Seimbangkah Hidup Dan Bisnes Anda?

oleh Azizan Osman pada 10 August 2017

Ramai orang berniaga sebab katanya nak seimbangkan kehidupan.  Kami tak pasti apa yang nak diseimbangkan sebenarnya?  Adakah anda faham apa maknanya seimbang?

‘Work Life Balance’ kata orang.

Cita-citanya nak buat bisnes supaya nak ada kewangan yang baik dan boleh spend lebih banyak masa dengan Tuhan, keluarga dan diri sendiri.  Itu yang kita tulis dalam 101 impian sewaktu kita hadir ke IMKK kan?

Masalahnya, bila dah beberapa tahun berniaga dan dah boleh buat jualan tinggi, tapi keadaan hidup huru-hara.  Serabut serabai.  RUmah macam tongkang pecah.  Tak ada masa nak nikmati hidup sebab masa yang ada hanya sibuk dengan bisnes.  Dah tak boleh beza mana satu pekerja mana satu ‘owner’.  Pernah ‘kan nampak keadaan macam ni?  Ke memang terjadi pada diri anda sendiri?

Richworks dan Dr Azizan Osman dah aturkan semua program sesuai dengan tahap bisnes anda.  Selepas anda dah hadir ke IMKK dan MMM dan dah praktikkan semuanya, anda mesti dah mula nak besarkan bisnes, nak buat lebih lagi.  Tapi adakah anda bersedia?

Ramai yang bercita-cita nak buat sales tinggi setiap bulan, tapi tak bersedia.  Stok tak terurus, kakitangan tak terjaga, pelanggan mula mengamuk, dokumen berterabur, apa kes nak berbisnes macam ‘ni?  Sebab itu kami adakan Program Master Your Business (MYB).

Tonton video dari Dr Azizan Osman ini jika anda nak tahu apa sebenarnya MYB.

Kami pernah bercakap dengan pemilik restoran Sate KL.  Walaupun bisnesnya’ tu dah wujud 60 tahun, mereka masih dalam keadaan tunggang langgang. Sebab, dari dulu tak ada sistem pengurusan yang sempurna.  Bisnes yang diuruskan oleh dua beradik ni, yang diwarisi dari Datuk mereka, selama-lama ini mampu bertahan hanya kerana rasa sate yang sedap. Marketing tak berapa nak ada, pengurusan bisnes memang ke laut.  Mereka lah yang beli daging, mereka lah yang perap sate, segalanya mereka berdua.

Sehingga mereka hadir ke Program Master Your Business.  Semuanya mula berubah.  Bisnes dah lebih tersusun. Ada staff yang boleh dipertanggungjawabkan dan mereka pun hanya datang kedai petang-petang je.  Alhamdulillah!

Jika anda pun rasa nak betulkan bisnes anda yang tunggang langgang dan jadikan ianya lebih bersistem, dengan struktur yang kukuh dan pengurusan yang bijak, anda perlu luangkan 5 hari untuk ke program ini.

Jangan tunggu nak pitam dan karam baru nak datang belajar.

 

Terima Kasih Kerana Hadir Ke Entrepreneur Foundation Program (EFP). Ingat! Jangan Jadi Hamster…

oleh Azizan Osman pada 10 August 2017

Apa khabar anda semua?  Ok tak lepas 3 hari hadir ke EFP?  Lepas ni bila terdengar lagu DSV mesti anda ingatkan EFP.

“I am..I am..I am… “

Pasti tak boleh lupa..

Terima Kasih kerana hadir dan Tahniah kami ucapkan kerana tunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang program berlangsung.  Kami di Team Richworks dan Tuan Jerry Rizal mendoakan kejayaan anda  dalam bisnes anda.  Pastikan anda terus buat tindakan, betulkan apa yang perlu dibetulkan dalam perniagaan anda.

Ingat kata-kata Tuan Jerry Rizal“Hidup berbisnes jangan jadi seperti hamster, lari berpusing-pusing tanpa arah tujuan, akhirnya mati sendiri, kepenatan.”

Kami belanja anda video hamster ‘ni untuk peringatan.

Untuk sebarang pertanyaan tentang Jerry’s Coaching atau Program Advanced Financial Restructuring, sila hubungi 016-2614437 (Erna).

Semoga anda terus komited nak membetulkan akaun, kewangan dan pengurusan bisnes anda.

 

 

MMM Jan 2017 – Database & Rekod

oleh Azizan Osman pada 10 August 2017

 

3 Perkara Yang Usahawan Kena Pegang Kuat-Kuat.- Najib Asaddok

oleh Azizan Osman pada 10 August 2017

Tuan Najib Asaddok merupakan ahli kumpulan Titanium Premier yang telah mendapat bimbingan  dan mentoring khas dari Dr Azizan Osman selama hampir 3 tahun.  Beliau yang merupakan CEO kepada Momentum Internet Sdn Bhd sangat tekenal dengan program RoketEmel, iaitu satu program untuk membantu usahawan untuk belajar bagaimana membuat pemasaran secara online.

Ini pesanan beliau kepada semua  terutamanya usahawan.

#1 Sentiasa Rendah Diri
Kita ni berniaga adalah nikmat dari Allah, kalau silap cara mungkin jadi ‘ujian’ & ‘dugaan’ juga dari Dia. Sikit ke banyak hasil yang diperolehi, mesti kena ada rasa syukur, barulah Allah beri keberkatan kepada bisnes kita.

#2 Hormati Pelanggan
Siapalah kita tanpa pelanggan yang beri sokongan dengan sentiasa beli produk/servis kita. Kan lagi best kita mintak respon diorang apa yang best, apa yang tak best tapi kita boleh upgrade lagi. Kan lagi dasyat bisnes lepas ‘tu.

Tak bolehlah asyik nak dengar yang indah-indah jer, saya sendiri setiap pelanggan akan isikan borang feedback, memanglah ada yang kita baca boleh buat berdarah telinga..huhuhuuu…

Elakkan dari menengking atau memarahi pelanggan.. tak bestlah. Bukan kita sorang jer berniaga, ramai lagi pesaing kita. Silap-silap dia pergi kat orang lain pulak lepas ni.

#3 Hormati Pesaing
Ni paling payah nak buat tapi nak tak suka tak suka kena belajar untuk hormat pesaing kita. Nak berniaga bagus bukan semestinya kena jatuhkan pesaing. Rezeki tu kan dari Allah, Dia kan Maha Kaya.

Ada rezeki untuk kita, ada rezeki milik orang lain. Kita bersaing jer secara sihat. Lagipun ada pesainglah yang akan buat kita sentiasa nak beri yang terbaik pada pelanggan, kalau tak pelanggan akan pergi kat orang lain.
Jaga hati, insyaAllah dimurahkan rezeki…

 

“Easy Come,Easy Go” – Aiman Basuni

oleh Azizan Osman pada 10 August 2017

‘Hanky Panky’ Dalam Urusan Pengambilan Kakitangan.

Aiman Basuni, merupakan CEO di Seri Keningau Sdn Bhd yang menjalankan rangkaian perniagaan restoran Seri Keningau yang terletak di Sabah dan Selangor.  Mula menjadi #AnakDidikDrAzizan semenjak 2 tahun lepas dan kini merupakan ahli Titanium Premier, iaitu sebuah kumpulan khas yang mendapat coaching dan mentoring secara terus dari Dr Azizan Osman.

Salah satu cabaran dalam menguruskan perniagaan sendiri ialah bila nak berhadapan dengan proses pengambilan pekerja atau ‘recruitment’.  Berbagai teori dan kaedah dah dicipta untuk membantu majikan mencari ‘talent’ terbaik untuk membantu menjayakan misi dan visi syarikat, tapi ada banyak faktor-faktor luaran yang turut mempengaruhi.

Selain dari itu, faktor perubahan ‘lifestyle’ juga mempengaruhi mudah atau susah anda nak mencari ‘talent’.  Juga faktor pendidikan yang dah ditanam dalam minda mereka.

Sebagai contoh, generasi Baby Boomers yang lahir sekitar tahun 50an-60an, mentaliti mereka berbeza dari Generasi X yang lahir sekitar tahun 70an-80an.  Dan ini dipengaruhi oleh faktor politik, pendidikan, pembangunan masyarakat dan banyak lagi.  Ini semua mempengaruhi cara mereka buat keputusan dalam memilih pekerjaan.

Dan, tentulah perbezaan ketara dapat dilihat kepada Generasi Millenial atau Generasi Y yang lebih terdedah kepada Media Sosial dan dunia digital.

Baca perkongsian Tuan Aiman Basuni, CEO Seri Keningau Sdn Bhd ini tentang pendapat beliau berkenaan proses ‘recruitment.’

—–

Macam  tu lah pepatah ‘Jawa’ yang selalu kita dengar dan benda ni dapat dikaitkan di dalam syarikat kita. Saya tertarik nak share. Secara ratanya saya nampak ramai kawan-kawan saya yang suka cari pekerja di laman sosial seperti di Facebook, di Instagram atau hasil ‘recommend’ dari kawan-kawan mereka yang ambil manusia dengan syarat asal bernafas je ha… kerja.!!!  Gitewwww…

Jangan risau saya jugak seperti itu dahulunya, ambil pekerja asal dia bernafas. Tatapi setelah ilmu dan pengalaman yang kita lalui sendiri begitulah lumrahnya terjadi  situasi “easy come, easy go”.

Secara teori nya kalau kita cari pekerja di laman sosial kebanyakannya tidak serius untuk berkerja sebab, ikut logik lah dia skrol FB dan tiba-tiba nampak iklan jawatan kosong dan dia pun cuba apply. Dan kita yang mengiklan ni dengan penuh ‘excited’ pun ‘hire’ dia. Tak ada apa-apa faktor atau effort yang menunjukkan dia bersungguh-sungguh nak kerja.

Just macam suka-suka sebab itu lah tidak di galak kan sama sekali merekrut staf atau pun A-Team anda di FB.  Dan kebiasaannya yang rekrut orang dari Media Sosial ‘ni juga mereka akan banyak layan FB, IG, gosip dan hal semasa.  So bila nak buat kerjanya???  Faham ke faham?  Jadi  yang terbaiknya advertis  kat Mudah.com atau Jobstreet.

Kedua, kita ‘ni kekadang ada sifat kasihan dengan saudara-mara, jiran tetangga, kawan-kawan, isteri kawan, adik kawan. Eih!  Memacam ‘lah,  satu kampung lah senang cerita .Kita pun dengan baiknya terima lah mereka semua ni berkerja.

Secara teori apa-apa  benda yang mudah dia dapat senang juga dia lepas ‘kan. Contohnya kita ambil dia bekerja menampakkan sangat kita nak tolong dia.  Tapi percayalah satu hari nanti dia akan tinggalkan syarikat pun dalam keadaan mudah dan kemudian menyalahkan kita pula yang bertindak ZALIM? What the hell?

dan mengaku dia dianiaya.  “Oh!  Kau tinggalkan syarikat tanpa notis, suka-suka masuk,suka keluar tak rasa pulak macam kau zalimi  Bos yang dah ambil kau kerja ni?

So, begitu lah manusia biasanya yang berkuasa akan nampak jahat dalam situasi ini.

Nasihat saya,  untuk semua business owner dan entrepreneurs,  jika nak mencari staf yg A-Team yang terbaik tidak mudah. Anda kena lalui sendiri dan faham mentaliti dan emosi manusia. Jadikan proses pengambilan pekerja ‘tu tersangat susah dan rumit, senang cerita macam ujibakat  rancangan realiti di televisyen.  Sebab, ingat akhir kata dari saya – “People come and go. The best one stay!”

 

IMKK Borneo: Jangan Cakap Banyak Kalau Anda Tak Pernah Menghadirinya.

oleh Azizan Osman pada 10 August 2017

“Kenapa nak hadir ke IMKK sampai berkali-kali, nak terbang ke Sabah lagi.  Kan sama je IMKK kat KL dan kat KK sana.”

Tak bang, IMKK Borneo tak sama.  IMKK Shah Alam, Kuala Lumpur dan Borneo ada keunikannya tersendiri, ada auranya tersendiri.  Anda tak akan rasa samanya, lebih-lebih lagi kalau anda sendiri tak pernah jejakkan kaki ke mana-mana Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK).

Entah berapa ramai orang dari Semenanjung yang sanggup terbang ke Kota Kinabalu demi nak sertai IMKK Boreo yang baru berlangsung pada 4-6 Ogos yang lalu. Bila ditanya, jawapan yang mereka berikan sebab tak sabar nak tunggu IMKK Shah Alam pada 27-29 Oktober 2017 ini dan kata mereka “Dengarnya IMKK Borneo selalunya berbeza!”

Betul!  Pernah dulu, lampu dewan pecah akibat dari tingginya ‘energy’ yang dilontarkan oleh peserta IMKK Borneo.  Yang sweetnya, mereka yang hadir ke IMKK Borneo ini sanggup datang dari jauh, menaiki bas sehingga 10 jam, ada yang datang dari pedalaman Sarawak dan sanggup naik motor 20 minit, naik bot 2 jam, naik bas 45 minit dan naik kapal terbang 1 jam 30 minit  untuk satu perjalanan sehala ke IMKK Borneo.  Tak gila ke!

Yang indah lagi, faktor geografi, keadaan hidup, faktor kesusahan yang pernah mereka alami dalam hidup mereka menyebabkan mereka sanggup buat apa saja untuk hadir ke IMKK Borneo.  Walaupun ada perbezaan etnik dan agama, itu bukan satu alasan untuk mereka berkumpul beramai-ramai dalam satu dewan selama 3 hari demi nak menuntut ilmu yang mampu gilap potensi diri mereka.

Anda bayangkan, bila bacaan Ratib Al Attas di bacakan di malam kedua IMKK, semua peserta tak kira apa agama akan sama-sama menghayatinya.  Dan, saat Dr Azizan Osman bacakan doa di akhir program IMKK, semua pun turut sama berdoa dalam dewan yang sama.  Ini takkan terjadi jika mereka tak faham apa ertinya membina ‘connection’ dengan Yang Maha Esa seperti yang ditekankan oleh Dr Azizan Osman dalam Program berhantu, IMKK.

Anda boleh kata apa saja tentang IMKK – selagi anda tak pernah jejakkan kaki walaupun sekali ke dalam program ini, anda hanya menunjukkan ego sendiri.  Hadir IMKK bermakna anda dah berani runtuhkan ego sendiri kerana dalam IMKK ramai yang sedar hidup dengan ego setinggi langit takkan bawa anda terbang tinggi dan pergi jauh dalam apa yang anda cita-citakan.

Tak apa, masih ada masa untuk anda rebtut Tawaran Merdeka sempena sambutan ke 60 tahun kemerdekaan negara tercinta.  Moga-moga terbuka hati anda untuk jejakkan kaki ke dewan IDCC dan berIMKK selama 3 hari dari 27-29 Oktober 2017 nanti.

Layari www.azizanosman.com/imkk untuk maklumat lanjut.

 

Enterprise atau Sdn Bhd: Jangan Main Serkap Jarang, Bisnes Anda Bukan Untuk Esok Lusa – Jerry Rizal Mat

oleh Azizan Osman pada 10 August 2017

Jerry Rizal Mat merupakan Pengarah Serantau Kumpulan Richworks yang mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang perunding kewangan dan cukai juga seorang yang pakar dalam pelaburan hartanah.

“J, mana satu lagi bagus? I start my business with Enterprise atau Sdn Bhd terus?”  Ini soalan biasa yang I dapat dari para peserta program-program kami.  Yang menyedihkan, bila ada antara yang bertanya adalah seorang yang dah berniaga lama, lebih 10 tahun tapi masih lagi menggunakan Enterprise.

Bangsa kita ni, suka sangat berniaga ikut-ikutan.  Orang tu buat macam tu, kita ikut.  Sedangkan kita tak tahu pun fakta sebenarnya macam mana.

I nak bagitau kat semua, antara Enterprise dan Sdn Bhd,  beza jumlah cukai perniagaan hasil dari pendapatan yang sama adalah berbeza.  Jika pendapatan bercukai adalah sebanyak RM600,000.00 setahun, perniagaan milikan tunggal atau Enterprise perlu membayar cukai RM20,650.00 lebih banyak dari syarikat Sdn. Bhd.

Biarpun bayaran cukai untuk Sdn Bhd lebih rendah, faedah yang boleh diperolehi daripada pihak bank adalah lebih tinggi.  Aspek “Bankability” lebih telus berbanding dengan bisnes milikan tunggal atau Enterprise.  Bermaksud pihak bank lebih suka.

Anda semua perlu ingat, ini bisnes you tau, tak payah nak minta orang lain yang buatkan keputusan untuk you.  Cari ilmu dan pastikan anda tahu semua perkara, baru senang nak buat keputusan.

Nampak tak bezanya tu? Mana lebih afdal?

Sebenarnya, bukan sikit orang yang bertanyakan kepada I tentang perkara ni. Dah jenuh nak menjawab secara teori mana yang lagi bagus? Jalan bisnes dengan Enterprise ataupun dengan Sdn Bhd.  Masalahnya, kita masih ada mentaliti ‘nak buat yang senang’, kononnya nak buka Enterprise tu lebih senang dari nak buka Sdn Bhd.  Hello! Mana ada kerja yang senang.  Dia akan jadi senang bila kita sungguh-sungguh nak buat.

Masalahnya lagi bila ramai orang berbisnes tapi dokumen apa pun tak direkodkan sebaiknya.  Profit & Loss Statement tak ada, Bank Statement tak simpan dan ramai yang guna alasan akaun perniagaan Enterprise tak perlu audit, jadi lebih mudah kerana tak perlu ada Penyata Untung & Rugi dan simpanan rekod yang sempurna!

Aduh Saya tak faham! Macam berniaga kalau tak bersungguh nak tahu Untung & Rugi?  Jadi apa perlunya berniaga?  Bukan ke kita berniaga sebab nak untung dan supaya daat memanfaatkan untung perniagaan kita tu nanti?

Anda mungkin terfikir, nak buka Sdn Bhd ni susah, anda perlu ada pekerja yang mentadbir, yang urus akaun, yang urus sumber manusia dan segalanya.  Sebenarnya, itu bergantung kepada anda.  Kalau anda betul-betul nak bawak bisnes ni pergi jauh dan tahan lama, anda tak akan ada isu nak adakan kakitangan yang uruskan pentadbiran dan akaun.  Sebab itu, kalau kita tengok di iklan jawatan kosong, ramai syarikat-syarikat kecil yang mencari “Kerani Akaun & Pentadbiran”  maknanya, dia boleh bantu anda uruskan simpanan resit-resit, uruskan transaction duit keluar dan masuk dan dalam masa sama, boleh buat kerja pentadbiran yang lain.

Dokumen semua ni penting sebab inilah yang nak ukur semua kepayahan dan penat lelah korang buat bisnes. Siapa yang berniaga, elok lah ambik tau. Senang nak ukur berbaloi ke tidak usaha anda  selama ni.

Boleh tengok faedah jangkamasa panjang dan boleh rancang apa nak buat dengan duit yang dijana dengan bisnes.

Untuk ‘accounting’ ‘auditing’ dan urusan setiausaha syarikat, semua itu anda boleh mulakan dengan lantik perunding luar yang bagus.  Set target, bila anda nak adakan  akauntan, juruaudit dan setiausaha syarikat milik syarikat anda sendiri.  Ini baru bisnes namanya!

Bila semua dah terurus dan ‘in-place’ tidak la.. hidup tu macam hamster aje. Spinning the wheel hari-hari, sudahnya mati- sebab penat. Tak ada arah tujuan. Tak tau apa nak capai. Berpusing-pusing melilau hari-hari.

Yang penatnya korang. Dah bisnes korang kan. Dah alang-alang penat, biarlah berbayar usaha tu kot! Nampak duit. Kemudian duit tu buat lagi duit.

I ajarkan aje. Tunjuk yang mana tepat. Tapi balik pada anda untuk buat keputusan.

 

Orang Lain Dah Mula Bina Bisnes Dan Pendapatan, Anda Masih Nak Tengok Je?

oleh Azizan Osman pada 08 August 2017

Kami nak kongsikan dengan anda hasil pencapaian dari peserta program Millionaire Marketing Mastery (MMM) di sesi Coaching bersama peserta yang ambil pakej Super Supreme yang berlangsung minggu lepas.  Tonton sekarang.

Anda mungkin kenal mereka ini, anda mungkin pernah hadir ke Program IMKK dan MMM bersama mereka.  Inilah hasil mereka dapat setelah buat tindakan segera.  Peningkatan pendapatan yang mereka dapat setelah hadir ke program Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan komitmen untuk bertindak, dan aplikasikan teknik-teknik pemasaran yang dikongsikan oleh Dr Azizan Osman sememangnya dah berhasil.

Mereka inilah ‘proven result’.  Anda macam mana?  Masih nak berniaga dengan level ala kadar, atau betul-betul nak lakukan sesuatu untuk pastikan dapat hasil bisnes yang lebih besar?

Terpulang.  Kami hanya nak beritahu anda, kami ada caranya.  Anda hanya perluk beri komitmen untuk belajar caranya dan bertindak.  InsyaAllah, akan berhasil.

 

Jangan Biarkan ‘Suara Kecil’ Anda Menguasai Hidup.

oleh Azizan Osman pada 08 August 2017

Kami baru sahaja selesai mengadakan IMKK Borneo di Kota Kinabalu,Sabah.  Amazing! IMKK Borneo yang biasanya dihadiri oleh orang-orang Sabah, Sarawak dan Brunei tak pernah menghampakan kami.

Mereka sangat komited dengan ilmu.  Datang awal dan fokus sepanjang program.  Setiap ilmu yang dikongsikan oleh Dr Azizan Osman, mereka telan sebaik-baiknya.  Tenaga yang mereka berikan sangat tinggi.  Alhamdulilah, mungkin disebabkan komitmen mereka, makin lama makin banyak kisah kejayaan dari #AnakDidikDrAzizan di Sabah, Serawak dan Brunei kami perolehi.

Tahniah kepada semua yang dah mendaftar untuk hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang bakal berlangsung di IDCC, Shah Alam Selangor. Kami yakin, anda juga tak sabar untuk hadir dan akan komited sepanjang program berlangsung pada 27-29 Oktober 2017 nanti.

Untuk itu, kami nak hangatkan perasaan anda dengan berikan sedikit petikan video dari Program IMKK yang lepas.  Tonton dan hayati ilmunya.

 

Dr Azizan Osman selalu berkata “Musuh utama yang menghalang kejayaan kita ialah diri kita sendiri.”  Akal kita ni, Allah jadikan untuk kebaikan dan ditambah sedikit rasa was-was supaya kita berhati-hati dalam tindakan atau berfikir sebelum bertindak dan tidak melulu.  Malangnya, ramai antara kita ‘ni biarkan akal menguasai kita.  Kia biarkan dia memberi arahan yang buruk-buruk kepada kita.

Akal kita dipengaruhi oleh apa yang ada di sekeliling kita.  Jika kita sentiasa dikelilingi dengan persekitaran negatif, orang yang negatif, kata-kata yang negatif, akal kita pun mulalah nak negatif.  Segala yang kita nak lakukan semuanya pun dia akan berikan maklum balas negatif.

Dan bila kita terus biarkan akal atau Dr Azizan Osman gelarkan sebagai ‘biawak’ ini untuk meguasai hidup, sudahnya kita tak akan ke mana-mana.  Kita akan hidup biasa-biasa dan takut nak buat lebih untuk capai kehidupan yang lebih baik.

Semoga perkongsian ini dapat menjadikan anda dapat menghalang ‘biawak’ yang mungkin dah mula berbisik kepada anda ‘ tak payah lah datang IMKK tu nanti…poyolah semua tu..”  Ada kan?

 

5 Kesilapan Dalam Perniagaan.

oleh Azizan Osman pada 08 August 2017

Ingin memulakan perniagaan? Tunggu! Sila ambil masa anda beberapa minit untuk menilai semula potensi diri sebelum anda memulakan perniagaan. Siapa tidak mahu menjana ribuan ringgit melalui perniagaan sendiri, bukan?

Perkongsian ini adalah untuk membuka perspektif anda mengenai antara kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan di dalam perniagaan. Semoga melalui perkongsian ini anda tidak melakukan kesilapan yang boleh menjatuhkan perniagaan anda.

1. Berniaga bertahun-tahun tetapi tidak mampu capai jualan yang tinggi.

Sesuatu yang ganjil apabila perniagaan anda telah bertahun-tahun beroperasi tetapi gagal mencapai hasil jualan yang tinggi. Pasti ada kesilapan di mana-mana.

Anda perlu tahu bagaimana untuk mengenalpasti potensi produk dan pasaran dengan jelas di dalam industri yang anda ceburi. Anda perlu menetapkan matlamat, tujuan, visi dan misi perniagaan yang jelas dan merancang sebaik mungkin disiplin kerja yang perlu diutamakan seperti pengeluaran, pengurusan, pemasaran, penghantaran dan sebagainya.

Takut-takut jika selama ini anda berniaga tanpa halatuju yang jelas dan tak pernah ada target!

2. Berniaga dengan modal yang terlalu banyak dan akhirnya berhutang di awal perniagaan.

Optimumkan pengeluaran modal anda. Optimum bermaksud mengeluarkan modal pada nilai yang diperlukan sahaja.

Pada peringkat awal dalam perniagaan, tidak digalakkan untuk membuat pinjaman peribadi yang banyak kerana dikhuatiri pulangan perniagaan anda yang tidak seberapa gagal membantu melunaskan hutang anda.

Gunakan apa yang anda ada untuk melaksanakan perniagaan anda. Tidak perlulah menggajikan ramai pekerja sekiranya anda mampu melakukan urusan operasi perniagaan kerana perniagaan anda peringkat awalnya hanyalah berskala kecil sahaja.

3. Tidak ada fokus dalam perniagaan, buat macam-macam bisnes.

“Buat apa yang ada! Buat satu persatu! Habiskan segala yang anda telah mulakan!”

Tidak dapat dinafikan, ketika peringkat awal perniagaan kita terlalu teruja untuk melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan hasil pendapatan yang lumayan. Tetapi kita juga perlu bijak didalam menguruskan perjalanan perniagaan kita.

Usah terburu-buru kerana sekiranya kita mengalami sedikit kerugian, semangat berniaga akan pudar dan terus tidak mahu serius didalam perniagaan.

4. Tidak ada masa. Sibuk tetapi jualan serta kewangannya tidaklah menguntungkan.

Rancanglah masa anda sebaik-baiknya. Ianya akan menjadi sia-sia apabila anda terlalu sibuk menguruskan perniagaan anda tetapi pulangan yang dihasilkan membuahkan kekecewaan.

Usah habiskan masa kepada perkara-perkara yang kurang produktif sedangkan kerja-kerja yang lebih penting belum siap.

Di dalam pengurusan masa, utamakan disiplin kerja yang membantu anda memperoleh keuntungan. Jangan sekadar merancang sahaja, anda juga haruslah bertindak agar masa yang ditetapkan tidak sia-sia.

5. Tidak pandai pemasaran dan tidak pandai menarik pelanggan.

Ini menyebabkan jualan tidak cukup tinggi. Sedangkan ia adalah antara perkara paling penting dalam bisnes.

Gunakan kemudahan yang ada seiring dengan pertumbuhan teknologi yang semakin hari semakin memudahkan hidup manusia.

Tiada alasan untuk anda tidak menguasai ilmu pemasaran. Terdapat pelbagai kaedah promosi di dalam dunia perniagaan. Anda boleh gunakan teknik pemasaran online dan offline. Ada juga usahawan yang hanya fokus kepada satu kaedah sahaja, contohnya, hanya fokus kepada jualan di Facebook. Tidak salah tetap ianya akan menghadkan jumlah prospek yang tahu tentang perniagaan anda.

Antara cara pemasaran yang terbaik ialah dengan menggunakan online di laman sozila dan menggambungkannya dengan teknik pemasaran offline. Contoh seperti kekerapan muncul di FB melalui teknik ‘online presence’ dan 50 banner yang dipasang di sekelilig kawasan.

#TeamRichworks
#ResultMatters

 
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start