Dr Azizan Meletakkan Jawatan

oleh Team Richworks pada 01 October 2013

KEPADA EDITOR – UNTUK SIARAN MEDIA

DR AZIZAN MELETAKKAN JAWATAN

Shah Alam, 1 Okt 2013: Lima tahun membina nama sehingga diiktiraf sebagai Mentor & Pakar Perunding Pemasaran No.1 Asia, Dr Azizan Osman telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Richworks Group of Companies berkuatkuasa hari ini. Tindakan ini diambil sebagai salah satu proses penstrukturan semula Richworks Group of Companies. Sehubungan itu, operasi Richworks Group of Companies di Malaysia diambil alih oleh Yasmin Mohd Ramzi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, bermula serta-merta. Yasmin merupakan bekas Pengurus Kewangan Global, Shell. Berkelulusan dalam bidang kewangan dan perakaunan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Yasmin merupakan satu-satunya anak Melayu yang dilantik menjadi ahli jawatankuasa pemasaran global (Global Marketing Committee) untuk Chartered Management Account (CIMA) serta ahli Fellow Chartered Management Accountant (FCMA) dan Chartered Global Management Accountant (CGMA). Beliau menyertai Richworks Group of Companies bermula awal September sebelum ini sebagai Pengurus Besar Kumpulan.

Azizan di dalam rangka memperluaskan empayarnya dalam fasa awal meneroka pasaran antarabangsa yang diperkukuhkan di bawah jenama Azizan Osman International. Syarikat berasaskan latihan keusahawanan dan pembangunan manusia bakal pengukuhan struktur Azizan Osman International itu menyaksikan Azizan yang merupakan pengasas dan Pengerusi Eksekutif Richworks Group of Companies kini turut menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Serantau.

Beliau yang menaungi 24 syarikat dalam pelbagai industri, antaranya syarikat pelaburan hartanah, agensi pengiklanan berakreditasi ini di Malaysia dan Singapura, memulai kempennya dengan meneroka pasaran Indonesia, Filipina dan India dalam usaha melebarkan sayapnya ke pentas global.

Ia juga menyaksikan perlantikan baru Zafrul Rizal bin Mat sebagai Pengarah Serantau bagi melancarkan operasi.

PROFIL RINGKAS DR AZIZAN OSMAN, PENGASAS dan PENGERUSI EKSEKUTIF RICHWORKS GROUP OF COMPANIES dan AZIZAN OSMAN INTERNATIONAL (S) Ptd Ltd
• Penulis buku pemasaran Bahasa Malaysia paling laris iaitu “Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan” dan buku terbarunya “Magnet Kekayaan & Kejayaan”
• Seorang Mentor Usahawan & Pemasaran No.1 Asia serta usahawan & multi-jutawan yang mempunyai 24 syarikat di dalam beberapa industri di Malaysia dan Singapura
• Pemegang saham kedua terbesar syarikat INSBio Berhad yang disenarai di Bursa Malaysia
• Seorang pakar dalam Strategi Pemasaran dan Pengiklanan – mempunyai agensi yang bertauliah di dalam Pengiklanan dan Pemasaran bagi TV, radio, akhbar dan majalah
• Sering kali ditemuramah di TV, radio, majalah dan akhbar bagi perkongsian tips motivasi
• Sering dijemput untuk memberi ceramah di sektor korporat dan program universiti
• Sejak 2008, lebih daripada 365,000 peserta telah lulus dalam seminar-seminarnya yang mana merangkumi golongan profesional, eksekutif, ahli perniagaan, suri rumah dan pelajar
• Terlibat secara aktif di dalam bidang pemasaran dan pengiklanan sejak 2001. Dilatih dan pernah bekerja di dalam sebuah organisasi antarabangsa yang beribu pejabat di London, United Kingdom serta berpengalaman menguruskan kempen dan program pemasaran untuk TM, Digi, Celcom, Standard Charted, HSBC, WWF dan MAKNA.

/ends/Zurina Waji/1-Okt2013

 

Seminar Jutawan Industri – Edisi Khas 2013 – Junaidy

oleh Team Richworks pada 25 September 2013

Kebanyakan usahawan tidak dapat maju setapak kehadapan dalam perniagaan mereka kerana ketandusan idea dan kekurangan ilmu. Begitu juga dengan Encik Junaidy Abu Bakar. Program anjuran Richworks membantu beliau membuka minda dan memberikan inspirasi untuk menjalankan kajian dan pembangunan sendiri untuk produk beliau.

Hasil yang diperolehi cukup memberangsangkan. Sebaik sahaja program tamat, beliau terus mengaplikasi elmu yang dipelajari. Pada tahun pertama pendapatan daripada RM60, 000 sebulan meningkat kepada RM300, 000. Kini perniagaan beliau telah masuk ke tahun ketiga dan pendapatan bulanan yang beliau perolehi setiap bulan telah mencecah RM 600, 000.

Intensif jutawan Industri – Edisi Khas 2013 @ PWTC, Kuala Lumpur pada 27 – 29 September 2013.

Kepada yang masih belum sahkan tempat duduk. Sila hubungi 019/013- 244 22 44 atau 0355191260 sekarang!

 

 

Intensif Jutawan Industri Edisi Khas 2013 – Ahmad Syurgawi

oleh Team Richworks pada 25 September 2013

Keadaan bisnes Encik Ahmad Syurgawi Jelani ibarat hidup segan mati tidak mahu dan pendapatan bulanan tidak tetap, malah pada satu ketika tiada langsung pendapatan. Walaupun telah memulakan perniagaan sejak tahun 2008, beliau mendapati amat sukar untuk menarik kepercayaan pada orang awam dan para perniaga.

Dengan tunjuk ajar Dr. Azizan Osman yang diberikan semasa Program Jutawan Industri membantu beliau untuk mendidik dan mengubah tanggapan orang awam tentang affiliate marketing. Dalam tempoh sebulan selepas beliau mengikuti program anjuran Richworks ini, beliau berjaya mengubah keadaan sebelumnya kepada yang lebih baik. Pendapatan sebulan beliau mencecah sehingga RM12, 000.

Intensif jutawan Industri – Edisi Khas 2013 @ PWTC, Kuala Lumpur pada 27 – 29 September 2013.

Kepada yang masih belum sahkan tempat duduk. Sila hubungi 019/013- 244 22 44 atau 0355191260 sekarang!

 

Seminar Jutawan Industri – Edisi Khas 2013 – Norsharina

oleh Team Richworks pada 24 September 2013

Puan Norsharina Mohd Sahar telah lama bertapak dalam bidang pembuatan plastik namun masih berada di takuk yang sama. Perniagaan beliau lama kelamaan menjadi statik dan tidak berkembang. Malah beliau mula kehilangan pelanggan dan berdepan dengan jalan buntu. Ibarat tiada jalan keluar dari masalah yang membelenggu perniagaan.Pendapatan bulanan yang berjumlah RM300,000 tidak dapat menampung kos perniagaan.

Tetapi selepas beliau mengikuti program Dr Azizan, tercetus idea baru dan perniagaan beliau berkembang kepada cabang baru. Selepas mengikuti kursus tidak sampai setahun, beliau sudah nampak hasilnya. Pendapatan beliau meningkat kepada RM 8, 000, 000 setahun.

Menurut beliau, jika anda tidak menghadiri Program Dr Azizan anda akan rugi kerana bukan sahaja anda akan diajar untuk mencari duit, anda juga akan mempelajari cara untuk mengenal potensi diri anda.

Ikuti cerita selanjutnya disini.

 

Intensif Jutawan Industri Edisi Khas 2013 – Dr Malinda

oleh Team Richworks pada 24 September 2013

Dr Malinda merupakan pakar dalam bidang anti penuaan dan aesthetic. Sebagai seorang doktor, beliau juga mempunyai minat dalam bidang perniagaan dan mencari peluang bagaimana untuk memulakan perniagaan.

Setelah hadir ke Seminar Jutawan Industri dimana program ini dianjurkan secara percuma oleh Richworks, sedikit sebanyak membuka minda beliau tentang perniagaan. Dan yang paling penting ialah beliau menyedari bahawa dengan tunjuk ajar Dr Azizan, beliau boleh menjadi peneraju dalam bidang pernigaan yang diceburi.

Setelah menghadiri Intensif Jutawan Industri, beliau mengambil keputusan drastik untuk berhenti kerja dan merancang apa yang beliau mahukan dalam hidup.

Tonton video ini untuk mendapatkan info selanjutnya.

 

Sebuah kisah kejayaan peserta program Dr. Azizan Osman Yang Jarang Kita Dengar – IJI 2013

oleh Team Richworks pada 23 September 2013

Ini adalah sebuah kisah kejayaan peserta program Dr. Azizan Osman yang jarang kita dengar.

Puan Hajah Azliza Nordin adalah pemborong dan pengimport manik melayu bumiputera yang terbesar di Malaysia. Beliau mengambil keputusan drastik untuk berhenti kerja dengan notis 24 jam selepas ibu mertua beliau disahkan menghidap barah hati.

Kemudian hutang beliau terus bertambah dan telah disenarai hitam oleh bank tempatan.

Ikuti kisah selanjutnya disini.

 

 

IJI Preview 7 Cara Belajar Visual dan Auditory

oleh Team Richworks pada 20 September 2013

Setiap individu mempunyai cara memproses maklumat dan cara belajar yang berbeza. Terdapat 7 cara belajar dan dalam video ini Dr. Azizan menerangkan 2 cara belajar bagaimana memahami cara pembelajaran setiap individu yang berbeza boleh membantu kita untuk menyasarkan produk yang berbeza sesuai dengan pengguna.

Daftar Sekarang! Klinik Usahawan & Pelaburan Dr. Azizan Osman – Seminar Jutawan Industri – Edisi Khas 2013 di www.JutawanIndustri.com (100% percuma sekiranya mendaftar 3 orang)

Intensif Jutawan Industri Edisi Khas 2013 akan berlangsung pada 27 – 29 September 2013 di Putra Worldwide Trade Centre, PWTC, Kuala Lumpur.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi 019/013 244 2244 atau 019 244 2400

 

 

daftar-sekarang

 

Daripada RM1, 000 Sebulan Kepada RM358, 000 Sebulan Dalam Masa 4 Bulan Sahaja – SJI 2013

oleh Team Richworks pada 18 September 2013

Berkecimpung dalam bidang perniagaan online selama 5 tahun tanpa ilmu dan mentor membuatkan bisnes beliau berada di takuk yang sama. Pendapatan hanya dalam lingkungan RM1, 000 sehingga RM2, 000 sahaja walaupun telah lama menjalankan perniagaan. Tiada perubahan mahupun perkembangan dalam perniagaan.

Selepas mengikuti program anjuran Richworks, perubahan kepada perniagaan beliau sungguh drastik. Pendapatan beliau kini mencecah 6 angka. Daripada RM1, 000 sehingga RM2, 000 sebulan kepada RM358, 000 sebulan dalam masa 4 bulan sahaja.

Seminar Jutawan Industri membuatkan beliau mengetepikan ketakutan beliau dan berani untuk mengeluarkan produk sendiri. Dengan mengaplikasikan cara perniagaan yang betul, jualan semakin meningkat dan mampu berdaya saing dengan produk lain di pasaran.

Daftar Sekarang! Klinik Usahawan & Pelaburan Dr. Azizan Osman – Seminar Jutawan Industri – Edisi Khas 2013 di www.JutawanIndustri.com (100% percuma sekiranya mendaftar 3 orang)

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi 019/013 244 2244 atau 019 244 2400

 

daftar-sekarang

 

Hanya Dalam Tempoh 9 Bulan Usia Perniagaan Kami, Jualan Sudah Mencecah Rm 1 Juta.

oleh Team Richworks pada 17 September 2013

basit Nama saya Abdul Basit Abdur Rahim Nasution daripada KP Creative Venture Sdn Bhd yang membawa jenama Kaki Printing. Kepakaran kami adalah dalam membantu untuk mempromosikan perniagaan anda pada baju dengan harga yang kompetitif, cepat serta berkualiti. Kami mula bertapak dalam bidang perniagaan ini sejak November 2012 dan usia perniagaan ini baharu 10 bulan.

Semasa masih bergelar pelajar saya telah mencuba-cuba untuk berniaga seperti MLM, berniaga pakaian di Uptown dan rumah ke rumah serta berniaga air di pasar malam. Saya juga pernah ditipu sehingga RM15,000 kerana tiada ilmu dan tiada mentor untuk dijadikan panduan. Setelah tamat belajar, saya sebenarnya masih mencari-cari arah tuju kerjaya. Saya tahu minat saya adalah dalam bidang perniagaan.

Saya sudah mengetahui mengenai program Dr. Azizan sudah lama. Namun persepsi saya terhadap program ini adalah sama seperti program yang biasa-biasa, sekadar ‘menjual air liur’. Sehinggalah pada November 2012, saya terpaksa hadir ke program Jutawan Industri anjuran Richworks kerana seorang kenalan telah mendaftarkan nama saya tanpa pengetahuan saya.

Ternyata disebalik keterpaksaan itu ada hikmahnya yang tersendiri. Dengan ilmu yang disampaikan oleh Dr. Azizan semasa program tersebut, tidak semena-mena saya terus mendapat idea untuk memulakan perniagaan percetakan Kaki Printing ini. Walaupun, saya sedar yang saya sebenarnya langsung tiada modal dan bermula dengan kosong, berbekalkan ilmu serta keyakinan yang diberikan oleh Dr. Azizan, saya tidak menoleh ke belakang lagi.

Impaknya langsung tidak saya duga. Dengan mengaplikasikan ilmu dan tips yang kongsikan oleh Dr. Azizan, jualan bulan pertama kami mencecah RM80,000. Ianya cukup luar biasa kerana dalam keadaan kedai yang tiada apa-apa dan tunggang langgang, sistem yang tidak teratur dan hanya ada seorang staff yang membantu.

Kami terus mengorak langkah ke hadapan, perbaiki sistem yang ada dan hasilnya kini di depan mata. Syarikat kami kini memperoleh unjuran jualan melebihi RM100,000 setiap bulan dan hanya dalam tempoh 9 bulan usia perniagaan kami, jualan kami sudah mencecah RM1 juta. Bukan itu sahaja, pada umur 24 tahun, saya langsung tidak pernah terfikir mampu memiliki 3 buah syarikat serta 18 orang staff.

Selain dari ilmu perniagaan dan keusahawanan yang sangat praktikal, Dr. Azizan juga mengajar saya untuk menjadi lebih positif. Apa yang saya fikir, apa yang saya rasa, apa yang saya cakap dan apa yang saya buat kini semuanya lebih positif. Dr. Azizan juga berpesan, perniagaan bukan sekadar mementingkan keuntungan semata-mata. Perniagaan merupakan satu cara untuk berkongsi kepakaran dan pengetahuan kita dalam sesuatu bidang.

Adakah anda sudah puas dengan apa yang anda peroleh hari ini? Puas dengan hutang yang tidak pernah habis? Puas dengan keadaan ekonomi keluarga anda? Jawapan terletak ditangan anda sendiri. Amaran keras dari saya! Sekiranya anda tidak bersedia untuk menjadi seorang murid serta tidak mempunyai sebab yang kukuh untuk berjaya dan mengubah hidup anda, jangan hadiri program Jutawan Industri ini.

Abdul Basit Abdur Rahim Nasution
Ketua Pegawai Eksekutif KP Creative Venture Sdn Bhd (Kaki Printing)
FB : kakiprinting

 

daftar-sekarang

 

Video – Hanya Dalam Tempoh 9 Bulan Usia Perniagaan Kami, Jualan Sudah Mencecah RM 1 Juta.

oleh Team Richworks pada 17 September 2013

Kisah kejayaan kali ini berbeza daripada kisah kejayaan yang lain. Berusia 24 tahun, beliau baru sahaja menamatkan pelajaran di menara gading. Abdul Basit Abdur Rahim Nasution masih mencari-cari arah tuju kerjaya dan minat beliau cenderung ke arah bidang perniagaan.

Malah ketika beliau masih bergelar pelajar beliau telah mencuba-cuba untuk berniaga seperti MLM, berniaga pakaian di Uptown dan rumah ke rumah serta berniaga air di pasar malam. Namun beliau tertipu dan kerugian sehingga RM15,000 kerana tiada ilmu dan tiada mentor untuk dijadikan panduan.

Menggangap program Dr Azizan sekadar program yang biasa yang ‘menjual air liur’ pada mulanya sehinggalah terpaksa hadir ke program Jutawan Industri anjuran Richworks kerana seorang kenalan telah mendaftarkan nama beliau tanpa pengetahuannya.

Ternyata disebalik keterpaksaan itu ada hikmahnya yang tersendiri. Dengan ilmu yang disampaikan oleh Dr. Azizan semasa program tersebut, tidak semena-mena beliau terus mendapat idea untuk memulakan perniagaan percetakan Kaki Printing ini. Walaupun, beliau sedar bahawa sebenarnya langsung tiada modal dan bermula dengan kosong, berbekalkan ilmu serta keyakinan yang diberikan oleh Dr. Azizan, beliau tidak menoleh ke belakang lagi.

Tonton video ini sekarang!


Daftar Sekarang! Klinik Usahawan & Pelaburan Dr. Azizan Osman – Seminar Jutawan Industri – Edisi Khas 2013 di www.JutawanIndustri.com (100% percuma sekiranya mendaftar 3 orang)

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi 019/013 244 2244 atau 019 244 2400

 

daftar-sekarang

 
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start