Anda Cipta “Luck” Anda Sendiri!

oleh Team Richworks pada 30 November 2016

anda-cipta-luck-sendiri

(Ini Baru Dikatakan Kejayaan Sebenar)

“Mereka berjaya kerana ada LUCK…” ayat yang biasa anda dengar atau anda sendiri pernah menyebutnya! Luck bermaksud “tuah atau nasib”.

Kereta lumba F1 merupakan salah satu sukan terkenal dan termahal di dunia. Jika anda merupakan peminat tegar kepada sukan ini, anda mesti kenal dengan pelumba hebat bernama “Michael Schumacher”.

Ramai yang menganggap Michael Schumacher berjaya kerana beliau berbakat semulajadi di dalam perlumbaan kereta F1. Ramai juga yang mengatakan beliau betul-betul ditemani oleh luck sepanjang karier beliau sebagai pelumba F1 ini.

Jangan fikir kejayaan Michael Schumacher ini semudah luck yang diperkatakan oleh orang ramai…

michael-schumacher-azizanosman

Terdapat beberapa kisah menarik tentang beliau yang tidak diketahui oleh ramai orang. Kisah bagaimana beliau bertungkus lumus berusaha sehingga berjaya mencapai tahap kejayaan di dalam bidang kariernya sekarang. Kisah bagaimana beliau menggunakan masa bernilai menuntut ilmu dari orang berpengalaman dan menggunakan ilmu tersebut sebagai “booster” untuk mencapai lebih banyak kejayaan di dunia F1. Dan juga kisah bagaimana beliau menjadi seorang “leader” dan pemangkin semangat bagi pasukannya.

Dipendekkan cerita… Michael Schumacher berjaya bukan disebabkan oleh luck, Michael Schumacher berjaya disebabkan beliau MENCIPTA LUCK sendiri.

Bagaimana beliau mencipta luck sendiri?

LUCK #1 : SEEK KNOWLEDGE & TAKE ACTION

Beliau tahu rahsia sebenar kejayaan hidup. Rahsianya ialah “ILMU & TINDAKAN!” Beliau tidak pernah berhenti mencari ilmu, beliau sangat rajin menuntut ilmu dari mentor berpengalaman dan berjaya. Melalui ilmu yang ada, beliau mula mengaplikasikannya atau dalam bahasa mudah “bertindak” berpandukan ilmu yang yang diajar. Tindakan tanpa henti sehingga beliau berjaya mencapai KEJAYAAN LUAR BIASA yang berbeza dari kejayaan pelumba biasa-biasa.

LUCK #2 : BE A GREAT LEADER

Beliau sentiasa memberi sokongan jitu kepada pasukannya. Beliau mengetuai pasukannya melalui teladan yang dipelajari. Sebagai contoh, Michael Schumacher kerap melawat kilang di Maranello semata-mata untuk ucap “TERIMA KASIH” kepada semua kakitangan pekerja di sana yang berusaha untuk membantunya untuk berjaya dalam setiap perlumbaan. Ini baru dikatakan pemimpin yang hebat dan humble (rendah diri).

LUCK #3 : BE INSPIRATIONAL

Beliau sentiasa memberi galakkan positif kepada pasukannya. Beliau tidak pernah mengkritik dan mengherdik pasukannya sehingga boleh membawa kesan negatif terhadap prestasi kerja. Bagi beliau, cara terbaik untuk menegur pasukannya adalah dengan menjadi dan memberi inspirasi kepada mereka ini.

Michael Schumacher bekerja keras menjadi pelumba yang luar biasa hebat berbanding pelumba lain. Ini kerana setiap kejayaan beliau akan menjadi pemangkin semangat dan tenaga kepada para pasukannya. Kejayaan bukan untuk diri beliau sahaja. Kejayaan adalah untuk pasukannya, keluarganya dan peminatnya. Kejayaan yang menjadi inspirasi bagi orang lain.

LUCK #4 : CREATE FUTURE LUCK

Beliau tidak meletakkan diri beliau setaraf seperti pelumba biasa-biasa. Beliau meletakkan diri lebih hebat dari mereka. Beliau berfikiran jauh, sentiasa memikirkan strategi kejayaan yang bakal dicipta dalam masa 1 tahun, 5 tahun mahupun 10 tahun ke hadapan.

Apakah jenis kejayaan yang beliau ingin kecapi pada masa hadapan? Bagaimana beliau boleh mencapai kejayaan ini? Dan apakah persiapan yang perlu DIBUAT SEKARANG bagi mencapai kejayaan masa hadapan ini? Ini antara soalan yang sentiasa bermain di fikiran beliau. Bagi beliau, kejayaan masa hadapan berpunca dari TINDAKAN HARI INI.

LUCK #5 : “AFTER ALL, YOU CREATE YOUR OWN LUCK”

Ini merupakan kata-kata mutiara yang dikeluarkan dari mulut Michael Schumacher sendiri. Kalau seorang JUARA dah berkata “lagipun, anda mencipta luck anda sendiri”, ini bermakna luck boleh dicipta!

Kenapa anda perlu nantikan luck datang baru boleh capai kejayaan? Michael Schumacher berusaha dan bekerja keras untuk mencipta luck yang membawa kepada kejayaan dalam hidupnya.

Anda juga mempunyai kuasa untuk mencipta luck anda sendiri!

Bayangkan dunia bisnes adalah sama seperti perlumbaan F1. Anda tidak membuat apa-apa persediaan awal untuk berlumba di dunia bisnes. Anda terus masuk ke trek perlumbaan bisnes. Di kiri kanan anda, kelihatan pelumba lain telah lama bersedia dari segi ilmu bisnes, kekuatan pasukan dan strategi pemasaran yang bakal menjadi booster bisnes mereka. Agak-agaknya anda boleh menduduki tempat pertama tak di dalam perlumbaan ini?

 

Tawaran Khas Ke Program Millionaire Marketing Mastery (Mmm) – Kenapa Anda Tak Daftar Lagi?

oleh Team Richworks pada 30 November 2016

mmmdis-tawaran-eksklusif-2016

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Kami tertanya-tanya, kenapa anda masih tak mendaftar lagi untuk mendapatkan Tawaran Khas untuk ke Program Millionaire Marketing astery (MMM) Sidember ini. Sedangkan kami tahu, anda nak sangat pergi kerana anda dah tengok dan dah dengar result dan peningkatan jualan yang diperolehi dari mereka yang pernah hadir.

Adakah anda tak serius nak berniaga? Adakah anda nak perniagaan anda berada di tahap sekarang sahaja, dan cukuplah…anda tak mahu dia meningkat lagi? Betul ke?

Anda tahu tak? 2017 diramalkan tahun yang paling mencabar keadaan ekonomi kita. Sekarang pun kita dah mula rasa dan terkesan dengan kenaikan harga barang asas. Ramai peniaga dan pesaingan mula timbul. Apa yang anda nak buat? Adakah anda nak biarkan saja, atau terus lagi guna teknik ‘cuba-cuba’ dulu?

Tak boleh! Kami tak nak anda berniaga dengan teknik ‘ ikut suka’ atau ‘cuba-cuba’ sebab Dr Azizan Osman ada lebih dari 200 teknik pemasaran yang dah terbukti berkesan yang anda boleh pilih dan buat. Ini bukan kami yang kata, tapi ini adalah dari peserta-eserta yang dah hadir dan dah aplikasikan hanya 3-4 teknik sahaja nak perniagaan mereka terus jadi kelam kabut dengan jualan yang tinggi.

Anda nak tahu apa tanda teknik pemasaran anda menjadi?

1)    Anda kena marah dengan pelanggan sebab tak cukup tangan nak hantar barang dan nak layan PM/Whatssap dan order.

2)    Staff anda mula ada yang ugut nak berhenti atau ada yang cabut lari sebab tak tahan nak handle order yang banyak

3)    Mak mertua, kak long, cik sue, suami, isteri dan anak-anak pun terpaksa jadi pekerja anda.

4)    Stok terpaksa ditambah. Dah tambah pun cepat je habis!

5)    Anda pening tapi anda gembira!

Ini semuanya masalah yang bagus dan menunjukkan teknik pemasaran anda berkesan. Tahniah untuk anda yang dah alami ‘masalah’ ini, dan kami yakin anda seronok dengan keadaan macam ‘tu, kan?

Jadi, kalau anda rasa perniagaan anda tak alami 5 keadaan di atas, kenapa anda tak rebut peluang untuk hadir ke Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) pada 9-11 Disember 2016 ini di Ideal Convention Center (IDCC) Shah Alam?

mmm-optin-promo

 

Kami nak anda daftar di marketingmastery.com.my/promo1/ sebab kami nak berikan tawaran istimewa untuk anda. Tawaran ini akan ditutup esok, dan hanya yang mendaftar sahaja yang akan dapat emel khas dari kami pada 1 Disember 2016.

Apa tawaran yang kami nak beri? Daftar dulu marketingmastery.com.my/promo1/ dan baru kita cerita. Tawaran ini tak pernah kami beri sebelum ini. Dan kami beri sebagai penutup tahun 2016 supaya anda yang hadir dapat aplikasikan teknik pemasaran yang gila-gila best untuk buat sales gila-gila kencang di tahun 2017.

 

Tahniah kepada yang dah daftar!

Untuk yang belum daftar, tak perlu fikir panjang sangat. Buat ‘je dulu.

 

Salam Kejayaan

Team RIchworks

 

Kem Tahfiz – RichKids SmartKids

oleh Team Richworks pada 30 November 2016

header-kemtahfiz2016

Ibu bapa mana yang tak sayang anak? Semua kemudahan kalau boleh nak disediakan. Ilmu akademik jangan cakap. Semua jenis tuisyen kalau boleh nak diberi.

Dalam cuti-cuti sebegini pun sanggup jika nak upah tutor personal bagi anak-anak. Namun, dalam sayang-sayang tu, ramai ibu bapa yang ‘terlupa’ nak sediakan anak mereka dengan ilmu kerohanian. Tapi tak apa, jangan risau, jangan khuatir, kami ada di sini untuk membantu anda.

Apa yang kami buat? InsyaAllah, sempena cuti sekolah ini, Kem Tahfiz RichKids SmartKids kami mampu untuk membantu anak-anak kesayangan anda mempelajari teknik terbaik hafalan Quran selain dari pembelajaran ilmu tajwid, solat berjemaah yang betul, qiamullail, pembelajaran hadith dan penerapan sifat-sifat terbaik para sahabat Nabi S.A.W.

kksi-email4

Apa yang boleh buat anda yakin untuk hantar anak anda ke kem kami? Tenaga pengajar kem kami semuanya profesional dan dibarisi para hafiz hafizah yang bertauliah diketuai Ustaz Rohizal Haji Kassim. Teknik teknik hafazan kami pula, InsyaAllah amat mudah dan berkesan. Surah-surah hafalan yang diberi adalah berdasarkan kemampuan individu dan tiada paksaan dalam pemilihan surah.

Makanan yang kami sediakan juga adalah dari jenis-jenis makanan yang membantu meningkatkan kecekapan minda anak-anak.

kt-tepi-sungai

Anak-anak anda akan diajar berqiamullail serta solat-solat sunat yang bakal membuka pintu-pintu rezeki seperti solat tahajjud, solat taubat, solat hajat, solat witir dan solat israk. Kem kami juga menyediakan anak-anak anda dengan tatacara yang betul dalam pembacaan dan penghafalan Al Quran terutamanya dari segi tajwid dan amalan doa-doa mustajab bagi memudahkan penghafalan.

Untuk tingkatkan lagi keyakinan anda, anda boleh rujuk testimoni-testimoni dari para ibu bapa yang telah menghantar anak-anak mereka ke kem kami di www.kemtahfiz.com.

header-kemtahfiz2016v2

Mungkin anda pernah dengar kan ayat ini, “Barangsiapa yang mengejar dunia, dunia akan lari meninggalkan mereka tetapi barangsiapa yang mengejar akhirat, dunia akan lari mengejar mereka.”

Tak salah dan tak rugi untuk anda lengkapkan lagi ilmu pengetahuan anak anda. Apalagi dalam suasana yang pastinya amat kondusif dan menyeronokkan. Dengan kehadiran ramai kawan-kawan baru, kami pasti anak anda juga akan gembira dan teruja dengan pengalaman yang bakal mereka ingati sepanjang hidup mereka.

kem-super-insan2016-banner-promo

Mulakan langkah anda untuk anak-anak tercinta dengan mendaftar di laman sesawang kami bagi Kem Khalifah Super Insan yang bakal berlangsung pada 4 Disember 2016 hingga 10 Disember 2016 di Impian Country Resort, Hulu Langat, Selangor.

Anda juga boleh hubungi kami di talian 1 300 88 2424 (sepanjang waktu pejabat) atau emelkan pertanyaan di info@richworks.com.my.

Kami doakan anak-anak anda kaya dan berjaya dari dunia sampai akhirat.

 

Kem Khalifah Super Insan – RichKids SmartKids

oleh Team Richworks pada 30 November 2016

kksi-web6

Serlahkan “Super Insan” anda di musim cuti sekolah ini!

Anak-anak anda sering mengadu bosan duduk di rumah sahaja? Apakata di musim cuti sekolah ini mereka sertai kami di Kem Khalifah Super Insan (RichKids SmartKids) secara komprehensif.

Kami janjikan mereka cabaran dan keseronokan yang tidak mungkin dilupakan, di samping pembelajaran ilmu yang amat bermanfaat. InsyaAllah untuk dunia dan akhirat.

Tidaklah nanti anak anda merungut asyik terperap di rumah. Selain dapat mengisi masa dan menimba ilmu dalam persekitaran yang baru, mereka juga boleh membina rangkaian persahabatan mereka yang baru!

Kem Khalifah Super Insan kami menyediakan pelbagai aktiviti lasak menarik yang membantu anak anda untuk meningkatkan kecerdasan tubuh selain aktiviti-aktiviti yang menguji minda sepanjang kem berlangsung. Aktiviti latihan dalam kumpulan yang kami sediakan pastinya mampu untuk membina sahsiah dan jati diri yang matang dan berketerampilan dalam diri mereka.

kksi-slider-email

InsyaAllah anak-anak anda akan mempunyai semangat dan motivasi yang baru untuk mengharungi alam persekolahan dan kehidupannya kelak! Mereka juga boleh berkongsi apa jua persoalan yang mungkin selama ini terpendam dan mendapatkan khidmat nasihat daripada jurulatih-jurulatih kami kerana kami ada menyediakan sesi kaunseling secara berkumpulan dan individu bagi setiap peserta kami.

Untuk anda lebih yakin, dengarkan testimoni para ibu bapa dan peserta yang telah menyertai program ini di http://kemtahfiz.com/superinsan/.

Jika anda adalah ibu bapa yang mementingkan pembentukan jati diri anak anda untuk menjadi super insan yang mampu berdikari, bermotivasi dan positif, daftarkan anak anda ke program kami!

Kami di Kem Khalifah Super Insan mempunyai visi dan misi yang mendalam bagi melahirkan generasi anak muda yang shumul, penuh dengan penerapan nilai murni islamiah dan sentiasa bersemangat dan bermotivasi tinggi di dalam apa jua keadaan sekalipun.

Anak anda dah lama suarakan hasrat nak cuba aktiviti memanah? Adakah anak anda gemarkan aktiviti paint ball? Atau mungkin teringin untuk mencubanya? Kem kami ada! Di sini anak anda boleh sertai aktiviti memanah dan bermain paint ball bersama rakan-rakan baru!

kksi-slider-emailv2

Bukankah itu lebih menyeronokkan? Bukan sahaja itu, mereka juga boleh menikmati keindahan alam ciptaan Allah melalui aktiviti jungle trekking yang kami sediakan. Pokoknya, banyak lagi kejutan untuk anak anda yang pastinya bermanfaat! Ianya pasti akan menjadi momen yang paling indah.

Tempah tempat anak anda sekarang di Kem Khalifah Super Insan yang akan berlangsung dari 4 hingga 10 Disember 2016 di Impian Country Resort, Hulu Langat, Selangor. Pastinya persekitaran yang menarik dan menghijau ini nanti akan membuat anak anda teruja untuk mulakan pengembaraannya.

kem-tahfiz-selangorv-ss1-slider

Daftar sekarang di http://kemtahfiz.com/superinsan/. Anda boleh juga hubungi kami di 1 300 88 2424 (waktu pejabat) atau hantarkan emel pertanyaan di info@richworks.com.my.

Jangan terlepas peluang ini!

 

IMKK Borneo – Disember 2016

oleh Team Richworks pada 30 November 2016

link-post-imkkborneo-dis-2016

“Seminar ini bukan tentang nak buat duit jer, seminar ini lebih dari itu…” Ini merupakan salah satu maklumbalas yang diterima dari peserta IMKK.

IMKK merupakan satu seminar yang direka khas bagi mereka yang ingin capai kekayaan dan kejayaan dengan “pantas”.

Anda tidak akan mempunyai masa untuk goyang kaki di dalam program IMKK. Ini kerana anda akan didedahkan ilmu teori dan praktikal berkaitan potensi diri anda secara intensif.

imkk-email-doc2016

Segala potensi diri terpendam akan dipaksa keluar, agar anda dapat mengenali potensi diri anda yang sebenar dan menggunakan ia semaksima yang boleh bagi mencapai segala impian hidup anda. Potensi diri ini apabila dikuasai dengan ilmu yang betul bukan sahaja dapat menjana wang yang lumayan, malah ianya juga dapat digunakan sebagai alat bagi mencapai kebahagiaan dan keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

Anda juga akan pelajari secara terperinci cara-cara atasi masalah “kebocoran wang” dari segi perniagaan dan kehidupan dan banyak lagi ilmu menarik kekayaan dan kejayaan.

imkk-mei-peserta

Bagi menutup tirai 2016 ini, kami menjemput anda untuk sertai Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang akan diadakan di The Klagan Regency Hotel, Kota Kinabalu, Sabah pada 24-26 Disember 2016.

Ini peluang anda untuk pelajari ilmu yang boleh membantu anda mencapai kejayaan dengan cepat.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 1300 88 2424 atau PM kami segera. Anda juga boleh layari azizanosman.com/imkk/borneo/ untuk info lanjut.

 

Millionaire Marketing Mastery (MMM) – Disember 2016

oleh Team Richworks pada 30 November 2016

timeline-mmm-dis2016-idcc

“Baru guna 3 teknik pemasaran yang diajar, saya terpaksa membuka dua lagi cawangan perniagaan saya. Bayangkan kalau saya guna semua teknik pemasaran yang diajar?” Ini merupakan maklumbalas yang diterima dari peserta MMM sebelum ini.

Anda dah ada perniagaan? Malangnya jika perniagaan itu tidak menguntungkan. Semuanya mungkin berpunca dari satu masalah utama iaitu “PEMASARAN”.

Di program MMM, anda akan pelajari lebih daripada 200 teknik pemasaran yang boleh diguna pakai di dalam apa-apa bidang perniagaan. Ini bukan program pemasaran biasa-biasa. Ini program yang bakal membuatkan anda terpaksa mengembangkan sayap perniagaan anda dalam waktu yang singkat.

myb-2

Anda akan diajar cara yang tepat memasarkan produk dan cara penjenamaan nama perniagaan seperti jenama terkenal antarabangsa. Jangan terkejut. Selepas program MMM ini, perniagaan anda akan dikejar oleh pihak media, samada media elektronik mahupun media bercetak, yang best ianya secara percuma tanpa kos.

Rasai kehebatan teknik pemasaran yang bakal meletupkan perniagaan anda sekelip mata. Tak caya, jom ikuti program MMM ini sekarang!

Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) bakal dianjurkan pada 9-11 Disember 2016 di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.

poster

Bagi anda yang telah mendaftar, tahniah kami ucapkan. Pasti anda tidak sabar nak belajar ‘ayat pelaris’ yang power, bukan? Bagi anda yang belum mendaftar, kami tak paksa. Tetapi, kalau anda rasa ada banyak kesilapan teknikal dalam strategi pemasaran anda sekarang, kami sedia menunggu kehadiran anda.

Sila layari marketingmastery.com.my/promo1/.

 

MYB November 2016 – Panas dan terbakar!

oleh Team Richworks pada 28 November 2016

myb-email-news3

Master Your Business (MYB) telah pun melabuhkan tirainya pada 27 November yang lalu. Amacam? Bagi mereka yang telah berjaya menghadirkan diri di sini, pastinya rasa begitu terbakar dengan segala input-input ‘pedas’, ‘panas’ dan ‘kaw’ dari mentor-mentor hebat seperti Dr Azizan Osman dan Tn Hj Jerry Rizal.

Tak senang duduk! Itulah penangan yang dirasai oleh peserta sepanjang 5 hari MYB berlangsung. Mereka bukan sahaja dibukakan mata dengan lebih jelas untuk lihat dan faham angka-angka penting dalam bisnes mereka, malahan mereka juga disogok dengan ilmu penting seperti ilmu perundingan ‘power’ yang mampu untuk mengubah corak perjalanan untung rugi bisnes mereka.

Dr Azizan Osman juga berjaya menyentak ketenangan rasa dan jiwa para peserta dengan persoalan berbaur peribadi namun itulah sebenarnya yang menjadi kunci kejayaan kepada sesuatu bisnes. Persoalan masa dan hubungan dengan ahli keluarga. Setiap detik masa ditabur pada bisnes, namun cukupkah masa diluang pada Dia dan keluarga? Di sini, Dr Azizan berkongsi serba sedikit ilmu bagaimana untuk ‘be on the business, not in the business’. Capai ‘Freedom of time’ yang selama ini terganggu, dan sediakan lebih banyak ruang waktu untuk diri sendiri, keluarga dan yang terutama, Maha Pencipta.

myb-email-news1

Umpama menyelak kembali nota-nota akaun di sekolah menengah, rata-rata peserta sudah pening-pening melihat betapa sebenarnya banyak berlaku ketirisan dan kebocoran duit bisnes di sana sini yang mereka sendiri tak sedar! Perkongsian hebat Tn Hj Jerry Rizal mengenai imej dan disiplin diri juga sangat menyentap perasaan. “Mereka gagal bukan kerana kurang bakat, tapi kerana imej dan penampilan mereka sendiri!”

Slot kenali personaliti diri melalui ujian DISC banyak membantu para peserta untuk lebih mendalami dan memahami diri mereka selain membantu mereka untuk mengatur hala tuju perjalanan bisnes mereka. Manakan tidaknya, ujian DISC ini boleh membantu mereka untuk menggajikan staf dan rakan kongsi yang betul. Untung atau rugi, mereka dapat ilmu mahal seperti ini. Mereka untung, anda yang rugi.

myb-email-news2

Alhamdulillah kesemua 200 peserta yang hadir berjaya mendapat ilmu memantapkan lagi bisnes mereka. Anda bila lagi? Tunggu dan lihat takkan mendatangkan hasil apa-apa. Anda bukan sepohon pokok mahupun sebuah bangunan. Anda insan berakal yang hebat, mampu bergerak dan melangkah ke hadapan. Anda mampu mengubah status dan tahap diri dan bisnes anda. Ubah sekarang persepsi dan minda anda.

Bagi yang telah hadir Program Master Your Business ini, sejuta tahniah dan penghargaan kami zahirkan tulus dari hati kami kerana anda semua adalah insan-insan hebat yang kaya dan berjaya!

 

 

Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) 18-20 November 2016

oleh Team Richworks pada 21 November 2016

imkk-mei-2016-v2

“Sampai bilakah agaknya aku mahu terus-terusan merealisasikan impian orang lain? Sampai bila juga aku perlu tersangkut hanya di tahap ini dalam kehidupan? Musuh utama aku bukan orang lain, tapi diri aku sendiri. Aku mesti lawan! Lawan!”

Sesiapa yang berani melawan musuh tersembunyi ini sahaja yang akan mulakan langkah untuk keluar dari tahap biasa-biasa ke tahap yang lebih tinggi.

Alhamdulillah, sepanjang 18 hingga 20 November 2016 yang lalu, Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam telah menjadi saksi kepada titik permulaan perubahan kehidupan bagi hampir 3000 insan luar biasa. Siapa yang tahu, susah senang mereka untuk mengambil keputusan sebegitu.

Setiap dari mereka punya impian yang besar, yang mungkin masih tersembunyi, kabur dan samar dan atas sebab itu, mereka mengorak langkah pertama untuk mencari kejelasan dalam memenuhi dan merealisasikannya. Masa depan mereka, hanya mereka yang tentukan.

Peluang untuk hidup dan nikmati kehidupan milik mereka SENDIRI dan bukan orang lain telah lama bertapak di minda. Mereka pasti, IMKK boleh membantu mereka untuk mengenali, menggali dan menguasai siapa sebenarnya diri mereka. Ini membuatkan mereka lebih jelas kenapa mereka perlu ubah dan perbaiki hidup mereka.

Di IMKK, mereka belajar untuk menutup lompang-lompang kelemahan diri mereka dalam perniagaan dan hubungan sesama ahli keluarga khususnya. IMKK buat mereka jadi lebih berani untuk buat tindakan dalam hidup!

Seperti biasanya, program intensif 3 hari ini didahulukan dengan sesi pendaftaran pada 17 & 18 November 2016. Program luar biasa, yang hadir juga sudah tentu bukan orang biasa-biasa. Diserikan dengan kehadiran beberapa selebriti tempatan dan mereka yang sememangnya hebat-hebat belaka kerana berjaya melawan ‘objection’ diri sendiri.

Mungkin ada yang tertanya siapa agaknya selebriti tempatan yang hadir ke IMKK kali ini? Jangan terkejut, ada yang ternampak kelibat Amy Search, Dato Seri Vida, Che Ta dan Zain. Sebabnya, ini bukan cobaan! Ini betul betul!

emy-imkk

Nah, siapa kata kalau mereka sudah popular dan berjaya tak perlu nak hadir dalam program-program ilmu? Alangkan pemilik Qu Puteh, Qu Puteh, barulah putih pun hadir, apa lagi anda yang baru nak mulakan bisnes? Bukan. Jangan rasa rendah diri. Datanglah ke program ilmu. Mantapkan diri.

Orang dahulu kala kata, malu bertanya sesat di jalan. Malu nak ke program ilmu, malu-malu jugalah nak datangnya kejayaan!

vida-imkk

Di IMKK kali ini, mereka yang hadir juga berpeluang untuk mendengar kisah jatuh bangunnya sepasang selebriti popular, Che Ta dan Zain, melalui sesi perkongsian Hotseat. Satu lagi sesi ‘wajib’ IMKK, bacaan ratib yang diketuai oleh Ustaz Asraff Ayob memberikan seakan satu ketenangan jiwa dalam setiap mereka yang hadir. Tinggalkan seketika dunia. Tak lari gunung dikejar bukan?

Pesan Dr Azizan Osman, “Be the best, do the best. Jangan bertangguh untuk ubah sistem kehidupan anda. Jangan tangguh untuk perbaiki hubungan anda dengan keluarga dan Tuhan. Jangan tangguh untuk mulakan langkah meningkatkan tahap kehidupan anda hari ini. Siapa lagi yang nak tolong anda jika bukan diri anda sendiri?

che-zain-imkk

“Buangkan persepsi negatif. Bukakan hati dan fikiran anda untuk CUBA hadir ke program ilmu kami. Lebih baik rugi mencuba berbanding rugi tak mencuba. Sekurang-kurangnya, anda bawa pulang ilmu luar biasa. Kalau anda langsung tak cuba, apa yang anda bawa pulang? Tak ada apa apa!

Kami doakan anda kaya dan berjaya. Dunia, sampai akhirat.”

 

Kenyataan Rasmi – Penjelasan Mengenai Kelayakan Dr. Azizan Osman

oleh Team Richworks pada 06 October 2016
kenyataan-rasmi-dr-azizan-osman

 

KENYATAAN RASMI

PENJELASAN MENGENAI KELAYAKAN DR. AZIZAN OSMAN

Kuala Lumpur, 6 Oktober 2016 – Kami kesal dengan kekeliruan dan kesulitan yang telah timbul berkaitan dengan status kelayakan Dr. Azizan Osman. Dr. Azizan Osman dan semua ahli Kumpulan Syarikat Richworks percaya dengan pendidikan seumur hidup dan pencapaian pengetahuan yang dikongsi dengan begitu bersemangat bersama rakyat Malaysia.Memandangkan perkembangan baru-baru ini, kami ingin mengambil kesempatan untuk memperjelaskan kemusykilan yang telah timbul dan menyingkirkan apa-apa ketidakpastian.

Dr. Azizan Osman memegang kelulusan Doktor Sains (Metafizik) dari Gordon University, Bradenton, Florida, Amerika Syarikat sejak 2009.

Sepanjang 4 tahun yang lalu. Dr. Azizan telah memenuhi semua syarat-syarat untuk Doktor Falsafah (Psikologi) dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom. Konvokesyen beliau di Universiti Hertfordshire dijangka berlangsung dalam masa yang terdekat.

Berkenaan dengan Ijazah Doktor Kehormat dari Universiti Malaya, kami telah dimaklumkan bahawa Dr. Azizan Osman telah malangnya disasarkan dan diperdayakan oleh pihak-pihak yang bukan wakil universiti tersebut. Kami telah pun membuat laporan polis dan perkara ini sedang disiasat.

Semasa proses siasatan dalaman yang kami telah jalankan baru-baru ini, kami telah menjumpai beberapa kelemahan serius berkenaan prosedur-prosedur operasi kami. Malangnya, kelemahan ini telah menyebabkan penggunaan ijazah kedoktoran dari Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur dan Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai rujukan kepada Dr. Azizan Osman yang tidak pernah beliau akui.

Sebagai sebuah organisasi, kami amat khuatir dengan keadaan serius ini dan kami telah pun melaksanakan satu pelan komprehensif untuk membetulkan situasi ini dengan kadar yang segera. Kami berkomited terhadap menegakkan integriti organisasi kami dan berdedikasi untuk meningkatkan prosedur kami untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami.

Pada masa ini, kami ingin menjelaskan bahawa profil media sosial Dr. Azizan Osman yang benar boleh didapati di Facebook www.facebook.com/azizanosmanofficialpage dan LinkedIn www.linkedin.com/in/drazizanosman. Laman web rasmi syarikat adalah www.richworks.com.my.

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau aduan mengenai akaun media sosial atau laman web yang berkaitan dengan Dr. Azizan Osman, sila hubungi kami di corporatecomm@richworks.com.my.

– TAMAT –

————————————

 

Kuala Lumpur, 6 October 2016 – We regret the confusion and inconvenience that has arisen with regards to the status of Dr. Azizan Osman’s qualifications. Dr. Azizan Osman and all of us at Richworks Group of Companies believe in life long education and the attainment of knowledge that we so passionately share with Malaysians.

In light of recent developments, we would like to take this opportunity to clarify concerns that have been raised and put uncertainty to rest.

Dr. Azizan Osman has held a Doctor of Science (Metaphysics) from Gordon University, Bradenton, Florida, United States of America since 2009.

Over the last 4 years, Dr. Azizan has fulfilled the requirements for his Doctor of Philosophy (Psychology) from University of Hertfordshire, United Kingdom. His convocation at University of Hertfordshire is due to take place soon.

With regards to the honorary doctorate from Universiti Malaya, it has come to our attention that Dr. Azizan Osman had been unfortunately targeted and misled by parties who were not representatives of the university. We have since lodged a police report and this matter is currently under investigation.

During an internal inquiry process that we recently conducted, we uncovered some severe shortcomings in our operating procedures. Regrettably, these shortcomings have also led to the inclusion of doctorates from Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur and Universiti Kebangsaan Malaysia in reference to Dr. Azizan Osman, which he has never professed to have.

We as an organisation are very concerned about the severity of this situation and have put a comprehensive plan in place to immediately correct the situation. We are committed to upholding the integrity of our organisation and are dedicated to improving our processes moving forward so we can better serve our customers.

At this juncture, we would also like to clarify that Dr. Azizan Osman’s authentic social media profiles can be located on Facebook at www.facebook.com/azizanosmanofficialpage and LinkedIn at www.linkedin.com/in/drazizanosman. The official company website is www.richworks.com.my.

If there are any questions or concerns regarding social media accounts or websites related to Dr. Azizan Osman, kindly contact us at corporatecomm@richworks.com.my.

– END –

kenyataan-rasmi-dr-azizan-osman-bmkenyataan-rasmi-dr-azizan-osman-bi

 

 

Jual Ubat Kurus

oleh Team Richworks pada 01 August 2016

017B

Wanita ini mencipta nama melalui Facebook dan Instagram.

Bunyi macam seronok tapi anda perlu baca kisah naik turun kehidupan bekas jururawat ini. Percaya tak anda, pada umur 26 tahun wanita ini mampu buat jualan sehingga RM1.4 juta?

Puan Marziana Shukri, pernah mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana percaya minatnya dalam berniaga boleh membantu memberikan pendapatan yang lebih baik kepada beliau.  Malangnya, berhenti kerja tanpa perancangan yang betul menyebabkan beliau berada dalam situasi yang sukar.

Untuk menampung kehidupan, beliau berniaga sengkuang calit di pasar ‘uptown’.  Kemudian beliau bermula dengan berniaga menjadi dropship kepada produk orang lain.  Tarikan berniaga secara online semakin kuat dan beliau mula mempromosikan produk menggunakan Facebook.

Anehnya! Beliau mula berniaga online walaupun masih menggunakan “handphone torchlight” sebuah‘tab’ dan wi-fi kedai mamak!  Berpegang kepada prinsip, bermula dengan apa yang ada di tangan, beliau teruskan usaha tanpa putus asa.

Bagaimana perniagaan beliau boleh meletup?

Sehinggalah beliau terfikir untuk mencari guru yang boleh mengajar berniaga di Facebook supaya dapat memendekkan jangka masa dan melonjakkan perniagaan onlinenya, beliau mula hadir ke Program Dr Azizan Osman.

Dengan ilmu-ilmu yang diperolehi, beliau semakin fokus dengan perniagaan melalui Facebook dan mula ‘brandingkan diri’. Selain dari itu, beliau juga telah mengenalpasti potensi diri iaitu minat beliau untuk mengajar.  Dari situ, beliau mula menulis ebook, dengan niat untuk berkongsi ilmu dengan lebih ramai orang lain.

Puan Marziana kemudian mula berjinak-jinak untuk menggunakan platform Instagram dan perniagaannya mula semakin meletup sehingga mendapat liputan dari pihak media.  Nak tahu ilmu perkongsian beliau tentang perniagaan melalui Instagram, tonton perkongsian beliau sehingga habis.

Pasti anda belajar sesuatu dari perkongsian beliau.

Pesan terakhir beliau, tak perlu tunggu semua sempurna untuk bina perniagaan. Mulakan sahaja dengan apa yang ada.

Buat keputusan sekarang untuk ubah dan perbaiki kehidupan anda.

Salam Kejayaan.

Team Richworks

 
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start