Dunia Ini Sementara, Akhirat Itu Selamanya

oleh Team Richworks pada 09 January 2013

Umur kita pendek sahaja dibandingkan dengan umur dunia, tempat kita duduk lama adalah akhirat. Tetapi, waktu yang pendek ini adalah penentu masa yang selama-lamanya di akhirat.

Mesti ada rahsia kenapa dikatakan apabila seseorang muslim itu mati, hanya 3 perkara amalannya yang tidak akan putus walaupun dia telah tiada tetapi dunia masih ada iaitu:

  1. Anak yang soleh atau solehah.
  2. Ilmu bermanfaat yang disebarkan.
  3. Sedekah atau amal jariah (perbuatan baik) yang berkekalan dan berterusan.

Fikir-fikirkan rahsia di sebalik 3 aset ini dan bagaimana kita boleh mencapainya.

 

Siapakah Orang Berjaya? Mereka Berani

oleh Team Richworks pada 18 December 2012

Orang yang berjaya, mereka BERANI ambil tahu, apa yang orang gagal tidak mahu tahu.

Orang berjaya, mereka BERANI buat apa yang orang gagal tidak mahu buat.

Orang berjaya, mereka BERANI fikir apa yang orang gagal tidak mahu fikir.

Orang berjaya, mereka BERANI capai apa yang orang gagal tidak mahu capai.

Orang berjaya, BERANI memberi atau berkongsi apa yang orang gagal tidak mahu beri atau kongsi.

Orang berjaya, BERANI berdoa perkara yang orang gagal takut nak doa.

Orang berjaya, BERANI bertindak berterusan di dalam apa yang mereka percaya, tetapi orang gagal sangat mudah ikut cakap orang lain yang gagal dan mudah berputus asa.

Orang berjaya, tahu banyak ilmu kejayaan dan bertindak melakukan, sedangkan orang gagal tidak ada ilmu tetapi cuba untuk bertindak.

Anda yang mana?

 

Proses Jatuh Bangun, Jatuh Bangun dan Bangun Terus!

oleh Team Richworks pada 14 December 2012

Pernah tengok anak-anak yang baru hendak belajar berjalan? Anak saya Ahmad Zahrin Ali Azizan sedang melalui proses tersebut sekarang.

Very interesting process kan? Sebelum dia hendak cuba berdiri sekalipun, dia melalui proses:

  • Dari berbaring, cuba mengiring.
  • Dari mengiring cuba meniarap.
  • Dari meniarap cuba merangkak, mengundur dan ke hadapan.

Kemudian cuba menaikkan badan sehingga sekarang mula cuba berdiri sebelum cuba bertatih memapah badan untuk melangkah. Kejap-kejap jatuh, kejap-kejap jatuh, tetapi dia cuba lagi.

Belum berjalan lagi tapi Insya-Allah beberapa minggu ini.

Macam itulah proses hendak bina apa sahaja dalam hidup terutamanya bisnes. Cuma, bezanya ramai orang yang lebih banyak mengeluh dan komplen apabila dia jatuh atau belum berjaya. Bayi tidak mengeluh, dia jatuh, dia menangis tapi dia cuba lagi.

(more…)

 

Anda Berani 2013?

oleh Team Richworks pada 03 December 2012

Berani Bertindak – Sharina Shahar

Berani 2013 - Dr Azizan Osman

Alhamdulillah segalanya telah berubah hanya dalam masa 12 bulan, selepas saya hadir sesi seminar oleh Mentor Usahawan Dr.Azizan Osman.

Sebelum ini, syarikat kami, Gaia Plas Sdn Bhd hanya fokus dalam industri pembuatan botol-botol ubat, untuk dibekalkan ke seluruh hospital dan klinik kerajaan di seluruh Malaysia. Walaupun sambutannya baik, namun kami masih lagi mencari-cari bagaimana untuk mengembangkan perniagaan sedia ada.

Masalah yang berlaku di sini adalah perasaan takut dan trauma yang menyelebungi diri. Kami pernah melalui banyak kegagalan serta kesilapan masa silam menghantui diri.

Kerana Berani, Kami Mencapai Impian Baru

Kami tidak berani untuk bertindak dan melakukan perkara yang lain daripada sebelumnya, bagi mengembangkan syarikat Gaia Plas.

Namun segalanya berubah selepas bertemu dengan insan yang dikenali sebagai Mentor Kejayaan No. #1 Malaysia, iaitu Dr. Azizan Osman.

Berbekalkan formula dan ilmu yang dikongsikan olehnya, kini syarikat Gaia Plas Sdn Bhd melangkah dengan lebih berani. Di mana kami membuat keputusan untuk menceburkan diri dalam bidang pengeluaran mainan di bawah jenama kartun terkenal iaitu Boboiboy.

Idea ini tercetus apabila melihat anak saya meminati rancangan televisyen kanak-kanak ini serta ia memperoleh sambutan yang hangat, dalam kalangan rakyat Malaysia. Bukan itu sahaja, malah jenama Boboiboy turut dipuja-puja di negara asia lain seperti Thailand, Indonesia dan Brunei.

Dahulu Ragu-ragu, Sekarang Tidak Lagi

Sebelum ini kami rasakan mustahil dan ragu-ragu untuk melangkah, kini tidak lagi. Berbekalkan ilmu, semangat, sistem perniagaan dan strategi yang dikongsikan oleh Dr. Azizan Osman melalui programnya, ia telah berjaya membuatkan syarikat Animonsta, iaitu organisasi yang bertanggungjawab dalam penghasilan rancangan televisyen Boboiboy bersetuju untuk menjadikan syarikat kami sebagai pengilang serta pengeluar rasmi patung permainan mereka.

Bukan itu sahaja, kami juga memperoleh sokongan penuh daripada stesen minyak terkemuka negara iaitu Petronas. Di mana mereka membenarkan syarikat kami untuk menjual patung mainan Boboiboy, di seluruh cawangan Kedai Mesra Petronas di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

Selain daripada Boboiboy, Gaia Plas Sdn Bhd juga kini bertanggungjawab dalam penghasilan botol air di bawah jenama “Boboi”, peserta Maharaja Lawak yang diwakili oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik.

Berani 2013 – Sertai dan Rasai Sendiri

Semua kejayaan yang berjaya dicipta ini tidak akan berlaku dengan izin Allah, serta bantuan ilmu dan strategi yang dikongsikan oleh Dr. Azizan Osman. Beliau berjaya melakukan transformasi terhadap perniagaan kami.

Ada sesetengah mereka yang takut untuk bertindak memperbaiki hidup mereka, nasihat saya kepada mereka, mereka perlu berani, apatah lagi setelah mereka hadir program Dr.Azizan nanti, Insya-Allah keberanian mereka akan datang lebih tinggi lagi untuk mencapai impian mereka.

Dari sebuah organisasi yang mempunyai ketakutan untuk berkembang, kini kami melangkah dengan penuh berani.

Saya setuju dengan apa yang Dr.Azizan selalu kongsikan, lebih 90% kejayaan seseorang adalah bergantung kepada berapa berani mereka bertindak, tetapi mereka mestilah berani belajar dari mentor yang telah berjaya.

Bagi saya, Dr.Azizan merupakan usahawan dan jutawan yang bukan sahaja telah berjaya membina lebih 15 buah perniagaan dalam pelbagai industri.

Tetapi dia adalah seorang yang “gila” kerana jarang saya berjumpa ada usahawan yang telah berjaya yang mahu berkongsi ilmu,dan pengalamannya dalam membina perniagaan mereka serta komited membantu lebih lebih 250,000 orang dalam masa yang singkat.

Anda perlu berani menuntut ilmu dari beliau!

Pastikan anda hadir program edisi khas 2013 ditaja 100% oleh Richworks dengan mendaftar di www.Berani2013.com

 

Gagal Itu Bagus!

oleh Team Richworks pada 30 November 2012

Gagal itu bagus.

Sepanjang zaman apabila anda melihat orang yang berjaya, mereka menjadikan kelemahan atau kegagalan mereka sebagai kekuatan mereka.

Sama ada kekuatan mereka untuk terus mencuba sehingga berjaya, atau kelemahan yang mereka perbaiki sehingga ia menjadi kekuatan mereka.

Terdapat beberapa individu yang anda mungkin kenali. Mereka ini telah berjaya mengubah kelemahan, atau kegagalan menjadi kejayaan dan itu adalah intipati yang membezakan seseorang itu hidup luar biasa atau biasa-biasa:

Inspirasi Bill Gates – Dikutik, Dicaci, Dikeji

Contoh insan hebat yang mahu saya kongsikan hari ini adalah adalah Bill Gates. Beliau adalah Pengasas Microsoft dan antara bilionair serta philantrophist (golongan yang aktif menderma).

Beliau “drop-out” atau tercicir serta tidak teruskan pelajaran di Harvard University. Pada tahun 70-an, semua komputer serta processor adalah mainframe. Di mana ia adalah sebesar sebuah bilik.

Beliau berkata bahawa satu hari nanti, semua rumah akan mempunyai sebuah komputer. Ketika itu, ramai orang tergelak-gelak berguling-guling mendengar apa yang Bill Gates katakan.

Ada yang kutuk habis-habisan, ada yang mencemuh di belakang, ada yang menjaja-jaja kata Bill penipu, Bill orang yang tidak berpelajaran, Bill berangan, Bill delusional (Berkhayal) dan semua itu datang serentak bertimpa-timpa.

Malah ketika itu Bill tidak mempunyai sebarang bukti yang dapat ditunjukkan. Pada tahun 1975, ia mula memasang hardware komputer, mula beli “sistem” atau perisian berharga US$50 yang kemudiannya menjadi “Microsoft”.

Kejayaan Tidak Datang Serta Merta

Kejayaan yang beliau capai tidak datang serta merta. Kejayaan Bill hanya betul-betul datang selepas hampir 10 tahun beliau memulakan perjuangan, iaitu pada tahun 1983 di mana waktu Microsoft dilancarkan.

Beliau mencapai $28.8 bilion pada tahun 2005.

Berikut adalah soalan saya:

Di mana pergi semua orang yang kutuk beliau sebelum ini? Di mana pergi semua orang yang merendah-rendahkan dia? Di mana pergi semua komodo? Sama ada mati, terus pokai atau sudah tua.

Tidak ada bezanya walaupun di mana jua mereka berada.

Fikirkan apa impak yang anda boleh beri kepada dunia, apa sumbangan yang anda boleh beri manfaat kepada orang lain dengan setiap satu perkara, bisnes, kerjaya atau tugasan yang anda lakukan.

Samada sebagai pelajar, orang yang berniaga, bekerja atau surirumah. Pasti ada manfaat yang anda boleh berikan dengan membantu orang lain atau menambah nilai hidup orang lain.

Kegagalan kita hari ini adalah bagus, dan ia bertugas sebagai kunci semangat anda untuk pergi lebih jauh lagi.

 

Formula MESTI – Kisah UiTM, Jet Ski dan RM30,000 Sebulan

oleh Team Richworks pada 29 November 2012

Bina bisnes atau kerjaya mengikut kehidupan yang kita inginkan. Kemudian berdasarkan minat dan keutamaan masa kita.

Seorang kawan, dan beliau merupakan junior saya semasa di UiTM dahulu, kini memiliki satu perniagaan menyewakan Jet Ski yang terbesar di Langkawi. Dulu dia bekerja 7 hari 7 malam selama bertahun-tahun, tetapi tidak gembira kerana itu bukan passion dia.

Kemudian dia kumpul duit dan belajar bagaimana untuk memulakan perniagaan jet ski. Kerana itu minat dia, sehingga satu masa, dia berhenti kerja dan mulakan perniagaan tersebut.

Dia bukan sahaja ada banyak masa dengan keluarga, tetapi dia buat benda yang tiap-tiap pagi dia suka mahu buat, iaitu main jet ski. Pendapatannya tidak kurang daripada RM30,000 sebulan.

Sebab tu pentingnya prinsip M.E.S.T.I.

  • M- Minat, mentor, matlamat.
  • E – Elmu, ilmu tentang emosi diri dan memahami emosi diri serta ilmu untuk bertindak.
  • S – Sistem dan strategi.
  • T -Tindakan luar biasa, terus-terusan untuk tolong orang lain.
  • I – Intention (Niat) dan impian yang jelas dunia akhirat.
 

Lagi Banyak Ilmu, Lebih Cepat Berkembang

oleh Team Richworks pada 27 November 2012

Minda yang sudah berkembang dengan ilmu boleh melihat sesuatu dengan lebih besar lagi.

What you are be able to “SEE” is what you are be able to “GET” in your life.

 

Lain Insan, Lain Potensinya.

oleh Team Richworks pada 27 November 2012

Semua orang mempunyai “kelainan” upaya yang berbeza.

Terpulang kepada kita untuk memaksimakan potensi, bakat, ilmu dan pengalaman kita untuk mankind (manusia sejagat) di dalam mencari kasih sayang, dan redhaNya.

Itu adalah salah satu kunci asas di dalam perniagaan Islam.

 

Setiap Manusia Itu Unik & Hebat

oleh Team Richworks pada 27 November 2012

Sebagaimana uniknya semua cap jari setiap manusia seluruh dunia yang tidak ada yang sama, sebagaimana uniknya setiap jari yang tidak sama panjang.

Itu menunjukkan betapa hebatNya Maha Pencipta yang maha mencipta setiap sesuatu, dengan keunikan serta kelainan upaya atau potensi.

Anda unik dengan cara anda tersendiri.

 
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start