarik perhatian mereka.

3. Jadikan Ia Mudah Dikongsi.

003

Jangan kedekut nak kongsikan content anda. Ramai orang, takut nak tulis banyak-banyak, takut nak share video tutorial, nak share ilmu sebab mereka taknak ianya dikongsi.

Hellooo….ilmu tu bukan milik anda. Jika Tuhan nak hilangkannya, akan hilang juga. Hasilkanlah content yang mudah dikongsi. Hasilkan content yang berilmu dan padat dengan pengisian supaya ianya akan dikongsikan. Anda hanya perlu letak sedikit logo anda, supaya orang tahu kaitan anda dengan content yang anda kongsi.

4. Promosikan Content Anda.

004

Ramai orang tak promosikan content yang telah dihasilkan. Apalah maknanya? Content yang bagus perlu dipromosikan. Samada video, infografik, penulisan, atau apa-apa sahaja, anda boleh promosikannya. Contoh, di FB Page anda boleh Boost post atau anda boleh je gunakannya untuk Pin dan menggunakan FB Ads. Di Instagram, pinterest dan lain-lain channel pun anda boleh kongsikannya.

Paling-paling mudah dan murah, minta sahaja orang ramai yang baca untuk kongsikan. Dan mereka pasti akan share content anda jika mereka dapat nilai yang terbaik darinya.

5. Penggunaan Gambar.

005

Kadang-kadang, tulisan sahaja tak tarik mata dan hati orang untuk membaca. Di sinilah gambar memainkan peranan. Gambar tak semestinya, gambar orang, gambar produk, gambar kedai anda, tapi anda boleh gunakan infografik, poster tips, poster doa, dan macam-macam lagi.

Gambar pengalaman anda sendiri digabungkan dengan penulisan yang menyentuh emosi, InsyaAllah akan dapat menarik ramai perhatian pembaca. Jika nak mudah diviralkan, cuba gabungkan dua perkara ini.

6. Menggunakan Data Statistik.

006

Penggunaan data statistik selalunya memberikan gambaran bahawa posting anda adalah bijak, tepat, terperinci dan padat. Untuk dapatkan data statistik ini, anda boleh je Google, tapi lebih power jika anda buat sedikit kajian dan buat sedikit findings darinya yang dapat ditukarkan sebagai satu data.

Contoh, jika anda menjual produk kecantikan, anda mungkin boleh buat sedikit kajian tentang di antara 10 orang wanita, berapa peratus yang ada masalah jerawat? Jika anda dapat data ini, ianya akan tingkatkan keyakinan orang ramai terhadap produk anda.

7. Bermain Dengan Video.

007

Dr Azizan Osman ada kongsikan teknik 7 X 7. Semuanya akan dipelajari di Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan ianya tentang buat video 7 minit, selama 7 hari berturut-turut.

Kenapa beliau cadangkan macam ‘tu? Kerana, video adalah teknik marketing yang memberi impak besar. Jika anda lihat, ramai selebriti dalam dan luar negara sibuk buat video termasuklah video viral. Ini sebab mereka tahu impaknya yang besar, ianya akan ‘create engagement’ dan buatkan Followers anda rasa connected jika maklumat yang anda sampaikan berharga.

Takkan anda nak tengok je video orang lain. Anda perlu mula buat video sendiri. Malu? Nak berniaga, malu perlu taruk tepi ye…

#TeamAzizan

 

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Mobile Commerce

oleh Azizan Osman pada 15 March 2017

17310234_1817166624975791_8827426980224694162_o

#Tips4marketing

Pernah tak anda beli gajdet atau pakaian dengan menggunakan aplikasi seperti Lazada atau Amazon.com? Bila anda beli, anda bayar terus menggunakan account merchants seperti online banking, PAY PAL, atau VISA. Dan anda perlu tunggu je barangan tersebut sampai ke tangan anda mengikut tempoh penghantaran yang telah ditetapkan.

Mobile commerce ni sangat sesuai digunakan bagi orang yang bekerja dan tak ada masa nak keluar untuk shopping. Betul ke betul? Bagi anda yang belum tahu apa tu mobile commerce, baca selanjutnya di sini…

1. Maksud Mobile Commerce?

Mobile commerce ni adalah perdagangan mudah alih yang menggunakan smartphone, tablet, laptop, atau PDA. Tak kira di mana anda berada, anda masih lagi dapat menggunakan alatan tersebut untuk membuat transaksi perniagaan online yang melibatkan aktiviti jual beli dengan menggunakan sistem mobile commerce.

Mobile commerce adalah gabungan dari perdagangan elektronik (e-dagang) dengan mobile computing. Ia juga membuka peluang untuk memberi layanan baru bagi customer yang sedia ada, dan untuk menarik customer baru.

2. Akses Pembelian Yang Mudah

Apabila anda menggunakan mobile commerce ni, anda dah tak perlu fikirkan masa yang sesuai untuk keluar rumah, bersesak atas jalan raya, nak fikirkan tol dan minyak, dan tak perlu nak fikir banyak kali untuk buat satu-satu keputusan. Ini kerana, anda buka je website yang anda mahukan, pilih barang yang anda nak ke dalam shopping carts dan terus buat pembayaran secara online dengan menggunakan banking account yang anda ada. Senang ke senang?

3. Sediakan Semua Dalam Satu Website

Kalau anda nak menarik pelanggan berurusan dengan anda, anda juga boleh sediakan website yang menyediakan pelbagai produk yang boleh memenuhi permintaan pelanggan anda. Contohnya anda bina website perniagaan untuk pakaian lelaki dan wanita. Anda bukan sahaja boleh jual pakaian, tapi boleh jual pakaian kanak-kanak, kasut, aksesori seperti beg, tali pinggan, tali leher, jam dan sebagainya. Jadi, pelanggan dah tak perlu nak buka website lain lagi untuk dapatkan produk yang mereka mahukan kerana anda sudah menyediakan semuanya di website anda.

4. Menarik Pelanggan Baru

Antara salah satu kelebihan mobile commerce ni, ia dapat menarik pelanggan baru dengan sistem jual beli yang mudah dan efektif. Sebuah website tidak hanya bergantung pada pelanggan semasa, tetapi mereka harus menarik seberapa ramai pelanggan baru untuk berkunjung dan membeli produk mereka. Pelanggan akan cari produk yang mereka mahukan dengan hanya mengGoogle di website tak kiralah guna smartphone atau tablet. Sekiranya bisnes anda dengan menggunakan mobile commerce ni dapat menarik perhatian pelanggan baru, semakin tinggi peluang anda untuk mendapat lebih banyak peluang dalam perniagaan.

5. Bina Saluran Pemasaran Yang Baru

Berniaga dengan menggunakan mobile commerce ni juga dapat mewujudkan saluran pemasaran yang baru. Contohnya, pernah tak time anda main game, tiba-tiba keluar pop up iklan yang meminta anda install aplikasi tersebut? Sebelum anda nak install, anda akan buka dulu link tersebut untuk tahu kandungannya, betul ke betul? Sekiranya anda berkenan dengan apa yang ditawarkan, anda akan install dan gunanya untuk kehidupan anda.

6. Membantu Jualan Runcit Anda

Lagi bagus kalau anda ada kedai yang menyimpan semua produk perniagaan online anda. Ini kerana, mobile commerce boleh membantu jualan anda di kedai. Cuba anda fikir, apa akan jadi bila kedai anda ada semua produk yang anda pamerkan di website anda? Lagi mudah untuk pekerja anda mengira stok produk dan mengemaskini maklumat secara manual. Antara sebab pelanggan suka membeli secara online kerana, mereka akan perolehi apa yang mereka perlukan. Dan jika mereka rasa tak puas hati dengan pembelian online, mereka boleh datang sendiri ke kedai anda untuk dapatkannya secara terus tanpa perlu tunggu posmen datang ke rumah.

7. Kembangkan Pasaran Bisnes

Perasan tak, pengguna sekarang lebih cenderung untuk membuat pembelian dengan menggunakan smartphone. Bila anda buka smartphone, anda boleh buat pembelian secara terus. Boleh dikatakan setiap hari, pasti ada bakal pelanggan yang melawat website untuk meninjau produk yang ditawarkan oleh peniaga. Mereka juga berkemungkinan akan menjadi pelanggan anda yang baru. Bila mereka dah buat pembelian dengan anda dan berpuas hati dengan servis yang anda bekalkan, pasti mereka akan rekomen kepada orang-orang yang terdekat dengan mereka.

8. Bisnes Yang Menguntungkan

Sebuah syarikat yang melakukan perniagaan menggunakan internet akan mengurangkan bayaran tambahan kerana kos tersebut tidak digunakan untuk kos bangunan dan perkhidmatan pelanggan. Jika nak dibandingkan dengan jenis perniagaan tradisonal, perniagaan mudah alih ini merupakan salah satu perniagaan yang mendatangkan keuntungan yang besar kepada syarikat dan perniagaan.

9. Hanya Memerlukan Data Internet

Berniaga dengan menggunakan mobile commerce, smartphone anda hanya perlu disambungkan dengan data internet atau Wi-Fi supaya anda boleh buat pembelian secara online. Apabila ia sudah disambungkan dengan data internet, anda juga boleh buat pembelian dengan peniaga di luar negara. Anda tidak perlu log masuk ke website peniaga tersebut kerana anda sudah install aplikasi tersebut di telefon anda. Jadi anda hanya menggunakan internet untuk melayari dan memilih perkhidmatan yang sedia ada.

10. Kemudahan Pembayaran

Bila anda menggunakan mobile commerce, bayaran boleh dipindahkan lebih mudah dan lebih selamat berbanding urusan jual beli biasa. Ini kerana, anda tak perlu lagi pergi ke bank untuk mengeluarkan duit dengan tujuan nak membeli-belah. Disebabkan perkembangan teknologi yang cepat, mobile commerce juga menyokong hampir semua kaedah pembayaran yang popular untuk pelanggan dan untuk membayar bil-bil secara elektronik. Ia juga dapat menyelesaikan urus niaga yang rumit.

#TeamRichworks

 

Gong Xi Fa Cai

oleh Azizan Osman pada 31 January 2017

gong-xi

Gōng Xǐ Fā Cái pada semua yang menyambut Tahun Baru Cina! Semoga anda dilimpahi kekayaan dan kejayaan yang banyak Tahun Baru ini!

 Wah kehangatan dan kemeriahan Tahun Baru Cina sudah terasa! Sana sini buah limau. Meh kita share sikit kenapa buah limau atau tangerine jadi trademark Chinese New Year?

 Nak tahu tak persamaan kata atau bunyi antara limau mandarin – jú zi (jú disebut seperti bunyi jí yang membawa maksud tuah). Ini lah sebenarnya yang jadikan buah limau ni sangat sinonim dengan Tahun Baru Cina, semenjak zaman dahulu lagi.

 Juga warnanya yang terang (jingga terang) menyamai warna duit emas zaman dulu-dulu! Dulu kan guna emas, tembaga, syiling untuk duit. Kertas ada, tapi kalau kita tengok cerita-cerita Cina tu kan duit emas lagi bernilai? Lagi pula,vibrant colour tu disamakan sebagai membawa rezeki! Ha begitu lah symbolism warna limau dengan duit.

 Eh, dah jadi macam kaunter informasi pula. Taklah, cuma nak berkongsi sejarah je sedikit sebanyak. Limau juga selalu dihadiahkan pada jiran, teman, keluarga dan tetamu sebagai simbolik ‘semoga anda juga kaya dan berjaya’! Wah kena juga ya tagline kami ni? Baiklah, walau sedikit je info ni, moga ia jadi asbab untuk anda, anak murid dan peserta program Richworks yang menyambut Tahun Baru Cina ni! Dan selamat bercuti rehat untuk warga yang berlainan bangsa juga.

 Apa-apa pun, sempena Tahun Baru Cina ini, kami di Richworks Group of Companies dengan besar hatinya mendoakan agar kekayaan dan kejayaan anda semua terus bertambah dan berkembang saban tahun!

 

 
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start