Gong Xi Fa Cai

oleh Team Richworks pada 31 January 2017

gong-xi

Gōng Xǐ Fā Cái pada semua yang menyambut Tahun Baru Cina! Semoga anda dilimpahi kekayaan dan kejayaan yang banyak Tahun Baru ini!

 Wah kehangatan dan kemeriahan Tahun Baru Cina sudah terasa! Sana sini buah limau. Meh kita share sikit kenapa buah limau atau tangerine jadi trademark Chinese New Year?

 Nak tahu tak persamaan kata atau bunyi antara limau mandarin – jú zi (jú disebut seperti bunyi jí yang membawa maksud tuah). Ini lah sebenarnya yang jadikan buah limau ni sangat sinonim dengan Tahun Baru Cina, semenjak zaman dahulu lagi.

 Juga warnanya yang terang (jingga terang) menyamai warna duit emas zaman dulu-dulu! Dulu kan guna emas, tembaga, syiling untuk duit. Kertas ada, tapi kalau kita tengok cerita-cerita Cina tu kan duit emas lagi bernilai? Lagi pula,vibrant colour tu disamakan sebagai membawa rezeki! Ha begitu lah symbolism warna limau dengan duit.

 Eh, dah jadi macam kaunter informasi pula. Taklah, cuma nak berkongsi sejarah je sedikit sebanyak. Limau juga selalu dihadiahkan pada jiran, teman, keluarga dan tetamu sebagai simbolik ‘semoga anda juga kaya dan berjaya’! Wah kena juga ya tagline kami ni? Baiklah, walau sedikit je info ni, moga ia jadi asbab untuk anda, anak murid dan peserta program Richworks yang menyambut Tahun Baru Cina ni! Dan selamat bercuti rehat untuk warga yang berlainan bangsa juga.

 Apa-apa pun, sempena Tahun Baru Cina ini, kami di Richworks Group of Companies dengan besar hatinya mendoakan agar kekayaan dan kejayaan anda semua terus bertambah dan berkembang saban tahun!

 

 

Status Artis Tak Bermakna Jual Apa Pun Akan Laris. Zain Saidin, Belajar Sesuatu Yang Besar Dari IMKK.

oleh Team Richworks pada 24 January 2017

zain-saidin-belajar-sesuatu-dari-imkk

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Artis, apa sahaja yang dipegang pasti akan laku. Betul ke?

Ini kisah Zain Saidin, pelakon terkenal yang juga kini pemilik butik kasut Zapatos by Zain Saidin yang terletak di USJ Taipan, Subang Jaya.

Zain, seperti orang lain juga berimpian nak buat sesuatu yang lebih baik dalam hidupnya.  Beliau tahu berniaga itu dapat berikan beliau sesuatu.  Dan, sebagai selebriti beliau yakin, apa sahaja yang beliau jual pasti akan laris.

Rupa-rupanya tidak.  Berniaga tidak cukup dengan menggunakan status selebriti.  Status artis tak janjikan perniagaannya laris.  Lalu, atas desakan isteri tercinta- Che Ta, Zain hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK).

Sebenarnya, ini bukan saja berlaku kat Zain Saidin.  Ini berlaku kepada ramai peserta yang hadir ke IMKK.  Datang dengan rasa ‘aku dah tahu semua,’ tapi bila dah masuk kelas baru tahu…kita ni kerdil sahaja, ada banyak lagi ilmu yang kita tak tahu.

Zain mula belajar banyak perkara di IMKK. Dari situ, beliau mula hadir ke Program Richworks yang lain dan turut menyertai kumpulan khas yang digelar Titanium.  Menurut Zain, dia mula belajar untuk buang ego di IMKK, untuk rendahkan hati dan lebih kan sujud kepada Allah.  Kini, sales kasut Zapatosnya pun dah kian meningkat.  Kerjaya sebagai selebriti masih terus berjalan.  Kan best?

Anda tonton sendiri perkongsian dari Zain Saidin.

Apa Program IMKK ni?  Kelas agama ke?

IMKK bukan kelas agama, bukan juga kursus motivasi dan bukan juga kursus kahwin!  IMKK juga bukan kelas ajaran sesat.

Ia hanyalah sebuah program yang dah bantu ramai orang untuk lebih kenali kemampuan diri sendiri, kenali apa lagi kejayaan yang kita boleh capai dan cipta.  IMKK adalah program yang beri peluang untuk kita sedar siapa kita sebenarnya.

Ramai orang nakkan kekayaan, kejayaan, kebahagiaan, kesihatan dan keberkatan, tapi tak tahu macam mana nak dapatkan semuanya.  Di IMKK, Dr Azizan Osman akan berkongsi ilmu dan pengalaman serta formula yang dah bantu ramai peserta program Richworks mencapai kesemuanya, InsyaAllah.

Kebanyakan orang nak ubah tahap kewangan dan kebahagiaan diri sendiri dan keluarga ‘kan?  Tapi berapa ramai yang tahu bagaimana nak dapatkannya?  Kalau ada orang yang dah capai, adakah dia sudi kongsikan dan bantu kita untuk juga berjaya tingkatkan tahap kebahagiaan dan kewangan?

mmm-likas-content-v2

Betul kan…ramai orang sibuk membina kejayaan sendiri sehingga tak ada masa nak bantu orang lain untuk sama-sama berjaya.

Dan kerana itulah Dr Azizan Osman bersama Richworks dah adakan Program IMKK ini semenjak tahun 2010.  Kerana, Dr Azizan sendiri pernah berusaha nak tahu bagaimana orang boleh berjaya, dan bila beliau tanya kepada 3 jutawan yang beliau jumpa, semuanya tak ada masa dan tak mahu berkongsi ilmu dengan beliau.  Saat itu beliau berazam, bila dah berjaya nanti, beliau mahu kongsikan ilmu kejayaan beliau dengan orang lain supaya lebih ramai orang akan berjaya.

Tahniah untuk anda yang membaca email ini sehingga habis.

Tiket ke Program IMKK dengan harga tawaran istimewa RM197/tiket masih berbaki beberapa puluh keping lagi.  Harga asalnya ialah RM997/tiket, rugi jika tak ambil peluang ini sekarang.

Layari www.azizanosman.com/imkk. Ops! lupa. Beli sekarang dan dapatkan 1 lagi tiket PERCUMA so, boleh pergi IMKK dengan orang tersayang. Anda pasti sukakannya nanti.

Kami nak tutup dah tawaran ini bila-bila masa.  So, jangan lepaskannya.

 

Bagaimana Anda Nak jadikan Tahun 2017 Lebih ‘Best’ ?

oleh Team Richworks pada 13 January 2017

Anda nak tak jadikan tahun 2017 lebih baik? Tahun di mana anda boleh ubah dan perbaiki tahap kebahagiaan dan kewangan hidup anda? Tahun kejayaan anda, dan anda boleh raikannya bersama keluarga dan orang yang anda sayang?

Tapi, macam mana? Dah banyak tahun mencuba tapi tak berhasil. Dah nak ‘give-up’ pun ada.

Betul, ramai yang rasa seperti itu, tapi semuanya sebab anda tak tahu lagi apa sebenarnya kuasa dan kemampuan diri dan bagaimana nak gunakannya untuk ubah tahap kebahagiaan dan kewangan ke arah lebih baik.

Semua orang ada kemampuan diri yang hebat, cuma kita tak tahu bagaimana nak keluarkannya dan kita asyik biarkan diri tenggelam dengan perkara negatif di sekeliling kita.

Anda tonton video ini sekrang untuk lebih faham.

 

Jika anda dah lama tunggu untuk hadir ke Program IMKK, jika anda teringin dan hadir sekali lagi dan mungkin kali ini nak bawa orang tersayang dan orang yang penting dalam hidup anda, anda perlu rebut tawaran Tiket Percuma ke Program IMKK KL pada 24-26 Februari di Menara PGRM, Cheras Kuala Lumpur atau Program IMKK Borneo pada 3-5 Mac di The Klagan Regency Hotel, 1 Borneo Kota Kinabalu.

Untuk merebut peluang yang sangat istimewa ini, anda perlu mendaftarkan nama anda di azizanosman.com/imkk/ dan nantikan email pelancaran Tawaran Istimewa dari kami pada 16 Januari 2017 (Isnin) pukul 12.00 tengahari.

Ini tawaran istimewa, jangan lepaskannya.

 

Team Richworks

 

 

 

 

Beretika

oleh Team Richworks pada 30 December 2016

beretika-header

#Tips4marketing

Apa pandangan anda bila anda lihat orang-orang tak beretika disekeliling anda? Mesti rasa macam nak bagi nasihat je kan? Sebelum anda bagi nasihat pada orang lain, anda sendiri dah beretika ke belum? Anda tahu, bila anda sedang berkerja tak kira lah berniaga ke, kerja makan gaji ke atau kerja sendirian berhad ke, anda mesti beretika.

Etika ini penting sebab anda sedang berurusan dengan seseorang terutama dalam bidang perniagaan. Tidak kiralah mereka adalah supplier, client atau pekerja anda sendiri. Ada etika yang perlu anda turuti.

1 Etika jumpa client

Ketika berurusan dengan client, anda harus membuat mereka selesa ketika bersama anda. Ketika mula-mula berjumpa, mestilah akan ada perasaan janggal. Anda harus atasi dengan memulakan perbualan yang ringan seperti tanya khabar mereka, bila mereka sampai dan selainnya. Selepas itu, barulah anda mulakan tujuan anda. Untuk elakkan berasa tidak selesa, anda boleh adakan pertemuan yang tidak formal seperti di restoran.

2 Etika jumpa supplier

Supplier adalah orang penting yang membekalkan bekalan asas produk anda. Jika anda bijak berurusan dengan mereka, banyak manfaat yang anda akan dapat seperti harga bekalan yang murah dan mendapat penajaan. Ketika anda ada appointment dengan supplier, buat persediaan dengan sampai awal. Berikan senyuman anda yang paling manis dan buang rasa malu dan janggal. Anggap mereka kawan anda yang sudah lama tak berjumpa.

3 Etika berpakaian

Ramai peniaga yang memandang remeh hal pakaian. Mereka pakai ikut suka hati je, asal selesa. Anda juga harus fikir keselesaan orang yang berurusan dengan anda. Tengok gaya pemakaian mereka ketika berjumpa dengan anda. Adakah ia menggambarkan kerjaya mereka seorang usahawan yang berjaya? Elakkan dari memakai sandal dan baju t-shirt ketika berurusan dalam hal bisnes. Anda tahu, apa yang anda cakap, buat, rasa, fikir adalah menggambarkan diri anda sendiri?

4 Etika jawab panggilan

Panggilan telefon memainkan peranan yang penting dalam operasi harian. Kerja anda lagi cepat, mudah dan jelas dengan hanya satu panggilan telefon. Anda boleh sampaikan tujuan dan hajat secara jelas dan mudah difahami. Bila seseorang call anda, SILA jawab dengan pantas, JANGAN biarkan ia berdering terlalu lama. Jika anda tak dapat jawab panggilan tersebut, ambil nota atau pass pada pihak yang berkenaan, faham faham?

5 Etika balas emel, PM atau Whassap

Ini merupakan satu lagi masalah bila anda berniaga dan dah terima banyak order sampai tak menang tangan. Kadang-kadang sampai tak sempat nak balas Whassap, PM dan emel pelanggan, betu? Siapa yang pernah terjadi pada dia, say I! Macam mana sibuk pun anda, permintaan pelanggan harus diutamakan. Apa akan jadi jika pelanggan boikot anda hanya kerana anda lambat response? Jika anda tak dapat nak balas, gajikan pekerja yang boleh membantu anda, boleh?

Semoga dengan perkongsian etika-etika ini, ia boleh memantapkan lagi bisnes anda. Lagi bagus jika anda praktikkan dalam perniagaan anda bagi membaiki mana-mana yang patut. Sekiranya anda rasa perkongsian ini terlalu sedikit, apa kata anda hadir ke Program Millionaire Marketing Mastery (MMM).

Jangan risau, ada lebih 200 teknik pemasaran yang akan anda belajar secara live dari Dr Azizan Osman. Jangan sampai anda tak tahu nak pilih yang mana, betul?

Untuk perolehi teknik-teknik pemasaran ini, anda boleh mendaftar dan hadir ke Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) Borneo, akan datang .

Layari www.marketingmastery.com.my/borneo atau PM kami segera. Anda juga boleh hubungi/whatssap kami di 016-210 3090 / 016-261 4439, untuk maklumat lanjut

#TeamAzizan

 

Gunakan Viral Marketing

oleh Team Richworks pada 30 December 2016

viral-header

#Tips4marketing

Apa benda lah viral marketing ‘ni? Macam best je, tapi OK ke?
Apa yang anda tahu tentang viral marketing dalam bisnes? Pernah tak bila anda buka media sosial, ada perniagaan yang viral kerana bisnes marketing mereka yang unik?

Anda nak tahu tak? Perangai manusia ini boleh berjangkit. Contoh, jika sekarang orang pakai tudung Pucci, semua lah juga nak Pucci. Ada juga orang mengviralkan sesuatu dengan cara yang salah, ini ada bagus dan tak bagusnya.

Every publicity is a good publicity – Jadi pandai-pandailah anda nak viralkan apa benda dalam bisnes anda.

5 Kelebihan viral marketing:

1. Menjimatkan kos

Apabila anda viralkan bisnes anda dengan cara yang unik, secara tak langsung akan menjimatkan kos pemasaran. Sekarang, bukan susah untuk viralkan bisnes anda kerana ada banyak page yang menawarkan khidmat ini. Selain itu, anda boleh minta kawan-kawan kongsikan dalam media sosial mereka. Jika benda yang anda lakukan itu lain dari yang lain, dan menawarkan pula harga yang berbaloi, siapa yang tak mahu beli. Yang penting anda perlu tahu apa yang nak diviralkan.

2. Cepat berkembang

Anda perasan tak, bila sesuatu bisnes itu viral di media sosial, perniagaan mereka akan cepat dikenali dan pelanggan juga akan bertambah. Ini kerana, setiap manusia ada perasaan ingin tahu dan ingin mencuba benda baru. Dengan viral marketing, bisnes anda akan berkembang sehingga anda sendiri tak akan jangkakannya.

3. Menambah pelanggan

Kadang-kadang, bukan anda sendiri yang viralkan bisnes anda, tapi orang-orang disekeliling anda, betul? Siapa setuju say I! Siapa yang tak teruja, dengan ekonomi yang tak menentu, tiba-tiba anda jual produk anda lebih murah dari orang lain, pasti viral betul? Bukan itu sahaja, jika dulu hanya pelanggan yang berdekatan anda tahu bisnes anda, tapi bila dah viral, anda akan dapat pelanggan baru yang datang dari merata tempat.

4. Meningkatkan kredibiliti

Sekiranya bisnes anda dah meningkat, dah dikenali, menerima kepercayaan dari pelanggan dan terima banyak tempahan dari pelanggan, tunjukkan kredibiliti anda sebagai peniaga. Jangan pula anda jadi kacang lupakan kulit, bila bisnes dah maju, mulalah anda nak naikkan harga barangan dan kualiti produk anda juga menurun. Tingkatkan kualiti produk dan servis bisnes anda dengan lebih efisien.

5. Kadar response yang tinggi

Anda tahu, bila anda gunakan kaedah promosi yang biasa, ia akan mengambil masa untuk dapatkan response dari pelanggan. Tapi bila anda gunakan viral marketing, ia akan jadi semakin cepat. Kerana, anda tahukan fungsi ‘like dan share’ di media sosial? Ia akan viral bila bisnes anda dapat banyak ‘like dan share’ di media sosial. Sebab itu ia dipanggil viral marketing.

 

3 Strategi Jadikan Starbucks Jutawan

oleh Team Richworks pada 19 December 2016

3-strategi-jutawan-starbuck-emailv2

Starbucks merupakan jenama kopi yang tidak asing lagi di negara ini. Memiliki lebih dari 21,000 kedai di 65 buah negara seluruh dunia, ia merupakan syarikat kopi paling pantas berkembang di Amerika Syarikat. Jika anda lihat, jenama STARBUCKS itu sendiri sudah melambangkan kekayaan dan kemajuan serta populariti.

Star (Bintang) dan Bucks (Bahasa pasar untuk duit bagi kawasan-kawasan di Amerika Utara / Australia dan New Zealand) melambangkan bahawa jenama ini suatu hari nanti bakal masyhur di seluruh dunia. Namun, di sebalik strategi penjenamaan, terdapat 3 lagi strategi tersirat yang digunakan oleh Starbucks yang membuatkan rating dan nama syarikat mereka terus meningkat dan meniti di bibir pelanggan sehingga ke hari ini.

Strategi #1 : Tanya Soalan Kepada Pelanggan

a) Jika anda pernah datang ke Starbucks, anda mungkin perasan pekerjanya akan ramah bertanya soalan seperti “Boleh saya bantu?” dan “Apa yang Tuan/Puan carikan?”

b) Soalan yang diajukan ini sangat biasa didengari, tetapi inilah soalan ‘killer’ dan paling efektif untuk mengikat hati pelanggan selain daripada membantu mereka  membuat keputusan membeli.

Strategi #2 : Bertanggungjawab

a) Pernah tak order anda silap di Starbucks? Jika ya, apakah yang terjadi selanjutnya?

b) Apa yang terjadi adalah, anda menerima air yang baru mengikut order anda serta merta tanpa sebarang soalan.

c) Pekerja Starbucks telah dilatih untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan bertanggungjawab kepada pelanggannya.

Strategi #3 : Menyesuaikan Bisnes Mengikut Wilayah

a) Starbucks sangat bagus menyesuaikan bisnes mengikut suasana persekitaran tempatan.

b) Strategi ini akan membuatkan pelanggan rasa lebih selesa dan tidak berasa janggal untuk berbelanja di situ.

c) Sebagai contoh, Starbucks di California nampak sangat berbeza dengan Starbucks yang ada di Malaysia.

d) Starbucks memberi gambaran bahawa ia adalah lebih baik menjadikan bisnes seperti ianya jenama tempatan berbanding jenama antarabangsa – barulah dekat di hati pelanggan.

“Gunakan Strategi Starbucks Dalam Bisnes”

Apa yang anda boleh pelajari dari strategi Starbucks ini?

1. Malu bertanya, bisnes tak jalan. Nak tahu isi hati pelanggan, kena tanya mereka.

2. Mula cucuk jarum. Bila dah tahu apa yang pelanggan inginkan, bantu mereka dengan cara memperkenalkan produk anda. Ceritakan manfaat yang mereka boleh dapat dari produk anda.

3. Be a man! Kena ada rasa tanggungjawab. Tunjukkan dan sebarkan bagaimana bisnes anda mempunyai sifat tanggungjawab terhadap pelanggan. Sebagai contoh, “Jaminan wang dikembalikan,” “Jika rosak, kami ganti yang baru” dan sebagainya.

4. Blend in. Ala-ala macam sesumpah (jangan sampai kena sumpah, sudah). Sesuaikan bisnes mengikut suasana persekitaran.

5. Be No.#1. Jadikan bisnes anda sebagai bisnes pilihan tempatan. Kuasai pasaran tempatan.

 

“Dari Pergi Sale, Baik Belajar Buat Sale!

oleh Team Richworks pada 07 December 2016

link-post-imkkborneo-dis-2016

“Ya Allah, Lindungilah aku dan duitku dari penangan jualan akhir tahun yang menggila ini. Amin!”

Rasa kelakar? Nampak lucu? Tapi itulah yang mungkin sedang meniti di bibir para wanita, anak muda, lelaki dan semua di luar sana. Kedatangan Disember saban tahun memang mengerikan bagi mereka yang sering tewas dalam pujukan dan rayuan papan tanda harga di setiap ceruk pasaraya. Lagi haru jika mereka punya anak-anak yang sudah pandai minta itu ini. Bagi yang tak sedar diri, habis wang dibelanjakan hinggakan sesak dada nak tunggu bulan hadapan.

Bukan nak kata tak boleh nak shopping, tak boleh nak reward diri, tapi pilih-pilih lah sedikit. Pilihan di tangan anda. Nak yang bermanfaat dan diperlukan atau sekadar hiasan di mata rakan?

Untuk elakkan anda dari terjebak dengan ‘sales madness’ bagai tsunami ni, apa kata anda hadiahkan diri anda dengan sesuatu yang lebih praktikal, lebih baik dan lebih nilai? Sesuatu yang boleh anda gunakan hatta beribu kali berjuta waktu pun, ianya masih relevan dan tak ketinggalan zaman?

Cepat cepat! Masa dah tak banyak untuk kami bebelkan panjang-panjang. Datang saja ke The Klagan Regency Hotel, Kota Kinabalu Sabah pada 24 – 26 Disember 2016 ini dan sertai kami bagi Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang super awesome, super bermanfaat dan anda pun terselamat dari bahang sales sempena sambutan Christmas dan tahun baru yang mungkin, boleh buat mata anda berpinar dek poket yang makin menipis.

Perkara yang baik, tak baik disembunyikan. Apa kata bawa rakan, teman dan keluarga anda ke Program kami, dan alami detik-detik permulaan ‘turning point’ hidup anda. Dari seorang yang mungkin suka boros sana sini, kepada seorang yang hebat membina duit. Dare to lose something to gain something better?

InsyaAllah tak rugi. Malah boleh buat poket anda sentiasa kembung berisi nanti. Jangan lupa, kosongkan jadual anda. Lebih baik ‘dating’ di program IMKK, dapat ilmu duit, dari ‘dating’ di shopping malls, habis keluar semua duit!

Macam mana nak daftar? Senang saja, semua di hujung jari. Layari www.azizanosman/imkk/borneo untuk menempah tempat duduk, atau hubungi saja hotline kami, 1300 88 2424 sepanjang waktu pejabat untuk info lanjut.

Jaga-jaga duit anda! Salam kejayaan buat semua.

 

Diari Hidup Saya 2016 & 2017 – Sedekah

oleh Team Richworks pada 07 December 2016

diari-hidup-saya-sedekah

Sikit jer lagi tahun 2016 dah nak habis…

Guru saya pernah beritahu, sentiasa buat “cek diri” apa yang kita buat terdahulu untuk memperbaikinya di tahun hadapan.

Saya pun mengambil pen dan kertas. Ditulis semua aktiviti-aktiviti yang pernah saya lakukan di sepanjang tahun 2016 di atas kertas. Alhamdulillah… banyak aktiviti yang bermanfaat berjaya saya lakukan di tahun ini.

Dari list yang ditulis, mata saya melirik kepada perkataan “sedekah”. Dilihat sedekah yang saya buat semakin meningkat dari tahun ke tahun… alhamdulillah. Teringat kata-kata guruku, “Salah satu cara paling berkesan untuk mencapai kejayaan hidup adalah melalui sedekah. Lagi banyak kamu memberi, lagi banyak kamu akan menerima.”

Apabila kita bersedekah, manfaat sedekah itu bukan untuk orang yang menerimanya sahaja, tetapi ianya adalah untuk diri kita juga. Manfaat yang dibalas oleh Tuhan adalah berkali ganda dari apa yang kita sedekah, ianya boleh jadi dalam bentuk rahmat, maghfirah dan barakah-NYA dalam kehidupan.

Jika kamu berbuat baik, sebenarnya kamu sedang berbuat baik terhadap diri sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri juga.’

(Surah al-Isra’, ayat 7)

Pernahkah anda melawati tempat rawatan khas bagi orang-orang yang menghidapi masalah “cacat kekal?” Jika anda diberi peluang, saya cadangkan anda ziarah tempat ini. Kuatkan hati dan cekalkan jiwa, sampai di sana cuba anda lihat keadaan mereka yang mengalami masalah cacat kekal. Bandingkan keadaan mereka dengan diri anda, apakah perbezaan dan persamaan yang anda dapat dari perbandingan ini?

Jangan ceritakan perbandingan ini dengan orang lain, ceritakannya kepada diri sendiri. Ini merupakan cerita saya kepada diri sendiri;

Ya Allah… aku rasa malu dengan diriku. Allah telah pinjamkan tubuh yang lengkap dan sihat kepadaku sedangkan ada orang yang lain hanya mampu terlantar baring di atas katil sahaja. Mereka bukan saja-saja baring di katil, mereka mempunyai kesukaran dalam menggerakkan tubuh mereka, sedangkan aku suka-suka menggerakkan tubuhku ke jalan yang salah. Ya Allah… apakah yang aku telah lakukan selama ini, cukupkah kebaikan yang telah dilakukan selama ini, cukupkah sumbangan yang telah dilakukan selama ini. Aku malu denganmu ya Allah.”

Ini merupakan ayat yang saya ceritakan pada diri sendiri sewaktu menziarahi pusat rawatan khas orang cacat kekal. Tanpa saya sedari, air mata saya menitis dengan sendirinya.

Saya tidak mahu hanya menitiskan air mata sahaja, saya mahu bertindak sesuatu ke atasnya. Saya tahu yang saya tak mampu mengubati mereka yang istimewa ini, tapi saya tahu saya mampu membantu mereka dengan memberi sumbangan yang ada. Saya harap dengan sumbangan yang diberi dapat membantu mereka sedikit di dalam kehidupan.

Terlalu banyak sumbangan dan sedekah yang kita boleh berikan. Banyak agensi badan-badan kebajikan yang masih memerlukan sumbangan dari kita. Kita hanya perlu ringankan tulang membantu mereka.

Percayalah setiap sedekah yang kita berikan akan memberikan manfaat besar ke atas diri kita. Kalau kita betul-betul amati pengertian ‘makna sedekah’ yang sebenar, pasti kita akan menitiskan air mata.

Ini adalah diari hidup saya, dan saya mendoakan agar saya dan anda dapat diberi peluang untuk melakukan lebih banyak sedekah di tahun hadapan, 2017.

 

Yang Lama Tak Hilang, Yang Baru Menderu Datang

oleh Team Richworks pada 07 December 2016

blog-datang-baru

Ibarat macam yang dikejar kita dapat, yang dikendong tak tercicir. Tak faham? Gegar sikit minda anda. Ini strategi tiptop meletop kalau pandai guna. Strategi ini amat sesuai bagi bisnes yang sudah mempunyai pelanggan. Minta tolong pelanggan anda untuk tarik pelanggan baru. Bagaimana? Minta mereka dedahkan diri mereka. Expose. Nak minta kena ada caranya:

1. Berhubung
Hubungi pelanggan sedia ada. Gunakan Whatsapp, SMS, emel atau Facebook untuk hubungi mereka.

2. Bertanya
Tanya pelanggan. Apakah perasaan dan kesan positif yang mereka alami setelah menggunakan produk bisnes anda.

3. Meminta Izin
Setelah dapat jawapan, minta izin pelanggan untuk gunakan perkongsian mereka sebagai bahan hebahan dalam kempen-kempen pemasaran bisnes.

4. Menghargai
Sebagai tanda terima kasih, berikan pelanggan hadiah saguhati kerana sanggup dedahkan diri untuk bisnes anda. Berikan hadiah percuma, kupon diskaun, cenderamata atau apa sahaja yang boleh membuatkan mereka gembira untuk berkongsi lagi di masa akan datang.

Gunakan perkongsian mereka ini dengan cara sebarkannya ke Facebook, Instagram, website, blog, flyer, poster, banner, bunting, majalah dan surat khabar.

*Jangan tak tahu, ini juga cara nak ikat pelanggan lama jadi setia, follow-up tanda anda kisah dengan mereka.

Strategi ini mampu meningkatkan:

  1. Keyakinan pelanggan – terutamanya pelanggan baru terhadap produk bisnes.
  2. Kepercayaan pelanggan terhadap jenama bisnes.
  3. Keuntungan bisnes.
  4. Tambahan pelanggan baru.
  5. Menukarkan pelanggan sedia ada kepada pelanggan setia.

Dan strategi ini juga membuatkan prospek anda rasa “geram” kalau tak dapat cuba produk bisnes anda.

 

Jangan Kerana Sayang Duit Seguni, Anda Hilang Duit Selori!

oleh Team Richworks pada 30 November 2016

hilang-duit-blog-azizan

 

Bisnes dan pemasaran. 2 benda yang kalau dipisah, bagai lagu tanpa irama. Namun jika tersalah gabungan, bagi lagu yang sumbang pula. Pokoknya, bisnes tanpa pemasaran yang betul, boleh jadi asbab pemilik perniagaan meroyan dek bisnes merudum, jualan tak ada.

Satu pesan keramat Dr Azizan Osman yang patut dipahat kemas dalam minda bakal jutawan semua,

“Turutan dan perancangan itu penting. Untuk dapatkan kepastian dalam bisnes, anda perlu tahu apa yang anda nak buat. Anda survey, faham dan nampak jalan dengan jelas. Anda tahu sistem sesuatu benda itu dah terbukti berjaya. Anda tawakal kepada Allah. Kunci bagi setiap orang yang berjaya ialah kepastian. Kepastian dan keyakinan dengan ILMU yang dipelajari.”

Penekanan tentang ilmu inilah yang mendorong kami di Richworks untuk turut sama berkongsi ilmu kepada bakal-bakal jutawan di luar sana membina empayar legasi perniagaan mereka melalui program Millionaire Marketing Mastery (MMM) saban bulan.

Perkongsian hebat dari Mentor Kejayaan No.1 di Asia ini banyak menyentuh mengenai teknik-teknik pemasaran yang boleh diaplikasikan dalam apa jua jenis perniagaan.

email-promo-mmm_dis2016

Mengapa bisnes anda wujud? Pernah anda tanyakan soalan ini pada diri anda? Persoalan inilah yang sebenarnya akan membuka jawapan kepada 1001 macam strategi pemasaran yang paling efektif dan berkesan untuk bisnes anda.

Anda punyai gelas yang separuh penuh. Alang-alang ada isi, baik anda penuhkan saja gelas anda dengan ilmu bermanfaat dari Dr Azizan Osman. Antara topik-topik menarik yang mampu buat anda ternganga ialah 7 cara mudah untuk jadi jutawan, 7 ayat keramat pelan pemasaran masteri, dan formula POWER yang memang tak disangkal kehebatannya.

Itu baru sedikit. Jangan sampai pengsan pula bila anda diajarkan dengan 200 teknik dan strategi pemasaran yang nampak mudah, tapi memberikan impak yang sangat-sangat besar.

 

Bagi yang baru bertatih dengan alam bisnes, jangan risau, mentor anda sedia membantu. Tip-tip penting sebelum atau semasa memulakan bisnes yang bakal dikongsi akan membantu anda dari segala sudut. Termasuklah dari sudut ‘nak pilih bisnes apa’!

Anda tak sabar nak ada ‘mesin buat duit’ anda sendiri? Teruja nak jadi peneraju industri? Bersemangat nak bina empayar? Eh, tapi bagaimana? Apa yang aku patut buat? Nah, semua jawapan ini anda boleh dapat di program MMM kami.

Nak jadi kaya, anda perlu bergerak. Move forward. Jangan duduk di takuk lama. Jangan kerana sayangkan duit seguni, hilang duit selori. Kami tak nak ganti! Lebih baik beri peluang pada diri anda untuk pelajari ilmu yang bakal merubah tahap kehidupan, bisnes dan kewangan anda.

Jumpa di MMM seterusnya!

 
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start