Meniaga Ke Melingkup?

oleh Team Richworks pada 13 December 2017

Berniaga penat-penat, tapi mana hasilnya?

“Kau senanglah, kau ada bisnes sendiri. Aku lainlah, makan gaji je..”

“Orang bisnes ni lain macam, sentiasa ada duit, orang makan gaji macam aku ‘ni kena tunggu akhir bulan baru ada duit….”

Cakap orang kat luar bila tengok macam seronok aje nak berniaga. Semua pakat berniaga.

Kononnya “up” sikitlah dari dorang yang makan gaji.

Pernah dengar statement macam ni? Rasa macam best kan, bila ada orang cakap macam ni kat kita yang berniaga. Nampak kita ni macam ‘up’ sikit dari mereka..Eh! Betul ke?

Ni lah kesilapan ramai peniaga buat. Bila pegang status ‘peniaga’‘businessman’ atau ‘usahawan’ kita mula rasa diri lebih baik dari orang lain. Sebab kita fikir kita sentiasa ada duit.

Ye lah…duit bisnes kan masuk hari-hari. Simpan je dalam laci. Bila rasa nak pakai ambik je…

Siapa kisah?

HAA….. ITULAH SILAPNYA!

1. Ramai peniaga fikir, bila berniaga, duit jualan hari-hari boleh diambil dan diguna ikut suka hati. Itulah silap paling besar!!!

2. Hakikatnya memang itu duit bisnes kita, TAPI, adalah tak bijak jika anda ambik duit bisnes ikut suka. Itu namanya perompak bisnes sendiri!

3. Korang bertanggungjawab menjaga duit jualan. Duit jualan bisnes adalah untuk kegunaan bisnes dan bukan untuk kegunaan peribadi. Kena sentiasa latih kepala otak untuk faham konsep ini!

4. Walaupun korang pemilik bisnes, korang MESTI ambil gaji sendiri dan bukan pakai ambil duit jualan ikut suka, bila rasa perlu. Lebih kerap merompak, lebih cepatlah melingkup.

5. Duit jualan perlu dimasukkan ke dalam akaun perniagaan. Akaun bank bisnes tau, bukan akaun peribadi.

6. Rekod duit masuk dan duit keluar. Isi baucer dan isi maklumat cek dengan lengkap.

7. Kalau berniaga di syarikat Sdn Bhd, rekod perakauanan perlu diaudit. Sebabnya? Untuk memudahkan korang mengembangkan bisnes dengan fasiliti pihak bank serta institusi kewangan yang lain.

8. Kalaulah bisnes korang cuma Enterprise pun, rekod bisnes yang teratur pun akan jadi wajib sekiranya mahu menggunakan fasiliti kewangan yang ada. Daripada pihak kerajaan mahupun swasta yang membantu usahawan kecil dan sederhana.

BOLEH FAHAM TAK NIE?

I faham point-point di atas tu mesti memeningkan kepala korang. Sebab fokus korang berniaga.

InshaaAllah, ianya dipermudahkan sebab akan dikongsikan template-template mudah yang korang boleh terus gunapakai untuk bisnes.

Tapi kita kenalah faham fungsi dan tujuannya. Baru lengkap semua aspek bila dah faham. Mula nampak duit, mula faham macamana nak beranakkan duit, mula tahu macamana nak sorok duit.

Buatlah apapun, perkara paling penting berbisnes tetaplah duit. Itukan sumber kewangan kita sekarang.

Point di atas cuma ada 8, yang pastinya ada banyak lagi.

Sebabnya, I tahu jerih-perih korang bangun pagi, celik biji mata, otak terus laju proses macamana nak cari duit. Nak bayar gaji staff, nak bayar supplier, nak bayar overhead.

Penat beb!

InshaaAllah, I kongsikan pengalaman I selama 8 tahun buat benda yang sama macam korang juga.

Masa mula-mula I di Richworks. Daripada cenonet sampailah diiktiraf jadi world-class.

Alhamdulillah.

 

Adakah Anda Mampu Untuk Bebas Kewangan Dalam 10 Tahun Lagi?

oleh Team Richworks pada 13 December 2017

Pada waktu bilakah sebenarnya anda mahu bebaskan diri dari kekangan masa, wang, dan kesihatan demi kebahagiaan tanpa batasan?

Rata-rata dari anda barangkali sedang dalam fasa umur 30an, 40an dan mungkin, 50an. Anda mungkin sekarang sedang selesa dengan kedudukan anda, kewangan anda, kesihatan anda, kerana anda masih – bekerja. Persoalannya, sampai bila anda mahu tetap bekerja untuk rasa selesa? Lagi 10 tahun? 20? 30? Atau anda tak rancang untuk bersara? Jika anda ada perancangan untuk bersara, adakah anda pasti bahawa keperluan, kehidupan, kewangan dan kesihatan anda pada waktu itu adalah stabil, selesa, dan memberikan anda kebebasan yang anda impikan?

Ada yang berimpian untuk bersara bila umur mencapai 40 tahun. Atau ada yang ikut umur pencen standard, 60. Atau ada yang lagi muda! Bersara di sini tentulah memaksudkan anda bebas dari kekangan kerja, tapi kewangan anda tidak terputus malah sentiasa ada dan makin berkembang untuk anda dan keluarga. Persaraan ini yang kami di Retire Young Retire Rich perkenalkan pada semua peserta yang hadir. Anda sudah tidak lagi bekerja, tapi anda masih mampu untuk hidup selesa sebagaimana waktu anda bekerja, malah mungkin lebih selesa lagi. Bagaimana?

Kirakan total kos kehidupan anda sebulan. Total kos yang merangkumi perbelanjaan asas. Kemudian, gandakan total kos itu untuk berapa tahun lagi yang anda rasa anda masih – hidup. Contohnya, kos perbelanjaan asas anda sebulan ialah RM 5000. Untuk setahun anda memerlukan RM60 000. Anda mahu bersara pada umur 40 dan mungkin mempunyai jangka hayat sehingga 70 tahun. RM 60 000 x 30 tahun (tahun yang anda tidak lagi bekerja) = RM1 800 000. Ini bermakna untuk hidup selama 30 tahun selepas persaraan anda, anda perlukan simpanan bernilai RM1.8 juta! Ini hanya asas sahaja, dan anda hanya boleh hidup ala kadar seperti sekarang. Katakan anda kini berumur 20, dan hanya punyai masa 20 tahun untuk mengumpul wang simpanan persaraan anda, berapa yang anda perlu simpan sebulan selama 20 tahun itu? RM 7500 sebulan. Simpanan. Belanja RM 5000, jadi gaji anda sekarang perlulah berjumlah RM 12 500? Wah! Pening dan mengerikan bukan?

Rileks. Di RYRR, ini bukan teknik yang kami ajarkan. Mentor anda punyai cara yang jauh lebih cepat dan efisyen. Menarik? Pastilah menarik bukan jika anda boleh memilih untuk tidak bekerja di awal usia, dan menghabiskan waktu serta usia anda tanpa perlu fikir urusan kerja, staf, dan segala masalah yang berkaitan dengannya. Paling best bila anda boleh hidup gembira dengan lifestyle yang anda pilih, secara selesa tanpa risau aliran kewangan terhenti.

Ternyata teknik yang dikongsikan di RYRR banyak membuka mata para peserta yang hadir kali ini. Mereka sedar yang mereka sudah bazirkan banyak masa sebelum ini membuat perkara yang kurang berfaedah untuk hari tua mereka. Berkampung 3 hari 2 malam pada 8-10 Disember lalu bersama Tn Hj Jerry Rizal pantas saja berlalu. Kita buka sedikit ruang untuk anda tahu apa antara topik menarik yang dikongsikan kali ini. Para peserta dikenalkan dengan prinsip dan erti sebenar kekayaan, perkara yang patut dikuasai untuk mengecapi kebebasan selepas bersara, pengiraan ‘numbers’ persaraan, prinsip-prinsip pelaburan, perbezaan pendapatan aktif dan pasif, cara pembinaan pendapatan pasif, strategi dan prosedur kebebasan kewangan, 8 peringkat kedudukan kewangan, perlindungan kewangan dan variasi pelaburan.

Banyak lagi perkongsian pengalaman, kehidupan dan teknik Retire Young Retire Rich yang dikupas dan diolah buat panduan para peserta. Kenapa perlu Retire Young Retire Rich? Supaya anda mampu untuk tumpukan lebih perhatian kepada keluarga, diri, Tuhan dan berbakti kepada masyarakat tanpa risau tentang kedudukan kewangan anda. Bebas kewangan? Temui anda di Retire Young Retire Rich yang akan datang.

 

5 Cara Ringkas Terap Minda Usahawan Anak-Anak

oleh Team Richworks pada 13 December 2017

Berani, sukakan cabaran, sanggup belajar dan ambil risiko, serta tidak takut untuk membuat keputusan. Ini adalah karakter yang sinonim dalam diri anak-anak dan juga usahawan yang berjaya.

Tapi, sama juga macam perkara lain, semangat ibarat seorang usahawan ini tetap perlukan sokongan, panduan dan perlu dibaja oleh anda sebagai ibu bapa. Jika tidak, ianya akan hilang ditelan masa.

Skil kehidupan memang penting untuk anda ajarkan pada anak-anak anda. Dan lagi pula, skil sebagai seorang usahawan. Anda sendiri bergelar usahawan, barangkali ia boleh menjadi legasi pada anak-anak anda dan pada masa yang tepat nanti, anak-anak anda sudah tahu untuk mengendalikannya berkat didikan awal ini.

Jadi bagaimana agaknya untuk anda terapkan minda usahawan dalam diri anak-anak anda seawal 5-10 tahun?

  1. Bicara secara terbuka dengan anak-anak tentang bisnes

Ikut tingkat umur mereka, sembang dengan mereka tentang bisnes anda. Apa yang anda buat, kenapa anda buat, dan apa yang mereka dapat dari usaha anda. Borak secara santai dan menyeronokkan.

Boleh juga bercerita dengan mereka tentang susah payah usaha anda, dan apa manfaatnya pada mereka bila mereka besar nanti.

Jika mereka berikan pendapat, tak salah untuk dengar dan terima jika ianya baik. Jika kurang baik, terangkan kenapa ianya begitu.

  1. Biarkan anak nampak perkara berkaitan yang anda buat

Contoh, anak nampak anda membaca buku berkaitan bisnes, ajak mereka turut serta dan terangkan serba sedikit mengenainya. Ataupun, bila anak anda nampak anda sedang buat sales pitch melalui panggilan telefon, atau berhadapan. Mungkin juga bila mereka nampak anda sedang mengemaskini fail bisnes, urusan kewangan, biarkan. Dan pastikan ada serba sedikit penerangan diberikan jika mereka tertanya-tanya.

  1. Galak mereka hasilkan sesuatu sendiri

Jika anda nampak minat dan kemahiran anak anda menjahit patung permainan, anda boleh ajar mereka DIY (do-it-yourself) dan anda boleh bantu binakan mereka laman sesawang mereka sendiri untuk menjual hasil tangan mereka. Barangan kraf, seni lukis, atau jika mereka adalah mini chef seperti anda, biarkan mereka bereksperimentasi dengan bebas. Anda hanya perlu kawal dan terangkan serba sedikit mengenai wang, kos dan yang dirasakan perlu.

Jika mereka bertanyakan pendapat anda, jangan terus berikan jawapan, tanya kembali pada mereka apa yang mereka fikirkan. Bantu dari situ.

  1. Bantu mereka untuk lebih kreatif

Jangan terikat dengan satu jenis atau gaya pemikiran. Contohnya, jika kerja seni sekolah memerlukan mereka membuat ilustrasi menggunakan bahan terbuang, duduk bersama mereka dan fikir apa posibiliti ilustrasi yang boleh dihasilkan. Cuba untuk berfikir secara meluas. Biarkan mereka berimaginasi. Imaginasi penting kerana dari situ idea boleh terhasil dan dilaksanakan. Skil kreatif ini akan membantu mreka dalam banyak aspek kehidupan terutamanya dalam bidang perniagaan, kelak.

  1. Tak apa jika gagal

Beritahu mereka, jika gagal itu bukan bermakna mereka akan terus gagal. Tak apa. Cuba lagi berkali-kali sampai berjaya. Gagal hanya berlaku bila mereka berhenti mencuba. Anda boleh berikan mereka simpati anda tapi bukan sebagai tanda mereka harus putus asa. Tanya mereka apa yang mereka rasa mereka boleh buat untuk perbaiki keadaan itu. Dan berikan pula pandangan anda.

Situasi-situasi sebegini tidak datang dengan suasana yang tertekan. Ianya mesti dilakukan dalam keadaan tenang dan gembira. Galakkan mereka bertanya dan mencari solusi berbanding hanya menunggu pandangan orang lain.

Anda tak tahu apa yang akan melekat dalam kepala mereka hingga besar, jadi teruskan mendidik mereka dengan cara terbaik dan pasti hasilnya akan terbaik juga.

 

Fasa Terpenting Pemasaran Efektif: Tindakan Dan Pelaksanaan

oleh Team Richworks pada 05 December 2017

“Belajar segala mak nenek marketing pun, kalau tak digunakan, tak ada gunanya belajar marketing!”

Ingat lagi pesan mentor? Belajar banyak mana sekalipun, kalau tak diaplikasikan dan buat tindakan, satu strategi pun takkan berguna.

Apa juga yang kita mahukan dalam hidup, jika benar-benar kita mahukannya, kita perlu berusaha untuk mendapatkannya. Usaha belajar, dan paling penting ialah usaha melaksanakan dan mengaplikasikan apa yang telah dipelajari. Tindakan tanpa ilmu adalah sia-sia, tapi ilmu tanpa tindakan adalah satu kerugian.

Dalam bisnes, matematik ini sangat relevan dan perlu diambil berat oleh semua usahawan tak kira baru mahupun lama. Sibukkan pelan dan perancangan pemasaran, tapi tak buat pelaksanaan, bisnes mana yang akan maju?

Ada kajian mengatakan, jika kita membiasakan diri membuat sesuatu secara berterusan selama 40 hari, kita akan terbiasa dengannya. Jadi, apakata cuba buat sesuatu yang berkaitan dengan pemasaran (yang anda telah laburkan banyak masa wang dan tenaga dengan ilmu tadi) setiap hari.

Mulakan dengan mengawal selia aktiviti pemasaran anda. Guna carta untuk lihat kesan dan progres setiap satu dari taktik pemasaran yang anda guna. Gunakan spreadsheet, atau apa juga yang sesuai. Strategi bukan setakat perlu ditulis, tapi perlu dilaksanakan dan perlukan follow up keberkesanan.

Pelaksanaan pemasaran yang berjaya memerlukan:

  1. Koordinasi yang efektif dan berkesan tentang aktiviti-aktiviti pemasaran iaitu apa yang dibuat, oleh siapa, dan bila waktunya.
  2. Kenalpasti mana satu gangguan yang perlu dibuang dan fokus pada task atau tugas yang anda perlu lakukan (kerana anda boleh berikan nilai yang lebih hebat untuknya berbanding orang lain)
  3. Kenalpasti butiran-butiran penting dalam taktik pemasaran anda.
  4. Sentiasa peka siapa yang ditugaskan untuk sesuatu task pemasaran syarikat
  5. Jangan bertangguh. Jangan menunggu. Buat sekarang.
  6. Beri nilai lebih pada pelanggan. Pelanggan yang gembira = sales yang “gembira”
  7. Buat apa yang anda rasa anda paling hebat dan pakar mengenainya dan biarkan task lain yang remeh atau kurang penting diambil alih oleh orang lain.

Pelan pemasaran biasanya gagal kerana mereka yang dipertanggungjawabkan untuk pelaksanaannya buat sambil lewa, atau tak buat langsung! Jadi sebagai leader, anda perlu tahu dan peka, “siapa untuk apa”. Siapa yang handle website, stok, pelanggan after sales, research, packaging, delivery, follow up dan macam-macam lagi!

Pastikan timeline anda sentiasa diikuti oleh semua pekerja anda dan anda sendiri. Biar mereka jelas dengan apa tugas dan tanggungjawab mereka. Selain jelas dengan hala tuju syarikat anda. Apa yang membezakan anda dengan pesaing sebenarnya ialah pelaksanaan dalam setiap satu taktik pemasaran. Jika anda berjaya buat tindakan yang betul segera, anda sudahpun menang.

 

8 Perbezaan Antara Mentaliti Seorang Usahawan Dan Pekerja

oleh Team Richworks pada 05 December 2017

Anda berminda usahawan atau pekerja? Jom lihat 8 perbezaan antara minda seorang usahawan dan pekerja.

1) Usahawan berusaha meningkatkan kemahiran dan skil, pekerja berusaha memperbaiki kelemahan

Dalam temuduga sesuatu pekerjaan, soalan yang biasa tentulah “Apa yang anda dah buat untuk perbaiki kelemahan anda?”

Fokus pada kelemahan kerana kelemahan itu satu keburukan – ia mentaliti pekerja.

Fokus pada kekuatan kerana kekuatan itu tiket kejayaan – itu mentaliti usahawan.

2) Usahawan mungkin adakalanya menghasilkan sesuatu yang biasa dan tak sempurna, pekerja pula sangat mementingkan kesempurnaan

Terpaksa jadi perfectionist sebab ada bos yang memerhati, dan tak mahu nota buruk mengenai kerja mereka – itu mentaliti pekerja.

Sentiasa cuba, cuba dan cuba walaupun ia belum lagi sempurna atau selalu gagal – ia mentaliti usahawan kerana tanpa cubaan dan kegagalan, kejayaan tak akan hadir, dan tak buat sesuatu kerana takut salah bermakna mereka melambatkan proses kejayaan. Lebih baik salah daripada tak buat langsung.

3) Usahawan kata Tidak, pekerja kata Ya

Tidak, saya tak akan buat ini, sebab saya fokus pada itu – ini mentaliti usahawan. Mereka tahu apa yang mereka perlu fokus dan lebih menguntungkan buat mereka.

Ya, ya dan ya, semua saya boleh buat. Bagi saja semua peluang pada saya – ini mentaliti pekerja. Mereka takut tak dapat peluang, mereka takut terlepas peluang lebih baik dan mereka takut jika kata tidak, peluang mereka akan hilang. Mereka tidak fokus.

4) Usahawan bahagi sama rata, pekerja semua aku yang punya

Buat apa yang perlu, dan apa yang lebih menguntungkan. Yang remeh, beri pada mereka yang lebih sesuai. Delegasi kerja dipraktikkan oleh mereka yang berminda usahawan.

Pekerja adalah sebaliknya. Mereka buat semua sendiri. Dan rasa mereka loser kalau tak mampu buat semua sekali sendirian. Mereka nak jadi hero – yang sebenarnya tertekan dan ditekan.

5) Usahawan fokus 1 kerja, pekerja buat semua kerja

Minda kita tak berupaya nak multitasking banyak benda dalam satu masa. Jika mampu buat, hasilnya pasti tak seberapa. Lebih baik buat satu sehabis baik daripada buat semua tapi hasilnya ala kadar.

6) Usahawan berani ambil risiko, pekerja elak risiko

Kenapa mereka yang berminda pekerja tak mulakan bisnes? Kerana mereka perlukan satu security dalam kerja dan kewangan.

Berbeza dengan usahawan. Mereka berani ambil risiko kerana bagi mereka lagi besar risiko, lagi besar ganjaran yang mereka akan dapat kemudian.

7) Usahawan percaya pada perubahan musim, pekerja mahukan keseimbangan

Seimbang dari segi kerja dan kehidupan – mentaliti pekerja.

Usahawan percaya bahawa hidup tak pernah akan seimbang. Jika mereka bagus dalam satu bab, mereka tahu satu bab lain akan kurang. Mereka terima ketidak-seimbangan kehidupan itu. Mereka ambil kesempatan dan manfaatkan apa yang mereka bagus.

8) Pekerja terancam dengan rakan yang lebih hebat, usahawan manfaatkan situasi tersebut

Dalam dunia korporat, jika anda tak bijak, tak rajin, tak ada banyak rangkaian dan sahabat, anda tak boleh naik lebih tinggi. Jadi pekerja akan sentiasa rasa terancam dengan sesiapa saja yang lebih dari mereka.

Tapi bukan pada mereka yang berminda usahawan. Usahawan gunakan dan manfaatkan kelebihan orang lain untuk bina team yang hebat. Tanpa team hebat, bisnes akan gagal.

Anda bukan lah bermaksud perlu membina atau mempunyai perniagaan untuk berminda usahawan. Mentaliti sebegini perlu ada pada semua orang (sudah tentulah ia paling penting untuk ahli perniagaan) supaya anda mampu menarik kejayaan lebih banyak lagi.

Mindset yang bijak mengundang keuntungan yang berlipat kali ganda.

 

3 Prinsip Utama Untuk CTA Bisnes Yang Berkesan

oleh Team Richworks pada 05 December 2017

Anda pasti dah tahu kepentingan sesebuah landing page untuk bisnes anda – pengumpulan database. Dan setiap landing page yang anda sediakan perlu mengandungi call-to-action (CTA) yang berkesan supaya anda tak kehilangan prospek dan pelanggan yang berpotensi untuk bisnes anda. Tapi, 70% daripada kebanyakan laman web bisnes TAK ADA CALL-to-ACTION langsung. Yang lain pula mungkin ada tapi tak digunakan sebaiknya hingga menyebabkan apa yang mereka jangka tidak diperolehi.

Teknik CTA yang terbaik perlu dipelajari supaya anda tak lagi kehilangan prospek yang berpotensi. Biasalah jika pelanggan anda tak berapa nak “rajin” membaca, atau bila dah tahu harga terus senyap tak berkata apa. Tapi sekurang-kurangnya, anda tingkatkan skil CTA anda untuk tarik pelanggan sasaran anda yang seterusnya.

Kebanyakan pelawat laman sesawang memerlukan kurang dari 15 saat untuk “close tab” atau “stay and read” apa yang anda mahu katakan. Jadi anda perlu tarik perhatian mereka dengan sesuatu yang benar-benar menarik supaya anda dapat yakinkan mereka dengan apa yang anda nak sampaikan.

Mari kita lihat 3 prinsip utama dalam memperbaiki dan menghasilkan CTA yang berkesan dan terbaik buat bisnes anda.

1) Visibility – senang dan boleh dilihat

Tak nampak, macam mana nak respon, betul?

  • Ada yang kata anda perlu letak CTA di bahagian pertama laman web (bahagian atas) sebab 80% dari prospek tak akan skrol ke bawah laman web anda.
  • Yang lain pula mengatakan anda perlu letak CTA anda di bahagian tengah, yang dekat dengan informasi atau tawaran anda yang paling menarik – kajian sudah dibuat dan hasilnya memang terbaik. 304% kadar pulangan diterima.
  • Gunakan warna yang berbeza dengan maklumat yang lain dalam landing page anda.
  • Butang CTA anda perlu “pop” supaya lebih nampak dan menarik.
  • Gunakan saiz yang sesuai. Bukan terlalu besar (hingga memberikan tekanan pada prospek) dan bukan terlalu kecil sampai tak kelihatan.

Nak tahu apa yang paling berkesan, buat split test dengan landing page anda. Lihat saiz apa, warna apa, dan kedudukan di mana yang paling memberi kesan pada CTA dan kadar conversion pelanggan anda.

2) Mesej jelas dan menarik

Setiap CTA anda perlu berikan 2 jawapan penting pada persoalan prospek anda. Apa yang anda nak mereka buat, dan kenapa mereka perlu lakukan itu.

Mesej perlu jelas, dan berikan rasa “segera” pada mereka yang membaca.

  • Elakkan arahan seperti “Hantarkan/Submit”, atau “Beli Segera” kerana anda tak berikan mesej yang jelas tentang nilai apa yang anda nak beri pada mereka. Contoh, “Belajar 10 cara tingkat sales” lebih berkesan berbanding “Respon segera hari ini”. Butang CTA anda perlu beritahu mereka dengan jelas apa yang mereka akan dapat dari anda.
  • Buat mereka rasa mereka perlu bertindak segera dengan penggunaan perkataan yang berkaitan dengan masa seperti “Hari ini”, “Sekarang”.

Cara mudah nak tahu adakah CTA anda sesuai dan hit the spot, minta rakan anda untuk respon. Adakah mereka akan tertarik atau akan close tab dengan CTA sebegitu. Split test jika anda ada beberapa opsyen untuk CTA anda.

3) Pilih elemen sokongan dengan betul

Gambar dan lain-lain elemen sokongan CTA anda perlu dipilih dengan berhati-hati kerana ia mempengaruhi kadar keberkesanan landing page anda.

  • Testimoni perlulah betul, dipercayai dan “wow”. Jangan reka testimoni.
  • Gambar perlu berkualiti dan hanya pilih yang berkenaan sahaja.

CTA perlu lebih kontra dan tidak sama warna dengan elemen lain.

 

7 Perkara Wajib Usahawan Buat Menjelang Januari Tahun Baru

oleh Team Richworks pada 05 December 2017

Disember dah mula menjengah. Pejam celik tahu-tahu dan nak masuk tahun baru. Dah siap atau belum strategi syarikat untuk tahun depan?

Jom semak list wajib buat pada bulan Disember ini.

1) Set target perkembangan syarikat

Mampukah syarikat anda merealisasikan semua target perkembangan bisnes yang telah diramalkan tahun hadapan? Semak kembali pelan dan rangka kerja tahun hadapan. Kemaskinikan dan perhatikan semula bajet kewangan. Susun atur semula jika ada penambahan atau pengurangan di mana-mana bahagian.

Semak juga adakah staf jualan anda sudah mencapai target tahun ini dan adakah dia perlukan apa-apa bantuan untuk capai target tahun hadapan. Lihat semula adakah anda perlukan lebih ramai staf, adakah ruang pejabat anda sesuai atau perlu penambahbaikan? Lihat jika pertambahan klien memberi kesan pada khidmat layanan pelanggan anda dan apa solusinya.

2) Susun buku akaun anda

Pastikan cukai anda sudah siap dan langsai kira-kira serta bajetnya. Dan pastikan pelan rancangan cukai tahun depan sudah siap juga. Semak repot kewangan, perhatikan jika ada pengurangan, penambahan, perubahan. Set numbers tahun depan sebaiknya.

3) Masa bersama staf

Anda dah fikir semua dalam kepala tentang bisnes. Tapi anda tak sampaikan pada staf anda. Anda juga yang rugi masa nanti. Anda mesti kongsikan matlamat dan perancangan anda dengan team. Reflek kembali pencapaian syarikat, cabaran dan peningkatan, serta perancangan tahun depan. Selesaikan mesyuarat sebegini sebelum ada staf yang ambil cuti panjang.

4) Cari jalan untuk menyimpan

Ada perkara atau item yang jika anda beli dan bayar lump sum akan berikan anda diskaun dan penjimatan. Lihat untuk servis begini supaya anda dapat kurangkan perbelanjaan tahun hadapan. Duit yang berjaya diselamatkan itu boleh diguna untuk pelaburan lain.

5) Manfaat teknologi

Lihat teknologi mana paling berkesan, paling jarang digunakan atau tidak berkesan untuk syarikat anda. Jika tak digunakan, kenapa, dan jika ia tak berguna, buang saja sistem atau teknologi itu.

6) Tetapkan matlamat

Matlamat paling berguna ialah matlamat yang boleh dicapai. Setkan matlamat yang achievable dan measurable. Selarikan matlamat staf dengan matlamat syarikat. Rangka tindakan yang perlu dibuat, ditingkatkan dan difokuskan. Lihat semula jika pemasaran perlu ditambah, semangat dan azam staf perlu di recharge. Bina pelan tindakan, fahami dan laksanakan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.

Sudah buat sumbangan atau belum? Buatlah sumbangan dalam bentuk derma, atau amal. Bukan untuk menunjuk-nunjuk tapi sebagai sedekah, ataupun supaya anda mendapat rebat cukai. Imej baik itu bonus. Syarikat yang menyumbang kepada mana-mana badan kebajikan turut menberikan satu perasaan yang berbeza pada staf anda. Mereka rasa mereka turut terlibat dalam memberikan nilai pada masyarakat dan ini pastinya beri manfaat pada bisnes anda sendiri kelak.

 

3 Cabaran Unik Sebagai Usahawan Wanita

oleh Team Richworks pada 05 December 2017

1) Stereotaip personaliti

Ramai orang menganggap wanita lebih beremosi berbanding lelaki. Stereotaip ini tak berhenti di rumah, malah dibawa ke tempat kerja, pandangan awam dan sektor korporat. Wanita terutamanya di sektor korporat sering menjadi “mangsa” skeptikal ini. Usahawan wanita turut tidak terkecuali. Terlalu sensitif, emosional, tidak profesional, dikatakan menjadi punca kenapa ramai wanita berniaga tapi tenggelam timbul. Ini menimbulkan situasi di mana wanita seakan dinafikan tempat sebagai seorang ketua atau leader sesebuah organisasi. Tapi apa yang mereka tak tahu, sifat dan personaliti penuh emosi ini juga yang sebenarnya memberikan lebih kekuatan, keazaman dan passion untuk stay at the top of the game!

Jadi sebagai wanita, gunakan advantage ini ke arah kebaikan diri sendiri. Kumpulkan kekuatan dari dalam, dan tunjuk pada mereka yang skeptikal bahawa wanita yang emosi dan sensitif itu boleh lebih berjaya, dan lebih hebat. Berlian terhasil daripada tekanan bumi yang paling kuat. Dan anda wanita, pun boleh jadi seperti berlian itu.

Lihat saja Dato Seri Vida, Nur Aini Nurraysa, Vivy Yusof, (sekadar menyebut beberapa nama) dan lain-lain lagi individu wanita berjaya dalam bidang perniagaan. Mereka bukan robot, dan tentulah mereka bukan lelaki. Tapi mereka bukti wanita yang dikatakan penuh emosi itu mampu bergelar jutawan berjaya!

2) Kurang role model profesional berjaya

Diakui, dulu tak ramai wanita terutamanya usahawan yang berjaya, yang konsisten yang mampu dicontohi. Tapi, bukan tak ada langsung. Kini situasi itu sudah terlalu banyak beza. Ramai, dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri yang berjaya. Apalagi luar negara, yang boleh anda sebagai wanita mahupun lelaki untuk contohi dan ambil nilai-nilai positif mereka. Untuk berjaya tak semestinya perlu connect dengan semua wanita lain yang telah berjaya, tapi sudah pastilah network yang bernilai tinggi memberikan pulangan yang besar juga pada bisnes. Kini, semua itu sudah boleh diakses dengan mudah, tinggal lagi usaha anda sendiri dan juga waktu dan bajet yang sanggup dilaburkan.

Dan sebenarnya, tak mesti wanita perlu mencontohi wanita sahaja. Contohi semua orang yang berjaya tak kira gender, pangkat mahupun umur dan juga bidang. Sebab sifat dan rahsia usahawan berjaya kebanyakannya sama – disiplin, usaha, konsisten dan tidak putus asa.

3) Halangan keluarga

Keluarga boleh jadi pendorong, boleh juga jadi penghalang. Alah, perempuan duduk rumah saja, tak payah sibuk niaga, sibuk sana sini. Jaga saja rumahtangga, masak, lipat kain, cuci baju. Dulu? Ya, boleh kalau anda sebagai wanita nak “tunduk” dan mengiyakan tanpa bantahan atau hujahan. Sekarang, anda sebagai wanita pasti ada rasa nak bantu keluarga, nak ringankan beban, dan beri nilai tambah lebih baik pada kehidupan diri sendiri dan keluarga bukan? Jadi, biar apa orang luar nak kata, mereka tak tanggung anda. Jika keluarga menghalang? Berikan alasan dan hujah yang padat. Jika masih menghalang, buat dulu sendiri. Sembunyi. Bila dapat hasil, tunjuk pada mereka apa yang anda buat bukan sia-sia. Siapa yang tak suka kalau mereka boleh dapat manfaatnya sekali bukan? Slow talk. Show results.

Wanita ni, walau apa jua cabaran yang mendatang, mereka pasti mampu mengharunginya. Wanita sudah tersedia dicipta untuk jadi hebat, dan berada di sisi orang-orang hebat. Serta menyokong dan disokong orang-orang hebat. Lihat sejarah zaman nabi. Saiyidatina Siti Khadijah binti Khuwailid, bidadari Rasulullah SAW, merupakan usahawan yang berjaya dan penyokong terbaik baginda. Jadi, wanita, jangan bimbang atau runsing. Tetapkan hati, dan usaha sampai jadi.

 

Misi 1000 Jutawan 2018 Semakin Hampir!

oleh Team Richworks pada 05 December 2017

Apa khabar jutawan Malaysia? Semangat anda masih membara atau tidak? Millionaire Marketing Mastery baru beberapa hari melabuhkan tirai di IDCC Shah Alam.

Wow! Itu memang satu suasana yang wow! Bayangkan, daripada lebih kurang 2000 peserta, separuh daripadanya adalah Super Supreme – mereka yang akan dapat sesi coaching bersama Dr Azizan selama 3 bulan! Hebat atau hebat sangat?

Nampak, sudah ramai usahawan yang buka mata untuk berjaya dengan lebih cepat, mudah dan kurang langgar dinding. Tapi, apa yang berbeza di MMM Disember kali ini, marketing bukan sekadar marketing. Oh! Apa pula tambahannya? Musim berubah, teknologi bertambah, peredaran zaman semakin maju, dan pemasaran pasti mengalami kesan daripada perubahan-perubahan itu. Lebih kepada penekanan teknologi digital, pemasaran tanpa kos, aplikasi penggunaan teknologi video dan Live, serta yang paling utama, revision tentang pelan strategik setiap individu / syarikat.

Marketing tak berada pada tahap yang optimum, malah mungkin tak berguna jika pelan strategik syarikat tiada. Pemasaran akan menyasar, fokus akan lari dan anda tak akan hit the right target.

Showcase results, itulah benda penting yang perlu dan wajib ada bagi setiap usahawan. Kumpulkan results, showcase dan tunjukkan pada masyarakat. Biar tahap kepercayaan mereka meningkat, sekaligus menurunkan tahap skeptikal mereka pada anda. Results, testimoni, adalah dua perkara yang perlu dititikberatkan. Selain daripada itu, manfaatkan my story yang telah dipelajari, susun atur cerita anda sebaiknya dan ikat emosi prospek pada anda.

Ingat lagi apa yang perlu anda buat? Jika mahu memancing ikan, pancing di lubuk atau kolam yang betul dengan umpan yang tepat. Pancing ikan yang lapar. Dan misi anda bukan saja untuk buat orang nampak, bukan saja nak buat orang tahu, tapi nak buat mereka suka, jatuh cinta, dan tergila-gilakan anda. Kenapa? Hanya mereka yang berada di MMM Disember 1-3 hb yang lalu ada jawapannya.

Relaks. Jika masih ada rezeki anda, dan masih ada passion dari mentor anda, MMM pasti muncul lagi nanti. Waktu itu, jangan lengahkan kejayaan anda. Bukan persoalkan amaun yang anda perlu laburkan, tapi fikirkan nilai yang anda akan perolehi. Ilmu, pelaburan jangka panjang yang tak pernah merugikan.

Jumpa anda di Money Making Machine seterusnya dan pada anda yang dah hadir dan bakal hadir di sesi coaching nanti, jutaan tahniah dan syabas untuk anda. Tapi ingat, tindakan perlu dilaksanakan supaya ia tak jadi sia-sia.

 

The 100 Most Influential Young Entrepreneur Award – Tambahan Satu Lagi Memori Manis 2017 Buat Jurulatih Kejayaan No.1 Asia, Dr Azizan Osman

oleh Team Richworks pada 30 November 2017

Berani, Kreatif dan Inovatif. Melalui personaliti yang menginspirasikan ramai orang dan semangat yang tidak pernah padam dalam membina kehidupan yang terbaik melalui platform keusahawanan, 100 Most Influential Young Entrepreneurs 2017 telah mengiktiraf 100 individu paling berpengaruh di Malaysia dari industri perniagaan pada majlis makan malam gala di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur 24 November lalu. Dihoskan oleh Armani Media Sdn Bhd, di sinilah berkumpulnya 100 individu paling berpengaruh dalam bidang keusahawanan di seluruh Malaysia.

Antara penerima kehormat bagi anugerah ini merupakan Mentor dan Jurulatih Kejayaan No.1 Asia, Dr Azizan Osman. Penganugerahan ini sudah tentunya atas dasar penilaian yang rapi, melihat pada kredibiliti, usaha keras, ketabahan dan kreativiti dalam memacu industri yang diceburi.

Antara kriteria utama dalam pemilihan 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh di Malaysia ini ialah individu berusia kurang dari 45 tahun yang telah berjaya dalam industri mereka melalui pelaksanaan model bisnes yang inovatif dan disruptif, diikuti dengan kejayaan berterusan dalam memberikan impak positif kepada masyarakat dari segi sosial, ekonomi mahupun industri.

Ternyata hasil usaha Dr Azizan Osman selama 9 tahun dalam memartabatkan kehidupan anak bangsanya melalui penglibatan dalam melahirkan usahawan yang kaya dan berjaya telah memberi impak yang cukup besar sekali. Nilai demi nilai yang diberi, tiada lain kerana misi beliau untuk membantu anak bangsa meningkatkan taraf kehidupan diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya negara yang tercinta.

Pegangan kunci kejayaan beliau – sentiasa belajar daripada kejayaan-kejayaan mereka yang telah berjaya, sentiasa berfikiran jauh ke hadapan dan bergerak selari dengan perkembangan teknologi terkini ternyata tidak sia-sia.

Dengan harapan akan terus memberi ilmu dan nilai pada masyarakat, Dr Azizan Osman telah meletakkan misinya untuk melahirkan lebih ramai multi-millionaire Malaysia pada masa akan datang.

Jutaan tahniah dari kami di Richworks untuk Dr Azizan Osman dan juga segunung terima kasih pada lebih 650 000 orang dalam kalangan anda yang sentiasa menyokong dan menerima nilai dan memanfaatkan ilmu perniagaan yang dikongsikan oleh beliau.

100 ikon, 100 idea, 100 inovasi dan 100 inspirasi, 100 Most Influential Young Entrepreneurs 2017, telah memberikan pandangan baru dan tentunya lebih segar dalam industri kejurulatihan perniagaan di Malaysia.

Terima kasih yang tidak terhingga!

 
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start