Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) 18-20 November 2016

oleh Team Richworks pada 21 November 2016

imkk-mei-2016-v2

“Sampai bilakah agaknya aku mahu terus-terusan merealisasikan impian orang lain? Sampai bila juga aku perlu tersangkut hanya di tahap ini dalam kehidupan? Musuh utama aku bukan orang lain, tapi diri aku sendiri. Aku mesti lawan! Lawan!”

Sesiapa yang berani melawan musuh tersembunyi ini sahaja yang akan mulakan langkah untuk keluar dari tahap biasa-biasa ke tahap yang lebih tinggi.

Alhamdulillah, sepanjang 18 hingga 20 November 2016 yang lalu, Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam telah menjadi saksi kepada titik permulaan perubahan kehidupan bagi hampir 3000 insan luar biasa. Siapa yang tahu, susah senang mereka untuk mengambil keputusan sebegitu.

Setiap dari mereka punya impian yang besar, yang mungkin masih tersembunyi, kabur dan samar dan atas sebab itu, mereka mengorak langkah pertama untuk mencari kejelasan dalam memenuhi dan merealisasikannya. Masa depan mereka, hanya mereka yang tentukan.

Peluang untuk hidup dan nikmati kehidupan milik mereka SENDIRI dan bukan orang lain telah lama bertapak di minda. Mereka pasti, IMKK boleh membantu mereka untuk mengenali, menggali dan menguasai siapa sebenarnya diri mereka. Ini membuatkan mereka lebih jelas kenapa mereka perlu ubah dan perbaiki hidup mereka.

Di IMKK, mereka belajar untuk menutup lompang-lompang kelemahan diri mereka dalam perniagaan dan hubungan sesama ahli keluarga khususnya. IMKK buat mereka jadi lebih berani untuk buat tindakan dalam hidup!

Seperti biasanya, program intensif 3 hari ini didahulukan dengan sesi pendaftaran pada 17 & 18 November 2016. Program luar biasa, yang hadir juga sudah tentu bukan orang biasa-biasa. Diserikan dengan kehadiran beberapa selebriti tempatan dan mereka yang sememangnya hebat-hebat belaka kerana berjaya melawan ‘objection’ diri sendiri.

Mungkin ada yang tertanya siapa agaknya selebriti tempatan yang hadir ke IMKK kali ini? Jangan terkejut, ada yang ternampak kelibat Amy Search, Dato Seri Vida, Che Ta dan Zain. Sebabnya, ini bukan cobaan! Ini betul betul!

emy-imkk

Nah, siapa kata kalau mereka sudah popular dan berjaya tak perlu nak hadir dalam program-program ilmu? Alangkan pemilik Qu Puteh, Qu Puteh, barulah putih pun hadir, apa lagi anda yang baru nak mulakan bisnes? Bukan. Jangan rasa rendah diri. Datanglah ke program ilmu. Mantapkan diri.

Orang dahulu kala kata, malu bertanya sesat di jalan. Malu nak ke program ilmu, malu-malu jugalah nak datangnya kejayaan!

vida-imkk

Di IMKK kali ini, mereka yang hadir juga berpeluang untuk mendengar kisah jatuh bangunnya sepasang selebriti popular, Che Ta dan Zain, melalui sesi perkongsian Hotseat. Satu lagi sesi ‘wajib’ IMKK, bacaan ratib yang diketuai oleh Ustaz Asraff Ayob memberikan seakan satu ketenangan jiwa dalam setiap mereka yang hadir. Tinggalkan seketika dunia. Tak lari gunung dikejar bukan?

Pesan Dr Azizan Osman, “Be the best, do the best. Jangan bertangguh untuk ubah sistem kehidupan anda. Jangan tangguh untuk perbaiki hubungan anda dengan keluarga dan Tuhan. Jangan tangguh untuk mulakan langkah meningkatkan tahap kehidupan anda hari ini. Siapa lagi yang nak tolong anda jika bukan diri anda sendiri?

che-zain-imkk

“Buangkan persepsi negatif. Bukakan hati dan fikiran anda untuk CUBA hadir ke program ilmu kami. Lebih baik rugi mencuba berbanding rugi tak mencuba. Sekurang-kurangnya, anda bawa pulang ilmu luar biasa. Kalau anda langsung tak cuba, apa yang anda bawa pulang? Tak ada apa apa!

Kami doakan anda kaya dan berjaya. Dunia, sampai akhirat.”

 

Kenyataan Rasmi – Penjelasan Mengenai Kelayakan Dr. Azizan Osman

oleh Team Richworks pada 06 October 2016
kenyataan-rasmi-dr-azizan-osman

 

KENYATAAN RASMI

PENJELASAN MENGENAI KELAYAKAN DR. AZIZAN OSMAN

Kuala Lumpur, 6 Oktober 2016 – Kami kesal dengan kekeliruan dan kesulitan yang telah timbul berkaitan dengan status kelayakan Dr. Azizan Osman. Dr. Azizan Osman dan semua ahli Kumpulan Syarikat Richworks percaya dengan pendidikan seumur hidup dan pencapaian pengetahuan yang dikongsi dengan begitu bersemangat bersama rakyat Malaysia.Memandangkan perkembangan baru-baru ini, kami ingin mengambil kesempatan untuk memperjelaskan kemusykilan yang telah timbul dan menyingkirkan apa-apa ketidakpastian.

Dr. Azizan Osman memegang kelulusan Doktor Sains (Metafizik) dari Gordon University, Bradenton, Florida, Amerika Syarikat sejak 2009.

Sepanjang 4 tahun yang lalu. Dr. Azizan telah memenuhi semua syarat-syarat untuk Doktor Falsafah (Psikologi) dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom. Konvokesyen beliau di Universiti Hertfordshire dijangka berlangsung dalam masa yang terdekat.

Berkenaan dengan Ijazah Doktor Kehormat dari Universiti Malaya, kami telah dimaklumkan bahawa Dr. Azizan Osman telah malangnya disasarkan dan diperdayakan oleh pihak-pihak yang bukan wakil universiti tersebut. Kami telah pun membuat laporan polis dan perkara ini sedang disiasat.

Semasa proses siasatan dalaman yang kami telah jalankan baru-baru ini, kami telah menjumpai beberapa kelemahan serius berkenaan prosedur-prosedur operasi kami. Malangnya, kelemahan ini telah menyebabkan penggunaan ijazah kedoktoran dari Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur dan Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai rujukan kepada Dr. Azizan Osman yang tidak pernah beliau akui.

Sebagai sebuah organisasi, kami amat khuatir dengan keadaan serius ini dan kami telah pun melaksanakan satu pelan komprehensif untuk membetulkan situasi ini dengan kadar yang segera. Kami berkomited terhadap menegakkan integriti organisasi kami dan berdedikasi untuk meningkatkan prosedur kami untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami.

Pada masa ini, kami ingin menjelaskan bahawa profil media sosial Dr. Azizan Osman yang benar boleh didapati di Facebook www.facebook.com/azizanosmanofficialpage dan LinkedIn www.linkedin.com/in/drazizanosman. Laman web rasmi syarikat adalah www.richworks.com.my.

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau aduan mengenai akaun media sosial atau laman web yang berkaitan dengan Dr. Azizan Osman, sila hubungi kami di corporatecomm@richworks.com.my.

– TAMAT –

————————————

 

Kuala Lumpur, 6 October 2016 – We regret the confusion and inconvenience that has arisen with regards to the status of Dr. Azizan Osman’s qualifications. Dr. Azizan Osman and all of us at Richworks Group of Companies believe in life long education and the attainment of knowledge that we so passionately share with Malaysians.

In light of recent developments, we would like to take this opportunity to clarify concerns that have been raised and put uncertainty to rest.

Dr. Azizan Osman has held a Doctor of Science (Metaphysics) from Gordon University, Bradenton, Florida, United States of America since 2009.

Over the last 4 years, Dr. Azizan has fulfilled the requirements for his Doctor of Philosophy (Psychology) from University of Hertfordshire, United Kingdom. His convocation at University of Hertfordshire is due to take place soon.

With regards to the honorary doctorate from Universiti Malaya, it has come to our attention that Dr. Azizan Osman had been unfortunately targeted and misled by parties who were not representatives of the university. We have since lodged a police report and this matter is currently under investigation.

During an internal inquiry process that we recently conducted, we uncovered some severe shortcomings in our operating procedures. Regrettably, these shortcomings have also led to the inclusion of doctorates from Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur and Universiti Kebangsaan Malaysia in reference to Dr. Azizan Osman, which he has never professed to have.

We as an organisation are very concerned about the severity of this situation and have put a comprehensive plan in place to immediately correct the situation. We are committed to upholding the integrity of our organisation and are dedicated to improving our processes moving forward so we can better serve our customers.

At this juncture, we would also like to clarify that Dr. Azizan Osman’s authentic social media profiles can be located on Facebook at www.facebook.com/azizanosmanofficialpage and LinkedIn at www.linkedin.com/in/drazizanosman. The official company website is www.richworks.com.my.

If there are any questions or concerns regarding social media accounts or websites related to Dr. Azizan Osman, kindly contact us at corporatecomm@richworks.com.my.

– END –

kenyataan-rasmi-dr-azizan-osman-bmkenyataan-rasmi-dr-azizan-osman-bi

 

 

Jual Ubat Kurus

oleh Team Richworks pada 01 August 2016

017B

Wanita ini mencipta nama melalui Facebook dan Instagram.

Bunyi macam seronok tapi anda perlu baca kisah naik turun kehidupan bekas jururawat ini. Percaya tak anda, pada umur 26 tahun wanita ini mampu buat jualan sehingga RM1.4 juta?

Puan Marziana Shukri, pernah mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana percaya minatnya dalam berniaga boleh membantu memberikan pendapatan yang lebih baik kepada beliau.  Malangnya, berhenti kerja tanpa perancangan yang betul menyebabkan beliau berada dalam situasi yang sukar.

Untuk menampung kehidupan, beliau berniaga sengkuang calit di pasar ‘uptown’.  Kemudian beliau bermula dengan berniaga menjadi dropship kepada produk orang lain.  Tarikan berniaga secara online semakin kuat dan beliau mula mempromosikan produk menggunakan Facebook.

Anehnya! Beliau mula berniaga online walaupun masih menggunakan “handphone torchlight” sebuah‘tab’ dan wi-fi kedai mamak!  Berpegang kepada prinsip, bermula dengan apa yang ada di tangan, beliau teruskan usaha tanpa putus asa.

Bagaimana perniagaan beliau boleh meletup?

Sehinggalah beliau terfikir untuk mencari guru yang boleh mengajar berniaga di Facebook supaya dapat memendekkan jangka masa dan melonjakkan perniagaan onlinenya, beliau mula hadir ke Program Dr Azizan Osman.

Dengan ilmu-ilmu yang diperolehi, beliau semakin fokus dengan perniagaan melalui Facebook dan mula ‘brandingkan diri’. Selain dari itu, beliau juga telah mengenalpasti potensi diri iaitu minat beliau untuk mengajar.  Dari situ, beliau mula menulis ebook, dengan niat untuk berkongsi ilmu dengan lebih ramai orang lain.

Puan Marziana kemudian mula berjinak-jinak untuk menggunakan platform Instagram dan perniagaannya mula semakin meletup sehingga mendapat liputan dari pihak media.  Nak tahu ilmu perkongsian beliau tentang perniagaan melalui Instagram, tonton perkongsian beliau sehingga habis.

Pasti anda belajar sesuatu dari perkongsian beliau.

Pesan terakhir beliau, tak perlu tunggu semua sempurna untuk bina perniagaan. Mulakan sahaja dengan apa yang ada.

Buat keputusan sekarang untuk ubah dan perbaiki kehidupan anda.

Salam Kejayaan.

Team Richworks

 

Wanita Di Sebalik Tudung

oleh Team Richworks pada 20 July 2016

015B

Kontroversi buatkan Sugarscarf kian digemari

Perniagaan tudung dan pakaian muslimah adalah antara perniagaan yang paling banyak wujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan.  Dari tudung berharga RM10 sehingga beratus-ratus ringgit, semuanya bagaikan merajai industri fesyen wanita sekarang.  Lambakkan perniagaan tudung di pasaran membuatkan kita berfikir bagaimana mereka mampu bersaing?  Apa teknik yang mereka gunakan untuk kekal dalam pasaran?  Bagaimana tudung mereka boleh ‘laku keras’?

Puan Eyqa Sulaiman, Pemilik Sugarscarf International Sdn Bhd telah memulakan perniagaannya semenjak tahun 2009. Sehingga kini, walaupun semakin banyak perniagaan tudung yang wujud, beliau tidak menunjukkan tanda-tanda terkesan dengan persaingan.  Kini, Sugarscarf mula menjejakkan kaki ke luar negara dan mula terlibat dalam pertunjukkan fesyen di peringkat antarabangsa dan mampu membuat jualan mencecah RM10 juta pada tahun 2015!

Namun menurut beliau, ianya bukan berlaku sekelip mata.  Banyak perkara dan halangan yang perlu dilalui.  Pada peringkat awal, walaupun dah berniaga beberapa tahun tetapi perniagaan masih tak sekukuh yang seperti dibayangkan. Malahan, kehidupan masih huru hara, terkejar-kejar ke sana-sini, hidup dalam keadaan tak cukup masa untuk diri sendiri.

Menurut Puan Eyqa, sebelum ini beliau tidak berminat untuk menyertai mana-mana program yang dianjurkan oleh Dr Azizan Osman, namun selepas mendengar sendiri cerita dari suaminya yang telah hadir dan melihat pencapaian kawan-kawannya yang telah pergi ke program Dr Azizan Osman, hatinya meronta-ronta untuk menyertai dan ingin lebih berjaya seperti yang lain.

Tonton perkongsian wanita di sebalik Sugarscarf ini.

Sebagaimana tingginya kualiti produk keluarannya, begitu juga kualiti guru yang dicari. Apabila beliau mahu berguru dengan seseorang guru atau mentor, kriteria utamanya ialah Proven Success Result dan kerana itulah beliau memilih Dr Azizan Osman.

Setelah beberapa kali menghadiri program Dr Azizan Osman, hidupnya telah disumpah dengan kata-kata supaya lebih berjaya dan lebih bahagia dalam hidup dan perniagaan. Dan apabila kolam jiwa sudah bersih, beliau telah melihat semua perkara yang beliau lakukan adalah luar biasa dan hampir setiap hari peluang baharu dan tawaran sentiasa menjengah dalam hidupnya sehingga beliau terpaksa menolak kerana tidak menang tangan.

Dari segi pemasaran beliau juga mengikut tips dari Dr Azizan Osman iaitu dengan mencipta kontroversi. Namun siapa menjangka dengan kontroversi dapat mendatangkan hasil jualan yang hebat.  Namun begitu, banyak yang perlu beliau sediakan sebelum mencetuskan kontroversi termasuk sikap yang betul.  Dengan izin Allah, dan ilmu yang dipelajari beliau mampu menerima kritikan dan produknya habis dijual hasil kontroversi yang dicipta.

Mahu ketahui lebih lanjut, layari www.millionairemarketingmastery.com.my

Salam Kejayaan.

Team Richworks

 

10 Cara Untuk Menggunakan Masa dengan Baik

oleh Team Richworks pada 19 July 2016

Blog Poster

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran” (Surah Al-Asr,Ayat 1-3)

Kita sering merasa terburu-buru mengejar masa kerana perlukan masa yang banyak bagi melakukan aktiviti harian. Ini akan menyebabkan kerja yang kita lakukan menjadi kelam kabut. Tahukah anda, kekayaan masa iaitu mempunyai masa yang cukup untuk melakukan apa yang kita suka adalah satu nikmat yang tak terhingga?

Kami bantu anda dengan memberikan 10 tips pengurusan masa dengan baik.

1. Rancang jadual harian

Rancang jadual aktiviti harian adalah penting kerana kehidupan kita menuntut kita meluangkan masa untuk bersama diri sendiri, keluarga dan juga untuk Allah Swt. Pengurusan masa adalah pengurusan kehidupan harian kita. Berjaya mengurus masa bermakna kita berjaya menguruskan hidup kita.

Anda boleh mulakan hari anda dengan melakukan kerja-kerja yang paling penting di awal pagi. Anda juga boleh rancang jadual anda pada hari atau minggu sebelumnya.

2. Tetapkan had masa untuk setiap tugas

Jangan lakukan sesuatu tugas lain sebelum menyelesaikan tugas yang kita sedang lakukan. Sentiasa periksa jadual sebelum memulakan tugas yang baru. Sentiasa tanya diri sendiri, bilakah tugas yang sedang dilakukan itu boleh selesai? Bilakah ianya perlu diselesaikan.  Adalah lebih bagus untuk menyiapkan tugasan lebih awal supaya anda ada lebih masa untuk memeriksa tugasan anda.  Ini akan memastikan tugas yang sedang dibuat akan mencapai matlamat yang berkualiti. Ini juga akan membantu kita untuk lebih fokus dalam menyiapkan tugasan yang kita perlu lakukan.

3. Tahu deadline anda

Bukan mudah bagi kita untuk merancang kerja yang perlu dilakukan. Set tarikh akhir (deadline) untuk menyelesaikan kerja kerana ini akan mengurangkan rasa risau kerana merasa tidak mencukupi masa.  Melakukan tugasan tanpa tahu tarikh akhirnya seperti anda tidak tahu arah tuju atau kesudahan tugasan tersebut.  Ini menyebabkan anda akan mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya.

4. Belajar untuk berkata “TIDAK”

Daripada semua tips penggunaan masa dengan baik, barangkali yang paling efektif ialah selalu menggunakan perkataan tidak. Belajarlah menolak dengan menggunakan kebijaksanaan tetapi tegas terhadap setiap permintaan yang tidak menunjang pencapaian sasaran anda.  Kadang-kadang, bila kita berani mengatakan tidak kepada ajakkan kawan-kawan, atau kepada perkara-perkara yang tidak memberikan kesan besar kepada kita, kita boleh gunakan masa tersebut untuk perkara yang lebih memberikan kebaikan kepada kita.

5. Teknik 15 minit lebih awal

Dalam zaman sekarang, sangat mudah untuk kita mengawal masa.  Kita boleh gunakan telefon bimbit sebagai penjaga masa kita.  Dalam telefon bimbit, kita boleh setkan ‘reminder’ untuk memberi peringatan kepada kita tentang jadual dan waktu yang tepat.  Ada orang menggunakan kaedah menetapkan waktu jam 15 minit lebih awal dari waktu sebenarnya supaya kita lebih berdisiplin dan mengelakkan dari terlambat.

6. Fokus

Kita akan memberi lebih tumpuan dalam melakukan kerja sekiranya kita fokus kepada sesuatu kerja. Buat sesuatu kerja dengan memastikan kerja tersebut merupakan perkara yang utama perlu diselesaikan. Untuk membantu anda fokus, anda boleh kurangkan gangguan di sekitar anda.  Anda boleh ‘silent’ kan telefon bimbit, matikan notifikasi media sosial anda, jauhkan diri dari televisyen, YouTube dan lain-lain yang boleh mengalih perhatian anda dari terus fokus.

7. Jejaki masa yang dihabiskan

Lihat kembali pencapaian masa yang telah kita gunakan dalam sesuatu kerja.  Gunakan teknik ini dengan memperkembangkan lagi fokus dalam matlamat yang perlu kita capai.  Ramai antara kita tak pernah “keep track” berapa banyak masa yang kita gunakan untuk selesaikan sesuatu perkara. Sebagai contoh, cuba jejaki berapa banyak masa untuk anda siapkan satu tugasan yang biasa anda lakukan dan cuba lakukannya lebih cepat keesokkan hari.  Anda akan mula perasan anda ada lebihan masa nanti.

8. Tidak kecoh dengan perkara-perkara tidak penting

Ramai antara kita selalu menyalahgunakan masa dengan kecoh dengan perkara-perkara yang tak ada kena mengena dengan kita.  Contoh jelas, jika berlaku kemalangan di lebuh raya, ramai pemandu akan berhenti semata-mata untuk tengok.  Ini akan menyebabkan anda lambat sampai ke lokasi dan juga melambatkan orang lain.  Jangan  kecoh dan kepoh dengan perkara-perakara yang tidak membawa kebaikan.

9. Jangan lupa untuk berehat.

Bekerja dalam tempoh yang lama tanpa rehat bukanlah penggunaan waktu yang efektif. Tenaga makin menurun, kebosanan makin mempengaruhi serta ketegangan fizikal dan mental makin terkumpul. Oleh itu, anda memerlukan masa rehat yang secukupnya kerana hanya berehat sahaja merupakan cara yang paling baik.  Tidur sebentar juga boleh membantu kita menjadi lebih efektif, Rasulullah juga mengamalkannya.  Tapi jangan jadikan ini sebagai alasan untuk lari dari tugasan!

10. Jangan mudah terpedaya

Masa bergerak sangat pantas.  Kadang-kadang tanpa kita sedar, hari dah menjelang petang sedangkan banyak lagi perkara yang kita tak lakukan.  Ramai orang mudah terpedaya dengan masa dan mula menggunakan masa sebagai alasan.  “Releks la, baru pukul 9 pagi.”  “Kenapa nak cepat-cepat, ini kan waktu rehat”. Dengan asyik melengah-lengahkan masa dan membiarkan diri terpedaya dengan masa yang ada, kita akan kehilangan masa tersebut.

Orang berjaya dalam hidup sangat menghargai masa.  Tujuan mereka kaya dan berjaya ialah supaya mereka ada lebih banyak masa untuk diluangkan dengan Allah swt, dengan diri sendiri dan keluarga. Anda bagaimana?

Salam Kejayaan,

Team Richworks.

 

Siapa Sangka Sampah Boleh Jadi Duit?

oleh Team Richworks pada 18 July 2016

014B

Usia bukan penghalang untuk Tuan Haji Mat bina empayar perniagaan.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sampah? Air kumbahan? Busuk? Jijik? Hina? Siapa nak datang dekat? Siapa yang sanggup hadap?

Namun siapa yang menyangka, Tuan Haji Mat mampu membina empayar perniagaan dengan apa yang ramai orang lihat sebagai menjijikkan. Bagi beliau, bukan jijik yang dilihat tapi bagaimana masalah pengurusan sampah dan air kumbahan dilihat sebagai peluang untuk beliau memberi khidmat dan bantuan kepada orang ramai.

Orang zaman sekarang selalu beranggapan dan mempunyai persepsi yang salah tentang perniagaan. Bagi mereka, berniaga mesti terlibat dalam urusan import eksport atau mengeluarkan produk yang hebat-hebat sahaja sehinggakan kita tidak melihat masalah yang ada di sekeliling kita sebagai satu peluang. Kepakaran dan pengetahuan yang kita ada juga dapat kita gunakannya untuk membantu orang lain dan menjadikan ianya satu perniagaan.

Menurut beliau, sebelum ini beliau selalu beralasan dan mengelakkan diri dari pergi ke program Dr Azizan Osman walaupun diajak oleh anaknya. Beliau merasakan dirinya sudah cukup hebat dan ilmu sudah penuh di dada dan beliau seringkali menolak permintaan anaknya.

Dengan izin Allah, hati beliau terbuka untuk turut hadir. Selepas balik dari program Dr Azizan, beliau sangat terkesan dengan kata-kata ‘Fast Action, Fast Result’. Kata-kata Fast Action, Fast Result bagi beliau  menyebabkan beliau berfikir, jika kita mahu lakukan sesuatu dan kita mahu tunggu kita “bersedia”, sampai bila pun kita tidak akan ada cukup persediaan. Kadang-kadang tindakan yang terbaik adalah ‘redah je’ apatah lagi jika ianya bermanfaat untuk kita.

Katanya “Kadang-kadang kita ni dah berniaga dah terlalu lama, kita rasa dah tahu semua tentang perniagaan.  Tapi bila saya pergi program Dr Azizan, saya nampak banyak perkara, Dr Azizan dah bukakan mata dan idea saya kepada lebih banyak perkara.”

Tonton perkongsian beliau sekarang.

MMM HS Mac 2016 – Haji Mat Haji Jantan

Berniaga bukan setakat buka dan tutup kedai sahaja.  Ianya lebih dari itu.  Tak kira apa sahaja perniagaan yang anda jalankan, anda perlu berilmu.  Ilmu yang dah terbukti berjaya.

Layari www.marketingmastery.com.my untuk maklumat lanjut.  Buat keputusan sekarang untuk ubah dan perbaiki kehidupan anda.

Salam Kejayaan.

Team Richworks

 

Pemenang Pertandingan Erti Hari Raya Aidilfitri Bagi Anda!

oleh Team Richworks pada 12 July 2016

ayman-azman

 

Kami dah jumpa pemenang Pertandingan Erti Hari Raya Aidilfitri Bagi Anda!

Duit Raya RM1,000 tunai dah ada yang punya …

Tahniah kepada pemenang yang bertuah Pn Ayma Azman.

 

ayma-azman

=====================
Tapi! Anda jangan kecewa. Bagi yang dah hantar gambar Raya, anda boleh berusaha lagi untuk menambahkan “LIKE” dalam pertandingan ‪#‎kongsimomentraya‬ ‪#‎kongsimomentrayaRichworks‬ anda.

Cop! Cop! Anda tak boleh tambah atau hantar gambar baru tapi hanya boleh berusaha untuk tambah “LIKE” sahaja. Kami beri anda sedikit masa dan peluang terakhir untuk tambahkan “LIKE” di FB anda sehingga jam 10 pagi esok.

Nantikan pengumuman nama 10 pemenang dari kami.

‪#‎TeamAzizan‬

 

Berniaga 8 Hari Sebulan : Lelaki Ini Mampu Dapat Lebih Dari Gaji Bulanan

oleh Team Richworks pada 05 July 2016

image

Anda nak mulakan perniagaan katering untuk majlis rumah terbuka di musim raya ini?

Nak tahu? Hanya dengan berniaga 8 hari sebulan, lelaki ini bersama isterinya mampu capai sehingga RM50,000 sebulan dengan perniagaan kateringnya.

Bekerja lima hari seminggu, kadang-kadang sudah cukup memenatkan bagi sesetengah orang. Namun, bagi sebahagian orang lain yang tidak mudah rasa selesa dengan apa yang ada, mereka sanggup mengorbankan hujung minggu dengan aktiviti yang mampu meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Bagi Zulkarnain Mohamed Noor dan isterinya Norlaili Mohamad Nor, bekerja sebagai pegawai bank lima hari seminggu tidak menghalang mereka untuk menjalankan perniagaan katering pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Malahan, dengan ilmu yang mereka ada mereka mampu menguruskan perniagaan tersebut secara bersistem tanpa mengabaikan tugasan seharian.

Menurutnya, beliau mungkin tidak akan dapat melakukan perniagaan ini tanpa ilmu-ilmu dari program Dr. Azizan Osman. Bermula hanya dengan menyediakan 300 pek makanan, kini Zukarnain dan perniagaan Serambi Kateringnya mampu menyediakan lebih dari 3000 pek untuk sesebuah majlis.

Kata Zulkarnain, “Bukan senang nak menguruskan majlis dan menyediakan jamuan. Sebelum ini, kami hanya redah sahaja, segalanya kami lakukan tanpa ilmu pengurusan yang betul. Akibatnya, kami pernah kena tipu. Semuanya akibat tiada ilmu perniagaan.”

“Namun, Alhamdulillah, selepas belajar dari Dr Azizan Osman, saya dan isteri lebih memahami konsep perniagaan dan berhati-hati dalam setiap urusan di samping lebih mendekatkan diri dengan Allah SWT. Ini yang saya suka tentang program Dr Azizan Osman. Beliau mengajar kami untuk mengenal semula diri kita yang sentiasa kekurangan.” Ujar beliau lagi.

Hanya dengan berniaga hujung minggu, Zulkarnain kini mampu membuat jualan sehingga 6 angka setahun. Beliau bertekad untuk terus menghadiri program Dr Azizan Osman untuk menyediakan dirinya untuk melebarkan sayap perniagannya.

Pesan Dr Azizan Osman “kalau nak berperang, kena sediakan peluru secukupnya, kalau nak berniaga perlu ilmu sepenuhnya” dipegang utuh.

Macam mana? Anda pun boleh miliki perniagaan seperti beliau. Mulakan dengan menyediakan perkhidmatan katering kecil-kecilan untuk majlis rumah terbuka di musim raya ini. Mana tahu, InsyaAllah akan jadi sebuah perniagaan besar nanti.

Anda juga boleh mulakan dengan hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK). Layari www.azizanosman.cok/imkk untuk IMKK KUALA LUMPUR atau www.azizanosman.com/imkk-sabah untuk IMKK SABAH.

Salam Kejayaan
Team Richworks.

 

9 Tradisi Menjelang Aidilfitri Yang Kian Dilupakan

oleh Team Richworks pada 04 July 2016

Blog Poster

Mengimbau kembali zaman kanak-kanak, pasti anda dapat rasa bahawa kemeriahan Aidilfitri sekarang seperti kurang umph! berbanding zaman dahulu, bukan? Zaman semakin berubah, teknologi semakin maju, tapi memori manis yang kita alami dahulu itulah yang paling berharga dan menyeronokkan. Anak-anak zaman dahulu juga tidak kekok bergelak tawa dan bermain bersama sepupu dan saudara. Tapi kini, hanya gajet jadi teman setia. Mana nak cari lagi kemeriahan suasana sekeluarga di hari raya seperti itu? Jom flashback sikit tradisi yang orang dulu-dulu selalu buat.

1. Malam 7 likur

Malam 7 likur adalah budaya Melayu yang mungkin masih lagi diamalkan oleh orang-orang yang tinggal di kampung, tapi ianya dah semakin ditinggalkan. Apabila tiba malam 10 terakhir Ramadhan, kawasan halaman rumah dan jalan masuk ke kampung akan meriah dihiasi lampu pelita kerana ingin meraikan kedatangan malam Lailatul Qadar. Tujuan utamanya ialah untuk menerangi jalan-jalan supaya mudah untuk orang ke surau atau masjid di 10 malam terakhir.  Biasanya anak-anak muda kampung akan rajin bergilir-gilir memasang pelita. Sekarang ianya dah diganti dengan lampu hiasan atau lebih dikenali dengan ‘lampu lip lap”.

2. Pasang pelita buluh atau minyak tanah

Ingat lagi zaman kecil anda, bersama atuk dan sepupu ramai-ramai menyalakan pelita minyak tanah. Ada juga yang berpengalaman menggunakan pelita buluh. Keliling rumah penuh dan meriah dengan cahaya pelita. Tapi sayang, bila orang lama tiada, tradisi ini semakin dilupakan. Pokok buluh pun susah untuk didapati sekarang ini.  Entah-entah, cara nak buat pelita buluh pun dah tiada siapa yang tahu lagi.

3. Gotong royong buat kuih raya

Mungkin kesibukan para ibu yang bekerja dan menguruskan anak serta keluarga menjadikan tradisi ini semakin lupus. Tambahan pula dengan lambakan kuih raya yang tersedia dari kilang-kilang sejak awal Ramadhan lagi. Selain dari itu, kos membuat lebih mahal dari kos membeli.  Faktor lain ialah kerana ramai wanita yang sibuk dan kesuntukan masa menyebabkan para wanita mungkin berfikir 10 kali untuk membuat kuih. “Kuih tunjuk” lagi mudah dan murah.

Cuma rasa air tangan ibu mana nak sama dengan rasa kilang ‘kan?

4. Munjung

Amalan ini biasanya dilakukan sehari menjelang Aidilfitri. Para ibu akan sibuk memasak juadah dan bertukar hidangan dengan jiran terdekat seperti rendang, ketupat, lodeh yang diedar oleh anak-anak pada petangnya. Berebut-rebut anak-anak kecil nak tolong ibunya menghantar juadah. Mana tahu dapat duit raya dari jiran ‘kan. Tapi sekarang, kekangan masa para ibu bekerjaya juga mungkin jadi faktor amalan ini semakin hilang.

5. Berkampung sehari sebelum raya

Masih ada yang mengamalkan tradisi ini tapi jumlahnya mungkin kurang. Anak-anak yang merantau di kotaraya akan beramai-ramai pulang menaiki kereta mahupun pengangkutan awam sehari menjelang raya. Mungkin ketiadaan orang lama di kampung menjadi antara sebab tradisi ini semakin ditinggalkan selain kesibukan bekerja dan kekangan cuti. Mungkin juga faktor dah tiada orang tua di kampung, anak-anak ini lebih senang beraya di kota sahaja.

6. Gotong royong hias rumah

Biasanya apabila balik kampung awal, ahli keluarga akan bergotong royong menukar langsir, cadar, sarung kusyen dan menyusun atur perabot. Tapi apakan daya, ramai yang pulang lewat dan tak sempat nak hias rumah!

Selain dari itu, ramai orang yang lebih suka mengupah tukang cuci untuk membersihkan rumah menjelang raya.

7. Gotong royong masak ketupat, rendang dan lemang

Ini biasanya dilakukan sehari menjelang raya. Para ibu akan sibuk memasak juadah-juadah istimewa untuk hari esok beramai-ramai. Para bapa pula akan sibuk membakar lemang. Anak-anak biasanya akan habiskan masa bermain bunga api bersama sepupu di luar rumah. Suasana begitu meriah hinggakan tak sedar jam sudah pun menunjukkan angka 12 malam. Sekarang? Lebih ramai yang suka tempah sahaja dari katerer.

8. Main bunga api bersama sanak saudara

Ini lah yang paling ditunggu oleh anak-anak. Pakcik dan makcik biasanya akan bawa balik beberapa kotak bunga api dan habiskan masa malam raya dengan bermain bunga api. Dam dam dum bunyi mercun!  Ada yang lagi extreme main meriam buluh.

Tapi yang itu bahaya ya! Anak-anak paling suka main mercun “pop pop”. Aduh bingit telinga asyik ‘pop’ ‘pop’ ‘pop’ saja tak henti-henti. Tapi bingit-bingit pun, bunyi tu jugalah yang kita rindu bila hari raya nak tiba.

9. Tunggu pengumuman raya di televisyen

Dahulu ramai-ramai berkumpul depan televisyen untuk dengar pengumuman raya. Tapi sekarang semua dah tak bersemangat untuk dengar. Sebabnya? Hari raya dah ditentukan awal-awal di dalam kalendar dan tarikhnya tetap. Iyalah kan kira guna rukyah dan hisab. Kalau dahulu, ada kemungkinan tarikh raya akan berubah sebab hanya banyak bergantung pada sesi ‘tengok anak bulan’. Tapi sekarang, dek sistem perkiraan yang canggih, seakan hilang nikmat yang satu ini.

Nah, sungguhpun kita makin maju dengan teknologi, makin berubah peredaran zaman, tapi kadangkala perkara-perkara kecil sebegini yang memberi nilai tambah kepada nikmat dan suasana Aidilfitri.

Tak mengapa lah. Kita fikir yang baik-baik sahaja, dan mana yang kita boleh preserve tu, kita sama-sama hidupkan semula.

Salam Aidilfitri dari kami.

#TeamAzizan

 

Hanya Dari Rumah, Nur Aini Menjana Hampir RM2Juta Sebulan.

oleh Team Richworks pada 30 June 2016

001B

Niat bantu wanita lain jana pendapatan beri beliau kepuasan.

Anda pasti pernah nampak billboard beliau di tepi lebuh raya.  Kalau belum tengok, anda pasti akan nampak billboard pink wanita berpurdah ini bila anda pulang ke kampung untuk berhari raya nanti.

Apa yang beliau buat sehingga mampu membuat iklan billboard yang yang besar dan banyak di seluruh lebuh raya?

Puan Nur Aini Zolkepli, pemilik produk kecantikan Nurraysa Beauty ini hanya berusia 24 tahun.  Seorang surirumah dan ibu kepada 3 anak ini memulakan perniagaan sabun marine collagennya hanya dengan modal RM500.

Sebelum berada di tahap sekarang, beliau telah banyak mengharungi segala halangan. Anda pun boleh berjaya seperti beliau. Setiap segala sesuatu tindakan atau perbuatan adalah bermula dengan niat. Sebelum anda melakukan sesuatu, tanya diri anda kembali, kenapa aku buat ini? Kenapa aku di sini? Soalan ini sepatutnya sering kali di ajukan pada diri kita sendiri untuk muhasabah.

Kita yang Muslim lebih lagi mengambil berat tentang niat ini kerana setiap balasan baik atau buruk perhitungan bagi perbuatan kita adalah dimulai dengan niat. Bagi yang bukan Muslim pun, dengan berniat maka terzahirlah perbuatan. Sudah sememangnya lumrah manusia, kerana tidak mungkin kita sedang membaca blog ini sedangkan kita tidak berniat untuk membacanya.

Seperti Puan Nur Aini, perubahan-perubahan yang berlaku di dalam hidup beliau bermula dengan memperbetulkan niat. Ini adalah antara perkara utama yang ditekankan di dalam program kami dan sering kali di ulang agar kita tidak lari dari landasan dan objektif mencapai matlamat kita dan agar kita tidak lupa connection dengan Source yang sebenarnya.

Sehebat mana pun marketing kita, tetapi kalau hubungan kita dengan Allah kita tak jaga, maka tak akan jadi juga benda tu.Sebab rezeki, keberkatan semua datang daripada Allah, bukan daripada usaha kita.”

Berbekalkan niat bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk mengeluarkan modal berniaga serta membantu kaum wanita terutama surirumah menjana pendapatan, perniagaan beliau mula berkembang. Ramai manusia mahu berjaya tetapi tak tahu kenapa mereka perlu berjaya.

Menurut Pemilik Nurraysa Global Sdn Bhd yang mempunyai sekitar 2000 agen di seluruh negara ini “Alhamdulillah saya cakap, saya submit doa, saya nak bisnes, saya nak ada banyak waktu dengan keluarga dengan ibu bapa, anak anak, family. Saya nak sendiri yang jaga diaorang.”

Jika anda mahu belajar ilmu yang sama seperti dipelajari oleh Puan Nur Aini, yang InsyaAllah boleh membantu anda untuk menjadi usahawan berjaya, Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) adalah satu platform yang sesuai untuk membantu anda mengenali kemampuan diri anda sendiri.

Layari www.azizanosman.com/imkk atau www.azizanosman.com/imkk-sabah untuk ketahui lebih lanjut.

Buat keputusan sekarang untuk ubah dan perbaiki kehidupan anda.

Salam Kejayaan.

Team Richworks

 
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start