KENAPA PERLU BERZAKAT? JOM JADI PENGELUAR ZAKAT UTAMA.

oleh Azizan Osman pada 23 June 2017

Apa itu zakat? Zakat merupakan rukun islam yang ke empat. Dari segi Bahasa, zakat bererti suci dan bersih, dalam istilah lain ialah membersihkan harta dari hak orang lain dan mensucikan diri dari sifat kedekut dan bakhil. Dari segi istilah syarak pula, zakat ialah mengeluarkan sejumlah harta tertentu yang diwajibkan oleh Allah supaya diserahkan kepada mereka yang memerlukan mengikut syarat-syarat yang tertentu di dalam islam. Bagi orang islam mengeluarkan zakat adalah wajib. Tempoh masa untuk mengeluarkan zakat seelok-eloknya bermula dari 10 Ramadhan yang terakhir sehingga sebelum solat sunat Aidilfitri. Antara keutamaan mengeluarkan zakat adalah seperti berikut.

Cop! Fakta ni semua orang dah tahu.  Dari sekolah lagi kita dah belajar tentang zakat tapi berapa ramai orang yang betul-betul melakukannya?  Mungkin ramai orang mampu berikan zakat fitrah, tapi bagaimana dengan zakat perniagaan, zakat emas dan lain-lain.

Kerana itulah, Richworks sangat komited untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang mampu menjadi pemberi zakat utama kerana kami yakin dengan menjadi peniaga berjaya, dan melalui zakat, kita mampu membantu lebih ramai orang lagi dan juga memperbaiki ekonomi masyarakat.

Nak jadi usahawan kaya berjaya dunia akhirat, layari www.azizanosman.com/imkk dan mulakan langkah dengan menyertai Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK).  Ada tawaran tiket menarik untuk anda.  IMKK, adalah satu program yang membantu usahawan untuk menjadi seorang yang lebih faham untuk mencapai kejayaan dunia akhirat, InsyaAllah.

Mendapat rahmat daripada Allah.

Mengeluarkan zakat menunjukkan bahawa kita telah menjalankan tugas kita sebagai seorang muslim kerana zakat adalah salah satu daripada rukun islam. Ia bermaksud kita telah menyempurnakan keislaman kita di dalam beribadah kepada Allah. Selain itu, ia juga dapat menyempurnakan iman seorang hamba yang mengeluarkan zakat kerana beliau mengeluarkan zakat demi manfaat orang yang memerlukan. Allah akan mengurniakan keredhaan dan keberkatan di dalam hidup seseorang yang mengeluarkan zakat di jalan Allah.

Memperbaiki rezeki.

InsyaAllah dengan mengeluarkan zakat, kita akan meraih kasih sayang Allah SWT.  Bila Allah kasih, Dia akan merahmati hamba yang dikasihiNya dengan rahmat rezeki berganda dan berpanjangan.  Kita dah biasa dengar tentang kisah usahawan berjaya yang menjadi penyumbang zakat terbesar dan dengan ilmu perniagaan yang betul anda pun dapat jadi penyumbang zakat juga.

Mengeratkan kasih sayang.

“Hablu Minal Allah, Hablu minal Nass”, bererti menjaga hubungan dengan Allah dan menjaga hubungan dengan manusia. Jika seorang muslim itu mengeluarkan zakat, ia bererti muslim tersebut menolong muslim yang lain yang memerlukan. Ia dapat mengurangkan beban bagi muslim yang berada dalam kesusahan. Di dalam Hadis Nabi Muhammad S.A.W., baginda bersabda :”Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri”. Dengan mengeluarkan zakat, yang kaya menolong yang miskin dan orang yang sentiasa cukup menolong saudaranya yang berada di dalam kesulitan. Ia akan membuahkan perasaan sayang dan cinta sesama saudara kerana kita menggembirakan saudara kita.

Mendapat ganjaran syurga.

Tidak disangkal lagi, syurga yang dijanjikan sebagai ganjaran kerana seorang muslim itu telah menyempurnakan rukun Islamnya dan membantu saudaranya yang memerlukan. Syurga Firdausi yang dijanjikan Allah kepada mereka yang mengeluarkan zakat. InsyaAllah.

Kita bukan hidup di dunia ini selamanya.  Kita juga takkan bawa harta bila kita mati, tapi amal jariah termasuk sedekah, waqafm infak dan zakat InsyaAllah jadi peneman kita di akhirat nanti.

Membersihkan hati dan harta daripada perkara yang merosakkan.

Daripada maksud zakat dari segi bahasa dan syarak ialah bersih dan suci sejumlah harta yang dikeluarkan kepada mereka yang memerlukan mengikut syarat-syarat yang tertentu. Sekiranya hati dan harta kita mempunyai kerosakan seperti mempunyai sifat tamak, bakhil, dan harta yang mempunyai unsur riba, ia boleh dibersih dan disucikan melalui pengeluaran zakat. Di dalam harta kita juga terdapat harta orang lain. Oleh itu, jika kita keluarkan zakat, maka kita telah bebas dari mengambil hak orang lain. In shaa Allah, hati dan harta kita akan bersih dari segala kerosakan.

Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka, dan mendo’alah untuk mereka. Sesungguhnya do’a kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

(Surah At-Taubah : 103)

#TeamRichworks

 

Kami Nak Bagi 100 Tiket Percuma ke IMKK. Hanya Untuk 100 Orang Terhebat!

oleh Azizan Osman pada 08 June 2017

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Apa khabar semua?

Dah ramai orang tanya-tanya kami, “bila next IMKK?”

Rupanya Ramai yang macam tak sabar betul nak datang bawa rakan-rakan, kenalan, saudara-mara, rakan bisnes, stokis dan agen, orang yang penting bagi diri mereka untuk turut hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK).

Kami nak beritahu anda, sempena Ramadhan dan juga sempena sambutan ulang tahun Richworks yang ke-9, kami nak berikan 100 tiket  ke program IMKK , PERCUMA kepada 100 orang pertama yang terawal mendaftar SEKARANG!

Sebelum tu baca ini dahulu,  FAKTA PENTING tentang tawaran 100 tiket ini:

  • Hanya untuk pakej VIP sahaja
  • Tidak boleh dipindah milik
  • Tidak boleh dijual
  • Tidak boleh upgrade ke pakej lain
  • Hanya sah untuk IMKK KL dan Borneo yang terdekat ini sahaja.
  • Hanya untuk anda yang menjadi 100 terawal mendaftar nama secara lengkap sahaja.

 

Apa lagi, rebut sekrang.  Layari www.azizanosman.com/imkk untuk mendaftar dan jika anda berjaya anda akan terima email khas dari kami.

Selamat mencuba!

Salam Kejayaan

Team Richworks

 

6 Kesilapan Berbisnes Online.

oleh Azizan Osman pada 04 May 2017

6 Kesilapan Berbisnes Online - 000

Ramai orang buat bisnes online. Ramai yang berjaya buat income besar-besaran, tapi yang sedihnya ramai juga yang gagal.

Kalau anda tanya orang yang dah berjaya, tak semua nak share tips dan teknik mereka berniaga secara online. Jadi kami nak bantu anda berniaga online dengan cara yang betul, tapi sebelum tu baca dulu 6 Kesilapan Berbisnes Online ini. Mungkin anda ada lakukan ini dan mungkin inilah jawapan kepada kenapa bisnes online anda macam tak meriah.

1. Facebook Rojak.

6 Kesilapan Berbisnes Online - 001B

Kesilapan yang ramai peniaga online buat secara tak disedari, atau dah sedar tapi buat-buat tak tahu ialah mencampurkan urusan bisnes dan urusan peribadi di Facebook peribadi. Disitulah kita berniaga, di situlah kita bercerita tentang kenduri kahwin saudara mara, dan kat situ jugalah tempat kita meluahkan perasaan.

Belum lagi nak kira mereka yang jual macam-macam dalam satu FB. Bika anda buat macam tu, anda tak dapat nak buatkan pengikut anda relate diri mereka dan perniagaan anda.

2. Tak Tahu Copywriting.

6 Kesilapan Berbisnes Online - 002B

Peniaga online selalu guna alasan tak tahu menulis dan tak perlu nak menulis. Cukuplah dengan upload gambar produk yang anda jual.

Sebenarnya, bila anda asyik nak upload gambar produk yang anda jual, anda akan kelihatan sangat terdesak dan nak sangat orang beli produk anda. Anda akan kelihatan sangat menjual. Orang akan fikir anda sebagai nak jual sahaja.

Bila anda tahu copywriting, anda akan tahu cara nak menulis dengan lebih baik. Manusia ni, suka baca cerita. Suka baca semua yang tunjukkan emosi kerana dengan emosi mereka dapat ‘relate’ dengan diri mereka.

3. Tak Ada Fokus Pelanggan.

6 Kesilapan Berbisnes Online - 003B

Anda tak boleh berniaga online dan agak-agak saja siapa yang patut beli dari anda. Anda tak boleh nak harapkan kawan-kawan dan keluarga saja beli dari anda. Jika nak pergi lebih jauh dalam bisnes online, anda kena belajar untuk luaskan market.

Bila anda tahu siapa pelanggan anda, jantina, umur, lokasi bila mereka berada, apa minat mereka, supaya senang anda nak fokuskan kempen pemasaran yang sesuai untuk target audience anda.

4. Jual Macam-Macam.

6 Kesilapan Berbisnes Online - 004B

Jangan jadikan online business anda macam kedai runcit, melainkan anda memang usahawan kedai runcit. Anda jangan yakin sangat orang yang beli tudung yang anda jual, juga orang yang sama nak beli bantal dan kuali yang anda jual di FB yang sama.

Lazada tak bermula dengan menjual macam-macam secara online, mereka bina jenama dulu dan bila dah terkenal baru mereka tambahkan jenis barang dalam Lazada.

5. Tak Ada Engagement.

6 Kesilapan Berbisnes Online - 005B

Tak ada engagement bermakna, anda tak berinteraksi dengan followers Facebook anda. Anda buat posting untuk menjual dan mereka tak response. Anda tak dapat nak buatkan mereka tertunggu-tunggu posting anda.

Paling teruk anda hanya post bila anda ada produk nak jual. Masa-masa lain, tiada posting atau posting peribadi yang tak beri apa-apa nilai atau ilmu kepada followers anda.

6. Tak Beretika.

6 Kesilapan Berbisnes Online - 006B

Bisnes online yang tak beretika ialah bila anda curi testimoni orang lain dan jadikannya testimoni anda, atau guna copywriting orang lain dan tukarkannya jadi copywriting anda.

Ada juga yang kutuk-kutuk produk orang lain, kutuk-kutuk pelanggan dan up status yang merendahkan produk orang lain.

Anda hanya menunjukkan identiti sebenar diri anda sahaja. Dan menunjukkan bahawa anda kurang ilmu dalam nak berbisnes online.

#TeamRichworks #ResultMatters

 

Mesej Khas Dari Dr Azizan Osman

oleh Azizan Osman pada 28 April 2017

Tonton pesanan khas Dr Azizan Osman untuk persiapan anda ke IMKK yang bakal gegar, gegar, gegar dan gegarkan hidup anda dan apa yang patut anda jangka terutamanya di perjalanan selama 3-hari berkampung di IMKK nanti!

Sudah bersedia?

Semangat IMKK dah berapi-api? Tapi risau dengan pendaftaran esok?

Kami faham perasaan anda! Pasti rasa malas nak bersesak-sesak sebab kepala pening kusut serabut nak hadap jem dan barisan panjang betul?

Solusinya? Hadir ke pendaftaran awal IMKK hari ini (Jumaat 28 April) bermula jam 2 petang ini hingga 8 malam nanti. Dan esok lenggang saja ke dewan seminar!

Ingat! Kalau anda daftar esok, anda akan berperang dengan emosi sendiri dan juga mungkin orang lain sebab kami jangkakan lebih 5,500 peserta bakal hadir ke IMKK April kali ini!

Fikirkan dan rancang dengan sewajarnya ya!

Kita jumpa nanti di IDCC!

Salam Kejayaan.

#Switch
#IMKKIDCCApril2017
#ResultMatters

 

 

 

Teringin Gila Nak Kaya, Tapi Ada Saja Yang Menyekatnya! Jom Kita Robohkan Benteng Sekatan Anda!

oleh Azizan Osman pada 27 April 2017

man-person-wall-sitting

Telan air liur bila tengok orang kiri happy. Telan lagi bila tengok orang kanan asyik kipas duit sendiri. Orang belakang, depan, asyik-asyik kita nampak travel sana, shopping sini. Ish, mereka ni cop duitkah?

“Aku pun nak juga berduit, berbahagia dengan keluarga, bercuti dalam dan luar negara, ada masa dengan diri sendiri, dan Pencipta.

Sana sini pergi program buat duit. Tarik duit lah, duit tingkat-tingkat lah, macam tu juga aku ni. Tak kaya-kaya. Kadang rasa macam makin kayap je.”

Sekejap! Formula nak bahagia, kaya, berjaya, sihat dan berkat ada dalam diri anda saja sebenarnya! Ya. Dalam diri sahaja. Tinggal lagi untuk anda kenali dan fokuskan. Ramai saja yang tahu kewujudan aura kekayaan mereka, cuma mereka tak tahu bagaimana nak guna.

Minda anda ada programnya tersendiri. Anda perlu sentiasa yakin dan positif anda mampu dan anda boleh kawal minda dan diri anda. Itu kuncinya. KAWALAN penuh atas setiap apa yang anda fikir, cakap, rasa dan buat.

Ibaratkan anda memandu kereta. Walau berjenama apa sekalipun, jika anda memandu tanpa kawalan, atau memandu di bawah pengaruh alkohol, bukan kelaut ke pemanduan anda?

Tapi tapi tapi. Persoalannya, anda tahu atau tidak cara sebenar untuk MENGAWAL minda dan fikiran anda? Anda sepatutnya jadi TUAN. Bukan cuma alat kawalan.

Kenali, hayati dan dalami Rahsia Kuasa Minda Jutawan anda di Menara PGRM, Cheras, Kuala Lumpur  pada  18 – 21 Mei 2017 ini. Minda dan diri anda, di bawah kawalan anda, bukan orang lain. Tahap kehidupan anda sentiasa berada di tangan anda sendiri. Anda nak kaya berjaya dan bahagia, anda boleh tentukan dan capai dengan usaha dan tindakan yang betul dan konsisten, InsyaAllah.

Terokai Rahsia Kuasa Minda Jutawan anda bersama kami!

 

6 Harapan Pelanggan Kepada Anda.

oleh Azizan Osman pada 26 April 2017

6 Harapan Pelanggan Kepada Anda - 000

Ramai orang, selepas balik dari Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) akan berkobar-kobar nak buat bisnes atau nak besarkan bisnes yang ada.  Kalau anda tak percaya, ramai sangat yang kata lepas balik dari IMKK, mereka dah dapat buat ‘extra income’ dengan bisnes yang baru mereka buka atau dah dapat tingkatkan jualan bisnes yang ada ke tahap lebih baik dari zaman sebelum hadir IMKK.

Jadi, kami nak bantu anda yang bakal hadir ke IMKK pada 29 April – 1 Mei ini untuk lebih tahu tentang pelanggan atau bakal pelanggan anda supaya anda dapat bina perhubungan yang lebih baik dengan mereka.

Tak susah pun, ada 6 perkara je yang anda perlu tahu.  Untuk anda yang baru nak daftar ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) pada 29 April – 1 Mei ini, boleh layari www.azizanosman.com/imkk/april2017.

Jom berIMKK Sabtu ini!

1. Servis Terbaik.

6 Harapan Pelanggan Kepada Anda - 001B

Kalau nak tahu apa yang pelanggan kita suka, cuba letakkan diri kita sebagai pelanggan.  Apa yang kita suka dan apa yang kita tak suka?  InsyaAllah tak banyak sangat bezanya.  Ada orang kata mereka sukakan servis yang pantas, tapi apalah gunanya kalau servis cepat tapi semua pun salah, salah ambik order, salah kira harga, salah bungkus dan semua pun salah…

Kadang-kadang, memberikan servis terbaik adalah kunci menyebabkan pelanggan anda datang dan datang lagi.  Siap ajak orang lain pula untuk datang berurusan dengan anda.  Dalam zaman semua orang asyik nak hentam sesama sendiri, sedikit kebaikan dan perhatian yang peniaga beri, InsyaAllah dapat menyentuh hati pelanggan.

2. Sentuhan Peribadi.

6 Harapan Pelanggan Kepada Anda - 002B

Cara anda berkomunikasi, cara anda memberikan layanan kepada pelanggan dan sentuhan peribadi anda boleh menyebabkan pelanggan terpikat.  Zaman sekarang, ramai orang berniaga secara online.  Semua urusan pembelian dibuat melalui media sosial ataupun Whatssap.  Kadang-kadang, pelanggan rasa macam berjual-beli dengan robot!  Semua pun sangat mengikut skrip!

Apa kata, sekali sekala cubalah PM dan Whatssap pelanggan dengan cara biasa, berkomunikasi dan berhubung dengan mereka seolah-olah mereka ada di depan mata.  Tak salah kan…

Jika anda ada kedai, bagus juga jika anda dapat turun padang.  Bila tuan punya kedai sendiri yang bungkus barang dan ambil masa untuk berbual dan bantu pelanggan buat pilihan, ianya akan jadi sesuatu pengalaman yang baik untuk pelanggan.

3. Ingat Nama Mereka.

6 Harapan Pelanggan Kepada Anda - 003B

Sangat menyedihkan bila anda ada pelanggan tetap yang selalu datang ke kedai anda, tapi anda tak pernah ingat nama mereka!  Apa lagi nak ingat cerita mereka.  Yang lagi teruk, anda tak ingat barang apa yang mereka beli banyak-banyak dari anda.

Betul, anda ada ramai pelanggan.  Tapi anda tak perlu ingat semua, cuba ingat beberapa pelanggan yang anda rasa mampu memberi impak besar kepada perniagaan anda seperti pelanggan tetap, pelanggan yang selalu beli dalam kuantiti yang banyak dan pelanggan yang selalu datang bawa rakan-rakan yang berbeza, itu referral namanya.

Ini tak, anda lebih suka ingat pelanggan yang suka komplen supaya bila mereka datang lagi, anda dah tahu nak layan mereka macam mana.

4. Kejutan.

6 Harapan Pelanggan Kepada Anda - 004B

Sedikit kejutan dapat menceriakan hari seseorang.  Tak susah sebenarnya nak pikat hati pelanggan, sedikit kejutan dengan memberikan sedikit diskaun atau potongan harga atau hadiah kecil percuma dapat menggembirakan hati mereka.

Bagus jika peniaga pandai uruskan kos sebaiknya jika mahu tambahkan sedikit kejutan kepada pelanggan.  Apa yang menarik, kegembiraan hasil dari kejutan yang sikit ini akan buatkan mereka bercerita tentang anda kepada teman-teman mereka.

5. Cerita Anda.

6 Harapan Pelanggan Kepada Anda - 005B

Ramai peniaga tak suka bercerita perihal diri sendiri.  Mungkin atas alasan nak jaga status, atau nak jaga personaliti atau mungkin nak cipta sempadan antara peniaga dan pelanggan.

Tahu tak, ramai peniaga, kadang-kadang mereka suka cerita anda kerana mereka nak cari persamaan antara anda dan dirinya.    Kenapa buku motivasi laku keras? Kerana kisah-kisah dalam buku motivasi membuatkan pembaca relatekan diri mereka dengan penulisnya.  Begitu juga dengan pelanggan anda, kadang-kadang mereka beli kerana mereka sama rasa dengan anda.  Jadi, mulakan bercerita kisah anda kepada mereka samada di media sosial atau bila anda bertemu mereka.

6. Luangkan Masa.

6 Harapan Pelanggan Kepada Anda - 006B

Tugas peniaga sebenarnya bukan bungkus barang, bukan timbang barang, bukan memasak di dapur restoran, bukan lap meja dan sapu lantai, tapi tugas sebenarnya ialah untuk buat marketing dan tambah bilangan pelanggan.  Anda hanya perlu luangkan masa dengan pelanggan, dengar masalah mereka, cuba bantu mereka selesaikan masalah dengan produk dan perniagaan anda dan itulah sebenarnya tugas peniaga.

Anda hanya akan berpeluang buat macam ini, bila anda dah ada bisnes yang bersistem.  Maksudnya, bisnes yang dah boleh bergerak tanpa anda perlu buat semua perkara.

Di Richworks, Dr Azizan selalu berpesan kepada anak didiknya, “bantu selesaikan masalah pelanggan dengan produk atau perniagaan anda.”  Dan kami juga membimbing usahawan untuk memiliki perniagaan yang lebih bersistematik, yang lebih terurus dengan setiap ilmu dari Program Richworks supaya lebih ramai peserta program boleh jadi usahawan yang mampu buat duit dari perniagaan dan ada masa untuk menikmatinya. Yang paling penting,  mampu beramal jariah dengan masa dan kemampuan yang ada.

#TeamRichworks #ResultMatters

 

MMM Dec 2016 Hot Seat – Shabaneeny Mahmud

oleh Azizan Osman pada 22 April 2017

Anda tonton perbualan Dr Azizan Osman bersama Puan Shabaneeny Mahmud ini. Anda mungkin akan rasa lucu dengan kisah beliau tapi lucunya penuh isi.Jika anda rasa anda nak mulakan langkah dan jadi seperti Puan Shabaneeny, anda boleh PM Tepi kami sekarang. Kami akan share apa langkah awal yang patut anda ambil.Semoga bermanfaat!

 

Bulan 5 Dah Nak Tiba. Apa Cerita Hidup Dan Perniagaan Anda?

oleh Azizan Osman pada 22 April 2017

bisnes-anda

Hampir 4 bulan telah habis waktunya. Bagaimanakah progres hidup dan perniagaan anda? Laku keras? Suam kuku? Bertambah maju? Atau masih mendaki satu persatu?

Mana-mana yang jadi pun, Alhamdulillah, masih diberi rezeki dan ruang di muka bumi. Masih ingat konsep syukur? Makin banyak nikmat disyukuri, makin luas peluang datang.

Time to refocus! Sudah hampir habis suku kedua tahun ini, bagaimana pergerakan resolusi anda? Sudah banyak yang bertanda atau masih belum bergerak? Move move! Gerakkan langkah ke arah matlamat anda tahun ini. Jangan leka dan terlambat. Masa tidak menunggu sesiapa. Masa tak boleh disogok.

Anda buat secara konsisten tak pengiklanan anda? Facebook, Instagram, anda update setiap hari ke sebulan sekali? PM dan DM, anda reply atau biar sepi?

Bagaimana pula dengan promosi? Promosi nak puasa, promosi nak cuti sekolah, promosi nak raya, promosi naik sekolah, promosi hujung minggu, promosi kasi licin stok lama dan tambah satu lagi promosi! Promosi sempena pertabalan ke bawah duli yang di pertuan agong! Tak salah kan? Orang kita kan suka promosi-promosi bersempena ni. Ingat? Ke lupa?

Staff dan warga kerja anda pula bagaimana? Dah bagi reward ke sebab capai target mingguan, bulanan? Ke buat-buat lupa ni? Tak baik tau dah janji tapi mungkiri. Itu dah ‘mencapati’ janji namanya. Jangan jangan. Nanti orang tak percaya kita.

Profiling dah dikemas kini? Akaun-akaun, hutang-hutang tertunggak? Kerja kalau bertangguh tak ke mana. Dapat satu dokumen, simpan baik-baik di tempatnya. Kemas ikut turutannya. Nanti tidaklah susah apabila perlu untuk buat check up. Kerja harus bersistem.

Belanja syarikat? Dah teliti ke belum? Kot-kot ada yang terlebih-lebih ke, terkurang keperluan ke, ha, semak semak semak!

Move move move! Jangan membatu pula. Get back on track! Lihat semula plan dan jadual. Kejar mana yang terlambat dan fokus untuk yang seterusnya.

Kami doakan Anda Kaya & Berjaya.

 

Apa Nak Buat Jika Sales Anda Statik? Cuba Hadam Apa Kami Nak Kata.

oleh Azizan Osman pada 22 April 2017

statik2

Adui! Pening kepala bisnes statik je tiga empat bulan ni. Buat video tak jalan, buat live tak jalan. Banner senyap sunyi je. Krik krik krik. Apa nak buat ni??? Supplier dah minta balance. Aduh aduh aduh!

Sedang mengalami situasi di atas? Relaks, duduk sebentar, ambil pen, ambil kertas. Senaraikan segala benda yang mungkin tak kena dengan perniagaan anda. Cuba cari mana yang salahnya. Senaraikan. Dari layanan staff, usaha anda buat pemasaran, waktu anda up kan post pengiklanan, kualiti produk yang anda tawarkan, nilai tambah yang anda berikan, harga yang anda letakkan, senaraikan semua sekali.

Semak satu persatu. Adakah layanan anda lebih baik daripada layanan pesaing anda? Jika kurang, perbaiki lagi. Semak pula platform pengiklanan yang anda dah guna. Adakah ianya berkesan? Lihat mana satu yang berikan pulangan lebih tinggi. Potong dahulu mana-mana platform yang kurang berikan hasil. Tapi bagaimana jika semuanya tak beri hasil? Sabar. Tunggu dulu.

Anda lihat pula pada waktu pengiklanan anda disiarkan. Waktu bila? Tengah malam orang tidur, pukul 8 pagi orang nak pergi kerja? Pukul 1 orang sedang lunch? Pukul 3? 4? 5? Cuba anda kaji semula pola tontonan prospek pada platform pengiklanan anda. Susun semula. Kaji dan susun. Susah? Eh, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian, bukan?

Sekarang, kaji semula nilai tambah dan kualiti produk yang anda tawarkan. Adakah sama atau lebih dengan pesaing? Jika kurang? Cuba tambah dari segi yang lain. Adakah produk anda menepati carian pasaran? Adakah produk anda paling dinantikan? Yang ini pun anda kena kaji dan kaji jenis-jenis barangan atau perkhidmatan yang dimahukan oleh pasaran. Dengan ini anda boleh target pasaran dengan lebih tepat dan cepat.

Bagaimana dengan harga? Tinggi cecah ke langit atau rendah sapu ke bumi? Bersesuaiankah dengan nilai dan kualiti produk anda? Bertepatankah dengan standard ekspektasi pelanggan? Semuanya anda kena KAJI. Kaji dan ulangkaji. Sendiri. Bukan suruh orang atau tiru orang atau ciplak orang lain. Mahu berniaga tak boleh malas.

Dah kaji semua sekali? Jumpa tak penyelesaiannya? Kalau jumpa, bagus! Kalau tak jumpa, jangan risau. Cari orang yang boleh tolong. Cari guru yang boleh bantu. Cari orang yang pakar dalam bab pemasaran, yang boleh bagi formula pemasaran lengkap, terbukti dan berkesan.

Kenapa kena cari yang macam tu? Untuk elakkan bisnes anda merudum lagi teruk kalau tersalah guru atau tersilap formula. Lebih elok kalau anda mencari jalan penyelesaian dari seorang guru kerana guru anda boleh tunjuk dengan jelas dan terang mana satu yang anda perlu betulkan, tingkatkan, kurangkan atau hapuskan.

Dan itulah yang kami sediakan dan perjuangkan. Platform pendidikan ilmu pemasaran yang menyeluruh, padat, mudah dan berkesan. Kesemua permasalahan tadi, termasuk juga lain-lain masalah berkaitan pemasaran, kami boleh bantu. Anda tak perlu kaji-kaji. Kami berikan anda semua kajian kami untuk anda aplikasikan. Mudah bukan?

Anda cuma perlu bertindak dan hadir ke program Millionaire Marketing Mastery kami  pada 12-14 Mei 2017 di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam untuk dapatkan tidur malam yang lebih lena dan waktu siang yang lebih tenang tenteram di pejabat urusan anda. Hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut dan menempah tempat duduk bagi slot terdekat kami sekarang!

Kami hanya mampu berikan yang terbaik untuk anda, kerana bagi kami, #ResultMatters. Bertindak segera untuk ubah dan tambah angka jualan anda!

 

Anda Yakin Anda Mampu Mengawal Dan Menguasai Minda Anda Sendiri? Temukan Kebahagiaan, Kejayaan, Kekayaan, Kesihatan Dan Keberkatan Dalam Hidup Anda Bersama Kami!

oleh Azizan Osman pada 22 April 2017

kebahagiaan

Minda anda merakam dan memprogramkan dirinya berdasarkan apa yang anda lihat, anda dengar, dan anda lalui. Sedari kecil hingga kini, keputusan yang anda lakukan semuanya berdasarkan program minda anda itu.

Jika anda mahukan kejayaan, kewangan yang kukuh dan hubungan kekeluargaan yang mantap, anda harus mempunyai program minda yang positif dan menyokong ke arah itu. Tapi mungkin agak sukar bagi sebahagian dari kita untuk mengubah persepsi dan program minda sedia ada yang telah sekian lama berakar.

Anda pasti mempunyai kesangsian jika dikatakan bahawa minda anda mempunyai tarikannya tersendiri terhadap kekayaan, kejayaan, kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan dalam hidup anda. Tapi itu memang benar. Minda anda punyai kuasa sebegitu. Anda saja yang belum menemui rahsia untuk mengawalnya.

Untuk berjaya, anda perlu mengetahui cabaran dan sebab sebenar yang menghalang diri anda daripada mencapai impian anda. Anda perlu kenali diri anda sepenuhnya dan berkuasa penuh ke atas diri dan minda anda dalam setiap keputusan.

Untuk memiliki kebahagiaan dalam hidup tidak sukar namun ramai yang terkandas kerana kurang ilmu pengetahuan dan kawalan mengenai itu. Ada teknik-teknik mudah dan berkesan yang anda boleh pelajari sebenarnya.

Dan anda boleh menimba ilmu mengenainya di Program Rahsia Kuasa Minda Jutawan kami yang bakal berlangsung tidak lama lagi pada 18 – 21 Mei 2017. Rahsia satu demi satu untuk menggapai kebahagiaan dalam hidup akan terungkai dan tersergam di hadapan anda.

Teknik Minda Alpha yang telah bertahun-tahun digunapakai dan diaplikasikan oleh ribuan peserta kami ternyata memberikan pulangan yang memberangsangkan. Kami teringin untuk berkongsi lagi dengan anda. Benarkan kami untuk bantu anda mengubah persepsi dan program minda lama yang menghalang kejayaan, kebahagiaan, kekayaan, kesihatan dan keberkatan hidup anda selama ini.

Sertai kami dengan menghubungi kami di talian 016-261 4450/016-261 4437 sekarang. Sampai jumpa lagi, InsyaAllah.

 
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start