Gagal Itu Bagus!

oleh Team Richworks pada 30 November 2012

Gagal itu bagus.

Sepanjang zaman apabila anda melihat orang yang berjaya, mereka menjadikan kelemahan atau kegagalan mereka sebagai kekuatan mereka.

Sama ada kekuatan mereka untuk terus mencuba sehingga berjaya, atau kelemahan yang mereka perbaiki sehingga ia menjadi kekuatan mereka.

Terdapat beberapa individu yang anda mungkin kenali. Mereka ini telah berjaya mengubah kelemahan, atau kegagalan menjadi kejayaan dan itu adalah intipati yang membezakan seseorang itu hidup luar biasa atau biasa-biasa:

Inspirasi Bill Gates – Dikutik, Dicaci, Dikeji

Contoh insan hebat yang mahu saya kongsikan hari ini adalah adalah Bill Gates. Beliau adalah Pengasas Microsoft dan antara bilionair serta philantrophist (golongan yang aktif menderma).

Beliau “drop-out” atau tercicir serta tidak teruskan pelajaran di Harvard University. Pada tahun 70-an, semua komputer serta processor adalah mainframe. Di mana ia adalah sebesar sebuah bilik.

Beliau berkata bahawa satu hari nanti, semua rumah akan mempunyai sebuah komputer. Ketika itu, ramai orang tergelak-gelak berguling-guling mendengar apa yang Bill Gates katakan.

Ada yang kutuk habis-habisan, ada yang mencemuh di belakang, ada yang menjaja-jaja kata Bill penipu, Bill orang yang tidak berpelajaran, Bill berangan, Bill delusional (Berkhayal) dan semua itu datang serentak bertimpa-timpa.

Malah ketika itu Bill tidak mempunyai sebarang bukti yang dapat ditunjukkan. Pada tahun 1975, ia mula memasang hardware komputer, mula beli “sistem” atau perisian berharga US$50 yang kemudiannya menjadi “Microsoft”.

Kejayaan Tidak Datang Serta Merta

Kejayaan yang beliau capai tidak datang serta merta. Kejayaan Bill hanya betul-betul datang selepas hampir 10 tahun beliau memulakan perjuangan, iaitu pada tahun 1983 di mana waktu Microsoft dilancarkan.

Beliau mencapai $28.8 bilion pada tahun 2005.

Berikut adalah soalan saya:

Di mana pergi semua orang yang kutuk beliau sebelum ini? Di mana pergi semua orang yang merendah-rendahkan dia? Di mana pergi semua komodo? Sama ada mati, terus pokai atau sudah tua.

Tidak ada bezanya walaupun di mana jua mereka berada.

Fikirkan apa impak yang anda boleh beri kepada dunia, apa sumbangan yang anda boleh beri manfaat kepada orang lain dengan setiap satu perkara, bisnes, kerjaya atau tugasan yang anda lakukan.

Samada sebagai pelajar, orang yang berniaga, bekerja atau surirumah. Pasti ada manfaat yang anda boleh berikan dengan membantu orang lain atau menambah nilai hidup orang lain.

Kegagalan kita hari ini adalah bagus, dan ia bertugas sebagai kunci semangat anda untuk pergi lebih jauh lagi.

 

Formula MESTI – Kisah UiTM, Jet Ski dan RM30,000 Sebulan

oleh Team Richworks pada 29 November 2012

Bina bisnes atau kerjaya mengikut kehidupan yang kita inginkan. Kemudian berdasarkan minat dan keutamaan masa kita.

Seorang kawan, dan beliau merupakan junior saya semasa di UiTM dahulu, kini memiliki satu perniagaan menyewakan Jet Ski yang terbesar di Langkawi. Dulu dia bekerja 7 hari 7 malam selama bertahun-tahun, tetapi tidak gembira kerana itu bukan passion dia.

Kemudian dia kumpul duit dan belajar bagaimana untuk memulakan perniagaan jet ski. Kerana itu minat dia, sehingga satu masa, dia berhenti kerja dan mulakan perniagaan tersebut.

Dia bukan sahaja ada banyak masa dengan keluarga, tetapi dia buat benda yang tiap-tiap pagi dia suka mahu buat, iaitu main jet ski. Pendapatannya tidak kurang daripada RM30,000 sebulan.

Sebab tu pentingnya prinsip M.E.S.T.I.

  • M- Minat, mentor, matlamat.
  • E – Elmu, ilmu tentang emosi diri dan memahami emosi diri serta ilmu untuk bertindak.
  • S – Sistem dan strategi.
  • T -Tindakan luar biasa, terus-terusan untuk tolong orang lain.
  • I – Intention (Niat) dan impian yang jelas dunia akhirat.
 

Lagi Banyak Ilmu, Lebih Cepat Berkembang

oleh Team Richworks pada 27 November 2012

Minda yang sudah berkembang dengan ilmu boleh melihat sesuatu dengan lebih besar lagi.

What you are be able to “SEE” is what you are be able to “GET” in your life.

 

Lain Insan, Lain Potensinya.

oleh Team Richworks pada 27 November 2012

Semua orang mempunyai “kelainan” upaya yang berbeza.

Terpulang kepada kita untuk memaksimakan potensi, bakat, ilmu dan pengalaman kita untuk mankind (manusia sejagat) di dalam mencari kasih sayang, dan redhaNya.

Itu adalah salah satu kunci asas di dalam perniagaan Islam.

 

Setiap Manusia Itu Unik & Hebat

oleh Team Richworks pada 27 November 2012

Sebagaimana uniknya semua cap jari setiap manusia seluruh dunia yang tidak ada yang sama, sebagaimana uniknya setiap jari yang tidak sama panjang.

Itu menunjukkan betapa hebatNya Maha Pencipta yang maha mencipta setiap sesuatu, dengan keunikan serta kelainan upaya atau potensi.

Anda unik dengan cara anda tersendiri.

 
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start