5 Kepercayaan Karut Tentang Pemasaran & Perniagaan

oleh Team Richworks pada 01 March 2013

berniaga

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua.

Berdasarkan 2 pengalaman penting saya iaitu yang pertama, memulakan perniagaan lebih 12 tahun dahulu dan pernah lalui pelbagai proses jatuh bangun sehingga hari ini mempunyai beberapa perniagaan yang berjaya di dalam bidang pengiklanan & pemasaran, latihan & pembangunan sumber manusia serta pemakanan & kesihatan. Yang kedua, pengalaman dan maklumbalas peserta ketika saya menjalankan program Klinik Usahawan Dr.Azizan Osman: Seminar Marketing Power yang lepas. Saya dapat merangkumkan 5 kepercayaan karut atau “limiting belief” yang menghantui usahawan atau mereka yang terlibat di dalam apa sahaja bidang perniagaan.

Kadang-kadang rasa kelakar pun ada, rasa kesian pun ada. Kenapa? Kerana ada di antara mereka yang telah bertahun-tahun menjalankan perniagaan tetapi pada masa yang sama mereka merungut kenapa mereka telah berniaga lama tetapi hanya “cukup-cukup” hidup.

9/10 rezeki adalah daripada perniagaan. Itu bukan saya yang cakap, itu adalah salah satu hadis Rasulullah saw. Pasti beliau tidak akan mengatakan sesuatu yang tidak benar melainkan benar belaka. 9/10 bermakna 90% bukan? Tetapi kenapa ramai yang “struggling” untuk membina perniagaan mereka? Kajian para saintis dunia yang mengkaji tentang sains kejayaan mengatakan, lebih 80% kejayaan di dalam perniagaan ataupun pemasaran adalah faktor “MINDA” atau cara seseorang itu “BERFIKIR” dan hanya 20% disebabkan oleh strategi atau methodology untuk bagaimana untuk melakukan sesuatu. Cara kita berfikir amat mempengaruhi cara kita bertindak bukan?

Cuma sebelum saya berkongsi 5 kepercayaan karut ini, suka saya mengingatkan yang kadang-kadang dek disebabkan kita berpegang teguh kepada kepercayaan karut ini dalam keadaan kita menyedarinya atau tidak, ianya menjadi penghalang kepada kejayaan luar biasa di dalam perniagaan kita, malah ianya mungkin menjadi punca masalah di dalam hidup kita.

5 Kepercayaan karut yang paling banyak diutarakan oleh peserta-peserta program keusahawanan saya:-

1. Untuk menjadi usahawan, saya perlu mempunyai “darah usahawan”; saya tidak pandai berniaga atau buat pemasaran.

Bagus jika anda datang daripada keluarga yang ibu bapa anda usahawan atau berniaga. Tetapi ini kepercayaan yang KARUT. Kerana ramai yang berjaya di dalam perniagaan hari ini TIDAK datang daripada latar belakang keluarga yang berniaga. Arwah ayah saya merupakan bekas pegawai kerajaan dan mak saya bekas guru. Datuk dan nenek saya pun tidak berniaga. Tidak ada “such thing as”, aku darah seni, aku darah usahawan, aku darah pejuang. Darah semua orang sama sahaja warnanya, Merah. Yang mempengaruhi kita adalah cara kita berfikir, emosi kita, cara kita berkomunikasi dan cara kita bertindak. Jika bodoh, boleh belajar bukan? Pernah dengar ayat tu masa sekolah dulu? Tapi jika bodoh, sombong pula dan tak nak belajar, tu namanya “bangang” kata orang Negri Sembilan.

2. Untuk berniaga atau membuat pemasaran, saya perlu ada modal kewangan yang banyak

Pastinya untuk berniaga, kita perlukan modal. Tetapi bukan modal kewangan yang utama. Ini adalah KARUT kerana faktor kewangan adalah faktor yang ke-6 penting. Tetapi sebelum itu apa yang penting ialah modal insan. Ya, diri anda. Berapa ramai yang berjaya adalah mereka yang bermula atau langkah pertama mereka bukannya duit atau sumber kewangan. Tetapi idea, ilmu, mentor, sistem, kuasa tindakan, impian ataupun perancangan dan lepas itu barulah sumber kewangan. Ramai yang berjaya di dalam perniagaan adalah bermula dengan “bootstrap”. Mereka mulakan perniagaan ataupun lakukan pemasaran mereka tanpa mengambil pinjaman modal daripada mana-mana sumber. Mereka hanya perlukan beberapa faktor yang saya sebutkan di atas tadi dan mulakan secara kecil-kecilan dan secara sampingan sebelum ianya dibesarkan sedikit demi sedikit hasil menggunakan hasil daripada simpanan keuntungan mereka.

3. Untuk berniaga, saya perlu dapat sokongan badan kerajaan atau subsidi kerajaan

Bagus jika anda mendapat sokongan kerajaan ataupun subsidi untuk berniaga tetapi jika tidak, anda tidak perlu. Kerajaan sentiasa menyokong mereka yang berniaga dan hidup di Malaysia yang penuh dengan sumber kekayaan dan peluang kekayaan sebenarnya KARUT jika tidak boleh kaya & berjaya melalui perniagaan. Pernah duduk tengok dan perhatikan di luar sana? Ramai orang yang datang daripada luar yang menguasai ekonomi dan mereka tidak bergantung atau menunggu sokongan badan kerajaan atau subsidi kerajaan. Bill Gates, Mark Zuckerberg, Warren Buffet, Azizan Osman adalah mereka yang berjaya tanpa bergantung kepada subsidi kerajaan. Kalau dapat bantuan, syukurlah dan gunakanlah semaksima mungkin tetapi JANGAN TUNGGU.

4. Ekonomi sekarang tidak bagus.

Baguslah JIKA ekonomi tidak bagus. Inilah masanya serta peluang untuk anda membina perniagaan anda. Kejayaan sesuatu perniagaan bukanlah bergantung semata-mata kepada keadaan ekonomi. Malah, ramai mereka yang berjaya adalah mereka yang bertindak ketika ekonomi sedang gawat atau sangat kritikal. Contoh, AirAsia adalah dilancarkan sehari selepas berlakunya tragedi 11 September 2001 dan ekonomi dunia sedang goyang. Warren Buffet melabur di dalam saham-saham kritikal menjunam lebih 40 tahun dahulu dan hari ini menjadi billionaire. Rockefellar, Henry Ford, Tan Sri Syed Mokhtar dan ramai lagi nama besar hari ini adalah bermula pada ketika ekonomi dikatakan tidak bagus atau teruk. Peluang sentiasa ada walau di dalam apa juga keadaan ekonomi. Ekonomi baik pun orang makan, ekonomi teruk pun orang tetap perlu makan. Selagi ada manusia, maka pasti ada “NEEDS” atau keperluan. Dan sebagai usahawan, kita perlu belajar mengenalpasti keperluan-keperluan mereka dan berikan mereka apa yang mereka perlukan. Senang je!

5. Nasib saya kurang baik atau saya tidak boleh merubah takdir hidup saya.

Tuhan tidak akan merubah nasib kita sehingga kita merubah nasib kita sendiri. Itu petikan maksud salah satu ayat Al-Quran. Kuasa bertindak dan kuasa merubah sesuatu adalah bermula daripada kita. Konsep D.U.I.T, iaitu ianya disertai dengan Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakkal. Memang antara tujuan hidup adalah Tuhan memberikan kita peluang untuk membuat kebaikan di dunia ini. Perniagaan adalah satu cara kebaikan kerana kita menyediakan produk atau perkhidmatan untuk membantu atau menyelesaikan masalah orang lain. Ada orang yang malas masak atau tidak tahu masak tetapi mereka ada masalah iaitu mereka perlukan makanan. Apa kita boleh buat ialah sediakan restoran dan masak masakan yang enak untuk mereka dan keluarga mereka makan lantas mereka bayar kita di atas bantuan kita. Jika kita membantu menyelesaikan masalah raaaamaaai orang? Maka kita bukan sahaja membantu orang lain tetapi kita dibayar di atas bantuan yang kita berikan. Perniagaan adalah salah satu cara untuk menambah nilai (add-value) kepada hidup orang lain. Itu adalah takdir kita sebenarnya.

-Azizan Osman-

 

Aset @ Liabiliti?

oleh Team Richworks pada 26 February 2013

rumahku

Saya selalu mendengar orang share dalam bidang hartanah tentang rumah yang kita duduk adalah liabiliti dan rumah yang kita beli dan sewakan adalah aset. Bagi saya, rumah yang kita duduk sendiri adalah Aset, ia boleh menjadi aset yang boleh membina lebih banyak aset dan kejayaan dunia akhirat.

Jangan terikut dengan dakyah Israel mengliabilitikan rumah yang kita duduki. Kalau kita tidak ada ketenangan dan kegembiraan tinggal dirumah kita sendiri dan menyangka ia sebagai liabiliti, maka lebih banyak liabiliti yang hadir dalam hidup kita. Saya faham apa yang cuba disampaikan oleh fahaman Robert T.Kiyosaki tu dan dulu pun saya pernah “terpercaya”, tapi kemudian saya baru faham dan tidak berapa setuju kerana “Rumahku Syurgaku”. Maksud aset bagi saya adalah aset dan menenangkan. Rasulullah saw pernah bersabda, 3 perkara yang boleh membahagiakan iaitu isteri yang solehah, rumah yang luas dan kenderaan yang bagus. :).

Sekadar pandangan saya yang pasti tak sama dengan ramai orang lain….. 🙂

Saya berkongsi mengikut pengalaman sendiri.

Tukar kepercayaan kita dan kita akan ubah hidup kita. Wallahu A’lam.

Nukilan: Azizan Osman
26 Feb 2013

 

Fokus! Fokus! Fokus!

oleh Team Richworks pada 25 February 2013

fokusDalam hidup kadang-kadang sama macam naik kapal ke satu-satu destinasi. Kadang-kadang ada badai, ombak tinggi dan kadang-kadang kita terlari dari koordinat destinasi. Kadang-kadang kita ada orang dari pulau yang kita lalu yang cakap “Tak payahlah kau teruskan, baik lepak jer dengan kita kat pulau ni!”…. Kadang-kadang ada orang yang akan buat forum khas untuk kutuk perjalanan anda! Dan apa yang penting adalah pilihan kita! Adakah kita terus fokus atau sibuk “melayan” semua cabaran yang ada, “memadamkan api” sehingga terlupa ke mana kita patutnya pergi? Keep going baby! Focus! Focus! Focus! Tidak ada perjalanan yang mudah, miskin pun orang cakap, kaya pun orang cakap. Kaya berzakat dan bersedekah pun orang cakap, kaya kedekut pun orang cakap! Kerja pun orang cakap, berniaga pun orang cakap! So, eventually faham satu perkara, kita hanya akan ditanya tentang amal (perbuatan) kita, bukan amal orang lain! So, fokus untuk teruskan buat apa yang kita nak buat asalkan ianya memberi manfaat kepada ramai orang lain di sepanjang perjalanan tersebut! Adios! – azizanosman –

 

Apa Salahnya?

oleh Team Richworks pada 09 February 2013

Apa salahnya jika dahulu susah dan hari ini hendak ubah jadi senang?

Apa salahnya jika dahulu banyak gagal dan hari ini hendak jadi lebih berjaya?

Apa salahnya jika dahulu kita hidup resah gelisah dan hari ini hendak jadi lebih tenang?

Apa salahnya jika dahulu kita tidak pandai dan hari ini kita hendak jadi lebih pandai?

Apa salahnya jika dahulu kita hidup bercerai berai dan hari ini kita hendak hidup bersatu padu?

Apa salahnya jika dahulu kita kurang bersedekah dan hari ini kita hendak banyakkan memberi?

Apa salahnya jika dahulu kita miskin dan hari ini kita hendak hidup lebih bagus kewangan?

Apa salahnya jika dahulu negatif dan hari ini kita hendak hidup kita lebih positif?

Apa salahnya jika dahulu bersikap seperti “biawak” merendahkan usaha orang lain, dan hari ini kita lebih menyokong kejayaan orang lain?

Apa salahnya jika dahulu banyak gagal dan hari ini hendak hidup kita lebih banyak kejayaan?

Apa salahnya?

Hentikanlah menjatuhkan orang lain dan belajarlah menyokong kejayaan orang lain atau jika tidak, perbaiki diri sendiri!

Nukilan: Azizan Osman
9 Feb 2013

 

Lebih Baik

oleh Team Richworks pada 01 February 2013

Lebih baik “over-prepared” daripada “under-prepared”. Lebih baik lebih bersedia daripada kurang bersedia.

Lebih baik lebih usaha daripada kurang berusaha.

Lebih baik lebih berdoa daripada kurang berdoa.

Lebih baik lebih bersedekah daripada kurang bersedekah. Lebih baik lebih menyayangi daripada kurang menyayangi.

Lebih baik lebih ilmu daripada kurang ilmu.

Lebih baik banyak strategi daripada kurang strategi.

Lebih baik lebih amal daripada kurang amal.

Lebih baik lebih kerja daripada kurang kerja.

Lebih baik lebih kejayaan daripada kurang kejayaan.

Lebih baik lebih senyum daripada kurang senyum

Lebih baik lebih berselawat daripada kurang berselawat.

Lebih baik lebih baik daripada kurang baik.

Kerana kita tidak tahu yang mana satu yang Allah swt akan pandang, terima dan redha.

Kerana kita tidak tahu yang mana satu akan mendapat kasih sayangNya.

Mudah-mudahan diberkatiNya.

 

10 Formula Hidup Asas & Mudah Azizan Style

oleh Team Richworks pada 29 January 2013

#1 – Tidak bergerak satu zarah pun melainkan dengan izin Allah swt.

#2 – Tidak Dia jadikan sesuatu dengan sia-sia, pasti ada HIKMAH/ Sebab/ Manfaat.

#3 – Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada ramai orang lain/ makhluk lain.

#4 – Orang yang bersyukur akan mendapat lebih banyak nikmatNya

#5 – Orang yang bersedekah paling beruntung dunia akhirat.

#6 – Senyuman itu satu sedekah

#7 – Buat sesuatu dengan sabar kerana mahukan redhaNya & kasih sayangNya bukan kerana nakkan kiraan pahalaNya

#8 – Ikhlas adalah biasakan buat lebih dari yang sepatutnya samada secara percuma atau tanpa extra charge/ request

#9 – Apa yang kita fikir, rasa, cakap dan buat adalah Doa.

#10 – Tuhan menilik hati-hati kita dan niat kita, Dia juga mengikut sangkaan kita. Perbaiki niat dan sangkaan kita nescaya Dia akan perbaiki hidup kita.

 

Minda Kita Ibarat Magnet

oleh Team Richworks pada 16 January 2013

Minda kita ibarat MAGNET.

Apa yang kita fikirkan, itulah yang kita akan nampak. Lagi kita berfikir, ia semakin banyak nampak, lagi kita fikir, ia semakin “menarik” banyak lagi dan lama-lama ia menjadi sebati serta menjadi REALITI.

Jika FOKUS tu perkara POSITIF, best dan menggembirakan dan kita gembira serta bersyukur dengannya, maka itulah yang semakin banyak kita akan nampak.

Begitulah sebaliknya, kalau FOKUS NEGATIF & MASALAH, maka “jawablah” sendiri lebih banyak masalah & negatif menjadi realiti dalam hidup mereka.

 

It’s Okay to Stay Where You Are

oleh Team Richworks pada 11 January 2013

Ya, itu pandangan saya jika ada yang tidak percaya yang hidup mereka boleh berubah, kewangan mereka boleh menjadi sangat bagus dan kukuh serta mereka boleh kaya, berjaya dan Insya-Allah diberkati jika mereka menggunakan sedikit sebanyak ilmu yang boleh diambil dari Seminar Berani 2013 yang kami sedang adakan dengan tajaan Richworks (100% Yuran Percuma).

Bukan semua orang boleh terima yang mereka boleh perbaiki kewangan mereka setelah bertahun-tahun mereka “bergelumang” dengannya. Bukan semua orang boleh terima yang mereka boleh mempunyai kekuatan kewangan untuk hantar mak ayah mereka, untuk buat haji atau mengerjakan umrah setiap tahun. Sebab selama ini mereka kerja rajin gila pun, mereka masih tidak berkemampuan.

Memang bukan semua orang boleh terima yang hanya hanya hadir seminar (Apatah lagi yang percuma) dan gunakan ilmu tersebut dalam hidup mereka akan memperbaiki kehidupan mereka, serta membantu mereka mencapai impian atau matlamat hidup mereka sebab selama ini tiap-tiap tahun mereka ada azam baru tetapi ia tidak pernah tercapai pun.’

Tidak Mahu Berubah? Teruskan

Jadi, bagi saya, it’s okay untuk terus “tinggal” di mana anda “percaya” anda rasa anda “layak” tinggal dan jadikan ia satu “warisan” kepada keturunan anda untuk meneruskan “Legasi” tersebut. Jika itu pilihan anda.

Saya pernah hidup sangat susah, saya pernah hidup dikejar hutang bank dan Ah Long, saya pernah hidup tertekan dan setiap hari “bergaduh” tentang masalah kewangan, tidak ada masa, tidak tahu apa lagi yang perlu dibuat untuk merubah hidup saya, saya pernah berniaga serta gagal banyak kali dulu. Alhamdulillah segalanya telah berubah bila saya cuba untuk melihat apakah yang orang berjaya buat yang menjadikan hidup mereka berubah?

Saya sudah sampai satu masa dulu ke tahap yang saya rasa TIDAK OK dengan hidup saya, bukan tidak bersyukur tetapi mencari jalan untuk memperbaiki hidup.

Jawapan yang saya dapat adalah BERANI. Berani untuk belajar dari mereka yang telah berjaya.

Jumpa Kita Di Berani 2013

Ramai yang mahu kaya tetapi tidak berani belajar bagaimana untuk kaya atau lebih bagus tahap kewangan, supaya bukan sahaja boleh perbaiki hidup tetapi dapat perbaiki sumbangan atau zakat yang kita berikan.

Tidak tahu cara atau di mana untuk bermula? Seminar Berani 2013 bersama saya adalah satu-satunya tempat permulaan untuk anda melihat di mana anda hari ini. Adakah anda telah hidup luar biasa, adakah tahap kewangan anda boleh diperbaiki atau anda memang “ditakdirkan” hidup pokai atau biasa-biasa?

Kami pun tiak tahu kerana jawapannya anda boleh jawab sendiri nanti di Seminar Berani 2013 yang terdekat dengan anda, jika anda belum pernah hadir.

 

Be The Best, Beat The Rest

oleh Team Richworks pada 10 January 2013

Kunci kejayaan dalam apa jua perkara adalah FOKUS dan belajar untuk perbaiki, serta kuasai bidang kepakaran yang mahu dikuasai.

Be the best dalam satu bidang adalah lebih bagus dari cuba jadi terbaik dalam 4,000 perkara tetapi end up satu pun tidak jadi.

 

Dunia Ini Sementara, Akhirat Itu Selamanya

oleh Team Richworks pada 09 January 2013

Umur kita pendek sahaja dibandingkan dengan umur dunia, tempat kita duduk lama adalah akhirat. Tetapi, waktu yang pendek ini adalah penentu masa yang selama-lamanya di akhirat.

Mesti ada rahsia kenapa dikatakan apabila seseorang muslim itu mati, hanya 3 perkara amalannya yang tidak akan putus walaupun dia telah tiada tetapi dunia masih ada iaitu:

  1. Anak yang soleh atau solehah.
  2. Ilmu bermanfaat yang disebarkan.
  3. Sedekah atau amal jariah (perbuatan baik) yang berkekalan dan berterusan.

Fikir-fikirkan rahsia di sebalik 3 aset ini dan bagaimana kita boleh mencapainya.

 
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start