Idea Marketing Untuk Peniaga Restoran

oleh Team Richworks pada 03 April 2017

000

Restoran adalah merupakan satu perniagaan yang banyak turun naiknya.  Kalau anda perasan, di barat industri ini berkembang sangat pesat dan sentiasa ada pembaharuan.  Pemilik restoran kat sana bukan sekadar tawarkan makanan yang sedap, tapi mereka juga tawarkan pengalaman yang manis, keseronokan, lifestyle dan identiti.

Bila seseorang makan di restoran mereka, ianya seolah-olah berikan mereka satu identiti kepada diri sendiri.

Kami lihat di tanah air pun, perniagaan restoran sedang berkembang dengan pesat.  Ada ramai peserta program Richworks dan anak didik Dr Azizan Osman berjaya membuka bisnes restoran mereka.  Kami nak anda pengusaha restoran dan bakal pengusaha restoran, menjadi sangat berjaya dalam perniagaan anda.  Untuk itu kami sharekan 7 Idea Marketing Untuk Peniaga Restoran ini, supaya dapat bantu anda bina perniagaan.

Jangan lupa tag kawan-kawan lain untuk bantu mereka.

1.Gambar Moment Yang Menarik.

001

Restoran memang merupakan industri yang banyak persaingan.  Untuk menjadi jauh lebih baik dari pesaing, anda perlu berinovasi dan tawarkan kelainan.  Kalau dulu, ramai orang hanya buat promosi dengan menawarkan gambar menu yang boleh menyebabkan air liur meleleh, tapi sekarang dah ramai orang guna idea yang sama.

Anda kena faham, kenapa orang datang ke restoran anda?  Kadang-kadang, orang datang bukan sebab menu anda terlampau sedap sehingga tak boleh dapat di restoran lain, tapi kerana persekitaran restoran anda.  Contoh, bila mereka melangkah masuk, mereka akan rasa seperti di rumah sendiri, makan di kampung, rasa sangat selesa dan lain-lain.

Jadi anda perlu juga ‘capture’ moment ini.  Moment bila pelanggan rasa gembira makan di restoran anda, rasa selesa, rasa kenyang dan tenang.  Anda bukan setakat kongsikan rasa makanan yang sedap, tapi anda kongsikan pengalaman yang mereka nikmati di restoran anda.  Ambil gambar moment berharga ini dan gunakannya sebagai bahan promosi. Barulah berbeza!

2. Buat Pertandingan.

002

Di negara barat dan kini dah menular di negara Jepun serta Korea, mereka selalu mengadakan pertandingan All You Can Eat.  Syarat-syaratnya, jika mereka boleh menghabiskan satu set hidangan makanan dalam tempoh masa yang diberikan, mereka boleh makan secara percuma.  Tapi, jika mereka tak dapat habiskannya, mereka perlu bayar.

Ada juga yang buat pertandingan khas pada hari-hari tertentu.  Seperti ‘Super Sunday’ di mana pelanggan dapat hadir dan dapat makan secara percuma jika mereka berjaya teka bahan-bahan dalam menu yang disediakan.  Ini semua bertujuan untuk tarik perhatian orang ramai datang ke kedai anda.  Yang nak sertai pertandingan mungkin seorang sahaja, tapi mereka akan datang beramai-ramai dengan kawan-kawan dan keluarga.

Anda juga tawarkan pengalaman dan memori kepada mereka yang kemudiannya mereka akan ceritakan kepada semua.  Kan dah boleh jadi viral?

3. Tawaran Percuma.

003

Dr Azizan Osman pernah beri idea kepada anak didiknya untuk beri nasi beriani percuma kepada pelanggan dalam satu tempoh jangka masa.  Nak tahu apa jadi?  Selepas ianya menjadi viral, restoran tersebut mula masuk akhbar dan TV.  Di zaman serba meleset ini, beri sesuatu percuma akan mudah menarik perhatian orang untuk datang.  Tapi, bila mereka dah datang mereka mesti akan beli lauk-pauknya, minuman dan macam-macam lagi.

Silap-silap, mereka bukan datang seorang, tapi beramai-ramai dan akan datang berulang kali.

Ramai orang takut nak beri tawaran percuma, anggaplah ianya sebagai satu sedekah.  InsyaAllah ada balasannya.  Selain ianya dapat jadi satu teknik marketing untuk menjadikan orang ramai lebih nampak restoran anda berbanding restoran lain.

4. Adakan Team Yang ‘Happening’.

004

Jika anda tengok rancangan Restaurant Makeover, Food Lovers dan banyak lagi rancangan-rancangan TV dari barat di Food Channel, anda akan dapati team atau crew restoran mereka sangat ‘happening’.  Mereka bukan sahaja ada uniform yang menarik, tapi mereka ada ‘attitude’ tersendiri yang menyebabkan pengunjung rasa selesa dengan mereka.

Cara mereka sambut pelanggan, cara mereka hidang makanan, cara mereka berbual dengan pelanggan semuanya ada identiti tersendiri.  Kadang-kadang, sedikit sentuhan boleh buatkan pelanggan akan terkenang-kenangkan layanan restoran anda.

Cuba setiap kali pelanggan datang, minta mereka isikan satu kad khas.  Walaupun niat anda untuk dapatkan database mereka, tapi jangan lupa lihat nombor kad pengenalan mereka, jika hari lahir mereka hari itu atau minggu itu, apa kata team restoran anda buat satu kejutan kecil dengan memberikan kek atau kad ucapan.

Jika anda lihat pasangan datang dengan inai di jari, apa kata selidik sedikit jika mereka baru berkahwin, dan hadiahkanlah satu hidangan istimewa untuk hargai mereka.  Anda pasti akan jadi kenangan terindah untuk mereka!

5. Tawaran Kad Keahlian.

005

Kad keahlian bukan setakat database biasa.  Ianya berikan satu identiti kepada pelanggan.  Setiap kali mereka berbelanja, mereka boleh kumpul point dan ada reward yang akan menanti mereka bila cukup mata yang dikumpul.  Atau cara mudah, anda boleh je gunakan kad yang dicop.  Bila dah cukup cop yang dikumpul, anda boleh berikan mereka satu set makanan percuma atau apa-apa hadiah untuk hargai kesetiaan mereka.

Ada banyak restoran meminta pelanggan masukkan sejumlah wang ke dalam kad, dan bila mereka membayar guna kad tersebut, mereka akan dapat point.  Apa yang menarik di sini, perasan tak sebenarnya mereka dah bayar in advance kepada anda. Nak, tak nak mereka terpaksa datang dan makan di restoran anda.

6. Aktif di Media Sosial.

006

Jangan ingat anda ada restoran dan makanan anda sedap-sedap anda hanya perlu tunggu pelanggan datang.  Helloooo kawan…kalau tak bina jenama dari sekarang, kalau tak bina followers dari sekarang, takkan nak tunggu ada pesaing buka restoran di kiri kanan baru anda nak mulakan aktiviti pemasaran.

Mula aktif di media sosial. Jadikan media sosial sebagai tempat untuk followers anda dapatkan info terkini dan dapat lihat meriahnya restoran anda.  Apa yang anda boleh update di media sosial?

Macam-macam! Anda boleh updatekan menu, promosi, keadaan, cerita dan kisah yang berlaku, anda boleh update aktiviti belakang tabir, macam mana chef anda memasak, team anda menyediakan hidangan dan macam-macam lagi.

Keberanian anda untuk mendedahkan diri di media sosial akan membuatkan anda boleh ‘connect’ dengan pelanggan dan bakal pelanggan dengan lebih cepat.  Di barat, mereka bukan sahaja setakat menggunakan media sosial untuk promosi menu makanan tapi juga untuk aktiviti kebajikan di mana mereka mengajak orang ramai untuk menderma supaya mereka boleh tolong masak untuk golongan ‘homeles’ atau menyediakan makanan untuk mereka yang kurang upaya.

#TeamRichworks

 

7 Rahsia Content Marketing

oleh Team Richworks pada 30 March 2017

000

Ada orang ingat marketing ni setakat buat iklan kat surat khabar, tv, radio? Betul, tapi sebenarnya dengan perubahan dunia, marketing dah makin luas. Salah satu yang terkini ialah ‘content marketing’. Apa bendanya ni? Sebenarnya, ramai orang buat content marketing ni, tapi samada orang tak buat dengan cara yang betul atau tak tahu pun apa sebenarnya content marketing.

Nak bagi tau sikit, content marketing ialah, satu jenis cara pemasaran secara online yang melibatkan penghasilan dan perkongsian tulisan, video, ilmu di media sosial dan blog yang tidak secara terang-terangan mahu menjual, tapi lebih kepada membina ‘engagement’ dan membina minat orang ramai kepada produk atau perniagaan anda.

Sekarang dah tahu kan? Dr Azizan banyak berkongsi tentang content marketing di Program Millionaire Marketing Mastery (MMM), cara nak menulis copywriting, cara nak buat video, cara nak buat posting, dan macam-macam lagi, hanya yang dah pergi yang tahu.

Anda tahu tak, ada seorang peserta yang hanya berniaga Char Kuey Tiaw, dengan gunakan content marketing di FB melalui live video, menyebabkan saluran TV dah mula tawarkan durinya untuk ditemuramah, dan dia juga dijemput untuk bersiaran di TV secara PERCUMA!

1. Rancang Dan Buat Kajian.

001

Apa yang best tentang content marketing ini ialah anda boleh rancang dan jadualkannya. Jika anda guna blog, guna FB page, sangat mudah untuk anda plan apa yang anda nak post kan di FB dan blog anda. Dan untuk jadikan content anda bagus, anda kena buat kajian Berikan maklumat terkini yang orang tak tahu. Barulah orang akan lihat anda sebagai sumber maklumat dan mereka akan nak follow anda sentiasa.

Bila anda beri content yang terkini, yang viral, yang dibuat dengan kajian dan bukan setakat copy & paste sahaja, anda memberikan gambaran bahawa anda serius dalam apa yang anda buat dan anda dapat menarik perhatian orang ramai dengan perniagaan anda.

Anda juga boleh buat kajian apa yang orang mahu tahu, dan berikan mereka apa yang trending sekarang.

2. Menulis Dengan Emosi.

002

Content marketing adalah berkenaan emosi. Bila menulis, tulislah dengan penuh emosi supaya dapat sentuh emosi orang yang membaca. Bila emosi mereka tersentuh, pasti mereka nak lagi dan lagi.

Menulis dengan emosi dan menghasilkan video dengan emosi membuatkan orang akan ‘rasa’ atau ‘connect’ dengan apa yang anda nak sampaikan. Bila dah ‘connect’ senang untuk anda pancing mereka berurusniaga dengan anda. Emosi juga membuatkan orang ramai akan rasa diri mereka dan anda adalah sama.

Bila dah berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, senang anda nak tarik perhatian mereka.

3. Jadikan Ia Mudah Dikongsi.

003

Jangan kedekut nak kongsikan content anda. Ramai orang, takut nak tulis banyak-banyak, takut nak share video tutorial, nak share ilmu sebab mereka taknak ianya dikongsi.

Hellooo….ilmu tu bukan milik anda. Jika Tuhan nak hilangkannya, akan hilang juga. Hasilkanlah content yang mudah dikongsi. Hasilkan content yang berilmu dan padat dengan pengisian supaya ianya akan dikongsikan. Anda hanya perlu letak sedikit logo anda, supaya orang tahu kaitan anda dengan content yang anda kongsi.

4. Promosikan Content Anda.

004

Ramai orang tak promosikan content yang telah dihasilkan. Apalah maknanya? Content yang bagus perlu dipromosikan. Samada video, infografik, penulisan, atau apa-apa sahaja, anda boleh promosikannya. Contoh, di FB Page anda boleh Boost post atau anda boleh je gunakannya untuk Pin dan menggunakan FB Ads. Di Instagram, pinterest dan lain-lain channel pun anda boleh kongsikannya.

Paling-paling mudah dan murah, minta sahaja orang ramai yang baca untuk kongsikan. Dan mereka pasti akan share content anda jika mereka dapat nilai yang terbaik darinya.

5. Penggunaan Gambar.

005

Kadang-kadang, tulisan sahaja tak tarik mata dan hati orang untuk membaca. Di sinilah gambar memainkan peranan. Gambar tak semestinya, gambar orang, gambar produk, gambar kedai anda, tapi anda boleh gunakan infografik, poster tips, poster doa, dan macam-macam lagi.

Gambar pengalaman anda sendiri digabungkan dengan penulisan yang menyentuh emosi, InsyaAllah akan dapat menarik ramai perhatian pembaca. Jika nak mudah diviralkan, cuba gabungkan dua perkara ini.

6. Menggunakan Data Statistik.

006

Penggunaan data statistik selalunya memberikan gambaran bahawa posting anda adalah bijak, tepat, terperinci dan padat. Untuk dapatkan data statistik ini, anda boleh je Google, tapi lebih power jika anda buat sedikit kajian dan buat sedikit findings darinya yang dapat ditukarkan sebagai satu data.

Contoh, jika anda menjual produk kecantikan, anda mungkin boleh buat sedikit kajian tentang di antara 10 orang wanita, berapa peratus yang ada masalah jerawat? Jika anda dapat data ini, ianya akan tingkatkan keyakinan orang ramai terhadap produk anda.

7. Bermain Dengan Video.

007

Dr Azizan Osman ada kongsikan teknik 7 X 7. Semuanya akan dipelajari di Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan ianya tentang buat video 7 minit, selama 7 hari berturut-turut.

Kenapa beliau cadangkan macam ‘tu? Kerana, video adalah teknik marketing yang memberi impak besar. Jika anda lihat, ramai selebriti dalam dan luar negara sibuk buat video termasuklah video viral. Ini sebab mereka tahu impaknya yang besar, ianya akan ‘create engagement’ dan buatkan Followers anda rasa connected jika maklumat yang anda sampaikan berharga.

Takkan anda nak tengok je video orang lain. Anda perlu mula buat video sendiri. Malu? Nak berniaga, malu perlu taruk tepi ye…

#TeamAzizan

 

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Mobile Commerce

oleh Team Richworks pada 15 March 2017

17310234_1817166624975791_8827426980224694162_o

#Tips4marketing

Pernah tak anda beli gajdet atau pakaian dengan menggunakan aplikasi seperti Lazada atau Amazon.com? Bila anda beli, anda bayar terus menggunakan account merchants seperti online banking, PAY PAL, atau VISA. Dan anda perlu tunggu je barangan tersebut sampai ke tangan anda mengikut tempoh penghantaran yang telah ditetapkan.

Mobile commerce ni sangat sesuai digunakan bagi orang yang bekerja dan tak ada masa nak keluar untuk shopping. Betul ke betul? Bagi anda yang belum tahu apa tu mobile commerce, baca selanjutnya di sini…

1. Maksud Mobile Commerce?

Mobile commerce ni adalah perdagangan mudah alih yang menggunakan smartphone, tablet, laptop, atau PDA. Tak kira di mana anda berada, anda masih lagi dapat menggunakan alatan tersebut untuk membuat transaksi perniagaan online yang melibatkan aktiviti jual beli dengan menggunakan sistem mobile commerce.

Mobile commerce adalah gabungan dari perdagangan elektronik (e-dagang) dengan mobile computing. Ia juga membuka peluang untuk memberi layanan baru bagi customer yang sedia ada, dan untuk menarik customer baru.

2. Akses Pembelian Yang Mudah

Apabila anda menggunakan mobile commerce ni, anda dah tak perlu fikirkan masa yang sesuai untuk keluar rumah, bersesak atas jalan raya, nak fikirkan tol dan minyak, dan tak perlu nak fikir banyak kali untuk buat satu-satu keputusan. Ini kerana, anda buka je website yang anda mahukan, pilih barang yang anda nak ke dalam shopping carts dan terus buat pembayaran secara online dengan menggunakan banking account yang anda ada. Senang ke senang?

3. Sediakan Semua Dalam Satu Website

Kalau anda nak menarik pelanggan berurusan dengan anda, anda juga boleh sediakan website yang menyediakan pelbagai produk yang boleh memenuhi permintaan pelanggan anda. Contohnya anda bina website perniagaan untuk pakaian lelaki dan wanita. Anda bukan sahaja boleh jual pakaian, tapi boleh jual pakaian kanak-kanak, kasut, aksesori seperti beg, tali pinggan, tali leher, jam dan sebagainya. Jadi, pelanggan dah tak perlu nak buka website lain lagi untuk dapatkan produk yang mereka mahukan kerana anda sudah menyediakan semuanya di website anda.

4. Menarik Pelanggan Baru

Antara salah satu kelebihan mobile commerce ni, ia dapat menarik pelanggan baru dengan sistem jual beli yang mudah dan efektif. Sebuah website tidak hanya bergantung pada pelanggan semasa, tetapi mereka harus menarik seberapa ramai pelanggan baru untuk berkunjung dan membeli produk mereka. Pelanggan akan cari produk yang mereka mahukan dengan hanya mengGoogle di website tak kiralah guna smartphone atau tablet. Sekiranya bisnes anda dengan menggunakan mobile commerce ni dapat menarik perhatian pelanggan baru, semakin tinggi peluang anda untuk mendapat lebih banyak peluang dalam perniagaan.

5. Bina Saluran Pemasaran Yang Baru

Berniaga dengan menggunakan mobile commerce ni juga dapat mewujudkan saluran pemasaran yang baru. Contohnya, pernah tak time anda main game, tiba-tiba keluar pop up iklan yang meminta anda install aplikasi tersebut? Sebelum anda nak install, anda akan buka dulu link tersebut untuk tahu kandungannya, betul ke betul? Sekiranya anda berkenan dengan apa yang ditawarkan, anda akan install dan gunanya untuk kehidupan anda.

6. Membantu Jualan Runcit Anda

Lagi bagus kalau anda ada kedai yang menyimpan semua produk perniagaan online anda. Ini kerana, mobile commerce boleh membantu jualan anda di kedai. Cuba anda fikir, apa akan jadi bila kedai anda ada semua produk yang anda pamerkan di website anda? Lagi mudah untuk pekerja anda mengira stok produk dan mengemaskini maklumat secara manual. Antara sebab pelanggan suka membeli secara online kerana, mereka akan perolehi apa yang mereka perlukan. Dan jika mereka rasa tak puas hati dengan pembelian online, mereka boleh datang sendiri ke kedai anda untuk dapatkannya secara terus tanpa perlu tunggu posmen datang ke rumah.

7. Kembangkan Pasaran Bisnes

Perasan tak, pengguna sekarang lebih cenderung untuk membuat pembelian dengan menggunakan smartphone. Bila anda buka smartphone, anda boleh buat pembelian secara terus. Boleh dikatakan setiap hari, pasti ada bakal pelanggan yang melawat website untuk meninjau produk yang ditawarkan oleh peniaga. Mereka juga berkemungkinan akan menjadi pelanggan anda yang baru. Bila mereka dah buat pembelian dengan anda dan berpuas hati dengan servis yang anda bekalkan, pasti mereka akan rekomen kepada orang-orang yang terdekat dengan mereka.

8. Bisnes Yang Menguntungkan

Sebuah syarikat yang melakukan perniagaan menggunakan internet akan mengurangkan bayaran tambahan kerana kos tersebut tidak digunakan untuk kos bangunan dan perkhidmatan pelanggan. Jika nak dibandingkan dengan jenis perniagaan tradisonal, perniagaan mudah alih ini merupakan salah satu perniagaan yang mendatangkan keuntungan yang besar kepada syarikat dan perniagaan.

9. Hanya Memerlukan Data Internet

Berniaga dengan menggunakan mobile commerce, smartphone anda hanya perlu disambungkan dengan data internet atau Wi-Fi supaya anda boleh buat pembelian secara online. Apabila ia sudah disambungkan dengan data internet, anda juga boleh buat pembelian dengan peniaga di luar negara. Anda tidak perlu log masuk ke website peniaga tersebut kerana anda sudah install aplikasi tersebut di telefon anda. Jadi anda hanya menggunakan internet untuk melayari dan memilih perkhidmatan yang sedia ada.

10. Kemudahan Pembayaran

Bila anda menggunakan mobile commerce, bayaran boleh dipindahkan lebih mudah dan lebih selamat berbanding urusan jual beli biasa. Ini kerana, anda tak perlu lagi pergi ke bank untuk mengeluarkan duit dengan tujuan nak membeli-belah. Disebabkan perkembangan teknologi yang cepat, mobile commerce juga menyokong hampir semua kaedah pembayaran yang popular untuk pelanggan dan untuk membayar bil-bil secara elektronik. Ia juga dapat menyelesaikan urus niaga yang rumit.

#TeamRichworks

 

Gong Xi Fa Cai

oleh Team Richworks pada 31 January 2017

gong-xi

Gōng Xǐ Fā Cái pada semua yang menyambut Tahun Baru Cina! Semoga anda dilimpahi kekayaan dan kejayaan yang banyak Tahun Baru ini!

 Wah kehangatan dan kemeriahan Tahun Baru Cina sudah terasa! Sana sini buah limau. Meh kita share sikit kenapa buah limau atau tangerine jadi trademark Chinese New Year?

 Nak tahu tak persamaan kata atau bunyi antara limau mandarin – jú zi (jú disebut seperti bunyi jí yang membawa maksud tuah). Ini lah sebenarnya yang jadikan buah limau ni sangat sinonim dengan Tahun Baru Cina, semenjak zaman dahulu lagi.

 Juga warnanya yang terang (jingga terang) menyamai warna duit emas zaman dulu-dulu! Dulu kan guna emas, tembaga, syiling untuk duit. Kertas ada, tapi kalau kita tengok cerita-cerita Cina tu kan duit emas lagi bernilai? Lagi pula,vibrant colour tu disamakan sebagai membawa rezeki! Ha begitu lah symbolism warna limau dengan duit.

 Eh, dah jadi macam kaunter informasi pula. Taklah, cuma nak berkongsi sejarah je sedikit sebanyak. Limau juga selalu dihadiahkan pada jiran, teman, keluarga dan tetamu sebagai simbolik ‘semoga anda juga kaya dan berjaya’! Wah kena juga ya tagline kami ni? Baiklah, walau sedikit je info ni, moga ia jadi asbab untuk anda, anak murid dan peserta program Richworks yang menyambut Tahun Baru Cina ni! Dan selamat bercuti rehat untuk warga yang berlainan bangsa juga.

 Apa-apa pun, sempena Tahun Baru Cina ini, kami di Richworks Group of Companies dengan besar hatinya mendoakan agar kekayaan dan kejayaan anda semua terus bertambah dan berkembang saban tahun!

 

 

Cari Pelanggan

oleh Team Richworks pada 31 January 2017

16463177_1755305371161917_3338258100290677722_o

Anda berniaga? Ada ke orang nak beli produk yang anda jual tu? Anda tahu, tanpa pelanggan barang yang anda jual tak akan laku. Jadi, jika nak suruh barang anda terjual, anda kena cari pelanggan. 

Macam mana anda nak cari pelanggan tu? Anda boleh cari pelanggan dengan menggunakan cara pemasaran yang betul. Jangan risau, kami akan kongsikan dengan anda cara nak cari pelanggan anda.

1. Media sosial

Cara terbaik nak cari pelanggan anda adalah dengan gunakan media sosial. Promosikan barangan, produk atau servis anda di media sosial. Anda boleh gunakan media sosial yang sedia ada seperti Facebook, Instagram, Blog, YouTube dan sebagainya. Buat copywriting yang menarik untuk setiap produk yang anda pasarkan.

Masukkan juga call to action yang boleh mencuri hati pelanggan bila mereka membacanya. Jika anda tak ada followers, anda boleh mulakan dengan follow target pembeli anda. Pasti akan ada yang follow anda balik. Mudah kan?

2. Orang disekitar anda

Jika anda baru mulakan bisnes, anda boleh promosikan pada orang disekeliling anda seperti famili terdekat, rakan-rakan sekerja atau rakan-rakan sekolah anda. Anda boleh cuba buat tester atau bagi sample produk untuk mereka cuba guna atau pakai. Bila dah guna, minta feedback dari mereka. Tanya mereka apa yang patut anda ubah untuk tingkatkan lagi kualiti produk anda. Adakah mereka berpuas hati dengan servis dan produk yang anda berikan kepada mereka?

3. Melalui kenalan anda

Anda boleh minta keluarga atau kenalan anda perkenalkan barangan anda kepada rakan-rakan mereka. Jadikan ia sebagai promosi dari mulut ke mulut. Jika produk anda bagus dan boleh beri kelainan dari produk yang dah ada di pasaran, pasti ia akan cepat tersebar. Cipta keunikan dalam produk anda. Jika anda nak bersaing dengan peniaga lain di luar sana, cipta kelainan dan cari identiti anda sendiri. Bukan follow barang yang dah sedia anda.

Amacam? Anda rasa ia berguna untuk bisnes anda?

#TeamRichworks

 

Keluarkan Majalah Online

oleh Team Richworks pada 27 January 2017

16179600_1750424354983352_587634399174960523_o

Anda ada bakat menulis? Anda ada banyak idea nak share dengan pembaca anda?

Jika anda masih lagi tak tahu nak berniaga apa, apa kata anda jual bakat menulis anda. Jadi, bakat anda dah tak sia-sia. Kalau anda nak senang dan pembaca boleh assess apa yang anda tulis, anda boleh je buat majalah online. Jadi, semua orang dah boleh baca asalkan mereka ada talian internet.

Anda boleh tulis tips nak mulakan bisnes, tips pemasaran, teknik nak berjaya dalam bisnes dan sebagainya. Sekarang, jika anda nak cari pendapatan sampingan, bisnes adalah jawapannya. Jadi, apa yang anda tulis ni sangat berguna kepada para peniaga di luar sana.

1. Dijadikan page rujukan

Sekiranya apa yang anda tulis ada input-input yang menarik dan ilmu-ilmu yang sangat berguna, ia boleh dijadikan rujukan kepada para peniaga yang memerlukan. Bukan sahaja pembaca dapat ilmu, anda juga dapat memantapkan pengetahuan anda.

Apa perasaan anda bila ada pembaca yang berterima kasih kepada anda kerana perkongsian ini? Mungkin jika dulu mereka tak tahu sesuatu benda, tapi dengan ilmu anda, mereka sudah tahu dan cuba praktiknya dalam bisnes mereka.

2. Perniagaan sampingan

Bila anda keluarkan majalah online, anda juga boleh minta pembaca subscribe majalah anda jika mereka nak baca secara lebih detail atau lanjut. Dengan ini, anda boleh jadikan ia sebagai perniagaan sampingan. Pernah tak anda baca sesuatu secara online, dan bila anda nak baca lebih lanjut, penulisnya meminta anda subscribe page mereka?

3. Sebagai perkongsian ilmu

Bila anda menulis tak kiralah secara online atau manual, anda dah berkongsi ilmu anda dengan orang lain. Dengan perkongsian ini, nescaya ilmu anda akan bertambah-tambah lagi. Ia tak akan habis. Anda boleh minta feedback dari pembaca anda untuk tahu apa yang mereka perlukan. Dan, anda boleh tulis berdasarkan feedback mereka atau anda juga boleh jadikan pertanyaan pembaca sebagai idea untuk menulis.

 

Lancarkan Pertandingan Atau Cabutan Bertuah

oleh Team Richworks pada 27 January 2017

16300407_1750147705011017_311057314791566719_o

Sebagai peniaga, anda boleh buat sesuatu yang jarang peniaga buat untuk hargai pelanggan mereka. Apa kata anda ambil peluang ni untuk lebih dekat dengan pelanggan anda dengan buat cabutan bertuah atau adakan pertandingan untuk mereka.

Banyak manfaat bila anda buat pertandingan atau cabutan bertuah ni. Nak tahu apa manfaat yang anda akan dapat? Kami akan kongsikan dengan anda 3 manfaat yang patut anda fikirkan untuk bisnes anda. Baca selanjutnya di sini>>> (link)

1. Dapat kumpul database

Ini cara terbaik untuk anda kumpulkan database pelanggan. Jika anda tetapkan dengan jumlah pembelian tertentu baru dapat cabutan bertuah, anda boleh minta mereka isikan maklumat mereka untuk cabutan bertuah bersama resit pembelian.

Berikan mereka satu salinan untuk rujukan dan satu salinan lagi anda simpan untuk kegunaan bisnes anda. Bila anda keluarkan produk yang baru atau mengadakan apa-apa event, anda boleh hubungi mereka semula, faham.

2. Boleh kenal pelanggan

Jika anda nak hubungan anda dengan pelanggan bertahan lama, anda perlu kenal siapa pelanggan anda dan bina hubungan dengan mereka. Bila anda dah kenal siapa mereka, urusan perniagaan anda akan jadi lebih senang dan mudah. Anda boleh gunakan kelebihan ini untuk berikan mereka tawaran yang menarik dan minta mereka perkenalkan bisnes anda kepada kawan-kawan mereka.

Sebelum mereka perkenalkan bisnes anda, anda mesti berikan servis yang terbaik kepada mereka dahulu. Jadi, circle anda semakin berkembang kerana ia bergerak dari mulut ke mulut.

3. Buat pemasaran secara tak langsung

Dengan adakan pertandingan dan cabutan bertuah ini, ia secara tak langsung dapat perkenalkan produk anda kepada orang ramai. Anda boleh umumkan kepada pelanggan yang walk in ke kedai anda atau umumkan melalui media sosial atau website anda. Jika mereka sentiasa ambil tahu perkembangan anda, mereka pasti tahu tentang pertandingan yang anda lakukan.

Pasti mereka akan beritahu orang terdekat untuk join sekali. Jadi, ia secara tak langsung telah perkenalkan produk anda kepada pelanggan baru.

Amacam? Anda boleh nampak antara teknik-teknik yang anda perlu guna untuk pasarkan produk anda? Apa lagi…anda boleh try guna dalam bisnes anda.

 

Kemaskini Maklumat Laman Web Anda

oleh Team Richworks pada 27 January 2017

16177575_1750100788349042_1512301098825846271_o

Anda peniaga? Gunakan website untuk berhubung dengan pelanggan anda?

Setiap peniaga wajib ada website atau media sosial untuk berhubung dengan pelanggan mereka. Walaupun bisnes anda maju ke, kurang visitor ke, anda kena juga ada website atau media sosial untuk bisnes anda. Apa pentingnya website ni dalam bisnes anda?

Anda tahu, website atau media sosial adalah alat terbaik untuk perkenalkan jenama atau produk anda pada orang ramai. Bukan tu je, dengan website ni, pelanggan boleh tahu status terkini dari anda seperti apa produk terbaru, waktu operasi bisnes anda dan hari-hari anda tak berniaga atau ambil tempahan.

Bila dah ada website atau media sosial ni, bila kali terakhir anda update maklumat page tersebut? Semalam? Atau tahun lepas? Sebagai peniaga, anda kena selalu update website anda, faham! Kenapa ye?

1. Untuk stay up-to-date

Bila anda selalu kemaskini website, anda akan sentiasa up-to-date dengan perkembangan semasa. Bukan tu sahaja, website anda akan sediakan segala maklumat terkini kepada pelanggan dan anda akan terus sentiasa berhubung dengan mereka. Jadi, ini akan memudahkan kerja anda.

Contohnya, bila anda tak update maklumat di website anda, mungkin pelanggan akan order produk yang sudah kehabisan stok. Ini kerana, anda masih lagi kekalkannya dalam website anda tanpa beri notis yang ia sudah kehabisan stok.

2. Perbaiki copywriting anda

Teknik copywriting juga ada era perubahannya. Ia banyak mengikut corak perbualan santai masyarakat zaman kini. Contohnya, anda boleh lihat macam mana peniaga-peniaga ini update status di media sosial seperti Facebook, Blog atau Instagram.

Semuanya santai. Sebagai peniaga, anda boleh tiru teknik santai ini, tapi jangan pula terlalu santai sehingga ada banyak kesalahan dalam copywriting anda, seperti penggunaan ayat-ayat yang tak sesuai untuk anda gunakan.

3. Ikut perkembangan terkini

Mungkin segala apa yang ada dalam website anda sudah tak releven dengan keadaan kini. Cuba ubah design website anda supaya lebih mesra pelanggan dengan gunakan warna-warna yang menarik, ubah maklumat atau informasi di dalamnya dengan perkembangan terkini, dan upgrade gambar-gambar atau video yang anda upload dalam website anda.

Apa kata anda perbanyakkan live video di website anda, atau masukkan juga video tutorial serta video testimoni dari pelanggan anda.

#TeamRichworks

 

Menulis Dalam Blog

oleh Team Richworks pada 09 December 2016

tulisdlmblog_blog600

Siapa yang ada blog, tapi tak tahu nak buat apa dengan blog yang ada? Dari anda bazirkan blog tersebut tak berpenghuni, apa kata gunakan ia untuk pasarkan produk dan servis anda. Ada manfaatnya juga, betul? Anda bukan sahaja jual produk, tapi bagi ilmu dan faedah kepada orang ramai.

Apa? Tiada idea nak tulis apa dekat blog?

 Tips untuk menulis dalam blog :

1. Pelbagaikan topik

Jangan tumpukan pada satu topik sahaja. Sama seperti media sosial yang lain, blogging juga mempunyai persaingan. Sebelum anda menulis entri, kaji dahulu supaya ia tidak sama dengan entri blogger lain dan cari kelainan dalam entri blog anda. Tujuan untuk kita menulis topik yang pelbagai ialah untuk tarik lebih ramai orang untuk follow kita. Walau bagaimanapun, topik mestilah berkaitan dengan apa yang anda jual.

2. Kena konsisten

Bila anda dah komited nak menulis di blog, anda kena konsisten. Bukan hari ini tulis, sambung pula bulan depan. Atau bukan ala kadar sahaja bagi mengisi masa lapang semata. Jadikan ia sebagai pusat ilmu yang mana boleh memberi manfaat kepada orang lain selain menjual barangan anda. Entri tersebut tidak perlu terlalu panjang kerana tidak ramai yang suka membaca ayat-ayat yang panjang. Cukup sekadar dalam bentuk grafik atau gambar yang menarik.

3. Guna ayat sendiri

Bila anda menulis, lebih elok jika anda guna buah fikiran anda sendiri dari cedok ayat orang. Jika anda nak juga guna entri atau cedok ayat blogger lain, SILA bagi kredit pada artikel dan kerja keras mereka. Untuk memberi kelainan, anda boleh mengambil point yang sama, tetapi konten tersebut mestilah dari buah fikiran sendiri. Ia lagi bagus dan anda juga akan merasa puas sekiranya ilmu dan pengetahuan yang anda ada, dapat dikongsi bersama pembaca lain. Ia akan menambah nilai pada blog anda.

4. Bahasa santai

Jangan gunakan bahasa ‘dewan masyarakat’ dalam entri anda. Gunakan bahasa santai seperti anda sedang berkomunikasi dengan pembaca anda, boleh? Bila anda guna bahasa santai, elakkan dari tulis ayat yang panjang dan guna ayat singkatan seperti anda sedang taip mesej. Walau bagaimanapun, bila disuruh guna bahasa yang santai, jangan lah terlalu santai pula, faham faham?

5. Selitkan gambar

Blog yang menarik ialah blog yang ada gambar. Perbanyakkan gambar atau imej dalam blog anda dengan diselang-selikan kata-kata. Ia akan menarik lebih ramai pembaca mengunjungi blog anda. ‘Create’ entri-entri bergambar yang unik dan menarik. Anda boleh ‘create’ dan ‘edit’ sendiri gambar tersebut menggunakan software seperti Photoshop atau InDesign.

 

Sertai Pameran Perdagangan

oleh Team Richworks pada 09 December 2016

pameranperdagangan_blog600

Bila masuk akhir tahun je, pelbagai sales, karnival, dan pameran akan diadakan. Inilah peluang keemasan untuk para peniaga adakan sales secara besar-besaran. Bila dah hujung tahun, ramai yang bersemangat nak cuba benda baru, nak pakai baju baru , semua pun mesti baru! Sebab itu di akhir tahun banyak perniagaan buat sales dan banyakkan aktiviti perniagaan.

Bagi anda yang berniaga, jangan risau. Inilah masanya anda nak tambah keuntungan, anda boleh gunakan peluang ini untuk letupkan perniagaan anda.

Salah satu caranya, anda boleh buka booth di pameran perdagangan yang biasa diadakan di Malaysia.

Tips sertai pameran perdagangan :

1. Edar flyers

Bila anda berada di pameran seperti ini, teknik pemasaran yang sesuai untuk anda guna ialah offline marketing. Kerana, anda akan jumpa pelanggan secara terus face to face. Anda sampaikan terus flyers tersebut kepada mereka dengan menggunakan teknik ‘direct approach’. Jika mereka berminat, mereka boleh terus ke booth anda untuk pertanyaan lanjut.

2. Tester

Di pameran inilah anda boleh promote produk anda secara gila-gila. Bila anda sediakan tester, ia akan menarik lebih ramai pengunjung ke booth anda. Ini kerana, anda perlu faham yang anda sedang bersaing dengan para peniaga lain yang mana, mungkin mereka sudah ada jenama yang kukuh. Dengan gunakan teknik ini, anda boleh dapat feedback secara langsung dari para pengunjung.

3. Adakan peraduan

Lagi menarik jika booth anda sediakan peraduan untuk para pengunjung yang datang. Anda juga boleh adakan peraduan seperti like page rasmi media sosial perniagaan anda atau apa sahaja peraduan yang menarik. Dengan like page media sosial, anda boleh kumpul followers anda dan secara tak langsung, anda boleh luaskan pemasaran perniagaan anda. Mereka juga akan diperkenalkan dengan produk anda dan sentiasa dapat info jika ada produk terbaru yang keluar di pasaran.

4. Pamer produk

Ini peluang anda untuk perkenalkan setiap produk dan servis anda pada para pengunjung pameran. Bila dah berniaga, sudah pasti banyak produk yang anda telah hasilkan. Mungkin untuk sesetengah produk, sudah ada inovasi yang telah dibuat. Selain itu, anda boleh pamerkan kepada pengunjung cara-cara anda mengeluarkan produk, itu pun sekiranya anda keluarkan produk itu sendiri. Amacam?

5. Khidmat percuma

Pernah tak bila anda pergi ke booth yang jual produk mekap, mereka buat tutorial cara mengenakan mekap secara live depan anda? Menarik betul? Apa kata anda gunakan cara ini di booth anda. Jika anda jual tudung atau shawl, anda boleh buat tutorial pemakaian tudung yang terbaru untuk pengunjung. Anda boleh jadikan pengunjung itu sendiri sebagai model, pasti mereka mahu. Boleh?

 
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start