Bangga Tengok Wanita Ini Mampu Capai Hampir RM2,000 Sehari, Walaupun Baru Berniaga. Ini 3 Benda Yang Dia Buat Betul!

oleh Team Richworks pada 08 August 2018


Orang kata, baling je batu kat mana-mana, mesti akan terkena kepala #AnakDidikDrAzizan.

Maksudnya, pergi je mana-mana, masuk je kedai mana-mana, akan terjumpa dengan peniaga yang pernah hadir program Richworks.

Samada program asas yang dulu-dulu kami selalu buat di bandar besar seluruh Malaysia, atau dari program lanjutan lain.

Mereka ni akan gelarkan diri mereka ‘Student Doc’. Cara mereka berbisnes, lain macam sikit!

Bila korang masuk kedai mereka, akan rasa aura positifnya. Senyum sentiasa, bersih dan terurus je keadaan kedainya.

Try lah tanya “Student Doc ke?” Atau tanya “ Pernah pergi IMKK ke?” mereka akan berbangga kata “Ya!”

Macam pengalaman kami ke kedai makan Puteri Cabin yang terletak berhampiran hypermarket terbesar di Kuantan ni. Tengok Facebooknya pun dah timbul syak, “owner kedai ni mesti student doc?”

Bila sampai ke sana, cara dia ambik order dengan senyum dan ramah, cara dia santuni pelanggan kita dapat rasa aura positif dia..

Ramai orang datang ke kedainya walaupun baru dibuka. Kueytiaw udang galah dan kueytiaw sotong gergasi yang dihidangkan sangat fresh.

Bila dah habis makan, admin test power. “Pernah pergi IMKK ke..?”

“ Ye betul.. 2 kali saya pergi. Kali pertama dengan kawan, kali kedua bawak suami.”

Admin pun tanya story dia sikit. Katanya dulu dia berniaga nasi ayam, “tapi tak jadi sangat. Berniaga tapi takde ilmu..” . Lepas hadir IMKK pertama dia terus terinspirasi nak berniaga. Tapi taknak buat silap lagi. Jadi dia mulakan dengan jual penapis air. “Itu yang Doc ajar, mulakan dengan apa yang ada. Jadi agen penapis air, tak perlu modal banyak..” itu katanya.

Sedang kami berbual hari pun masuk Maghrib, tak dapat nak bercerita panjang. Tapi admin nak share, ini 3 perkara yang dia buat betul selepas hadir IMKK:

1) Lepas IMKK kedua akhir tahun 2017, dia buka gerai Puteri Cabin yang berkonsepkan seafood “ Alhamdulillah menjadi…!” katanya lagi gembira.

2) Selalu promote guna FB je, mulakan kecil. Tapi konsisten. Pendapatan sekarang dah cecah RM2,000 sehari, buka setiap hari sebulan… cer kira lah sendiri?

3) Sekarang dah ada 4 pembantu, tak lah berniaga sorang diri macam dulu. Boleh bantu orang lain juga cari rezeki. Dia nak datang IMKK November dan program lain selepas tu, InsyaAllah.

Sebelum balik admin kata admin Team Richworks, dua kali dia peluk admin sebab teruja sangat gamaknya…

You know…cerita kejayaan macam ni, dapat bertemu dengan bekas peserta Richworks yang kehidupan bertambah baik berkat ilmu dari mentor yang bersungguh nak lihat anak bangsa berjaya, dengan usaha yang komited, dengan nekad yang kuat nak ubah hidup…akan buat kami rasa tak sabar nak membantu lebih ramai orang lagi.

Tahniah Puan Wanida Anggun dari Puteri Cabin, kita jumpa di IMKK November nanti!

P/s: Jika korang ada impian, yang dah lama tertangguh, masih tak jumpa jalan.. InsyaAllah kami boleh bantu dengan ilmu dari mentor anda, Dr Azizan Osman yang dulu pun pernah bersusah payah berniaga macam-macam, pernah alami saat susah dalam hidup sehingga terpaksa gadai rumah mak sendiri kerana nak bayar hutang Ah Long, dan kini dah berjaya ada bisnes sendiri, salah satunya Richworks International Sdn Bhd yang dah 10 tahun membantu anak bangsa bina kejayaan dan tahap kewangan lebih baik.

Ada sesiapa nak dibimbing? PM kami sekarang.. team kami bersedia nak bantu anda.

#TeamRichworks

#IMKKNov2018

 

Bekas Pensyarah Tekad Buka Bisnes Kereta Sewa

oleh Team Richworks pada 04 August 2018

Sebut saja jawatan pensyarah, pasti ramai yang terbeliak mata. Manakan tidak, jawatan tinggi gaji ribuan ringgit ni pasti menjadi idaman makcik-makcik di kampung untuk jadikan menantu. Almaklumlah kerja hebat. Namun jangan tak tahu, walaupun gaji ribuan atau puluhan ringgit pun, jika tak pandai nak uruskan kewangan, lain jadinya.

Sama situasi dengan salah seorang anak didik Dr Azizan, salah seorang ahli aktif Titanium, Tuan Wahi Abd Rashid yang pernah bekerja sebagai Tutor di sebuah universiti awam di Sarawak sejak tahun 2005 dengan gaji permulaan RM1,900 ringgit sebulan. Namun, beliau menghadapi masalah tidak cukup duit dan berhutang kad kredit sebanyak RM40,000. Ni lah yang dikatakan punyai tahap kewangan yang kronik apabila hutang melebihi dari duit gaji!

Jawatan agak hebat kerana beliau mempunyai kelayakan akademik yang tinggi iaitu Ijazah Sarjana Sains (Master of Science) dalam bidang Environmental Science. Namun apakan daya, walaupun mempunyai tahap pendidikan yang agak tinggi, beliau jahil dalam ilmu pengurusan kewangan. Akibatnya beliau selalu menghadapi masalah kewangan.

Bagi menyelesaikan masalah yang menimpa dirinya, beliau berhijrah dalam mencari kesenangan, kebahagiaan, ketenangan hidup bersama keluarganya. Hanya ingin mendapatkan duit extra RM300 ringgit sebagai belanja untuk barang dapur, beliau mula mencari solusi yang boleh membantu tahap kehidupan keluarganya.

Kisah bermula selepas pelajarnya sering meminjam keretanya untuk ke sesuatu destinasi. Lalu beliau terfikir untuk menyewa keretanya itu kepada pelajarnya. At least ada juga income yang dia dapat. Dan bermula dari ini jugaklah, beliau tekad untuk menamatkan perkhidmatan sebagai pensyarah selepas bisnes kereta sewa yang diusahakan oleh beliau mula mendapat tarikan. Tambah menarik, pendapatan berbisnes melebihi pendapatan beliau yang bekerja sebagai pensyarah.

Ikuti perjalanan Tuan Wahi yang sudah 12 tahun menjalankan perniagaan kereta sewa ini dengan menonton video di bawah. Kami pasti kisah beliau akan memberi anda inspirasi dan mengajar anda jangan cepat berputus asa. Saksikan sekarang.

 

4 Prinsip Yang Dipegang Oleh Coca-Cola, Levi’s, Amazon Go dan FedEx Untuk Kuatkan Cashflow

oleh Team Richworks pada 04 August 2018

Prinsip asas urus cashflow ialah, setiap hari anda kena rekod perbelanjaan bisnes dan aliran duit masuk atau jumlah sales. Ini adalah satu prinsip asas yang semua peniaga perlu pegang. Dengan merekodkan aliran masuk dan aliran keluar duit bisnes anda, anda akan sentiasa tahu berapa jumlah wang yang anda ada.

Bila anda dah biasa tengok jumlah duit masuk dan keluar, anda akan teruja untuk pastikan jumlah wang yang ada dalam bank akaun bisnes anda, sentiasa meningkat. Dan, ini anda tak akan dapat tengok dengan jelas jika anda tak rekod dengan betul aliran duit masuk dan keluar.

Selain dari itu, merekod aliran keluar masuk duit bisnes akan membuatkan anda tak nak lagi suka-suka ambil duit bisnes dan digunakan untuk tujuan peribadi, atau ambil tanpa rekod kerana ianya akan menjadikan aliran wang keluar masuk bisnes anda akan terganggu. Anda tak pasti ke mana anda belanjakan duit anda, untuk apa dan berapa jumlahnya.

Kami nak kongsikan dengan anda 4 prinsip yang dipegang oleh 4 jenama terkenal ini dalam menguruskan cashflow. Baca sekarang untuk tahu bagaimana mereka pastikan aliran masuk lebih banyak, dan aliran wang keluar lebih kurang.

1) Kuatkan pasaran yang ada, tambah pasaran baru

Apabila Coca-Cola keluarkan produk baru atau tambah baikkan produk yang ada, atau tambah baikkan ‘packaging’ produk sekarang, mereka bukan lakukannya kerana suka-suka. Semuanya adalah untuk tingkatkan aliran masuk duit bisnes atau tingkatkan sales. Dengan imej baru yang diberikan kepada packaging produk, atau tambahan rasa yang baru ke atas produk sedia ada, dengan aktiviti pemasaran yang betul, ianya akan meningkatkan jumlah sales.

Coke juga sangat mahir dalam mengenalpasti, produk mana yang memberikan pulangan atau sales yang lebih tinggi, dan mereka akan berikan lebih tumpuan terutamanya kepada produk ‘Carbonated drink’ yang dah sangat terkenal. Tapi, dalam masa yang sama mereka juga luaskan pasaran dengan memperkenalkan produk ‘non-carbonated drinks’ produk berasaskan susu, ais krim dan juga air mineral.

Ini kerana, mereka faham tahap kesedaran tentang kesihatan semakin tinggi, jadi mereka ‘back up’ bisnes mereka dengan cuba kuasai pasaran dengan menawarkan produk ‘non-carbonated drinks’. Semua ini mereka buat kerana nak pastikan mereka kuasai pasaran dan untuk tingkatkan aliran cashflow.

2) Percepatkan proses bayaran masuk

Orang kita, bila berniaga suka sangat memberi hutang. Kononnya, nak bina hubungan baik dengan pelanggan. Terutamanya jika ada pelanggan yang dah lama berurusan dengan kita. Bukan salah, tapi perlu ingat, kuasa sesebuah perniagaan adalah pada cashflownya, jika sesebuah bisnes tidak kerap menerima aliran duit masuk, bisnes akan sakit.

Antara cara untuk memudahkan aliran duit masuk ialah dengan memudahkan cara bayaran dan membantu pelanggan untuk cepatkan cara bayaran. Sebab itu, dulu pembayaran menggunakan kupon dan voucher adalah menjadi pilihan kerana, pada voucher dan kupon sebenarnya telah mengandungi nilai yang dah dibayar lebih awal. Sekarang, pembayaran secara online, dengan menggunakan internet banking, kad ATM dan handphone telah menjadi pilihan.

Tetapi, Amazon.com telah mengambil langkah yang lebih pantas di mana mereka baru sahaja memperkenalkan Amazon Go iaitu sebuah kedai serbaguna yang tidak memerlukan pelanggannya berbaris untuk membuat pembayaran. Pelanggan hanya perlu top-up nilai di dalam Akaun Amazon mereka, dan mereka boleh ambil apa sahaja dari kedai serbaneka  Amazon Go, dan nilai akan dipotong dari akaun Amazon mengikut jumlah yang mereka patut bayar.  Secara tak langsung mereka sebenarnya mempercepatkan aliran masuk wang dalam bisnes mereka.

3) Luaskan dan Kuatkan ‘Tribe’

Antara cara untuk tingkakan aliran wang tunai masuk supaya cashflow anda lebih kuat ialah dengan membina followers atau tribe yang akan ‘mati-mati’ sukakan jenama anda. Pantang ada produk baru, mereka akan jadi antara orang pertama yang membelinya.

Ini adalah sangat penting terutamanya untuk produk yang tahan lama dan inilah cara yang digunakan oleh Levi’s Strauss. Anda pasti tahu, jeans jenama Levi’s adalah sangat tahan lama dan boleh kekal sehingga lebih 10 tahun. Susah mereka nak cari makan jika orang hanya membeli jeans 10 tahun sekali.

Untuk memastikan cashflow sentiasa masuk, mereka sentiasa mengeluarkan produk baru, tetapi oleh kerana produk mereka tahan dalam tempoh jangka panjang, mereka keluarkan kempen pemasaran yang berkonsepkan – membina Tribe  atau followers tegar. Konsep marketing ini telah mereka gunakan dari duu lagi, dan ianya terbukti berkesan kerana jumlah revenue mereka sentiasa meningkat dan ianya membuktikan, followers tegar mereka akan mendapatkan apa saja keluaran baru dari Levi’s.

Mereka juga keluarkan konsep iklan yang menggunakan konsep tribe digelar ‘Circle’ sebagai satu cara untuk menarik minat followers mereka untuk sentiasa menjadi pengguna Levi’s.

4) Kurangkan Kos dengan Tingkatkan Kecekapan

Ini apa yang berlaku kepada FedEx.  Masalah ekonomi antarabangsa menyebabkan kos penghantaran meningkat tetapi mereka tak boleh nak kenakan charge yang tinggi kepada pelanggannya. Apa yang mereka buat ialah, mereka mengurangkan jumlah penerbangan antrabangsa dan menambahkan kecekapan di mana setiap penerbangan penghantaran yang ada perlulah pada kapasiti yang maksimum. Dengan ini, mereka telah berjaya mengurangkan kos penghantaran surat melalui perkhidmatan udara.

FedEx juga meningkatkan kecekapan kakitangan dan mengurangkan proses kerja yang berulang-ulang kerana ianya akan memakan masa dan dalam tak sedar akan meningkatkan kos. Sebagai contoh, proses pemeriksaan berulang kali telah dipendekkan, dengan ini proses penghantaran barang akan menjadi semakin cepat dan kos untuk kakitangan kerja lebih masa dan kos penerbangan boleh juga dikurangkan.

Jadi, jika anda ada rekod kos perbelanjaan yang sentiasa anda keluarkan, atau perbelanjaan tak dijangka anda akan dapat lihat di bahagian mana anda boleh kurangkan dan menjadikannya lebih cekap.

 

Tak Pernah Terlewat Untuk Berubah! Nak Berjaya? Pegang 5 Kunci Perubahan Penting Ini

oleh Team Richworks pada 04 August 2018

Seorang lelaki dari Missouri, Amerika Syarikat – Marshall Mathers yang dilahirkan dalam keluarga yang huru-hara, oleh ibu yang baru berusia 15 tahun ketika itu dan dibesarkan tanpa ayah, serta hidup sentiasa berpindah randah akibat keadaan kewangan dan hidup yang tak stabil.

Beliau juga selalu dibuli di sekolah kerana masalah warna kulit yang berbeza menyebabkan beliau tidak berminat untuk bersekolah. Tapi, beliau ada cita-cita tersendiri – ingin menjadi penyanyi RAP ternama. Tetapi, bukan mudah untuk dia mencapai cita-citanya, beliau terpaksa keluar masuk kumpulan muzik, demi mencapai cita-citanya. Dan cabaran terbesar bila tiada orang mahu menerima muzik RAPnya kerana dia berkulit putih sedangkan dunia RAP ketika itu dikuasai oleh mereka yang berkulit hitam. Akibatnya, dia masih gagal untuk menjadi penyanyi RAP seperti diimpikannya.

Marshall kemudiannya memiliki seorang anak, tetapi akibat masalah rumahtangga dia dilarang berjumpa dengan anaknya oleh bekas isterinya. Dan di sinilah, titik perubahan dirinya berlaku. Dia sedar, kesusahan dan cabaran hidupnya tak akan berakhir jika dia sendiri tak ubah cara hidup dan mentalitinya. Hidupnya akan terus susah jika dia sendiri asyik menerima kesusahan tanpa buat sesuatu perubahan yang besar.

Dia berusaha keras dan lebih serius serta komited untuk menghasilkan lagunya, dan hasil kesungguhannya, sebuah syarikat rakaman telah berminat dengan karyanya dan telah bersetuju untuk menerbitkan album. Lirik RAPnya dikatakan memberi inspirasi, kisah hidupnya dan perubahan yang dia lalui menjadikan dia idola kepada ramai orang lain.

“You don’t get another chance. Life is no Nintendo game.”

~ Marshall Bruce Mathers aka EMINEM~

Setiap kali dengar atau baca kisah kejayaan orang lain, kita pasti akan rasa teruja. Ada kalanya kita akan rasa macam kita pun boleh jadi macam dia. Ada waktunya kita rasa, mereka boleh berjaya sebab mereka berbeza dari kita. Ada masanya kita rasakan, kita tak layak untuk jadi seperti mereka.

Membaca kisah kejayaan Eminem, Oprah Winfrey, Steve Jobs, Jack Ma, Jackie Cheung dan ramai lagi orang yang berjaya sehingga mampu membina nama di peringkat antarabangsa membuatkan kita rasa, kita dan dia berbeza.

Silapnya, ramai orang hanya nampak mereka yang berjaya ketika mereka SUDAH berjaya. Jika kita selami sikit masa lampau mereka, mereka semua ada kisah, cabaran dan masalah sendiri yang terpaksa mereka hadapi.  Adakalanya, sangat berat dan tak mampu diterima akal. Tapi mereka berpegang kepada 5 kunci perubahan ini, perubahan yang mereka buat yang menyebabkan mereka mampu capai kejayaan.

1) Perubahan Cara Fikir/ Mindset

Setiap dari kita, dilahirkan sama. Sewaktu bayi, kita tak mampu nak berfikir dan membuat keputusan. Cara kita dibesarkan, dan pengalaman sepanjang tempoh kita membesar, mempengaruhi cara kita berfikir, membuat keputusan dan bertindak. Ada antara kita, yang sudah terbiasa dengan cara fikir yang sama, dan yang dah lama kita pegang, sehingga sukar nak ubah cara kita berfikir. Jika nak berjaya, ubah cara kita berfikir. Dari cara berfikir yang negatif, kepada yang positif.

2) Perubahan Cara Bertindak

Ada orang, mereka faham bahawa untuk berjaya perlu ada tindakan yang berbeza. Masalahnya, ramai orang tak suka ubah cara kita melakukan sesuatu kerana setiap perubahan pasti menyusahkan dan ada cabaran. Untuk elakkan situasi hidup susah, dan dari berhadapan dengan cabaran, kita tak mahu ubah cara kita bertindak. Bertindak dengan cara yang sama, tak akan menghasilkan keputusan yang lebih baik. Perubahan cara kita bertindak, akan menghasilkan keputusan yang berbeza.

3) Perubahan Persekitaran

Berada di satu kawasan untuk satu jangkamasa yang lama takkan mampu membantu kita untuk berubah. Apa lagi nak jadikan kita berjaya. Bila kita keluar dari kawasan yang kita dah duduk sekian lama, kita akan nampak perspektif yang lebih berbeza. Sebab itu ada perumpamaan seperti katak di bawah tempurung. Berada di kawasan yang sama sehingga tak tahu langsung apa yang berlaku di luar kawasan kita. Perubahan persekitaran yang baru, bantu beri kita persepsi yang baru, pandangan yang baru dan cara bertindak yang baru.

4)  Perubahan Cabaran

Tahap cabaran yang kita hadapi juga perlu berubah jika kita mahukan lebih kejayaan. Jika cabaran yang kita ada, sama sahaja situasinya, sama sahaja skala kesusahannya, ianya tak lagi dinamakan cabaran! Ianya di panggil rutin atau kebiasaan. Jika anda mahu lebih berjaya, anda perlu berhadapan dengan cabaran yang baru, yang skalanya lebih susah.

5)  Perubahan Ilmu

Ilmu yang sama tak akan buatkan kita jadi lebih pandai. Ilmu yang sama tak akan jadikan kita lebih berjaya. Kerana, dengan ilmu yang sama kita hanya akan tahu buat sesuatu perkara dengan cara yang sama. Jika nak capai kejayaan lebih besar, kita perlu ada ilmu yang lebih besar dan lebih terkini dari apa yang kita tahu sekarang.

Perubahan adalah satu kemestian bagi orang yang hendak berjaya. Semakin besar kejayaan yang hendak dicapai, semakin besar perubahan yang perlu dibuat, semakin tinggi ilmu yang perlu ada, semakin besar tindakan yang perlu diambil.

Nasib malang, hidup susah, masalah bertalu-talu yang menimpa diri kita tak akan hilang selagi kita tak buat 5 perubahan penting ini. Ambil keputusan untuk berubah dan Go For It!

It Is Never Too Late To Change…

 

Hijrah: Perjuangan dan Pengorbanan Lelaki Bernama Yusuf Islam

oleh Team Richworks pada 04 August 2018


Pengaruh kumpulan The Beatles sekitar tahun 1960-an buatkan Steven Demetre Georgiou mula tertarik untuk menjadi seorang ahli muzik. Pada usia 15 tahun, ayahnya memberi sebuah gitar yang digunakan untuk belajar tentang muzik.

Beliau yang asalnya hanya menyanyi di kafe, mula mencipta nama dalam dunia seni setelah dilamar oleh Mike Hurst. Pada tahun 1966, menggunakan nama Cat Stevens, beliau mula dikenali setelah lagu ciptaannya ‘I Love My Dog’ tersenarai dan bertahan lama dalam ’50 UK Single Chart.’

Pada tahun 1968, karier Stevens semakin melonjak naik dan beliau sempat mengadakan tour bersama gitaris lagenda, Jimi Hendrix. Bukan itu saja, beliau juga menghasilkan lebih banyak karya hebat seperti ‘Father and Son’, ‘The First Cut is the Deepest’ dan ‘Moonshadow’ yang semuanya bergenre folk rock.

Malangnya, karier Steven hancur setelah beliau disahkan menghidap penyakit TB pada tahun 1969. Gaya hidup yang mewah buatkan beliau lupa diri dan hidup beliau seolah-olah tidak normal ditambah pula dengan masalah ketagihan alkohol, merokok dan sebagainya.

Beliau sedar itulah harga yang terpaksa beliau bayar di atas kelalaian dengan gaya hidup yang tidak sihat.

Kembara Mencari Kebenaran

Setelah sembuh dari penyakit TB, beliau mula sedar dan banyak mempelajari nilai-nilai Timur seperti Buddhism, Hinduism, I Chi Zen dan pelbagai lagi. Beliau juga sempat mempelajari asal usul fahaman keagamaan keluarganya yang berasal daripada Kristian Yunani lama.

Bagaimanapun semua itu tidak memuaskan hati Stevens. Beliau masih ragu-ragu dengan huraian yang diberikan sehinggalah seorang wanita Australia memperkenalkan padanya ajaran sufi Jalaludin Rumi. Ajaran tersebut sangat memberi kesan, tetapi beliau masih tidak jumpa apa yang dicari.

Sehinggalah tragedi hitam yang menimpa diri Stevens di mana beliau hampir mati lemas ketika berenang di pantai Malibu, Long Angeles. Dalam keadaan cemas beliau menjerit sekuat-kuatnya “Tuhan, jika Engkau selamatkan aku, aku akan bekerja untukMu!”

Keajaiban berlaku, beliau diselamatkan ombak yang memukulnya hingga ke dasar pantai dan akhirnya terselamat. Sejak itu, Stevens yakin benar bahawa Tuhan itu ada.

Minat terhadap Islam mula timbul setelah abangnya, David menghadiahkan pada beliau senaskah Al-Quran dan menceritakan betapa indahnya cara orang Islam beribadah yang khusyuk, tenang semasa beribadah, tanpa patung dan tanpa gambar.

Perkara pertama yang beliau pelajari adalah perkataan “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam…” Beliau terkejut dan tidak sangka bahawa orang Islam sangat percaya pada Tuhan.

Setelah setahun beliau belajar baca Al-Quran dan belajar tentang agama Islam, akhirnya pada tahun 1977, Stevens mengambil keputusan untuk ubah hidupnya dan berjalan kaki ke masjid untuk menyatakan keyakinan beliau pada agama Islam. Stevens akhirnya mengucapkan Kalimah Syahadah “Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruhNya”.

Dengan niat mahu buang semua kenangan hidupnya sebagai Cat Stevens, beliau mengabadikan nama Yusuf Islam kerana menurutnya, surah yang paling disukai beliau dalam Al-Quran adalah surah Yusuf.

Menerima tentangan dari keluarga, rakan-rakan dan masyarakat, tidak buat beliau putus asa. Bagi Stevens, bukan kata-kata orang yang dijadikan keutamaan, tetapi adalah kembali pada fitrah yang asal. Mencari redha ke jalan Allah SWT.

Untuk mencapai ketenangan, kejayaan dan kebahagiaan pastinya memerlukan satu perjuangan dan pengorbanan. Mampukah kita jadikan kisah Yusuf Islam sebagai satu inspirasi untuk kita juga lakukan satu perubahan dalam hidup kita?

Adakah kita terus mahu berada di takuk yang lama dengan hanya merungut kehidupan kita yang tiada peningkatan, perubahan dan kejayaan?

Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka” (Surah Ar-Rad:11)

Firman Allah SWT lagi:

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan” (Surah Al- Insyirah:5&6)

Bersama-sama kita tetapkan dalam hati, untuk lakukan perubahan. Ubah cara berfikir, ubah tahap kewangan, ubah kehidupan menjadi seorang insan yang bermanfaat dan beri kebaikan pada orang ramai.

 

Kau Tak Terasa Apa-Apa Ke Bila Baca Kisah Budak Ni?

oleh Team Richworks pada 30 July 2018


Jika budak muda ini hanya jual ais krim potong pun boleh capai RM30,000 sebulan dan jualan makin naik, kau? Apa lagi alasan kau beb? Ini 5 perkara yang kau mungkin boleh belajar dari dia!

Bila cuaca panas-panas dapat makan aiskrim best kan. Cuma nak pesan sikit, jangan pandang sebelah mata ye dengan orang jual aiskrim, entah-entah sales dia berkali ganda dari gaji kita..

Minggu lepas, team Richworks berpeluang berjumpa anak muda ini – Tuan Akram yang hadir ke salah satu program bisnes kami. Kami sempat bertanya macam mana Tuan Akram dari Kelantan ni, boleh bina bisnes aiskrimnya, sampai tahap sekarang? Senang ke jual aiskrim? Ini dia kongsikan 5 perkara penting rahsia bisnes dia meningkat :-

#1  – Muliakan Emak
“Muliakan emak, InsyaAllah rezeki jadi senang.” Ini kata-kata Tuan Akram kepada kami. Ini juga salah satu kunci penting magnet kekayaan & kejayaan yang dia dapat dari program IMKK (Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan) program Richworks 2 tahun lepas.

#2 – Kembangkan sistem  pengedaran.
Teknik ini dia belajar dari Mentor Dr Azizan Osman ketika sesi Millionaire Marketing Mastery (MMM) 6 bulan lepas. Lepas itu, impak sales dia meningkat gila-gila. Jual ais krim jer kot.

Tuan Akram ni berniaga askrim dan setiap hari dia hantar aiskrim nya dari Kelantan kepada agen-agennya di seluruh semenanjung menggunakan perkhidmatan bas ekspress! Ada juga aiskrim di hantar ke Pulau Perhentian, kena lah aiskrim tu naik bot pulak nak sampai ke sana..

Aiskrim kan mudah cair.. kan susah tu nak berniaga aiskrim? Betul! Tu yang buatkan kami pun pelik. Macam mana dia buat? Dah tentu dia ada cara tersendiri nak pastikan aiskrim tak cair. Bila dah tahu cara mudah nak tambahkan jualan, apa cabaran pun jadi senang je.

#3 -Cari ilmu dari seseorang yang dah proven success
Asalnya, Tuan Akram ni dah cuba macam-macam bisnes. Kononnya nak kaya cepat. Bila tak berjaya, dia berhenti.. buat pulak benda lain. Pernah juga bekerja di kiosk makanan dan tempat proses ayam. Tak tahan lama jugak..

Sebagai seorang graduan Business School, belajar dari pensyarah yang ada Phd Business, dia yakin dia mesti berjaya dalam bisnes.. malangnya asyik tak jadi, walaupun dia dapat skim bimbingan usahawan… tetap hasilnya gitu-gitu je juga.. Sebab yang mengajar dia sebelum ini pun tidak pernah bisnes.

Tiba-tiba…!
Dia terjumpa program Richworks. Balik dari IMKK 2016, terus dia tutup bisnes yang seperti hidup segan mati tak mahu tu..yang setakat bagi sales RM1000-2000 sebulan. (*Kami nak tutup dah tawaran tiket General yuran percuma yang kami tawarkan untuk IMKK 2-4 November 2018, jangan cakap kami tak ingatkan!)

Dia ambil masa nak fikir balik tentang matlamat hidup dia. Akhir tahun 2016, dia mulakan bisnes aiskrim dan dia buat macam-macam untuk jadikannya viral.

Akhir tahun lepas dia datang kembali ke IMKK. Kali ni dia nekad,  nak bisnes mesti buat sampai jadi. Dia yakin bisnes aiskrim nya ada potensi.

#4 -Jangan give-up!
Punyalah nak berjaya, dia sanggup hadapi apa saja cabaran. Masa takde duit.. dia pernah pinjam duit Ah Long, yang kelakarnya Ah Long pun tak ada duit! Ah Long boleh bagi dia pinjam RM1,000 .00 je..

Tak mampu tidur hotel dan segan nak tumpang kawan – dia tidur dalam kereta, putus cinta pun pernah. Pernah juga mesin aiskrim punca rezeki rosak teruk- langsung tak boleh berniaga, kereta takde minyak terpaksa berhenti tepi jalan. Dan on the way nak datang Program Richworks nak menuntut ilmu kereta eksiden pulak..

Tapi dia tak pernah putus asa! Tak ada perkataan GIVE UP dalam kamus hidup Tuan Akram. Kalau bercakap dengan dia, macam ada tenaga elektrik! Mata dia sentiasa bersinar-sinar, tingginya semangat juang dia, kita dapat rasa..

#5 -Betulkan jadual hidup!
Dalam program Richworks minggu lepas, Tuan Akram berpeluang belajar tentang jadual hidup dengan Dr Azizan Osman sendiri. Dr Azizan pesan, “buat jadual untuk setiap hari, set priority supaya boleh agihkan kerja, dan supaya kita ada lebih masa untuk diri sendiri, ada masa nak berjemaah Solat Subuh di masjid!”

Amacam? Korang?

Dari buat bisnes entah apa-apa dengan sales tak tentu hala, sekarang Tuan Akram dah boleh bangga dengan aiskrim jenama IceLy dengan hasil jualan lebih RM30,000 sebulan. Alhamdulillah, berkat ilmu, usaha dan doa-doa dari emak dia.

Tuan Akram sekarang dah ada office kecil,kewangan dah makin bagus, yang penting dia dah mampu nak bahagiakan emak tersayang. Dan lepas hadir ke Program Richworks minggu lepas, bilangan agen dah naik mendadak menjadi 33 orang dalam masa seminggu saja.

Mungkin pencapaian dia tidaklah hebat macam korang, gaji banyak, kerja pakai tie,  bisnes hebat, produk dahsyat-dahsyat tapi untuk budak muda yang baru berumur 20-an dan dengan bimbingan Mentor dia yang dah guide ramai usahawan jadi jutawan. Insha Allah kami yakin, dia akan capai 1st million dia tak lama lagi hanya dengan jual ais krim sahaja.

Dia bukan usahawan jalanan tapi jutawan jalanan nanti…..

Belajar sesuatu dari cerita ni? Korang boleh teruskan “jual bawang”…..

Sesiapa pun boleh mulakan bisnes dan berjaya dengan syarat sanggup dibimbing dengan ilmu yang dah terbukti berjaya. Nak kami bantu anda mulakan kejayaan seperti Tuan Akram? Komen ‘bantu saya’ dan team kami akan PM anda.

Jangan lupa sharelah untuk orang lain baca dan sama-sama terinspirasi. Jangan hanya nak share gossip…. 😂😂

#TeamRichworks

 

Sentap Dengan Kata-Kata Dr Azizan Osman Buatkan Wanita Ini Terus Nak Bekerja Dan Berniaga Part Time. Jual Bantal Secara Sambilan, Wanita Ini Boleh Buat RM150 Ribu Sebulan!

oleh Team Richworks pada 13 July 2018

“Kalau semua orang buat bisnes, siapa yang nak kerja? KAU LAH…!”

Kata-kata yang Dr Azizan Osman luahkan di Program Hijrah Usahawan yang Puan Nurrain Wahid hadiri pada tahun 2016 asyik bergema dan berulang-ulang di telinganya.

Geram pun ada…panas pun ada!

Dia suka kerjanya. Dia sayang tugasnya. Sebagai seorang Pegawai Eksekutif yang berkhidmat di pusat perubatan terkenal dalam negara, dia rasa tugasnya adalah sesuatu yang murni dan satu tugas yang penting. Dalam masa yang sama, dia tak boleh nak nafikan segala apa yang Dr Azizan Osman cakap tentang Hijrah Usahawan adalah betul.

Sampai bila nak hidup bergantung kepada gaji bulan?

Boleh ke, hidup lebih baik kalau berharap kepada gaji je?

Susah ke kalau bekerja dan berniaga sambilan?

“Aku akan buktikan kat Dr Azizan, aku boleh kerja sambil buat bisnes part time..” Itu tekad Puan Nurrain.

Kalau korang? Berani ke nak buktikan kepada Dr Azizan Osman?

Bermula dari sentap dan geramnya kepada kata-kata Dr Azizan, Puan Nurrain terus hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) pada November 2016 dan dia kemudiannya ambil keputusan untuk jadi agen kepada salah seorang #AnakDidikDrAzizan iaitu Tuan Das Abdul. Puan Nurrain nekad nak jadi agen jual bantal sebab dia faham kepentingan bantal yang selesa untuk kesihatan.

Kemudian dia hadiri Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) pada Mac 2017. Sentap dan geram terhadap Dr Azizan Osman bertukar menjadi inspirasi. Selepas hadir IMKK, dia lihat banyak perubahan berlaku dalam diri dan keluarganya, termasuklah bagaimana abangnya yang turut hadir berhenti merokok semenjak hari ketiga IMKK Disember 2016 sehinggalah sekarang. Sebagai seorang yang bekerja dalam industri kesihatan, dia tahu ini sangat besar maknanya.

Walaupun sayangkan kerja dan hanya berniaga part time, Puan Nurrain bersyukur kerana dia masih boleh bina pendapatan yang lebih baik dan tak sekadar bergantung kepada gaji bulanan. Kata beliau, ini pesanan penting Dr Azizan Osman yang dia pegang sampai hari ini:

1) Mulakan apa yang ada di tangan. – Nak mula berniaga tak perlu tuggu sehingga ada modal besar, ada kedai sendiri dan ada produk sendiri. Dia lihat Tuan Das Abdul yang sangat gigih berniaga bantal hotel DAG dan dia terfikir untuk jadi agennya, tanpa modal besar bulan pertama bisnes dia dah boleh buat income RM2,400.00

2) Jangan percaya, buat je – Dalam keadaan dia selesa dengan gaji bulanan, dia pun memang tak percaya langsung bisnesnya boleh berjaya. Dia langsung tak nampak jalan macam mana nak besarkan bisnesnya. Tapi dengan ilmu yang dia dapat di IMKK dan MMM, dia kini dah boleh buat sales mencecah RM150,000 sebulan dengan lebih dari 50 agen di bawahnya.

3) Buat dan adjust sampai jadi – Jangan cepat putus asa. Terus buat dan terus adjust, buat sampai jadi. Ramai orang gagal sebab mereka berhenti separuh jalan. Tanpa mentor, mereka takkan tahu kat mana yang perlu diadjust!

Bayangkan, gaji bulan terus masuk seperti biasa, untung bisnes pun terus ada. Dapat menambah nilai kepada mereka yang memerlukan di tempat kerjanya dan juga dapat menambah nilai kepada mereka yang menjadi pelanggan dan agennya.

Yang bestnya, ilmu dari IMKK bukan sahaja buatkan dia berjaya dalam bisnes tapi beliau juga berjaya dapat anugerah pekerja cemerlang, yang selama ini tak pernah pun dia dapat..!

Hidup ini untuk memberi manfaat. Semakin banyak manfaat yang kita beri, semakin bermakna hidup kita. Tapi bagaimana nak beri manfaat kalau diri kita sendiri tak ada nilainya… dan tak ada apa nak diberikan?

Ramai #AnakDidikDrAzizan yang telah berjaya seperti Andalusia Travel, Rempah Mak Siti, Nurraysa Beauty, Bantal Hotel DAG, King’s Char Kuey Tiaw, Mood Republic, Roket Emel Marketing, Jus Goyang rapat by Rozita Che Wan, Dato Seri Vida, Charms Foundation, Al Fateh Genius, Eskayvie, Sambal Garing Che Nor, dan ramai lagi, selepas mereka berjaya dalam bisnes, mereka sibuk menambah nilai dengan memberi peluang kepada orang lain menjadi agen dan kakitangan mereka, dan mereka juga beri bimbingan dan memastikan agen serta kakitangan mereka sama-sama berjaya. Mereka juga banyak memberi manfaat kepada insan-insan lain yang memerlukan.

Kalau korang, korang pilih yang mana? Nak mampu beri manfaat sikit-sikit dan sekali sekala atau nak beri manfaat banyak dan lebih kerap? Kalau bergantung kepada kerja sahaja, agaknya mampu ke…tepuk dada, tanya selera.

 

Makna Sebenar Hari Malaysia 16 September

oleh Team Richworks pada 12 July 2018


Kita baru sahaja menyambut Hari Kebangsaan pada tanggal 31 Ogos yang lalu. Sambutan di Putrajaya yang meriah dan bermakna itu ternyata memberikan seribu satu kemanisan kepada rakyat dalam memperingati kebebasan kita sebagai rakyat Malaysia.

Sambutan Hari Malaysia pula dipilih untuk dirayakan pada setiap 16 September untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia adalah tanda penyertaan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura untuk membentuk Malaysia.

Pada awalnya, Hari Malaysia adalah cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri namun bermula pada 2010, Hari Malaysia menjadi hari cuti am di semua negeri. Tarikh terbentuknya Malaysia ini perlu lebih dihayati, dikenang dan dihargai bukan sahaja oleh rakyat Sabah dan Sarawak tetapi juga seluruh rakyat Malaysia.

Bagaimana Hari Malaysia ini ‘diwujudkan’? Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6.

Beberapa isu yang wujud berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina dalam pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Apa makna sebenar Hari Malaysia?
Mungkin ramai yang belum faham tentang kewujudan Hari Malaysia ini. Hari Malaysia bukan sekadar disambut secara gilang-gemilang saja. Perkara lebih utama yang perlu diberi perhatian adalah sejauh mana pengertian detik-detik bersejarah dapat dihayati rakyat yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Betul betul?

Jika kita benar- benar menghayati peristiwa pembentukan Malaysia dan bagaimana hari ini membawa makna yang besar kepada kita, Hari Malaysia pasti menjadi meriah dengan cara yang tersendiri.

Apa yang perlu kita ukur adalah daripada segi hati sanubari setiap daripada kita dan hayati serta mengerti bagaimana keputusan yang dibuat oleh generasi terdahulu melalui Suruhanjaya Cobbold 50 tahun lalu untuk menjadi sebahagian daripada penyatuan negara yang lebih besar adalah satu keputusan yang sangat tepat.

Begitu juga keputusan yang kita buat dalam hidup kita.

Adakah keputusan yang kita buat ini memberi satu perubahan besar kepada hidup kita? Bila kita tanya hati kecil kita, adakah keputusan yang kita buat dalam hidup kita ini tepat? Perkara ini yang perlu kita titik beratkan. Ia pasti akan memberi impak yang besar dalam hidup. Ingat! Jangan salah membuat keputusan.

Jika ada satu ketika anda rasa jatuh, kecewa dan tak pasti adakah ini jalan yang benar, cubalah untuk bangkit semula dan jangan mudah putus asa. Cari lubang-lubang peluang yang wujud untuk menjadikan hidup anda lebih bererti.

Seperti yang kami selalu war-warkan dalam program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) sebelum ini, 5 magnet yang perlu kita lihat adalah Kekayaan, Kejayaan, Kesihatan, Keberkatan dan juga Kebahagian. Perkara ini jika kita dapat menjaganya dengan baik, maka ia akan menimbulkan rasa kesyukuran dan memberi impak yang positif dalam hidup kita.

Jadi bagi meraikan rasa syukur dalam diri serta menghargai makna sebenar sambutan Hari Malaysia, ayuh sama-sama kita menyaksikan sambutan Hari Malaysia yang bakal disambut pada 16 September ini dengan penuh kegembiraan dan penuh kesyukuran.

Selamat Menyambut Hari Malaysia! #SayangiMalaysiaku.

 

“Aku Dulu Pernah Hidup Makan Asap.” Wedding Planner Selebriti Ternama Kongsi Cerita Jatuh Bangun Dalam Bisnes.

oleh Team Richworks pada 11 July 2018

“OK, terima kasih kerana memilih Wedding By Emma.  I harap you puas hati…Selamat Pengantin Baru!”  Puan Emma mematikan telefon bimbitnya.  Senyum dan senyum lagi.  Syukur sangat.  Dalam banyak-banyak wedding planner kat Malaysia ni, penyanyi terkenal dengan lagu Oh Bulan – Yuna dan pasangannya, Adam Sinclair pilih Wedding by Emma untuk menguruskan majlis perkahwinan mereka.. Awesome!!

Puan Emma, belek-belek lagi handphone.  Ada beberapa lagi selebriti tanahair sedang minta untuk berjumpa Puan Emma.  Nak set appointment dengan artis bukan senang.  Semuanya sibuk.  Tapi Puan Emma perlu cari masa.  Mana nak uruskan majlis perkahwinan adik Erma Fatimah, wedding Syukri Yahaya dan yang paling besar satu Perkahwinan Di Raja!  Ala-ala princess gitu…

Sambil-sambil Puan Emma lukis-lukis idea pelamin, dia teringat cerita dolu-dolu. Cerita zaman dia bekerja sebagai Eksekutif Khidmat Pelanggan.  “Eksekutif ke kulikutif!” Itu yang dia selalu fikirkan. Itu jugak yang selalu orang sekeliling dia persoalkan.

“Bagus ke kerja Eksekutif Khidmat Pelanggan tu?” Besar ke gajinya.  Aku tengok hidup kau macam merana je..?”

“Nama jawatan macam bagus – Eksekutif Khidmat Pelanggan.  Tapi takkan gaji kau ciput je.?”

“Boleh ke kerja macam tu tanggung hidup kau kat KL ni.?”

“Kau tu anak bongsu…apa retinya!”

Tu antara suara-suara sumbang yang selalu membuatkan Puan Emma rasa bengang. Tapi, nak salahkan siapa.  Nak salahkan makcik-makcik bawang tu, tak ada gunanya.  Tapi sampai bila nak hidup dengan kata nista orang?

Puan Emma terus lukis-lukis lagi contoh idea pelamin.  Pelamin penuh bunga.  Pelamin penuh lampu hiasan.  Ada bunga putih dan pink, ada yang bunga warna warni. Sambil tu dia biarkan fikiran dia terbang ke zaman dulu.  “Syukurlah…hidup sekarang dah lega, dulu…tiap-tiap hari terpaksa makan asap, naik skuter pergi office, berpanas berhujan. Dapat naik gaji RM50.00 setahun pun dah syukur sangat.  Kerja susah macam nak mati, gaji seciput.  RM2,500 je. Macam mana nak hidup senang lenang dengan gaji macam tu.”  Puan Emma berbisik sendiri dalam hati. Bukan tak bersyukur tapi hidup kat KL ni, dengan gaji  RM2500.00  dah kira masuk statistik orang miskin bandar!

Sebak juga hati bila teringatkan dia dan suami terpaksa budget-budget nak makan.  RM10.00 je sehari! Jangan harap la nak makan kat restoran atau Food Court mewah..telan air liur je lah..kat kedai mamak pun dapat roti canai dengan teh tarik je. Itu pun dah kira mewah!

Puan Emma jenguk lagi skrin handphone.  Ada beberapa mesej WhatsApp masuk.  Ada ramai yang tanya quotation.  Ada yang tanya tarikh yang masih available untuk Puan Emma uruskan majlis perkahwinan mereka.  Puan Emma senyum. Happy dia dengan keadaan sekarang.  Happy dengan bisnes yang dia ada, dengan kenderaan yang dia ada, tak perlu lagi naik skuter buruk.

“Bang, ingat tak rumah kita dulu..?”  Tanya Puan Emma kepada suaminya yang duduk di sebelah. Suaminya pun pandang Puan Emma. Lama.  Kepalanya angguk-angguk perlahan.   Sambil imbas kembali kenangan yang mereka takkan lupa sampai bila-bila, zaman terpaksa duduk bersesak-sesak di apartment yang hanya bersaiz 700 kaki persegi.  Duduk pulak dengan 7 orang serumah! Boleh bayangkan sempitnya.  Nak berjalan pun susah.  Nak duduk makan pun tak cukup kerusi meja!

“Tak boleh jadi! Aku mesti buat something.”  Hidup yang sangat tertekan dan dengan kata-kata orang sekeliling yang buatkan dia terfikir nak mulakan bisnes. Puan Emma sedar, dia suka organize majlis dan dia ada bakat buat hiasan. Dari situ dia dapat idea bisnes.  Mula-mula dia ambik tempahan majlis cukur jambul dan majlis aqiqah, kemudian mula terima tempahan majlis bertunang, majlis akad nikah dan akhirnya terlibat dengan pengurusan majlis persandingan dan perkahwinan.

Sikap dan komitmen yang dia berikan kepada pelanggan dan kesungguhannya nak berikan moment terbaik kepada pelanggan pada hari bersejarah mereka, membuatkan nama Puan Emma makin jadi sebutan. Bisnesnya semakin berkembang…

Hidup dia dah mula berubah.  Duit hasil bisnes mula masuk.  Lifestyle pun dah jadi lain macam.  Eh..ok kot, dulu hidup teruk, gaji ciput dah ada bisnes sendiri mestilah ubah cara hidup! Betul tak?  Tapi rupanya panas tak selamanya, ribut taufan datang juga.  Tak sangka! Tiba-tiba Puan Emma tersedar, dia berhutang keliling pinggang sehingga mencecah RM800,000!  Hutang bisnes, hutang kad krediit dan macam-macam lagi sehingga nama dah tersenarai dalam CCRIS dan CTOS.

Seram sejuk bila dia ingatkan saat tu. Mana nak letak muka kalau geng-geng makcik bawang yang selalu mengata dia dulu dapat tahu. Paling tak sanggup dia fikir kalau terpaksa tutup bisnes. Ya Allah! Malunya muka…Puan Emma tak nak kembali hidup susah macam dulu, tak nak hidup kat rumah sempit, tak nak hidup dengan budget makan RM10.00 sehari, tak nak lagi naik skuter buruk dan makan asap setiap hari!

Dalam dia pening fikirkan jalan nak selesaikan hutang piutangnya…dia ternampak video Dr Azizan Osman lalu di laman Facebooknya. Dia pelik, “sapa mamat ni, tak pernah tahu pun?”  Dia belek-belek lagi laman Facebook Dr Azizan Osman, “ramainya orang datang program dia, dia ajar apa..?”  Dari situlah, Puan Emma mula tertarik hati nak tahu dengan lebih lanjut tentang Dr Azizan Osman.  Apatah lagi bila dia baca kisah-kisah kejayaan para peserta yang pernah hadir ke program Richworks.  Dari susah jadi senang, dari berhutang jadi lapang!

Itu yang memikat hati Puan Emma. Dia terjebak! Puan Emma tak nampak siapa lagi yang boleh bantu dia selesaikan masalah hutangnya.  Dia datang ke program Richworks dan terus belajar macam mana nak perbaiki bisnesnya dan macam mana nak perbaiki dirinya untuk menjadi usahawan yang berjaya. Dia jadi #AnakDidikDrAzizan yang komited belajar dan buat tindakan…

Alhamdulillah, tak lama lepas tu dia dah nampak hasilnya.  Sedikit demi sedikit hutangnya dah langsai.  Lega! Hidup dengan hutang bertimbun tak aman beb…nak tidur pun tak boleh! Hari raya baru-baru ni dia share dengan Dr Azizan Osman, tahun ni dia dah mampu raya dengan lebih baik, dah mampu beli dan tinggal di rumah yang lebih selesa.  Dah tak payah ke hulu dan ke hilir dengan skuter.  Kalau dulu bagi duit kat mak ayah RM30.00 je seminggu, sekarang dia dah boleh bagi mereka jumlah yang lebih besar.

Puan Emma pun dah makin terkenal.  Masuk majalah tu dah jadi perkara biasa.  Bukan setakat uruskan majlis perkahwinan artis tapi Wedding By Emma juga jadi pilihan Majlis Perkahwinan Di Raja.

 

Terima Kasih! Kerana Anda Kami Capai 1 Juta Likes Di FB Page Azizan Osman Official

oleh Team Richworks pada 04 July 2018

1 Oktober 2018, tarikh dan hari yang akan terus tersemat dalam ingatan dan hati seluruh warga Richworks. Tepat pada pukul 11 pagi Facebook Azizan Osman telah berjaya capai dan pecah rekod mempunyai seramai 1 juta likes.

Satu pencapaian yang besar buat seluruh warga Richworks khusus buat founder Richworks sendiri iaitu Dr Azizan Osman. Bagi sesetengah pihak pasti ada yang berfikiran, apa pencapaian yang nak dibanggakan? Setakat ada 1 juta likes je pun.

Bagi kami di Richworks, kami dididik oleh Dr Azizan Osman untuk sentiasa meraikan kejayaan dari sekecil-kecil kejayaan sehingga kejayaan yang besar. Budaya ini memang diterapkan dalam Big Hairy Audacious Goal (BHAG) kami di Richworks – We take pride in celebrating our success.

Dan semestinya kejayaan ini datangnya bukan saja dari kami, tetapi dari anda semua yang tidak pernah gagal menyokong dan percaya dengan apa yang Richworks lakukan.

Tapi setiap kejayaan pasti bukan terus datang bersama dengan kemanisan. Pasti akan ada banyak cabaran, perit jerih, jatuh bangun dan kepahitan sebelum sesuatu kejayaan itu tercapai.

Untuk Richworks capai 1 juta likes di Facebook Azizan Osman sendiri berbagai cabaran dan proses yang telah dilalui. Bermula hanya dengan 1 like, itu pun dari Dr Azizan Osman sendiri yang like page beliau. Adalah sikit penambahan like dari kalangan ahli keluarga beliau dan seterusnya sedikit demi sedikit bertambah sehingga kini berjaya memiliki 1 juta likes.

Jadi jika ada orang yang masih lagi nak tanya kami, kenapa 1 juta ni penting? Inilah BIG WIN kami sebenarnya. Hanya kami yang melalui journey dan proses ini sahaja akan faham dan hargai kejayaan ini. 1 juta likes ini juga akan menjadi pencetus kepada kekuatan branding Richworks itu sendiri dan menjadi satu inspirasi kepada semua warga Richworks untuk terus memberi manfaat dan bantu lebih ramai orang.

Tapi, walaupun dah berjaya capai 1 juta likes tak bermakna kejayaan itu adalah penamat kepada segala-galanya. Akan ada cabaran yang lebih besar menanti kami sebenarnya. Cabaran bagaimana kami nak terus kekalkan 1 juta likes kami dan pada masa yang sama ramaikan lagi likes dan followers kami.

Persoalannya bagaimana? Semestinya kami kena terus bantu lebih ramai orang, beri mereka lebih banyak nilai kerana kami yakin ramai orang memerlukan seseorang untuk bimbing dan bantu mereka buat sesuatu tindakan demi mencapai impian dan kejayaan. Selain itu juga, kami harus lebih peka dan faham setiap orang yang memerlukan pertolongan untuk ubah hidup dan tahap kewangan mereka. Tak mudah, tetapi ianya tidak mustahil.

Tanya lagi, kenapa penting 1 juta ni? Rugilah seseorang itu terutamanya usahawan yang ada mindset tak pentingkan untuk ada followers atau raving fan dalam perniagaan mereka. Siapa sebenarnya followers ni? Mereka boleh terdiri daripada berbagai lapisan masyarakat. Tetapi tetapkan dalam fikiran anda, mereka adalah pelanggan, client dan duta anda sebenarnya.

Dr Azizan Osman sendiri ada berpesan, jangan dengar suara-suara sumbang biawak yang cakap berapa ramai followers tak penting, yang penting adalah buat duit. Tapi, bila follower anda sikit potensi anda buat duit untuk jangka masa panjang juga sikit.

Jangan jadi usahawan yang kurang cerdik dan dengar cakap orang yang kita pun tak tahu apa kejayaan yang mereka dah capai. Lagi bagus kita dengar cakap mentor yang dah terbukti ada proven result dan yakin dengan pilihan diri sendiri.

 
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start