Pecah tabung demi sesuap nasi – Pengalaman usahawan sebelum jana RM2,000 sehari – MKK 2013

oleh Team Richworks pada 12 November 2013

 

“Satu-persatu barang di dalam rumah terpaksa saya jual”

mkk2Saya Noordeyana Mohd Rashdi. Saya merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di CYECAH CYECAH yang baru beroperasi selama 3 bulan di Kuantan, Pahang.
Masih segar di ingatan saat saya dan suami tidak bekerja selama hampir satu tahun akibat putus asa kerana perniagaan yang kami mulakan tidak berjaya. Kami hanya berkurung dirumah sendiri dan pada ketika itu anak pertama saya baru berusia 8 bulan.

Ibu bapa mana yang tidak pilu apabila melihat anak yang tidak mengerti apa-apa turut sama melalui saat kesusahan. Sumber kewangan langsung tidak ada. Terpaksa mencari duit di poket-poket seluar dan memecahkan tabung duit syiling. Gembira dan pertama kali agaknya dalam hidup saya rasa bersyukur dengan duit yang dijumpai. Cukuplah untuk makan selama beberapa hari.

Satu-persatu barang di dalam rumah terpaksa saya jual seperti televisyen, kamera, baju serta minyak wangi. Kereta tidak berbayar dan rumah yang diduduki adalah ihsan tuan rumah yang tidak menghalau kami. Keadaan itu kami lalui sendirian tanpa diketahui oleh keluarga dan rakan-rakan.

Saya langsung tidak mengenali siapa Dr. Azizan Osman pada ketika itu. Saya hanya terinspirasi oleh beliau dengan posting beliau di Facebook. Saya mula bangkit dan memulakan perniagaan katering. Saya mendapat tender kafetaria di hospital dan kantin sekolah.

Walaupun perniagaan itu boleh dikatakan berjaya, namun saya merasakan ada sesuatu yang kurang. Saya tidak gembira. Saya kemudiannya mengikuti program Dr. Azizan Osman. Saya tersentak. Saya sedar dimana kebocoran saya sebelum ini. Saya sering menjauhkan diri dari ibu bapa saya. Saya sering membelakangi keputusan suami. Yang paling besar adalah saya tidak pernah menjaga hubungan saya dengan Allah.

Pulang sahaja dari program, saya membuat keputusan yang drastik dengan menamatkan tender kafetaria dan kantin kerana saya sering pulang lewat malam hanya untuk mencari duit dengan meninggalkan anak-anak. Saya memulakan perniagaan baru dengan membuat sambal hitam Pahang di bawah jenama CYECAH CYECAH.

Saya sangat gembira dan bahagia dengan kehidupan saya sekarang. Hubungan saya dengan keluarga bertambah rapat. Paling penting hubungan saya dengan-Nya juga makin terjaga. Saya hanya bergantung harap padanya. Jualan saya untuk sambal hitam ini juga meningkat dari hari ke hari. Alhamdulillah, jualan saya untuk sehari mencecah RM2,000.

Ramai antara kita sebenarnya belum mengenali diri sendiri. Bagi saya Dr. Azizan Osman adalah seorang guru dan mentor yang dapat membimbing anda mengenali diri anda yang sebenar. Jika anda mahukan kebahagiaan, keberkatan, kesihatan, kekayaan serta kejayaan, hadirlah ke program Magnet Kekayaan dan Kejayaan ini. Saya pasti anda dapat mengenal pasti hala tuju anda untuk mencapai apa yang anda mahukan.

 

daftar-sekarang

 

Kuasa Bersyukur

oleh Team Richworks pada 30 October 2013

Jangan merungut kerana orang yang bersyukur tidak ada rungutan dan orang yang merungut tidak ada kesyukuran. Baca.. #DrAzizanOsman

Kuasa bersyukur adalah satu nikmat yang luar biasa dan hikmah yang besar bagi seseorang mukmin (Yang beriman kepada Allah swt dan hari kiamat]. Bukan sedikit ayatul-quran (firman Allah swt) yang menyebut tentang kesyukuran dan musuh utama kesyukuran adalah kekufuran.

Seringkali manusia mempersoalkan tentang “Sampai bila kena asyik bersyukur?” atau rungutan tentang “Kau asyik suruh aku bersyukur sahaja walaupun banyak masalah?”.

Di sinilah salah faham tentang kesyukuran. Berdasarkan pengalaman saya, prinsip bersyukur ini merupakan prinsip pegangan pertama di dalam formula transformasi hidup seseorang dan memperbaiki diri.

Cuba kita lihat, ada begitu banyak ayat-ayat firman Allah swt yang menyeru atau mengingatkan kita tentang bersyukur, in fact, bagi saya, the whole essence of Islam adalah terletak kepada penzahiran kesyukuran kita dari keikhlasan hati hingga kepada amalan kepada Allah swt dan kekasihNya antaranya melalui solat, sedekah, zakat, selawat, berpuasa, berdoa dan lain-lain amalan.

Cuba perhatikan setiap satu terjemahan ayat-ayat Allah swt ini :-

“Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu.”- Surah Al-Baqarah 2:152

“Wahai orang orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah jika kamu hanya menyembah kepadaNya.”- Surah Al-Baqarah 2:172

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan mu memaklumkan, ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepada mu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.”- Surah Ibrahim 14: 7

“…Barangsiapa bersyukur, maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barang siapa ingkar, maka sesungguhnya Tuhan ku Maha Kaya, Maha Mulia.”- Surah An-Naml 27:40

“Dan sungguh, telah Kami berikan hikmah kepada Lukman, iaitu ‘Bersyukurlah kepada Allah! Dan barang siapa bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barang siapa yang tidak bersyukur (kufur), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, Maha Terpuji.”- Surah Luqman 31:12

“Allah tidak akan menyeksa mu jika kamu bersyukur dan beriman. Dan Allah Maha Mensyukuri, Maha Mengetahui.”- Surah An-Nisa 4:147

“Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan izin Tuhan dan tanah yang buruk, tanaman-tanamannya tumbuh merana. Demikianlah Kami menjelaskan berulang-ulang tanda-tanda (kebesaran Kami) bagi orang-orang yang bersyukur.”- Surah Al-A’raf 7:58

“Dan apakah dugaan orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah pada hari kiamat? Sesungguhnya Allah benar-benar mempunyai kurnia (yang dilimpahkan) kepada manusia, tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur.”- Surah Yunus 10:60

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepada mu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.”- Surah Ibrahim 14:7

“Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunan ku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, Ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka melaksanakan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka rezeki dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.”- Surah Ibrahim 14:37

“Dan kami jadikan padanya di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air, agar mereka dapat makan dari buahnya dan dari hasil usaha tangan mereka. Maka mengapa mereka tidak bersyukur?”- Surah Yasin 36:34-35

“…Allah menghendaki kemudahan bagi mu dan tidak menghendaki kesukaran bagi mu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada mu agar kamu bersyukur.”- Surah Al-Baqarah 2:185

“…Allah tidak ingin menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagi mu agar kamu bersyukur.”- Surah Al-Maidah 5:6

“Jika kamu kafir (ketahuilah), maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan mu dan Dia tidak meredai kekafiran hamba-hambaNya. Jika kamu bersyukur, Dia meredai kesyukuran mu itu…”- Surah Az-Zumar 39:7

“…Sesungguhnya apa yang kamu sembah selain Allah itu tidak mampu memberikan rezeki kepada mu; maka mintalah rezeki dari Allah dan sembahlah Dia dan bersyukurlah kepada-Nya. Hanya kepada-Nya kamu akan dikembalikan.”- Surah Al-Ankabut 29:17

“Sungguh, bagi kaum Saba ada tanda (kebesaran Tuhan di tempat kediaman mereka), iaitu dua buah kebun disebelah kanan dan disebelah kiri (kepada mereka dikatakan), ‘Makanlah oleh mu dari rezeki yang (dianugerahkan) Tuhan mu dan bersyukurlah kepada-Nya. (Negeri mu) adalah negeri yang baik (nyaman) sedang (Tuhan mu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun.”- Surah Saba 34:15

Prinsip bersyukur akan menjadi “magnet” minda dan hati kita kepada lebih banyak rahmat Allah swt. Fokus kepada kebaikan dan pada masa yang sama, kita juga disuruh sentiasa memperbaiki diri kita.

Jika tidak ada masalah, manusia mungkin leka dan lalai. Kita mungkin menjadi bongkak dan sombong. Kita mungkin akan terus kufur di dalam melihat betapa banyaknya nikmatNya dan DIA beri sedikit ujian sebagai ingatan kepada kita yang selalunya berpunca dari kealpaan diri kita sendiri.

Segala yang dikongsikan ini tidak lain untuk mengingatkan diri saya untuk terus bersyukur di sertai dengan amalan yang menzahirkan bukti kesyukuran kita.

Semoga ia juga menjadi ingatan kepada mereka yang memerlukannya. #DrAzizanOsman

P/S Kita adalah “magnet” kepada apa yang kita fokuskan atau fikirkan. Dapatkan buku terbaru saya secara percuma “Magnet Kekayaan & Kejayaan” bila anda hadir secara percuma (Bila daftar 3 nama peserta) ke Mini Seminar “Magnet Kekayaan & Kejayaan” di lokasi terpilih seperti KL (26/10), Tawau (2/11), Melaka (3/11), Shah Alam (5/11) dan lain-lain. Daftar dan lihat jadual di Magnet2013.com atau hubungi 03-55191260 (Waktu Pejabat)

Credit to: Nuruhanan.blogspot.com yang telah menghimpunkan sebahagian ayat-ayat Al-Quran tentang bersyukur ini.

 

Kem Tahfiz RichKids SmartKids

oleh Team Richworks pada 30 October 2013

kem tahfiz17-23 November 2013
Impian Coutry Resort, Batu 14 1/2
Off Jalan Ulu Langat, Selangor

1-7 Disember 2013
Chalet Bina Insan Rabiatul Adawiyah
Empangan Durian Tunggal, Melaka

Program ini terbuka kepada anak-anak yang berumur 7-18 tahun. Program ini juga diajar oleh para Hafiz & Hafizah yang bertauliah dan berpengalaman.

Program-program akan dilaksanakan mengikut modul yang telah disusun oleh pihak kami seperti :

  • Teknik-teknik terbaik dalam menghafal al quran
  • Kelebihan membaca al quran
  • Doa-doa mustajab dari al quran bagi memudahkan proses penghafalan
  • Pembelajaran tajwid
  • Makanan yang membantu meningkatkan kecekapan otak
  • Santapan minda (kisah-kisah para Anbia dan tokoh-tokoh ulung islam)

Daftar Segera!
Isi borang online melalui
www.azizanosman.com.my/kemtahfiz @ hubungi 019/013 244 2244 / 019 244 2400

 

Temubual NLKO – Magnet Kekayaan Kejayaan (27 Oct 2013)

oleh Team Richworks pada 29 October 2013

 

Apa sahaja perniagaan kalau dilakukan dengan betul akan membawa keuntungan. Walaupun perniagaan sandwich kelihatan seperti sesuatu yang remeh temeh, dan orang ramai memandang rendah dengan potensi perniagaan yang sebegini, tetapi Sharin Mohamed telah membuktikan sebaliknya.

Setelah sekian lama berada dalam satu tahap yang sukar, beliau telah berjaya mengubah kehidupan dan perniagaan beliau. Daripada RM150 sehari, kini keuntungan mencecah RM5000 sehari.

Mini Seminar Magnet Kekayaan & Kejayaan. 100% percuma sekiranya daftar 3 orang. www.Magnet2013.com

(untuk 18 tahun ke atas sahaja)

 

daftar-sekarang

 

Tragedi, Ujian, Peringatan & Hikmah

oleh Team Richworks pada 25 October 2013

Beberapa hari ini kita dikejutkan dengan pelbagai “tragedi” di luar sana. Dari tragedi kejadian air empangan melimpah yang melanda Cameron Highland ke kejadian rompakan bank yang melibatkan pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai bank, kepada pengawal keselamatan tertembak picu senjatanya sendiri kepada kejadian amok di Gombak semalam.

Ramai yang mempersoalkan tentang “adakah kita cukup hanya bersyukur Malaysia masih aman” dengan semua kejadian ini?

Saya mencari kefahaman semua perkara ini dengan membaca tafsir terjemahan surat Al-Kahfi dan saya memikirkan pada asalnya tentang “siapakah yang bersalah” di dalam semua kejadian ini. Lagi saya baca tafsir Surah Al-Kahfi ini, lagi saya dapati sesuatu yang menarik.

Banyak sekali peringatan dan “kisah” di dalam surah ini, dari peristiwa pemuda-pemud yang ditidurkan di dalam gua untuk beberapa ratus tahun kepada kisah Nabi Allah Musa AS mencari Nabi Allah Khidir AS untuk belajar ilmu hikmah dan tentang Raja Zulkarnain dan macam-macam lagi.

Semua kisah ini bukan Allah swt bertujuan memberikan “berita” atau “newsfeed” bertujuan melariskan akhbar atau memviralkan tragedi, tetapi apa yang Allah swt berikan adalah sebagai peringatan demi peringatan demi peringatan kepada mereka yang mengambilnya sebagai peringatan. The whole point adalah, semua kejadian yang berlaku di sekeliling kita hari ini memang menakutkan tetapi pada masa yang sama, ianya adalah sebagai peringatan kepada diri kita sendiri jika kita “tidak dikunci hati dan pendengaran” kita sebagaimana yang disebutkan di dalam salah satu ayat di dalam surah Al-Kahfi ini.

Peringatan apa? Terpulang masing-masing ingin meletakkannya. Banyak iktibar dan hikmah yang kita boleh ambil jika renungkannya. Kita mungkin salahkan “mereka” ini sakit jiwa atau bagaimana, tetapi saya fikir betapa saya sendiri mungkin perlu perbaiki jiwa saya. Saya fikir saya bercakap seolah-olah jiwa saya sempurna.

Setiap pihak yang terlibat termasuk pihak berkuasa of course perlu beri perhatian kepada semua isu ini, tetapi apa yang penting bagi saya adalah, apa yang kita belajar dan perbaiki diri kita dari semua kejadian ini.

Bila semua orang fokus kepada masalah, apa yang kita fokuskan itu akan menjadi DOA. Ia ibarat “Magnet”. Kita fokus masalah, lebih banyak masalah akan hadir di keliling kita. Kita perlu fokuskan lebih banyak kebaikan, manfaat dan kebajikan yang berlaku di sekeliling kita. Kita suka mengkritikalkan keburukan sehingga kita tidak nampak banyak juga kebaikan dan limpahan kasih sayang berlaku di sekeliling kita.

Wallahu A’lam. Kita adalah apa yang kita fikirkan dan fokuskan. Anda magnet apa yang anda sangkakan. Dengan semua kejadian ini, apa yang kita perbaiki dalam hidup kita? Kita spend lebih banyak masa dengan keluarga kita solat dan mengaji bersama setiap hari? Atau…… No difference? Itu terpulang masing-masing.

Sesungguhnya Allah swt mengikut sangkaan hambaNya. – Riwayat Hadith

#DrAzizanOsman

 

“You Have Change Yourself First” – Mini Seminar Magnet Kekayaan & Kejayaan 2013

oleh Team Richworks pada 18 October 2013

mkk-norazlinaSaya Norazlina binti Mat Jazli. Berasal dari Ipoh, Perak dan menetap di Kulim Kedah. Kepakaran saya ialah membuat Sardine Roll yang terbaik. Sebelum ni kita tak pernah dengar frozen Sardine Roll. Saya akan buat Sardine Roll selepas program ini.

Apa yang mendorong anda untuk mengikuti program ini?

Sebelum ini saya tak kenal pun ‘Who is Dr Azizan’. Awal tahun ini kawan saya ada cakap, sebab saya ada macam-macam business, jual produk, make-up pengantin. Kawan saya cakap, you should go this. Saya selalu scribe dia punya email, and email Dr Azizan selalu masuk-masuk tapi saya tak berkesempatan untuk datang sebab kerja.

Last two weeks, saya nampak Seminar Hidup Luar Biasa dekat Pulau Pinang, saya terus daftar, saya bawa husband saya sekali. Husband saya sebelum ini memang pernah pergi macam-macam tapi saya tak pernah ikut sebab dia motivate saya, bukan boleh kaya pun. Saya memang macam itu. Bila saya sudah pergi and Dr Azizan kata on the facts ada. Saya ini kerja tapi cakap I have to go. Sebab saya nak tau apa itu seminar yang orang cakap bagus.

Apa tanggapan anda tentang program IMKK ini?

Taggapan saya before this, saya tak pernah pergi seminar. Saya hanya pergi kerja saya sahaja. “Apa dia seminar macam ini, mesti kena bayar mahal, tak tahulah macam mana dia ajar, mesti boring”. Itulah tanggapan saya sebelum ini.

Apa perasaan anda setelah mengikuti program ini?

Perasaan saya ialah seminar ini memang LUAR BIASA. Dia memang AWESOME. Dia bukan hanya untuk orang yang nak buat business. Tapi it’s for yourself. Boleh cari diri sendiri dekat sini, besar dan cuci kolam you dekat sini. Supaya bila you kaya dan berjaya, memang duit bukan segalanya.

Tapi dengan duit kita boleh bagi kebahagiaan, not even for ourself, for our family tapi dengan orang lain. Sebab kita perlu kongsi dengan orang lain. Sebab apa yang kita dapat, kadang-kadang Allah bagi kita untuk kita salurkan sebagai penghantar.

Boleh anda kongsikan tak selama empat hari ini apa yang anda belajar?

Selama empat hari, pada hari pertama mungkin bila buat cek aura pun not so good aura saya, hari pertama datang, saya daftar untuk VIP, saya masuk lambat saya duduk tepi. Saya cakap, “eh bayar mahal-mahal”, itu my fisrt intension saya.

Bayar mahal-mahal duduk tepi, tapi day by day, hari pertama, hari kedua hari ke tiga saya dah start, even oxygen dekat sini pun kita share, tak akan kerusi ini pun kita nak berebut. Semua orang ada tempat, duduk sahaja dekat mana. Tidak penting you duduk dekat depan ke dekat belakang, yang penting your focus.

Apakah saranan anda kepada orang di luar sana?

Dr pernah cakap you cannot change the world. You have change yourself first, kita bukan boleh ubah-ubah pun. Kalau kita tak ubah siapa nak ubah diri kita. Tak ada orang yang boleh ubah diri kita selain kita sendi ri.

Kepada orang yang luar sana, kalau rasa nak cari diri you sendiri, you kena datang IMKK ini dulu. Datang IMKK cari diri you, mungkin diri you dah lost mana-mana. You cari diri you baru boleh tolong orang lain cari diri mereka balik. Supaya semua orang bahagia dan kaya.

IMKK is awesome!

___________________________________________________________________________________

“Hanya 1% daripada masyarakat yang menguasai 96% daripada ekonomi dan baki 96% daripada masyarakat memilih untuk menunggu ekonomi menguasai mereka!”

Dapatkan 10,000 buku secara PERCUMA !

Jika anda belum pernah membaca buku ini bermaksud anda mungkin belum tahu formula lengkap bagaimana mengaktifkan magnet diri anda menarik kebahagiaan, kekayaan, kejayaan dan keberkatan ke dalam hidup anda dan keluarga anda dengan izin Allah swt! Buku terbaru saya ini, saya bakal berikan 100% Percuma bila anda hadir juga secara Percuma ke Mini Seminar “Magnet Kekayaan & Kejayaan” yang bermula di Sandakan, KK, KL dan beberapa lokasi lain. *Daftar 3 nama satu kumpulan untuk yuran 100% Percuma di www.Magnet2013.com.

daftar-sekarang
 

Saya Boleh Closed Sale RM100000 Dalam Tempoh Sebulan – Mini Seminar Magnet Kekayaan & Kejayaan 2013

oleh Team Richworks pada 17 October 2013

gambar-testimonial

Assalamualaikum w.b.t…

Hari ini saya sangat gembira dapat berkongsi kisah dengan anda semua. Nama saya Noordeyana Mohd Rashdi dan senang dikenali dengan nama Deyana Hatazad. Berusia 30 tahun dan berasal dari Kuantan, Pahang. Menerajui syarikat CYECAH CYECAH selama 2 bulan yang lepas. Alhamdullilah saya sangat bahagia sekarang bersama suami yang bertanggungjawab, melindungi dan menyokong saya serta 2 orang anak lelaki yang sangat genuis, comel dan inilah harta dunia dan akhirat saya. Merekalah pewaris legasi saya yang jutawan, hartawan dan dermawan. In shaa Allah.

Saya sangat bersyukur, kini saya telah membantu 100 pasangan suami isteri yang sering bergaduh, salah menyalahkan hanya kerana hanya hidangan makanan yang dihidangkan isteri tidak sedap kerana kesuntukan masa kerana bekerja. MasyaAllah suami isteri ini lupa apabila bergaduh dihadapan makanan ini hilanglah nikmat syukur malah kufur dengan rezeki ALLAH s.w.t.

Kepakaran saya adalah menyelesaikan masalah isteri ini dengan membantu memikat selera suami malah seisi keluarga dengan CYECAH CYECAH sambal hitam pahang yang pasti superb duperb sedap dan menyelerakan.

Tapi… sebelum ini keadaan saya sangat berbeza. Mengalami saat diuji ALLAH s.w.t sebagai tanda sayangNya ALLAH pada saya. Saat kegelapan dan kejatuhan datang dengan serentak dan tiba-tiba apabila rezeki saya ditarik oleh ALLAH s.w.t. Dimana ketika itu bisnes saya jatuh, musnah, ranap tanpa apa-apa wang diketika itu.

Masih ingat lagi saya dan suami bersama anak sulong yang masih berusia 8 bulan ketika itu tersembunyi di dalam rumah tanpa disedari oleh sesiapa. Wang memang tiada langsung. Saya tidak berdaya atau mampu meminjam dengan keluarga kerana menjaga aib suami. Bayangkan jika keluarga saya tahu suami tak bekerja dan tak berduit… Agak-agak apa yang mereka fikir tentang suami saya?

Oh! Bagaimana saya hidup selama itu… Teringat saat itu, saya mencari duit di poket-poket seluar jika ada yang tertinggal. Habis saya selongkar almari dan memang ada wang yang tertinggal. Masa itu fikir bolehlah menampung makan dan minum untuk 2 hari dari kami lapar. Apa yang tak akan saya lupa wang di dalam tabung di dalam bekas tin biskut itu saya buka dan saya tengok banyak duit syiling. Masa saya simpan dalam tabung itu bukan niat nak simpan pun… Cuma tak nak duit itu bersepah. Siapa sangka tabung inilah yang membantu. Malunya saya dengan diri saya sebelum ini.

Masih segar dibawah sepohon pokok tapi bukan pokok ketampang saya bermain biola… Saya dan suami berkira kira untuk membeli dari 1 kedai ke 1 kedai yang lain kerana malu membeli dengan wang syiling.

Bayangkan 1 kedai saya beli roti, 1 kedai saya beli telur, 1 kedai saya beli kentang semuanya dengan wang syiling yang bertengket tengket… Masa itulah saya mula rasa bersyukur. Untuk anak saya ketika itu yang 8 bulan baru mula makan saya beli ayam dan ikan yang dipek kecil-kecil.

Masa itu, saya berbisik dalam hati ibu sanggup berjuang untuk kamu anakku. Biarlah saya dan suami berlaukkan telur kari, telur goreng kicap, kentang goreng sambal. Semua itu tak penting yang utama untuk anak adalah yang terbaik.

Ya ALLAH saat itu juga saya sedar dan bersyukur dengan ujian ini. TV, kamera, baju, minyak wangi dan apa sahaja yang saya rasa boleh jual untuk dapatkan wang saya jual. Saat itu saya sangat menghargai setiap nilai wang yang saya dapat. MasyaALLAH!

Sehinggalah bagaimana saya bangkit dan bangun semula? Insan ini yang ALLAH kurniakan ilmu untuk beliau sampaikan kepada saya merubah segala-galanya. Percaya atau tidak saya bangkit dengan kata-katanya yang dipostkan di facebook sahaja. Sangat memberi inspirasi dan jalannya. Saya ikut semua walaupun masa itu saya tidak mengenalinya.

ALLAH gerakkan hati saya untuk hadir ke Seminar Jutawan Industri 2012. Masa itu bakal dipukul pipi kiri dan kanan apa yang dikongsikan oleh beliau semuanya benar. Sehinggakan suami saya ketika itu yang bergaduh dengan saya meminta maaf pertama kalinya dengan saya dan lantas mengizinkan saya mengikuti kelas advance.

Dalam hati saya siapa insan ini yang berkata kata petah dan semua ungkapannya semuanya betul. Apabila di kelas advance sangat bersyukur kerana inilah orang yang saya harus jadikan mentor.

Serius masa IJI bisnes saya boleh closed sale RM100000 dalam tempoh sebulan. Saya hingga kini tak pernah jemu untuk menuntut ilmu. Apa jua kelas beliau saya hadir. MasyaALLAH beliau mengajar saya erti keberkatan dunia dan akhirat. Kekayaan dan kejayaan yang luar biasa. Kebahagian yang dicari selama ini dan kesihatan untuk sihat agar sentiasa menambah nilai hidup orang lain.

Siapakah beliau… Beliaulah Dr. Azizan Osman. Ya ALLAH saya sayang mentor saya. Berterima kasih padanya kerana jika bukan dari ilmu penyampaiannya saya akan sesat seperti dulu.

Alhamdullilah….

____________________________________________________________________________________

‘Kita tidak perlu tahu semua perkara untuk mencapai impian kita, apa yang kita perlu TAHU & KUASAI adalah bagaimana untuk kita bertindak mencapai impian kita dan kemudian bergerak ke arahnya’

Daftar sekarang! Mini Seminar Magnet Kekayaan & Kejayaan
di www.Magnet2013.com (100% percuma sekiranya daftar 3 orang)

Dapatkan buku Magnet Kekayaan & Kajayaan secara percuma kepada mereka yang hadir sehingga sesi terakhir seminar!

daftar-sekarang

 

Adakah Anda Peduli Dengan Hidup Anda Sekeluarga Hari Ini? – Mini Seminar Magnet Kekayaan & Kejayaan 2013

oleh Team Richworks pada 16 October 2013

header-MKK2013

 

Adakah anda peduli dengan hidup anda sekeluarga hari ini samada banyak menarik kebahagiaan, kekayaan, kejayaan dan keberkatan atau sebaliknya?

Masalah lebih 90% di luar sana adalah sama seperti masalah saya satu masa dahulu, saya dahulu hidup penuh dengan tekanan, banyak masalah, suka bersangka buruk dan sakit hati melihat orang lain berjaya serta selalu berfikiran sempit tentang definasi kaya & berjaya.

Saya selalu fikir, buat apa kaya, nanti lupa diri, buat apa kaya, nanti hati tak senang. Tapi kemudian saya dapati, rupanya masalah lupa diri dan hati tak senang, bukanlah terletak kepada siapa kaya atau miskin, ramai yang tidak kaya pun ada situasi yang sama, hati tak senang, dengki, khianat, busuk hati, suka melihat orang lain jatuh adalah sifat dan sikap mereka yang MINDA MISKIN, bukan miskin pada harta atau wang tetapi sikap dan jiwanya miskin.

Saya pernah mengalami hidup yang penuh masalah samada bila satu ketika dahulu saya tidak ada duit dan selalu gagal dalam perniagaan atau kemudian bila saya mula meningkat perniagaan saya, tetapi saya tidak rasai kebahagiaan dan ketenangan. Saya tidak cukup masa dan masalah sepeti mengekori saya.

Tetapi segalanya mula berubah sejak tahun 2008 apabila saya mula memahami prinsip MINDA KAYA & JIWA KAYA, saya mula memahami tentang sedikit sebanyak mengenai riwayat hadis Rasulullah saw, Tuhan mengikut sangkaan hambaNya. Barulah saya faham bahawa apa sahaja yang kita fikirkan dan rasa di dalam hati merupakan satu bentuk DOA dan Tuhan menilik hati-hati manusia setiap masa. Saya mula memahami tentang formula bagi menarik kebahagiaan, kejayaan dan keberkatan ke dalam hidup saya.

Bila saya mula memperbaiki 4 jenis Magnet atau Tarikan pada diri saya, iaitu Magnet Fikiran, Magnet Hati, Magnet Kata-kata dan Magnet Amalan (Perbuatan), Alhamdulillah saya dapati hidup saya mula berubah secara luar biasa. Saya bukan sahaja lebih tenang dan bahagia, sentiasa senyum dan ceria tetapi saya dapati hidup saya, kewangan saya, perhubungan saya dengan keluarga saya, semuanya menjadi lebih baik secara luar biasa. Ilmu dan pengalaman ini tidak pernah diajar di sekolah dan saya merasakan sekiranya semua orang mula memahami formula ini, hidup mereka akan lebih luar biasa di dalam mencapai kebahagiaan, ketenangan dan kejayaan. Ramai orang skeptikal dengan perkara yang mereka tidak tahu dan ramai orang lebih mudah percaya perkara yang negatif sebab itu “menyenangkan” hati mereka. Sebenarnya, kadang-kadang apa yang kita tidak tahu atau tidak ambil tahu itu mungkin adalah punca perubahan hidup kita.

Jangan percaya cakap saya sehingga anda jumpa saya nanti. Saya bakal melancarkan dan memberikan buku terbaru saya secara Percuma, buku “Magnet Kekayaan & Kejayaan”- Formula bagaimana menarik kebahagiaan, kesihatan, kekayaan, kejayaan dan keberkatan ke dalam hidup anda. 10,000 buah buku saya peruntukan di dalam usaha saya membantu melihat perubahan minda bangsa saya terutamanya untuk lebih berani untuk menjadi kaya & berjaya dunia akhirat dan jangan hidup sebagai pengecut serta “tersangkut” dengan masalah ekonomi dunia yang sedang melanda.

Saya beri buku ini percuma bila anda hadir bertemu saya sendiri di Mini Seminar “Magnet Kekayaan & Kejayaan” secara Percuma juga (Pastikan daftar 3 nama untuk tiket 100% Percuma) di beberapa lokasi yang ada.

Jika anda telah jumpa kebahagiaan, kesihatan, kekayaan, kejayaan dan keberkatan di dalam hidup anda, anda ada banyak masa dengan keluarga dan ada banyak wang yang boleh anda gunakan untuk keluarga dan membantu ramai orang, maka anda tidak perlu hadir. Jika hidup anda tidak ada masalah dan sentiasa bahagia, anda juga tidak perlu hadir. Jika umur anda bawah 18 tahun, anda tidak dibenarkan hadir, malah, saya suka jika yang hadir ini adalah berumur 23 tahun ke atas dan lagi berumur lagi saya suka, apatah lagi jika dah kerja lama atau berniaga bertahun-tahun tetapi masalah kewangan tidak selesai, jika anda perlukan ilmu bagaimana menjadi Magnet Kekayaan & Kejayaan, anda mesti hadir.

Jangan bayar kerana ianya free bila anda daftar 3 orang sekumpulan dan buku diberikan percuma bila anda hadir nanti.

Ia satu siri program komuniti untuk memandaikan bangsa yang tidak ditaja oleh mana-mana pihak kecuali organisasi kami Richworks Group of Companies. “Richworks Peduli” dengan kebangkitan bangsa kita sebagai usahawan, mereka yang tidak suka usaha ini adalah mereka yang suka melihat bangsa dan agama kita melingkup. Jumpa saya kalau anda berani melihat apakah potensi diri anda yang sebenar.

Daftar 100% Percuma (Ingat: Percuma semua bila mendaftar 3 nama) di www.Magnet2013.com, jika tak faham, boleh cuba hubungi kami pada waktu pejabat di 03-55191260.

Anda peduli ke dengan hidup anda dan keluarga anda?
Anda peduli ke dengan tahap kewangan anda dan keluarga anda?

 

AHMAD SHUKRI BIN HJ ADNAN – Mini Seminar Magnet Kekayaan & Kejayaan 2013

oleh Team Richworks pada 16 October 2013

mkk-testimonialNama saya Ahmad Shukri bin Hj Adnan. Bertugas sebagai Penjawat Awam di BTNP JPN dan kepakaran saya adalah bahagian training khasnya dalam train di pejabat awam.

Apa yang mendorong anda untuk mengikuti program IMKK?

Pertama sekali secara peribadi yang mendorong saya datang ke sini adalah orang rumah saya ialah “orang rumah saya’, wife saya. Sebab saya dalam bahagian training, pada saya ini saya okaylah, hebat sangatlah tahu tentang semua. Everybody should go. Dengar apa yang ada dalam IMKK dan kamu akan dapat sesuatu yang bermanfaat daripada program IMKK nanti Insyaallah.

Apa tanggapan anda sebelum mengikuti program IMKK?

Saya personally sebelum hadir memang persepsi skeptical, negative bila orang sebut tentang Dr. Azizan dan sebagainya. Mesti entah ya entah tidak sebab saya terlibat dalam training. Tapi bila saya hadir, baru saya realize banyak benda rupanya yang saya sendiri tak tahu especially yang saya dapat menghilangkan feel haaaa dalam diri saya, ketakutan dalam diri saya. Itu yang saya dapat belajar satu benda yang sangat besar.

Apa perasaan anda sekarang ini?

Saya rasa sangat teruja, sangat bangga, sangat seronok kerana hari ini yang saya tahu saya tak kenal diri saya. Saya suka tengok orang, suka blame orang. Okay, begini program orang, tidaklah best sangat pun. Tapi hari ini saya baru realize banyak yang disebut oleh Dr. Azizan, itu sebenarnya kelemahan saya, suka judge orang tanpa bagi peluang dan memberi tanpa menerima dan mengharapkan balasan. Itu yang saya sangat terkesan dalam diri saya selama empat hari ini.

Kongsikan apa yang anda perolehi selama empat hari ini di program IMKK?

Sepanjang empat hari ini dan hari ini adalah hari last, saya rasa sangat AWESOMElah kerana banyak benda yang saya dapat belajar khasnya membetulkan diri saya sebab seperti yang Dr. Azizan sebut, kalau you dapat betulkan kolam diri you, you dapat betulkan diri you, hubungan you or connection you dengan Allah, maka Allah akan mempermudahkan segala kerjaya. Saya ingat itu satu benda yang sangat besar maknanya sepanjang empat hari ini. Diri saya, saya kenal. Saya kenal Tuhan, dan saya akan dapat membetulkan kerjaya dan diri. Semua orang yang ada disekeliling saya memberi dengan tanpa menharapkan balasan. Insyaallah… itu yang saya rasa sangat besar.

Apakah saranan anda untuk hadir ke program IMKK?

Pada saya orang yang berada di luar sana yang masih skeptical itu apa yang saya fikirkan sebelum ini. Entah ya entah tidak. Tapi bila saya hadir baru saya realize ini sebenarnya yang perlu. Kalau nak hidup luar biasa, datang program ini. Kalau rasa okay, biasa-biasa, tak payah datang. Itu harapan saya. Kalau you nak jadi somebody yang hebat you datang. Itu saranan saya pada orang di luar sana. Insyaallah…

IMKK you are AWESOME!

 

 

Daftar Sekarang ! Daftar 100% Percuma (Ingat: Percuma semua bila mendaftar 3 nama) di www.Magnet2013.com, jika tak faham, boleh cuba hubungi kami pada waktu pejabat di 03-55191260.

Anda peduli ke dengan hidup anda dan keluarga anda?
Anda peduli ke dengan tahap kewangan anda dan keluarga anda?

daftar-sekarang

 

Kunci Utama Untuk Berjaya – Mini Seminar Magnet Kekayaan & Kejayaan 2013

oleh Team Richworks pada 14 October 2013

Ikuti testimoni dari En. Haji Ahmad Hatta bin Haji Mohni yang dipetik dari Metro Ahad lepas. (m/s 26)

Haji-AhmadNama saya Haji Ahmad Hatta bin Haji Mohni merupakan Pengerusi dan juga Pengarah kepada DSSB LED Sdn Bhd yang berlokasi di Viva Home, Kuala Lumpur. DSSB LED Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang membekal dan mengedarkan peralatan pencahayaan LED kepada pengguna dan syarikat-syarikat yang lain. Kami mula beroperasi sejak May 2012.

Pada permulaan perniagaan, terlalu banyak cabaran, dugaan dan rintangan yang perlu kami hadapi. Walaupun modal adalah kesukaran utama, namun banyak lagi perkara yang menjadi penghalang buat kami. Bayangkan, semasa baru sahaja mahu mengorak langkah, satu demi satu dugaan datang. Lori dicuri malah pelanggan juga tidak bayar hutang sehingga menyebabkan kami kekurangan modal pusingan. Pernah juga kami meminta bantuan kewangan daripada kawan dan kenalan. Namun hanya penghinaan dan ejekan yang kami terima.

Keadaan tersebut sangat memberi impak kepada emosi saya. Saya menjadi tertekan dengan ‘kebocoran’ dalam perniagaan dan hidup saya sendiri. Walaupun pada zahirnya perniagaan kami nampak elok, namun batinnya, hanya kami yang tahu. Walhal pada ketika itu, peluang sangat banyak untuk kami rebut.

Sehinggalah saya menyertai salah sebuah program Dr. Azizan Osman, barulah saya sedar dimana silapnya. Saya mula mengenali diri saya yang sebenarnya, luar dan dalam. Rupa-rupanya banyak perkara yang saya ambil mudah sebelum ini merupakan kunci utama untuk kita berjaya. Saya juga lebih fokus dan jelas akan matlamat perniagaan saya.

Segala perkara negatif yang sebelum ini bersarang dalam diri saya, mula bertukar menjadi positif. Alhamdulillah, saya kini lebih istiqamah dalam menjalani kehidupan, jiwa yang lebih tenang, hati lebih ikhlas dan tulus dalam melakukan sesuatu dan banyak memberi dan bersedekah. Konsep menambah nilai hidup orang lain dan ‘Power of Giving’ yang dikongsikan oleh Dr. Azizan, amat saya titik beratkan.

Saya baru sahaja selesai mengikuti program lanjutan beliau pada Julai yang lalu. Hasil perniagaan yang dulu yang sekadar ‘geli-geli’ dan cukup-cukup makan, kini mencecah hingga RM100,000 sebulan. Walaupun angka tersebut bukanlah satu angka yang tinggi, namun ianya adalah sebagai batu loncatan untuk kami bergerak selangkah lagi kehadapan. InsyaAllah, pada Februari 2014, kami akan membuka satu lagi cawangan dan sasaran jualan seterusnya adalah sebanyak RM500,000 sebulan.

Saya tidak pasti bagaimana keadaan anda diluar sana. Mungkin bagus, mungkin tidak. Tapi apa yang saya pasti Magnet Kekayaan & Kejayaan ini dapat menjadi satu panduan untuk hidup anda menjadi lebih baik, lebih kaya dan lebih berjaya. Bukan sahaja kaya harta, malah kaya hati dan jiwa.

Dapatkan buku Magnet Kekayaan & Kejayaan secara percuma dengan mendaftar di www.magnet2013.com (100% percuma sekiranya daftar 3 orang) kepada mereka yang hadir sehingga sesi terakhir seminar!

 
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start