4-Hari Lagi TTT

oleh Team Richworks pada 27 January 2014

Lagi 4-hari sahaja lagi untuk sesi 5-hari DAO’s Train The Trainer Leadership Certification di Gambang Resort Kuantan. Insha Allah sesi terakhir ini saya bakal update banyak info baru & teknik baru di dalam latihan & perundingan. Perkara yang paling paling bernilai step by step yang akan saya ajar adalah bagaimana memasarkan diri atau perniagaan anda melalui seminar. Dan bagaimana step by step buat “closing on stage”. Ini biasanya tidak diketahui atau dikuasai oleh ramai speaker atau trainer di mana-mana seluruh dunia pun apatah lagi di Malaysia. Ramai orang boleh jadi speaker atau terkenal tetapi broke atau tidak memaksimakan platform ini secara luar biasa dari segi bisnes & kewangan.

Jika anda bakal hadir, Insha Allah saya beri jaminan yang anda pasti akan belajar ilmu “memukau” yang saya gunakan di dalam latihan serta semua teknik yang saya guna dalam training hingga saya boleh handle lebih 6,000 peserta dalam satu dewan selama 4 hari berturut-turut.

Jika anda belum dapat hadir kali ini, anda boleh pasang niat untik hadir TTT biasa saya Insha Allah bulan November 2014 nanti, ia mungkin tidak selengkap sesi ini tetapi still, I will always give the best of me Insha Allah. #DAO

—————————————————————————————————————————————————–

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Richworks di 019/013-2442244/019-2442400.

 

Cuba Istiqomah / Konsisten Setiap Pagi / Hari

oleh Team Richworks pada 27 January 2014
  1. Solat sunat fajr 2 rakaat selepas azan suboh dan sebelum solat suboh – Ia adalah amalan yang fadhilatnya lebih baik dari dunia dan isinya, kaya tu! Dan antara saat doa yang makbul sebelum solat suboh. 2 rakaat solat sunat ini Insha Allah impaknya luar biasa kepada banyak aspek hidup anda.
  2. Selepas solat fardhu suboh buat ni, jika anda mampu konsisten, anda sebenarnya telah mencapai satu lagi kejayaan. Istighfar 100x, Selawat 1,000x setiap pagi.
  3. Biasakan berzikir Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x dan Allahu Akbar 33x setiap kali selepas solat fardhu, ini pun amalan yang menjadikan anda “kaya” kerana ia lebih berat timbangannya daripada segala bumi dan isinya kata satu maksud hadis. Kejap jer pun baca zikir ni.

Semua yang dikongsikan adalah mengikut perkongsian Habib dan guru saya mengikut rujukan hadis. Dan ia perkongsian untuk siapa yang nak istiqomah buat, siapa tak nak, tak perlu buat. Teruskan apa yang anda buat sekarang. #DAO

 

Jijik Sangat Ke Untuk Bersyukur?

oleh Team Richworks pada 27 January 2014

Kenapa ramai suka sebut “walaupun belum berjaya”? Apa maksud anda yang anda belum berjaya? Jijik atau hina untuk rasa bersyukur dan menyebut “Alhamdulillah saya telah berjaya dari segi xxxxxx dan insha Allah sasaran saya ialah untuk lebih berjaya lagi dari segi xxxxxxx”…. Hina ke bersyukur dan meraikan setiap satu proses pencapaian? Adakah maksud kejayaan adalah bila telah capai mencapai jutawan atau billionwan? Bukankah setiap kali kita menghargai setiap satu peningkatan hatta sekecil mana pun tetapi jika kita bersyukur dan menghargai, maka ianya akan menarik lebih banyak kejayaan!! Fokus dan sebut apa yang terbaik di dalam hidup anda sekarang nescaya lebih banyak perkara lebih terbaik akan berlaku lagi insha Allah! #DAO

P/S Saya benci orang yang tidak perasan peningkatan dan gagal mengenalpasti perubahan penambahbaikan pada diri mereka walaupun seinci. Kufur nikmat dan seolah-olah tidak bersyukur dengan setiap nikmatNya setiap saat atau setiap hari.

 

Doa Untuk Terus Miskin atau Tidak Ada Duit?

oleh Team Richworks pada 24 January 2014

Ia salah satu sebab kenapa ramai yang asalnya hidup susah dan terus hidup atau orang yang terus hidup di dal tekanan kewangan adalah kerana mereka mempunyai mentaliti miskin atau mentaliti sentiasa TIDAK ADA WANG!

Tak faham? Saya selalu sebut tentang hadis Nabi saw yang bermaksud antaranya ialah Tuhan mengikut sangkaan hambaNya. Apa yang kita fikir, rasa, cakap dan amalkan atau lakukan adalah menjadi DOA. Itu satu formula yang kita mesti fahami.

Satu masa dulu saya tidak sedar atau perasaan betapa powerfulnya formula ini di dalam proses memperbaiki hidup dan kewangan saya. Saya selalu sebut “Aku ni susah!”, “Aku ni tak ada duit”, sedangkan sebenarnya tidak mungkin kita tidak ada duit, kita mesti ada duit walau 10 sen. Bermakna kita ada. Jika kita mahukan sesuatu, kita hentikan kata “Aku tidak ada duit!” atau “Aku tidak cukup duit!”……

Mungkin maksud kita adalah kita ingin beli sesuatu tetapi kita BELUM ADA bajet untuk membelinya tetapi bila saya faham yang apa yang saya fikir, rasa, cakap dan buat adalah DOA, saya mula menukar cara saya berfikir, emosi saya, kata-kata saya dan tindakan saya kepada ayat-ayat seperti “Insha Allah rezeki aku ada untuk beli benda ni!”, “Insha Allah duit aku ada. sedikit lagi Allah swt lorongkan lebih banyak sampai untuk aku buat ini ini ini!”, “Insha Allah bisnes aku makin meningkat, rezeki aku bertambah dan aku tahu DIA sedang aturkan lebih banyak rezeki untuk aku!”.

Nampak simple tetapi ianya adalah statement-statement luar biasa yang menjadi doa kepada kita.

Fahami perkara ini, rezeki dan peluang keliling kita adalah sangat banyak, cuma adakah MINDA kita, ILMU kita, emosi kita, kata-kata kita dan perbuatan kita sampai kepada kapasiti yang mampu nampak atau melihatnya dan kapasiti diri anda mampu menerima rezeki yang lebih banyak? Rezeki Allah swt adalah banyak keliling kita seumpama TNB mampu suppy seberapa banyak janakuasa elektrik ke rumah kita, tetapi adalah kemampuan METER ELEKTRIK DB Board di rumah kita mampu TERIMA kapasiti elektrik yang lebih tinggi sedangkan ia hanya pada tahap SINGLE PHASE dan bukan THREE PHASE yang mampu terima elektrik/ rezeki lebih besar?

Upgrade minda, emosi, kata-kata kita dan tindakan kita dengan ilmu dan tindakan yang lebih luar biasa serta positif, Insha Allah hasilnya kehidupan dan kewangan kita juga akan lebih positif.

Semua orang yang berjaya, sebelum mereka berjaya adalah mereka yang yakin dan menyakinkan diri yang mereka akan berjaya!

Tak faham tak apa tetapi ini adalah salah satu sains kejayaan dalam kewangan. Bila kita percaya dan yakin dengan kuasa Allah swt mampu merubah atau memperbaiki hidup atau kewangan kita, DIA akan tunjuk jalan tetapi kita kena BERANI belajar dan bertindak! ILMU kuncinya, tindakan jalannya dan syurga matlamatnya. Saya doakan kita semua berjaya dunia akhirat! Ameen. #DAO

 

Keyakinan Itu Ada Pelbagai Peringkat

oleh Team Richworks pada 23 January 2014

Kuliah Suboh di Majlis Taalim Habib mengikut kefahaman saya:-

Keyakinan itu ada pelbagai peringkat.

  1. Ilmul Yakin- Kita meyakini sesuatu hanya sekadar tahu atau sekadar ilmu. Contoh: Kita tahu Kaabah ada tetapi kita belum benar-benar lihat secara live.
  2. Ainul Yakin: Kita pergi ke Makkah dan melihat Kaabah tetapi sekadar melihat atau kita lihat di TV hanya sekadar lihat. Kita yakin dengan apa yang kita lihat dan ia masih keyakinan melalui pandangan.
  3. Haqqul Yakin- Kita menyentuhnya, memegangnya, merabanya, merasainya, mengalaminya. Maka ia menjadi Haqqul Yakin, keyakinan yang benar benar yakin.
  4. Kamalul Yakin- Keyakinan yang sempurna dengan penuh penyaksian, penuh perasaan, penuh pengalaman, sepenuh hati dan jiwa.

Begitulah kita di dalam mempelajari sesuatu juga. Ramai orang mulanya tidak percaya, tetapi tahap keyakinan boleh berubah mengikut kuasa tindakan kita.

Hanya yang mengalami akan merasai. Semoga anda dapat sesuatu dari perkongsian ini. #DAO

 

Salam Semua

oleh Team Richworks pada 22 January 2014
Alhamdulilah syukur dengan rahmatNya saya dapat berkongsi dengan hampir 5,500 peserta di seminar 3-hari Advanced Marketing Power hujung minggu lepas di MIECC sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman yang saya raih bersusah payah selama berbelas tahun di dalam aspek perniagaan & pemasaran. Saya juga bersyukur kerana semalam dapat bersama-sama hampir 1,000 pencinta Rasulullah saw bermawlid dan mendengar perkongsian ilmu dari Habib Najmuddin yang sungguh menusuk sentap ke jiwa.
Pagi ini saya akan ke Jakarta untuk menghadiri menziarah Habib saya dan hadir ke Majlis Mawlid di rumahnya serta kemudian ke Solo untuk menghadiri undangan Habib Syech ke Majlis Mawlid Besar-besaran di Masjid Agung Solo.
Bermula hari rabu hadapan saya akan bersama dengan peserta Train The Trainer Leadership Certification (Comprehensive) selama 5-hari berturut-turut. Ramai trainer dan speaker yang berpotensi di Malaysia tetapi sayang, mereka tidak maksimakan potensi mereka. Ramai usahawan juga yang tidak bijak bercakap dengan bagus untuk membina perniagaan mereka. Kesian. Mereka sepatutnya sedut ilmu dan pengalaman saya supaya mereka juga mampu menjalankan seminar mereka dan perniagaan latihan dengan lebih baik lagi. Dalam masa 5-tahun kami telah membantu lebih 450,000 orang peserta yang hadir ke seminar kami dan 2013 sahaja menyaksikan lebih 140,000 peserta yang hadir secara live. Beribu yang telah meningkat biz mereka dan ramai yang telah menjadi jutawan.
Rugi mereka yang tidak ada ilmu. Doakan perjalanan saya selamat dan dirahmatiNya. Saya doakan anda sekeluarga juga diberkatiNya. Ameen. #DAO
 

Tips4Sukses: Gagal Cepat-cepat!

oleh Team Richworks pada 21 January 2014

cepat-gagal

Gila aper tips ni? Nak berjaya kena gagal cepat-cepat?

Memanglah gila! Gila-gila, baru boleh berjaya gila-gila!

Kenapa saya kata nak berjaya kena gagal cepat-cepat? Sebab mencapai sesuatu kejayaan atau matlamat itu perlu dan mesti melalui proses-proses tertentu. Dan salah satu proses wajib adalah TEKANAN, CABARAN & KEGAGALAN.

Setiap TINDAKAN akan mewujudkan halangan atau cabaran. Jika diri kita mampu lebih kuat atau ada kuasa samada kuasa fizikal, kuasa ilmu atau kuasa berani dan kebijaksanaan merempuh atau mengatasi halangan atau cabaran, maka lebih mudah kita berjaya. Kadang-kadang kita mungkin gagal, gagal membuat keputusan yang betul atau gagal melakukan sesuatu dengan baik kerana kurang pengalaman tapi jangan risau, kerana pengalaman hanya wujud lantaran tindakan dan kesilapan atau kegagalan.

Kadang-kadang perlu masuk 8 kali lorong yang salah untuk jumpa lorong yang betul tapi kalau ada GPS ditangan atau ada orang penunjuk jalan, mungkin kita tak perlu tersalah lama sangat.

Tahu kepompong rama-rama? Satu kajian dibuat di mana rama-rama perlu memecahkan sendiri kepompongnya dengan sayap mereka untuk dapat terbangkan sayapnya untuk terbang, ahli sains pernah tolong pecahkan sebab kesian, tapi rama-rama tersebut tidak mampu terbang kerana sayapnya tidak melalui proses tekanan memecahkan kepompongnya sendiri.

Well, fikir-fikirkan dan hanya dengan tindakan sahaja kita akan dapat tahu apa yang kita tahu dan apa lagi yang kita tidak tahu. Sentiasa bersedia untuk belajar dari kesilapan. Cuma jangan tunggu lama sangat untuk perbaiki diri dan cari mentor atau ilmu. Semoga dipermudahkan segalanya. Anda kaya & berjaya! #DAO

 

Ucapan Tahniah & Terima Kasih – AMP 2014

oleh Team Richworks pada 20 January 2014

Alhamdulillah! Segala puji bagi Allah Yang Maha Agung kerana dengan izinNya kita berjaya menambah nilai dalam kehidupan lebih 5,000 orang peserta melalui program Intensif Advanced Marketing Power Januari 2014 (AMP) bersama Jurulatih Kejayaan #1 Asia Dr. Azizan Osman selama 3 hari di MIECC, Mines.

Tahniah kepada peserta AMP Jan 2014 – You are a Marketing Genius! Moga kalian selamat pulang ke pangkuan keluarga, beroleh Elmu yang bermanfaat dan terus menggunakan Kuasa Tindakan anda untuk Berjaya dunia akhirat insya Allah.

Dengan rasa rendah hati, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi Terima Kasih dan Penghargaan kepada setiap orang yang bertungkus lumus untuk Add Value sepanjang AMP ini; khususnya kepada semua Speakers Jemputan dari Alumni Dr Azizan Osman yang terbukti ‘Proven Success’. Kalian sanggup meluangkan masa, datang dari jauh semata-mata untuk memberi Inspirasi, Ilmu dan Menambah Nilai kepada peserta AMP kali ini.

Izinkan saya merakamkan jutaan Terima Kasih kepada tetamu jemputan Hot Seat (anak didik Dr Azizan Osman) dan Speaker Jemputan yang memang Luar Biasa Hebat, Jutawan & Dermawan yang Sangat Berjaya:

1.Ustaz Badrul Sani

2.Ustaz Rohizal Kasim

3. Tuan Muhammad Kamal Selamat

4. Puan Faizah Othman

5. Puan Anim Abu

6. Puan Siti Hajar Mohd Noor

7. Puan Nor Haniza Taib

8.Puan Fiona Tahir

9. Puan Kala Vathy Rasalingam

10.Datin Atikah Ab Ghani

11. Tuan Ridzuan bin Ahmad

12.Dato’ Mohammad Ruslan

13.Tuan Mohd Asri Ahmad

14.Tuan Gero Azrul

15.Tuan Azzam Sabtu

16. Dato Roslan Abd Hamid

Perkongsian kalian benar-benar menyentuh hati ribuan insan, memberi Inspirasi untuk Bangkit dan Berjaya. You touched the heart and soul of thousand lives!
Penghargaan Khas kepada Tuan Sayed Munawar Kepakaran atas kesudian Menambah Nilai sebagai ‘Moderator’ untuk sesi Hot Seat. You are Totally Superb, Tuan Sayed Munawar – Dalam Lingkungan

Richworks tak mungkin berada di tahap ini tanpa Sokongan dan Komitmen Luar Biasa dari Pasukan Crew, Rakan Perniagaan, Pasukan Staff Kumpulan Richworks serta keluarga masing-masing. Terima Kasih yang teramat sangat di atas kesungguhan kalian untuk mencapai Misi Richworks – to Inspire, Educate & Add Value to the World. Moga setiap titisan peluh, setiap detik diterima sebagai amal jariah dan beroleh nikmat Jannatul Firdaus dari Allah Yang Maha Kaya. InsyaAllah, the more you give, the more you get back.
Saya sentiasa mendoakan Kejayaan, Kebahagiaan, Kesihatan, Kekayaan, Keberkatan dunia akhirat untuk semua Alumni dan Bakal Alumni Dr Azizan Osman, semua peserta program anjuran Richworks, setiap insan di belakang tabir yang sentiasa memberi sokongan kepada kami.

Di Richworks, kami percaya setiap orang mempunyai Potentsi Hebat & Anugerah Istimewa dari Allah Yang Maha Kuasa, setiap insan layak untuk Berjaya dan sebaik-baik insan ialah yang Memberi Manfaat kepada seluruh alam. Dengan Doa, Elmu dan Kuasa Tindakan – insya Allah, impian anda menjadi Realiti. Kejayaan anda adalah Kepuasan kami. That’s why we do what we do
Thank you is never enough. Terima Kasih sekali lagi & Tahniah kepada graduan AMP Jan 2014!
Insya Allah kita bertemu kembali dalam program Platinum dan mana-mana program Richworks yang akan datang.
BarakAllahhufikum!

“Inspire, Educate, Add Value”

Salam hormat,
Hjh Yasmin bt Mohd Ramzi
Group CEO,
Richworks Group of Companies

 

8 Pintu Syurga

oleh Team Richworks pada 18 January 2014

Ibnu Abbas ra. berkata: Syurga mempunyai 8 pintu yang terbuat dari emas, yang dihiasi dengan jauhar (sejenis mutiara) dan pada pintu yang pertama tertulis kalimat LAA ILAAHA ILLALLAAH MUHAMMADUR RASUULULLAH, yaitu pintu bagi para Nabi dan Rasul, syuhada’ dan juga pintunya orang-orang yang dermawan.

Pintu yang kedua yaitu pintu bagi orang-orang yang mendirikan shalat, orang yang menyempurnakan wudhunya dan orang yang menyempurnakan rukun-rukun shalatnya.

Pintu yang ketiga yaitu pintu bagi orang-orang yang memberikan zakatnya dengan senang hati dan ikhlas.

Pintu yang keempat yaitu pintu bagi orang-orang yang memerintahkan kepada kebajikan dan mencegah terhadap perbuatan munkar.

Pintu yang kelima yaitu pintu bagi orang-orang yang dapat memelihara syahwatnya dan mencegah dari nafsu yang buruk.

Pintu yang keenam yaitu pintu bagi orang-orang yang melaksanakan haji dan umrah.

Pintu yang ketujuh yaitu pintu bagi orang-orang yang berjihad (dijalan Allah).

Dan pintu yang kelapan yaitu pintu bagi orang-orang yang bertaqwa, yaitu orang yang memejamkan matanya dari perbuatan dan sesuatu yang haram, orang-orang yang melakukan kebaikan, diantaranya: berbuat baik kepada orang tua, mempererat tali persaudaraan (silaturrahim) dan lain sebagainya.
——————————————————-
Amacam? Di hari jumaat yang mulia ini, kita boleh banyakkan sedekah mudah-mudahan kita menjadi golongan mereka yang memasuki syurga melalui pintu pertama khusus untuk para Nabi, Auliya’ & Syuhada serta dermawan dan orang yang bersedekah. Cari manusia yang boleh terima sedekah kita hari ini. Banyakkan selawat juga ke atas Baginda Rasulullah saw. Allahummassolli Wa Sallim Wa Baarik Alaih Wa Ala Alaih. #DAO

 

10 Pesanan Buat Peserta AMP Bermula Esok :-

oleh Team Richworks pada 16 January 2014
  1. Jangan lupa hadir awal kerana jalan ke MINES International Exhibition Convention Center (MIECC) Insha Allah sesak tahap gaban esok pagi dan malam.
  2. Elakkan naik kereta sendiri-sendiri tetapi tumpang kereta kawan-kawan kerana parking space tidak cukup di MIECC ni atau naik komuter dan jalan sedikit ke MIECC
  3. Banyakkan bersabar jika jalan sesak esok apatah lagi jika anda yang lambat sampai.
  4. Bawa botol air untuk minum serta snacks seperti mix fruits, chocolate, sandwich untuk anda makan sepanjang hari ke malam.
  5. Bawa pen dan buku nota in case workbook yang diberikan tidak cukup ruang atau untuk catatan nota tambahan sendiri.
  6. Bawa business card/ call card untuk sesi networking, tidak perlu bawa basikal atau peti ais kerana ia tidak dibenarkan masuk ke dewan.
  7. Kanak-kanak dan sesiapa dibawah umur 18 tahun tidak dibenarkan masuk dewan kerana ditakuti kelas Marketing ini bertukar menjadi tadika Cikgu Miat. Anda boleh susukan bayi anda di luar luar luar jauh dari dewan bukan di khalayak ramai dan bukan dalam dewan kerana ditakuti ia mengundang banyak masalah fokus kepada orang lain.
  8. Pakaian kemas seperti manusia yang serius mahu berniaga dan beradab sopan.
  9. Jaga adab menuntut ilmu sepanjang program berlangsung, hormati dan hargai khidmat semua orang termasuk staff, crew, peserta lain, makcik yang cuci tandas kerana adab kita yang bagus akan melahirkan bisnes yang disukai pelanggan.
  10. Bawa duit spare untuk kegunaan sendiri kerana perkhidmatan meminjam wang tidak ada disediakan di lokasi. (Gurau jer, Gurau pun tak boleh?)

Last sekali, jangan lupa bawa makanan sendiri atau bersedia beli makanan di Mines Shopping Mall pada waktu rehat, makan ubat dan bawa ubat bagi yang kena makan ubat, wanita harus bersedia jika anda tahu “bendera jepun” naik dan anda perlukan alat yang anda faham maksud saya supaya tidak perlu kita buat pengumuman siapa ada pad untuk dipinjamkan?

Ok semua, have fun, ingat, anda datang menuntut ilmu, doa anda makbul, ada yang bermusafir, gunakan saat-saat ini untuk submit doa banyak-banyak agar dengan ilmu ini mudah-mudahan anda dapat memperbaiki hidup anda serta membantu ramai orang lain, niat selesaikan hutang dan bebas kewangan. Dan elakkan maki sesiapa kerana itu semua doa. Janga lupa jaga solat dan selawat.

Have fun. Semoga diberkatiNya. Pesanan kasih sayang dari #DAO & Seluruh warga kerja Richworks.

 
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start