Mencari Kebahagiaan Di Tanah Arafah

oleh Team Richworks pada 15 June 2018

Langit Mekah cerah. Langit Madinah tiada berawan.

Jabal Ar-Rahmah yang sudah berdiri kukuh semenjak beribu tahun lampau masih utuh menanti Duyufurrahman.

Sebaik tergelincir matahari petang 9 Zulhijjah bersamaan 21 Ogos 2018, berjuta-juta tetamu Allah SWT mula berhimpun di Padang Arafah. Padang yang selama berbulan-bulan tandus dan kering kontang tiba-tiba hidup dengan selautan manusia yang datang dari seluruh sudut benua.

Dengan ihram putih, mereka semua dihimpunkan di satu padang yang digambarkan keadaanya seperti Padang Mahsyar di akhirat. Semuanya sama. Tiada yang lebih dan kurang. Ihram dan telekung putih yang mereka wajib pakai diibaratkan seperti kain kafan. Mereka tinggalkan segala apa yang ada, jenama, harta, pangkat, keluarga dan kemewahan hanya untuk wukuf di padang tandus. Hanya untuk berdoa dan meraih ampun serta redha Allah SWT.

Satu hari yang dinamakan wukuf yang digelar juga sebagai perhimpunan agung untuk semua jemaah haji merenung kembali perjalanan kehidupan dan sumbangan yang diberikan kepada diri sendiri dan orang sekeliling. Menghitung-hitung adakah cukup pahala dan kebaikan yang dibuat, saban tahun untuk dijadikan bekal menghadap Allah SWT.

Setiap tahun, bila hampir musim haji kami sentiasa menerima khabar dari peserta program Richworks dan dari #AnakDidikDrAzizan yang menceritakan tentang kesyukuran dan kegembiraan mereka kerana dipanggil untuk menjadi tetamu Allah SWT dan terpilih untuk menjadi jemaah haji. Rata-rata akan bercerita tentang bagaimana mereka tak menyangka, mereka dapat peluang ini lebih cepat dari yang dibayangkan dan lebih mudah dari mereka gambarkan.

Yang paling menggembirakan bila mereka kata, menunaikan haji adalah satu daripada 101 Impian yang mereka tuliskan di dalam Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang mereka pernah hadiri. Ramai juga yang akan singkap kembali perjalanan kehidupan dan kejayaan yang mereka capai selepas pulang dari IMKK. Bagaimana setiap langkah dan usaha yang mereka ambil dengan ilmu yang mereka belajar bermula dari Program IMKK membantu mereka mengecapi nikmat kehidupan yang lebih baik dengan tahap kewangan yang lebih tinggi serta nikmat kebahagiaan yang mereka dapat. Alhamdulillah.

Tiada yang lebih membahagiakan kita bila kita dapat mencapai impian dan membahagiakan orang lain terutama orang yang paling kita sayang. Tapi bagaimana kita boleh membahagiakan orang lain jika diri sendiri pun masih belum dapat rasa nikmat bahagia? Dan bagaimana nak menikmati bahagia kalau sentiasa di kelilingi dengan masalah hidup, hutang keliling pinggang, tak puas hati dengan apa yang berlaku, setiap hari rasa bengang, dan fikiran yang sangat kusut?

Ramai orang yang setiap hari bangun pagi dengan berat hati dan tidak bertenaga. Di bahunya bagai terpikul beban yang sangat berat. Mereka bangun pagi tanpa ada sebab yang khusus, tanpa matlamat yang jelas apa yang mereka nak capai, untuk siapa dan kenapa.  Jangankan untuk melihat matlamat jangka panjang, matlamat untuk satu hari pun mereka tak ada!

Hidup mereka bagai dipaksa dan terpaksa melakukan apa yang mereka tak suka. Mereka paksa diri menghadapi kesulitan hidup, mereka paksa hati ‘gembira’ dengan keadaan yang ada dan mereka tanam dalam fikiran… ” Dah nasib aku macam ni…”

Setiap bulan mereka akan hadap masalah yang sama.  Kewangan yang tak cukup, hutang yang tak terbayar, permintaan orang tersayang yang tak dapat dipenuhi dan impian sendiri yang terpaksa dilupakan kerana mereka rasa mereka tak mampu.  Dan setiap bulan, mereka terpaksa mengecilkan kehidupan dan terima seadanya keadaaan hidup yang sebenarnya tak selesa sehingga akhirnya mereka rasa “aku dah biasa… ”

Hati yang tak bahagia adalah satu penderitaan. Dan di Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK), yang dah diadakan semenjak tahun 2010 dan dah dihadiri lebih dari 70,000 orang peserta mula faham kenapa mereka tak bahagia dan bagaimana mereka nak hidup lebih bahagia dengan kejayaan yang mereka kecapi dan peningkatan tahap hidup dan kewangan. Mereka sedar apa yang mereka perlu buat untuk jadi lebih baik? Apa yang mereka perlu ada untuk dapat kehidupan yang lebih bahagia? Bila mereka sedar apa sebenarnya potensi diri dan apa kekuatan serta kemampuan mereka, bermakna mereka dah jumpa kunci kebahagiaan.

Sama seperti #AnakDidikDrAzizan yang telah berjaya dalam hidup mereka. Suatu masa dulu mereka pun pernah hidup kucar kacir dan tak bahagia.  Tapi, keputusan yang pernah mereka buat untuk mencari kebahagiaan sehingga membawa mereka ke IMKK menjadi titik permulaan sebuah perjalanan kejayaan.

Anda mungkin terfikir, “Alangkah bahagianya mereka yang sekarang ini dapat menunaikan haji, dengan keluarga tersayang…”

Anda mungkin rasa “Itu rezeki mereka…mereka bertuah, aku tak!”

Soalannya, sampai bila nak memendam impian dan rasa bengang hanya kerana anda tak tahu bagaimana nak hidup lebih bahagia, kaya dan berjaya? Takkan nak tunggu giliran pergi haji tahun 2090 yang mungkin masa tu, hayat kita pun dah tak ada?

Kebahagiaan anda, anda sendiri yang tentukan dan semuanya bermula dari  satu keputusan dan tindakan.

www.imkk2018.com

 

 

Dari Meja Dr. Azizan Osman – Kunci Keberkatan Rezeki Adalah Melalui Silaturrahim

oleh Team Richworks pada 13 June 2018

The Power of Silaturrahim – satu perkara yang saya selalu tekankan kepada anak didik saya dalam hampir setiap program yang saya adakan ialah pentingnya menjaga Silaturrahim.  Sebesar manapun cita-cita dan impian, sebagus mana tindakan yang anda buat, selagi anda memutuskan atau tidak menjaga silaturrahim, susah untuk anda berjaya.  Kalau berjaya pun, macam ada banyak halangan yang anda akan tempuhi.

Hari raya adalah peluang terbaik untuk kita saling membina silaturrahim.  Bila Raya, adik beradik dan saudara mara akan balik kampung dan saling berkumpul. Inilah masanya untuk kita bertanya khabar dan bertukar cerita.

Satu perkara yang kita perlu ingat, ialah adab.  Adab dalam kunjung mengunjungi, adab dalam berkomunikasi dan adab dalam membina silaturrahim.  Ada orang bila dia berkunjung ke rumah sanak saudara atau berkumpul bersama keluarga, mereka kurang menjaga adab dalam tutur kata.  Mereka suka bercakap tentang perkara yang mudah dijadikan isu perbalahan seperti isu politik, dan suka bertentang pendapat.

Tak salah sebenarnya untuk berbual topik seperti itu, tapi janganlah sampai asyik kita saja yang nak menang. Hormati juga pendapat orang lain.

Paling saya sedih bila dengar cerita tentang hubungan yang tak berapa bagus antara ibu dan anak, ayah dan anak, adik beradik, kakak dan abang, suami dan isteri sedangkan inilah kunci kemurahan rezeki dan keberkatan dalam hidup.

Kepada yang bergelar isteri, kunci keberkatan anda adalah ada pada suami.  Untuk suami, kunci keberkatan anda adalah pada ibu dan ibu mertua. Tapi inilah yang payah untuk kita jaga.  Kadang-kadang, ketika mereka masih ada di depan mata, kita buat tak endah, kita jadi lebih pentingkan diri sendiri dan bila mereka dah tak ada baru lah kita nak merindu-rindu dan tercari-cari kasih sayang mereka.

Sebab itu saya tekankan perkara ini – The Power of Silaturrahim dalam Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) kerana saya dah lalui semuanya, dan saya tahu betapa rugi dan tak berkatnya hidup jika kita tak menjaga silaturrahim.

Anda boleh juga tonton video raya hasil karya Team Richworks. Segalanya tentang silaturrahim.

Di kesempatan ini, saya dan Richworks ingin memohon ampun maaf atas kesilapan kami dan mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.  Ambil kesempatan di cuti raya yang panjang ini untuk saling membina dan meneguhkan silaturrahim.

 

Salam Sayang,

Dr Azizan Osman

 

Piala Dunia Dan Aidilfitri – Apa Simboliknya Di Sebalik Dua Perkara Besar Ini

oleh Team Richworks pada 13 June 2018

 

 

World Cup 4 tahun sekali!

Raya setiap tahun pun ada!

Kita pulun tengok World Cup le…

 


Eh..eh! Ada rupanya yang berpendapat macam ‘ni.

Betul…seperti yang semua tahu, Piala Dunia 2018 yang akan diadakan di Rusia dan sepakkan pertama akan bermula pada pukul 11.00 malam, 14 Jun 2018 dengan perlawanan antara Rusia dan Arab Saudi.

Masa tu, emak dan kakak kat dapur tengah sibuk dengan memasak ketupat dan rendang.  Abah dan abang tengah bertakbir dari rumah ke rumah atau di masjid dan surau.  Kita?  Nak bergolek depan TV dan tak buat apa-apa selain menonton perlawanan Piala Dunia adalah bukan pilihan terbaik, walaupun Piala Dunia diadakan 4 tahun sekali!

Aidilfitri, satu perayaan yang merayakan kembalinya manusia kepada keadaan suci atau fitrah setelah menang dalam pertarungan menentang hawa nafsu, lapar dan dahaga. Aidilfitri juga merayakan kemenangan ke atas Umat Islam yang bersungguh-sungguh memberikan yang terbaik dan berkorban tenaga, waktu tidur, dan segala keselesaan semata-mata untuk merebut pahala berganda yang ditawarkan oleh Allah SWT sepanjang Ramadhan.

Aidilfitri adalah satu ‘rewards’ atau sebahagian dari ganjaran untuk meraikan kejayaan. Ianya juga tanda Umat Islam menang dalam menentang hawa nafsu, dan sebab itu nikmat Hari Raya hanya sangat dirasai oleh mereka yang benar-benar menghayati Ramadhan.

Dalam Ramadhan dikurniakan 10 hari-hari terakhir Ramadhan di mana di dalamnya dikurniakan satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan, dan di 10 malam terakhir inilah, umat Islam yang mengejar redha Allah akan pulun menunaikan ibadat habis-habisan.

Sama juga dengan Piala Dunia. Asalnya hanya dari permainan bola sepak yang dah wujud semenjak beribu tahun lalu.  Dalam setiap permainan, setiap pemain perlu beri tumpuan sepanjang permainan.  Jika pada bulan Ramadhan, kita ‘bermain’ sepanjang 30 hari, di padang bola Piala Dunia, pemain-pemain akan bergelut selama 90 minit.  Durasinya nampak berbeza, tapi semangat dan tuntutan untuk fokusnya adalah sama.

Semua permain perlukan persediaan yang rapi, latihan yang konsisten dan kuat, hati yang cekal, minda yang perkasa.  Orang lembik takkan berjaya sehingga menjadi pemain bola Piala Dunia. Setiap pemain yang mewakili negara masing-asing ke perlawanan merebut Piala Dunia ada cerita tersendiri, ada cabaran dan rintangan yang perlu dilalui, ada kesakitan yang dirasai dan ada dugaan yang terpaksa dihadapi.

Bila dah berjaya hadapi segalanya, sehingga menjadi 10 pasukan terakhir yang akan bertanding untuk merebut piala idaman ramai – Piala Dunia, mereka akan teruskan ‘game’ sehingga ke pusingan terakhir di mana ada 2 pasukan terkuat sahaja yang akan bertanding, sama seperti manusia di akhir Ramadhan akan bertarung antara 2 unsur penting dalam diri nafsu dan akal fikiran.

Jika Maradonna diraikan sebagai seorang pemain bola peringkat dunia yang sangat komited, dihormati dan digentari, begitu juga Umat Islam yang berjaya mengimarahkan 10 malam terakhir Ramadhan, mereka juga perlu dihormati, dan digentari kerana ‘effort’ yang mereka berikan sehingga ke akhir Ramadhan sehingga sanggup menepis apa saja dugaan dan halangan.

Tahun ini Syawal disambut bersama kegemilangan Piala Dunia di Rusia.  Jangan jadikan keghairahan anda menonton dan menyokong pasukan kegemaran anda beraksi di padang sehingga menjadikan anda abaikan sambutan Syawal.

Bola, bola juga – Syawal jangan dilupa.

Syawal dan Piala Dunia – sama dirai.

 

Checklist Raya Untuk Usahawan

oleh Team Richworks pada 13 June 2018

 

Dam dam dum bunyi mercun

Kanak-kanak segera datang berduyun

Dam dam dum mercun berdentum

Semaraklah hari raya ini tahun

 


Saat anda baca article ini, mungkin anda sedang sibuk buat persediaan raya, dalam perjalanan nak balik kampung atau masih lagi menguruskan kerja-kerja akhir dan perniagaan anda. Kemeriahan raya dah terasa.  Apapun keadaan bisnes anda sekarang, raya tetap akan berlaku dan perlu disambut sebaiknya.

Sebelum anda tutup pejabat, tutup kedai dan tutup bisnes untuk sambutan raya dan beri peluang kepada anda dan kakitangan beraya dan meluangkan masa bersama keluarga, kami nak sharekan dengan anda 20 ‘checklist penting yang anda sebagai usahawan perlu buat sebelum cuti raya:

  1. Pastikan semua bil, hutang, dan bayaran yang sepatutnya telah diselesaikan.
  2. Urus cashflow dengan baik. Bila anda cuti, mungkin sales kurang atau terus tak masuk langsung.  Tapi kos lain tetap jalan.  Kos gaji staf anda tetap kena bayar walaupun mereka bercuti.
  3. Jika anda juga berniaga secara online, pastikan anda dah jadualkan semua posting raya anda sebaiknya. Jangan anda  sibuk beraya dan akhirnya Facebook anda sepi je.
  4. Cuti Raya tak bermakna anda boleh berhenti dari buat marketing dan promosi. Rancang awal-awal apa bentuk promosi yang anda nak buat.
  5. Pastikan sistem pembayaran online anda berfungsi dengan betul dan sistem tak down sepanjang cuti raya ini.
  6. Jadualkan waktu bertugas Team Sosial Media anda. Walaupun cuti Raya mungkin ada pelanggan anda yang komen, yang PM, yang bertanya soalan dan macam-macam lagi. Pastikan ianya berjawab.
  7. Jika anda berniaga online, sepatutnya anda dah maklumkan awal-awal tentang proses penghantaran. Berapa jangkamasa akan diambil jika order dibuat ketika cuti Raya. Ini akan bantu pelanggan anda untuk bersabar dan tak tertunggu-tunggu.
  8. Bayaran gaji kakitangan telah dijelaskan atau kalau akan dijelaskan pada akhir bulan, anda boleh keluarkan memo untuk maklumkan kakitangan.
  9. Urus kakitangan anda sebaiknya. Pastikan anda dah uruskan cuti mereka, gaji, duit raya, giliran bertugas dan segala perkara berkaitan dengan kakitangan. Sampaikan pesan anda sebaiknya kepada mereka, supaya mereka tahu apa yang anda harapkan dari mereka.
  10. Maklumkan stokis, agen, supplier dan pelanggan anda bila anda akan tutup perniagaan dan bila perniagaan anda akan dibuka semula. Dengan ini mereka boleh rancang masa yang sesuai untuk berurusan dengan anda.
  11. Senaraikan nombor telefon support system yang anda perlukan. Contohnya, nombor telefon supplier, nombor telefon web support dan bincang dengan mereka apa sokongan yang anda perlukan untuk mereka ketika cuti raya.
  12. Cek stok anda. Pastikan anda ada stok yang cukup bila anda buka perniagaan nanti.  Supplier anda pun mungkin akan cuti.
  13. Pastikan duit-duit cash hasil jualan dan cek yang anda terima dah di ‘bank in’ kan mengikut tarikh yang sepatutnya. Tak bagus untuk simpan tunai di dalam premis.
  14. Tinggalkan kedai atau pejabat dengan keadaan bersih dan pastikan ianya selamat, berkunci, jika ada Alarm dan CCTV bagus untuk pastikan semuanya berfungsi.
  15. Lantik pengawal keselamatan atau syarikat kawalan keselamatan untuk pantau kedai anda.
  16. Periksa juga pelan perlindungan insurans anda. Adakah ianya masih sah, dan apa perlindungan yang diberikan. Adakah and rasa anda perlu tambah ‘coverage’ untuk kedai, kakitangan dan sebagainya.  Kita bukan harapkan perkara buruk berlaku tapi lebih baik kita berjaga-jaga.
  17. Maklumkan pihak berkuasa tentang tempoh kedai anda ditutup untuk cuti raya.
  18. Tampal notis kenyataan di pintu kedai tarikh anda bercuti.
  19. Cipta mood raya di kedai anda, dari segi hiasan dan lagu yang dimainkan, jika anda beroperasi pada hari raya. Dan anda juga boleh berikan mood raya pada Laman Media sosial anda.
  20. Jangan lupa sediakan ucapan raya yang paling best untuk semua pelanggan anda. Raya-raya juga, jangan sampai mereka lupakan anda.

 

Jika semua ni anda dah buat, ok Jom Beraya!

 

Baru mula berniaga? 3 Cara Untuk Terus Hasilkan Jualan Sepanjang Tahun Selepas Aidilfitri.

oleh Team Richworks pada 13 June 2018

Siapa dari anda usahawan yang kencang buat duit di musim perayaan?  Tak dinafikan, musim raya adalah musim buat duit untuk sesetengah perniagaan seperti perniagaan kuih raya, perniagaan melibatkan baju raya seperti baju kurung dan baju melayu, perniagaan servis cuci rumah dan banyak lagi.

Cabaran lain pula, bila musim perayaan ramai usahawan baru nak up mula muncul dalam pasaran.  Ada yang sanggup ambil cuti tanpa gaji selama sebulan demi nak berniaga di musim raya. Semua nak rebut peluang ke atas permintaan yang tinggi bila tiba musim ini.  Selalunya akan berlaku dua situasi di mana, usahawan musim raya ini akan terus kekal dalam perniagaan atau selepas raya mereka akan kembali kepada kehidupan asal mereka, dan tidak lagi berniaga.

Kami pernah jumpa peserta yang hadir ke program kami, yang hanya berniaga biskut raya pada bulan raya.  Perniagaannya, hanya beroperasi selama 4 bulan setahun di mana, 2 bulan diperlukan untuk menyediakan biskut-biskut rayanya dan 2 bulan lagi untuk buat marketing dan sales.  Lagi 8 bulan?  Dia tak berniaga. Itu pun beliau dah boleh buat hasil jualan mencecah RM2juta setahun.

Soalan yang kami tanya kepada beliau, kenapa stop?  Kenapa tak berniaga selama 8 bulan lagi? Kalau dalam masa 4 bulan boleh buat RM2 juta, bayangkan berapa banyak dia boleh buat kalau berniaga sepanjang setahun? Jawapan yang beliau berikan ialah “kerana tak ada permintaan selepas dan sebelum musim raya..”

Inilah tanggapan salah yang ada pada peniaga musim raya!

Ada 3 cara yang perniaga bermusim perlu tahu untuk teruskan berniaga sepanjang tahun dan bukan bergantung kepada musim raya sahaja.

1) Cipta Permintaan

Usahawan musim raya selalu fikir, barang atau produk mereka hanya boleh dijual dan ada permintaan hanya pada musim raya.  Mereka tak sedar, dengan marketing yang betul, mereka boleh cipta permintaan.  Jenama terkenal seperti Famous Amos, hanya berasal dari dapur rumah pemiliknya Wally Amos.  Pada asalnya, Wally Amos yang juga merupakan agen kepada selebriti terkenal, membuka perniagaannya hanya kepada orang berada dan pada musim tertentu terutamanya ketika Christmas, tapi kemudiannya beliau mula mencipta produk yang lebih murah dan mudah didapati oleh orang ramai. Beliau mencipta permintaan dengan menghasilkan biskut yang beraroma – setiap kali orang lalu di gerainya, pasti akan ‘Terpaksa’ berhenti dan beli sesuatu.

2) Tawaran Tempah Awal

Kesilapan usahawan musim raya ialah mereka ada mentaliti bahawa orang ramai akan mula berminat nak dapatkan produk atau perkhidmatan mereka bila dah dekat tibanya musim raya.  Sebelum musim raya tiba, susah nak buat bisnes.  Anda kena stopkan pemikiran seperti ini. Puan Afiza, pemilik Arwana Perhentian Resort di Pulau Perhentian pernah bertanya kepada Dr Azizan Osman tentang apa yang perlu beliau buat bila musim tengkujuh tiba kerana tidak ada pelancong tempatan dan luar negara yang akan buat tempahan dan menginap di resort mereka. Bisnes percutian juga adalah bisnes berasaskan musim tapi itu semua bukanlah satu sebab untuk tak buat apa-apa.

Dr Azizan Osman memberikan cadangan kepada beliau untuk membuka tawaran tempahan awal di mana ketika musim tengkujuh, pelancong boleh membuat tempahan bilik pada musim tersebut dan mendapat diskaun harga walaupun mereka akan melancong pada musim bukan tengkujuh.  Cara ini juga digunakan oleh Air Asia di mana mereka memberikan tawaran harga murah untuk mereka yang terbang di luar musim perayaan atau musim cuti dan mereka buka tempahan awal bila di luar musim  pada harga yang lebih rendah.

3) Buat event dan sesi preview

Usahawan perlu kreatif untuk cari jalan macam mana nak buat supaya sales masuk setiap hari. Kalau anda seorang pemerhati, kenapa sepanjang tahun ada saja Baby Expo, Wedding Expo, Furniture Expo dan segala benda tu?  Sebab ianya adalah cara untuk create awareness, dan untuk pastikan ada sales masuk sentiasa.  Contohnya bisnes berkaitan perkahwinan adalah satu bisnes bermusim, takkan nak tunggu cuti sekolah tiba baru nak cari pelanggan dan buat promosi.  Dengan adanya Ekspo Perkahwinan bakal pengantin yang mungkin akan berkahwin hujung tahun dah boleh mula buat tempahan.  Peniaga dah mula ambil yuran tempahan (booking fee) dari mereka.

Tak perlu tunggu cuti sekolah baru nak buat promosi pakej kahwin segala. Plan lebih awal dan buat marketing lebih awal. Seorang anak didik Dr Azizan Osman yang terlibat dalam industri ini, sentiasa mengadakan sesi preview di butik pengantinnya. Sesi preview ini beliau buat bergabung dengan rakan-rakan dalam bisnes katering, andaman, fesyen pengantin dan lain-lain.  Dengan cara ini, setiap kali sesi preview diadakan beliau dah boleh buat sales sehingga ratus ribu dan jadual untuk musim cuti sekolah beliau dah padat dengan tempahan orang ramai.

Tak kira apa bisnes pun, anda pasti boleh berniaga sepanjang tahun asalkan anda kreatif dalam membuat marketing.  Bila anda stop buat pemasaran, itu tandanya bisnes anda susah nak sampai ke tahun hadapan.

 

Bisnes Suram Selepas Aidilfitri? 5 Cara Mudah Untuk Buat Promosi Dan Tarik Pelanggan Selepas Raya.

oleh Team Richworks pada 12 June 2018

5 Cara Mudah Untuk Buat Promosi Dan Tarik Pelanggan Selepas Raya.

 

Menjadi usahawan memang indah bila banyak sales masuk.  Dari sebelum puasa ramai usahawan dah buat macam-macam cara untuk pastikan bisnes kencang di musim perayaan.  Dengar ceritanya ramai yang seronok berhari raya tahun ini kerana jumlah sales raya yang tinggi.

Balik kampung pun bergaya semacam je…

TAPI, kadang-kadang panas tak selamanya.  Ada masa hujan lebat dan guruh petir tiba jua.  Bisnes yang dahulunya kencang sampai tak cukup tangan nak uruskan, sehinggakan anda tak tidur malam menguruskan tempahan dan jualan, tiba-tiba selepas raya semuanya suram dan muram. Kedai pun dah kosong. Lagu raya berkumandang sendiri. Ada yang lebih teruk, stok barang langsung tak ada, kedai-tunggang langgang dan lengang macam selepas ditimpa bencana.

Apa nak buat? Raya atau tak, kos tetap berjalan.  Bil tetap kena bayar.  Cashflow mesti sentiasa bagus. Takkan nak harapkan sales sebelum raya untuk tanggung semua?  Kan sepatutnya anda rancang cashflow untuk pastikan tiada perbelanjaan yang akan melebihi pendapatan?

Masalah seperti ini biasa dihadapi oleh ramai usahawan di luar sana.  Usahawan yang bijak akan rancang perbelanjaan, rancang cashflow dan pastikan ada sales masuk walaupun pada hari raya! Tapi ramai juga yang kononnya pilih jalan nak rehat dulu ketika raya.  Hari raya pertama rehat dulu, hari raya kedua cuti lagi, hari raya ketiga masih terus cuti..Eh! Tak boleh jadi ni? Makin lama anda tangguhkan operasi kedai, makin lemaulah anda nak mulakannya kembali.  Momentum dah lari!

Kami nak kongsikan dengan anda 5 jenis promosi yang anda boleh buat selepas Hari Raya, supaya anda dapat teruskan buat sales masuk setiap hari.

1) Contest Raya

  • Anda boleh adakan satu contest Hari Raya yang bertujuan untuk tambahkan jualan dan tingkatkan traffic dari pelanggan dan prospek ke kedai anda. Contest boleh dibuat secara online melalui Facebook atau Media Sosial atau boleh juga dibuat ke atas pengunjung kedai anda.
  • Syarat-syarat penyertaan mestilah mudah dan hadiah perlulah menarik. Anda mungkin boleh lancarkan contest Raya anda ini secara besar-besaran di platform online atau mungkin boleh pasang banner dan bunting di kawasan sekitar kedai anda.

2) Tawaran Harga Menarik

  • Sebuah kedai cuci kereta di sebuah bandar mendapati semakin hampir dengan hari raya, semakin kurang sales yang dibuat kerana orang ramai sudah mula berjimat cermat dan mula memotong belanjawan ke atas perkara yang kurang penting atau ramai pelanggan dah mula pulang ke kampung halaman.  Selepas hari raya keadaannya lagi teruk.  Pelanggan yang dah banyak berbelanja membuat persiapan raya sanggup untuk cuci kereta sendiri asalkan dapat jimat duit!
  • Apa yang pemilik kedai cuci kereta itu lakukan ialah dengan membuat potongan harga sebanyak 50% atas setiap pelanggan yang menggunakan perkhidmatan beliau.  Dari RM10 caj cuci sebuah kereta, kini hanya tinggal RM5 sahaja.  Tiba-tiba, kedai cuci keretanya diserbu ramai pelanggan. Mereka sanggup beratur panjang dan menunggu lama. Ada yang datang dari jauh demi nak dapatkan servis pada harga yang jauh lebih murah. Kan bagus tu?

3) Teknik ‘Placement & Pricing’

  • Dr Azizan Osman pernah kongsikan teknik ini dalam satu program marketing kami.  Letakkan barangan yang harga murah, yang mahu dihabiskan stok dan tulis besar-besar  perkataan ‘tawaran’, ‘potongan harga’, ‘diskaun’, ‘stock clearance’ dan letakannya di luar kedai, tempat orang ramai lalu lalang.  Jika berniaga online, anda boleh letakannya di main page.
  • Cara ini adalah untuk menarik perhatian orang ramai untuk berhenti di kedai atau page anda dan dia akan belek-belek.  Bila mereka dah tengok dan tak jumpa apa yang dicari, mereka akan tanya “Ada stok lain?”  atau “Ada lagi tak yang macam ni?
  • Ha….Dia tanya! Bagi usahawan, bila pelanggan dah tanya, bermakna ada  peluang untuk anda buat sales lebih baik hari ini.

4) Referal

  • Ini satu lagi teknik yang anda boleh gunakan untuk tingkatkan sales selepas Hari Raya.  Caranya mudah dan bagus jika anda ada database.  Apa yang anda perlu buat ialah anda keluarkan satu pengumuman, SMS Blasting, Emel atau WhatsApp dan maklumkan kepada database anda bahawa ada potongan harga sehingga 50% atau lebih jika mereka hadir bersama kawan atau kenalan. Ini contoh. Dan bila mereka hadir bersama kawan-kawan, anda boleh berikan diskaun seperti yang dijanjikan, dan cuba ‘up sell’ supaya pelanggan dapat berbelanja lebih banyak. Jangan pula lupa nak layan kawan yang hadir bersama pelanggan anda dan ‘convert’ mereka jadi pelanggan setia anda pula.

5) Rumah Terbuka

  • Dah alang-alang kedai anda sunyi sepi, apa kata anda sibukkan diri anda sedikit dengan adakan jamuan raya di kedai anda.  Anda hanya perlu invite database anda untuk hadir melalui Posting di Media Sosial, SMS Blasting dan WhatsApp. Jika anda bijak, anda boleh bergabung tenaga dan minta tajaan catering, tajaan khemah, tajaan sound system dan anda hanya perlu war-warkan nama penaja anda sepanjang program. Mereka dapat marketing percuma, anda dapat tarik pelanggan untuk datang ke kedai anda.

Seeloknya anda dah rancang semua perkara ini sebelum Cuti Raya.  Untuk semua kos perbelanjaan yang perlu diadakan untuk tujuan promosi ini, perlu direkod dan dibuat belanjawan.  Anda juga perlu ada target jualan yang anda nak capai pada setiap aktiviti promosi ini.  Barulah sedap nak berbisnes!

 

Montage IMKK Nov 2018 – Apa Itu IMKK?

oleh Team Richworks pada 05 June 2018

 

Reflection In Conjunction With The 10th Anniversary Of Richworks: Is It True That 90% Of Malaysians Have An Average Income Below RM5,000 A Month?

oleh Team Richworks pada 01 June 2018

1. This is something that I read a few days ago. I’m not sure about the accuracy of the statistics but basedon my experience in handling hundreds of thousands of participants and guiding them personally, and consequently this coincides with us celebrating our 10th year this June 2018, I’m almost sure these statistics are not something far from reality.

2. Looking at the changes around us from the political, economic, industrial, technological and social trends, everything changes quickly. In just 10 years, Richworks has become a pioneer in the coaching and training industry by triggering a successful revolution of entrepreneurs especially among the Malay community which is something we are truly proud of and grateful.Looking at the display of billboards of various products and services of Malay entrepreneurs who were either born from our programs or developed after attending our training and mentoring programs all these time gives me a great sense of happiness.

3. 10-years as Richworks. It’s like being born 10 years ago as a baby and we are now entering standard 4 of primary school. Alhamdulillah, it’s a beautiful uphill journey, winding at times but priceless.

4. We will not know the impact of what we do other than when we receive feedback from others. This week alone, I received 3 feedback from “strangers” who took me by surprise but with great happiness in my heart.

5. Imagine someone newly appointed as the Minister in the new government of Malaysia inviting me to his office on Monday to be involved as his think-tank group to discuss and suggests how I can assist local entrepreneurs to increase their income and boost the economy of a core industry in Malaysia.

6. This invitation is surprisingly unexpected, but it is gratifying and I’m very appreciative because the new government is very concerned about the development of the entrepreneurial industry in Malaysia. Since long before, we have always supported any government initiatives and efforts that are in line with our mission to spearhead entrepreneurship, education and wealth creation to ensure that the economic progression of my community and the nation can be achieved.

7. We have been involved in several programs organized by government agencies in the past. And I was informed by a significant member who was involved with these government agencies regarding entrepreneurship, where they have always made me and Richworks as an example because of our success in producing tens of thousands of successful Malay entrepreneurs without relying on subsidies or loans in starting a business. Alhamdulillah, the results I have seen today, the government have been more aggressive in helping entrepreneurs by providing loans and capitals, however, without real-business and proven-success strategies, funding will only impair the entrepreneur itself. It’s like giving our children money from childhood till adulthood and they can borrow money from us whenever they want, but we do not give them the real-business and marketing knowledge to actually survive and thrive in their businesses.

8. The approach should be through the application of entrepreneurial thinking and seeding of the entrepreneurship culture through education platforms which is important to help increase the interest of entrepreneurs and to assist them in facing the challenges of building a business consistently for the long term until they are able to expand globally. I always teach my community to be self-reliant in business and not dependent on government’s assistance to provide capital or funds. Why? Because they are ENTREPRENEURS.They should be taught and guided to build their businesses and to increase their sales with various strategies without the mentality to seek for subsidies at least till they become a growing business.

9. When the YB Minister invited me to his office to ask about how I could help the entrepreneurs, the first thing I wanted to know was – Why me? And his response is something unexpected and it’s something I would have asked had he not mentioned it to me. He talked about a member of his family who was my protégé. He saw how this person started his crackers (keropok) business from zero by attending Richworks’ programs 5-6 years ago and then applying the business knowledge learnt till today, and now he has a factory and a cracker making machine with beautiful packaging distributed not only in Malaysia but for the export market as well. He witnessed how a friend he knew succeeded in changing his life from nothing in the past few years, but he was eventually able to provide a new home for his family and his business kept expanding. These are the testimonies shared by the YB Minister.

10. The second response I got from another “stranger”. He is a successful lawyer but never attended any of our programs. With a serious look straight into my eyes he explained the impact of Richworks and how I have contributed over the past 10 years to become a leading company in guiding hundreds of thousands of people to start upgrading their lives by building businesses. He mentioned prior to the presence of Richworks, not many Malay small entrepreneurs were able to become big and successful and not many Malays were in business compared to now because they did not belief they could afford to build successful businesses. There were people who said, “The Malays cannot do business unlike the Chinese!”, “The Malays have no ‘business-blood’!”, “The Malays can only be subordinates to other races or are only eligible to work for the government!”And all these words today have been proven wrong!

11. When I heard the feedback, my heart grew grateful. Apparently, there are people who noticed our struggles in upholding the economic power of our own community and nation. It seems our efforts at Richworks to open the eyes of our people on how to build businesses by sharing hundreds of free videos (our videos have been viewed by over 40 million viewers to date) or through our 3-day high impact training and coaching programs such as Intensive Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK). IMKK is a Richworks’ flagship program that has been held since 2010 and has been attended by almost 100,000 participants and is always attended by thousands of participants at time, to master and unlock their potentials in creating wealth and business. And the program is only held one or twice a year for 3 days from morning till night.

12. The last response I got this week is during the holiday on Wesak Day. This feedback I gathered from my observation. Coincidentally, on that day I brought my wife and children to buy some clothes for Hari Raya and my wife took me to a shop in Bandar Baru Bangi. I agreed and this was my first time in the business area. What surprised me was that the whole area was crowded with people since early morning to shop probably for Hari Raya. But what made me proud was when I looked at the rows of shops and brands in the area, majority are owned by my student entrepreneurs whom I have taught in my classes or coached in my Titanium Circle mentoring program.

Receiving all these positive feedback from people who have never been to our programs and seeing the impact of Richworks on entrepreneurs with the grace of Allah swt during this week as we celebrate our 10th Anniversary is truly a blessing and a happy one. And I’m grateful to have been chosen by Allah swt throughout this journey and I’m encouraged to do our best and strive for what we have been advocating all these while that is to guide more Malaysians to improve their economy and finances and to help build more successful businesses. Insha Allah apart from this, we pray that Richworks will start to expand across Asia and tothe rest of the world.
How can we help more people? 3 things we outlined as important goals for Richworks until 2020.

  1. Provide more free mentoring and training videos that specifically helps and answers questions about how to improve finances and business.
  2. We will invest in the latest digital technology and launch online trainings through RichworksAcademy.com where it is a platform for you to learn anywhere in the world as long as you have access to the Internet as easy as from your palm.
  3. Provide more live seminars or online entrepreneurial coaching programs by entrepreneurs and industry millionaires especially among our students who have been nurtured from our programs so that you can be guided by real industry players all under one umbrella, Richworks International. This will speed up your business success story.

And in conjunction with the 10th Anniversary of Richworks this week, we want to give you an opportunity or anyone who wants to be guided in developing your self-potential, money and business to a higher level.

If you know anyone who really wants to change theirlives for the betterment of their families, finances and business, you want to make sure they do not miss this offer.

In conjunction with the 10th Anniversary of Richworks too, we would like to give-away10,000 General seat tickets(for the back-most seats in the hall) to attend the IMKK program on 2-4 November 2018for *Free.(Free without the fee of RM997:You only need to pay RM97/per person for the cost of the workbook.)

This offer is supposed to be launched on June 2, 2018 during the 10th Anniversary of Richworks, but we have decided to open this offer now while it is still available. This offer will be closed at any time.

Act now by visiting www.IMKK2018.com while tickets are still available.

We thank you for your prayers, support, criticisms and feedback. Please pray that we can continue to provide guidance to many more Malaysians and help more people across Asia moving forward, Insha Allah.

Please pray for my good health and well-being too.
Best wishes,
Dr Hj Azizan Osman

Founder & Executive Chairman

Richworks International Sdn Bhd

 

Sempena Ulangtahun Richworks yang ke-10: Benarkah 90% Rakyat Malaysia Berpendapatan di bawah Paras RM5,000 Sebulan?

oleh Team Richworks pada 01 June 2018


1. 
Ini sesuatu yang saya terbaca beberapa hari lepas. Saya pun tak pasti ketepatan statistik ini tapi mengikut pengalaman saya mengendalikan beratus ribu peserta melatih dan membimbing mereka personally genap 10-tahun pada bulan Jun 2018 ini, saya hampir pasti ianya statistik yang tidak jauh dari kenyataan.

2. Melihat perubahan demi perubahan di sekeliling kita dari persada politik, ekonomi, trend industri, teknologi dan sosial semuanya berubah dengan pantas. Dah 10-tahun Richworks menjadi perintis dan pencetus revolusi kejayaan usahawan terutamanya di kalangan bangsa Melayu adalah sesuatu yang kami banggakan dan syukuri. Meninjau deretan-deretan billboard jenama-jenama produk atau perkhidmatan keluaran usahawan-usahawan Melayu yang samada lahir suci dari program-program kami atau melonjak naik selepas hadir ke mana-mana program latihan dan mentoring kami selama ini adalah perasaan bahagia yang sukar dibayangkan.

3. 10-tahun Richworks. Ia umpama lahir 10 tahun lalu sebagai bayi dan kini memasuki tahun 4 sekolah rendah. Alhamdulillah, ia sebuah perjalanan turun naik yang indah, berliku tetapi priceless.

4. Kita tidak akan tahu impak atau kesannya apa yang kita lakukan selain daripada selepas menerima maklumbalas dari orang lain. Minggu ini sahaja, 3 maklumbalas yang saya dapat dari “strangers” yang agak terkesan di hati saya.

5. Bayangkan seseorang yang baru dilantik menjadi Menteri di dalam kerajaan baru Malaysia mengundang saya ke pejabat beliau pada hari Isnin lepas untuk meminta saya terlibat di dalam kumpulan yang bakal berbincang dan memberikan cadangan tentang bagaimana saya boleh bantu usahawan-usahawan kecil dan sederhana untuk meningkatkan pendapatan mereka serta melonjakkan ekonomi industri keusahawanan di Malaysia.

6. Undangan ini bukanlah sesuatu yang saya jangkakan, tapi ia satu usaha yang sangat saya hargai kerana kerajaan baru sangat prihatin tentang pembangunan industri keusahawanan di Malaysia. Dari dulu hingga sekarang, kami sentiasa menyokong sebarang inisiatif dan usaha kerajaan yang sejajar dengan misi kami untuk menerajui bidang keusahawanan, pendidikan dan wealth creation bagi memastikan penguasaan ekonomi rakyat dan bangsa saya dapat dicapai.

7. Kami pernah terlibat dalam beberapa program yang dianjurkan oleh agensi kerajaan sebelum ini. Dan saya pernah dimaklumkan oleh orang penting di dalam ahli mesyuarat yang melibatkan agensi-agensi kerajaan berkaitan keusahawanan di mana mereka selalu menjadikan saya dan Richworks sebagai contoh kerana hasil kejayaan kami di dalam melahirkan berpuluh ribu usahawan Melayu yang berjaya tanpa bergantung kepada subsidi dan pinjaman pada awal memulakan bisnes. Alhamdulillah hasilnya saya lihat, mereka lebih bergiat berusaha untuk membantu usahawan dengan segala jenis pinjaman yang ada, cuma bagi saya, suntikan pinjaman dan modal tanpa disertai dengan ilmu bisnes yang benar-benar proven success hanya akan merosakkan usahawan itu sendiri. Ibarat kita beri anak kita duit sejak kecil sehingga dia dewasa dan mereka boleh pinjam duit dari kita bila-bila mereka nak, tetapi kita tidak berikan mereka the real business & marketing knowledge untuk mereka bina bisnes mereka dengan sebenar.

8. Pendekatan melalui penerapan pemikiran keusahawanan dan penyemaian budaya keusahawanan menerusi platform pendidikan adalah penting untuk tingkatkan minat usahawan dan untuk bantu mereka dalam menghadapi cabaran membina perniagaan secara konsisten untuk jangka masa panjang hingga mereka berpotensi menjejaki ke tahap global. Saya sentiasa mengajar bangsa saya untuk independent berniaga serta tidak bergantung dengan bantuan kerajaan untuk memberi modal dan dana. Kenapa? Mereka USAHA-WAN. Mereka sepatutnya diajar dan dibimbing untuk membina bisnes mereka dan tingkatkan jualan mereka dengan pelbagai strategi dengan meletakkan mentaliti bagaimana membinanya tanpa perlukan pinjaman dan subsidi sehinggalah pada tahap growing nanti.

9. Apabila YB Menteri mengundang saya ke pejabatnya untuk bertanya tentang bagaimana saya boleh bantu lebih ramai usahawan dan peniaga, perkara pertama yang saya ingin tahu ialah – Kenapa saya? Dan maklumbalas beliau merupakan sesuatu yang di luar jangkaan dan ia sesuatu yang saya ingin bertanya jika bukan YB Menteri tersebut yang menyatakan terlebih dahulu. Beliau menyebut tentang seseorang ahli keluarga beliau yang merupakan anak didik saya. Beliau melihat bagaimana orang ini memulakan bisnes dari kosong membuat keropok menguli dengan tangan sambil menghadiri program-program Richworks 5-6 tahun lepas secara taksubnya belajar dan kemudian mengaplikasikan ilmu-ilmu bisnes yang dipelajari sehingga hari ini, dan kini mampu memiliki kilang dan mesin pembuatan keropok dengan packaging yang cantik serta diedarkan bukan hanya di Malaysia tetapi sehingga pasaran eksport. Menyaksikan pula di hadapan mata bagaimana seorang rakan yang beliau kenali berjaya merubah kehidupan keluarga yang asalnya susah, tiada apa-apa dan bisnes tidak tentu hala sehingga dalam tempoh beberapa tahun ini mampu menyediakan rumah baru untuk keluarga mereka serta bisnes melonjak berkali-ganda. Itu semua merupakan testimoni di hadapan mata, sebut YB Menteri.

10. Maklumbalas kedua saya dapat daripada seorang lagi “stranger”. Beliau seorang peguam yang berjaya tetapi tidak pernah hadir ke mana-mana program kami. Tetapi beliau menyebut dengan wajah serius melihat mata saya tentang apakah impak yang Richworks dan saya berikan sejak 10 tahun lepas menjadi syarikat yang terlibat secara besar-besaran di dalam membimbing beratus ribu orang kita untuk mula berfikir dan bertindak untuk upgrade kehidupan dan kewangan dengan memulakan perniagaan. Beliau menyebut tentang dahulu pada era sebelum ada Richworks, tidak ramai usahawan kecil Melayu yang mampu menjadi besar dan berjaya dan tidak ramai orang Melayu yang berniaga dibandingkan dengan sekarang kerana dahulu ramai orang Melayu tidak percaya yang mereka mampu berniaga dan boleh berjaya dalam perniagaan. Sehingga ada kata-kata yang menyebut, “Orang Melayu tidak boleh berniaga tak macam orang Cina!”, “Orang Melayu tidak ada darah bisnes!”, “Orang Melayu hanya boleh jadi kuli dan makan gaji dengan bangsa lain atau layak kerja kerajaan sahaja!” Dan semua kata-kata ini hari ini ternyata salah!

11. Ketika saya mendengar maklumbalas tersebut, hati saya kembang dan bersyukur. Rupanya ada juga orang nampak sedikit sebanyak perjuangan kami selama ini di dalam memartabatkan kekuatan ekonomi bangsa kami sendiri. Rupanya usaha kami di Richworks untuk membuka mata orang kita bagaimana untuk berniaga dengan berkongsi beratus video-video percuma (video-video kami telah ditonton sebanyak 40 juta views sehingga kini) atau melalui program-program latihan dan bimbingan berimpak tinggi 3-hari seperti Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK). IMKK merupakan sebuah program flagship Richworks yang telah diadakan sejak tahun 2010 dan telah dihadiri oleh hampir 100,000 orang peserta serta sentiasa penuh dengan beribu orang peserta yang hadir untuk mereka kenali, kuasai dan tingkatkan potensi diri, wang dan bisnes. Dan program ini hanya diadakan dalam setahun 1 atau 2 kali untuk 3-hari dari pagi hingga ke malam.

12. Maklumbalas terakhir yang saya dapat minggu ini adalah pada hari cuti – Hari Wesak. Maklumbalas ini saya dapat dari hasil pemerhatian saya. Kebetulan pada hari tersebut saya membawa isteri dan anak-anak saya untuk membeli sedikit pakaian untuk Hari Raya dan isteri saya mengajak saya ke sebuah kedai di kawasan Bandar Baru Bangi. Saya pun bersetuju dan ini merupakan pertama kali saya ke kawasan perniagaan tersebut. Apa yang memeranjatkan saya ialah seluruh kawasan bisnes ini sesak dengan manusia pada awal pagi kedai dibuka lagi ialah mungkin ini peluang mereka membeli pakaian untuk Hari Raya. Tetapi apa yang membanggakan ialah bila saya melihat deretan jenama-jenama kedai di kawasan tersebut yang majoritinya adalah kedai milik usahawan-usahawan anak didik saya yang pernah saya jumpa di dalam kelas-kelas saya atau di bawah mentoring usahawan Titanium Circle saya.

Mendapat maklumbalas yang positif dari orang lain yang tidak pernah hadir ke program kami serta melihat impak hasil usaha Richworks dengan izin Allah swt selama ini pada minggu kami menyambut Ulangtahun ke-10 hari ini adalah sesuatu yang membahagiakan. Dan saya rasa bersyukur kerana dipilih Allah swt melalui perjalanan ini dan didorongkan untuk lakukan usaha serta perjuangkan apa yang kami perjuangkan iaitu untuk membimbing lebih ramai anak bangsa serta rakyat Malaysia untuk memperbaiki tahap ekonomi dan kewangan keluarga mereka serta membantu lebih ramai membina bisnes yang lebih berjaya Insha Allah selain daripada mengembangkan Richworks di persada Asia dan dunia selepas ini.

Bagaimana kami dapat membantu lebih ramai orang? 3 perkara yang kami gariskan sebagai halatuju penting di dalam Richworks sehingga 2020. 

  1. Memberikan lebih banyak video-video bimbingan dan latihan secara percuma yang khususnya membantu dan menjawab persoalan-persoalan tentang bagaimana untuk tingkatkan tahap kewangan dan bisnes.
  2. Kami melabur dalam teknologi digital terkini dan telah melancarkan portal latihan dan bimbingan dalam talian melalui RichworksAcademy.com di mana ia merupakan platform untuk anda belajar di mana sahaja di dunia asalkan anda ada akses kepada Internet semudah di tapak tangan anda.
  3. Menyediakan lebih banyak program-program bimbingan keusahawanan secara live seminar atau dalam talian yang akan dibimbing oleh usahawan dan jutawan-jutawan industri terutamanya dari kalangan anak didik kami yang terhasil dari program-program kami selama ini supaya anda dapat dibimbing oleh the real industry player semuanya di bawah satu payung iaitu Richworks International. Ini akan mempercepatkan proses bimbingan kejayaan perniagaan anda.

Dan sempena ulangtahun Richworks yang ke-10 minggu ini, kami ingin memberikan peluang kepada anda atau sesiapa yang ingin dibimbing di dalam melonjakkan potensi diri, wang dan bisnes anda ke tahap yang lebih tinggi.

Jika anda kenal sesiapa yang benar-benar mahu merubah nasib keluarga, kewangan dan bisnes, anda mahu pastikan mereka tidak terlepas tawaran ini.

SempenaUlangtahun Richworks yang ke-10, kami mahu berikan 10,000 tiket seat Generalyang paling belakang ditawarkan untuk anda hadir ke program IMKK pada 2-4 November 2018 nanti. Ia *Percuma (Percuma tanpa yuran RM997:Anda hanya perlu bayar RM97/seorang untuk kos workbook.)

Tawaran ini sepatutnya dilancarkan pada 2 Jun 2018 pada hari Majlis Ulangtahun Richworks International yang ke-10 tahun, tetapi kami telah membuat keputusan untuk membuka tawaran ini sekarang dan selagi masih ada. Tawaran ini akan ditutup pada bila-bila masa.

Nak? Bertindak sekarang dengan layari www.IMKK2018.com. Selagi tiket masih ada.

Terima kasih di atas setiap doa, sokongan, kritikan dan maklumbalas anda selama ini. Doakan kami dapat terus memberikan bimbingan kepada ramai rakyat Malaysia dan dapat membantu lebih ramai di seluruh Asia selepas ini Insha Allah.

Doakan saya sihat walafiat juga ya.

Salam sayang,

 

Dr Hj Azizan Osman

Founder & Executive Chairman 

Richworks International Sdn Bhd

 

Montage IMKK November 2018 – Kebahagiaan

oleh Team Richworks pada 22 May 2018

Kesedihan, kesengsaraan, penderitaan dan keperitan.. itu lumrah kehidupan.

Setiap perkara yang berlaku pada kita ada kunci untuk kita ubah segalanya. Apa kunci yang perlu kita cari? Di mana? Apa kebahagiaan yang kita mahukan?

Siapa yang nak ubah hidup, ubah diri? Siapa yang tercari-cari jalan keluar? Semua jawapan ada di Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK).

 

 
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start