16 jam lagi ke IMKK!

oleh Team Richworks pada 05 May 2016

 header-Imkkmei2016

Salam buat semua!

Semoga anda sekeluarga di dalam limpahan rahmat, nikmat dan keberkatanNya. Esok adalah Jumaat terakhir bulan Rejab sebelum memasuki bulan Syaaban dan kemudian Ramadan Insha Allah.

Semoga kita semua sihat dan umur kita panjang untuk berpuasa Ramadan nanti. Esok juga bermula Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) pada 6-8 Mei 2016 di Ideal Convention Center (IDCC), Shah Alam.

Tahniah buat yang bakal hadir dan semoga ia menjadi titik tolak perubahan besar hidup dan tahap kewangan anda sekeluarga Insha Allah dan dipermudahkan segala urusan.

Kami mendapat banyak sangat maklumbalas dari mereka yang telah mendaftar bahawa mereka tak sabar nak hadir ke Program IMKK esok.

Kami pun tak sabar nak berjumpa anda. Pesanan kami, dapatkan rehat dan pastikan anda minum air secukupnya kerana anda perlu memberikan sepenuh tenaga dan tumpuan sepanjang program berjalan.

Anda juga sangat digalakkan untuk mendaftar awal. Kaunter Pendaftaran AWAL sudah mula dibuka dari pukul 2:00 petang hingga 8:00 malam hari ini, 5 Mei 2016 (Khamis) dan dari pukul 7:00 pagi hingga 8:00 pagi esok, 6 Mei 2016 (Jumaat).

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Hotline Richworks di 1 300 88 2424.

Jumpa anda di IMKK nanti. Berhati-hati dalam perjalanan, semoga anda selamat sampai ke Ideal Convention Center (IDCC), Shah Alam.

Salam Kejayaan.

Dr Hj Azizan Osman
Jurulatih Kejayaan & Pakar Pemasaran No.1 Asia

 

Catitan Titanium Circle Coaching di Phuket

oleh Team Richworks pada 01 May 2016

titan-phuket-azizan-blog

Sesetengah orang mungkin berfikir, kenapalah mereka ini sanggup spend masa, wang dan tenaga untuk mengadap saya selama 2-3 hari dari pagi hingga malam….

Pernah tak anda melalui satu keadaan yang anda tidak faham sesuatu dan anda cuba berfikir untuk selesaikan apa yang anda tidak faham, tetapi tiba-tiba anda faham selepas anda baca sebuah buku, tonton sebuah filem, hadir seminar atau melihat kejadian alam. Saya panggil itu – A HA Moment.

Kepastian. Ia satu perkataan yang semakin dekat dihati saya. Manusia capai sesuatu atau tidak capai sesuatu sangat bergantung kepada tahap kepastian di dalam diri.

“Tidak ada kepastian” pula adalah menakutkan dan meragukan apatah lagi di dalam membina sesebuah perniagaan kerana ia melibatkan risiko dan potensi untuk kerugian.

Lebih tiga suka daripada yang mengadap saya ini adalah jutawan.

Memulakan bisnes itu tidak susah. Susah bagi yang tidak tahu.

Mereka ini melepasi tahap “memulakan” perniagaan dan berada pada tahap mengembangkan serta mencari sustainability. Apa sustainability dalam Bahasa Malaysia tinggi? Entah.

Mereka bukan berada pada keadaan apa strategi pemasaran yang nak digunakan. Itu tidak susah In sha Allah.

Mereka bertanya soalan tentang bagaimana menggandakan bisnes mereka 3 ke 5 kali ganda dalam masa setahun dengan kos yang rendah dan margin keuntungan yang tinggi.

Mereka mendapat teguran untuk perkara yang tidak patut lakukan atau bakal membawa kecelakaan dan kesilapan kepada bisnes mereka. Ini mengelakkan kerugian besar.

Sesi ini juga bukan persoalan tentang FBAds, INstaFamous atau blog.

Ini bukan tentang syarikat enterprise atau sdn bhd. Itu budak baru nak belajar berniaga kena faham.

Ini tentang jumlah jualan mereka dalam hall ini lebih setengah billion setahun. Bagaimana nak terus berkembang setiap bulan dan membina perniagaan yang mampu bertahan di dalam apapun cabaran ekonomi In sha Allah.

Apa yang kita buat untuk capai ke tahap ini bukanlah perkara yang sama yang kita buat untuk ke tahap berikutnya.

Jika tahun lepas anda mampu capai jualan RM2.1 juta sahaja untuk seluruh tahun dan selepas sesi coaching dengan saya, jualan anda mencapai RM2.5 juta untuk suku pertama (3 bulan pertama 2016).

Jika tahun 2014 jualan anda 6-bulan hanya RM3.5 juta dan selepas coaching setahun 2015 jualan mencapai RM8.5 juta.

Jika tahun 2015 anda capai jualan RM1.8 juta dan selepas coaching jualan anda suku tahun 2016 mampu cecah RM1.5 juta.

Anda rasa?
Sanggup tak anda spend masa dengan saya?

‪#‎ResultMatters‬
‪#‎AzizanOsman‬

P/S Jangan tanya berapa harga atau bagaimana nak join group ini. Ini group tertutup. Anda boleh mulakan dengan baca buku saya Magnet Kekayaan & Kejayaan. Tak ada buku ini? Saya beri download 100% free versi digital di www.AzizanOsman.com/magnet

Kenapa nak buang masa berniaga tanpa hasil yang sepatutnya anda boleh capai.

Kenapa nak buang masa cuba try test tanpa ilmu dan strategi yang tepat dalam membina perniagaan.

Catitan ini adalah untuk mereka yang berniaga dan masih berada dalam keadaan yang tidak mampu mencapai jualan sekurang-kurangnya RM50,000 sebulan atau tidak ada peningkatan. Kenapa tidak?

K, bye.

 

Umrah Melapangkan Rezeki

oleh Team Richworks pada 21 March 2016

Assalamualaikum wbt,

Orang yang melakukan Umrah adalah orang yang melakukan perjalanan untuk mengunjungi rumah Allah di Mekah kerana ketakwaannya padaNya.

Tidak ada orang yang rela mengorbankan masa, wang, harta dan tenaga demi mengunjungi tempat suci ini selain kerana mematuhi perintah Allah SWT dan sunnah Nabi. Dan hanya orang bertakwa yang akan diberikan rezeki dari arah yang tak diduga untuk menunaikan rukun Islam ini.

Demi membantu lebih ramai orang untuk berpeluang menunaikan ibadah ini, Ramadhan tahun ini akan menjadi lebih istimewa kerana pihak Koperasi Permodalan Usahawan Selangor Berhad (PUSB) akan menganjurkan Program Umrah Ramadhan 1437/2016 bersama Dr Azizan Osman.

Keistimewaannya sudah tentu terletak di atas peluang untuk mengerjakan Umrah di Awal Ramadhan yang penuh kerahmatan.

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud; “Melakukan Umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah Haji.” Jadi, bersama rebut peluang ini dan buat persediaan awal.

Jemaah yang mengerjakan Umrah pada bulan ini juga memperoleh banyak ganjaran disebabkan mereka berpeluang untuk mengerjakan ibadat lain di Masjidil Haram. Pasti ramai yang mengimpikan peluang seperti ini, lebih-lebih lagi bila dapat menunaikannya bersama individu yang tak jemu untuk mengajak orang ramai untuk membuat kebaikan.

Apa yang istimewanya pakej ini berbanding dengan yang lain ialah:

  • Anda berpeluang untuk menginap di hotel 4-5 bintang yang hanya 50-80 meter dari dataran masjid
  • Kami memastikan keselesaan perjalanan anda dengan menggunakan penerbangan MAS (Kelas Ekonomi) terus ke Jeddah/Madinah, pergi dan balik.

Selain dari itu, anda juga berpeluang untuk:

  • Melawat ke Makkah/Madinah dengan bimbingan mutawwif berpengalaman
  • Mendengar tazkirah dan pengisian umrah
  • Menghadiri kursus penghayatan kerohanian umrah bersama Ustaz Don Daniyal
  • Menikmati sajian makanan Asia secara buffet 3 kali sehari
  • Harga pakej “All In” termasuk cukai dan insurans perjalanan
  • Program Ibadah Umrah (3 kali)

Seronok dapat beribadah dalam keadaan yang tenang dan setiap waktu dapat ke Masjidil Haram. Dengan jarak hotel yang dekat sudah pasti tidak akan menjadi halangan untuk anda meluangkan masa sebaiknya untuk beriktiqaf dan meraikan Awal Ramadhan dengan sebaiknya. Dapat berzikir, solat dan membaca Al-Quran dengan penuh ketenangan di hadapan Kaabah, adalah sesuatu yang menjadi impian ramai.

Untuk semua yang ingin merealisasikan impian berumrah di bulan Ramadhan, anda boleh hubungi 1-300-88-PUSB (7872), pada waktu pejabat.

Bagi yang memerlukan bantuan, sila SMS/WHATSAPP <UMRAH> <Nama> ke 019-357 9904.

Anda juga boleh layari www.pusb.org.my atau emelkan pertanyaan anda kepada info@pusb.org.my.

Salam Kejayaan.

Team Richworks

umrah-bersama-dr-azizan-osman-2016

 

Petronas- Bersediakah Hadapi Harga Minyak $5 Setong?

oleh Team Richworks pada 27 January 2016

Sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku sejak beberapa bulan lepas di mana kejatuhan mendadak harga minyak yang berpunca daripada “kartel” pengeluar minyak dunia berlumba-lumba berlawan harga dan bersaing sesama mereka.

Harga minyak jatuh dari harga lingkungan $110 setong menjadi lingkungan $28 setong setakat ini dan tidak ada sesiapa mampu mengatakan bahawa harga ini tidak akan terus menjunam lagi.

Kos pengeluaran setong minyak adalah lebih kurang $15 setong dan apa sahaja dibawah harga ini akan membawa bahana yang dahsyat buat negara yang bergantung kepada minyak sebagai sumber utama pendapatan negara.

Saya membaca laporan dari sumber Wall Street mengenai ekonomi dan pelaburan semalam yang menyebut tentang syarikat Amerika bakal melancarkan sejenis bahan pengganti minyak yang kos pengeluarannya tidak sampai $1 setong. Bahan sintetik ini dikatakan boleh digunakan untuk pelbagai industri dan tidak mempunyai had pengeluaran. Dan mereka menjangkakan harga minyak dunia akan turun dibawah $5 setong.

Sekiranya sumber berita ini benar, halatuju minyak dunia pasti akan lebih terjejas. Kejatuhan harga minyak sepatutnya satu berita yang paling menggembirakan ramai orang tetapi kesan kejatuhan mendadak ini agak menggugat ekonomi negara yang bergantung kepada minyak sebagai sumber pendapatan eksport negara, apatah lagi China dan Amerika sebagai pengimport minyak antara terbesar di dunia mengurangkan import mereka dalam tempoh beberapa bulan ini dan China dijangka akan memperlahankan lagi perkembangan ekonomi mereka dalam tempoh beberapa tahun ini.

Adakah syarikat pengeluar minyak negara kita akan dapat bertahan? Atau strategi perniagaan lain akan digunakan untuk menguatkan perniagaan runcit mereka melalui kedai runcit Mesra seluruh Malaysia?

Segalanya mungkin. Kita doakan yang terbaik buat syarikat carigali minyak Malaysia ini.

bersediakah-hadapi-harga-minyak-$5-setong-dr-azizan-osman

 

The Journey – Titanium Partners

oleh Team Richworks pada 12 January 2016

Titanum-Dr-Azizan-Osman

Hidup ini umpama satu perjalanan. Dan kita pilih jalan yang kita nak lalui dan pilih matlamat atau destinasi akhirnya nanti In sha Allah.

Kegilaan atau passion saya di dalam berkongsi ilmu dan pengalaman dalam perniagaan serta membina kewangan kadang-kadang “membahayakan” diri saya. Membahayakan di mana ia menjadikan saya komited mengadap hampir 100 orang usahawan ini, seorang demi seorang dalam tempoh 3-hari yang lalu, mendengar pencapaian mereka dalam bisnes mereka, permasalahan mereka, cabaran mereka serta memberikan pandangan saya bagaimana membuat keputusan memilih langkah seterusnya bagi mencapai matlamat perniagaan dan kewangan mereka In sha Allah dalam tempoh 10 tahun ini, tahun ini dan suku pertama tahun 2016 sebelum kami berjumpa semula untuk review performance mereka In sha Allah pada bulan Mei 2016 nanti di lokasi akan datang.

Ini adalah komitmen peringkat aras tinggi yang saya serta team saya berikan sejak pertama kali kami memperkenalkan program Titanium Partners batch 1 pada awal tahun 2015. Ia sesi yang diwujudkan bukan untuk semua orang dan bukan semua orang layak untuk sertainya. Ia mempunyai syarat-syarat kelayakan sebelum anda diterima.

Melalui program Titanium Partnership ini, ia memudahkan saya untuk membimbing lebih dekat lagi usahawan yang telah mencapai jualan sekurang-kurangnya RM30,000 – RM50,000 sebulan (RM360,000 – RM600,000 setahun) untuk meningkat ke RM50,000 – RM100,000 sebulan iaitu RM600,000 ke RM1.2 juta atau lebih setahun. Ada yang dari RM800,000 setahun meningkat menjadi RM1.9 juta setahun dan ada yang dari RM1.2 juta menjadi RM8 juta setahun, akaun yang akhirnya diaudit serta mereka mesti membayar zakat dan cukai agar mereka dapat berniaga dengan betul dan tenang.

Saya juga akan menegur mereka jika mereka lari dari fokus utama mereka atau mereka sedang membuat keputusan yang akan menyebabkan mereka akan melakukan kesilapan atau kerugian samada masa, duit atau emosi.

Kenapa saya komited wujudkan sesi business coaching dan follow up session yang intensif ini?

Kerana saya mahu pastikan bisnes mereka ini melonjak segera dalam masa yang singkat In sha Allah. Kerana sejak 8 tahun lepas, saya mengajar dan berkongsi ilmu melalui seminar-seminar anjuran Richworks dan ternyata Alhamdulillah ia telah melahirkan beribu usahawan dan jutawan dengan berbekalkan ilmu, formula dan strategi yang kami turunkan melalui dewan seminar kami sahaja. Itu pun Alhamdulillah telah membantu ramai meningkatkan bisnes dan tahap kewangan mereka bila mereka bertindak menggunakannya termasuk dengan memperbaiki perhubungan mereka dengan Allah swt, dengan keluarga serta orang keliling mereka serta membantu orang lain dengan berzakat serta bersedekah, walaupun hanya melalui seminar atau Klinik Usahawan samada yang percuma atau dengan sedikit yuran pendidikan .

Saya pernah melalui zaman memulakan bisnes pada penghujung 1997 dan awal tahun 1998 tanpa mentor dan tidak ada orang yang mahu berkongsi ilmu dengan saya sehingga saya melalui saat kegelapan saya dan kemudian saya mempunyai mentor yang membimbing saya dalam bisnes agensi pengiklanan dan perundingan pemasaran dari 2001 hingga bisnes saya mencapai jualan jutaan ringgit setahun Alhamdulillah.

Dan saya tahu In sha Allah ilmu dan pengalaman yang telah saya buktikan dengan pencapaian bisnes saya dan dengan kejayaan anak didik saya akan dapat dimanfaatkan untuk menambah nilai serta melonjakkan perniagaan ramai di luar sana In sha Allah.

Janganlah bercakap dengan saya yang anda kena bayar untuk belajar dengan saya. Saya pernah anjurkan seminar 100% Percuma untuk lebih 140,000 dalam masa setahun dengan kos penganjuran kami hampir RM10.6 juta tahun itu sahaja. Dan kini, kami telah mengorak langkah mewujudkan akademi keusahawanan Richworks yang kami sediakan platform untuk ramai di luar sana mula belajar bagaimana memulakan langkah memperbaiki diri, kewangan dan bisnes anda In sha Allah. Sebab itu kami lancarkan seminar online dengan memberikan rakaman penuh 100% Percuma video 3-jam Klinik Usahawan Dr Azizan Osman sejak 2-minggu yang lalu agar anda dapat memulakan langkah untuk belajar tentang apa yang saya kongsikan sebagai permulaan dan jangan cerita banyak jika itupun anda tidak mampu tonton hingga habis secara online di rumah anda atau melalui handphone anda In sha Allah.

Layari www.KlinikUsahawan.com/online. Kami masih mempunyai program 3-hari atau seminar seperti Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang kami tawarkan dengan yuran hampir 80% diskaun supaya mereka yang mahu belajar akan dapat belajar dengan kos yang rendah, serendah RM85 sehari sahaja ketika tempoh promo. (www.AzizanOsman.com/imkkpromo)

Selain daripada itu, anda boleh tonton pelbagai video saya secara percuma di YouTube channel saya : Azizan Osman jika anda mahu belajar atau dapatkan emel-emel saya atau buku-buku saya di www.AzizanOsman.com.

Pada akhir bulan ini, kami akan menganjurkan program Millionaire Marketing Mastery (MMM) bagi peserta yang bakal hadir pada 29 – 31 Januari 2016 di IDCC, Shah Alam untuk mempelajari ilmu pemasaran dalam membina perniagaan. (www.marketingmastery.com.my)

Ini semua adalah apa yang anda boleh lakukan jika anda mahu belajar dan perbaiki diri, hidup, kewangan dan bisnes anda. Jika tidak mahu, itu terpulang kepada anda.

Semoga usaha kami membantu hampir 700,000 orang secara live seminar serta lebih 3 juta orang secara online ini akan diberkati Allah swt dan saya doakan anda semua dipermudahkan segala urusan dan lebih bersedia serta kuat menghadapi cabaran ekonomi yang mendatang In sha Allah untuk kejayaan dunia dan akhirat kita.

Saya doakan anda berjaya dalam apa sahaja urusan anda hari ini In sha Allah.

Dr ‎Azizan Osman

Jurulatih Kejayaan & Pakar Pemasaran No.1 Asia

 

Perkongsian Perancangan Strategik Richworks Untuk Tahun 2016

oleh Team Richworks pada 06 January 2016

perancangan-richworks-2016

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah hari ini dan semalam saya “terperangkap” dalam Richworks International Management Direction Meeting 2016.

Hari ini saya “kembali” ke office sebagai Group CEO Richworks & Pengarah Urusan Richworks International. Ia adalah komitmen saya In sha Allah untuk drive the business agar Richworks mencapai matlamat objektif strategik Richworks sejak tahun 2011 selama 10 tahun sehingga 2021.

Saya tidak uruskan office sejak 2 tahun ini melainkan sebagai BOD-Board of Director & Shareholder.

Kami mempunyai beberapa projek tahun ini berkaitan dengan Online Digital Platform & Technology, Richworks Academy, Kolej Keusahawanan, Projek Hartanah, Corporate Advisory Services serta Digital Advertising & Integrated Marketing Consultation firm yang perlu diberi perhatian untuk tempoh 2016 ke 2021. Kami juga telah melancarkan Training Business & Penerbitan Buku untuk Indonesia In sha Allah.

Misi Richworks Education Group dari segi Education Business adalah menyediakan lebih banyak platform online serta akses percuma untuk lebih ramai dapat belajar bagaimana memperbaiki diri, hidup, tahap kewangan dan perniagaan mereka. Kami juga sedang menyediakan semua bahan seminar kami dalam pelbagai bahasa dan channel bermula dengan Bahasa Inggeris, Mandarin dan Bahasa Indonesia agar ia dapat membantu lebih ramai umat seluruh dunia In sha Allah.

Kami baru melancarkan Richworks SEED Project 2016, di mana SEED adalah projek “Start-up Entrepreneur Education & Development (SEED)” di mana kami telah merangka pelbagai cara untuk membina lebih ramai usahawan yang berjaya agar ia mampu mengatasi pencapaian kami menambah nilai hidup ramai orang selama 7 tahun yang lepas dengan 650,000 orang yang pernah hadir ke program kami serta beratus ribu orang yang hadir setahun serta beribu yang berjaya melonjakkan perniagaan mereka sehingga ramai yang telah menjadi jutawan In sha Allah.

Richworks juga baru menubuhkan Global LEAD Centre untuk latihan kepimpinan dan pembangunan organisasi untuk membantu organisasi memperkukuhkan pembangunan modal insan serta menjadi lebih efektif di dalam menangani dunia yang mencabar dan pantas berubah.

Komitmen personal saya tahun ini In sha Allah adalah meneruskan keutamaan Health & Fitness saya, meneruskan pembelajaran saya dalam tadabbur Al-Quran, upgrade ilmu, pembelajaran dan kajian saya dalam bidang Business & Marketing dari 2 buah universiti di Malaysia dan UK.

In sha Allah kami juga akan melipatgandakan projek berkaitan charity di bawah Richwell yang kami mensasarkan untuk menambah jumlah keluarga dan pusat kebajikan/madrasah yang Richwell salurkan bantuan In sha Allah untuk 2016 ini.

Tahun ini dijangkakan menjadi tahun perubahan besar yang penting yang bakal merubah lanskap ekonomi dan kewangan global dan local untuk beberapa tahun akan datang. Dan banyak peluang yang sedang dan bakal wujud In sha Allah.

Buat anda yang bertanya tentang seminar kami yang biasanya kami adakan di awal tahun, Alhamdulillah kami bersyukur kerana selepas beberapa tahun, tahun ini kami tidak bercadang melancarkan sebarang seminar atau klinik usahawan di beberapa lokasi seperti setiap tahun-tahun sebelum ini.

Walau bagaimanapun, kami telah memberikan rakaman video penuh secara online untuk Klinik Usahawan Dr Azizan Osman dari seminar terbaru kami yang anda boleh dapatkan 100% Percuma dan pastikan tonton dengan melayari sekarang www.KlinikUsahawan.com/online.

Semoga ia membantu anda yang komited untuk mahu memperbaiki diri, kewangan dan membina bisnes anda. Saya percaya pasti ada di kalangan anda orang yang berpotensi berjaya dan mahukan bimbingan serta akan tonton video ini sehingga habis In sha Allah. Share dengan rakan anda sebelum ia ditutup.

Untuk seluruh anak didik kami, saya mendoakan kejayaan anda berlipat ganda tahun ini serta dilimpahi rahmat Allah swt, dapat membayar lebih banyak zakat serta bersedekah agar anda menjadi manusia yang bermanfaat dan mudah-mudahan diberkatiNya In sha Allah.

Enjoy the ride. Doakan kami.

Bagi anda yang ingin pelajari sesuatu ilmu yang In sha Allah dapat membantu anda mencipta kejayaan di tahun 2016, sila layari www.azizanosman.com/imkkpromo.

Ketahui apa sebenarnya ilmu yang dipelajari di Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) atau hubungi talian 1-300-88-2424 (Waktu Pejabat) untuk bantuan.

Salam Kejayaan.

Azizan Osman
Founder Richworks Group of Companies

 

6 Langkah Untuk Rancang Kejayaan Anda Sempena Tahun Baru 2016

oleh Team Richworks pada 31 December 2015

header-tahun-baru-2016-richworks-azizan-osman

“Ianya bukan tentang apa yang berlaku kepada kita, tapi apa yang kita lakukan tentangnya.

Apa hasil yang kita perolehi adalah bergantung kepada sebaik mana perancangan kita.”

Mentor saya selalu berkata, apa yang berlaku pada kita tidak semuanya menentukan masa depan kita kerana apa yang berlaku telah berlaku. Sebenarnya, apa yang lebih penting ialah apa yang telah kita pelajari dan lakukan dari apa yang telah berlaku.

Kita boleh memulakan proses untuk berubah ini dengan membuat perancangan untuk melakukan sesuatu yang berbeza di tahun hadapan berbanding tahun ini dalam situasi yang sama, dan lihatlah keajaiban yang akan berlaku. Jika kita mulakan proses ajaib ini dan merubah hidup kita langkah demi langkah, segalanya di sekeliling kita juga akan turut berubah. Dan anda akan lihat, perbezaan di antara kegagalan dan kejayaan adalah sangat kecil.

Biar saya jelaskan apa maknanya definisi kegagalan dan kejayaan bagi saya. Kegagalan adalah kesilapan penilaian kita dalam melakukan perkara yang sama setiap hari. Contohnya, mungkin anda akan kata, “Oh saya tak perlu bersenam hari ini,” dan perkara ini berulang setiap hari. Anda tak boleh melakukan kesilapan yang sama sepanjang masa. Ianya akan merugikan anda. Kejayaan bagi saya adalah beberapa perkara mudah yang kita lakukan setiap hari dengan penuh disiplin.

Hakikatnya, bila anda melihat orang yang berjaya, anda pasti akan tahu di sebalik kejayaan mereka adalah perancangan yang baik. Mereka tahu apa yang mereka mahu. Mereka membuat perancangan yang akan membawa mereka ke arah yang mereka mahu dan mereka bertindak berdasarkan perancangan mereka. Itulah asas sebuah kejayaan.

Sebagai manusia, kita mempunyai kebolehan unik yang boleh memberi impak yang luar biasa dalam perubahan hidup kita. Ianya adalah melalui pilihan yang kita buat. Apabila kita komited dalam proses untuk membangunkan diri, kita mampu untuk mengubah hidup dan persekitaran kita.

Saya mahu tahun 2016 menjadi tahun kejayaan yang besar bagi anda. Kita tahu itu bermakna anda perlukan perancangan dan anda perlu bertindak secara teratur mengikut apa yang telah dirancang. Sikap terbuka anda untuk mendalami ilmu dan usaha anda untuk mengikut apa perancangan yang sesuai untuk anda akan menjadikan tahun 2016 tahun kejayaan seperti yang anda mahukan. Jadi, saya mencabar anda untuk menjadi lebih komited dan lebih ikhlas dalam tindakan anda untuk mencapai apa yang anda mahukan.

Berikut adalah 6 perkara penting yang anda perlu faham dalam membuat perancangan yang berkesan untuk mencapai apa yang anda mahu:

1. Bina perancangan yang terbaik untuk diri anda

Ada orang yang sangat terperinci dan sangat bagus dalam mengikut segala apa yang dirancang walaupun ianya sangat rumit. Ada orang tidak begitu terperinci. Mana-mana satu pun adalah OK juga. Jadi, apakah perancangan yang baik?

Perancangan yang baik kena sesuai dengan diri anda. Setiap dari kita adalah unik dan mempunyai faktor yang berbeza untuk memotivasikan diri kita. Anda perlu membuat rancangan yang sesuai dan sepadan dengan anda. Tetapi, kita juga mesti ada perancangan beserta sasaran yang kita mahu capai yang boleh mendorong kita membuat tindakan.

Jika anda seorang yang biasa relaks, jangan paksa diri anda untuk habis membaca buku dan jurnal dalam masa 2 jam. Ianya mungkin sukar dan akan membuatkan anda mudah berputus asa. Apa sahaja personaliti anda, kekuatan dan kelemahan anda, buat perancangan yang sesuai dengan diri anda.

2. Luangkan masa untuk membuat perancangan

Mungkin anda boleh buat pada setiap malam Ahad. Mungkin 20 minit setiap pagi atau pada waktu rehat tengahari atau sebelum tidur. Mungkin di dalam kereta sambil mendengar CD pada setiap pagi Isnin, Rabu dan Jumaat. Apa pun, setkan satu masa untuk melakukannya. Dalam membina perancangan langkah demi langkah, masukkan juga matlamat yang anda ingin capai setiap minggu. Ia sepatutnya jelas, lengkap dan boleh dicapai. Disiplinkan diri anda dan bertindak setiap hari. Ambil langkah yang membawa anda lebih dekat kepada matlamat anda.

3. Simpan satu jurnal

Jangan bergantung pada memori anda tapi paksa diri anda untuk menulisnya. Tulis di satu tempat yang boleh membantu anda kumpulkan maklumat yang memberi kesan kepada perubahan anda. Saya telah melakukannya dan ia terbukti berkesan. Tulis semua idea dan inspirasi yang membantu anda untuk bertindak dari mana anda bermula hingga ke mana anda mahu sampai.

Jangan lupakan semua idea yang memberi kesan besar kepada anda. Tulis semua impian dan cita-cita anda. Jurnal anda merupakan tempat anda mengumpulkan semua maklumat berharga yang anda jumpa. Jika anda serius untuk mengubah hidup anda untuk menjadi lebih kaya, bahagia, berkat, sihat dan berjaya, anda perlu tulis dan jurnalkan semuanya.

4. Muhasabah diri

Sediakan masa untuk muhasabah diri. Masa untuk menilai semula diri, untuk melihat semula kehidupan yang lepas, untuk pelajari apa yang anda telah pelajari dari apa yang telah anda lakukan di masa lalu. Saya gelarkannya sebagai “Rewind & Reflect” supaya apa yang berlaku pada hari itu terkunci di dalam memori anda dan boleh menjadi satu bahan untuk membantu anda muhasabah diri.

Bila anda telah membaca semua perancangan ini, anda mungkin mahu meluangkan sedikit masa untuk melihat kepentingannya pada diri anda. Luangkan beberapa minit dalam hidup anda dan imbas kembali seluruh hari anda, siapa yang anda jumpa, siapa yang anda lihat, apa yang telah terjadi dan apa yang anda rasa. Setiap hari adalah seperti kepingan hidup anda.

Kemudian, luangkan beberapa jam di hujung minggu untuk lihat kembali apa aktiviti yang telah anda lakukan sepanjang minggu.

5. Tetapkan matlamat

Anda perlu ingat, perancangan anda adalah peta perjalanan hidup anda. Bagaimana anda mahu mencapai apa yang anda ingin capai? Dari banyak perkara yang saya pelajari, yang paling berkesan dan juga membantu saya berjaya dengan cepat adalah bagaimana saya mahu tetapkan matlamat. Jika anda mampu menguasai perkara ini, anda mampu memberi impak yang besar kepada diri anda.

Saya masih ingat ketika saya menggantikan boss saya untuk menghadiri satu seminar sewaktu saya bekerja dulu, saya telah diminta untuk menulis matlamat saya. Walaupun saya tidak faham kenapa saya perlu menulisnya, tetapi saya telah menulis bahawa saya mahu menjadi jutawan pada usia 35 tahun dan hasilnya saya berjaya menjadi jutawan pada usia saya 31 tahun, Alhamdulillah.

6. Bertindak seperti apa yang dirancang

Apa yang membezakan seseorang yang berjaya dan seseorang yang gagal adalah orang yang berjaya buat tindakan. Mereka mungkin tak sebijak pandai, tak memiliki CGPA tinggi seperti orang lain tetapi mereka hanya tahu bertindak. Masa yang terbaik untuk bertindak ialah bila emosi kita kuat. Apa yang akan jadi jika anda tidak bertindak?

Kita akan bersemangat untuk bertindak bila kita mula dapat idea, bila emosi sedang tinggi tetapi bila kita bertangguh dan kita tidak buat tindakan segera, niat dan keinginan kita akan mula berkurangan. Dan sebulan kemudian ianya akan sejuk, setahun dari sekarang ianya akan hilang.

Jadi, disiplinkan diri anda untuk bertindak bila idea yang datang itu masih kuat, jelas dan masih panas. Itulah masanya untuk bertindak. Anda kuasai emosi yang ada ketika itu dan jadikannya satu tindakan yang penuh disiplin.

Yang menariknya, semua tindakan yang penuh disiplin itu akan menarik perkara yang baik satu sama lain. Sebab itu, tindakan walau sekecil manapun adalah penting kerana nilai dan kebaikan yang anda akan perolehi dari tindakan yang kecil itu akan memberi inspirasi kepada anda untuk membuat tindakan yang lebih besar. Jadi, mulakan tindakan berdasarkan apa yang telah anda rancang. Hasil yang akan anda perolehi pasti sangat hebat.

Tetapi kita mesti ingat, setiap perancangan ada kelemahannya sendiri. Kita hanya manusia biasa, oleh itu, jadikan 6 tip ini untuk membantu anda bangkit semula dan teruskan bertindak.

Jika anda mahu belajar dengan lebih lanjut tentang membina matlamat dan merancang masa depan, anda hanya perlu korbankan 3-hari dari seumur hidup anda untuk hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan pada 4 – 6 Mac 2016 di Ideal Convention Center (IDCC), Shah Alam.

Anda boleh layari www.azizanosman.com/imkk atau hubungi kami di 1-300-88-2424 (Waktu Pejabat) untuk maklumat lanjut.

Kami juga baru melancarkan Seminar secara ONLINE – ‘Klinik Usahawan Dr Azizan Osman – Kuasai Potensi Diri, Wang & Bisnes Menjelang 2016’ yang anda boleh tonton di link ini www.klinikusahawan.com/online. Video-video yang dikongsikan adalah untuk masa yang terhad sahaja, jadi pastikan anda menontonnya sekarang.

Untuk mengakhiri tahun 2015 ini dengan pelbagai kenangan manis sepanjang kami menganjurkan seminar dan program untuk memberi manfaat pada anda dan ramai orang lain, kami telah mengumpul beberapa gambar dan video khas ini sebagai tanda penghargaan kami kepada anda atas sokongan anda penglibatan anda dalam program anjuran Richworks.

Tonton video –> https://www.youtube.com/watch?v=y_MT5Kw8WWA

video-richworks-rewind-2015

Kami memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang kami menjalankan program dan jutaan terima kasih kepada anda semua. Kami sentiasa mendoakan anda semua mendapat kekayaan, kejayaan, kebahagiaan, kesihatan dan keberkatan dalam kehidupan anda.

Salam Ikhlas & Selamat Tahun Baru 2016!

Dr Hj Azizan Osman
Jurulatih Kejayaan & Pakar Pemasaran No.1 Asia

 

Pelancaran Seminar Secara Online: Klinik Usahawan Dr Azizan Osman

oleh Team Richworks pada 30 December 2015

poster-klinik-usahawan-2015-secara-online

Anda sudah bersedia untuk pelajari FORMULA untuk Kuasai Potensi Diri, Wang dan Bisnes?

Mahukah anda memiliki HIDUP LUAR BIASA?
Mahukah anda mempelajari dan menguasai FORMULA Kekayaan dan Kejayaan?

Mahukan anda berjaya seperti mereka yang telah BERJAYA?

Mahukah anda menjadi seorang Usahawan & mudah-mudahan JUTAWAN yang boleh membantu diri anda sendiri, keluarga dan ramai orang di luar sana dengan memberi manfaat melalui kejayaan yang anda miliki?

Jika YA, daftarkan emel anda di sini untuk menonton dan mengikuti seminar ‘Klinik Usahawan Dr Azizan Osman – Kuasai Potensi Diri, Wang dan Bisnes Menjelang 2016’ dan pelajarinya secara ONLINE. Tonton di mana-mana dalam dunia janji anda ada akses kepada internet dan komited belajar!

www.klinikusahawan.com/online

Ia adalah 100% PERCUMA (Jangan kata abam tak payung) dan anda boleh menontonnya di mana saja anda berada.Tapi, anda kena bertindak pantas dan menontonnya segera kerana ia adalah untuk tempoh masa yang sangat terhad sahaja.

Komen “Suka” dan layari segera www.KlinikUsahawan.com/online

Jangan lupa share!

‪#‎TeamAzizan‬

 

Awas! 8 Sikap Negatif Manusia Yang Anda Perlu Kenali

oleh Team Richworks pada 22 December 2015

negative-atitude-azizanosman

Hidup kita ini di kelilingi oleh ramai manusia. Kita dan manusia lain saling memerlukan, itu pasti.  Dalam urusan kita seharian, kita tak boleh lari dari berurusan dengan orang lain. Dalam tindakan kita memburu kejayaan, kita berhak menentukan siapa yang harus berada dalam kelompok yang dekat dengan kita, siapa yang tidak.

Ada orang mungkin berfikir, “Tak baik membeza-bezakan orang lain,” “Ingat diri kita bagus sangat ker nak pilih-pilih kawan!” atau ada juga yang fikir “Banyak berkawan luas sillaturrahim.” Betul!  Sillaturrahim itu bagus. Pilih kawan tidak bermakna kita memutuskan sillaturrahim tetapi kita harus berada dalam kelompok yang dapat menjadi sebahagian dari intipati dalam proses kita mencapai kejayaan.

Ada 8 jenis manusia yang ada di sekeliling anda yang anda perlu kenali sikap mereka. Awas, jangan biarkan sikap mereka mempengaruhi anda!

1.    Suka Mengadili Orang Lain

Mereka yang mempunyai sikap begini suka untuk mengkritik semua orang dan semua benda yang ada di sekitar mereka. Semuanya tak kena. Yang betul hanya mereka. Jika anda cuba menasihati orang sebegini, anda hanya membazirkan air liur. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Mereka tidak mahu mendengar apa yang orang lain kata. Meminta pandangan dari mereka adalah perbuatan sia-sia.

2.    Mereka Yang Kuat Cemburu

Dalam kita berusaha mencapai kejayaan, ada masanya kita berhadapan dengan situasi yang agak sukar dan kita perlukan sokongan dari orang terdekat dengan kita. Bila kita meraih kejayaan, kita juga mahu diraikan dan meraikannya dengan orang di sekitar kita.  Tetapi, mungkin ada sebahagian yang akan cemburukan kejayaan kita dan merasakan kita tidak layak untuk berjaya, tetapi merekalah yang lebih layak.

 3.    Terlalu Mengawal

Orang yang suka mengawal keadaan selalu merasakan diri mereka betul. Mereka juga merasakan mereka berhak mengawal semua keadaan dan supaya selari dengan apa yang mereka mahu. Orang yang suka mengawal keadaan tidak percaya kepada “Teamwork” tetapi hanya percaya kepada diri sendiri.

 4.    Orang Yang Sombong

Jangan keliru di antara orang yang sombong dan orang yang yakin. Orang yang berkeyakinan tinggi selalunya suka memberi inspirasi kepada orang lain, orang sombong pula sering merasakan diri mereka lebih bagus dari orang lain. Orang yang bersikap sombong selalunya tidak disukai orang lain dan jika wujud di dalam perniagaan anda, orang begini akan mewujudkan keadaan tidak selesa di mana sahaja mereka berada.

 5.    Selalu Merasakan Diri Mereka Mangsa

Ada juga orang yang selalu merasakan diri mereka sebagai mangsa keadaan. Orang sebegini selalu menyalahkan orang lain dan mencari alasan bila sesuatu perkara buruk berlaku. Mereka adalah orang yang paling “beracun” yang ada di sekeliling kita. Mereka tidak suka memikul tanggungjawab dan selalu ambil langkah lari dari keadaan sebenar. Jika ada orang yang sebegini dalam perniagaan atau persekitaran anda, anda perlu jauhi mereka.

 6.    Orang Yang Selalu Berfikiran Negatif

Orang yang begini selalu mematahkan idea, semangat dan impian orang lain dengan kata-kata negatif yang keluar dari mulut mereka. Mereka sukar untuk memberi sokongan dan galakkan. Segala perkara akan dilihat dari sudut negatif. Mereka akan sentiasa mencari kemungkinan sesuatu usaha itu akan gagal. Mereka tidak melihat potensi sesuatu perkara dan “letih” kalau sentiasa nak melayan mereka yang seperti ini.

 7.    Penipu

Bila kita mahu berjaya, kita seharusnya di kelilingi oleh orang yang mahukan kejayaan.  Dengan cara ini, kita saling menyokong antara satu sama lain. Jika kita di kelilingi oleh orang yang menipu, mereka hanya berilusi. Kita tidak boleh mempercayai mereka dan mengharapkan mereka kerana kita tidak pasti jika mereka bercakap benar atau tidak. Jauhi mereka supaya anda tidak perlu tertanya-tanya samada mereka bercakap benar atau tidak.

 8.    Mereka Yang Suka Bergosip

Orang bergosip kerana mereka rasa tidak selamat. Mereka tidak pasti yang mana satu fakta, yang mana satu andaian. Hal yang benar mudah diputar belitkan oleh mereka yang suka bergosip. Mereka menyampaikan informasi yang salah. Mereka mudah mencipta musuh dan sering melukakan perasaan orang lain.

Jika anda pernah rasa perkara seperti ini pernah berlaku kepada anda, mungkin anda di kelilingi oleh mereka yang suka bergosip. Anda perlu menjauhkan orang sebegini dari diri anda kerana ianya adalah satu gangguan untuk anda mencapai lebih banyak kejayaan.

Dalam Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK), anda diajar tentang menjaga logistik, iaitu menjaga persekitaran anda. Di dalam Program Rahsia Kuasa Minda Jutawan (RKMJ), anda akan belajar lebih lagi tentang logistik dan kepentingan menjaga persekitaran anda untuk tingkatkan magnet tarikan rezeki anda.

Hanya tinggal 8-hari sahaja lagi ke program RKMJ. Di mana lagi anda boleh dapatkan logistik serta persekitaran yang baik untuk serahkan minda dan jasad anda untuk mengalami satu proses ‘programming’ selama 4 hari yang InsyaAllah dapat membantu anda rasa seperti dilahirkan semula?

Bersama kami hadirkan diri anda ke Program Rahsia Kuasa Minda Jutawan (RKMJ) pada 24 – 27 Disember 2015 di Menara PGRM, Cheras Kuala Lumpur.

Anda boleh layari www.azizanosman.com/rkmj2015 untuk maklumat lanjut atau hubungi 016 – 261 4432 (Azrol) atau 016 261 4437 (Erna).

 

Kuasai Minda Anda Cara Jutawan

oleh Team Richworks pada 22 December 2015

rkmj-azizanosman

Ramai orang mudah lupa. Lupa yang hidupnya mula berubah bila mereka mula ada peningkatan ilmu dan konsisten bertindak.

Ilmu merubah hidup manusia. Banyak disebut atau kita dengar tentang ilmu. Nak dunia mesti dengan ilmu, nak akhirat mesti dengan ilmu dan nak dunia akhirat juga dengan ilmu.

Ilmu membina kualiti minda dan emosi serta kualiti keputusan dan tindakan seseorang dengan izinNya.

Untuk menguasai minda dengan cara jutawan, seseorang itu memerlukan tahap ilmu dan kefahaman yang boleh membawa dirinya benar-benar ke tahap yang bukan sahaja menguasai minda tetapi meningkatkan kuasa emosi.

Apa yang anda fikirkan adalah satu doa dan minda manusia adalah ibarat ladang subur yang jika ditanam serta dibenihkan dengan bagus akan “tumbuh” hasilnya di dalam kehidupan realiti.

‘Thoughts become things.’

Anda boleh “upgrade” minda anda dengan banyak cara antaranya:-

  1. Membaca banyak kisah mereka yang berjaya dan jutawan – Ini salah satu cara untuk anda “meniru” gaya pemikiran mereka supaya anda dapat tingkatkan kualiti gaya hidup dan kewangan anda.
  2. Bergaul dengan mereka yang berjaya dan jutawan untuk satu waktu yang lama dan belajar khusus dari mereka jika ada yang sudi berkongsi dengan anda.
  3. Bekerja rapat dengan mereka untuk satu jangka masa yang lama.
  4. Trial and Adjust dengan ilmu dan pengalaman sendiri.

Dalam masa 7-hari lagi, Mentor Kejayaan No.1 Asia, Dr Azizan Osman bakal menganjurkan program 4-hari Intensif Rahsia Kuasa Minda Jutawan (RKMJ) tentang bagaimana berfikir, beremosi dan bertindak sepertimana mereka yang telah berjaya?

Anda akan belajar bagaimana merubah kehidupan anda sekeluarga secara TOTAL meliputi semua aspek kehidupan.

Anda akan pelajari bagaimana untuk kuasai minda anda dan bila anda kuasai minda dan hidup anda, segala aspek tentang hidup anda seperti kewangan, perhubungan, kejayaan, keberkatan, kesihatan dan pelbagai lagi kebaikan akan lebih mudah dijemput dan ditarik bagai magnet.

Insya Allah program RKMJ dikatakan 10 kali ganda lebih luar biasa dari Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan. Ianya bukan setakat teori atau konsep ilmu tetapi sesi yang sangat praktikal.

Dan tidak ada cara yang lebih mudah untuk anda belajar upgrade diri anda melainkan meletakkan diri anda di logistik atau suasana yang betul bersama guru yang betul Insya Allah.

 
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start