Tutup Kilang Terakhir, Crocs Nak Kekalkan Jualan $1 Bilion

oleh Team Richworks pada 26 September 2018


Rasanya satu dunia kenal dengan jenama Crocs ni kan? Kalau anda tak minat pun, pergi je mana-mana mesti akan ada orang yang pakai. Tak kiralah pergi mall ke, pasar malam ke, kedai runcit ke, even pergi office pun akan ade je crocs spare dekat bawah meja. Dia punya famous tu tak payah cakaplah, dari budak-budak sampai ke orang tua semua akan pakai. Orang kata kalau satu rumah tu tak ada Crocs sepasang kat pintu rumah, macam pelik lah.

Tapi penggemar dan pengguna Crocs baru-baru ini dikejutkan dengan berita tergempar di mana pada Ogos lalu salah sebuah kilang mereka di Mexico dan kilang terakhir mereka di Itali telah ditutup. Katanya keputusan itu dibuat adalah bagi mengehadkan pengeluaran kasut jenama itu di luar negara.

Rasa pelik tak? Pergi je Uptown, Downtown dan pasar malam boleh kata akan wajib ada orang jual Crocs. Hebat sangat ‘buaya darat’ ni hinggakan ada yang sanggup tukar bidang bisnes semata-mata nak jual jenama kasut ni. Tapi tiba-tiba, kilang ditutuplah pulak.

Susulan dari penutupan kilang tersebut, syarikat Crocs telah menutup 28 daripada 558 butik kasut mereka di seluruh dunia. Mereka kata tujuan ini dilakukan adalah bagi meningkatkan semula keuntungan mereka.

Dah tentu ramai yang terkejut dengan pengumuman tersebut kan? Bukan itu saja, syarikat berkenaan juga sebenarnya turut berhasrat untuk menutup 132 daripada 539 premis berkenaan menjelang akhir tahun ini. Jadi berapa banyak je kedai yang masih lagi beroperasi? Agak-agaknya masih ada lagi ke tak jenama Crocs kat Malaysia lepas ni?

Jurucakap bagi pihak Crocs mengatakan, jangkaan perolehan bagi tahun 2018 sekitar AS$1.02 bilion (RM4.16 bilion) kurang berbanding anggaran awal AS$1.05 bilion (RM4.3 bilion) malah syarikat itu juga mengalami kemerosotan nilai saham. Dan disebabkan penurunan saham ini, mereka membuat keputusan untuk menutup kilang bagi menumpukan perhatian kepada hanya beberapa kilang sahaja yang dapat memberikan keuntungan untuk syarikat itu sendiri.

Sebelum ini pernah timbul kontroversi mengenai logo jenama Crocs, tapi disebabkan terlalu famous dan trending sangat kasut ni, kontroversi tu hilang macam tu je dan masih dapat sambutan yang hangat. Ada antara pengguna mereka sangat setia dengan janama tersebut dan sampai ada yang dah tak nak pakai sandel lain selain dari jenama Crocs je.

Disebabkan ketidakseimbangan syarikat tersebut, ia turut mendorong Ketua Pegawai Kewangan Crocs, Carrie Teffner buat keputusan untuk meletak jawatan pada April tahun hadapan (2019). Sedangkan Crocs adalah satu jenama yang sangat-sangat terkenal di seluruh dunia sehinggakan ada yang tak rasa kekok pon pakai Crocs berjalan di kota New York, tapi sekarang syarikat ini jatuh merundum. Adakah crocs akan terkubur sepi begitu sahaja? Hanya mereka sahaja yang dapat menentukannya.

Namun, syarikat itu mengharapkan pendapatan lebih $1 bilion untuk 2018. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Presiden Crocs, Andrew Rees berkata, “Kasut clog dan sandal kami terus mencatatkan penjualan memberangsangkan dan kami berada di kedudukan yang baik untuk separuh akhir tahun ini,” jelasnya.

Bila dah ekonomi dan pengaliran duit sesebuah syarikat jatuh pada masa yang sama, saham syarikat mereka juga akan turut serta jatuh. Sama seperti apa yang syarikat Crocs alami sekarang ni. Sangatlah merugikan kalau anda sebagai usahawan yang mengeluarkan produk atau jenama sendiri tidak mampu menjaga ekslusiviti produk atau jenama sendiri. Cari jalan untuk perbaiki perniagaan supaya lebih selamat selepas ini.

 

Kau Memang Plan Untuk Hidup Ditahap Kewangan “Cukup-Cukup Makan” Atau “Boleh Survive” Sahaja?

oleh Team Richworks pada 25 September 2018

Tipah bengang! Bukan Tipah tak bersyukur tapi bengang!
.
Gaji datang lagi! Tapi tak sampai beberapa hari lepas tolak hutang dan bayar komitmen bagai- Habis tinggal RM80 saja nak sampai hujung bulan depan… Sesak ni! Konon buat bisnes part time tapi ala-ala keluar masuk duit macam ada duit, tapi sebenarnya tak ada pun…. Duit gaji habis buat tanggung bisnes…
.
Kawan Tipah yang berniaga sepenuh masa, berniaga bertahun-tahun tapi masih buat bawah RM10,000 sebulan. RM10,000 sebulan? Mana ada? Sebenarnya RM5,000 pun tak sampai…. Kerja makan gaji mungkin boleh dapat lebih lagi…..
.
Ini dilema hidup “Tipah”…. ada anak 2 orang. Suami kerja atau bisnes juga tapi Tipah kena cari duit sendiri samada sebab nak tolong suami, Tipah nak ada duit sendiri untuk belanja diri dan mak ayah dia atau Tipah dah berpisah dengan suaminya…..
.
Inilah jenis-jenis masalah yang kami di Richworks terima mesej dan bantu selesaikan dengan bimbing mereka di IMKK sebelum-sebelum ini….. Dan ramai dari mereka mampu membina bisnes dan tahap kewangan yang lebih baik serta menjadi manusia yang lebih bermanfaat….
.
Kadang-kadang, bila kami dapat pula mesej dari mereka yang jenis nak ubah hidup dan tahap kewangan tapi kononnya sibuk sangat tak ada masa nak hadir kelas dan belajar ubah hidup, kami ada 2 perasaan:-

.
1/ Kesian! Sibuk sangat tapi tak berapa nak mendatangkan hasil tapi ulang buat benda yang sama setiap hari..
2/ Kesian! Sebab dia tidak tahu betapa IMKK telah bantu terlalu ramai bina kehidupan dan tahap kewangan yang mampu buat mereka selesaikan hutang dan upgrade kehidupan sehingga ada yang capai ratusan ribu ringgit hingga jutaan ringgit sebulan.
.
Kami bukan syarikat MLM atau skim cepat kaya!

Tapi kami ada formula langkah demi langkah untuk bantu dan bimbing seseorang itu untuk kenal dan kuasai potensi diri, bisnes dan tahap kewangan serta bagaimana mereka boleh capai impian-impian mereka walaupun mereka bermula dari kosong atau dah bankrap apatah lagi jika dah ada bisnes…..
.
Nak tahu 3 sebab kenapa ramai orang cakap dia sibuk untuk nak hadir belajar ilmu dalam IMKK yang dah terbukti bantu ramai ubah hidup, bisnes dan tahap kewangan?
.
1/ Mereka tidak rasa ubah hidup itu penting bagi mereka – Mereka cakap jer Nak Ubah Hidup- Tapi sebenarnya “Ubah Hidup” ini bukanlah keutamaan mereka. Manusia hanya akan buat benda yang dia rasa penting. Ada beza antara buat kerja untuk teruskan hidup dan buat tindakan luar biasa yang boleh ubah hidup. Kita akan beri masa buat benda yang penting bagi kita walaupun kadang-kadang kita sedar apa yang kita buat tu sama jer selama ni, tak ubah banyak benda dalam hidup kita. Hanya untuk survive.
.
2/ Mereka sendiri sangsi dengan potensi diri mereka yang sebenar. Jika mereka sangsi tentang program kami, kami dah ada terlalu banyak proven success anak didik kami yang jelas dan nyata tapi sebenarnya mereka sendiri sangsi dengan kemampuan diri mereka sendiri… Mereka tidak percaya yang hidup mereka mampu berubah selepas hadir kelas 3-hari sedangkan itulah yang berlaku kepada ramai yang bertindak selepas hadir IMKK. Apatah lagi IMKK 2-4 November 2018 ini bakal menyaksikan IMKK yang terakhir kami adakan sejak ia bermula pada tahun 2009 dan secara rasminya tahun 2010.
.
3/ Mereka memang selama ini suka hidup beralasan. Sebab tu lah ‘kejayaan’ pun beri alasan untuk hadir dalam hidup mereka. Ibarat rezeki dah depan mata pun akan lari bila mereka sendiri tidak mahu menyuapnya…..
.
Kisah hidup “Tipah” ini tidak akan berubah jika “Tipah” sendiri tidak nekad untuk merubah dengan ada bimbingan Mentor, Ilmu, Sistem, Strategi dan Formula yang terbukti berjaya….. Teruskanlah dengan cara Tipah. Lagipun kejayaan memang bukan untuk semua orang. Ia milik mereka yang nekad bertindak bermula dengan ilmu yang betul supaya tidak buang masa buat benda yang salah sama sampai bila-bila. Lagipun masa berjalan pantas, kos sara hidup makin meningkat, kalau tak ubah hadir belajar kali ini, bila lagi?

 

Siapa Sangka Kan? Wanita Ini Berpendidikan Tinggi Sampai Master Tapi Hanya Mampu Beri Bayinya Minum Air Sirap Sahaja Kerana Tidak Ada Duit Untuk Beli Susu…..

oleh Team Richworks pada 18 September 2018


Hidup kalau banyak sangat masalah, duit menggunung, pangkat tinggi bukit, sijil bergulung-gulung pun tak ada gunanya. Hati tak bahagia, fikiran tak tenang, murung je sentiasa. Masalah datang bertimpa-timpa, rumah tangga tak aman, asyik ditimpa malang, masalah kesihatan pun datang.

Dah macam telenovela dan drama sinetron dah jadinya!

Sempena Hari Kebangsaan ni, kami nak tanya, apa makna kemerdekaan hidup bagi korang semua, apa maknanya hidup bebas? Untuk apa, untuk siapa kita perlu merdeka dan hidup bebas?

Tak senang juga nak jawab soalan ni, tapi inilah kisah Puan Wan Rusyaini, Pemilik Rusyaini Food Industries yang terletak Taman Sri Gombak, Kuala Lumpur, yang kini bersyukur kerana hidupnya dah bebas dari belenggu kesusahan dan kemiskinan. Beliau kini dah memiliki sebuah perniagaan O’Vanilla Hamper dan Cookies dan telah memiliki 30 stokis serta 50 agen di seluruh Malaysia.

Beliau kini juga boleh berbangga kerana sering mendapat tempahan dari syarikat korporat swasta dan badan-badan berkanun serta syarikat GLC. Bukan senang syarikat kecil nak pikat hati syarikat korporat ternama ye…Hari raya dahulu, beliau mampu buat jualan mencecah RM150,000! Dan inilah kali pertama beliau dapat buat sales yang tinggi macam tu…

Beliau bukan calang-calang orang ye. Memiliki Master in Humanities Technology dan Degree in Media Studies…nak menyebutnya pun tergeliat lidah. Pernah bekerja sebagai education consultant…tapi bila anaknya sakit dan dia tak dapat nak menjaga anaknya, timbulah kebengangan dan timbulah idea untuk beliau memulakan bisnes.

Tapi, dulu hidup beliau tak macam ni. Sebelum kenal Richworks, Puan Wan Rusyaini pernah hidup susah. Pernah 3 kali dihalau dari rumah sewa kerana tak mampu nak jelaskan sewa rumah. Siksanya perasaan masa tu, Tuhan aje yang tahu. Pernah beri bayi kecil berusia 6 bulan minum air sirap je kerana tak mampu nak belikan susu. Sampai hari ni, setiap kali tatap muka anak tu, dia pasti akan teringat-ingat kisah tu…aduii!

Sebelum hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) dan Program Marketing kami, Millionaire Marketing Mastery (MMM), bisnes beliau hanya boleh buat sales RM2,000 – 5,000 sebulan.

Dan sebenarnya dia kena PAKSA hadir ke IMKK oleh kawannya. Dulu, dia buat bisnes bersama bekas suaminya, dia selalu tak nampak hasil duit bisnesnya ke mana. Beliau pernah dapat tender dari pasaraya ternama untuk bekalkan frozen food, itu pun beliau tak berjaya nak uruskannya.

Katanya, bisnes dia tak untung, mungkin sebab harga yang dijual terlalu murah dan sebab dia tak tahu kos sebenar bisnesnya. Semuanya sebab tak ada ilmu bisnes.

Dan, dia baru je hadir ke IMKK Oktober 2017 lalu dan kemudiannya ke program MMM Disember 2018. Belum sampai setahun pun lagi dan pada hari raya lalu, beliau dah mampu buat sales sehingga RM150,000 sepanjang Ramadhan dan Syawal!

Kata Puan Wan Rusyaini, kunci kejayaannya ada pada 5 perkara yang dia kutip hasil dari ilmu belajar dari Program Richworks.

1) Ingat kata mentor, Dr Azizan Osman – “Ko Buat Je!”

Kadang-kadang kita ni banyak sangat fikir, banyak sangat rasa takut sehingga kita biarkan ketakutan kuasai akal kita. Berapa ramai dari anda yang hidup penuh ketakutan, takut dan risau sebab hutang yang banyak, tapi takut nak ambil langkah baru untuk tingkatkan pendapatan?

2) Jaga networking – Kadang-kadang kita pandang ringan hubungan kita, dan silaturrahim kita dengan orang sekitar, dengan keluarga, dengan kawan-kawan. Kita rasa kita betul, baru ada bisnes sikit dah hidung tinggi. Dengan Allah, lagilah jauh…Sentiasa jaga hubungan dan silaturrahim, insyaAllah rezeki kita ada melalui orang keliling kita, jaga Allah, Allah akan jaga kita.

3) Kuasai ilmu Zero Kos Marketing – ramai orang suka berguru dengan ramai guru, tapi masih tak ada perubahan dan peningkatan dalam hidup sehingga akhirnya dia salahkan guru! Sedangkan dia sendiri yang hanya tahu datang kelas tapi tak buat tindakan. Puan Wan Rusyaini pegang kepada ilmu Zero Kos Marketing yang Dr Azizan Osman kongsikan. Dia konsisten buat Live di Facebook, dan sekarang nak ada Channel YouTube nya sendiri…ini semua percuma. Janji konsisten! Dia juga dah dapat liputan di media secara percuma dan selalu dijemput untuk bercakap di seminar kulinari.

4) Disiplin – Saya ingat pesan Dr Azizan di IMKK, bangun awal pagi seawal pukul 4.00 atau 5.00 pagi, luang amsa dengan Allah, selepas sarapan, luangkan pula sedikit masa untuk susun jadual harian. Ini penting. Kita semua diberi 24 jam, kalau kita pandai guna 24 jam ni, kita boleh gunakannya untuk jadi jutawan.

5) Bina matlamat dan perjaya pada matlamat – “jangan ingat kita susah sekarang, kita tak ada harapan nak berjaya di masa akan datang..”.

Katanya, “sekarang saya dah bebaskan diri saya dari hidup susah dan miskin, saya dah bebaskan minda saya untuk buat lebih baik dan lebih besar dari dulu, benda yang mustahil, dah mampu saya capai sekarang.

P/S: Ramai #AnakDidikDrAzizan sekarang ni dah mampu capai kebebasan wang, kebebasan masa dan kebebasan buat pilihan. Dan mereka dulu pernah hadapi banyak situasi sukar dalam hidup. Bezanya mereka dengan orang lain di luar sana ialah, mereka tak putus asa, mereka cari jalan, cari ilmu dan mentor yang boleh guide dan bimbing mereka untuk capai apa yang mereka nak.

Ini…kalau ada masalah sikit, nak murung 80 hari, asyik nak salahkan orang taknak pun berjuang nak perbaiki diri dan tingkatkan tahap kewangan dan tahap hidup..nak merdeka apanya! Bebas kewangan pun merdeka juga..betulkan?

 

 

Tawaran Couple Ticket IMKK Untuk Anda! Baca Kisah Puan Hamidah Dan Suaminya Mengharungi Kesusahan Bersama-Sama Sehingga Berjaya Bina Bisnes.

oleh Team Richworks pada 03 September 2018

Kami nak berikan anda tawaran khas untuk anda hadir bersama insan tersayang ke IMKK November 2018.  Tapi sebelum tu, anda baca dulu kisah ini. Bukan mudah wanita berniqab ini nak bina bisnes di Singapura….tapi siapa kata mustahil? Ini buktinya….

Kat Singapura, bukan mudah nak berniaga macam kita kat Malaysia.  Hari ni bukak meja pasang payung tepi jalan, jual nasi lemak dan goreng pisang. Esok lusa, bila dah kaya sikit tutup bisnes. Bila nak cari duit lebih, buka bisnes semula…mudah je kan?

Kalau tak nak berniaga, ada tanah kampung, kalau rajin boleh bercucuk tanam. Bila dah berhasil boleh jual dan dapat duit.  Ada kebun getah pusaka, boleh menoreh..tak banyak sikit dapat juga hasilnya.

Tapi kat Singapore ni lain. Sumber yang ada tak semewah apa yang ada di tanahair kita, Malaysia. Puan Hamidah Hamid warga Singapura. Berumahtangga dan dulu, suaminya bekerja sebagai penggali kubur di mana dia bertanggungjawab untuk menggali kubur lama dan gantikan dengan tempat baru. Penggali kubur ye….bukan eksekutif kat mana-mana pejabat korporat!

Pasangan ini, selalu hadir ke Program Richworks.  Kami selalu tertanya-tanya, kenapa si suami selalu menemani isterinya hadir ke Program, walaupun suaminya tak join sama terutamanya program lanjutan.

Ini mungkin sebabnya.  Sebab yang mungkin orang lain tak sanggup nak hadapi, sebab yang mungkin boleh buatkan orang lain jadi gila dan hidup tertekan. Sebab yang bukan calang-calang orang yang boleh terimanya. Suaminya sangat menghargai pengorbanan yang dilakukan isterinya dan segala kesusahan yang dia pernah tanggung…

Cerita Puan Hamidah kepada kami, dia dulu pernah bekerja sebagai sorang tutor demi nak membantu suaminya yang bekerja sebagai seorang penggali kubur dengan gaji hanya SGD2,000 sebulan. Hidup bahagia mereka dengan 8 anak tiba-tiba diuji apabila anak kelima mereka disahkan menghidap penyakit ‘liver failure’ atau kegagalan fungsi hati.

Akibatnya, mereka terpaksa ulang alik ke hospital untuk mendapat rawatan dan suaminya terpaksa berhenti kerja untuk membawa anak mendapatkan rawatan sementara Puan Hamidah menguruskan anak-anak lain di rumah. Dengan pendapatan dari perkhidmatan tutor yang dibuat, memang tak cukup untuk menampung keluarga yang besar dan anak yang sakit.

Hidup mereka sekeluarga mula menerima hinaan dari orang ramai sehingga orang yang dikatakan ahli agama mengeluarkan kata-kata yang pedih untuk mereka. Kata mereka “Biasanya, orang yang hidup dengan bantuan orang lain ni, anak-anaknya akan jadi nakal!”

Tersentap hati ibu mendengarnya! Lebih pedih dari mendengar berita bahawa anaknya tak dapat diselamatkan.  Tak lama kemudian, anak kesayangan yang dah lama menderita sakit,  meninggal dunia…

Dari situ, Puan Hamidah dan suami mula berusaha mengubah nasib hidup dan ubah ekonomi keluarga.  Dan ketika hidupnya dah tenang, dia mula terjumpa laman Facebook Azizan Osman.

Bermula dari situ, Puan Hamidah terpikat dengan kisah kejayaan Puan Nur Aini Zolkepeli, #AnakDidikDrAzizan yang merupakan pengasas produk Nurraysa Beauty.  Dan disebabkan tiada modal, dia bermula sebagai dropship Nurraysa Beauty.

Bermula dari seorang yang tak tahu tentang bisnes, bermula dengan menjadi dropship dan bermula dengan hadir ke Program IMKK tahun 2015 dan terus hadir ke program marketing, Puan Hamidah kini meningkat naik sebagai top Stokist Nurraysa Beauty – Singapura.

Kalau dulu, sales sebagai dropship hanya SGD500 sebulan kini dah meningkat menjadi SGD20,000 sebulan dengan 80 ejen dan dropship seluruh Singapura dan tak perlu ada produk sendiri.

Bermula dari seorang yang tak tahu tentang bisnes, bermula dengan menjadi dropship dan bermula dengan hadir ke Program IMKK tahun 2015 dan terus hadir ke program marketing, Puan Hamidah kini meningkat naik sebagai top Stokist Nurraysa Beauty – Singapura.

Kalau dulu, sales sebagai dropship hanya SGD500 sebulan kini dah meningkat menjadi SGD20,000 sebulan dengan 80 ejen dan dropship seluruh Singapura dan tak perlu ada produk sendiri.

Puan Hamidah kata,  segala kesedihan dan penderitaan yang dia alami sekarang sudah terbayar. Kalau dulu, nak makan pun tak mampu, kini beliau mampu hantar 2 anaknya ke Universiti di Malaysia .  Kini hidup mereka suami isteri dah tidak ada lagi hutang tertunggak dan dah boleh buat simpanan.

Hidup manusia memang tak boleh dari cabaran dan masalah yang kita tak sangka. Kita tak boleh lari dari cercaan dan hinaan manusia. Nak tak nak kena hadapinya juga.  Dengan ilmu, amal, usaha, doa dan mentor InsyaAllah anda akan nampak jalan penyelesaian.

Di sebalik niqab Puan Hamidah tersimpan penderitaan yang tak terungkapkan. Tapi, dengan ilmu dai cepat bangkit dan bina satu per satu kejayaan.

 

Macamana Nak Survive? Kalau Gaji RM3000 Tapi bayar hutang lebih RM5000 sebulan!

oleh Team Richworks pada 27 August 2018

Wanita ini nekad berhenti kerja konon nak buat bisnes online dari rumah je….tapi….. rupanya tak seindah yang dibayangkan…..

===============

Menurut statistik KWSP, sehingga Mac 2018 hampir separuh pencarum KWSP yang berusia 54 tahun hanya ada nilai caruman sebanyak purata RM31,000 sahaja dalam akaun KWSP.

Soalan kami, katakanlah, umur panjang sehingga 70-80 tahun, adakah cukup jumlah tersebut untuk tampung hidup dihari tua nanti…?

Hakikatnya purata penduduk Malaysia yang bekerja swasta TAK BOLEH nak bersara kerana wang simpanan tak ada dan tidak mampu untuk harapkan caruman KWSP sahaja untuk tanggung hidup di hari tua.

Itu belum cakap tentang jumlah hutang peribadi. Sepanjang tahun 2017, lebih 30,000 rakyat Malaysia diisytihar muflis! Dan kebanyakannya terdiri dari kakitangan swasta berusia 30-45 tahun. Macam mana?

Mungkin kisah seorang lagi #AnakDidikDrAzizan kali ini, Puan Suriani Suwarno ini boleh jadi inspirasi anda!

Dia dulu bekerja sebagai pembantu akaun di syarikat swasta. Kerja macam nak mati, tiba-tiba syarikat tak buat duit. Rugi!

Sebagai seorang pembantu akaun, mestilah dia tahu prestasi kewangan syarikat dan dia tahu harapan tipis untuk syarikat tempat kerjanya nak maju.

Dahlah hidupnya dah cukup sengsara menanggung hutang sehingga berjumlah RM5000 sebulan sedangkan gaji hanya RM3000 je….nak bayar macam mana? Terpaksa lah dia dan suami ikat perut..demi nak bayar hutang. Ada juga dia cuba-cuba berniaga, tapi berniaga dengan curi-curi masa kerja ni.. dia sendiri tak rasa berkatnya.

Dengan keadaan tempat kerja yang dah nak melingkup dan beban hutang personal yang banyak, Puan Suriani kononnya terfikir nak berniaga online secara sepenuh masa. Senang je kan? Bukan perlukan kedai, takde kos yang banyak, jual je le…mesti ada orang beli punya.

Rupa-rupanya tak semudah yang disangka. Berniaga tanpa ilmu semuanya main teka-teka je. Apa keputusan yang dibuat semua pakai agak-agak dan harap-harap menjadi. Berniaga pun hasilnya seciput, masih lagi hidup kais pagi makan pagi.

Hasil tak seberapa, paling banyak pun RM10,000 sebulan. Hutang semakin bertambah dan dalam keadaan yang kalut dan haru biru nak fikir tentang duit dan hutang, dia terpanggil untuk cari mentor dan sertai Program IMKK Oktober 2017. Lepas pergi IMKK Oktober 2017, Puan Suriani rasakan dia dah nampak jalan macam mana nak buat untuk majukan bisnesnya.

Walaupun ramai orang mintak dia kembali bekerja, sebab mereka kata bisnes online dari rumah, jual barang-barang dari China ni, tak akan ada hasil dan tak untung, Puan Suriani nekad nak buktikan mereka SALAH…

Tak payah tunggu lama…selepas hadir ke Program Marketing yang kami adakan, Puan Suriani terus menggila dengan teknik Zero Kos Marketing. Tak perlu keluarkan kos besar untuk buat marketing, dan hanya buat 2 teknik yang Dr Azizan Osman sharekan bisnes dia dah mencanak naik sehingga mencecah RM40,000 sebulan..

Tanpa produk sendiri, tanpa kedai hanya ada dropship 100 orang, (dia berani ambik dropship selepas belajar di program marketing Richworks) dan ada rancangan Live sendiri ala-ala Go Shop di Facebooknya, Puan Suriani rasa bersyukur kerana hidupnya dah bertambah baik serta dah nampak jalan nak selesaikan hutang.

Yang bestnya, dia dah boleh mintak Encik Hasbennya berhenti kerja dan gentel bisnes sama-sama…beronok-ronoklah jawabnya…

Ada tak yang nak juga hidup macam Puan Suriani, cer komen ‘saya’…kat bawah. Kami doakan anda capai cita-cita anda tak lama lagi.

www.imkk2018.com

#TeamRichworks
#IMKKNov2018

 

10 Prinsip Hidup Steve Jobs Buat Orang Melayu

oleh Team Richworks pada 23 August 2018

 

Siapa yang tak kenal Steve Jobs, nama yang selalu disebut-sebut dan didendangkan dalam dunia perniagaan! Seorang individu yang bertanggungjawab memacu kejayaan Apple hingga kini.

 

Kalau di negara kita, Tan Sri P Ramlee dikatakan tiada galang ganti, begitu juga dengan Steve Jobs yang tiada siapa pun dapat menggantikan beliau hingga kini. Anda takkan pernah tengok individu yang begitu bersemangat dan berdedikasi dalam memajukan syarikatnya iaitu Apple.

 

Dalam kehebatan yang beliau tunjukkan kepada kita, beliau sendiri telah menyedarkan kita bahawa beliau hanyalah insan biasa. Seorang lelaki yang bangun setiap pagi, seperti saya dan anda! Mempunyai sebuah keluarga yang mana sebelum keluar pergi kerja, beliau akan cium dan ucapkan selamat tinggal dahulu kepada keluarganya seperti biasa. Perkara yang kita lakukan seharian jugak bukan? Dan apabila tiba di pejabat, beliau tanamkan semua minat dan passionnya dalam melakukan kerja seperti rutin biasa.

 

Steve Jobs juga mengajar kita bagaimana orang biasa menjadi seorang yang hebat. Beliau banyak mengajar kita tentang erti kehidupan. Oleh itu, jom kita lihat

 

10 Prinsip Hidup Steve Jobs Buat Orang Melayu

 

  1. Inovasi yang paling mujarab adalah menjadi lebih kreatif

 

Steve selalu menyatakan bahawa Apple dan semua komputer lain di pasaran memiliki jurang perbezaan yang besar. Apple adalah syarikat yang sentiasa cuba untuk ‘mengahwini’ seni dan sains. Steve telah memasukkan unsur kesenian yang menyebabkan Apple digilai hingga hari ini. Apa yang anda boleh faham di sini?

 

Ianya bermaksud syarikat Apple sentiasa berfikir ke hadapan dengan memasukkan unsur kesenian dalam produk mereka. Oleh itu, iPhone menjadi telefon pintar yang cantik untuk dimiliki dengan pelbagai ciri menarik. Dan hasil kerja ini adalah dari pasukan yang berlatar belakangkan antropologi, seni, sejarah, dan juga puisi.

 

Ini antara penyebab utama produk Apple sentiasa menonjol di pasaran dan sentiasa berada di hadapan. iPad juga berbeza dengan komputer tablet lain yang wujud sejak dari dulu lagi kerana mereka memasukkan unsur kesenian dalam produk mereka. Dapat sesuatu?

 

Dalam sesebuah syarikat, kita perlu ada variasi dan kepelbagaian latar belakang untuk menghasilkan produk yang lebih wow. Jangan takut untuk melantik pekerja yang lebih berinovasi dari anda. Mana tahu, mereka mungkin antara orang kuat dalam syarikat yang boleh memajukan syarikat anda suatu masa nanti.

 

  1. Untuk berjaya di masa hadapan, anda tak boleh tertumpu kepada kumpulan fokus

 

Ada satu teori yang mengajar kita tentang sekiranya anda adalah penjual yang melalui masalah tentang produk atau servis, anda hanya perlu dengar saja apa yang pelanggan anda katakan.

 

Steve Jobs adalah seorang ahli perniagaan yang tidak setuju dengan kenyataan ini 100% peratus kerana dari segi inovasi teknologi, pelanggan mungkin kurang tahu tentang ciri-ciri produk terkini. Tahukah anda, pelanggan hari ini tak semua tahu apa yang mereka mahu, terutamanya sesuatu perkara yang mereka tidak pernah lihat, dengar atau sentuh. Setuju?

 

Apabila Apple mula keluarkan produk tablet, ramai yang skeptikal dan tak boleh terima! Apa? Tablet? Apa tu? Apabila mereka dengar je nama (iPad), terus ia menjadi ruangan panas untuk orang membawang! Mulalah di ruangan media sosial, Twitter penuh dengan lawak jenaka dan ‘berkicau’ memperlekehkan produk ini.

 

Tetapi apabila mereka mula memegang dan menggunakan iPad, ia mula menjadi antara produk yang ‘wajib ada’ dalam kehidupan seharian mereka. Malah ia mula berkembang dan menjadi antara produk yang paling ‘laju’ dan laris jualannya dalam sejarah Apple. Haa… nampak?

 

Steve dan juga pasukannya percaya mereka boleh lakukannya tanpa perlu dengar cakap orang pun! Orang suka mencari salah dan menidakkan perkara yang mungkin boleh terjadi. Anda jangan fikir anda seorang je pandai, kerana orang seperti Steve Jobs dah berfikir 10 tahun ke depan dan ini lah cara berfikir beliau yang patut kita contohi. Beliau  mencipta produk untuk masa hadapan seperti lukisan Picasso yang dikatakan pelik pada zamannya, tapi kini ia menjadi lukisan yang termahal di dunia.

 

  1. Jangan takut akan kegagalan

 

Apa yang usahawan takutkan adalah kegagalan. Ada yang sekali rebah telah berputus asa. Tidak mahu bangkit semula. Malah biarkan diri mereka terus hanyut dalam kegagalan tersebut.

 

Steve Jobs pernah dibuang kerja oleh CEO yang melantiknya suatu ketika dulu. Ia memang satu perkara yang sangat memalukan setelah 30 tahun berkecimpung dalam bidang perniagaan. Namun begitu, beliau tak pernah putus asa untuk bangun semula dan kejar apa yang beliau inginkan dalam hidupnya. Inilah kemanisan apabila anda ikut naluri hati.

 

Bukan itu saja, lagi bertambah tragik, lapan tahun lalu, beliau didiagnosis menghidapi kanser pankreas dan diberitahu hanya tinggal beberapa minggu saja untuk hidup.

 

Ucapan Steve Jobs pada 2005 di Stanford:

 

“Tiada siapa yang mahu mati. Malah orang yang nak pergi ke syurga pun tak mahu mati untuk sampai ke sana. Namun kematian adalah destinasi yang semua orang perlu hadapinya. Tiada siapa boleh melarikan diri kerana kematian adalah ciptaan terbaik untuk kehidupan. Ia adalah perkara yang terbaik dalam hidup kerana dengan kematian, orang takut dan mula berubah. Ia ‘membersihkan’ perkara yang lama untuk memberi laluan kepada yang baru.

 

Masa anda adalah terhad, jadi jangan buang masa hidup dengan ambil peduli pasal orang. Jangan terperangkap dengan hasil pemikiran orang lain. Jangan biarkan pendapat orang lain menenggelamkan suara hati anda. Dan yang paling penting, anda perlu berani ikut kata hati.”

 

  1. Jadikan peristiwa lalu sebagai titik perjalanan untuk bergerak ke hadapan

 

Ini adalah salah satu ucapan ‘mahal’ Steve Jobs semasa di Stanford 2005. Anda faham dengan maksud ini?

 

Ia bermaksud, jangan toleh ke belakang tentang apa yang berlaku. Anda boleh jadikan perkara yang lalu sebagai satu pengajaran, tapi jangan pernah ‘terkunci’ dengan peristiwa lalu.

 

Kita cuba untuk merancang kehidupan kita di masa hadapan, namun kita tidak dapat ramalkan apa yang bakal berlaku di kemudian hari. Apa yang kita nampak dan harungi di masa lalu mungkin adalah kesedihan, kepahitan dan kekalahan. Antaranya anda mungkin ditinggalkan kawan, hilang pekerjaan, atau anda telah ‘membazir’ 5 tahun dari kehidupan anda dengan membuat bisnes yang tak pernah menjadi.

 

Anda boleh berubah untuk menyemai benih kejayaan yang anda sendiri tak dapat bayangkan dari sekarang. Anda tidak boleh terlalu ‘melekat’ dan percaya tentang bagaimana anda mahu melalui kehidupan ini tapi percayalah bahawa semua titik-titik itu akan disambungkan pada masa akan datang.

 

Anda perlu percaya dengan takdir, kehidupan atau karma dan apa sahaja yang berlaku dalam hidup anda. Jangan mudah menyerah kalah.

 

  1. Dengar suara hati yang memberitahu sama ada anda berada di landasan yang betul atau tidak

 

Kebanyakan kita tak suka dengar suara hati kita. Betul ke apa yang kita buat? Kalau jadi sesuatu, siapa yang harus aku persalahkan? Suara-suara kecil pun mula lah memberontak dalam kepala. Kita selalu tanam dalam kepala otak kita, bila dah besar, kita akan bekerja dalam bidang kewangan atau jadi seorang doktor. Wah! Ketika tu lah kita dah rasa gah dengan cita-cita yang kita dah tanam waktu kecil. Pekerjaan ni juga lah yang selalu didendangkan kedua ibu bapa kita atas alasan, boleh buat duit banyak.

 

Apabila kita secara sedar atau tak sedar membuat keputusan itu, suara-suara kecil pun mula lah memberontak. Stress, pening, dan menyampah terpaksa melakukan kerja yang kita sendiri tak suka. Betul? Apa pun ‘suara-suara’ anda memberitahu anda, anda perlu bijak untuk mendengarnya. Walaupun suara itu memberitahu anda untuk berhenti kerja, berpindah ke China, atau meninggalkan teman-teman anda, pilihlah keputusan yang betul!

 

Steve adalah antara manusia yang ikut kata hatinya. Beliau tak pernah mendengar cakap orang lain. Dan beliau adalah orang yang tak boleh duduk diam. Beliau selalu nak kejar sesuatu. Beliau tak ada plan untuk semua orang, tapi beliau hayati dan dalami kerja sendiri. Betapa seriusnya beliau dalam bekerja. Anda pun harus mencontohi Steve. Perlu serius dan betul-betul menjalankan perniagaan. Baru lah anda kaya dan berjaya selepas ni.

 

  1. Beri tekanan pada diri anda untuk jadi lebih hebat untuk diri anda dan juga orang lain

 

Steve Jobs adalah seorang leader dan bos yang tegas. Beliau akan marah dan selalu tegur pekerjanya. Beliau seorang yang suka mengawal atau dari erti kata lain seorang yang sangat perfectionist. Susah untuk bekerja di bawahnya, namun atas sikap dan perangainya yang ‘lain dari lain’, beliau dapat menarik pekerja yang lebih bijak dan berbakat. Beliau mahukan yang terbaik untuk dirinya dan juga untuk semua pekerjanya. Sekiranya mereka tak bekerjasama, beliau tak akan teragak-agak untuk pecat mereka.

 

Cuba anda faham kenyataan ini. Kebiasaannya, orang akan hire pekerja gred B dan C kerana mereka tak mahu pekerja A yang lebih hebat dari mereka. Tapi pemikiran ini yang akan membunuh syarikat anda. Mengapa takut nak hire pekerja A++? Adakah anda takut mereka kelihatan lebih pintar daripada anda? Rileks! Hadapinya dengan redha. Slow and steady bak kata orang putih. Jika anda tak punyai pekerja terbaik dalam syarikat anda, bagaimana anda nak uruskan syarikat untuk lebih baik selepas ini?

 

Faham ke faham?

 

  1. Jangan pedulikan kata-kata orang, fikirkan kejayaan anda dahulu

 

Steve Jobs selalu menggunakan ayat ini dalam interview selepas beliau dipecat oleh Apple. “Sekiranya anda perlu mencuri idea-idea hebat orang lain untuk membuat anda lebih baik, lakukannya.”

 

Percaya dengan diri sendiri yang anda boleh lakukannya sepuluh kali ganda lebih baik. Kenapa takut nak bertindak? Go for it! Anda boleh jadi lebih dari diri anda sekarang.

 

Anda nak mulakan bisnes? Jangan takut-takut. Lakukannya. Terus lakukan tindakan! Jangan takut bila dengar kata-kata negatif orang lain terhadap anda. Hidup anda, anda tentukan sendiri, bukan orang lain yang tentukan!

 

  1. Cari orang yang paling berkebolehan di sekeliling anda

 

Selalu orang akan salah anggap, orang kuat di sebalik Apple hanya Steve Jobs. Namun pada hakikatnya, terdapat ramai lagi ‘orang kuat’ di sebalik kejayaan Apple. Mereka adalah orang hebat seperti Phil Schiller, Jony Ive, Peter Oppenheimer, Tim Cook, dan Ron Johnson namun tidak diwar-warkan.

 

Hakikat sebenar harga saham Apple menjadi tinggi walaupun Steve Jobs meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, kredit kepada kekuatan pasukannya juga. Sebelum ini, Steve telah melantik pengurusan yang kurang berkaliber dan ini menjadikan syarikatnya tidak terurus dengan baik namun hampir muflis, namun, apabila beliau mempunyai team yang hebat, syarikat tersebut terus gagah dan perkasa sehingga kini!

 

Pernah suatu ketika, John Sculley memecat Steve kerana beliau hampir membunuh syarikat Apple. Steve sedar akan kesilapannya dan beliau belajar dari kesilapan itu. Beliau juga menyedari bahawa dia tidak boleh buat apa-apa tanpa ‘orang kuat’ yang ada bersamanya.

 

Begitu juga dalam berbisnes. Anda memerlukan team yang hebat untuk terajui syarikat anda. Gagal melantik team yang hebat maka ‘punah’ terus syarikat anda!

 

  1. Stay Hungry, Stay Foolish

 

Ini adalah antara ucapan Steve Jobs yang terbaik:

 

“Apabila saya masih muda, ada satu penerbitan luar biasa yang dikenali sebagai The Whole Earth Catalog, salah satu kitab dari generasi saya. Ia dicipta oleh seorang rakan bernama Stewart Brand yang berada di Menlo Park, dan olahan buku tersebut sangat berpuitis. Yang di akhirnya meletakkan perkataan Stay Hungry, Stay Foolish.”

 

Apa yang dimaksudkan dengan perkataan tersebut adalah anda perlu sentiasa dahagakan ilmu dan kekayaan. Dan bukan itu sahaja, anda juga perlu ada sikap  rendah diri di mana anda perlu sentiasa belajar untuk menjadi lebih cerdik. Jangan sentiasa berlagak pandai. Ilmu tak rugi untuk digali. Dan kita tak rugi pun untuk mencari ilmu.

 

 

  1. Apa-apa pun boleh dilakukan melalui kerja keras, keazaman dan visi yang jelas

 

Walaupun beliau adalah CEO terbesar dan bapa kepada komputer moden, namun beliau tetap seperti insan biasa. Steve Jobs hanya seorang lelaki, seorang suami, bapa dan juga rakan seperti anda dan juga saya.

 

Anda boleh menjadi istimewa dan hebat seperti beliau jika anda sanggup belajar apa yang beliau belajar dan amalkan. Terapkan dalam hidup anda, mudah-mudahan anda boleh berjaya sepertinya. Beliau berani mengambil tindakan untuk kembali ke Apple pada tahun 1990-an walaupun ketika itu Apple hampir muflis, tapi lihat kini, bagaimana ia menjadi syarikat terbesar di dunia.

 

Segala-galanya ada kemungkinan dalam hidup jika anda terus mengikuti perkara yang dikongsikan seperti di atas. Jangan mudah putus asa. Pengalaman pahit yang dilalui sebelum ini jadikan sebagai titik permulaan untuk mulakan hidup yang baru! Semoga anda terus kaya dan berjaya.

 

Mencari Kebahagiaan Di Tanah Arafah

oleh Team Richworks pada 23 August 2018

Langit Mekah cerah. Langit Madinah tiada berawan.

Jabal Ar-Rahmah yang sudah berdiri kukuh semenjak beribu tahun lampau masih utuh menanti Duyufurrahman.

Sebaik tergelincir matahari petang 9 Zulhijjah bersamaan 21 Ogos 2018, berjuta-juta tetamu Allah SWT mula berhimpun di Padang Arafah. Padang yang selama berbulan-bulan tandus dan kering kontang tiba-tiba hidup dengan selautan manusia yang datang dari seluruh sudut benua.

Dengan ihram putih, mereka semua dihimpunkan di satu padang yang digambarkan keadaanya seperti Padang Mahsyar di akhirat. Semuanya sama. Tiada yang lebih dan kurang. Ihram dan telekung putih yang mereka wajib pakai diibaratkan seperti kain kafan. Mereka tinggalkan segala apa yang ada, jenama, harta, pangkat, keluarga dan kemewahan hanya untuk wukuf di padang tandus. Hanya untuk berdoa dan meraih ampun serta redha Allah SWT.

Satu hari yang dinamakan wukuf yang digelar juga sebagai perhimpunan agung untuk semua jemaah haji merenung kembali perjalanan kehidupan dan sumbangan yang diberikan kepada diri sendiri dan orang sekeliling. Menghitung-hitung adakah cukup pahala dan kebaikan yang dibuat, saban tahun untuk dijadikan bekal menghadap Allah SWT.

Setiap tahun, bila hampir musim haji kami sentiasa menerima khabar dari peserta program Richworks dan dari #AnakDidikDrAzizan yang menceritakan tentang kesyukuran dan kegembiraan mereka kerana dipanggil untuk menjadi tetamu Allah SWT dan terpilih untuk menjadi jemaah haji. Rata-rata akan bercerita tentang bagaimana mereka tak menyangka, mereka dapat peluang ini lebih cepat dari yang dibayangkan dan lebih mudah dari mereka gambarkan.

Yang paling menggembirakan bila mereka kata, menunaikan haji adalah satu daripada 101 Impian yang mereka tuliskan di dalam Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang mereka pernah hadiri. Ramai juga yang akan singkap kembali perjalanan kehidupan dan kejayaan yang mereka capai selepas pulang dari IMKK. Bagaimana setiap langkah dan usaha yang mereka ambil dengan ilmu yang mereka belajar bermula dari Program IMKK membantu mereka mengecapi nikmat kehidupan yang lebih baik dengan tahap kewangan yang lebih tinggi serta nikmat kebahagiaan yang mereka dapat. Alhamdulillah.

Tiada yang lebih membahagiakan kita bila kita dapat mencapai impian dan membahagiakan orang lain terutama orang yang paling kita sayang. Tapi bagaimana kita boleh membahagiakan orang lain jika diri sendiri pun masih belum dapat rasa nikmat bahagia? Dan bagaimana nak menikmati bahagia kalau sentiasa di kelilingi dengan masalah hidup, hutang keliling pinggang, tak puas hati dengan apa yang berlaku, setiap hari rasa bengang, dan fikiran yang sangat kusut?

Ramai orang yang setiap hari bangun pagi dengan berat hati dan tidak bertenaga. Di bahunya bagai terpikul beban yang sangat berat. Mereka bangun pagi tanpa ada sebab yang khusus, tanpa matlamat yang jelas apa yang mereka nak capai, untuk siapa dan kenapa.  Jangankan untuk melihat matlamat jangka panjang, matlamat untuk satu hari pun mereka tak ada!

Hidup mereka bagai dipaksa dan terpaksa melakukan apa yang mereka tak suka. Mereka paksa diri menghadapi kesulitan hidup, mereka paksa hati ‘gembira’ dengan keadaan yang ada dan mereka tanam dalam fikiran… ” Dah nasib aku macam ni…”

Setiap bulan mereka akan hadap masalah yang sama.  Kewangan yang tak cukup, hutang yang tak terbayar, permintaan orang tersayang yang tak dapat dipenuhi dan impian sendiri yang terpaksa dilupakan kerana mereka rasa mereka tak mampu.  Dan setiap bulan, mereka terpaksa mengecilkan kehidupan dan terima seadanya keadaaan hidup yang sebenarnya tak selesa sehingga akhirnya mereka rasa “aku dah biasa… ”

Hati yang tak bahagia adalah satu penderitaan. Dan di Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK), yang dah diadakan semenjak tahun 2010 dan dah dihadiri lebih dari 70,000 orang peserta mula faham kenapa mereka tak bahagia dan bagaimana mereka nak hidup lebih bahagia dengan kejayaan yang mereka kecapi dan peningkatan tahap hidup dan kewangan. Mereka sedar apa yang mereka perlu buat untuk jadi lebih baik? Apa yang mereka perlu ada untuk dapat kehidupan yang lebih bahagia? Bila mereka sedar apa sebenarnya potensi diri dan apa kekuatan serta kemampuan mereka, bermakna mereka dah jumpa kunci kebahagiaan.

Sama seperti #AnakDidikDrAzizan yang telah berjaya dalam hidup mereka. Suatu masa dulu mereka pun pernah hidup kucar kacir dan tak bahagia.  Tapi, keputusan yang pernah mereka buat untuk mencari kebahagiaan sehingga membawa mereka ke IMKK menjadi titik permulaan sebuah perjalanan kejayaan.

Anda mungkin terfikir, “Alangkah bahagianya mereka yang sekarang ini dapat menunaikan haji, dengan keluarga tersayang…”

Anda mungkin rasa “Itu rezeki mereka…mereka bertuah, aku tak!”

Soalannya, sampai bila nak memendam impian dan rasa bengang hanya kerana anda tak tahu bagaimana nak hidup lebih bahagia, kaya dan berjaya? Takkan nak tunggu giliran pergi haji tahun 2090 yang mungkin masa tu, hayat kita pun dah tak ada?

Kebahagiaan anda, anda sendiri yang tentukan dan semuanya bermula dari  satu keputusan dan tindakan.

www.imkk2018.com

 

 

Asalnya Wanita Ini Berniaga Nak Bantu Suami, Tapi Akhirnya Menyusahkan!

oleh Team Richworks pada 17 August 2018


Ramai wanita sanggup berhenti kerja untuk berniaga dengan niat nak bantu suami dan keluarga, tapi tak sangka akhirnya bisnes tak jadi, bukan setakat rugi tapi terhutang dengan bank,  sehingga susah kan suami.

Belum cerita lagi tentang tekanan yang terpaksa dihadapi yang selalu dilepaskan kepada suami dan anak-anak…

Puan Wan Surina pernah bekerja sebagai account assistant, dan selepas berkahwin dan bersalin anak pertama, suaminya minta dia berhenti kerja untuk jaga anak. Hidup dah bahagia tapi Puan Wan Surina tetap nak cari pendapatan sendiri.

Al-maklumlah, masa kerja dah biasa ada gaji RM2,000 sebulan, bila dah jadi surirumah ni..poket pun krik..krik je. Bermodalkan HANYA RM100, dia mula beli bahan untuk buat kraftangan dari rumah menggunakan ilmu dari Google dan dari saudara yang tolong ajar.

Tak sangka! Lepas dia upload gambar di FB, permintaan mula datang sehingga boleh buat sales mencecah RM6,000 sebulan! Banyak tu….dari RM100 jadi RM6,000! Korang boleh ke buat macam tu?

Demi cita-citanya yang besar, dia berhajat nak jadi supplier bahan kraftangan.  Maka dia pun buatlah satu perkara yang peniaga baru yang tak ada ilmu suka buat – APPLY LOAN bernilai RM30,000.

Semangat nak berniaga punya pasal, dia hadir ke IMKK tahun 2013. Selepas hadir IMKK Allah dengar semua doa dia dan dia terima berita menggembirakan di mana loan application berjumlah RM30,000 dah diluluskan.

Dengan loan yang dah lulus, dia pun pergi sewa kedai RM1,600 sebulan. Kan kata nak buat bisnes….TAPI, balik dari IMKK dia tidur! Satu apa ilmu yang Dr Azizan Osman ajar dalam IMKK dia tak buat langsung. Tak pandai nak uruskan perniagaan dan  tak tahu nak jaga staff menyebabkan bisnesnya tahan hanya 6 bulan sahaja.

Dah terhantuk baru terngadah. Puan Wan Surina, cuba bertatih kembali untuk bangkit.  Dia mula follow balik Dr Azizan Osman dan ilmu-ilmu yang dishare di FB Azizan Osman dan laman YouTube.

Tapi bisnesnya masih sakit. Tak pernah ada duit.  Loan yang dia terima dah jadi beban hutang yang terpaksa dia bayar. Hidup makin stress sehingga selalu je dia tanpa sengaja melepaskan marah kepada anak-anak tersayang! Dia rasa bengang gila, sebab ada bisnes tapi orang sekeliling langsung tak pandang. Bisnesnya terpaksa ditutup. Dia rasa tak berguna sebab terpaksa bebankan suaminya pulak dengan hutang.

Katanya “Orang lebih pandangkan mereka yang bekerja.  Saya ada apa sis!  Motor je…”. Hidup punya susah sehingga ada masa terpaksa beli barang keperluan dapur guna duit syiling je! Makan nasi dengan telur dah jadi perkara biasa..

Kebengangan itu lah yang membuatkan beliau hadir kembali ke IMKK kali kedua akhir tahun lepas. Bila dia hadir dengan perasaan bengang yang tinggi, baru senang ilmu nak masuk.

Baru dia faham, berniaga bukan untuk kaya semata-mata tapi untuk memberi manfaat kepada orang lain. Dia terus mendaftar untuk hadir ke Program Marketing kami dan ambil seat khas Super Supreme.

Nak tahu apa jadi lepas tu?

Puan Wan Surina dapat ilmu nak buat sistem dropship untuk perniagaan DAPO KS nya.  Dia terus buat tindakan. Kali ni dia ikut cakap mentornya – Dr Azizan Osman. Dari tak tahu apa-apa, stuck dalam bisnes dan terseksa hidup menanggung hutang dia kini dah ada 30 orang dropshippers. Selepas pulang dari IMKK, program marketing dan program Richworks yang lain salesnya meningkat mencecah hampir RM30,000 sebulan dan ada 3 orang staff untuk bantu dia berniaga.

Dan sekarang dia tengah ditimpa masalah lagi!

Masalah order masuk banyak sangat dan mesin tak cukup nak ambil tempahan perkhidmatan sulaman custome made. Ini sebenarnya masalah bagus..masalah yang selalu dihadapi oleh #AnakDidikDrAzizan bila mereka mula hadir ke program dan buat tindakan…

Kata dia…3 perkara yang sangat terkesan yang dia belajar dari IMKK ialah:

1) Bila dia ingat kembali hidup time susah, dia rasa menyesal.  Akibat bisnes jatuh,  hidup dia stress, dia selalu marahkan anak-anak dan suami. Dan dia tak sedar, sebenarnya dia pun tak ambil kisah sangat tentang nak bayar zakat.  Selepas hadir ke program Richworks baru timbul kesedaran untuk jaga keberkatan dalam hidup. Sentiasa perlu jaga hubungan dengan Allah swt dan orang di sekeliling.

2) Nak berniaga perlu ada leadership, bukan main redah je.  Kita yang kena lead bisnes kita ni.

3) Ilmu penting untuk buat bisnes, terutama ilmu marketing dan branding.

P/S: Kadang-kadang kita terlalu sangat nak berjaya dalam hidup tapi kita tak ada ilmu menyebabkan kita ambil langkah yang salah, yang menyebabkan hidup lagi stress. Yang paling teruk kita terpaksa lepaskan stress, kekecewaan dan kebengangan kita kepada orang yang kita sayang…kan tak baik tu? Tak pasal-pasal, dah hilang pulak keberkatan dan kebahagiaan…

Faham ke faham?

 

Apa Ke Gila Selepas 20-tahun Setia Makan Gaji, Wanita Ini Berhenti Kerja Selepas “Jumpa” Dr Azizan? Jampi Apakah Ini?

oleh Team Richworks pada 14 August 2018


“Awak dah 20 tahun kerja kat sini, sekarang nak resign, nak buat bisnes….boleh ke? Suami ada insurans? Kalau ada apa-apa berlaku kat suami, macam mana nasib awak dengan anak-anak.?”

“Buat apa nak berniaga, kerja kan lagi senang…susah lah berniaga? Boleh berjaya ke?”

Inilah antara apa yang terpaksa dihadapi oleh Puan Salnita di hari dia ambil keputusan untuk berhenti kerja.

Setelah 20 tahun bekerja dengan penuh setia di tempat yang sama, setelah 20 tahun kerja dengan gaji dijamin terima setiap bulan, dia ambil keputusan nekad nak melepaskan jawatan sebagai seorang Lab Analyst di Makmal Kimia untuk bergelumang dengan periuk belanga dan kuali berniaga Char Kuey Tiaw dan Nasi Lemak di tepi jalan!

Gila ke apa dia ni?

Tapi, kalau dah nekad dengan keputusan yang dibuat, apa saja kita sanggup lakukan. Walaupun, jauh kat sudut hati..Puan Salnita pun tak pasti masa depan bisnesnya macam mana. Cuma dia yakin dengan kuasa Allah, dengan ilmu dan mentor yang dia ada.

Selama 20 tahun Puan Salnita bekerja di sebuah makmal di Pulau Pinang. Selama 20 tahun pendapatannya hanya meningkat dari RM1,000 ke RM4,000 – 20 tahun!

“Nak naik gaji pun kena mengemis.” kata Puan Salnita. Tapi sykurlah, itu pun kira banyak, kat tempat kerja lain langsung tak ada kenaikan atau kalau naik gaji pun, setakat RM50 setahun!

Setiap hari dia terpaksa telan rasa tak gembira dengan keadaan tempat kerja, walaupun susah nak solat, demi nak kejar gaji bulanan.

Puan Salnita Taharin mula follow Dr Azizan melalui Facebook Group Khas – Nak Ubah Hidup. “kat situ pun kami dah belajaq banyak benda…ilmu potensi diri, ilmu nak mulakan bisnes dan ilmu marketing asas” katanya.

Tahun lepas ketika dia hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK), Puan Salnita dah tak senang duduk….dia rasa tertekan dan serba salah dengan keadaaanya sekarang, dia rasa dah tak selesa dengan keadaanya dan dia mula cari jalan. Apa saja yang Dr Azizan Osman share dalam program IMKK, macam panah yang kena tepat ke hatinya.

Setiap hari bermain dengan bahan kimia, Puan Salnita langsung tak tahu macam mana nak goreng Kuey Tiaw. Jauh beza oi….main bahan kimia dengan masak kuey tiaw!!

Dia belajar masak Kuey Tiaw melalui YouTube sahaja. Terinspirasi dengan kisah #AnakDidikDrAzizan – Tuan Aizat dengan King’s Char Kuey Tiaw di Port Dickson, Puan Salnita nekad nak hadiri Program marketing anjuran Richworks dulu sebelum memulakan bisnes.

Kalau dah nekad, kita sanggup cari jalan, betul kan?

“Kami bukak gerai kat Bayan Lepas ni guna nama Jerung CKT. Nama tu pun kami dapat sebab Dr Azizan dok sebut jerung…jerung …jerung dalam kelas, tu yang kami ambik nama tu..”

Sebagai Lab Analyst, apa lah yang dia tahu pasal nak masak char kuey tiaw untuk bisnes, dia memang tak ada langsung ilmu marketing. Semuanya dipelajari dari program Richworks. Nasib lah kami kat Richworks tak ada program memasak, kalau tak mungkin dia pun akan belajar ilmu memasak dari kami!

Baru saja memulakan bisnes bulan Mac 2018 lalu, hidup Puan Salnita sekarang dah huru hara dengan menu Kuey Tiaw Udang Special Ayam Goreng dan Nasi Lemak Udang Tunjuk Langit dan dah mampu buat sales mencecah RM800 sehari…

Baru berniaga 5 bulan dah boleh buat sales 5 angka sebulan, jauh sangat beza dengan gaji dia dapat setelah 20 tahun bekerja.

Korang nampak tak perbezaanya tu!

“Sekarang dah boleh simpan duit, dulu time kerja apa pun tak buleh…” Walaupun masih dalam proses nak betulkan bisnes tapi Puan Salnita dan suaminya bersyukur dengan hasil usaha mereka setakat hari ni.

Suka tengok semangat Puan Salnita dan suaminya ni. Bila ada Dr Azizan Osman buat live atau kelas secara online, mesti dia selalu join. Kalau tengok Facebooknya, penuh dengan gambar kuey tiaw dan nasi lemak yang boleh buatkan kita yang tengok ni pun boleh rasa lapar..

Kalau kita fikirkan, tak ramai yang BERANI buat tindakan macam dia – sanggup tinggalkan jawatan Lab Analyst , dengan lab coat yang putih bersih dan jadi peniaga char kuey tiaw dan nasi lemak, sarung apron lunyai setiap hari, memang satu yang gila…

Sembang dengan Puan Salnita ni dia share 3 perkara yang dia dapat dengan berguru dengan Dr Azizan Osman:

1) Sekarang, kawan-kawana di tempat kerja lama pun terkejut tengok perubahan dia yang lebih ceria dari dulu, dan lebih bersemangat. Dulu macam lemah je dan pergi kerja setakat nak dapat gaji je..

2) Dia dan suami tak pernah berniaga dan langsung tak terfikir boleh berniaga sendiri, nak buat marketing pun tak tahu, tapi sekarang dia dah yakin nak buat marketing dan sentiasa belajar lagi ilmu marketing.

3)“Kami mulakan sesuatu yang kami rasa mustahil satu waktu dulu..sekarang kami dah nampak hasilnya.” Ilmu dan doa buatkan dia gigih dan yakin dengan tindakan serta keputusan yang dia ambil.

P/S

Baca cerita Puan Salnita memang best, mesti korang rasa korang pun boleh berniaga, dan nak mulakan sekarang juga..! JANGAN! JANGAN buat jika korang tak tahu kunci kekuatan dan keyakinan dia. Sebelum NEKAD buat keputusan, kena ada ilmunya dulu.

 

Bukan Mudah Wanita Bekas Banduan Ini Nak Benarkan Kami Kongsikan Kisah Dia Secara Eksklusif! Baca Dan Berikan Komen Anda….

oleh Team Richworks pada 10 August 2018

Orang kata, wanita ini dah tak ada harapan!
Yalah… wanita ini dulu seorang penagih dadah yang kerjanya keluar masuk penjara tapi sekarang mampu bangkit berubah.
…………
Siapa ingat cerita Siti Hajar, isteri Nabi Ibrahim a.s mencari air untuk anaknya Nabi Ismail a.s?

Susah kan? Kita dapat bayangkan cabaran dan sukarnya hidup serta risaunya hati dia mencari air untuk anaknya yang kehausan…

Sebenarnya, ramai wanita ada semangat sekental Siti hajar untuk hadapi semua ujian. Macam ada Super Power dalam diri mereka ni…betul kan?

Tengok keliling kita, berapa ramai wanita yang selalunya dikatakan lemah tapi sangat kuat menghadapi dugaan yang ada kalanya tak masuk akal kita…

Begitu juga dengan #AnakDidikDrAzizan yang 65% darinya adalah terdiri dari wanita. Sebilangan besar dari mereka pernah berhadapan dengan ujian besar dalam hidup.

Ada antaranya, sangat sukar untuk kita gambarkan penderitaan yang terpaksa mereka hadapi akibat keadaan kewangan yang teruk dan masalah dalam hidup.

Salah seorang darinya ialah Puan Rasidah Hashim, warga Kota Singa ini yang sanggup hadir ke Program Richworks yang selalunya diadakan di KL/Shah Alam untuk menuntut ilmu.

Apa yang menyebabkan beliau ni sangat gigih nak belajar? Apa kisah silam dan Big Why dia? Apa kejayaan yang dia dah kecapi?

Baca ni sampai habis…

Puan Rasidah berkongsi kisah ini dengan kami dan bersetuju untuk dedahkan semuanya, kerana baginya jika kisah ini boleh beri inspirasi dan semangat kepada orang lain, why not?

Beliau sekarang merupakan seorang stokis untuk produk kesihatan dan tudung dan dah mula berniaga semenjak 2014.

Puan Rasidah kata, dia mula buat bisnes selepas rasa tak selesa dengan kerja teruk yang dia terpaksa lakukan selama 12 jam sehari tapi gaji hanya SGD1200 sahaja sebulan…kos hidup di Singapura tinggi beb..mana cukup?

Tak mudah untuk dia cari kerja lain, sebab beliau tidak ada pelajaran tinggi DAN…beliau adalah bekas penagih dadah. Pernah keluar masuk penjara tak memungkinkan dia dengan senang nya nak dapatkan pekerjaan yang bagus-bagus…

Amacam?

Nak tahu apa yang menjadikan dia sanggup berusaha keras?

Kerana dia dah terpisah dengan anaknya selama 20 tahun, dia tak dapat nak membesarkan anak sendiri kerana kesilapan yang dia telah lakukan.

Bayangkan, seorang ibu yang mengandung dan menanggung kesakitan melahirkan seorang anak terpaksa dipisahkan dengan anaknya sendiri…sangat perit dan menyakitkan!

Beliau dah hadir ke IMKK pada akhir tahun 2017. Kata beliau “ Sepanjang di IMKK saya berdoa dan berdoa, memohon bantuan Allah untuk temukan saya dengan anak saya. Dah 20 tahun saya tak jumpa dia!”

Dia juga berdoa semoga bisnesnya maju dan dia boleh buktikan kepada orang lain bahawa – DIA MAMPU BERUBAH!

Jika sebelum ini, dia tak nampak hala tuju hidup, dia berniaga pun tapi tak jelas sangat matlamat dan sebabnya untuk apa selain dari cari makan, tapi di IMKK beliau nampak dengan jelas siapa dan apa Big Why dia.

Dan, Allah tak pernah kejam kepada HambaNya dan Allah dah kata “mintalah kepadaKu, NESCAYA Aku perkenankan..” Pada saat Puan Rasidah sambut hari jadinya pada Februari lalu, doa-doanya termakbul bila dia ditemukan kembali dengan anaknya yang dah terpisah selama 20 tahun!

Cerita beliau lagi kepada kami, dengan ilmu dari Richworks, bukan sahaja bantu dia bina semula diri dan hati dia yang dah berkecai dan putus harapan, tapi dia sekarang lebih yakin.

Selepas hadir ke IMKK, kemudian hadir ke Program Marketing kami dan sekarang belajar secara berterusan di portal online Richworks, salesnya meningkat dari SGD20,000 ke SGD48,000 sebulan…

SGD ok? Bukan RM…

Kejayaan paling best yang beliau nikmati sekarang bila dah dapat bahagikan kedua orang tuanya. Dulu mak ayahnya selalu dihina dan mendapat malu akibat kesilapan yang dia pernah lakukan. Ayahnya yang sudah berusia 70 tahun lebih, sangat menyokong Puan Rasidah berniaga dan sanggup membantu buat delivery..

Nampak tak pengorbanan ibu ayah? Sebesar mana salahnya anak, mereka tak buang anak mereka…

Sekarang, Puan Rasidah pun dah boleh buka mata masyarakat untuk terima beliau…dan ini 3 perkara yang beliau belajar sepanjang hadir ke Program Richworks:

1) Lebih jelas kenapa perlu cari duit. Duit bukan setakat untuk tanggung hidup, tapi untuk beri manfaat kepada orang lain.

2) Bila ada bisnes kena bina raving fans, bila ada raving fans mereka akan terima je apa yang kita bagi.

3) Konsisten dalam tindakan. Sebab ramai manusia gagal ialah tak konsisten dalam tindakan.

Ramai orang pilih untuk tenggelam dalam cabaran dan masalah hidup, tapi Puan Rasidah pilih untuk bangkit dan terus buat tindakan.

Semoga wanita hebat macam anda kat luar sana terus terinspirasi dengan kisah beliau ni..

Jangan lupa belanja love sikit dan share ye…

(Kisah ini dikongsikan dengan izin bertulis oleh Puan Rasidah Hashim, untuk inspirasi semua)

P/S:
Jika anda ada cabaran hidup, ada masalah dalam hidup, ada bisnes yang tak jalan, hati yang tak gembira, hidup penuh hutang…kami nak tanya anda, apa yang anda nak buat sekarang? Adakah anda pilih untuk terus murung dan simpan derita dalam hati? Sampai bila?

#TeamRichworks
#IMKKNov2018

 
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start