Richwell Free Camp for Free Spirit

oleh Team Richworks pada 11 April 2017

free-camp

Alhamdulillah, Program 5-hari anjuran Pertubuhan Kebajikan Richwell khas untuk Projek Kem Cuti Sekolah Rumah Safiyyah yang bertempat di Kem Lubok Manggis, Hulu Langat, Selangor, telah selamat berlangsung dengan jayanya pada 20 hingga 24 Mac 2017 lalu. Disertai seramai lebih 80 orang peserta dalam lingkungan umur 6 hingga 16 tahun dari Rumah Safiyyah dan 10 orang fasilitator, kem ini juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran guru-guru tetap di Rumah Safiyyah dan para tetamu undangan.

Kem yang bertemakan Free Camp for Free Spirit ini adalah sebuah Projek Richwell yang dianjurkan untuk anak-anak naungan Rumah Safiyyah demi memberikan ruang dan peluang yang lebih besar bagi mereka untuk merasai proses pembelajaran luar kelas yang lebih santai dan menyeronokkan serta mendidik mereka mengenai nilai-nilai dan sejarah keislaman. Kem ini juga merupakan salah satu strategi agar anak-anak terpilih ini dapat berhubung dengan ahli masyarakat selain dari mengukir kenangan indah buat mereka sebagai salah satu langkah untuk mereka mengatasi perasaan trauma dan ketakutan dek pengalaman yang kurang menyenangkan di masa lalu mereka.

Antara aktiviti yang telah dirancang untuk kem ini termasuklah sesi bersama beberapa tetamu undangan dan Muallim yang mengendalikan sesi solat dan qiamullail. Di sini mereka belajar mengenali keunikan diri, menyemai perasaan rendah diri dengan aktiviti membersihkan kawasan masjid dan surau selain sesi permainan luar bilik darjah yang menguji minda, skil berkomunikasi dan semangat berpasukan. Memberi kejutan istimewa buat mereka, kem ini memberi peluang untuk mereka merasai pengalaman bermain bowling selain satu slot khas bersama selebriti terkenal Zain Saidin yang menyentuh cerita berkaitan impian, cita cita dan harapan.

Selain daripada itu, ‘aktiviti wajib’ bagi setiap kem turut tersenarai dalam pilihan untuk mengisi waktu di kem seperti Explorace, jungle trekking, sukaneka dan malam kebudayaan. Malam terakhir mereka juga turut diwarnai dengan sesi makan BBQ.

Masih menekankan aspek ‘Islamic in a fun and interactive way’, kem ini juga sangat menitikberatkan mengenai solat berjemaah dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana rutin ini mampu untuk menerapkan semangat kesatuan dalam diri anak-anak ini.

Setiap satu aktiviti yang telah diatur ini memiliki maksud dan matlamat yang tersirat terutamanya yang berkaitan dengan pembentukan nilai diri, keyakinan, keberanian dan kasih sayang sesama insan. Guru-guru serta tetamu jemputan yang telah diundang untuk menjayakan kem ini adalah mereka yang benar-benar layak dan berkredibiliti tinggi demi memastikan anak-anak ini mendapat input yang terbaik sepanjang 5-hari kem ini berlangsung.

Diharapkan agar pengalaman yang ditimba sepanjang berada di kem ini dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh anak-anak serta pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak.

Dengan berlangsungnya projeck Richwell yang pertama untuk tahun 2017, pihak kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian anda dan semua pihak yang terlibat yang memberikan sumbangan dan tajaan serta sokongan bagi menjayakan program ini.

 

Zain Saidin Pernah Dapat Hanya RM3,000 Waktu Mula Berniaga

oleh Team Richworks pada 28 March 2017

zain-saidin

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Gelaran artis bukanlah tiket seseorang untuk memperolehi keuntungan yang banyak dalam sekelip mata. Elemen penting dalam perniagaan ni adalah, anda kena tahu apa produk perniagaan anda, tujuan anda berniaga, kenali pasaran perniagaan anda dan anda kena tahu cara nak pasarkan produk anda kepada pelanggan anda.

Menurut selebriti yang terkenal dengan watak Sir Henry Middleton dalam siri Oh My English, Zain Saidin yang juga pemilik jenama kasut terkenal ZapatoS, dulu beliau banyak berniaga kecil-kecilan dengan rakan. Tapi beliau berniaga dengan tiada struktur dan tak ada apa-apa. Teknik marketing yang beliau guna pun, hanya post gambar di Instagram. Beliau juga pernah tak cukup staff, masa, stress dan selalu ada pertelingkahan dengan rakan bisnes.

 

Itu semua cerita dulu. Kisah sebelum beliau hadir ke Program Millionaire Marketing Mastery (MMM). Apabila dah ada ilmu di program MMM ni, beliau mula praktik apa yang beliau belajar dengan cipta akaun Facebook, buat website, dan ‘hire photographer’ untuk ambil gambar produknya. Kalau dulu, beliau hanya ambil gambar dengan guna smartphone sahaja. Itu antara perubahan yang berlaku setelah beliau hadir ke Program Millionaire Marketing Mastery.

Menurut Zain lagi, waktu mula berniaga dulu, beliau pernah dapat RM3,000 sebulan hasil dari jualan kasut ZapatoSnya. Tapi ia semakin meningkat dan pernah mencecah RM100 ribu sebulan. Untuk setiap apa yang anda buat, tak kiralah siapa anda, ia mesti bermula dari bawah. Bermula dengan ilmu dan tunjuk ajar seorang mentor yang pernah melalui jatuh bangun dalam perniagaan. Seorang mentor yang telah melahirkan ramai ‘proven results’ dalam kerjaya perniagaan.

Kini, Zain Saidin semakin yakin dan tak perlu risau lagi, kerana segala apa yang beliau lakukan, Tuhan yang akan tentukan. Ini kerana, beliau telah berusaha sedaya yang termampu dah telah gunakan ilmu yang beliau telah belajar di program MMM.

Bagi anda yang bercita-cita nak jadi usahawan yang berjaya, nak bina kewangan yang kukuh, dan nak ada peningkatan dalam bisnes, jom daftar ke Program Millionaire Marketing Mastery (MMM). Anda akan peroleh lebih 200 teknik marketing secara ‘live’ dari Dr Azizan Osman yang anda boleh gunakannya dalam bisnes anda.

Anda boleh pilih nak hadir pada:

  • Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam pada 31 Mac – 2 April 2017
  • Likas Square Apartment Hotel, Kota Kinabalu, Sabah pada 6 – 8 April 2017.

Layari www.marketingmastery.com.my untuk mendaftar TAPI, jika anda rasa nak tahu lebih lanjut atau nak bercakap tentang bisnes, anda boleh hubungi 016-2103090 / 016-2614226.

 

Lelaki Ini Berbeza. Walaupun Dah Bersara, Mampu Buat Jualan Mencecah RM35 Ribu Sebulan.

oleh Team Richworks pada 21 March 2017

persara

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Adat orang bekerja, cukup bulan baru dapat gaji. Jika tak pandai menguruskan kewangan , tak pandai nak bahagi duit gaji, tak sempat tengah bulan, pasti duit gaji akan habis. Lepas tu, mula lah ikat perut sebab nak tunggu dapat gaji bulan yang seterusnya.

mmm-ctt

Perkara hampir sama turut terjadi kepada Tuan Affendy Iram, pengasas kepada butik pakaian Dzaitun yang menyediakan pakaian muslimin dan muslimat. Beliau kini sudah mempunyai dua cawangan yang berlokasi di Karamunsing Shopping Centre dan di Inanam, Kota Kinabalu Sabah.  Tonton perkongsian pesara yang masih gigih menuntut ilmu ini.

Dulu ketika bekerja, dah dapat gaji baru boleh beli segala keperluan, sekarang selepas berniaga semuanya dah jadi lain. Semuanya berubah selepas beliau hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK).

Proses pembelajarannya tidak habis di Program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan sahaja. Beliau hadir pula ke Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) untuk belajar ilmu pemasaran bisnes. Dengan mengikut sistem yang dipelajari di program MMM, beliau dapat apa yang beliau impikan. Sekarang, beliau memperolehi pendapatan RM15 ribu sebulan untuk hari-hari biasa, manakala dengan promosi cuti sekolah, beliau mampu dapat RM35 ribu sebulan.

Dengan berniaga, anda selangkah lagi untuk mencapai apa yang anda inginkan. Tak perlu tunggu cukup bulan untuk dapat gaji yang hanya cukup-cukup makan sahaja. Dan, dengan ilmu Marketing Millionaire Mastery, anda akan belajar lebih dari 200 teknik pemasaran yang boleh melonjakkan perniagaan anda dalam masa yang singkat jika anda seorang yang cepat buat tindakan. Sekarang, anda dah tak perlu fikir nak guna pakai cara apa untuk perkenalkan orang ramai dengan produk anda.

Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) akan berlangsung di :

  • Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam pada 31 Mac – 2 April 2017
  • Likas Squares Apartment Hotel, Kota Kinabalu, Sabah pada 6 – 8 April 2017.

Layari www.marketingmastery.com.my untuk mendaftar atau hubungi kami di 016-2103090 / 016-2614226 jika anda mahu bertanya lanjut tentang Program MMM ini.

 

Demi Masa, Doktor Nadiah Sanggup Lepaskan Jawatan. Kini, Mampu Miliki Butik Sendiri Dan Masa Berharga Bersama Keluarga.

oleh Team Richworks pada 10 March 2017

dr-nadiah-mmm

Kami nak tanya anda satu soalan, bagaimana tahap penggunaan masa yang anda ada sekarang? Adakah anda gunakan sebaiknya untuk diluangkan bersama orang tersayang, bersama diri sendiri dan terutama sekali bersama Tuhan?

Memang impian semua orang untuk memiliki kerjaya dan kehidupan yang cerah serta masa yang banyak yang boleh diluangkan, tetapi hakikat kehidupan tak selalunya indah. Dalam kita mengejar impian dan membina kerjaya, kita selalu terpaksa mengorbankan masa. Masa untuk diri sendiri, untuk keluarga dan untuk bersama Ilahi.

Inilah yang dihadapi oleh Dr Nadiah Nazri, seorang bekas doktor perubatan yang pernah berkhidmat di Singapura. Beliau sangat mencintai kerjayanya tetapi setelah melahirkan anak, beliau rasa tertekan kerana terpaksa meninggalkannya lama-lama. Pilu rasa hati bila terpaksa pam susu dan simpan, sedangkan dia sendiri tahu betapa bagusnya untuk menyusukan bayi sendiri.

Secara logik akal, bekerja sebagai doktor di Singapura, pendapatan bukan satu masalah, tapi desakan lain pula yang timbul. Atas amukan perasaan, beliau mencuba untuk membuka bisnes di Singapura. Walaupun beliau sempat menuntut ilmu dalam bidang rekaan fesyen, tetapi itu tidak cukup untuk membantu beliau membina perniagaan. Akibatnya, perniagaan beliau hampir muflis.

Akhirnya beliau kembali semua ke tanah asalnya, Sabah Negeri Di Bawah Bayu dan dari situ beliau mula ‘follow rapat Facebook Dr Azizan Osman. Baru sahaja hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) Ogos tahun lalu, kemudian mengikuti Program Millionaire Marketing Mastery (MMM), Dr Nadiah kini telah mampu membina dan mengembangkan bisnes butiknya sendiri , Damalee Signatures di Kota Kinabalu.

Apa yang anda sanggup korbankan untuk capai apa yang anda impikan? Ramai yang hadir ke IMKK dan berkobar-kobar dengan 101 impian tetapi selepas itu ianya tinggal sebagai satu catatan di atas kertas kerana ramai yang tak tahu bagaimana untuk mencapainya, apa tindakan seterusnya, bagaimana untuk bina perniagaan demi nak pastikan tahap kehidupan, kewangan, dan kebahagiaan diri serta keluarga dapat diperbaiki?

mmm-drnadiah

Dr Nadiah sanggup melepaskan jawatan doktor perubatannya dan juga sanggup berkorban masa untuk belajar dari Dr Azizan Osman, ilmu tentang perniagaan dan pemasaran supaya beliau dapat ‘masa’ yang beliau dah banyak habiskan ketika bekerja dahulu. Dengan ilmu dari Program MMM, Dr Nadiah kini mampu membuat jualan sehingga lebih RM100 ribu sebulan.

Ini adalah sebahagian kisah inspirasi untuk anda. Tepuk dada tanya selera. Jika anda bersungguh mahu capai impian anda, melalui perniagaan, Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) InsyaAllah, mampu bantu anda buat jualan yang melonjak tinggi dalam masa kurang dari 6 bulan, jika anda komited buat tindakan.

Layari www.marketingmastery.com.my untuk mendaftar atau hubungi kami di 016-2103090 / 016-2614226 jika anda mahu bertanya lanjut tentang Program MMM ini.

 

Apa Nak Buat Dengan Duit Bisnes?

oleh Team Richworks pada 09 March 2017

apa-nak-buat-dengan-duit-bisnes

Mungkin ada orang kata ini soalan bodoh.  Dah ada bisnes, dah ada duit ikut suka hatilah kan nak buat apa.

Ada betul dan ada tidaknya.  Memang, dalam Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) kita diajar 7 cara nak buat 1 juta yang pertama.  Kita diajar dengan 7 tabungan.  Kita diajar bagaimana nak buat duit dengan berniaga.

Masuk pula Program Millionaire Marketing Mastery (MMM), atau ada yang masuk Program Advance Marketing Power (AMP) atau Intensif Jutawan Industri (IJI) semua pun akan diasak dengan cara-cara dan teknik nak buat lebih banyak sales dengan strategi marketing yang memang dah terbukti berjaya.

 

 

Kami di Richworks sesungguhnya sangat berbangga dengan mereka yang pernah hadir ke Program AMP, IJI dan MMM yang dah berjaya buat bisnes, ada yang salesnya mencanak naik.  Ada yang dah buka banyak cawangan. Itu satu pencapaian sebenarnya.  Ramai yang dah boleh capai 101 impian mereka setelah praktikan ilmu-ilmu yang dikongsi oleh Dr Azizan Osman.

Tapi, pernah tak tanya diri sendiri betul ke cara anda gunakan duit bisnes anda tu? Sebenarnya, dalam diam ramai juga yang masih tersekat dengan cara pengurusan duit bisnes yang tak betul.  Ada ramai juga yang masih tak dapat lagi nak kembangkan bisnes dengan skala yang lebih besar kerana tak uruskan duit dengan baik.

Yang lagi sedih, ada juga yang terperangkap dengan hutang bisnes. Buat loan dan tak mampu nak bayar, akaun tak cantik, cukai tak cantik, ada yang masih lari-lari dari cukai. Belum cerita tentang mereka yang lari dari supplier sebab hutang dan tak mampu nak bayar. Apa semuanya ni? Sedih juga kami dengar.

Tuan Hj Jerry Rizal Mat selalu pesan, jangan rompak duit syarikat. Urus duit dengan betul. Bisnes jangan setakat ala kadar. Dengan pengalamannya sebagai consultant di institusi kewangan dalam dan luar negara, beliau rasa beliau perlu bantu ramai peserta program Richworks yang dah berniaga untuk berniaga dengan betul, uruskan syarikat dengan betul, uruskan kewangan dan cukai dengan terbaik sehinggakan bank pun suka kat kita.

Sebab itu wujudnya Program Entrepreneur Foundation Program (EFP). Program 3 hari yang padat dengan perkongsian Tuan Jerry tentang perbezaan syarikat dan enterprise, pengurusan kewangan, sumber manusia dan pentadbiran syarikat. Bagaimana nak uruskan cukai dan hutang. Bagaimana nak ‘hire and fire’ kakitangan dan bagaimana nak gunakan duit syarikat dengan pelaburan hartanah.

Program EFP sebenarnya bantu anda berniaga pada tahap yang lebih tinggi, dan lebih luar biasa.  Anda akan berniaga pada tahap profesional dan bukan setakat nak cari duit extra untuk belanja bulan-bulan saja.

Jika anda nak tahu lebih lanjut tentang EFP, layari www.richworks.my/efp/ atau hubungi kami di 016-2614226 atau 016-2103090.

 

7 Sebab Kenapa Anda Perlu Hadir Ke Program IMKK

oleh Team Richworks pada 02 March 2017

7 sebab kenapa kena hadir IMKK (3)

 

Apa lah kecoh sangat tentang IMKK ni? Semua orang dok bercerita pasal IMKK. Apa yang bestnya? Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) telah diadakan semenjak tahun 2010 dan dah lebih 65,000 orang dah hadir.

Ada yang datang dari Brunei, Singapura, Indonesia. Pencapaian terkini warga Nepal dan Cambodia pun dah datang ke Program ni. Amacam?

Kami sedang adakan Program IMKK di Kota Kinabalu dan tengah buka tawaran untuk Program IMKK April dari 29 April-2 Mei 2017. Kalau rasa-rasa nak join boleh rebut tawaran harga istimewa di www.azizanosman.com/imkk/april2017

Harga Launch Sale dah tamat. Sekarang tinggal harga Early Bird. Kalau dah penuh, harga akan naik lagi.

 

7 sebab kenapa kena hadir IMKK (4)

1. Untuk Kenali Magnet 5K

Ramai antara kita hidup tapi tak tahu matlamat. Hidup setakat bangun pagi dan tidur malam. Apa yang dikejar pun kita tak tahu.

Ramai orang nak berjaya, nak kaya, nak berkat tapi tak tahu macam mana nak dapatkannya.

Di IMKK, Dr Azizan Osman akan kongsi ilmu tentang Kekayaan, Kejayaan, Keberkatan, Kesihatan, Kebahagiaan.

Dan bagaimana 5K ini boleh dicapai.

 

7 sebab kenapa kena hadir IMKK (5)

2. Dapat Jumpa Kawan-Kawan Positif

Kita ni hidup selalunya dikelilingi dengan suara-suara negatif. Bila kita nak buat sesuatu, akan ada orang- orang yang menentang. Susah juga nak dapat orang yang menyokong.

Tapi, bila hadir IMKK anda akan jumpa orang yang seperti anda, ada yang punya impian dan hasrat sama macam anda. Malahan ramai yang ada masalah yang sama seperti anda. Tiba- tiba anda tak akan rasa keseorangan lagi.

Tu yang best!

 

7 sebab kenapa kena hadir IMKK (6)

3. Rawat Hati Dan Jiwa

Dah berapa tahun kita hidup, hati kita ni penuh dengan perkara buruk. Prasangka, irihati, syak wasangka, benci, marah dan macam-macam lagi.

Sanggupkah kita hidup sepanjang usia dengan bawa perasaan yang buruk macam ni? Macam mana kita nak buang semuanya?

Di IMKK, anda akan lebih faham kenapa perlu untuk kita ada hati yang bersih dan baik. Ramai yang hidup berubah menjadi jauh lebih baik selepas IMKK.

 

7 sebab kenapa kena hadir IMKK (7)

4. Pengalaman Berbeza

Sungguh! Ramai orang kata IMKK ni adalah program yang berbeza dengan pengalaman yang berbeza.

Susah dah nak dapat pengalaman seperti apa yang diperolehi di IMKK. Tak caya, tanya mereka yang pernah hadir. Ada yang terkenang-kenang pengalaman berIMKK, ada yang datang banyak kali kerana tak puas dengan pengalaman hadir sekali dua.

 

7 sebab kenapa kena hadir IMKK (8)

5. Peluang Luahkan Emosi

Susah kita nak luahkan emosi sebenarnya. Nak luah kat siapa? Nak kata apa? 

Emosi yang terganggu sebenarnya boleh melambatkan kejayaan kita. Orang putih kata ‘carry the baggage’. Emosi tak best, akan buatkan kita rasa terbeban. Fikiran pun tak boleh berfikir dengan baik.

Cuba datang dan ambil peluang untuk luahkan emosi.

 

7 sebab kenapa kena hadir IMKK (1)

6. Peluang Jadi Diri Anda Yang Sebenar.

Ramai antara kita ni hidup dengan perasaan takut. Takut nak tunjuk diri sebenar. Takut nak jadi nyata. Kita hidup di balik bayang-bayangn sendiri dan penuh ketakutan. Penat tau nak hidup macm tu. Nak buat apa pun semua tak boleh!

Di IMKK anda berpeluang jadi diri sendiri. Tiada siapa nak judge dan menilai anda. Anda hanya perlu hadir dengan semua semangat yang ada dan berikan komitmen terbaik. Orang sebelah-sebelah anda pun akan datang dengan perasaan yang sama.

So, anda perlu hadir dan jadi diri anda sendiri.

 

7 sebab kenapa kena hadir IMKK (2)

7. Betulkan Hubungan 

Kita selalu ada masalah dengan orang sekeliling kita.
Dalam kesibukan kita mengharungi hidup dan melalui hari-hari mencabar, banyak hati yang mungkin kita sakiti. Banyak perasaan yang kita abaikan.

Hubungan kita dengan Tuhan juga selalu kita tolak tepi hanya kerana melayan kesibukan harian.

Di IMKK, peserta semua akan terpanggil semula untuk memperbaiki hubungan dengan orang sekeliling, dengan diri sendiri dan yang paling penting dengan Tuhan.

Yang penting datang dulu IMKK baru tahu…

 

 

Adakah Membina Kewangan Yang Kukuh & Menjadi Kaya Merupakan Idaman Anda?

oleh Team Richworks pada 01 March 2017

header-adakah-kaya-MMM17

Tahniah kerana baru selesai mengalami IMKK! Semoga ia memberikan impak luar biasa kepada  Insha Allah.

Baca soalan di atas?

Soalan di atas ini bukan cliché atau saja-saja. Ia adalah soalan penting yang telah menghantui hidup Dr Azizan Osman seawal belasan tahun.

Beliau agak NEKAD untuk memperbaiki tahap kewangannya ketika beliau mula-mula bekerja pada awal 1996. Tetapi beliau tidak tahu bagaimana caranya. Pada ketika itu Dr Azizan tidak tahu atau tidak sedar bahawa beliau perlukan mentor sehinggalah selepas beliau  melingkup dalam pelbagai jenis bisnes serta hampir bankrup pada awal 3-tahun pertama berniaga.

mmm-1

You see , bukan semua orang benar-benar NEKAD nak ubah hidup atau tahap kewangan.

Dr Azizan tahu sebab beliau dah lalui sendiri dan telah bimbing berpuluh ribu orang yang NEKAD untuk keluar dari keadaan tahap kewangan mereka yang teruk atau biasa-biasa menjadi luar biasa.

Dr Azizan bukan berasal dari keluarga orang senang. Beliau banyak buat silap dalam bisnes dan berhutang terlalu banyak kerana buat keputusan yang salah kerana tidak ada mentor, ilmu dan sistem serta strategi yang betul dahulu.

mmm-email-13

Alhamdulillah, hari ini melihat kejayaan demi kejayaan anak didik beliau yang majoritinya adalah mereka yang tidak pernah berniaga, tidak ada duit untuk belajar, berniaga tetap gagal atau berada pada tahap yang sama, tetapi persamaan mereka yang berjaya adalah mereka komited hadir kelas. Ramai bermula dari IMKK (Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan) dan kemudian terus hadir ke MMM (Millionaire Marketing Mastery) kerana mereka tidak mahu buang masa dan buat silap lagi.

Yalah, jika anda tahu, bila anda hadir ke MMM dan ia akan hampir-hampir pasti serta terbukti mampu merubah tahap kewangan dan ekonomi keluarga anda, pasti anda NEKAD untuk hadir bukan?

Itulah mentaliti mereka yang berjaya selepas IMKK & MMM. Mereka NEKAD dan KOMITED bertindak. Semua orang tahu, “Fast Action, Fast Result”, tetapi tidak semua orang benar-benar komited bertindak segera. Ramai masih hidup dalam pelbagai alasan dan berangan-angan tanpa sanggup lakukan tindakan.

Saya percaya anda mahu jadikan tahun 2017 ini tahun lonjakan kehidupan dan tahap kewangan anda Insha Allah bukan?

Saya percaya anda sayang keluarga anda dan sanggup lakukan apa sahaja untuk berikan kehidupan lebih baik kepada mereka bukan?

Saya percaya anda mahu perbaiki keadaan kewangan anda untuk selama-lamanya bukan?

Benarkan diri anda untuk komited belajar ilmu bisnes dan pemasaran dari MMM nanti.

Di bawah ini kami ingin kongsikan 3 perkara yang penting yang anda kena komited lakukan untuk capai lebih banyak kejayaan :-

1. “Bakar Diri Anda” – Maksudnya bakar keinginan anda untuk ubah hidup dan capai kejayaan. Manusia ini mudah lupa dan leka. Anda kena cetuskan api-api keinginan anda sebelum ia malap. Sentiasa baca dan ulang berkali-kali dengan kuat apa matlamat dan impian anda tahun ini.

2. “Push Diri Anda” – Push dan paksa diri anda untuk keluar dari kebiasaan anda selama ini. Kebiasaan anda sebelum inilah yang menjadikan hidup dan kewangan anda berada di tahap di mana anda berada. Push diri dengan buat sesuatu yang luar biasa yang tidak pernah anda buat.

3. “NEKAD” – melangkah ke tahap seterusnya. Anda sendiri mungkin pernah lihat, baca dan dengar bukti-bukti kejayaan anak didik kami selama ini bukan? Bilakah giliran anda? Mana mungkin sampai giliran anda jika anda tidak lompat masuk beratur dan ambil nombor giliran? Apa yang membantu kejayaan mereka? Cuba lihat! Mentor, Ilmu, Sistem dan Strategi yang kami sampaikan secara berdepan di dalam sesi-sesi kami bersama mereka samada di MMM dan program-program lain.

Mereka nekad mahu ubah hidup dan mereka nekad buat tindakan.

Masa berjalan dengan pantas tuan-tuan dan puan-puan.

Jika kita tidak pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Untuk pecahkan ruyung, kita perlukan sedikit pengorbanan dengan keluar daripada comfort zone kita serta sedikit pengorbanan masa, tenaga dan sedikit wang untuk dapat lebih banyak lagi Insha Allah.

Jangan terus-terusan biarkan hidup anda pada tahap yang sama. Sampai bila? Tanya diri sendiri, sampai bila?

Jika anda telah lakukan tindakan 1st step dengan hadir ke IMKK, anda sebenarnya tidak jauh lagi daripada impian-impian anda Insha Allah.

Dr Azizan tidak mampu paksa sesiapa pun untuk lakukan perubahan tetapi Dr Azizan boleh bantu  bila  komited jumpa beliau segera dalam MMM nanti.

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai program MMM yang bakal berlangsung boleh layari www.marketingmastery.com.my.

 

Nak Tahu Strategi Marketing Apa Yang Menjadi?

oleh Team Richworks pada 15 February 2017

nak-tahu-strategi-yg-menjadi

Anda nak tahu apa strategi marketing yang menjadi?

Antara perkara yang paling menggembirakan peniaga ialah bila buat apa-apa teknik pemasaran dan ianya menjadi. Menjadi maksudnya, anda boleh buat orang nampak  perniagaan anda dan boleh convertkan mereka jadi pelanggan dan yang paling best jadi pelanggan  setia anda.

Tapi, masalahnya ramai peniaga bila dah buat sesuatu teknik dan menjadi, mulalah kita cepat sangat nak cuba buat teknik lain.  Betul kan?

Dr Azizan selalu pesan, dalam berniaga kita perlu fokus dan konsisten.  Seseorang peniaga takkan dapat capai jualan tinggi jika mereka tak konsisten dalam tindakan.  Baru buat satu teknik, dah jadi sikit mulalah nak try buat teknik pemasaran lain.  Bila kita buat sesuatu tekni kdan menjadi, JANGAN STOP.  Teruskan dan tambah lagi.

The moment you jumpa teknik yang menjadi, jangan tukar.  Terus buat lagi sehingga jadi lagi dahsyat.” – Dr Azizan Osman.  Strategi apa pun yang anda nak buat, ianya takkan jadi jika anda asyik lompat-lompat.

Anda tonton video perkongsian Dr Azizan Osman ini.  Dr Azizan menjawab soalan  Cikpuan Ilya yang baru berniaga online  sebagai seorang stokist dan  beliau juga ada kedai.  Perniagaan onlinenya dah mula menjadi dengan strategi pemasaran yang beliau belajar di Program Millionaire Marketing Mastery (MMM).  Tapi, beliau kini berada dalam dilema kerana kedainya tidak buat jualan dengan baik, dan beliau berhasrat untuk menutupnya.  Anda rasa macam mana? Dengar jawapan dari Dr Azizan Osman.

Dalam Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) Dr Azizan Osman bukan setakat berkongsi ilmu pemasaran, dan beliau bukan bercakap tentang nak buat online marketing secara teknikal, tapi beliau berkongsi ilmu keseluruhan teknik-teknik pemasaran yang dah terbukti mampu membantu melonjakkan jualan dan bagaimana anda boleh gabungkan teknik-teknik ini untuk panggil prospek, sentuh emosinya, tukar minat menjadi kemahuan dan akhirnya tukar mereka menjadi pengguna tegar produk anda.

Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) akan diadakan pada 31 Mac-2 April di  Lembah Klang dan pada 6-8 April 2017 di Kota Kinabalu, Sabah.

Kami mengalu-alukan anda untuk layari www.marketingmastery.com.my untuk maklumat lanjut.  Dan, jika anda nak tahu bagaimana Program MMM boleh bantu lonjakkan perniagaan anda, anda boleh hubungi kami di 016-2103090 / 012-5987669 dan bercakap dengan pegawai kami yang bersedia untuk memberikan penerangan lanjut kepada anda.

Kami doakan anda terus konsisten buat aktiviti pemasaran anda sehingga menjadi!

 

Perniagaan Akan Tersangkut Bila Peniaga Berhenti Buat Pemasaran. Coke, KFC, McD Tak Pernah Berhenti Buat Iklan.

oleh Team Richworks pada 10 February 2017

pemasaran-tersangkut

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Dalam setiap kali Program Millionaire Marketing Mastery, banyak kali Dr Azizan pesan, jangan berhenti buat marketing.  Sebab itulah beliau berkongsi lebih dari 200 strategi pemasaran supaya peserta ada banyak idea untuk buat dalam kempen pemasaran anda.

Tapi, walaupun beliau bagi 200 strategi, ramai peserta hanya sempat cuba 3-4 cara sahaja dan bisnes dah mula sibuk, dah mula huru hara dan dah boleh buat sales mencanak naik.

Kesilapan ramai peniaga buat ialah, bila dah buat sales sikit, dah mula tak buat merketing.  Dengan harapan pelanggan dah tahu tentang perniagaan anda, jadi tak perlulah lagi buat marketing.

Salah tu! Pelanggan ‘ni perlu sentiasa dimanja, diberikan excitement dalam dirinya untuk mereka terus menjadi pelanggan kita.  Lebih-lebih lagi dalam dunia perniagaan sekarang yang penuh persaingan ini.  Jika perniagaan anda kurang menyerlah dan kurang menyentuh emosi pelanggan, pelanggan akan mudah beralih arah kepada peniaga lain.

Anda tengok syarikat besar dunia seperti KFC, Coca Cola, McDonalds, BMW, Audi, Ford, Iphone, Samsung tak pernah berhenti buat iklan dan buat promosi.  Sedangkan kalau kita nak kira, mereka dah sangat terkenal.  Mereka juga tak pernah berhenti untuk berinovasi dalam marketing dan produk keluaran mereka selari dengan perubahan masa.

Kami nak anda tonton sedutan dari sesi coaching Dr Azizan Osman dengan peserta Pakej Super Supreme dalam Program MMM. Anda dengar soalan peserta ni dan jawapan yang Dr Azizan berikan, yang juga boleh diaplikasikan oleh peniaga lain.  InsyaAllah. Peserta ini bertanya tentang bagaimana nak tingkatkan marketing untuk bisnes hotelnya… dengar sendiri jawapan dari Dr Azizan dan anda mungkin boleh buat catatan.

Belajar sesuatu?

Dah rasa ilmunya? Ini baru sedutan, cuba bayangkan kalau anda sendiri hadir ke Program Millionaire Marketing Mastery (MMM). Cuba bayangkan lagi apa akan jadi jika anda tahu bagaimana caranya nak buat kempen pemasaran, dan nak gunakan jenis-jenis pemasaran berbeza dan nak salurkan semua pelanggan yang dah nampak perniagaan anda menjadi raving-fan.

Pesan Dr Azizan “Buat pemasaran sekarang, don’t stop dan do it aggresively.”

Layari www.marketingmastery.com.my untuk maklumat lanjut atau hubungi kami di 016 2103090 / 012-5987669 jika mahu bercakap dengan pegawai kami berkenaan Program MMM.

Kami harap dapat jumpa anda di Program MMM.

 

Bila Orang Nepal Pun Dah Mula Hadir IMKK. Kau Rasa?

oleh Team Richworks pada 08 February 2017

orang-nepal-hadir-imkk

Bila sebut Orang Nepal, kita akan terfikirkan mereka yang bekerja sebagai ‘security guard’, pekerja kilang, pekerja ladang dan lain-lain lagi kerja yang orang kita tak nak buat. Betul kan…?

Tapi akhir-akhir ini kita dah banyak tengok kisah-kisah viral tentang orang Nepal yang mula berniaga nasi lemak, berniaga di pasar uptown, bahkan ada yang dah mula buka kedai makan, gerai, kedai runcit, kedai uruskan penghantaran barang ke Nepal dan macam-macam lagi.

Apa anda rasa? Tak takut ke? Tak takut ke bila orang lain mula kuasai ekonomi kita, dan kita setakat tengok sahaja.

imkkv1

Hairan kan, bagaimana orang lain berlumba-lumba untuk menikmati kehidupan yang lebih baik di bumi Malaysia kita dan kita masih lagi dengan mentaliti yang sama, cukup lah dengan apa yang ada. Kami di Richworks bersama Dr Azizan Osman buat Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) dan program lain dengan tujuan nak menyedarkan anak bangsa bahawa ada peluang lain di luar sana yang boleh kita rebut supaya dapat tingkatkan tahap kehidupan dan kewangan. Tapi, ramai dari anak bangsa sendiri yang tak nak hadir belajar ilmu yang dah terbukti menjayakan ramai orang biasa-biasa yang telah hadir menjadi usahawan yang luar biasa dan lebih rela berikan 1001 alasan…

Tahniah kepada anda yang dah mendaftar untuk hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) di Menara PGRM, Cheras Kuala Lumpur pada 24-26 Februari dan IMKK Borneo di The Klagan 1 Borneo, Kota Kinabalu Sabah pada 3-5 Mac 2017. Anda bakal melangkah ke hadapan, anda bakal menjadi orang yang lebih berbeza dari dahulu dan anda bakal nampak potensi anda untuk lebih berjaya mencapai apa yang anda impikan.

Tonton video temubual kami dengan Tuan Vijay, yang berasal dari Nepal dan kini menetap di Tawau Sabah yang turut hadir ke Program IMKK Borneo Disember lalu. Beliau yang mulanya hadir ke Malaysia sebagai pekerja biasa, kini dah mampu ada bisnes sendiri. Amacam? Orang Nepal dah buat duit kat Malaysia derr…. Orang Malaysia?

Pastikan anda dah mendaftar nama peserta yang bakal hadir ke IMKK nanti. Sila rujuk email yang kami dah berikan selepas anda mendaftar. Sebarang kesulitan boleh hubungi 016 2103090 / 012 5987669.

 
Hak Cipta Terpelihara 2019 © RichWorks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start