Macamana Saya Pilih Mentor Saya

oleh Team Richworks pada 02 September 2013

Mentor biznes saya antaranya ialah seorang cina yang tidak pernah masuk sekolah, hanya pandai tulis nama dia sendiri dalam tulisan cina dan seorang lagi mat salleh British yang kelulusan paling tinggi hanya O-Level. Persamaan kedua-duanya ialah Jutawan, mula dari kosong atau banyak masalah kewangan, keluarga bukan keluarga berniaga dan mereka benar-benar berniaga sehingga mempunyai perniagaan fizikal yang sangat berjaya. Ramai hari ini nak cari mentor tapi semborono, apatah lagi jika dalam bisnes. Jika anda nak jadi usahawan yang jutawan, takkan anda nak belajar dari orang yang kerja gomen tentang ilmu berniaga? Macam kelakar badak jer! Arwah ayah saya tidak akan boleh ajar saya jadi usahawan & jutawan, saya boleh belajar perkara lain yang berkaitan dengan falsafah hidup atau prinsip lain tapi bukan tentang usahawan dan topik kejutawanana; anda boleh belajar dengan sesiapa pun, tapi bagi saya, bukan semua orang saya nak duduk mengadap labur masa saya dan effort saya apatah lagi wang ringgit untuk ajar saya jadi berniaga atau menjadi usahawan yang berjaya, kita boleh dengar dari ramai orang tapi kita belum tentu boleh terima apa yang mereka cakap. Kerana orang yang bercakap dengan ada bukti kejayaan dalam bidang perniagaan sahaja yang saya nak dengar. Maaf cakap, ada nenek phd dalam business pun belum tentu pernah berniaga atau mampu pasarkan walau sebatang pen pun.

Sebab itu saya suka belajar dari Datuk Dr Maznah Hamid dan saya pernah duduk dalam kelas dia pada tahun 1992 ketika saya sedang belajar lagi, dia bukan setakat so-called motivator tetapi dia own business yang berjaya, security industry dan property development. Itu yang saya follow, hari ini Alhamdulillah saya own 4As accredited advertising & marketing media agency dan involved dalam bisnes ini sejak 2001 dan terlibat dengan projek pengiklanan dan pemasaran pelbagai syarikat dari Celcom ke TM, Maxis ke Digi, HSBC Bank ke SCB Bank, dari MAKNA ke WWF, Singtel dan starhub sehinggalh beribu brand SMEs sehingga hari ini. Syarikat kami accredited untuk mana-mana syarikat yang ingin melancarkan kempen pengiklanan & pemasaran di mana-mana media tv, akhbar, majalah, billboard, online dan segala bagai medium hatta di angkasa Malaysia melalui iklan di kapalterbang. Saya juga own events management company, IT solutions company, secretrial corporate services company, property investment holdings company, property development company dan ada lah sikit-sikit beberapa buah perniagaan lain termasuk sebuah syarikat Public Listed yang memiliki kilang GMP serta property project dengan nilai lebih RM6billion nilai projeknya.

Point saya apa? Cari Mentor yang terbukti berjaya, anda akan kepenatan satu hari nanti jika asyik tersilap pilih. Masa kita terhad, pilih yang telah terbukti berjaya. Setakat buka kelas dan nak ajar berniaga, ramai orang boleh buat, minta tunjuk mana bisnes mereka yang boleh dijadikan reference?

Next article, saya akan share apakah aspek ilmu keusahawan yang penting untuk dipelajari jika anda baru nak berniaga.

Siapa suka perkongsian ini dan nak baca lagi sambungannya,Like & komen “Saya suka ilmu berniaga”.

#DrAzizanOsman
P/S Pastikan anda telah daftar Klinik Usahawan & Pelaburan Bersama Dr Azizan Osman – Seminar Jutawan Industri 2013 secara percuma di JutawanIndustri.com (Yuran percuma bila daftar 3 nama satu kumpulan).

 

daftar-sekarang

 

Selawat Di Aidilfitri bersama Habib Syech Assegaf

oleh Team Richworks pada 23 August 2013

selawat di aidilfitri map-01

Selawat Di Aidilfitri bersama Habib Syech Assegaf.

Sabda Rasulullah S.A.W
“sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”
Selawat Di Aidilfitri bersama Habib Syech Assegaf.

Pada 25 Ogos 2013 (ahad) waktu 7 pm – 11 pm bertempat di Wisma Richworks, 74-79, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13, 40100 Shah Alam.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di 019/013-244 2244/ 013-244 2400. Anda dan seisi keluarga di jemput hadir ke wisma kami!

Download peta dalam format PDF dengan klik pautan di bawah, Terima kasih

peta-klik

 

Tundukkanlah hatimu….

oleh Team Richworks pada 20 June 2013

image

Alhamdulillah hari ini saya masih di USA untuk menuntut ilmu sambil melawat beberapa tempat di San Diego, Los Angeles dan Las Vegas.

Kelas saya masih belum habis dan meeting tentang buku bersama dengan Jay Abraham mudah-mudahan membuahkan hasil. Saya juga mendapat maklumat menarik tentang saya bakal berpeluang untuk bercakap di hadapan graduan sebuah universiti terkemuka di dunia di sini pada bulan November nanti Insha Allah. Universiti yang berjaya melahirkan beberapa billionnaire yang tidak habis belajar. I Like.

Sepanjang saya menghadiri pelbagai seminar, kursus dan berguru dengan pelbagai guru bertaraf antarabangsa dengan berbelanja bermula dari beratus dollar ke berpuluh ribu dollar sehingga ke beratus ribu dollar sejak saya muda seawal umur 18 tahun. Dari Bob Proctor ke Brian Tracy, Dari Tony Robbins ke Blair Singer dan Harv Eker, Dari Peter Lau ke James Greeves, Dari Yang terkenal ke yang tidak terkenal.p, dari guru bisnes ke guru kepimpinan, dari guru kerohanian ke guru amalan, dari guru luaran ke guru dalaman. Saya tidak pernah sekali menyalahkan mereka jika saya pernah gagal atau belum berjaya di dalam perjalanan saya mempraktiskan ilmu-ilmu mereka. Saya asalnya bukan berduit dan bukan berasal dari keluarga berduit. Tapi saya sedar, jika saya mahu merubah hidup saya, saya perlu belajar bukan dari mereka yang hanya pandai teori tetapi mereka yang telah terbukti berjaya. Saya perlu invest untuk belajar walaupun ianya tidak murah mengikut kemampuan saya ketika itu.

Antara apa yang saya belajar akhirnya selama ini adalah, apa yang mereka ajar sebenarnya:-
1- Kita jangan kurang ajar-
Ya, bila kita belajar, kita jangan bersikap kurang ajar. Hormati ilmu dan pengalaman mereka Mereka mengajar bukan kerana mereka ada Ph.D dari universiti tertua di dunia tetapi kerana mereka telah lalui jatuh bangun dalam bidang mereka dan mereka terbukti berjaya dan berjaya membantu ramai orang lain berjaya, walaupun ada juga yang belajar ilmu yang sama tetapi belum berjaya, bagi saya, itu sebenarnya masalah mereka sendiri.
2- Ikhlas menerima ilmu-
Ya, nak belajar, hati mesti bersedia menerima. Jika kita rasa pandai, then kenapa kita tidak berjaya lagi? Mesti ada sesuatu yang kita belum tahu atau belum lakukan!
3- Kita kena yakin dengan diri sendiri dan yakin kepada Maha Pencipta-
Ya, ada yang mengajar saya adalah bukan Islam dan ada yang muslim, tetapi saya dapati mereka mempunyai keyakinan yang tinggi kepada diri mereka sendiri dan mereka yakin dengan kuasa Tuhan! Kadang-kadang saya pun malu melihat segelintir muslim yang tidak yakin dengan kuasa Tuhan merubah hidup mereka dalam masa yang singkat. Apa yang kita percaya, itulah yang kita akan dapat!
4- Niat & Matlamat yang jelas dari mula-
Ya, Kuasa Niat dan matlamat di dalam setiap apa yang kita lakukan. Jangan berniaga jika niat kita hanya untuk kaya, tetapi niat kita sepatutnya sentiasa mahu gunakan kerjaya atau perniagaan kita untuk membantu menyelesaikan masalah ramai orang lain dan menambah nilai hidup orang lain. Insha Allah anda “terpaksa” jadi kaya bila masalah orang anda boleh selesaikan.
5- Positif atau bersangka baik-
Ya, Mat salleh guru saya semua cakap perkara ini dan guru mursyid saya pun cakap perkara ini. Tuhan mengikut sangkaan kita. Apa yang kita fikir, rasa, cakap dan lakukan adalah ibarat doa kepada Dia dan Dia Maha Memakbulkan doa hambaNya.
6-Jangan, Jangan, Jangan berputus ada dengan rahmat Allah swt dan terus berdoa serta ikhtiar.
7-Bantu orang lain untuk berjaya dan anda juga akan berjaya.
8-Bersedekah dan meyumbang kepada orang lain akan memudahkan doa anda makbul. Bila kita tunaikan harapan orang, Allah swt akan tunaikan harapan kita Insha Allah.
9-Perbaiki hubungan kita dengan Allah swt, dengan ibu bapa, adik beradik dan saudara mara
10-Sentiasa muhasabah diri- Sentiasa check & balance di mana kita berada. Hentikanlah menyalahkan orang lain.

Tundukkan hati di dalam menempuh hari-hari kita di dalam mencapai impian kita. Semakin kita tunduk, semakin banyak ilmu, rezeki akan mengalir kepada kita.

Semoga sedikit perkongsian ini membuatkan anda berfikir dan berkongsi dengan ramai orang lain. Kejayaan hanya akan hadir kepada yang ada satu perkataan penting dalam hidup mereka iaitu “Yakin Boleh!” dan yakin Allahu Kun Fayakun, walaupun sebenarnya dalam hati tidak pasti bagaimana untuk mencapainya….

Jumpa saya di 4 lokasi terakhir Seminar Hidup Luar Biasa 2013 bersama Afdlin Shauki. Daftar 100% Percuma diwww.HidupLuarBiasa.com. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 019/013-2442244/019-2442400.

P/S : Tahniah buat anda yang bakal berjumpa dengan saya untuk sesi program 4-hari Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan@Menara PGRM, Cheras, KL dari 4-7 Julai 2013.

Ilmu tidak menjamin kejayaan tetapi jika tanpa ilmu, adakah anda ada jaminan anda boleh berjaya?

 

Jangan Jadi Bangang!!

oleh Team Richworks pada 18 June 2013

image

Itulah yang kawan-kawan saya katakan apabila saya buat keputusan untuk belanja duit yang banyak di dewan-dewan seminar di dalam dan di luar negara di Australia, Singapura, Johannesburg & United States beberapa tahun lepas dan sehingga hari ini.

Tapi ternyata itulah tindakan paling berani dan bernilai saya telah buat untuk perbaiki hidup saya, kewangan saya serta perniagaansaya.

Hari ini, bila saya jumpa mereka kawan-kawan saya yang masih sama tahap hidup mereka malah lebih banyak masalah kewangan mereka, saya tersenyum dan kata kepada mereka, “Dulu bila saya belanja duit untuk dapatkan berpuluh ribu untuk ilmu bagi memperbaiki hidup saya, orang kata saya bangang, tapi saya akan rasa lebih bangang jika bertahun tahun kerja atau berniaga tetapi tidak ada peningkatan dalam hidup dan kewangan saya!”.

Pendek kata, anda bertanggungjawab untuk memperbaiki diri anda dan memperbaiki hidup anda serta kewangan anda bukan? Cara paling pantas adalah dengan berilmu!

– AzizanOsman- 

P/S Saya tidak jamin hidup anda pasti berubah dan kewangan anda boleh meningkat 3-5 ganda dalam masa yang singkat tetapi saya pasti jika anda ada ilmu dan kuasa tindakan, ianya Insya-Allah lebih mudah!

Jumpa saya jika berani di salah satu daripada 4 lokasi terakhir Seminar Hidup Luar Biasa, daftar 100% Percuma di HidupLuarBiasa.com!

 

Apakah Soalan penting yang telah merubah hidup saya?

oleh Team Richworks pada 15 June 2013

image

 Saya bertanya diri saya berulang-ulang kali, berhari-hari dan berbulan-bulan soalan ini iaitu “Sampai Bila?”

Sampai bila kita mahu terus hidup menanggung beban hutang, tekanan hidup serta kegagalan demi kegagalan atau hidup “biasa-biasa” jika sebenarnya kita boleh ubah atau tingkatkan kualiti hidup & kewangan kita?

Masalahnya lebih 80% mereka di luar sana TIDAK TAHU atau TIDAK PERCAYA yang mereka mampu untuk meningkatkan kualiti hidup mereka serta tahap kewangan mereka lebih tinggi lagi hanya dengan Mentor, Ilmu, Strategi & Kuasa Tindakan yang luar biasa! Itulah saya & Afdlin Shauki satu masa dulu sebelum kami sedar dan berjaya mendapatkan ilmu dan panduan dari mereka yang telah berjaya memperbaiki hidup mereka!

Seminar Hidup Luar Biasa bersama saya & Afdlin Shauki ini terbukti telah berjaya membantu ramai mereka yang telah hadir pada tahun 2011 dulu untuk merubah hidup mereka serta meningkatkan kejayaan kewangan mereka! Ramai yang telah berjaya meningkatkan tahap kewangan mereka 3 ke 10 kali ganda atau lebih sebulan selepas mereka gunakan ilmu yang mereka cedok melalui seminar ini.

Susah nak percaya sebenarnya kerana ramai yang takut ditipu atau ramai yang sebenarnya belum nampak potensi diri mereka.

Anda ingin tahu kenapa saya buat keputusan penting untuk merubah hidup saya satu masa dulu?

Saya seorang yang rajin kerja. Saya pernah bekerja dari 7.30pagi hingga 2 pagi setiap hari bertahun-tahun lamanya tetapi saya dapati beberapa masalah ini semakin kritikal:-

1- Pendapatan saya tidak banyak berubah

2- Hutang saya meningkat sehingga takut untuk menjawab telefon, wang menjadi punca pergaduhan dan tekanan.

3- Saya tidak ada masa bersama keluarga dan anak-anak sehingga membawa kepada keretakan rumahtangga

4- Saya tidak ada masa untuk ibu-bapa saya, adik beradik dan saudara mara saya.

5- Saya tidak mampu untuk beli rumah sendiri atau sewa rumah yang lebih selesa untuk keluarga saya

6- Saya bukan sahaja tidak mampu untuk menderma atau bersedekah malahan setiap masa saya terpaksa pinjam dari mak saya duit.

Mungkin hidup anda tidak seperti saya satu masa dahulu.

Adakah saya malang? Adakah saya tidak ada luck? Adakah saya tidak pandai? Adakah saya tidak rajin?

Saya juga pernah bertanya soalan ini, apakah yang membuatkan mereka yang berjaya buat sehingga pendapatan mereka 3 ke 5 kali ganda lebih tinggi dari aku?

Luar biasa di dalam cara berfikir, keinginan mereka dan tindakan mereka adalah antara sebab kenapa hidup mereka berubah, mereka juga tahu yang mereka mahukan sesuatu tetapi mereka tidak tahu dan perlu belajar dari mereka yang telah lebih berjaya!

Sebab itu kami anjurkan Seminar Hidup Luar Biasa kerana ia khusus buat mereka yang serius mahu melihat apakah sebenarnya potensi atau apa yang mereka boleh lakukan untuk perbaiki hidup dan meningkatkan tahap kewangan mereka?

Saya & Afdlin Shauki bakal berkongsi dengan anda tentang apakah perkara penting yang anda boleh lakukan, Ianya bukan sahaja bakal membuka minda dan hati anda untuk melihat apakah mungkin anda lebih berjaya, lebih bagus kewangan anda serta lebih bahagia dan banyak masa tetapi kami juga akan berikan strategi bagaimana untuk melangkah memperbaiki hidup anda.

Sampai bila mahu hidup yang sama kan?

Seminar Hidup Luar Biasa 2013 telah berjalan di Kuala Lumpur, Kota Bharu, Kuantan & Shah Alam dan hanya tinggal 4 lokasi terakhir sahaja lagi di Pulau Pinang (28 Jun 2013- Malam), Kuala Lumpur (29 Jun 2013- pagi), Melaka (29 Jun 2013-malam) & Johor Bahru (30 Jun 2013-Pagi).

Kami bawakan seminar ini 100% Percuma tanpa sebarang yuran atau bayaran. Anda hanya perlu daftar di www.HidupLuarBiasa.com sekarang dan pastikan hadir nanti bersama keluarga atau rakan-rakan anda!

Ini mungkin jawapan kepada kejayaan perubahan hidup dan kewangan anda!

Daftar sekarang di www.HidupLuarBiasa.com dan pastikan hadir!

Kepada 10 orang yang hadir paling awal nanti di meja pendaftaran bila kaunter dibuka pada hari program, kami akan berikan anda T-Shirt Hidup Luar Biasa Edisi Terhad & Hadiah lain.

Hubungi kami di 019/013-2442244/019-2442400 jika ada sebarang pertanyaan atau lebih mudah daftar terus di www.HidupLuarBiasa.com

Sampai bila mahu terus hidup “biasa-biasa” jika anda sebenarnya mampu hidup luar biasa!

Dr Azizan Osman
Mentor Kekayaan & Kejayaan

www.facebook.com/AlumniDrAzizanOsman

 

Bukan “Rahsia”, “Ajaib” & “Terbongkar”!

oleh Team Richworks pada 13 June 2013

Ia bukan Rahsia Ajaib yang Terbongkar! Jika anda lihat mereka yang hidup bahagia, kaya, berjaya dan diberkati Allah swt. Mereka sebenarnya tidak ada kuasa “Rahsia”, “Ajaib” atau “Terbongkar” yang pelik!

15 tahun dahulu saya ingat ada “Rahsia”, “Ajaib” yang perlu “Terbongkar” untuk hidup luar biasa seperti mereka yang bukan sahaja kaya & berjaya tetapi bahagia dan diberkati Allah swt.

Rupa-rupanya tidak ada “Rahsia”, “Ajaib” yang perlu “Terbongkar” melainkan beberapa ilmu, pengalaman, strategi dan sistem atau formula yang mereka lakukan atau tindakan mereka yang lain daripada majoriti di luar sana. Antaranya mereka yang saya kenal ini sangat berpegang & hidup teguh mengamalkan beberapa prinsip penting ini yang saya boleh simpulkan kepada 13 asas penting:-

1. The Power of Syukur
2. The Power of Sedeqah
3. The Power of Giving (Termasuk Senyuman)
4. The Power of Doa
5. The Power of Dreams
6. The Power of Action
7. The Power of Love
8. The Power of Emotion
9. The Power of Desire
10. The Power of Knowledge
11. The Power of Consistency
12. The Power of Solat
13. The Power of Selawat

Sebenarnya ada lagi beberapa sistem atau formula yang bukan “Rahsia”, “Ajaib” atau “Terbongkar” untuk Hidup Luar Biasa, anda tidak hanya faham perkara ini secara teori, tetapi anda boleh memahaminya apabila anda mempunyai Mentor, Elmu, Sistem atau Strategi, Tindakan luar biasa dan Impian yang jelas.

Jumpa saya di Seminar Hidup Luar Biasa 2013 bersama Afdlin Shauki di 4 lagi lokasi akhir kami tanpa Rahsia, Ajaib atau Terbongkar lagi, anda juga boleh dapatkan ilmu & pengalaman serta inspirasi dari mereka yang dari kosong mampu membina hidup luar biasa secara 100% Percuma bila anda daftar di www.HidupLuarBiasa.com atau belajar secara intensif 4-hari di Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan (IMKK) pada 4-7 Julai 2013@Menara PGRM, Cheras, KL. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Richworks di 019/013-2442244/019-2442400/03-55191260 (Waktu Pejabat).

– AzizanOsman –

 

9 Pengumuman Untuk Bakal Hadirin Mega Mawlid 2013

oleh Team Richworks pada 31 May 2013

9 pengumuman untuk bakal hadirin mega mawlid

PETA KE GRAND MAWLID 2013

Parking Mega Mawlid

 

Bersama, Bersatu, Berselawat?

oleh Team Richworks pada 30 May 2013

296161_389254141192925_57335788_nBerapa ramai daripada anda inginkan syafaat Rasulullah saw di akhirat kelak?

Berapa ramai daripada anda meluangkan banyak masa untuk mengajak lebih ramai orang untuk menghayati dan mengingatkan tentang cinta Rasul saw?

Berapa ramai pula yang ingin sama-sama terlibat di dalam usaha untuk menyemarakkan rasa cinta di kalangan kita untuk bersatu, bersama, berselawat ke atas Nabi Muhammad saw?

1-Hari lagi  &  Saya undang anda semua sekeluarga!

1. Saya ingin mengundang anda semua sekeluarga beramai-ramai untuk hadir sebagai salah seorang tetamu untuk Mawlid 2013 – Berqasidah & berselawat bersama Habib Syech pada hari Sabtu (1/6/2013), 8 malam di Stadium Shah Alam.

2. Saya juga inginkan sedikit pertolongan semua untuk mewar-warkannya, kerana program ini anjuran kami dibawah badan kebajikan kami Kelab Kebajikan & Rekreasi kakitangan Richworks (RichWell) dengan usahasama Richworks dengan niat untuk mengajak seramai mungkin umat Islam berkumpul bersatu, bersama dan berselawat ke atas Rasulullah saw serta sama-sama kita berdoa untuk kesejahteraan kita semua. Jadi, saya perlukan sedikit bantuan dari semua untuk mewar-warkan program yang terbuka kepada semua ini melalui share promo kami atau sampaikan dan mengajak seramai mungkin rakan-rakan anda untuk hadir nanti.

3. Program ini di Stadium Bola Shah Alam ya! Jangan tersalah stadium, ianya bukan di Stadium Melawati.

Bantu saya mengajak lebih ramai umat Islam untuk hadir bersatu, bersama dan berselawat. Dan saya juga percaya Insya-Allah, anak-anak anda akan lebih gembira menghayati maksud lirik qasidah “Ya Hanana” daripada lagu Raihana.

Mohon bantuan semua untuk share dan semoga usaha kecil ini dilihat sebagai satu usaha kita sama-sama mendapat penyaksian untuk mendapatkan syafaat Rasulullah saw yang besar di sana kelak dan membuka hati kita selepas ini untuk lebih mencintai serta menghidupkan sunnah Rasulullah saw.

Bersama, Bersatu, Berselawat.

– AzizanOsman, Pengasas RichWell –

Like & Share FB: www.facebook.com/MegaMawlid2013/

 

TIPS PUJUK RAYU SUPAYA SI DIA MASUK KELAS

oleh Team Richworks pada 30 May 2013

Kenapa perlunya untuk pasangan suami isteri kena ke kelas berdua-duaan?..Dulu masa first time saya nak ke seminar,awal-awal saya dah tau dah..insyaallah bila balik nanti..kalau suami tak ikut, saya akan terkulai layu juga akhirnya nanti…Dia mesti tak nak dengar apa yang saya citer..ha ha..jangan marah ye boss

Jadi, untuk lebih efektif, memang kena pegi together-gether…Supaya wave dia sama dengan u..Supaya apa yang u nampak, dia nampak..apa yang dia nak..u pun nak..Tak gitu?..Tapi, kalau dia tak nak pegi macamana?..Harap-harap tips di bawah ni serba sedikit boleh membantu u all kay…

PERSEDIAAN JANGKA PANJANG

1. PUJUK RAYU ALLAH…
Untuk yang nak ajak pasangan ke seminar Dr.Azizan Osman IMKK-Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan (Julai 2013), anda masih ada masa untuk apply tips ini.Berdoa dan mintalah pada Allah sepenuh hati selama 21 hari tanpa miss, mesti consistent.Sebenarnya, tips ni lah yang paling penting dan paling utama..Kalau tak buat yang lain..tapi ini lah yang paling kena buat!..Dan sebenarnya, tak ada tips yang lebih hebat dari tips ini…

Cuma syaratnya, kena sangat yakin bahawa Allah yang melorongkan segalanya..yakin Allah akan memberi..jangan langsung ada prasangka pada Allah dan sabotaj diri sendiri..

Bermakna, sekarang anda ada masa lagi..even kalau nak ajak pasangan ke Seminar Hidup Luar Biasa pun anda boleh buat jugak tips ni…Mungkin ada yang kata dia memang dah bertahun-tahun buat dah..dah bertahun-tahun berdoa..Ya, betul…cuma macamana tahap PUJUK RAYU anda?..Pujuk rayulah Allah..berkomunikasi dengan Dia, mintak supaya Allah tolong kita..beritahu sebab-sebab kenapa anda nak pasangan ke IMKK contohnya..Insyaallah, kalau reasonnya tak mementingkan diri, kalau reasonnya untuk tolong keluarga anda…insyaallah Allah akan terima submission anda..Betul, pujuk rayu saja Allah selama 21 hari consistently..

Seorang sahabat baik saya berjaya buat yang ni untuk pujuk suami dia ke IMKK yang lepas. Dia cuma beli 1 tiket saja..dia nak sangat suami dia ikut sekali..Saya cakap kat dia, senang saja..balik banyak-banyak berdoa, mintak kat Allah…Bila akhirnya suami dia setuju..saya hanya tersenyum, sebab dah tau..insyaallah dapat punya…Tapi, yang bestnya..suami dia ni boleh tahan degil, tapi berjaya dipujuk jugak..he he he..

Tapii…

2.BERSYUKUR PADA ALLAH
Dalam masa yang sama, u all kena selalu bersyukur..sehari beratus-ratus kali bersyukur dan berterima kasih pada Allah..untuk setiap perkara yang berlaku terhadap u all sepanjang hari..Perkara-perkara kecik pun u all boleh minta pada Allah..Contoh sebelum keluar rumah, u all minta siap-siap Allah bagi parking kat ofis u all..Pastu, bila dah sampai ofis, tup tup betul-betul dapat parking…U all kena faham dan tahu dan alert yang itu bukan coincident.

Itu memang betul-betul Allah yang bagi sebab u dah mintak tadi..So, cepat-cepatlah bersyukur dan berterima kasih pada Allah..Bila nampak yang Allah Maha Penyayang, apa yang kita mintak selalu dapat..selalu Allah beri…Ini akan membuatkan kita banyak bersyukur…Bila banyak bersyukur dan berterima kasih pada Allah..Dia akan beri apa saja yang kita minta..Syaratnya..YAKIN PADA DIA…Betul tak ustazah?..

PERSEDIAAN JANGKA PENDEK

3.MESTI PANDAI MEMUJUK…
Sebenarnya..saya rasa pelik jugak ramai yang tak boleh nak buat yang ni…Nak citer pun open sangat…Tapi, takkan tak faham lagi bila waktu-waktu yang suami lemah..suami TERPAKSA terima apa saja syarat yang kita beri…Susahnyaa nak citer aihhh…Saya tak tau lah pulak kalau-kalau ada yang waktu tu masing-masing tengah bergaduh..Kalau macam tu memang lah tak menjadi aktiviti memujuk nii…Harap boleh faham kot ye point yang ni..sebab jangan harap saya nak cerita yang detail pasal ni kayy..Point ni sebenarnya lebih kepada…lu pikirlah sendiri….

Faham ke faham?..

Tapi, ada syarat jugak…make sure yang nak buat nii..memang dia jenis yang tak kasar, tak selalu sakitkan hati suami, tak tinggi suara dengan suami…ini boleh masuk dalam persediaan jangka panjang jugak..sebab kalau dah jenis suka sakitkan hati suami ni susah lah sikit Kak Gayah…of cos ajak camana pun suami Kak Gayah tak nak…sakit hati suami pada Kak Gayah tu dah sekian lama membengkak dalam hati dia…mana bisa kok!

4.MANJA-MANJA DENGAN PASANGAN
Ini lebih kepada pasangan yang hubungannya macam belangkas..nak ke mana berkepit memanjang…Orang kata macam best fren lah kira..Itu dah kira ok tu..Walaupun mungkin pasangan jenis yang keras kepala tahap gaban punya…tapi, cakap lah kat dia…Abang…, i nak mintak tolong u temankan i saja…sebab i kan tak biasa pegi sorang-sorang..tak bestlah kalau u tak ada sekali..Tunjukkan yang kita bukan nak dia berubah ke, atau benda-benda macam tu..Kita cuma nak dia temankan kita saja…

5.REVERSE PSICHOLOGY
Untuk yang sama-sama baru nak masuk mana-mana kelas,dan pasangan pulak jenis yang tak nak ke kelas, kena pandai reverse psichology..Awal-awal jangan tunjuk kita ni excited sangat nak ke kelas-kelas tu..Setuju je dengan dia, kata macam ni..i pun memang tak suka sangat ke kelas-kelas macam ni..tapi i tengok kawan i ni lepas masuk kelas hidup dia berubah…Dia dah tak macam dulu…Bukan saja kaya, tapi sekarang dah pandai cakap pasal sedekah…

Jangan cakap yang keduniaan sangat, sebab selalunya orang yang tak nak ke kelas ni dia tak nak kaya…perspektif dia negatif terhadap kekayaan…Minda dia belum terbuka..Kalau dia nak kaya dan berjaya, tentu awal-awal lagi dia dah setuju ke kelas. Jangan sebut pasal kawan u yang dah masuk kelas tu dah kaya sangat tau…Citer lebih kepada..kawan u citer, dia dah berubah..dah lebih rapat dengan Allah…dah lebih rapat dengan mak ayah dia…haaa..itu lebih touching..Kalau citer bab kaya..kaya..je…konfem tak masuk dalam hati dia…Ye lah, dia tak kena basuh lagi…he he…

6.HARI-HARI BASUH….
Kalau ada kawan yang kita kenali dah berjaya lepas attend mana-mana seminar, kita cerita kat suami..hari-hari kita cerita…Ini pun jangka panjang jugak sebenarnya.. ha ha..Ini seperti kita nak “tanam” dalam subconcious mind dia…Cara cerita, intonasi…jangan macam nak paksa..atau jangan macam fanatik…atau jangan macam nak salahkan dia..atau perli dia…cara ni takes time..tapi BERKESAN…

Forward email ke, print cerita-cerita testimonial ke..apa saja asal dia boleh baca..Kalau ada kalangan kawan-kawan yang ke kelas tu, ajak suami jumpa diorang tu..Berkawan dengan diorang..Insyaallah diorang atau kawan u tu boleh bagi suami terbuka hati..Kadang-kadang dia lebih percaya dengar cakap orang kan kan kannn…Tambah-tambah orang tu dia respect..Insyaallah….

7. BERTINDAK SECARA EKSTREM
Ini sangat penting sebenarnyaa…apa pun kita nak buat sebenarnya..bertindaklah secara EKSTREM!!…Nak berdoa ke..nak pujuk rayu suami ke..apa saja cara yang kita nak guna…buatlah secara ekstrem..bukan ala-ala kadar saja…Sekali pujuk, kalau tak nak..dah malas nak cakap dahh..tak boleh macam tu…sebab apa yang kita pujuk tu tak masuk lagi dalam kepala hotak dia..kita kena tanam sampai masuk…

Ekstrem bermaksud…kalau perlu menangis..menangislahh!!..melutut lahhh…Gunalah KUASA AIR MATA..Jangan berlakon, tapi sepenuh hati….baru akan meresap dalam jiwa dia…

WALLAHU’ALAM….

ALLAH MAHA MENSYUKURI (AL-SYAKUR)
” Orang yang tidak berterima kasih kepada manusia tidak akan mampu bersyukur kepada Allah”

By FB: Anis Choc Moist Cake

-Admin NAO-

P/S
1. Bonus khas: Buat anda yang bakal hadir sesi Seminar Hidup Luar Biasa 2013@Wisma MCA, Jalan Ampang, KL pada 1 Jun 2013(Sabtu), 8 pagi-1 tgh, saya telah bersetuju untuk berikan sesi sharing bonus kepada anda yang hadir di waktu petang (2pm-5pm). Saya & Hj Asri Ahmad (Pakar Penasihat Pelaburan Richworks) akan berkongsi mengenai bagaimana anda memulakan pelaburan di dalam pasaran saham dengan selamat. Ini sesi bonus dan percuma hanya untuk mereka yang daftar dan hadir sesi pagi Hidup Luar Biasa. Daftar percuma di www.hidupluarbiasa.com

2. Jika orang boleh berkumpul untuk bola, untuk politik, untuk konsert…. Saya percaya orang juga mampu berkumpul untuk berselawat! Jom pastikan anda hadir sekeluarga untuk berselawat bersama saya, Habib Syech dan lain-lain pada hari sabtu (1 jun 2013) di stadium shah alam pada pukul 8mlm. Marilah kita bersama bersatu dan berselawat! Syafaat Rasuluah saw mudah-mudahan menunggu kita sekeluarga! Amin! Like & Share FB: www.facebook.com/MegaMawlid2013/

 

PENGUMUMAN ! perubahan pada tarikh Seminar Hidup Luar Biasa 2013 bersama Dr. Azizan Osman dan Afdlin Shauki

oleh Team Richworks pada 29 May 2013
stu89946-d6c5d26a-ba1a-493d-b784-5bc7875ed326-v2

PENGUMUMAN

Dukacita dimaklumkan, terdapat perubahan pada tarikh Seminar Hidup Luar Biasa 2013 bersama Dr. Azizan Osman dan Afdlin Shauki.

Untuk makluman anda, Seminar Hidup Luar Biasa di lokasi Alor Setar & Ipoh telah dibatalkan. Lokasi Pulau Pinang ,Johor Bahru dan Melaka juga telah ditukarkan tarikh. Semua perubahan ini berlaku pada saat-saat akhir kerana Dr. Azizan Osman terpaksa berada di luar negara pada tarikh tersebut. Dibawah adalah tarikh yang telah ditetapkan :- 

1 Jun | 7 pagi – 1 petang | Wisma MCA ,Kuala Lumpur.
7 Jun | 2 petang – 6 petang | Kelantan Trade Centre.
8 Jun | 7 pagi – 1 petang | Bukit Gambang Resort City.
9 Jun | 7 pagi – 1 petang | Shah Alam Conv. Centre.
28 Jun | 7 malam -11 malam | Sunway Carnival Conv. Centre.
29 Jun | 7 malam – 11 malam | Sek. Men Pay Fong Melaka.
30 Jun | 7 pagi – 1 petang | Zon JB EXPO & Exhibition Centre.

P/S.
Kota Bahru – Program Akan Bermula Selepas Solat Jumaat.
Penang & Melaka – Program Akan Bermula Selepas Solat Maghrib.Untuk maklumat lanjut layari www.HidupLuarBiasa.com atau hubungi 019/013-244 2244 / 019-244 2400


Kesulitan amat dikesali
 
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start