Hidayah Kalau Datang, Ketuk Pintu Bagi Salam 3 Kali Je. Tak Jawab, Dia Balik.

oleh Team Richworks pada 22 April 2017

hidayah

“Masalah ni tak pernah bosan agaknya ya? Asyik datang mengacau hidup orang setiap masa. Balik-balik muka masalah. Balik-balik muka masalah. Tak ada muka lain! Kalau tak masalah hutang, masalah kurang duit. Tak masalah sales turun, masalah orang tak datang kedai pula. Semua perkara jadi masalah lah senang cerita!”

“Chup chup! Amboi amboi, semua nak disalahkan kat pihak lain ya? Apa kau ingat kau sorang yang betul? Apa kau ingat orang lain saja yang salah?

Cuba kau renung balik diri. Wuduk sempurna? Solat cukup? Hubungan dengan mak ayah? Adik beradik? Macam mana pula dengan jiran rumah, jiran kedai, ada kau tanya khabar? Atau kau suka berdengki dendam dengan kesenangan yang mereka ada?  Ada kau riak bila dapat sesuatu? Ada kau bersyukur pada Allah pada setiap hela nafas kau setiap hari? Ada kau usaha pergi belajar cari guru bila dah tak tahu nak selesaikan masalah kau?

Semuanya balik pada hati. Hati kalau kotor, penuh hasad dengki dan iri hati, penuh sangkaan itu dan ini, benda baik tak nak datang kat kau. Sebab kau pegang aura negatif. Siapa suka bau busuk? Kau nak hidup selamanya dengan hati busuk macam longkang tak cuci?

Cuba muhasabah balik. Cuba lihat balik diri kita. Orang kata kalau tak ada ilmu, pergi berguru. Belajar. Cari jalan penyelesaian. Bukan menyalahkan orang, menyalahkan takdir. Kita yang kena usaha. Kita. Allah tak ubah nasib kita kalau kita tak usaha. Allah tu Pemberi Rezeki. Kau tak jaga hubungan dengan Dia, memang tak lah Dia nak bagi rezeki berkat kat kau!

Hidayah pun, kalau datang dia ketuk pintu dan bagi salam 3 kali je. Kalau kau tak jawab dan buka pintu tu, terlepas juga. Bukan Siti Nur Hidayah pujaan hati tu. Ini hidayah Allah. Peringatan. Dorongan untuk kau ubah dan get back on track. Ingat tau! Kami sampaikan pesan je. Sebab kami pun dapat pesanan untuk ubah diri sampai berjaya hasil dari berguru juga. Tak jauh pun, dekat IMKK je. Kalau ada masa, roger roger je, kami sentiasa ready untuk bantu anda. “

IMKK, program 3-hari Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan hanya 3-hari sahaja lagi. Tahniah buat anda yang telah mendaftar dan pastikan anda hadir dan baca *9 Persediaan Peserta IMKK. Jika anda belum mendaftar, anda boleh dapatkan tawaran terakhir kami *di sini*.

 

Ira Sado Kata Dia Berniaga Kerana Nak Pencen Awal?

oleh Team Richworks pada 20 April 2017

Ira Sado

Bila sebut perkataan pencen selalunya berkaitan dengan orang yang dah berusia.  Tapi lain dengan Cik Nazatul Nazira Zainol Abidin atau lebih dikenali sebagai Ira Sado ini, yang baru berusia 24 tahun tapi dah nak pencen!

Nak kata ‘sado’ tak lah sasa sangat tubuhnya.  Wanita kecil molek berasal dari Pulau Pinang ini dapat gelaran ‘Ira Sado’ yang diberikan oleh followersnya setelah dia berjaya bangkit membina bisnesnya yang pernah jatuh.  Dalam usia yang muda, berbagai cabaran dalam bisnes dah beliau hadapi.

Ira mula berniaga ketika di semester 3 sewaktu belajar di sebuah kolej di Kuantan.  Tujuannya berniaga ketika itu kerana nak cari duit lebih.  Berbekalkan modal RM500 yang dipinjam dari ayah kesayangan, Ira berniaga tanpa pengetahuan ibu bapanya.  Pernah suatu ketika, bila ibunya dapat tahu tentang bisnes sorok-soroknya, ibunya rasa sedih kerana beliau ingatkan Ira terpaksa berniaga kerana tak cukup duit belanja bulanan.

Bukan itu sebabnya, Nazatul Nazira bukan berniaga kerana tak cukup duit bulanan, tapi kerana minatnya yang sangat mendalam dengan perniagaan.  Beliau nampak peluang yang sangat besar untuk beliau pergi jauh, untuk beliau capai lebih banyak impiannya dan peluang yang lebih besar untuk beliau berbakti kepada orang tersayang di sekelilingnya.

Dengan berbekalkan semangat berniaga, beliau mula berniaga di Pasar Uptown di hujung minggu, dan kemudian beliau mula berniaga setiap hari di Pasar Downtown di sekitar Kuantan.  Dengan simpanan yang ada, beliau mula membuka butiknya sendiri.  “Seronok betul rasanya dapat buka butik sendiri.” Kata Ira Sado, ketika bercerita tentang pengalamannya.  Baginya, memiliki butik sendiri seolah-olah satu kejayaan dan pencapaian yang sangat dibanggakan.

Malangnya, semangat dan keseronokan itu tak kekal lama.  Berniaga tanpa bisnes menyebabkan perniagaanya terpaksa ditutup.  Manakan tidak, selama ini dia tak pernah tahu bahawa dia tak boleh ambil dan pakai duit jualan bisnes sewenang-wenangnya!  Kalah dengan kehendak jiwa muda yang mahukan macam-macam, dan berniaga tanpa ilmu menyebabkan akhirnya beliau terpaksa tutup kedai.

Keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur untuk memulakan bisnes merupakan satu langkah untuk Ira mencapai kejayaan lebih besar setelah kejatuhannya.  Anak muda ini bermula kembali dengan menjual produk-produk orang lain sehingga mampu membina team sendiri.  Ketika aktif berbisnes, beliau sering ternampak laman Facebook dan YouTube Azizan Osman, tapi beliau hanya menyuruh Teamnya untuk menghadiri program Dr Azizan Osman, baginya cukuplah dia tengok di FB sahaja.

Lama-kelamaan, Nazatul Nazira sedar, salesnya mulai statik.  Susah untuk naik.  Dia seolah-olah dah kehabisan idea untuk memasarkan produknya.  Akhirnya, pada September 2016 yang lalu, beliau gagahkan diri untuk hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) di Menara PGRM, Cheras.

Program 3 hari tersebut dah membuka mata beliau seluas-luasnya tentang apa potensi beliau yang sebenar.  Beliau mula faham, bagaimana nak berbisnes dengan betul.  Nekad untuk membawa perniagaannya lebih jauh, Ira terus komited untuk hadir ke program-program lain.

Apa yang menyeronokkan bagi beliau, dengan ilmu dari Dr Azizan Osman, beliau yang sangat mentah dalam dunia perniagaan rasakan bahawa beliau sentiasa akan di bimbing dan juga sentiasa ada kumpulan yang memberikan sokongan kepada beliau.  Ilmu dari Dr Azizan juga buatkan beliau lebih yakin dengan apa tindakan yang beliau nak lakukan.  Beliau berhasrat untuk menjadikan bisnesnya boleh bergerak dengan sendiri supaya beliau dapat pencen awal dan menikmati kehidupan.

Belum sampai setahun menghadiri Program Richworks, Alhamdulillah dengan ilmu dan tindakan yang konsisten dan sikap yang sangat komited, Ira Sado kini sangat bersyukur kerana Produk Nyra Skinworks miliknya dah berjaya buat jualan sehingga RM300,000 sebulan.  Beliau sangat bersyukur, pada usia semudanya beliau dah mampu membantu keluarga dan memberi pendidikan terbaik untuk adiknya. Beliau juga pernah membawa keluarganya melancong ke Eropah.

Kecil-kecil cili padi, sekali makan pasti berapi.  Usia tak pernah jadi faktor penghalang  sesiapapun untuk berjaya.  Jatuh bangun dalam bisnes itu biasa, pokok pangkalnya tanpa ilmu, jatuhnya kita nanti pasti sakit dan lama.  Anda macam mana?

10 hari lagi ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan pada 29 April-1Mei di Ideal Convention Center (IDCC) Shah Alam.  Layari www.azizanosman.com/imkk/april2017 untuk mendaftar.

#TeamAzizan #ResultMatters.

 

Kenapa IMKK Penting Untuk Bisnes?

oleh Team Richworks pada 18 April 2017

Kenapa IMKK Penting Untuk Bisnes - 000

Tahniah kepada semua usahawan yang bakal jadi peserta Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) April ini. Keputusan yang anda ambil untuk daftar dan sertai IMKK InsyaAllah bakal jadi antara keputusan yang bijak yang anda pernah lakukan.

Ini kerana, IMKK dah jadi batu loncatan untuk ramai usahawan meningkatkan jualan dan mengembangkan perniagaan mereka hingga ke tahap yang jauh lebih tinggi dari sebelumnya. Mungkin ada yang nak tahu kenapa penting untuk para usahawan hadir ke Program IMKK. Kami nak kongsikan dengan anda 8 sebab apa yang anda para usahawan akan dapat dari IMKK.

1. Kenal ‘Source’.

Kenapa IMKK Penting Untuk Bisnes - 001

Bisnes bukan satu alasan untuk buatkan kita rasa kita mampu dapat hasil yang lebih baik dengan usaha sendiri sahaja. Walaupun anda ada ilmu segala nenek marketing dan anda buat marketing hebat macam mana pun jika tanpa izin Dia, takkan berhasil juga. Takkan terbuka hati orang untu nampak dan beli dari anda jika bukan Source yang menggerakkan hati mereka. IMKK bukan program ceramah agama, tapi ilmu dari IMKK akan buatkan anda sedar banyak perkara tentang hubungan anda dengan Tuhan.

2. Ketahui Formula buat RM1 Juta yang pertama.

Kenapa IMKK Penting Untuk Bisnes - 002

Bagi mereka yang tak pernah buat RM1 juta, di IMKK anda akan tahu bagaimana nak buat RM1juta anda yang pertama. Bagi yang dah pernah, anda akan tahu tentang ilmu membina kekayan yang bukan sekadar kekayaan duit dan harta semata-mata.

Anda mungkin dah berjaya buat RM1 juta tapi adakah anda tahu bagaimana nak buat lebih lagi dan apa yang anda perlu buat dengan duit yang banyak tu? Semuanya akan terjawab di IMKK, InsyaAllah.

3. Kenali apa yang halang bisnes anda berjaya.

Kenapa IMKK Penting Untuk Bisnes - 003

Ada tak dari kalangan anda yang dah buat banyak bisnes tapi asyik tak jadi? Ada tak dari anda yang tukar bisnes setiap tahun, dan setiap kali hari raya atau perjumpaan kawan-kawan, mereka akan tanya anda soalan yang menyakitkan hati ‘ni “kau bisnes apa pulak dah sekarang ni?”

IMKK akan buatkan anda tahu, kenapa bisnes yang anda buat setakat ini asyik tak jadi.

4. Dapatkan inspirasi dari kisah kejayaan.

Kenapa IMKK Penting Untuk Bisnes - 004

Dalam program IMKK, jika anda pandai ambil peluang anda akan dapat berjumpa dengan ramai anak didik Dr Azizan Osman yang dah berjaya. Kami juga adakan sesi khas untuk suntik sedikit inspirasi kepada anda dengan perkongsian mereka yang dah berjaya. Dari anak didik Dr Azizan yang dah berjaya, anda boleh pelajari apa strategi dan formula kejayaan mereka. Mereka juga dulu seperti anda, hadir ke IMKK tanpa tahu apa-apa. Mana tahu, sedikit masa nanti anda pula yang dapat kongsikan kisah kejayaan anda pula!

5. Bina circle rakan-rakan bisnes yang positif dan membina.

Kenapa IMKK Penting Untuk Bisnes - 005

Kat luar sana, kita dikelilingi oleh ramai kawan-kawan yang tak menyokong apa yang kita buat. Lebih ramai lagi yang memperkecilkan cita-cita dan impian kita. Belum cakap tentang mereka-mereka yang tak percaya dan terus menghalang kita dari buat apa yang kita nak buat.

Di IMKK, anda akan jumpa mereka yang sealiran dengan anda, yang ada cita-cita dan impian, yang ada harapan besar dan juga mungkin berhadapan dengan halangan. Dari sini, anda dan mereka ada kesamaan, dan dari sinilah anda boleh saling membina networking yang baik.

6. Dapatkan lebih banyak idea dan cara-cara berbisnes.

Kenapa IMKK Penting Untuk Bisnes - 006

Jika anda nak berbisnes tapi masih tak ada idea bisnes yang kukuh, atau anda dah bisnes dan mahu lebarkan sayap tapi tak tahu bisnes apa yang anda nak ceburi, di IMKK lah tempatnya untuk anda dapatkan lebih banyak idea tentang bisnes.

Anda mungkin tak faham lagi, tapi bila anda dah berkampung di IMKK selama 3 hari, dikelilingi dengan sebegitu ramai orang dari pelbagai latar belakang, InsyaAllah ada idea yang menarik yang datang kepada anda nanti.

7. Dapat tip untuk mulakan perniagaan atau tingkatkan bisnes anda.

Kenapa IMKK Penting Untuk Bisnes - 007

Untuk yang berminat nak bisnes dan mungkin dah ada bisnes kecil-kecilan sebagai agen atau dropship produk orang lain, tahniah! Anda berada di landasan yang betul dengan hadir ke IMKK. InsyaAllah, jika anda fokus betul-betul sepanjang 3 hari nanti, anda akan dapat banyak sangat tip-tip untuk memulakan bisnes dan meningkatkan bisnes anda.

Apa yang anda perlu buat ialah, komited dan fokus dan jangan asyik keluar dewan. Takut terlepas perkara penting nanti.

8. Dapat ilmu dari mentor yang telah terbukti berjaya.

Kenapa IMKK Penting Untuk Bisnes - 008

Bukan senang orang yang dah berjaya nak share ilmu kejayaan demi nak membantu ratusan ribu orang untuk merubah hidup dan meningkatkan tahap kewangan mereka. Ramai orang yang dah berjaya, sibuk dengan kehidupan sendiri sehingga mereka tak ada ruang dan peluang untuk bantu orang lain.

Ada pula yang terlalu sayangkan ilmu sendiri, dan tak mahu berkongsi. Betul kan? Dr Azizan Osman pernah merasai pahit maung kehidupan. Beliau pernah rasa susah, rasa tertekan bila bisnes yang dia nak buat tak jadi. Dan, beliau juga pernah menghadapi berbagai halangan dan cabaran. Tapi, bila beliau minta bantuan dari orang lain untuk share ilmu bagaimana mereka boleh berjaya, tak ada orang yang mahu bantu dirinya. Sebab itu, bila Dr Azizan dah berjaya beliau berazam nak tolong lebih ramai orang lain untuk berjaya juga, dengan berkongsi ilmu dan pengalamannya.

Anda perlu dengar kisah kejayaan beliau dari mulut beliau sendiri, turun naik kehidupan seorang Dr Azizan Osman sehingga kini mampu membina lebih 26 buah perniagaan.

#TeamRichworks #ResultMatters

 

Apa Rahsia Kejayaan Nurraysa Beauty?

oleh Team Richworks pada 18 April 2017

003

Ada ramai orang di luar sana yang nak berniaga tapi entah kenapa masih tak mula-mula. Bila tengok billboard orang lain, dengar iklan mereka di radio, dan tonton mereka di TV, ramai yang rasa “Bestnya jadi macam mereka.” Ramai yang terus cemburukan kejayaan orang lain, tapi malangnya tak buat apa-apa tindakan untuk cipta kejayaan diri sendiri.

Apa masalah anda? Kenapa tak mula lagi? Apa yang anda fikirkan sebenarnya.

Puan Nur Aini Zolkepeli, Pengasas Produk Nurraysa Beauty membina perniagaannya bukan sekelip mata. Banyak turun naik yang telah beliau hadapi dalam kehidupan. Anda mungkin tak percaya, wanita ini hanya bermula dengan modal RM500, itu pun pinjam duit suami. Beliau bermula dengan jual seaweed (rumpai laut) sahaja.

Nampak macam senang ‘kan. Tapi sebenarnya, tidak. Ketika itu, banyak perkara yang beliau perlu hadapi. Ketika beliau jual rumpai laut, sekejap sahaja pesaing mula bermain harga sehinggakan beliau dah susah nak buat keuntungan. Berniaga tanpa ilmu buatkan beliau tak tahu arah tuju yang sebenarnya. Tapi beliau tak putus asa dan terus mencuba.

Kemudian beliau berhajat nak keluarkan produk sendiri di kilang. Malangnya beliau perlu mengeluarkan modal yang besar, dan ketika itu beliau tak mampu. Alhamdulillah, beliau bertemu dengan seorang yang bekerja di kilang produk kecantikan yang mengajar beliau membuat sabun sendiri.  Hasilnya, Puan Nur Aini pun mula membuat produk sabun rumpai lautnya sendiri hanya dari dapur rumah beliau.  Sabun kecantikan rumpai laut yang diberi nama Nurraysa  tersebut, mula mendapat perhatian tetapi banyak masalah lain mula timbul.

Dari situlah, beliau mula mencari mentor dan menyertai Program Richworks.

Beliau mula hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) pada Oktober 2014. Ketika itu, pendapatan bisnesnya tak sampai RM10 ribu sebulan. Hasil dari ilmu yang didapati yang beliau praktikkan, perniagaannya mula meningkat. Beliau hadir kembali ke IMKK pada April 2015, dan pada masa itu jualannya dah mencecah RM100 ribu sebulan, dan ketika beliau hadir ke IMKK Oktober 2015 pendapatannya dah meningkat sehingga RM600 ribu sebulan!  Siapa sangka hanya dari modal RM500, boleh meningkat menjadi jutaan ringgit sebulan.

Sekarang, Puan Nur Aini dah ada rangkaian produk sendiri, dengan beribu-ribu agen di seluruh Malaysia, dengan 123 billboard terpasang di sepanjang lebuhraya di seluruh Semenanjung  dan iklan radio produknya “Dap..dap je..” sering kedengaran di corong radio, dengan hasil jualan mencecah RM2.5 juta sebulan!

Anda nak tahu lagi, hasil dari kejayaan beliau membina bisnes, beliau dah dapat beri banyak kebaikan kepada keluarganya.  Suaminya juga dah menjadi antara tulang belakang utama dalam bisnes beliau.  Kalau dulu, suaminya hanya menjadi pemandu lori tapi kini dah jadi peneraju penting dalam Nurraysa Beauty.

Dengan hasil dari perniagaannya, Puan Nur Aini juga dah bantu ramai surirumah dan wanita di luar sana menjana pendapatan dengan produk Nurraysa Beauty. Dengan matlamat nak mewujudkan bisnes berjemaah, beliau selalu memberi bimbingan kepada stokis dan agennya sehingga ada antara mereka yang dah mampu buat jualan 6 angka sebulan.

Puan Nur Aini tak jemu-jemu belajar. Beliau hadir ke semua program Richworks dan mengambil peluang untuk mendapatkan sesi bimbingan dengan Dr Azizan Osman. Setelah hampir 3 tahun bersama Richworks, Nurraysa Beauty bukan lagi sekadar sabun rumpai laut buatan tangan seorang surirumah, tapi kini dah mampu menjejaki pasaran antarabangsa.

Ini kisah Puan Nur Aini Zolkepeli, Pengasas Nurraysa Beauty. Anda pun mampu lakarkan kisah anda sendiri. PM kami untuk ketahui bagaimana anda pun boleh cipta langkah kejayaan anda.

 

9 Persediaan ke IMKK April 2017

oleh Team Richworks pada 17 April 2017

000

Cop..cop…ada orang tanya IMKK ni apa?

Ok, untuk yang bertanya, IMKK ialah Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan yang akan berlangsung selama 3 hari bermula dari 29 April – 1 Mei di Ideal Convention Center (IDCC) Shah Alam, dan merupakan satu program yang telah membantu puluhan ribu peserta yang hadir untuk ketahui apa kunci kejayaan hidup yang selama ini tertanam dalam diri, apa tindakan yang patut diambil untuk berjaya dan banyak lagi perkara yang buatkan mereka yang pernah hadir capai kejayaan gila-gila selepas praktikkan semua ilmu yang diajar.

Dan…..

Ramai yang PM kami nak tanya macam-macam info.  Ada yang baru nak daftarkan ahli keluarga dan kenalan.

Ada yang panik sebab hotel dah penuh.

Ada juga yang tanya tentang suhu dewan, tandas kat mana, surau ada disediakan ke?  Dan macam-macam lagi.

Teruja betul semua bakal peserta IMKK April 2017.

Untuk kami bantu 5000 peserta yang bakal hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) April ini, kami nak kongsi dengan anda 9 persediaan yang anda patut tahu dan buat sebelum hadir ke IMKK.  ATAU PM KAMI SEGERA, jika anda ada kemusykilan tentang pendaftaran ke IMKK April 2017.

Rasa macam nak join?  Apa kata layari www.azizanosman.com/imkk/april2017

Jumpa anda di IMKK!

1. Pastikan Daftar Nama Anda & Nama Peserta.

001

Sila pastikan anda daftar nama anda dan nama peserta yang akan pergi bersama anda atau 2 nama peserta yang akan hadir ke IMKK April ini.  Kesilapan ramai peserta ialah, mereka tak masukkan nama peserta-peserta yang bakal hadir.  Jika anda beli tiket dan anda juga peserta, anda perlu juga masukkan nama anda dan peserta seorang lagi.  Jika anda beli tiket dan anda bukan peserta, anda perlu masukkan nama 2 orang yang bakal hadir nanti.

Bukan setakat nama tapi alamat email dan nombor telefon juga. Macam mana nak daftarkan nama peserta?  Kami ada hantar email khas untuk anda daftar peserta, jika tidak anda boleh call 1300 88 2424 atau email ke info@richworks.com.my  untuk kami bantu.

2. Terima Pra-Pakej.

002

Apa itu Pra Pakej?  Pra Pakej adalah maklumat lengkap tentang lokasi, kedai makan, hotel, dan banyak lagi maklumat tentang program IMKK ini.  Ini adalah seumpama senarai dan maklumat  persediaan yang anda perlu lakukan sebelum hadir ke IMKK.

Sebelum anda hadir ke IMKK anda perlu baca dulu Pra Pakej sebagai persediaan awal.  Jika anda tak dapat Pra Pakej ini, anda boleh PM kami sekarang untuk kami bantu.

Nak mudah, anda juga boleh sertai Facebook Group khas untuk IMKK April iaitu http://www.facebook.com/groups/IMKKApril2017 dan berikan nombor kad pengenalan anda untuk kami sahkan.

3. Pastikan Ada Boarding Pass.

003

Nak tahu, lebih dari 6000 orang akan hadir ke Program IMKK April kali ini.  Jadi untuk memudahkan anda dalam proses mendaftar masuk atau check-in, anda perlu print dan bawa Boarding Pass.  Macam nak naik kapal terbang tu!

Boarding Pass ini hanya untuk anda sendiri sahaja.  Anda tak boleh ‘check in’ kan untuk orang lain.  Alaaa…macam naik flight tu?  Mana boleh anda minta orang lain untuk tolong check in untuk anda kan?

Boarding pass ini adalah QR Code yang kami boleh scan masa nak check in kan anda nanti.

4. Check In Awal.

004

Macam nak naik kapal terbang, adalah sangat bagus jika kita check in awal.  Ini bagi mengelakkan sebarang kesulitan bila check in di saat akhir.  Lagipun, anda bayangkan, ada lebih 6000 orang yang akan hadir, jadi bagus untuk anda check in awal.

Kaunter check in akan dibuka sehari awal iaitu pada hari khamis 28 April 2017 dari pukul 2pm – 8pm.  Jadi, tak ada alasan untuk kita lewat-lewatkan check-in.

5. Sihat Dan Komited Nak Ubah Hidup.

005

Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) mungkin akan jadi program pertama bagi anda yang akan berikan pengalaman paling berbeza, semangat berbeza, aura yang berbeza yang akan menjadikan anda sangat penuh bersemangat dan penuh keterujaan.

Dan, anda perlu komited untuk terus tekun belajar dan komited untuk sentiasa berada di dalam kelas dan sedut semua ilmu yang akan dikongsikan oleh Dr Azizan Osman.  Sekali anda keluar dewan, anda mungkin terlepas bahagian paling penting yang mungkin akan mengubah hidup anda.

Jadi, pastikan anda berada dalam keadaan sihat dan terus komited kerana mungkin inilah peluang anda untuk ubah dan perbaiki tahap hidup anda ke satu tahap yang jauh lebih baik.

6. Parking Betul-Betul!

006

Dalam keterujaan kita nak menuntut ilmu, janganlah sampai kita menyusahkan orang lain…betul kan. Jadi, kami  harap anda rancang perjalanan anda sebaiknya, gunakan ruang parking yang betul dan jangan halang kenderaan orang lain atau laluan keluar masuk.    Dan kami juga tak akan bertanggungjawab jika kenderaan anda disaman atau kena ‘clamp’.  Jadi jaga diri anda dan kenderaan anda sebaiknya.  Orang yang berjaya dunia akhirat tak akan buat perkara yang menyusahkan orang lain.

7. Bawa Alat Tulis Sendiri.

007

Orang yang serius nak berjaya akan sentiasa berada dalam keadaan bersedia.  Jadi, anda dah tahu anda nak menuntut ilmu, jadi apa kata anda bawa alat tulis anda sendiri semasa hari pendaftaran dan di sepanjang program.  Anda tak akan terpaksa meminjam dari orang lain atau tercari-cari alat tulis untuk anda catat nota dan sebagainya.

8. Fokus Sepanjang Program.

008

Kesilapan ramai orang yang tak berjaya setelah pergi mana-mana program pun ialah mereka tak fokus ketika belajar.  Mereka tidur, keluar masuk dewan, asyik nak ke tandas dan asyik makan.  Mana boleh macam tu…

Kalau nak berjaya, pastikan anda fokus sepanjang program.  Masuk awal, cari tempat duduk yang paling depan mengikut pakej anda dan cari kawan-kawan baru atau circle yang positif.  Buat semua benda dan aktiviti yang diminta buat dengan sesungguhnya.  Pasti IMKK ini kan jadi pengalaman terindah untuk anda semua.

9. Pastikan Hadir.

009

Kami tahu, tawaran ke IMKK ini sangat murah.  Dah lah harga terpaling murah, kami beri pula tawaran beli 1 tiket percuma 1 tiket.  Jadi, mungkin ada antara anda yang tak rasa penting untuk hadir.  Mungkin…

Sebenarnya, jika anda rasa dah bosan dengan hidup anda dan anda rasa anda perlu cari satu platform untuk perbaiki hidup anda yang dah ala-ala membosankan ini, IMKK lah platform terbaik.

Kami cakap berdasarkan pengalaman.  Ramai yang datang ke IMKK dan fokus serta komited sepanjang program, serta terus buat tindakan selepas hadir program, akan nampak perubahan dalam hidup mereka dalam tempoh 3-6 bulan.

Jadi, pastikan anda hadir, anda tak boleh sia-siakan peluang ini, anda tak layak nak tangguhkan kejayaan anda.  Dan dengan doa, ilmu, usaha dan tawakal, kita tengok apa hasilnya selepas 3-6 bulan nanti.  Insya Allah.

#TeamRichworks

#ResultMatters

 

Nak Papa sampai Tua?

oleh Team Richworks pada 12 April 2017

nak-papa-efp

Ramai orang ada isu menyimpan. Entahlah kenapa. Orang lebih suka belanja. Tak tahu keberkesanan menyimpan. Bila dari muda tak ada kesedaran ini, bagaimana untuk hidup selesa di hari tua?

Semua orang suka duit, duit juga punca masalah. Duit punca bahagia, juga punca derita. Tetapi kenapa?

Kalau nak kata kesedaran itu tak ada, I rasa mustahil. Sebab dari kecil memang mak dan bapa selalu aje suruh menyimpan. Kita yang endah tak endah. Adakah sebab mereka lebih tahu?

Betul, segala benda sekarang ini perlukan duit. Nak belajar pun kena duit, kalau sakit, lagilah perlukan banyak duit. Bila dah tua, tambah lagilah. Pendek kata buka mulut aje, duit!

Jangan cakap bila dah tua, hidup akan senang sebab ada anak-anak. Jangan harap sangat anak-anak nak bantu. Kalau diri sendiri tak pandai simpan duit, jangan harap kita boleh ajar anak-anak simpan duit dan bantu kita bila tua.

Berapa simpanan yang kita boleh buat setiap bulan? Cuba tepuk dada tanya selera. Tapi semua kena ada usaha, disiplin dan tindakan. Serta objektif yang sangat jelas apa yang nak dicapai.

I nak kongsikan The Power of Compounding dan rahsianya untuk kita sama-sama mudah faham. Kalau tak nampak juga contohnya hanya tinggal Power ajelah.

I kasi senario disiplin menyimpan individu berusia 18 tahun dengan kapasiti menyimpan RM100/- sebulan.

Sengaja I taknak kasi contoh gempak sangat. Mulakan dengan RM100/- aje dulu. Kalau mampu, RM1,000/- lagi bagus.

Kadar faedah pelaburan pula dalam 5% setahun. Kalau dapat lebih, lagi bagus, tapi mengikut keadaan sekarang, mungkin kurang dari itu.

bg-top-efp

Let see how it works.

Umur: 18 tahun
Simpanan: RM100/- sebulan
Simpanan setahun: RM1,200 (mustahil tak ada RM100/- sebulan kot)
Kadar faedah: 5%

Sekiranya dia menyimpan dengan penuh hemah, dalam masa 5 tahun simpanannya itu akan berjumlah RM6,829/-

Untuk tempoh 10 tahun pula jumlahnya RM15,593/-

Kalau 15 tahun, meningkat jumlahnya RM26,840/-

Selepas 20 tahun, menjadi RM41,275/-

Dan 30 tahun, menjadi RM83,573/-

Pergh! Banyak tu! Nampak tak….Hanya bermula dengan RM100/- sebulan. Bayangkan pula kalau simpanan kita RM1,000/- sebulan dan mula menabung di usia muda.

Kalau tak tau, tambah aje satu lagi 0 tu di setiap pengiraan. Cuba tambah sekarang…

Nampak tak The Power of Compounding?

Cuba kita plan apa yang kita boleh buat dengan duit yang disimpan tu? Boleh guna The Power of Leveraging pula. Labur dalam hartanah. Guna duit orang.

Bayar 10% dapat 90%! Fuh!!! Modal cuma 10% aje.

Pada usia 33 tahun, simpanan dah ada RM26,840/-. Boleh dijadikan modal untuk hartanah bernilai RM250,000/- dan tempoh bayaran balik sehingga usia 65 tahun bagi kebanyakkan bank.

Maka tempoh pembayaran balik pinjaman 384 bulan. Nak lagi untung, beli hartanah pada usia 23 tahun. Tempoh bayaran balik jadi 504 bulan. Lagi lama tempoh bayaran balik, lagi kuranglah jumlah bayaran kita buat pada pihak bank.

Ini cara ramai bangsa lain buat duit. Anda faham tak nie? Anda nak tak buat duit macam ni? Kalau tak faham juga jumpa I pada 14-16 April di Kota Kinabalu dan 9-11 Jun di Shah Alam dalam Entrepreneur Foundation Program. Program untuk bantu anda faham tentang pengurusan duit dan bagaimana nak beranakkan duit.

Kita bincang lebih lanjut. Sebab ini topik yang #sexyaccountant suka nak kongsi

 

KEGAGALAN MASA LALU BUKAN TITIK NOKTAH KEHIDUPAN.

oleh Team Richworks pada 11 April 2017

001

Wanita ini dah buktikannya!

Ada sesiapa dari anda yang pernah hadapi kegagalan yang teruk hingga sukar nak dilupakan?

Kegagalan yang datang terutamanya selepas kita dah berhempas pulas berusaha dan sangat-sangat mengharapkan kejayaan boleh membuatkan kita rasa berputus asa, lemah, tertekan, buntu, putus harapan dan banyak lagi perasaan yang menyakitkan. Hanya yang pernah alami yang faham perasaannya.

Puan Sharifah Ngadiron, berhak untuk putus asa! Beliau pernah gagal sebanyak 2 kali dalam peperiksaan SPM dan hampir gagal kali ketiga. Kemudian, dengan keputusan peperiksaan yang tak seberapa, beliau tak mampu nak dapatkan pekerjaan yang baik, lalu cuba pula untuk membuka perniagaan sebagai tukang jahit. Dengan impian mampu mengubah nasib diri dan keluarga.

Malangnya, hidup senang-lenang yang diimpikan seolah-olah seperti mimpi di siang hari. Kejayaan langsung tak nampak bayangannya. Setiap hari hidupnya makin susah.

Apa terjadi kepada beliau seterusnya?

Perniagaan sebagai tukang jahit tak seindah seperti hidup “goyang kaki” yang diimpikannya. Walaupun sibuk menjahit, tapi dia tak nampak ke mana pergi hasil perniagaannya. Hidupnya terus terbeban dengan hutang dan tak cukup masa untuk diluangkan dengan keluarga.

Kan teruk tu? Sibuk berniaga sehingga tiada masa untuk keluarga tapi tak juga kaya-kaya dan masih tak mampu nak berikan yang terbaik kepada mereka.  Beliau mula mencuba dalam bisnes perfume Dexandra, dan dengan bimbingan pengasasnya Puan Ernayanee yang juga merupakan anak didik Dr Azizan Osman, Puan Sharifah lihat bagaikan ada sedikit perubahan.  Akhirnya, beliau dipaksa oleh Puan Ernayanee untuk pergi berguru sendiri dengan Dr Azizan Osman, jika beliau mahu pergi jauh dalam bisnesnya.

Walaupun terpaksa hadir, Program IMKK yang dihadiri oleh Puan Sharifah, seolah-olah memberi semangat baru dan bagaikan merungkai satu demi satu kekusutan dan masalah yang berlaku dalam dirinya.  Semua kata-kata dan ilmu yang dikongsikan oleh Dr Azizan Osman, bagaikan kena sangat dengan situasi dirinya yang seolah-olah kehilangan arah.

Dengan ilmu yang dipelajari dari Program IMKK itu, beliau mula nampak arah tujuan dan jalan kejayaan yang perlu beliau lalui.  Ianya nampak lebih mudah dari sebelumnya.  Beliau mula tahu apa sikap-sikap dalam diri yang selama ini menghalangnya untuk berjaya, beliau mula faham selain dari berusaha keras ada lagi banyak perkara lain yang beliau perlu jaga supaya masalah tak datang bertimpa-timpa.

Hubungan dengan Allah dan orang sekeliling lebih baik, magnet rezeki mula datang dan menarik perkara-perkara baik kepadanya sehingga dia mampu mendirikan sebuah perniagaan yang besar dengan pendapatan sehingga 6 angka setiap bulan.

Walaupun pada awalnya, dia tak lulus SPM sebanyak 2 kali!

Alhamdulillah, berbanyak kesyukuran beliau panjatkan kepada Ilahi kerana dipertemukan dengan Program IMKK yang menjadi batu loncatan untuk beliau mula membina kejayaan hari demi hari.

Walaupun tanpa produk sendiri dan menjadi stokis kepada produk orang lain, itu bukan menjadi masalah kerana dengan ilmu yang betul, anda boleh membina kejayaan perniagaan dengan lebih cepat dan terbukti, InsyaAllah.

Anda pun mahu menjadi seperti beliau?  Anda pun mahu keluar dari kepompong kesusahan dan masalah dan bina kehidupan yang jauh lebih baik dari keadaan anda sekarang? Anda pun pernah gagal dan dah bosan gagal?  Rasa macam nak buat sesuatu untuk ubah tahap kehidupan menajdi lebih baik?

Mulakan langkah kejayaan anda dengan hadiri Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) pada 29 April hingga 1 Mei 2017 ini di Ideal Convention Center, Shah Alam.

Anda boleh layari www.azizanosman.com/imkk/april2017 untuk maklumat lanjut dan urusan pendaftaran.  Atau boleh hubungi kami di 016-2103090 / 012-5987669.

Semoga anda pun mampu bangkit dari kegagalan sehebat Puan Sharifah Ngadiron.

#TeamRichworks

#ResultMatters.

 

Anda Mahu Jadi Usahawan Yang Kaya & Berjaya? – Ini 8 Rutin Harian Usahawan Yang Berjaya

oleh Team Richworks pada 11 April 2017

usahawan-kaya

Anda mahu untuk menjadi lebih berjaya? Ramai usahawan berjaya dan terkemuka berkongsi rutin hidup yang lebih kurang serupa yang menjadi penyumbang terbesar pada kejayaan mereka.

Mari kita semak 8 rutin dan kepercayaan yang usahawan berjaya amalkan setiap hari.

1. Mereka miliki rutin pagi yang ideal

Penulis Laura Vanderkam telah mengkaji secara menyeluruh jadual hidup ramai individu berjaya. Belia menemui satu persamaan yang strategik mereka semua miliki; mereka bangun di awal pagi. Dan hampir kesemuanya berkongsi rutin yang sama.

Richard Branson merupakan salah seorang model contoh untuk rutin ini.

Rutin bangun di awal pagi ini memiliki banyak manfaat yang tersirat. Anda mempunyai ruang dan peluang untuk berada di sesuatu tempat sebelum waktunya dan ini memberikan kelebihan waktu untuk anda sebelum anda memulakan apa jua kerja dan impian anda.

Ia juga mempengaruhi mood anda kerana anda tidak perlu tergesa-gesa dan anda boleh mengawal keadaan hidup anda dengan lebih baik.

Bangun awal dan memiliki rutin pagi yang bagus membantu anda untuk berasa lebih yakin dan bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran yang bakal anda hadapi.

Bagaimana untuk mengatur jadual anda?

Cuba untuk biasakan diri menyelesaikan sesuatu tugas yang patutnya anda lakukan di waktu petang kepada waktu pagi. Sebagai contoh, berbanding melakukan senaman di waktu petang, apakata mulakan hari anda dengannya kerana ia mampu untuk membantu anda untuk lebih bersemangat dan produktif!

2. Mereka tidak cepat panik jika sesuatu berlaku tidak seperti yang dirancang

Ramai yang mula rasa stress dan panik bila apa yang anda rancangkan tidak menjadi. Relaks. Ianya memang boleh berlaku dan akan berlaku. Orang yang berjaya biasanya memang sedar bahawa mereka tak akan mampu untuk kawal setiap inci situasi yang akan berlaku. Dan mereka juga menerima sebarang kesilapan yang berlaku dengan hati dan minda yang terbuka. Berhadapan dan menyelesaikan masalah merupakan satu norma dalam diari seorang yang berjaya. Apa yang boleh anda lakukan ialah, rancangkan plan sandaran jika berlaku sesuatu yang tak diingini dan anda akan mampu untuk menanganinya sekiranya ia benar-benar terjadi, dengan lebih tenang dan efisyen.

Bagaimana untuk mengatur jadual anda?

Lapangkan sedikit waktu di hujung hari bekerja anda untuk anda muhasabah kembali apa-apa yang kurang menyenangkan dan perbaiki supaya anda boleh kembali fokus pada matlamat asal anda.

3. Mereka bekerja pada waktu yang mereka sepatutnya beristirehat

Awal pagi, lewat petang dan hujung minggu adalah masa-masa terluang yang selalu dibiarkan kosong untuk istirehat. Namun waktu-waktu sebeginilah yang biasanya anda akan bazirkan produktiviti diri anda sendiri. Ramai usahawan berjaya yang mula bekerja setiap kali mereka terinspirasi-tak kira waktu mahupun tempat. Ia kerana mereka tahu mereka adalah lebih produktif waktu itu berbanding waktu yang lain. Jadi, sekiranya anda tiba-tiba mendapat idea yang hebat, teruskan untuk melakukannya-walaupun pada waktu itu anda sepatutnya tidur!

Bagaimana untuk mengatur jadual anda?

Rancangkan 2 jam yang anda akan gunakan pada waktu lapang anda untuk menyiapkan kerja-kerja seperti membalas emel atau membuat panggilan penting. Ini membantu anda untuk kekal di hadapan dan tidak membazir waktu.

4. Mereka lakukan perkara penting terlebih dahulu

Kebanyakan orang memulai hari mereka di pejabat dengan kerja yang remeh seperti membalas emel atau kerja-kerja pengurusan. Sebenarnya otak anda lebih efektif dan tangkas di waktu pagi. Jadi mulakan hari dengan perkara yang lebih mencabar dan kreatif.

Jika anda tak ada peluang untuk melakukan kerja pilihan anda terlebih dahulu, jangan merungut. Pilihan di tangan anda. Selesaikan perkara tersebut dari rumah ataupun datang ke pejabat awal.

Bagaimana untuk mengatur jadual anda?

Rancangkan tugasan esok hari sebelum anda pulang ke rumah hari ini. Mulakan dengan perkara yang paling penting dan pastikan anda membalas emel sebelum anda keluar makan tengah hari demi menjamin produktiviti hari anda.

5. Mereka simpan dan atur jadual penuh mereka di satu tempat yang sistematik

“Adalah sangat penting untuk anda simpan semua notis mesyuarat, dan temujanji di satu tempat yang sama berbanding menulisnya secara berasingan -satu di kalendar, satu di aplikasi telefon, satu di buku.” Alexanda Weiss (CA Creative New York)

Daripada mengatur jadual harian anda sebahagiannya di telefon pintar, komputer, buku nota dan sebagainya, satukan mereka di suatu tempat atau alat yang sama. Ia takkan membuatkan anda nampak begitu sibuk tapi akan menyenangkan anda. Lebih mudah dan jelas untuk anda faham dan ikuti. Jangan risau untuk memuatkan segala-galanya dalam satu hari. Anda sudah tahu apa yang akan berlaku hari itu dan anda boleh menyusun aturnya mengikut kesesuaian anda juga nanti.

Bagaimana untuk mengatur jadual anda?

Tetapkan satu alat yang anda paling suka dan serasi. Sama ada ianya tablet, telefon atau buku nota, pilih satu yang anda boleh bawa sepanjang hari di mana saja supaya anda boleh susun atur jadual anda secara sistematik sepanjang hari.

6. Mereka faham maksud #teamwork

Banyak syarikat terkemuka di dunia yang bermula dengan #teamwork. Google diasaskan oleh Larry Page dan Sergey Brin. Apple diasaskan oleh Steve Jobs dan Steve Wozniak. Paypal pula bermula dengan penemuan 5 sahabat.

Kejayaan tak bermaksud anda memperolehnya secara bersendirian. Orang yang berjaya adalah orang yang mampu untuk bekerja dengan orang lain, mampu untuk berkompromi dan menerima idea orang lain.

Bagaimana untuk mengatur jadual anda?

Jika anda bekerja secara berkumpulan, pastikan anda membuat rantaian emel pada rakan kerja anda. Jika anda mahukan maklumbalas tentang sesuatu projek, hantarnya sebelum waktu makan tengah hari supaya mereka juga peka. Dan ini juga membuatkan mereka rasa dihargai, rasa diperlukan dan mendorong mereka untuk turut berkongsi idea dan pandangan.

7. Mereka tak pernah ambil ringan tentang tugasan mereka

Usahawan yang berjaya benar-benar menghargai kerja mereka dan melihat setiap nilai yang boleh mereka berikan melaluinya. Sukar untuk bekerja secara produktif jika anda tak mempercayai diri dan kerjaya anda sendiri! Sangat penting untuk anda sentiasa bermotivasi dan jangan sesekali terkesan dengan mereka yang tidak percayakan anda! Ingat, jika anda yakin dengan diri dan kerja anda, anda tak perlukan orang lain untuk memberikan pengiktirafan mereka.

Bagaimana untuk mengatur jadual anda?

Pada penghujung minggu bekerja anda, asingkan sejam atau dua untuk anda muhasabah kembali impian dan matlamat anda dan lihat kembali apa yang anda telah atau akan lakukan untuk mencapainya. Ini akan membantu anda untuk mendekati matlamat anda dengan lebih mudah malah mengingatkan diri anda untuk sentiasa percaya pada azam dan impian anda!

8. Mereka berehat hanya setelah mereka siap sepenuhnya

Memikirkan masalah kerja anda ketika anda tidak berada di situ sebenarnya membuatkan anda turun semangat malah mengurangkan produktiviti anda jika mahu mulakannya semula. Penulis Tim Ferris mencadangkan untuk anda menulis terlebih dahulu matlamat kerja anda esok pada hari ini sebaik saja anda siap semua tugasan. Ini boleh membantu anda untuk lebih bersemangat esok hari. Anda boleh berehat sepenuhnya hari ini dan nikmati masa anda.

Bagaimana untuk mengatur jadual anda?

Tuliskan 3 matlamat yang anda mahu capai esok hari dan tuliskan juga cara untuk anda mencapainya. Ini membantu anda untuk lebih fokus esok dan nikmati hari ini dengan lebih tenang.

Adaptasi artikel dipetik daripada www.realentrepreneur.co
 

Perniagaan Tanpa Pemasaran Umpama Cendol Tanpa Santan!

oleh Team Richworks pada 11 April 2017

cendol-santan-mmm

Facebook, Whatsapp, Wechat dan Telegram. Pernah anda sangka kah aplikasi ini jika digunakan sepenuhnya secara menyeluruh dan konsisten mampu untuk menjanakan pendapatan anda hingga 5 angka sebulan, malah lebih lagi?

Terlintaskah anda bahawa di dalam dunia keusahawanan ini ada pelbagai tips dan triks yang mudah, padat dan berkesan untuk mencipta jualan tinggi?

Teknik penceritaan, magis dari mesin menjana wang, serta susunan sistem pemasaran bersepadu yang sudah pasti adalah proven success tersedia dalam program Millionaire Marketing Mastery kami.

Hasil dan testimoni yang kami bawakan adalah real! Real people, real results. Ramai anak didik kami yang telah berjaya dengan hanya mengaplikasikan 3 dari ratusan teknik pemasaran berkesan kami. 3 sahaja, dan mereka sudah tak menang tangan! Tak mahu banyak, cukup dengan 1 teknik secara konsisten dan anda akan teruja dengan perubahan drastik hasil jualan anda.

Mahu tahu apa istimewanya teknik pemasaran kami? Jangan lupa sertai kami di lokasi Kuala Lumpur pada 12 hingga 14 Mei 2017 nanti.

Hubungi kami untuk pertanyaan lanjut dan urusan pendaftaran.

Jumpa nanti!

 

IMKK April – Singkap Potensi Anda

oleh Team Richworks pada 11 April 2017

singkap-potensi-imkk

 

Setiap minit dan saat yang berlalu membawa seribu satu macam perubahan, sama ada untuk diri sendiri, masyarakat mahupun global.

Bergerak seiring dengan arus kemodenan kadangkala membuatkan kita menyoal kembali matlamat keberadaan kita di sini. Kekayaan dan kejayaan yang seringkali menjadi ukuran kadangkala merimaskan.

Ada kala potensi diri tenggelam timbul, tiada keyakinan dan motivasi, semangat merudum dan memberikan kesan pada kehidupan seharian.

Setiap dari kita perlukan ‘Recharge’ semangat dan hala tuju diri. Minda yang tersekat harus dibuka semula. Matlamat yang hilang perlu dicari dan ditetapkan.

Tanpa mengira latar belakang, kami yakin kami mampu bantu anda jika anda rasa anda tersenarai seperti yang kami katakan tadi. Baik anda masih bekerja, sedang mencari pekerjaan mahupun bekerja sendiri, anda amat kami alu-alukan.

Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK), bukan sekadar platform untuk anda menjemput kejayaan datang, tapi juga membantu anda untuk mengenali potensi diri, mendalami visi dan misi hidup selain membuka mata dan minda ke arah perkara yang lebih positif.

Minda yang positif menarik rezeki dari pelbagai arah. Sertai kami 29 April – 1 Mei 2017 ini di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam dan anda nilaikan sendiri. Kami hanya berkongsi ilmu, selebihnya anda tentukan.

 

 
Hak Cipta Terpelihara 2019 © RichWorks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start