Nak Jadi Paling Awal Tahu Tentang IMKK Seterusnya?

oleh Team Richworks pada 07 March 2018

Baca perkongsian ini!

Lepas 3 kali jadi peserta IMKK, IMKK April 2014 yang paling terkesan di hati. Kali pertama pergi kan… Rasa banyak sungguh kena “penampar” sulung.

Ada yang kata IMKK ni kelas motivasi, ada yang kata IMKK untuk orang bisnes. Tapi diri saya kata, IMKK untuk semua orang. Semua orang yang tak nak berada di takuk yang lama.

Untuk kita yang nak cari kebahagiaan,
Untuk kita yang nak cari kegembiraan,
Untuk kita yang nak cari fullfillment dalam hidup.

Even pengertian kaya & berjaya yang DAO kongsikan, jauh dari sekadar material semata. Satu perspektif yang saya tak pernah nampak sebelum April 2014.

And that’s why, i push all my families, both sides – my parents and siblings dan jugak in laws untuk pergi. Alhamdulillah semua dah pergi dan i can see the difference in every one of us.

===

Satu moment yang paling valuable pada Kak Dina masa tu, ialah bila nampak husband Kak Dina decide untuk quit smoking. Menangis dan tepuk tangan sampai merah2 tangan tau. Kagum.

Sebelum-sebelum tu dia cakap tak mungkin dia boleh quit. Dah berpuluh tahun smoke. Kak Dina siap bet dengan dia kalau dia berhenti I buat pulut kuning!

Punyalaaa skeptikal.

===

Kalau anda buat bisnes, saya cadangkan bawak parents dan husband pergi sekali. In shaa allah dorang akan dapat view yang sama macam korang. Paling penting, your family punya support will increase by 300%

Paling best tu, kita tak perlu nak cakap banyak dah. Our parents mesti sentiasa doakan dan beri restu atas setiap apa yang kita buat dalam bisnes.

Kak Dina sangat2 pasti bab ni. Because I have all of their support and doa. Always.

Bukan semua orang nak jadi jutawan, tapi semua orang mesti nak nikmati kebahagiaan. This is not a paid post. Saya share ni sebab nak ajak kawan-kawan yang belum pernah pergi, untuk pergi.

You might hear a lot of rumours about him. I am not a die hard fan of him. Tapi Kak Dina percaya, ilmu dan pengalaman dia In Shaa Allah sedikit sebanyak, akan beri perubahan positif kepada korang.

Yang dulu liat solat, in shaa allah lengkap 5x sehari semalam.
Yang dulu solat macam shinkansen, in shaa allah laa jadi komuter.
Yang dulu zakat tak pernah bayar, in shaa allah lepas ni tak miss lagi.
Yang dulu banyak sangat alasan, in shaa allah akan nampak jalan-jalan kejayaan.
Yang dulu sale ciput, in shaa allah lepas ni bank  dan  asyek kaching-kaching!

Tu je lah Kak Dina nak share ngan korang.

-Dina-

 

Hidup Anda Susah? Banyak Cabaran?

oleh Team Richworks pada 03 March 2018

Baca ni! Hidup 15 tetamu showcase yang berkongsi cerita kejayaan di IMKK Mac malam tadi, semua mereka ada cabaran tersendiri…tapi, mereka pilih untuk bangkit dan buat sesuatu, bukan terus aje pilih untuk terima apa yang ada.

Hidup ini satu pilihan…pilihlah untuk beri yang terbaik kepada diri sendiri, agama, bangsa dan negara. Pilihlah untuk jadi lebih bermanfaat…itu kata Dr Azizan Osman…

Anda pernah berhutang keliling pinggang dan rasa tak ada apa yang anda boleh buat – Puan Norlailie Raof dari IChantique pun pernah berhutang sampai rumah pun tak ada, tapi kini buat sales sehingga RM2.9 juta setahun.

Anda pernah hidup kais pagi makan pagi? Ir Zainuddin pun pernah hidup sebagai penoreh getah, nak bantu keluarga sampai mak sendiri berpesan “keluarkan keluarga kita dari kesusahan ini..”

Anda pernah tak ada apa-apa, datang dari keluarga susah? Tuan Shaick Saifullah pun pernah terpaksa naik motor 5 sekeluarga, kerana itu je harta yang ibu bapanya ada…. Tapi kini dah boleh buat sales setahun mencecah 7 angka hanya pada umur 24 tahun!

Hidup ini satu pilihan – pilihlah untuk menjadi lebih berjaya dari sebelumnya. Pilihlah untuk hidup lebih berilmu, pilihlah untuk rendahkan ego dan cari jalan untuk lebih berjaya. Tak penat ke hidup susah sentiasa?

Tahniah kepada semua ahli Titanium Circle yang berkongsi kisah hidup dan kejayaan mereka untuk inspirasi lebih 8,000 peserta di IMKK Mac 2018.

Komen “saya nak berjaya” jika anda mahu kami bantu anda mulakan langkah kejayaan anda dan jadi seperti mereka. Kongsikan dan tag 10 rakan-rakan anda, dan ajak mereka juga untuk lebih berjaya.

 

The More You Give The More You Get!

oleh Team Richworks pada 02 March 2018

Yang kurang memberi tu dapat apa?

Itu memang kata-kata keramat yang dipegang oleh semua peserta IMKK. Betul kan?

Ini resepi penting kalau nak berjaya.

Semakin banyak anda memberi, semakin banyak anda akan menerima yang lebih baik lagi. Siapa yang tak percaya benda ni, cer fikir adakah hidup anda terima banyak perkara yang baik-baik atau tak?

Cek diri sendiri..

Kita nak macam-macam, tapi kita tak nak beri macam-macam. Fikiran, perasaan, tindakan semua pun asyik berprasangka buruk je. Habis tu…cemana nak berjaya?

Petang ni, kami berikan hadiah istimewa kepada Tuan Shaharin Saman pemilik I-Fiber, salah seorang ahli Titanium Circle yang menyambut hari jadi hari ini.

Tuan Shaharin adalah salah seorang peserta yang dah lama bersama kami di Richworks. Kami sangat hargai komitmen beliau untuk terus menuntut ilmu dari Mentor Usahawan Dr Azizan Osman sehingga beliau dapat bina bisnes sebagai kontraktor jalur lebar.

Dan kami juga berikan berbagai keselesaan kepada peserta Titanium yang hadir dengan sediakan kerusi urut dan juga aiskrim kerana kami hargai komitmen mereka dan kami nak berikan yang terbaik kepada mereka.

Ramai orang tak percaya bila kita makin memberi kita akan dapat lebih lagi.

Terpulang..
Tapi apa kata jangan percaya …buat je, sebab ramai peserta kami dah buat dan dah dapat.
Yang kedekut tahi hidung masin tu selalunya yang hidup tak bahagia…

 

9 Persediaan ke IMKK MAC 2018

oleh Team Richworks pada 06 February 2018

Cop..cop…ada orang tanya IMKK ni apa?

Ok, untuk yang bertanya, IMKK ialah Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan yang akan berlangsung selama 3 hari bermula dari 2-4 Mac 2018 di Ideal Convention Center (IDCC) Shah Alam, dan merupakan satu program yang telah membantu puluhan ribu peserta yang hadir untuk ketahui apa kunci kejayaan hidup yang selama ini tertanam dalam diri, apa tindakan yang patut diambil untuk berjaya dan banyak lagi perkara yang buatkan mereka yang pernah hadir capai kejayaan gila-gila selepas praktikkan semua ilmu yang diajar.

Dan…..

Ramai yang PM kami nak tanya macam-macam info.  Ada yang baru nak daftarkan ahli keluarga dan kenalan.

Ada yang panik sebab hotel dah penuh.

Ada juga yang tanya tentang suhu dewan, tandas kat mana, surau ada disediakan ke?  Dan macam-macam lagi.

Teruja betul semua bakal peserta IMKK Mac 2018.

Untuk kami bantu 9000 peserta yang bakal hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) Oktober ini, kami nak kongsi dengan anda 9 persediaan yang anda patut tahu dan buat sebelum hadir ke IMKK.  ATAU PM KAMI SEGERA, jika anda ada kemusykilan tentang pendaftaran ke IMKK Mac 2018.

Jumpa anda di IMKK!

1. Pastikan Daftar Nama Anda & Nama Peserta.

Sila pastikan anda daftar nama anda dan nama peserta yang akan pergi bersama anda atau nama peserta yang akan hadir ke IMKK Mac ini.  Kesilapan ramai peserta ialah, mereka tak masukkan nama peserta-peserta yang bakal hadir.  Jika anda beli tiket dan anda juga peserta, anda perlu juga masukkan nama anda dan peserta seorang lagi.  Jika anda beli tiket dan anda bukan peserta, anda perlu masukkan nama orang yang bakal hadir nanti.

Bukan setakat nama tapi alamat email dan nombor telefon juga. Macam mana nak daftarkan nama peserta?  Kami ada hantar email khas untuk anda daftar peserta, jika tidak anda boleh call 1300 88 2424 atau email ke info@richworks.com.my  untuk kami bantu.

2. Terima Pra-Pakej.

Apa itu Pra Pakej?  Pra Pakej adalah maklumat lengkap tentang lokasi, kedai makan, hotel, dan banyak lagi maklumat tentang program IMKK ini.  Ini adalah seumpama senarai dan maklumat  persediaan yang anda perlu lakukan sebelum hadir ke IMKK.

Sebelum anda hadir ke IMKK anda perlu baca dulu Pra Pakej sebagai persediaan awal.  Jika anda tak dapat Pra Pakej ini, anda boleh PM kami sekarang untuk kami bantu.

3. Pastikan Ada Boarding Pass.

Nak tahu, lebih dari 9000 orang akan hadir ke Program IMKK Mac 2018 kali ini.  Jadi untuk memudahkan anda dalam proses mendaftar masuk atau check-in, anda perlu print dan bawa Boarding Pass.  Macam nak naik kapal terbang tu!

Boarding Pass ini hanya untuk anda sendiri sahaja.  Anda tak boleh ‘check in’ kan untuk orang lain.  Alaaa…macam naik flight tu?  Mana boleh anda minta orang lain untuk tolong check in untuk anda kan?

Boarding pass ini adalah QR Code yang kami boleh scan masa nak check-in kan anda nanti.

4. Check In Awal.

Macam nak naik kapal terbang, adalah sangat bagus jika kita check in awal.  Ini bagi mengelakkan sebarang kesulitan bila check in di saat akhir.  Lagipun, anda bayangkan, ada lebih 9000 orang yang akan hadir, jadi bagus untuk anda check in awal.

Kaunter check in akan dibuka sehari awal iaitu pada hari 1 Mac 2018 dari pukul 2pm – 8pm.  Jadi, tak ada alasan untuk kita lewat-lewatkan check-in.

5. Sihat Dan Komited Nak Ubah Hidup.

Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) mungkin akan jadi program pertama bagi anda yang akan berikan pengalaman paling berbeza, semangat berbeza, aura yang berbeza yang akan menjadikan anda sangat penuh bersemangat dan penuh keterujaan.

Dan, anda perlu komited untuk terus tekun belajar dan komited untuk sentiasa berada di dalam kelas dan sedut semua ilmu yang akan dikongsikan oleh Dr Azizan Osman.  Sekali anda keluar dewan, anda mungkin terlepas bahagian paling penting yang mungkin akan mengubah hidup anda.

Jadi, pastikan anda berada dalam keadaan sihat dan terus komited kerana mungkin inilah peluang anda untuk ubah dan perbaiki tahap hidup anda ke satu tahap yang jauh lebih baik.

6. Parking Betul-Betul!

Dalam keterujaan kita nak menuntut ilmu, janganlah sampai kita menyusahkan orang lain…betul kan. Jadi, kami  harap anda rancang perjalanan anda sebaiknya, gunakan ruang parking yang betul dan jangan halang kenderaan orang lain atau laluan keluar masuk.    Dan kami juga tak akan bertanggungjawab jika kenderaan anda disaman atau kena ‘clamp’.  Jadi jaga diri anda dan kenderaan anda sebaiknya.  Orang yang berjaya dunia akhirat tak akan buat perkara yang menyusahkan orang lain.

7. Bawa Alat Tulis Sendiri.

Orang yang serius nak berjaya akan sentiasa berada dalam keadaan bersedia.  Jadi, anda dah tahu anda nak menuntut ilmu,  apa kata anda bawa alat tulis anda sendiri semasa hari pendaftaran dan di sepanjang program.  Anda tak akan terpaksa meminjam dari orang lain atau tercari-cari alat tulis untuk anda catat nota dan sebagainya. Pastikan bawa alatulis semasa mendaftar.

8. Fokus Sepanjang Program.

Kesilapan ramai orang yang tak berjaya setelah pergi mana-mana program pun ialah mereka tak fokus ketika belajar.  Mereka tidur, keluar masuk dewan, asyik nak ke tandas dan asyik makan.  Mana boleh macam tu…

Kalau nak berjaya, pastikan anda fokus sepanjang program.  Masuk awal, cari tempat duduk yang paling depan mengikut pakej anda dan cari kawan-kawan baru atau circle yang positif.  Buat semua benda dan aktiviti yang diminta buat dengan sesungguhnya.  Pasti IMKK ini kan jadi pengalaman terindah untuk anda semua.

9. Pastikan Hadir.

Kami tahu, tawaran ke IMKK ini sangat murah.  Dah lah harga terpaling murah, kami beri pula tawaran tiket percuma.  Jadi, mungkin ada antara anda yang tak rasa penting untuk hadir.  Mungkin…

Sebenarnya, jika anda rasa dah bosan dengan hidup anda dan anda rasa anda perlu cari satu platform untuk perbaiki hidup anda yang dah ala-ala membosankan dan membengangkan anda ini, IMKK lah platform terbaik.

Kami cakap berdasarkan pengalaman.  Ramai yang datang ke IMKK dan fokus serta komited sepanjang program, serta terus buat tindakan selepas hadir program, akan nampak perubahan dalam hidup mereka dalam tempoh 3-6 bulan.

Jadi, pastikan anda hadir, anda tak boleh sia-siakan peluang ini, anda tak layak nak tangguhkan kejayaan anda.  Dan dengan doa, ilmu, usaha dan tawakal, kita tengok apa hasilnya selepas 3-6 bulan nanti.  Insya Allah.

#TeamRichworks

#ResultMatters

 

Malam Gala Dan Anugerah Titanium Azizan Osman Meriah Dan Gilang Gemilang

oleh Team Richworks pada 11 January 2018

Bangkok, 7 Januari 2018 – Siapa akan sangka rutin kehidupan hariannya yang dahulu 9-5 akan berubah kepada rutin pembuatan kek saban hari dari rumah dan dijual kepada pelanggan? Tapi siapa lagi yang akan teruja bila mana hanya dalam masa setahun dibimbing oleh Mentor Dr Azizan Osman, jumlah jualan bisnesnya mampu mencapai lebih RM 3 juta setahun?

Itulah cerita pemilik Sabrina Bakery, Pn Siti Noor Sabrina Soobri di Malam Gala Majlis Anugerah Titanium Azizan Osman yang menerima pengiktirafan Women Entrepreneur of the Year di Bangkok.

Malam anugerah yang dianjurkan buat kali kedua itu bertempat di salah sebuah hotel 5 bintang di Bangkok, Thailand dan disaksikan oleh hampir 200 usahawan-jutawan dan pemilik perniagaan di bawah bimbingan Mentor Bisnes tersohor No.1 Asia, Dr Hj Azizan Osman dalam kumpulan Titanium Circle hasil cetusan ideanya.

16 anugerah dari pelbagai kategori disampaikan sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada pencapaian dan peningkatan prestasi para usahawan #AnakDidik Dr Azizan untuk tahun 2017.

Antara usahawan pemilik jenama terkenal yang turut hadir adalah pemilik butik Neng Geulis, pengasas syarikat kosmetik dan kecantikan Dnars, Pn Faziani Rohban, Nurraysa Beauty, Charms, iFlawless dan ramai lagi usahawan jenama tempatan yang terkenal di Malaysia.

Majlis yang bermula dengan sesi pendaftaran pada jam 6.30 petang diikuti ketibaan para tetamu khas dan jemputan pada 7.30 malam berlangsung dengan sangat gilang gemilang apalagi diacarakan oleh pengacara terkenal AG.

Gimik persembahan menarik daripada Gambit begitu memukau ditambah pula dengan iringan persembahan gendang dari kumpulan yang dijemput khas dari Thailand sewaktu ketibaan pengarah-pengarah eksekutif Richworks ke dewan.

Anugerah yang disampaikan sendiri oleh Dr Azizan Osman kepada para penerimanya begitu simbolik dan memiliki makna yang mendalam. Kesemua 16 kategori anugerah usahawan yang dipilih itu melambangkan penghargaan, pengiktirafan dan penyatuan kepada Ahli Titanium yang telah bekerja keras dalam memastikan momentum dan pencapaian bisnes sentiasa meningkat saban bulan.

Kata pengasasnya lagi, ungkapan Alhamdulillah tidak cukup untuk mengekspresikan perasaan syukur dan gembiranya pada malam itu. Keseluruhan perjalanan para Titanium bersama Richworks telah memberikan suatu rasa bangga dengan pelbagai kejayaan, pencapaian, dan komitmen tinggi yang telah dizahirkan.

Bertambah bangga apabila para Titanium bukan sahaja memberi nilai baru pada kehidupan mereka bahkan turut sama menambah kegembiraan pada ahli keluarga terdekat yang sentiasa menyokong mereka. Doanya, agar Allah sentiasa memberikan kekuatan dan jalan untuk para Titanium terus berkhidmat dan menyebarkan nilai kehidupan serta menjadi inspirasi pada masyarakat. Pengalaman yang sangat hebat, berbaloi dan manis ini ternyata membuatkan Dr Azizan Osman mensyukuri nikmat peluang menjadi mentor kepada usahawan hebat ini.

Tidak lupa juga ucapan tahniah dari Dr Azizan kepada team Richworks, ketua-ketua bahagian, penyokong dan rakan kongsi yang sentiasa setia pada setiap detik perjalanan. Biarpun penat, ianya terbayar dengan segala limpahan pencapaian yang tidak putus-putus.

Pesan Dr Azizan lagi, pada ahli Titanium yang telahpun menghampiri pada penamatnya dalam kumpulan ini, diharap mereka akan terus berjaya dan berusaha untuk melangkah lebih jauh. Pada yang masih ada pula, beliau mengharapkan agar usaha dan komitmen ahli Titanium tidak akan pernah terbahagi malah sentiasa melebihi 100%.

Anugerah-anugerah ini bukan sekadar untuk menjadi penghias tapi sebagai pemangkin semangat dan pendorong pada lebih banyak kerja kuat dan usaha keras dalam memajukan ekonomi dan industri perniagaan hingga ke tahap global.

Majlis yang diakhiri dengan cabutan bertuah dan pengumuman anugerah pakaian terbaik bertemakan Black Tie & Evening Dress itu tentunya sangat bermakna buat semua yang hadir. Para penerima anugerah membawa pulang sebuah trofi bercirikan kristal dan emas yang membawa simbol pada segala cabaran, dan kejayaan dalam bisnes mereka. Lebih manis, nama penerima anugerah tersemat kemas pada setiap satu trofi yang dianugerahkan.

Tahniah diucapkan!

 

Adakah Kami Akan Jumpa Anda Di RYRR Kali Ini?

oleh Team Richworks pada 27 November 2017

Tahniah kerana anda kini dah mula memiliki bisnes sendiri.  Kami dapati, ramai peserta program yang telah hadir ke Program IMKK dan MMM mula buat duit melalui bisnes masing-masing.  Pendapatan pun dah semakin baik, ada yang dah mampu bayar hutang.

Tapi, ada satu masalah baru muncul bila anda dah pandai buat bisnes, bisnes dah mula buat duit dan anda dah mula sibuk dengan urusan bisnes. Perlahan-lahan anda akan mula rasa dua perkara ini:

1) Duit dah banyak, masa dah bertambah kurang

2) Mula rasa macam nak beli macam-macam

3) Mula terfikir untuk beranakkan duit dengan cepat tapi tak tahu cara yang betul

Anda mungkin terfikir nak melabur dan mungkin anda pernah dengar tentang peluang-peluang pelaburan, tapi anda tak tahu nak tanya kepada siapa.

Mungkin juga anda pernah mahu cuba-cuba melabur tapi anda tak yakin sangat dengan maklumat yang anda dapat.

Mungkin juga anda pernah melabur dan pernah kena scam kerana anda tak ada langsung ilmu dan maklumat yang sahih tentang pelaburan.

Masalahnya ramai usahawan, bila sebut nak tambah kewangan mereka hanya fokus kepada menambahkan cawangan baru, membuka bisnes baru sedangkan itu menyebabkan mereka perlu lantik ramai pekerja dan mengeluarkan kos yang tinggi.

Bukan tak bagus tapi jika anda ada ilmu pelaburan, adna dah boleh bina income dengan melaburdalam bidang-bidang yang patuh syariah yang mudah, dan tak perlukan pemantauan dan pemerhatian yang sangat ketat.

Tinggal kurang dari 2 minggu lagi untuk berlangsungnya Program Retire Young Retire Rich (RYRR).  Terus terang kami nak maklumkan kepada anda, Program 3 hari RYRR ini adalah berbeza dari program yang sebelumnya, kerana kami akan berikan pendedahan kepada anda tentang lebih banyak peluang pelaburan.

Apa yang menarik lagi, ramai mereka yang hadir ke program ini, sebelum ini terdiri dari mereka yang usahawan baru atau usahawan lama yang baru diperkenalkan kepada banyak jenis peluang pelaburan.  Sebelum ni ramai yang tak tahu tentang ini…

Kami nak berikan kepada anda peluang untuk dapatkan lebih banyak ilmu pelaburan supaya anda tak buat pelaburan yang silap, yang merugikan dan melingkupkan bisnes anda.

Anda dah penat-penat kerja dan berniaga, takkan anda nak tengok pelaburan anda tak berikan hasil?  Tapi hasil macam mana yang anda mahu, dan macam mana nak dapatkan hasil yang berkali ganda jika anda tak tahu bagaimana nak bermula.

Kalau kami jadi usahawan sehebat anda , kami akan beri peluang kepada diri sendiri untuk belajar ilmu pelaburan.  Di RYRR, anda bukan dapat satu ilmu pelaburan, tapi banyak jenis. Dan bukan yang sangat susah dan komplikated untuk difahami.  RYRR juga akan dedahkan anda kepada peluang anda nak menjana pasif income dan tak perlu berharapkan kepada bisnes anda saja.

Daftar sekarang untuk tempah seat anda ke Program Retire Young Retire Rich.

 

Nak Kejayaan Berganda-Ganda? BERHENTI Buat 6 Perkara Ini.

oleh Team Richworks pada 10 October 2017

 

Untuk berhenti bukan susah. Ia adalah satu skil yang boleh dipelajari. Hanya jika anda – MAHU.

Minda kita selalu saja dimomokkan dengan ayat, “Jangan berhenti separuh jalan” dan kita sebagai seorang manusia yang ‘lurus’ dan begitu menginginkan kejayaan datang bergolek, kita terlalu mengambil berat akan ‘pesanan’ itu sampai ia memudaratkan diri sendiri. Maksudnya, semua perkara pun tak boleh berhenti separuh jalan! Bagus memanglah bagus – tapi kalau semua benda, termasuk jika benda itu tidak berikan apa-apa manfaat kepada anda, adakah patut anda teruskan? Logik akal kadangkala perlu diteliti juga.

Ibu bapa terutamanya, seringkali berpesan pada anak-anak, “Jangan berhenti, jangan mengalah, jangan putus asa. Nanti mesti berjaya juga.” Betul. Itu memang tak disangkal. Tapi jika berhenti adalah lebih baik, TOLONG hentikan apa jua yang anda lakukan itu. Projek yang tak beri manfaat, Pekerjaan yang tak beri tambah nilai pada hidup anda, mahupun perhubungan yang tidak ke mana – TOLONG hentikan. STOP, and QUIT!

Nelson Mandela pernah kata, “Quitting is leading too.” Kadangkala, asbab anda berhenti pada satu perkara membuka lebih banyak pintu pada lebih banyak kebaikan dan manfaat!

Ramai dari kita tahu waktu terbaik untuk berhenti, tapi lagi RAMAI juga yang tak tahu cara nak lepaskan diri dari suatu ‘permasalahan’. Universiti Rochester pernah membuat kajian yang manusia ini sebenarnya memiliki dua sumber motivasi diri.- approach goals atau avoidance goals. Sebahagiannya sangat terinspirasi dengan approach goals yang berorientasikan teknik capai atau kekalkan hasil yang diinginkan. Sementara segolongan lagi tertumpu pada avoidance goals iaitu elak atau hapuskan hasil yang tidak diingini.

Approach goals

Mereka yang tergolong dalam kategori ini lebih sukakan cabaran dan tidak akan bazir masa selesaikan masalah yang tidak ada sebarang progres kepada penyelesaian. Dalam kata lain, mereka TAHU bila waktunya untuk BERHENTI.

Avoidance goals

Bagi kategori ini, mereka lebih risau dengan risiko ‘jika aku gagal’. Mereka akan seboleh-bolehnya mengelak untuk gagal! Mereka ambil masa yang sangat lama untuk berkata, “Aku sedia untuk berhenti dan mula semula. Keadaan ini selalunya buat mereka rugi lebih banyak dari segi MASA. Dan tentulah ianya sangat tak produktif!

Sebenarnya, untuk berhenti dari melakukan sesuatu perkara memang sukar pada mulanya, tapi ia boleh dipelajari. Ia adalah skil. Dan semua skil boleh dipelajari. Jika anda sudah lama tersekat pada satu masalah atau kerja, dan memang ia tak akan bergerak walau apa jua usaha yang anda buat, anda sepatutnya dah tahu itulah masanya untuk anda BERHENTI. Kita hidup dalam satu garis masa yang terus berjalan sehingga kita akhirnya mati. Dan dalam perjalanan itu, banyak peluang akan muncul untuk kita katakan “Ya, aku berhenti setakat ini.”

So, stop doing thing yang tak mendatangkan hasil.  Itu point kita hari ini!

Mari kita lihat 6 perkara yang anda patut HENTIKAN untuk buka lebih banyak pintu kejayaan.

1) BERHENTI RAGUI diri sendiri

Satu tips penting untuk berjaya – anda perlu YAKIN. Syarikat Hewlett-Packard (HP) menjalankan satu kajian menarik yang melibatkan satu analisis pada proses permohonan bagi tawaran naik pangkat terhadap staf-stafnya. Hasil daripada kajian itu, HP mendapati golongan pekerja wanitanya hanya akan mengisi borang permohonan tersebut jika mereka telah memenuhi 100% kriteria yang dinyatakan. Sebaliknya pekerja lelaki terus sahaja memohon walaupun mereka cuma memenuhi 60% daripada kriteria tersebut. HP kemudiannya membuat kesimpulan bahawa antara sebab kenapa lelaki lebih mendominasi carta organisasi syarikat adalah kerana mereka lebih berani dan mahu mencuba. Mereka lebih YAKIN. Dan kadangkala hanya KEYAKINAN yang mampu bawa anda naik ke tingkat lebih tinggi dalam hidup anda. PERCAYA dan YAKIN pada diri anda. Tidak yakin takkan bawa anda kemana. Tapi bagaimana jika pura-pura yakin? Pastilah hasilnya tak sama dengan keyakinan sebenar.

2) BERHENTI TANGGUH kerja.

Nak berubah, nak perbaiki diri – ia memang susah. Bila semuanya (anda fikir) susah, lebih mudah untuk anda tangguh dan siapkannya kemudian, atau esok. Cuma masalahnya, adakah anda tahu esok itu pasti muncul untuk anda? Dan masalah paling besar ialah sebenarnya tiada esok pun untuk apa yang anda tangguh itu! Tangguh sama ertinya dengan “tak akan sentuh dan buat” lagi. Anda sedang membina alasan. Sama ada anda tak mahu lakukannya lagi atau anda mahukan hasil tanpa buat apa-apa. Mana ada hasil free tanpa usaha? Skim cepat kaya pun memerlukan duit pendahuluan dari anda dulu!

3) BERHENTI FIKIR anda tiada pilihan lain.

Pilihan sentiasa ada. Walaupun pilihan yang ada depan mata itu bukanlah baik mana, tapi ia tetap satu pilihan. Beranggapan yang anda sudah tiada pilihan lagi akan bawa dan latih diri anda untuk jadi seorang yang lemah! Jangan suka berlagak yang anda adalah mangsa keadaan kerana anda sedang menjatuhkan maruah diri sendiri. Nak berjaya, perlu berhenti merendahkan maruah diri anda. Bangga dan berusaha sebaiknya!

4) BERHENTI ULANG perkara sama jika mahu hasil berbeza

Albert Einstein pernah mengatakan bahawa hanya orang gila sahaja yang buat perkara sama berulang kali tapi mahukan hasil yang berbeza. Matematiknya mudah, kalau anda tetap tak mahu berganjak dengan ritual dan rutin ulangan yang sama, hasil yang anda akan dapat tetap sama. Anda buat A, A, A, takkan hasilnya keluar X, Y atau Z? Mahukan hasil yang berbeza dan lagi ‘umphh’, tukar cara anda. Walaupun ia susah.

5) BERHENTI FIKIR semuanya adalah auto

Memang best kalau semuanya macam mesin automatis. Tekan sekali dan akan terus jadi dan menjadi tanpa anda susah-susah kendalikannya.  Hidup tidak bertindak seperti itu. Jangan harap bos anda akan peka dengan kesediaan anda untuk naik pangkat kalau anda tak tunjuk dan beritahu. Jangan harap rakan anda akan berhenti membuli anda jika anda berterusan menjadi pak turut. Tak ada apa yang magis di dunia. Anda nakkan sesuatu? Anda perlu proaktif dan bertanggungjawab untuk dapatkan apa yang anda mahu.

6) BERHENTI KATA YA untuk semua benda.

Setiap satu ‘ya’ akan ada satu ‘tidak’ disebaliknya. “Ya, aku akan balik lewat dari pejabat hari ini” bererti “Tidak, aku tiada masa untuk keluarga aku malam ini.” Kajian Universiti California menunjukkan lagi sukar anda mengatakan “tidak” pada sesuatu, lagi tinggi tahap stress yang akan anda hadapi. “Tidak” memang kadangkala sukar untuk dilafazkan. Ia satu perkataan yang sebenarnya sangat ‘berkuasa’. Jika anda dah bertekad untuk menolak sesuatu, elakkan dari mengeluarkan kata-kata yang tidak pasti contohnya; “Aku tak pasti aku boleh ikut atau tidak.” Atau “Aku rasa aku tak boleh datang malam ini.” Jika anda keluarkan perkataan sebegini, seolah-olah anda beri harapan kepada mereka yang mengajak. Satu lagi perkara, dengan berani mengatakan “tidak” pada tugas baru bermakna anda berikan keutamaan kepada tugas sedia ada anda. Berani berkata “tidak” bakal mengubah ikatan komitmen anda, berikan masa yang lebih untuk diri anda serta perkara penting dalam hidup anda.

Sebetulnya memang ada banyak perkara yang boleh kita lakukan atau elakkan untuk kekal dan meningkatkan potensi serta momentum anda. Ya, ada daripada anda selalu ragu dengan kebolehan diri sendiri, merungut betapa susahnya untuk siapkan sesuatu tugas, mahupun bertangguh dalam sesuatu kerja. Tapi jika anda mahu berjaya – maksudnya, BENAR benar MAHU berjaya, anda perlu BERHENTI FOKUS terlalu banyak pada perkara yang patut anda buat. Sebaliknya FOKUS pada perkara yang anda perlu BERHENTI BUAT.

 

Bisnes Cantik, Sales Naik, Tapi…..Kenapa Tak Pernah Nampak Duit?

oleh Team Richworks pada 25 September 2017

Ramai peserta dah boleh buat sales banyak selepas hadir ke Program Millionaire Marketing Mastery (MMM). Anda, mungkin dah rasa pegang duit lebih sikit, dah rasa penat berniaga, dah rasa macam..”oooo..macam ni sebenarnya rasa berbisnes.”

Betul tak?

Tapi pernah tak anda terfikir,

Adakah anda betul-betul untung?

Kalau buat sales, kenapa duit dalam bank tak semakin banyak?

Kenapa anda yang masih kena buat semua kerja?  Makin ada bisnes makin penat?

Kenapa anda rasa takut dan rasa nak menyorok sebab takut nak bayar cukai dan GST?

Kenapa masih tak tahu uruskan ‘Cash Flow’ syarikat..?

Kenapa masih rasa susah nak grow kan bisnes, sebab ada banyak kerja-kerja administration yang anda perlu uruskan sendiri?

Eh! Banyaklah masalah…

Apa yang ramai peniaga tak sedar ialah, bila mereka asyik syok buat sales tapi tak tahu nak managekan wang bisnes dengan betul, tak tahu nak uruskan staff dengan betul, tak tahu nak uruskan supplier, tak tahu nak uruskan stok, banyak masalah akan berlaku.

Biasa dengar, macam mana stressnya usahawan yang asyik kena tipu dengan supplier, yang kena tipu siang-siang buta dengan staff, yang permohonan loan untuk kembangkan bisnes asyik kena tolak, dan macam-macam lagi, agaknya kalau kita dengar kisah macam ni, kita pun dah ‘give up’ dan tak nak buat bisnes!

Ini semuanya akibat berbisnes tak ada ilmu.  Alhamdulillah ada Entrepreneur Foundation Programm (EFP) dari Tuan Jerry Rizal Mat yang akan bantu anda lebih faham tentang ilmu pengurusan bisnes yang betul, pengurusan kewangan yang tak menyakitkan hati, pengurusan staff supaya tak buat kan anda macam nak kena sakit jantung setiap hari…

 

 

Jom Buat Senarai Perkara Yang Anda Bengangkan!

oleh Team Richworks pada 25 September 2017

Nak memeriahkan lagi keadaan, tonton dulu video montage IMKK ini.

Nak tanya? Ada tak anda pernah rasa bengang sangat dengan diri sendiri, dengan situasi buruk yang berlaku dalam hidup, dengan keadaan hidup yang stress, tertekan, dan penuh masalah serta tak pernah berubah dah beberapa tahun?

Pernah tak kena caci dan hina akibat selalu gagal, akibat hidup kita teruk, akibat taraf hidup kita yang biasa-biasa?  Apa yang anda buat dengan kata-kata orang ni?  Apa yang anda buat dengan rasa bengang yang ada dalam hati?

 

IMKK Borneo: Jangan Cakap Banyak Kalau Anda Tak Pernah Menghadirinya.

oleh Team Richworks pada 10 August 2017

“Kenapa nak hadir ke IMKK sampai berkali-kali, nak terbang ke Sabah lagi.  Kan sama je IMKK kat KL dan kat KK sana.”

Tak bang, IMKK Borneo tak sama.  IMKK Shah Alam, Kuala Lumpur dan Borneo ada keunikannya tersendiri, ada auranya tersendiri.  Anda tak akan rasa samanya, lebih-lebih lagi kalau anda sendiri tak pernah jejakkan kaki ke mana-mana Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK).

Entah berapa ramai orang dari Semenanjung yang sanggup terbang ke Kota Kinabalu demi nak sertai IMKK Boreo yang baru berlangsung pada 4-6 Ogos yang lalu. Bila ditanya, jawapan yang mereka berikan sebab tak sabar nak tunggu IMKK Shah Alam pada 27-29 Oktober 2017 ini dan kata mereka “Dengarnya IMKK Borneo selalunya berbeza!”

Betul!  Pernah dulu, lampu dewan pecah akibat dari tingginya ‘energy’ yang dilontarkan oleh peserta IMKK Borneo.  Yang sweetnya, mereka yang hadir ke IMKK Borneo ini sanggup datang dari jauh, menaiki bas sehingga 10 jam, ada yang datang dari pedalaman Sarawak dan sanggup naik motor 20 minit, naik bot 2 jam, naik bas 45 minit dan naik kapal terbang 1 jam 30 minit  untuk satu perjalanan sehala ke IMKK Borneo.  Tak gila ke!

Yang indah lagi, faktor geografi, keadaan hidup, faktor kesusahan yang pernah mereka alami dalam hidup mereka menyebabkan mereka sanggup buat apa saja untuk hadir ke IMKK Borneo.  Walaupun ada perbezaan etnik dan agama, itu bukan satu alasan untuk mereka berkumpul beramai-ramai dalam satu dewan selama 3 hari demi nak menuntut ilmu yang mampu gilap potensi diri mereka.

Anda bayangkan, bila bacaan Ratib Al Attas di bacakan di malam kedua IMKK, semua peserta tak kira apa agama akan sama-sama menghayatinya.  Dan, saat Dr Azizan Osman bacakan doa di akhir program IMKK, semua pun turut sama berdoa dalam dewan yang sama.  Ini takkan terjadi jika mereka tak faham apa ertinya membina ‘connection’ dengan Yang Maha Esa seperti yang ditekankan oleh Dr Azizan Osman dalam Program berhantu, IMKK.

Anda boleh kata apa saja tentang IMKK – selagi anda tak pernah jejakkan kaki walaupun sekali ke dalam program ini, anda hanya menunjukkan ego sendiri.  Hadir IMKK bermakna anda dah berani runtuhkan ego sendiri kerana dalam IMKK ramai yang sedar hidup dengan ego setinggi langit takkan bawa anda terbang tinggi dan pergi jauh dalam apa yang anda cita-citakan.

Tak apa, masih ada masa untuk anda rebtut Tawaran Merdeka sempena sambutan ke 60 tahun kemerdekaan negara tercinta.  Moga-moga terbuka hati anda untuk jejakkan kaki ke dewan IDCC dan berIMKK selama 3 hari dari 27-29 Oktober 2017 nanti.

Layari www.azizanosman.com/imkk untuk maklumat lanjut.

 
Hak Cipta Terpelihara 2019 © RichWorks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start