5 Kesilapan Yang Perlu Dielakkan Dalam Perniagaan Jika Mahu Pelanggan ‘Lekat’ Dengan Anda

oleh Team Richworks pada 04 July 2018

Dalam perniagaan sudah tentu pelanggan adalah antara faktor utama yang anda harus hormati dan tahu apa kehendak pelanggan anda. Betul betul? Memang banyak perangai mereka yang perlu anda turuti. Seperti pepatah customer is always right. Tapi kalau ada pelanggan yang jenis ‘banyak akal’, memang sakit kepala dibuatnya.

Memang sukar untuk mencapai satu tahap yang memuaskan untuk melengkapi kehendak pelanggan anda ini. Namun anda sebagai usahawan dan peniaga, anda harus berusaha melengkapi kehendak pelanggan dan berusaha untuk mencari kesempurnaan itu. Teruskan berusaha tanpa ada rasa putus asa dan teruskan berjuang demi perniagaan anda.

Banyak bisnes jika kita lihat ketika ini seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Jika anda tak pandai jaga hati pelanggan anda, tak mustahil mereka boleh cari peniaga lain. Dengan alasan, anda tak pandai jaga pelanggan. Boleh nampak tak di sini? Jadi apa yang anda perlu lakukan adalah, jagalah pelanggan anda sebaik mungkin. Cuba lengkapkan apa yang mereka mahu.

Bagi memberi ‘pencerahan’ jelas untuk tajuk ini, jom kita sama-sama lihat apa 5 Kesilapan Yang Perlu Anda Elakkan Jika Mahu Pelanggan ‘Lekat’ Dengan Anda:

  1. Tidak Mengucapkan Ucapan Terima Kasih

Dengar macam remeh jer kan, tapi percayalah, ada orang yang sangat menitikberatkan ucapan terima kasih ini. Barulah dia akan rasa dihargai.

Begitu juga dalam bisnes. Tak kiralah anda berniaga secara online atau offline, ucapan terima kasih tu perlu diucapkan dan ditaip atau ditulis kepada pelanggan anda.

Percayalah dengan hanya ucapan terima kasih, pelanggan akan lebih rasa dihargai dan mereka akan datang lagi kepada anda untuk membeli produk anda. Mereka akan rasa lebih ‘dekat’ dengan anda. Jika anda ‘berat mulut’ nak berterima kasih, dah tentu pelanggan akan rasa menyampah dengan anda. Logik bukan?

  1. Kurang Pengetahuan Tentang Produk Sendiri

Jika anda mahu membeli sesuatu produk itu dan kemudian tanya pekerjanya dan dia pulak tak tahu tentang produk itu, adakah anda bengang, rasa nak marah dan kalau boleh nak jer anda lari dari situ, pernah rasa tak?

Jika anda ada perasaan ini dan pernah rasa, sudah tentu pelanggan anda pun rasa perkara yang sama jika mereka membeli produk anda. Apa yang cuba disampaikan di sini adalah, anda sendiri perlu faham tentang produk anda supaya senang untuk menerangkan kepada pelanggan tentang produk anda itu. Jadi taklah nanti terkebil-kebil mata bila pelanggan tanya soalan cepu emas pada produk anda. Anda perlu tahu sedalam-dalamnya tentang produk anda itu.

Jika ada pekerja, sewajibnya anda perlu ajar dan bagi training kepada mereka untuk faham produk anda itu. Selepas ini, anda dah tak perlu risau. Malah pekerja anda nanti akan tampak lebih yakin untuk menerangkan secara mendalam tentang produk anda itu. Barulah pelanggan pun tak teragak-agak untuk membeli kerana mereka yakin dengan segala maklumat yang telah disampaikan.

  1. Pilih Kasih Antara Pelanggan

Dah ada pelanggan, jangan pulak pilih kasih yer. Jagalah pelanggan anda tak kira dia siapa. Jangan lebihkan satu pelanggan dan tak hiraukan pelanggan yang lain. Nanti lari pulak pelanggan tu. Anda jugak yang rugi.

Apa yang boleh anda lakukan, layan pelanggan anda dengan baik. Nak tak nak anda memang perlukan mereka. Mereka ni juga nanti yang boleh ‘bawa mulut’ menceritakan tentang produk anda kepada rakan-rakan dan keluarga mereka. Haa kan dah dapat promosi percuma kat situ. Jadi hargailah pelanggan anda.

  1. Tidak Dengar Pandangan Pelanggan

Ada pelanggan yang suka memberikan pandangan mereka terhadap produk atau perkhidmatan yang anda sediakan. Memang ada di antara mereka yang annoying dalam memberikan pendapat mereka. Mungkin ada yang suka dan mungkin ada yang tidak suka dengan produk anda itu. Akan tetapi anda janganlah cepat melatah atau marah ye.

Sebaiknya layan mereka dengan baik ketika mereka memberikan pandangan sesuatu produk itu. Kadang-kadang mereka perlukan kepastian. Apa yang anda boleh lakukan, berbincang dengan baik, dengar dan fahami masalah mereka. Dan jika boleh, selesaikan masalah mereka ketika itu juga.

  1. Terlalu Memaksa Pelanggan Untuk Membeli

Ini antara perkara yang sangat perlu dititikberatkan. Ramai peniaga dan usahawan di luar sana kerap melakukan kesalahan ini. Jika mahu pelanggan membeli produk atau menggunakan perkhidmatan anda, jangan memaksa mereka.

Dekati mereka dahulu, banyakkan engagement cuba tanya masalah yang mereka sedang hadapi atau apa yang boleh anda bantu mereka. Jangan terlalu kerap gunakan ayat ‘beli’ kerana nanti pelanggan menyampah dengan anda. Banyak kongsikan tips atau pun kongsi beberapa perkara berkaitan dengan produk anda itu. Dapat sesuatu?

Justeru itu, anda sebagai peniaga dan usahawan haruslah menjaga pelanggan agar mereka lebih senang dengan anda. Apabila mereka senang dengan anda maka mudah untuk mereka membeli produk anda.

Anda harus mementingkan pelanggan kerana apabila mereka hilang kepercayaan dengan anda, anda bakal kehilangan mereka. Dan jika kita lihat sini, platform media sosial juga turut diwujudkan bagi menghubungkan antara anda dan pelanggan. Bukan sekadar berniaga secara offline sahaja.

Inilah pentingnya hubungan pelanggan kepada peniaga atau usahawan. Jadi jangan melakukan kesilapan-kesilapan yang mungkin dianggap enteng oleh usahawan di luar sana. Ingat, perkara yang anda mungkin lihat tidak penting itu yang akan memberi kesan teruk kepada perniagaan anda.

 

Gagal Sekali Bukan Gagal Selamanya

oleh Team Richworks pada 04 July 2018

Ilmu adalah cahaya yang dikurniakan dari Allah S.W.T kepada manusia. Memang benar kedudukan orang yang berilmu di sisi Allah adalah lebih tinggi beberapa darjatnya. Hanya dengan berilmu dan berakallah manusia dapat memahami kebesaran Allah S.W.T melalui penciptaan alam semesta beserta segala isinya. Orang yang berilmu akan memiliki keyakinan dan kekayaan untuk mengharungi hidup ini. Carilah ilmu meskipun di negeri China, kerana mencari ilmu itu wajib bagi setiap manusia.

Seperti kata pepatah “No pain, no gain”, maka untuk mencapai kemuliaan yang bernama ilmu itu pasti ada cubaan yang harus kita hadapi dan ada harga yang perlu dibayar. Ada yang kata  jadi seorang Titanium terlalu mahal, tapi apa yang mereka tak tahu adalah ilmu yang diberi itu melebihi dari segalanya. Setiap minggu ada saja ilmu yang sarat dicurahkan oleh Dr. Azizan Osman pada Titanium Circle dan Titanium Primer.

Titanium Circle diwujudkan bagi golongan usahawan yang berjaya dan nak terus berjaya di bawah bimbingan Dr. Azizan Osman. Bukan calang-calang orang yang dapat menjadi Titan. Rata-rata bila ditanya memang ramai di luar sana yang berebut-rebut untuk menjadi antara yang dipilih untuk bergelar Titan. Banyak saringan dan kriteria yang perlu diplilih untuk sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli. Bukan saja bersandarkan pada sales semata-mata, tetapi mereka juga perlu komited dan semangat gigih untuk belajar dan menimba ilmu.

Untuk itu, kami terpanggil untuk berkongsi salah satu cerita menarik dari seorang Titanium Circle berkenaan perjalanannya sebagai seorang usahawan wanita yang sebelum ini kehidupannya biasa-biasa tapi selepas berjaya bergelar Titan, kehidupannya berubah tak seperti yang dijangkakan.

Jelas dengan tujuan hidup – IMKK

Puan Salina hadir ke program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) untuk pertama kalinya pada September 2016 bersama suami, kakak, adik serta founder suami isteri. Beliau tak pernah dengar pasal IMKK pun sebelum ini dan kerana ingin mencari apa sebenarnya tujuan utama hidup di dunia dan terasa hidup sangat kosong pada masa itu. Alhamdulillah, program IMKK berjaya memberi jawapan kepada soalan yang dicari.

Beliau nampak kenapa dia hidup di dunia ini apabila Dr. Azizan menyebut  hidup perlu beri banyak manfaat kepada orang lain, dan ya itulah jawapannya! 3 hari sepanjang program IMKK berlangsung, ia dipenuhi dengan tangisan air mata penyesalan darinya.

Dan dari program itu juga, beliau sedar dan nampak yang hubungannya dengan Allah S.W.T tidak begitu rapat. Adakala beliau leka dan lupa untuk beramal ibadat. Kebergantungan dirinya dengan Allah tidak 100% peratus. IMKK membuka mata dan hatinya untuk meneruskan hidup mengikut landasan yang betul.

Beliau mahu berjaya di dunia dan akhirat. Ketika di IMKK, beliau mula nampak sinar dan cuba tanam impian baru. Dalam hidupnya, jarang sekali dia berimpian. Apatah lagi untuk mengimpikan menjadi usahawan wanita yang berjaya suatu hari nanti.

Untuk permulaan, beliau nekad untuk berhenti kerja. Tujuan beliau berhenti pun hanya kerana nak buat sales dalam RM40 ribu sahaja. Itupun untuk cukupkan belanja harian dan komitmen bulan beliau sekeluarga. Di IMKK, beliau ditunjukkan dengan kenapa beliau perlu besarkan kolam jiwa. Kenapa beliau perlu capai lebih dari RM40 ribu ringgit.

Hidupnya bukan hanya untuk dirinya dan keluarga kecilnya sahaja. Hidupnya adalah untuk orang sekeliling dan secara amnya untuk masyarakat Islam di luar sana. Masa IMKK juga beliau nampak dan faham apa itu BIG WHY. Sudah semestinya dia pegang kuat big whynya itu iaitu suaminya sendiri. Beliau menjalankan bisnes dan sanggup tinggalkan kerja makan gaji kerana suaminya bagi membuktikan sesuatu kepada keluarganya dan kepada suaminya bahawa berbisnes juga boleh berjaya!

Semasa di program IMKK, beliau dipersembahkan dengan sesi hot seat, yang mana beberapa orang Titan dijemput untuk berkongsi kisah mereka. Dan ketika itulah, beliau mula mengenali Titan dan terus tanam dalam fkirannya bahawa dia perlu berada di kalangan mereka. “Aku perlu berada dalam circle ni dan aku perlu menjadikan Dr. Azizan Osman sebagai mentor.” Untuk mencapai impiannya itu, hanya satu yang boleh membantu bisnesnya iaitu ilmu!

Tanpa berlengah beliau terus mendaftar diri dan memohon untuk menjadi ahli Titan. Alhamdullilah beliau diterima pada September 2016. Kelas pertama yang dihadirinya adalah Million Marketing Mastery (MMM). Kerana program MMM, beliau mempunyai syarikat Sdn Bhd, bayar GST, ada office, ada sistem perakaunan, ada sistem order dan ada staff. Sebelum ini, beliau tak nampak semua ini penting. Kerana EFP juga, beliau dan suami mula ambil gaji masing-masing.

MYB turut banyak membantu

Master Your Business (MYB) juga membantu beliau untuk create visi, misi serta core values syarikatnya. Sejujurnya tak banyak benda yang beliau faham semasa pergi kelas pada tahun pertama bersama Titan. Beliau bukanlah orang bisnes dan memang sejak dari azali beliau memang tidak meminati bisnes. Tapi, beliau cekalkan dan kuatkan hati, cuba untuk buat apa yang dia faham dahulu dan untuk membanggakan Dr. Azizan dengan menjadi anak didik yang patuh dan mengikut segala arahan dan bimbingan.

Tapi, langit tak selalu cerah, beliau melalui pengalaman pahit dalam berbisnes. Pelbagai dugaan yang dihadapi. Pahit manis dalam bisnes dilalui dengan tabah. Syukur tidak terhingga, ketika dia mengalami dugaan ini, Dr. Azizan banyak memberi ilmu bisnes yang mana membantu beliau dari pelbagai segi.

Tidak mudah untuk dia bangkit pada mulanya, dengan kehilangan semua wang simpanan, duit pun hanya cukup untuk bayar sewa ofis dan juga gaji staff sahaja. Beliau mula give-up. Bayangkan, dengan stokis lebih 30 orang, lebih 50 orang pengedar dan lebih 100 orang ejen, hilang semuanya dalam masa sehari sahaja.

Namun beliau tekad untuk bangun semula. Dalam masa 3 bulan, alhamdulillah beliau dapat pecah rekod sales pertamanya sepanjang dalam bisnes iaitu dengan memperoleh RM300 ribu sebulan yang kemudiannya meningkat kepada RM800 ribu sebulan. Semuanya adalah berdasarkan ilmu yang dipelajari dari Dr. Azizan Osman.

Perjalanan dirinya bersama dengan Dr. Azizan Osman dan Richworks sebenarnya bukan sahaja memberi impak kepada syarikatnya tetapi secara jujurnya kepada dirinya sendiri. Banyak sangat perubahan yang berlaku dalam dirinya, dari segi bisnes dan kehidupan peribadinya. Beliau berjaya menghantar kedua ibu bapanya menunaikan haji menggunakan pakej yang mahal dan juga dapat membeli sebuah kereta BMW untuk suaminya.

Inilah salah satu kisah benar daripada salah seorang Titanium sendiri. Bagi anda di luar sana, adakah anda hanya mahu membaca dan melihat saja kejayaan orang? Tepuk dada tanya iman. Masih belum terlambat untuk anda memulakan langkah.

 

Montage – Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan Nov 2018

oleh Team Richworks pada 02 July 2018

 

Bagaimana Anda Boleh Bina Followers Seperti Manchester United?

oleh Team Richworks pada 29 June 2018


GOLLLLLL!!!! Kecoh di restoran mamak setiap hujung minggu bila perlawanan bola sepak yang disiarkan secara langsung ini mula ditayangkan di sana. Pasti ramai penonton yang bukan saja terdiri daripada anak-anak muda tetapi juga peminat-peminat tegar ‘Old Skool’ Liga Perdana Inggeris musim 2018/19 ini tak sabar nak tengok musim baru Liga Perdana Inggeris dengan kemasukan ramai pemain terbaik dan juga ternama.

Gaya permainan yang menghiburkan dan tidak membosankan ini membuatkan ramai peminat sukan bola sepak tertarik untuk menonton Liga Perdana Inggeris. Apa yang menariknya tentang Liga Perdana Inggeris ni? Jom kita baca sikit sejarahnya.

Liga Perdana Inggeris adalah liga bola sepak ternama di England dan juga pertandingan utama dalam sistem liga bola sepak Inggeris. Sebanyak 20 pasukan yang akan bertanding setiap musim bermula pada setiap bulan Ogos sehingga Mei setiap tahun.

Pertandingan ini telah diwujudkan pada 20 Februari 1992 di bawah seliaan Persatuan Bola Sepak England (England Football Association) dan kini merupakan antara liga bola sepak yang paling banyak ditonton. Ia juga telah ditayangkan di 212 wilayah secara langsung ke 643 juta buah rumah dan jumlah potensi penonton di televisyen adalah seramai 4.7 bilion penonton.

Liga ini sudahpun menjana keuntungan sebanyak €2.2 / RM10.49 bilion setiap tahun hanya melalui penyiaran televisyen tempatan dan antarabangsa. 49 buah pasukan telah bertanding dalam merebut takhta Liga Perdana Inggeris setiap tahun dan hanya 6 buah pasukan yang layak dan memenangi takhta tersebut adalah:

  1. Manchester United –13 kali
  2. Chelsea – 5 kali
  3. Arsenal – 3 kali
  4. Manchester City – 3 kali
  5. Blackburn Rovers – 1 kali
  6. Leicester City – 1 kali

Cukup kita bercerita tentang sejarah, pointnya adalah bagaimana Liga Perdana Inggeris boleh kekal relevan dan berada di hati peminat bukan saja di England, tetapi seluruh dunia? Pada zaman serba canggih ini juga, liga berprestij ini juga tidak mahu ketinggalan menjadikan media sosial sebagai satu alat untuk mereka terus menaikkan dan menguatkan lagi ‘branding’ liga berprestij ini.

Faktor utama yang menaikkan ‘branding’ Liga Perdana Inggeris itu sendiri terletak pada setiap pasukan yang bertanding di dalam liga ini.

Penyokong kelab pasukan dalam Liga Perdana Inggeris berada di seluruh dunia dan meluas, jika ada satu budaya yang dapat merapatkan hubungan setiap penyokong dan pasukan kesayangan mereka adalah melalui media sosial. Di mana semua pasukan bola sepak ini memaksimakan penggunaan media sosial dengan jayanya.

Manchester United merupakan pasukan yang mempunyai paling ramai followers di 3 platform utama media sosial iaitu seramai 73 juta followers di Facebook, 18 juta followers di Twitter dan 22 juta followers di Instagram. Diikuti oleh Chelsea sebagai kelab kedua yang mempunyai ramai followers di Facebook iaitu seramai 47 juta followers dan Arsenal merupakan kelab kedua mempunyai ramai followers di Twitter dan Instagram masing-masing seramai 13 juta dan 11 juta followers.

Bagaimana pasukan-pasukan ini menjadikan media sosial sebagai platform untuk mereka rapatkan jurang dengan peminat atau followers mereka malah menarik lebih ramai followers?

4 Langkah ini anda boleh jadikan panduan untuk bisnes anda sendiri

  1. Bina Komuniti Anda Sendiri

Manchester United merupakan kelab yang memiliki paling ramai followers dan ini adalah satu kebaikan atau kemudahan yang mereka dapat di mana melalui platform media sosial mereka dapat bina komuniti mereka sendiri untuk kekal berhubung dengan followers mereka. Pendek kata, memudahkan setiap kali kempen atau peraduan yang mereka lancarkan, engagement dengan followers mereka lebih mudah dilakukan. Jadi, kenapa tidak anda bina followers dan komuniti anda sendiri?

  1. Hasilkan Content Yang Friendly

Kenapa anda perlu pening kepala fikirkan apa content yang anda nak keluarkan dalam platform media sosial? Pendekatan yang digunakan oleh kelab seperti Manchester United, Manchester City dan Liverpool dengan memberi peluang kepada followers untuk kongsikan gambar atau moment mereka dengan menggunakan hashtag yang telah dihasilkan. Contohnya seperti #RedArmy dan #TheGreatReds.

  1. Jadi Yang Pertama Untuk Update Pelanggan

Kelab seperti Manchester United dan Arsenal menggunakan pendekatan ini untuk memberi sedikit teaser kepada followers mereka sebelum memperkenalkan pemain terbaik yang mereka berjaya ‘beli’.

Manchester United turut memberi peluang kepada followers mereka dengan video belakang tabir Zlatan Ibrahimovic manakala Arsenal pula memuat naik video teaser pemain terbaik yang mereka tandatangani iaitu Alexandre Lacazette. Dapat idea bagaimana anda boleh buat pelancaran produk atau kempen di media sosial?

  1. Live Video

Tak dinafikan, antara trend media sosial yang terhangat adalah live video. Bagaimana dengan engagement secara live dapat buat followers anda lebih yakin dan dekat dengan anda. Pada Januari, Manchester City beri peluang pada followers mereka untuk berhubung secara live bersama pemain mereka iaitu Yaya Toure. Anda juga boleh gunakan cara ini untuk berhubung dengan followers atau pelanggan anda. Buat mereka nampak dan yakin dengan anda.

Kelab-kelab di Liga Perdana Inggeris masing-masing dah tahu dan kenal penyokong dan followers mereka kerana engagement yang dilakukan. Anda bagaimana? Adakah anda dah betul-betul kenal pelanggan dan followers anda? Apa lagi yang anda boleh lakukan untuk buat mereka terus setia bersama anda? Semestinya penggunaan platform media sosial secara meluas akan membantu anda. Teknik yang zero kos tetapi berkesan 100% peratus.

Jadi, untuk menjadikan followers anda banyak seperti Machester United, apa lagi, gunakan teknik yang dilakukan oleh mereka. Mungkin selepas ini, anda akan mendapat followers berkali ganda. Yang penting, pastikan content anda menarik serta ada pengisian dalam setiap apa yang nak dipostkan.

 

Jangan Berniaga Rugi dan Buang Masa Macam Pak Abu

oleh Team Richworks pada 29 June 2018

Dalam samar-samar gelap cahaya lampu jalan di waktu Subuh dah kelihatan Pak Abu (bukan nama sebenar) terbongkok-bongkok membuka kunci shutter kedainya. Seorang diri dia gigih nak pastikan kedainya dibuka awal setiap hari.

Begitulah rutin setiap hari Pak Abu dan isteri selepas balik dari pasar membeli barang-barang untuk memasak. Sementara menunggu staf mereka sampai, mereka menyusun dahulu barang-barang dapur yang dibeli tadi.

Dah 10 tahun Pak Abu berniaga kedai makan, dan inilah aktiviti yang diulang setiap hari dan tak pernah berubah. Yang berubah hanya staf keluar dan masuk silih berganti. Rupa-rupanya Pak Abu hanya fikir berniaga asal ada duit masuk setiap hari, lepas untuk bayar gaji pekerja dan rolling untuk beli barang-barang di pasar dah cukup memadai baginya.

Letih, rugi, buang masa dan tenaga je berniaga kalau ada sikap macam Pak Abu ni. Buat bisnes sepatutnya kena jadikan bisnes lebih maju dan berkembang untuk bertahan lebih lama. Apa sebab yang menjadikan bisnes berada di takat yang sama?

  1. Tak Ada Minda Usahawan Berjaya

Bisnes akan jadi tak terurus bila anda peniaga tak ada minda usahawan berjaya. Anda buat tindakan kecil. Anda takut dan tak yakin nak terjah market dan berniaga besar-besaran. Anda berniaga tapi takut nak berjaya. Sehingga anda rasa selesa dengan apa yang ada saja. Fikirkan.

  1. Buat Bisnes Cukup Makan

Pernah dengar tentang peniaga yang rompak duit syarikat? Rompak duit syarikat maksudnya, ambil duit perniagaan ikut suka hati, tanpa rekod yang khas. Walaupun anda tuan punya kedai, anda tak boleh ambil duit perniagaan macam tu jer. Anda perlu ambil gaji untuk diri sendiri juga. Anda juga perlu kawal nafsu nak berbelanja besar menggunakan duit bisnes yang masuk hari-hari.

  1. Kakitangan Kurang Cekap

Berapa ramai dari anda yang berbisnes tapi dah lebih sibuk dari makan gaji? Pemilik kedai kerja lebih teruk dari pekerja. Yang lebih sedih, peniaga kerja separuh mati tapi pekerja buat kerja sambal lewa aja. Balik-balik peniaga juga yang kena buat sendiri. Anda tak mungkin boleh besarkan perniagaan jika anda buat segalanya seorang diri. Betul betul?

Ini yang jadi antara penyebab kenapa banyak bisnes yang tak terurus dan susah nak berkembang. Betul… tak salah nak berniaga macam Pak Abu tadi, tapi buat apa berniaga kalau tak nampak hasil. Macam mana nak ada jaminan untuk masa depan keluarga.

Sebagai peniaga juga seboleh-bolehnya cuba elakkan dari lakukan 5 kesilapan ini. Elakkan dari buat 5 perkara ini, bisnes akan selamat dan bertahan lebih lama.

Ini ramai orang buat tapi ramai tak nak mengaku, sebab mereka ingat bisnes ‘ni hanya untuk buat jualan je’  dan tak payah uruskan benda-benda lain.

Baca 5 perkara ni dulu.

  1. Ramai usahawan yang mampu membuat lebih banyak jualan dengan teknik pemasaran yang bagus, tapi tak nak buat pemasaran secara besar-besaran kerana takut ada LEMBAGA nampak. Nanti bila LEMBAGA nampak, ada yang takut dikesan kerana tak bayar cukai!
  2. Ada juga yang berniaga tapi sorokkan pekerja sebab tak nak carum KWSP dan PERKESO. Ini salah besar.  Anda boleh didakwa.
  3. Ada juga yang buat bisnes dan semua duit pendapatan hasil jualan masuk dalam akaun peribadi. Kenapa?  Apa sebabnya anda tak ada akaun syarikat?
  4. Belum cerita lagi, usahawan yang ada masalah nak uruskan pekerja, ditipu pekerja, pekerja curi tulang, pekerja curi duit syarikat dan 1001 masalah berkaitan pekerja. Salah siapa sebenarnya?
  5. Yang paling mengharukan bila anda berniaga dah lama tapi langsung tak buat duit sebab anda tak tahu macam mana nak uruskan duit bisnes, nak uruskan stok, nak uruskan margin keuntungan…anda berniaga pakai hentam sahaja!

Terasa susah nak jadi majikan dan kena tahu ilmu-ilmu penting dalam menguruskan bisnes? Tak susah pun sebenarnya, sekarang dah ada banyak platform pembelajaran secara online yang mudah dan berkesan.

Semuanya terletak pada tindakan dan usaha yang dibuat. Kalau sayangkan bisnes, ada baik cari ilmu dan share dengan pekerja, jangan simpan ilmu tu seorang diri. Yang paling penting, jadilah business owner yang bijak.

 

Suri Katering ‘Dipinang’ Tun Dr Mahathir Mohamad

oleh Team Richworks pada 29 June 2018

Tuah ayam nampak di kaki, tuah orang tiada siapa yang tahu. Baru-baru ini, Suri Catering & Event Services (SCES), ‘dipinang’ oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyediakan perkhidmatan makan dan minum di majlis rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri bersama Kerabat DiRaja Negeri Kedah di kediamannya.

Pemilik syarikat, Tuan Anas yang juga salah seorang ahli Titanium dan anak didik Dr Azizan Osman berasa sangat terharu dan bersyukur kerana mereka sekali lagi diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri Ke-7 ini untuk menyajikan sajian enak untuk tetamu yang hadir di majlis Aidilfitrinya yang lalu.

Di samping itu, Suri Catering & Event Services yang ditubuhkan pada 1989 ini berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Syarikat ini adalah perkhidmatan katering dan pengurus majlis yang telah 29 tahun berkhidmat dalam bidang makanan dan perkhidmatan. Mereka juga berpengalaman luas dalam perkhidmatan event dan semua majlis korporat, individu dan juga perkahwinan.

Ia mula diasaskan oleh Puan Sharifah Sharizad Syed Alwi Shahab, dan kini telah diambil alih oleh anaknya, Tuan Ahmad Anas Mustafa Kameel. Mereka sememangnya dikenali ramai sebagai pengusaha makanan Islam yang menitikberatkan mutu, kualiti kebersihan, dan juga menyajikan hidangan lazat yang memenuhi citarasa pelbagai kaum.

Selain itu, Suri Catering juga dikenali sebagai sebuah syarikat katering dan pengurusan majlis yang kukuh dan terkenal dalam mengendalikan perniagaan katering untuk makanan dan minuman serta segala kelengkapan majlis rasmi atau tidak rasmi.

Mereka menjalankan perniagaan di sekitar Kuala Lumpur, Lembah Klang, Shah Alam dan Putrajaya. Suri Catering Sdn Bhd menyediakan pelbagai makanan masakan Melayu yang halal, hidangan antarabangsa, hidangan ala koktail, hidangan Jawa (Indonesia) serta lain-lain juadah yang bercorak muhibah.

 

Merdeka! Tapi Adakah Anda Masih Dibelenggu Oleh 3 Perkara Ini?

oleh Team Richworks pada 29 June 2018


Siaran Akhbar 1957: “MERDEKA! Tepat pada tengah malam, seluroh raayat bertempek ‘Malaya Sudah Merdeka!”

Tajuk utama akhbar Berita Harian bertarikh 31 Ogos 1957, selepas negara kita diisytiharkan sebagai sebuah negara merdeka ini pasti membuatkan rakyat mula tersenyum gembira mengingati sejarah bagaimana sebuah negara yang dulunya ditawan oleh negara Jepun akhirnya telah mencapai kemerdekaan.

Pengisytiharan yang disambut dengan laungan ‘Merdeka’ sebanyak 7 kali oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama, Tunku Abdul Rahman di hadapan 20 ribu rakyat dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya ini terus diungkap pada setiap tanggal 31 Ogos!

Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan seruan azan oleh tokoh agama Islam iaitu Datuk Hassan Azhari sebagai simbolik lahirnya sebuah negara baru di mana Islam, merupakan agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu dan tembakan meriam sebanyak seratus satu das.

Selepas 61 tahun merdeka, Malaysia boleh diukur dari kemajuan ekonominya, kemakmuran, dan juga keamanan negaranya. Kibaran bendera besar di Dataran Merdeka pada setiap pejabat dan bangunan pula dijadikan sebagai simbol tanda kemerdekaan negara kita. Senyum tawa serta kebebasan rakyat dalam melakukan pelbagai aktiviti ini adalah sebagai tanda kebebasan negara.

Tapi, bagaimana nak mengukur kemerdekaan peribadi setiap rakyatnya? Merdeka sesebuah negara tak bermakna peribadi rakyatnya turut merdeka. Lebih-lebih lagi ketika usia kemerdekaan negara kini telah melebihi 6 dekad. Ditambah pula dengan perubahan politik dan kepimpinan baru negara serta cabaran ekonomi dunia, adakah rakyat mampu merasai nikmat kemerdekaan secara peribadi?

Jika dulu, nenek moyang kita, dan perwira-perwira negara berjuang menentang musuh. Mereka bermula dari penentang, dari ideologi yang berbeza dengan apa yang kita pegang, supaya hidup anak bangsa dan cucu cicit mereka lebih aman, tenteram, terbela, bahagia dan dapat menikmati rasa merdekanya sesebuah negara. Mereka juga dapat merasai kebebasan dalam membuat keputusan, kebebasan bersuara, kebebasan bergerak ke mana sahaja tanpa ketakutan tapi kini perjuangan sebagai seorang rakyat sebuah negara merdeka sudah berbeza.

Sebagai seorang individu, ada 3 kemerdekaan yang kita mahu kejar, tapi masalahnya, ianya sangat sukar dan memerlukan pengorbanan. Apakah 3 kemerdekaan yang mahu dikejar itu?

  • Merdeka dari masalah kewangan dan beban hutang

Suka atau tidak, ramai rakyat di Malaysia, dibelenggu masalah kewangan dan hutang.  Sehingga Disember 2017, statistik menunjukkan lebih 30,000 rakyat Malaysia diisytihar muflis dan rata-ratanya terdiri dari kaum lelaki, berusia 30 hingga 45 tahun yang bekerja dalam sektor swasta. Dan, hanya 6% peratus dari rakyat Malaysia yang bekerja, mampu menyediakan tabung kecemasan berjumlah 6 bulan gaji sebagai persediaan untuk masa hadapan, manakala 68% peratus rakyat Malaysia yang lain hanya mampu menyimpan sebanyak RM50,000 sebagai bekalan hari tua.

Soalannya, apakah tindakan yang kita akan ambil untuk pastikan kita bebas kewangan dan merdeka dari beban hutang dan masalah kewangan yang membimbangkan ini? Jangan sibuk tanya dan tengok cara hidup orang lain, tengok akaun dan poket anda sendiri macam mana, dan mula fikirkan tindakan seterusnya.

Adakah anda hanya terus menantikan bulan jatuh ke riba atau pun anda bangun, dan mula mencari jalan penyelesaian.

  • Merdeka dari masalah kesibukan dan tidak cukup masa

Setiap hari di Kuala Lumpur, lebih dari 3 juta kenderaan keluar masuk setiap hari. Begitu juga di Pulau Pinang, lebih dari 2.5 juta kenderaan keluar masuk ke Bandaraya George Town setiap hari. Dengan bilangan rakyat Malaysia yang meningkat kepada 33 juta orang dan jumlah tenaga buruh yang mencecah lebih 15 juta orang ini, anda sendiri boleh bayangkan betapa sibuknya hidup rakyat Malaysia. Tak hairanlah jika jalan raya di Malaysia sentiasa sesak sehingga menyebabkan ramai dari mereka terpaksa meluangkan masa purata 4 jam sehari menempuh kesesakan jalan raya ini.

Mengikut kajian oleh satu badan insurans ternama, pekerja Malaysia bekerja 15 jam lebih lama dari rakyat negara lain di Asia.  Dan 53% peratus rakyat Malaysia menghadapi tekanan di tempat kerja, dan 56% peratus rakyat Malaysia yang bekerja pula, tidur kurang dari 7 jam sehari!

Ramai antara kita sebenarnya tak bebas untuk membuat keputusan dengan peruntukan masa 24 jam yang kita ada. Ini menyebabkan kita selalu saja rasa tidak cukup masa kerana kita lebih luangkan masa dengan perkara yang tidak produktif. Apa yang perlu dilakukan adalah, kita harus membantu diri sendiri untuk lebihkan masa dengan aktiviti yang lebih berfaedah. Anda boleh plan jadual seharian dengan apa aktiviti yang boleh dilakukan sehari. Begitu juga ketika hari-hari anda pergi berkerja.

  • Merdeka dari masalah tidak bebas membuat pilihan

Malaysia adalah negara yang memberikan banyak pilihan kepada rakyatnya. Anda boleh pilih untuk berbelanja di gedung besar, kedai-kedai biasa atau pasar malam. Anda bebas untuk melancong di dalam negara atau ke luar negara. Anda bebas juga untuk memberikan keluarga anda pilihan sama ada untuk mendapatkan pendidikan, rawatan perubatan, pengangkutan, dan pelbagai lagi perkara terbaik yang anda mampu sediakan.

Pendek kata, tepuk dada tanya poket!

Tapi adakah sekarang kita bebas membuat pilihan? Adakah apa yang kita pilih menepati citarasa atau hanya mengikuti pilihan hati semata-mata? Atau adakah keputusan yang kita buat ini diambil berdasarkan kemampuan poket kita?

Sebagai contoh, pilihan nak bersedekah banyak atau sedikit, nak menderma dengan lebih kerap atau sekali sekala, pilihan untuk terus membantu bila ada yang memerlukan atau tengok saja kerana itu je yang kita mampu, itu juga pilihan yang kita perlu lakukan. Faham ke faham?

Negara mungkin dah merdeka dari penjajahan, tapi realitinya rakyat masih belum merdeka dari 3 rantai utama yang selalu melilit hidup kita – masalah kewangan, masalah tidak cukup masa, dan masalah tidak mampu membuat pilihan.

Dalam Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK), Dr Azizan Osman selalu menekankan kepentingan untuk bebas kewangan, bebas masa dan bebas membuat pilihan. Kerana bila kita miliki 3 kebebasan ini, kita mampu untuk menggunakan wang, masa dan membuat pilihan untuk menggunakannya untuk tujuan lebih baik di dunia dan akhirat.

Merdeka! Bukan setakat pada laungan tepat jam 12.00 tengah malam pada tanggal 31 Ogos 2018 sahaja. Merdeka adalah kemampuan kita untuk membuat pilihan yang terbaik dari segi kewangan dan baki masa yang kita ada tanpa perlu berfikir panjang dan buat kira-kira terutamanya apabila kita perlu buat keputusan tentang masa depan untuk diri sendiri, keluarga dan untuk bekalan berjumpa yang Maha Esa.

Ingin tahu tentang IMKK, sila layari www.imkk2018.com.

 

Bukan Mudah Jadi Wanita Namun Percayalah Anda Adalah Wanita Besi

oleh Team Richworks pada 29 June 2018

Jadi wanita bukanlah mudah. Pelbagai tanggungjawab yang terpaksa digalas oleh wanita terutamanya pada mereka yang menjadi usahawan. Mereka perlu pikul tanggungjawab sebagai isteri, ibu, anak, kakak atau adik serta bos. Bukan tu jer, bertambah sedih apabila mereka perlu berhadapan dengan pelbagai kata nista atau hinaan dari orang terdekat bila gagal atau tidak berjaya. Itulah cabaran yang saya lihat berlaku di kalangan usahawan wanita muda hari ini.

Sebagai seorang rakan atau ahli keluarga, kita sepatutnya lebih memahami dan memberi sokongan kepada mereka. Dan bukannya mencaci dan menghina jika mereka gagal dalam hidup.

Penat nak puaskan hati semua orang ni. Betul betul? Kalau dulu jadi suri rumah pun ada orang mengata. Mana taknya, “Kau duduk di rumah goyang kaki jer kan. Bestnya jadi macam kau. Untung sangat!” Walhal di belakang, kau kutuk dia, kau cakap pulak, “Ada degree tapi duduk rumah jer…ruginya, belajar tinggi-tinggi tapi terperap kat rumah jaga anak.” Kau nak apa sebenarnya ni? Tak habis-habis nak membawang. Ada jer benda nak mengata!

Susah nak tutup mulut mereka yang suka mengecam ni. Mereka merasakan mereka lah orang hebat dan terbaik dalam hidup! Namun cuba anda perhatikan, apakah tindakan yang mereka buat? Apakah hasil yang mereka dapat selain menjadi ‘makcik bawang’? Ada ker ada?

“Your circle should want to see you win. Your circle should clap loudly when you have good news. If not, get a new circle.” Faham sesuatu? Ini bermaksud, jika anda mempunyai orang sekeliling yang memberikan sokongan terhadap anda, maka anda berada bersama orang yang baik dan sentiasa menyokong anda tak kira semasa anda jatuh atau ketika anda berjaya. Dan jika sebaliknya yang terjadi, maka anda boleh ‘angkat kaki’ dan cari circle yang lebih baik dan positif.

Lebih 65% peratus usahawan yang saya bimbing adalah di kalangan wanita. Cuma saya lihat, advantage terbesar ramai wanita adalah kemahuan yang tinggi, sanggup turunkan ego dan belajar. Komitmen mereka dalam menjayakan sesuatu lebih kuat. Mereka lebih tinggi rasa bertanggungjawab untuk ubah nasib keluarga, bantu suami (walaupun ada yang suaminya penentang nombor satu usaha mereka) dan mereka sanggup berkorban untuk anak-anak.

Peningkatan golongan wanita dalam bidang keusahawanan ini menunjukkan kesungguhan dan kematangan mereka dalam mengendalikan perniagaan. Dan menurut bekas Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dalam laporan Bernama pada 19 April 2018 berkata, penglibatan wanita dalam bidang keusahawanan dijangka meningkat kepada 23 peratus menjelang 2020. Dari laporan ni pun kita dah boleh tahu bahawa, wanita memang dah tak boleh duduk diam. Setuju setuju? Dan disebabkan ini jugaklah ramai wanita yang hadir ke program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) untuk masing-masing ubah hidup untuk membantu keluarga mereka.

Namun begitu, masih ramai wanita (bukan semua) lemah dalam membina bisnes apabila mereka tidak fokus, tidak ada ilmu yang menyebabkan keputusan mereka berubah-ubah. Bukan tu jer, mereka juga mudah terpengaruh dengan gosip serta kawan yang dalam diam nak ‘bunuh’ mereka. Ditambah pulak dengan hati yang berbolak balik dalam membuat sesuatu bila tidak ada ilmu dan orang yang bimbing, serta tidak dapat kawal wang dengan baik. Jadi macam mana nak jadi usahawan yang berjaya?

Belum campur ujian dan cabaran dari pasangan hidup dan keluarga. Sebab itu ramai usahawan wanita yang kami bimbing, mereka lebih komited dan akhirnya lebih cepat dapat tingkatkan bisnes serta tahap kewangan mereka. Wanita, mereka adalah komited, dengar cakap, nak capai freedom atau more time, money dan ada impian untuk diri serta keluarga. Besar impian mereka. Dan disebabkan ini mereka lebih bersemangat dalam menjalankan perniagaan!

Lelaki bukan tak bagus. Tapi ramai lebih pentingkan ego, rasa hebat dan bongkak walaupun sebenarnya duit dalam akaun bank kosong dan kontang. Lepas tu selalu nak kena pinjam dengan wanita – isteri atau mak (Bukan semua).

Mereka lebih rela nampak bergaya tapi papa serta mereka tidak mahu belajar sebab konon tak nak nampak poyo. Lebih rela stay bodoh dari kena kutuk dengan kawan-kawan sebab pergi seminar. Tapi bila dia hadir seminar dan belajar kemudian bisnes meningkat, kawan-kawan dia tu juga yang akan datang nak pinjam duit atau ajak berjoli. Dia pula bodoh, ikut kan sahaja. haa…nampak sesuatu?

Jadi, wanita-wanita di luar sana nak masih berkira-kira nak ubah hidup tu, better you start now! Ambil tindakan segera. Kau hidup jangan ikut cakap orang. Capai cita-cita kau tu. Daripada kau dengar cakap-cakap orang yang tak ingin nak berjaya tu, lebih baik kau mulakan bisnes sekarang. Jom kita lihat apa 5 Tips Kejayaan Bagi Wanita Yang Nak Mulakan Bisnes Sendiri:

1) Jangan takut buat salah

Bila dah jadi seorang usahawan ni, mustahil kalau anda tak melakukan kesalahan. Betul betul? Inormal  untuk setiap manusia itu melakukan kesalahan. Dan dari kesalahan tu jugaklah anda akan pelajari sesuatu. Kalau tak ada kesalahan, bagaimana anda nak improve bisnes anda? Setuju?

2) Belajar dan cari ilmu

Jangan bersikap bodoh sombong. Belajar, belajar dan terus belajar jika anda mahu bisnes anda terus maju. Cari mentor yang boleh ajar anda untuk berbisnes. Dan tanya dengan orang yang betul.

Bak kata pepatah, malu bertanya sesat jalan. Kalau anda nak terus sesat, teruskan dengan sikap malu anda itu. Memang tak ke mana bisnes anda! Banyakkan membaca jugak. Tapi kalau membaca jer, tapi tak ada action, memang tak kemana bisnes anda tu.

3) Jaga hubungan dengan Allah SWT dan dengan orang lain

Rezeki datang dari Allah SWT. kalau anda berbisnes juta-juta pun, tapi anda lalai dan lupa denganNya, lama kelamaan bisnes tu akan ada yang tak kena. Mungkin bisnes jadi lingkup, duit akan rasa tak cukup dan sebagainya. Jadi sebagai umat Islam, tunaikan perintahNya.

Selain itu, jaga lah hubungan anda dengan orang lain juga. Contohnya, ahli keluarga dan juga rakan-rakan anda. Dengar seperti remeh, namun percayalah, hubungan yang anda jaga ini pasti akan membuahkan hasil. Anda sendiri akan nampak kelebihannya.

Mereka ini yang akan membantu dan menyokong anda. Namun seperti saya katakan tadi, cari circle orang yang sentiasa menyokong tindakan anda dan positif kerana circle ini bermula dengan diri anda sendiri.

Jika anda positif dan sentiasa jaga hubungan, anda akan dapat rakan-rakan yang sama dengan perwatakan seperti anda. Jadi, jangan takut untuk mengambil langkah pertama.

4) Bersabar dan tetapkan gol anda

Berbisnes tidak akan mengambil masa yang singkat untuk berjaya. Betul betul? Ia memerlukan proses satu persatu seperti menaiki tangga untuk sampai ke puncak. Jadi anda perlu bersabar, dan terus tetapkan gol dalam jangka pendek dan jangka panjang anda. Pelan bisnes anda sebaiknya dan jalaninya dengan penuh kesabaran kerana setiap kepahitan itu pasti ada manisnya.

5) Tahu market anda

Sebelum memulakan bisnes, anda perlu tahu apa target market anda. Jika anda abaikan perkara ini, anda mungkin tiada peluang untuk memulakan dan mengembangkan bisnes anda. Peluang akan jadi tinggi jika anda tahu target market anda.

Jadi kepada wanita-wanita yang masih takut-takut untuk bertindak, jom bertidak sekarang. Sampai bila anda nak jadi ‘penonton’ lihat kejayaan orang lain saja? Rebut peluang keemasan anda. Jangan bazirkan masa. Wanita lain boleh berjaya, takkan anda tak boleh berjaya. Dan jangan cakap kosong saja. Cakap perlukan tindakan. Tindakan takkan berlaku jika anda masih duduk di rumah tanpa melakukan apa-apa! Ramai pelajar-pelajar saya berjaya, mengapa tidak anda? Mungkin anda salah seorang bakal jutawan yang saya nanti-nantikan. Bertindak sekarang.

Tough time won’t last. Susah-susah dulu tak apa. Senang-senang kemudian. Short term pain, long term gain. -DAO-

 

Apa Usahawan Baru Perlu Buat Untuk Elakkan Sales Dari Merudum?

oleh Team Richworks pada 27 June 2018

“Saya dah buat macam-macam tapi sales tetap tak naik.”

“Semenjak pesaing baru muncul, sales saya semakin jatuh.”

Bisnes perlu ada peningkatan. Peningkatannya diukur dari jumlah sales yang diterima, berbanding jumlah kos yang dikeluarkan.  Adakah anda usahawan baru sedar tentang ke mana hala tuju bisnes anda? Dalam bisnes hanya ada dua jalan utama.  Samada meningkat ke atas, atau merudum ke bawah.  Mana satu yang anda nak?

Ramai usahawan tak perasan samada bisnes mereka mula merudum.  Mereka hanya sedar bila mereka tak buat duit dan mereka tak mampu nak bayar kos. Usahawan baru selalunya tak mahir lagi dengan urusan bisnes. Perniagaan yang mereka jalankan juga mungkin tak ada sistem. Kami nak share dengan anda 7 perkara usahawan baru seperti anda perlu buat sebelum sales merudum.

1) Setkan Sasaran Jualan

Jangan pandang ringan tentang target sales! Ada usahawan baru terjun ke dalam dunia bisnes dengan mentaliti nak cuba-cuba dulu. Mereka tak kisah dengan target sales dan berapa sales yang mereka buat setiap hari. Janji jual! Janji laku!

Sepatutnya anda perlu ada target sales atau berapa jumlah sales yang anda nak capai setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan setiap tahun. Dan untuk capai setiap target, anda perlu tahu berapa banyak yang anda perlu belanja setiap kali mereka kunjungi kedai anda.

2) Rekodkan setiap jualan.

Sepatutnya usahawan baru ada perasaan yang sangat teruja setiap kali buat jualan. Dan, untuk pastikan anda capai sasaran jualan harian, mingguan, bulanan dan tahunan anda perlu rekod setiap jualan yang anda buat. Jika anda ada agen, anda juga perlu rekod berapa sales yang anda buat melalui agen, jika melalui offline dan online anda juga perlu rekodkannya.

Dari sales yang anda rekodkan setiap masa, anda boleh fikirkan dan cari jalan bagaimana nak capai target jualan anda. Contohnya, jika dah sampai tengahari dan anda belum capai separuh dari target sales harian anda, apa yang anda perlu buat ialah cari jalan seperti buat promosi untuk galakkan pelanggan membeli.

3)  Rancang teknik marketing yang nak digunakan

Anda perlu tahu apa teknik marketing yang anda nak gunakan untuk capai semua target sales anda.  Dalam setiap kempen pemasaran yang anda lancarkan, anda mesti jelas tentang berapa anda nak capai dan dalam tempoh masa berapa lama.  Anda juga perlu rekodkan teknik marketing apa yang bagus dan berjaya bantu anda capai target dan mana yang kurang bagus dan boleh diperbaiki.

4) Bina jenama sebaiknya.

Pilih nama ‘jenama’ yang terbaik.  Cipta logo dan tagline bisnes anda dan binalah jenama anda sekuatnya. Buat apa saja yang murah dan mudah yang anda boleh gunakan untuk naikkan jenama.  Anda boleh cuba teknik buat live video dan teknik story writing di Media Sosial.

Yang penting, apa saja yang anda buat untuk membina jenama bisnes anda, perlu konsisten dan ada komitmen.  Tak guna juga kalau setakat buat sekali sekala je dan harapkan impak yang besar.

5) ‘Engagement’ dengan pelanggan yang sedia ada.

Kadang-kadang kita sibuk nak mencari pelanggan baru sehingga kita tak sedar kita dah ada ramai pelanggan yang pernah berurusan dengan kita.  Kita abaikan mereka dan kita tak hubungi mereka langsung.

Bagaikan melepaskan emas dalam genggaman. Pelanggan yang dah pernah berurusan dengan kita adalah harta terbaik perniagaan.  Kita boleh buat ‘marketing campaign’ untuk ajak mereka datang kembali berurusan dengan kita, mereka boleh datang dan beli lebih banyak atau mereka boleh datang dan ajak kawan-kawan mereka sekali.  Ini dah boleh bantu tingkatkan ‘sales’.

Apa yang penting ialah kita ada database  asas mereka seperti , nama, nombor telefon dan alamat emel.

6) Kongsikan lebih banyak testimoni

Bila nak tingkatkan ‘sales‘, cara paling mudah untuk meyakinkan orang ramai dengan produk kita ialah dengan berkongsi ‘result’ atau hasil yang dicapai oleh orang yang telah menggunakan produk anda atau kita panggil sebagai testimoni.

Semakin banyak testimoni yang dikongsi, semakin tinggi tahap keyakinan orang ramai ke atas produk dan bisnes anda. Kadang-kadang, dengan testimoni sahaja anda dah boleh tarik minat dan perhatian orang lain.  Melalui testimoni, orang ramai dapat kaitkan masalah apa yang mereka ada dan bagaimana produk anda boleh bantu selesaikan masalah tersebut.

7) Jadikan diri lebih ‘advance’ dari pesaing.

Selalunya usahawan baru sangat takutkan persaingan.  Mereka takut pesaing akan buat tindakan yang lebih berhasil berbanding mereka.  Hanya satu cara untuk pastikan anda lebih ‘advance’ dari pesaing  iaitu dengan anda pastikan anda ada ilmu yang lebih ‘advance’ dari pesaing.  Pastikan, pesaing tak tahu lagi tentang teknik pemasaran terkini, ilmu bisnes terkini atau teknologi terkini berkaitan produk.

Ini akan menjadikan anda lebih ke hadapan berbanding pesaing anda.

 

ICM Melaka Buka Mata Titanium Circle Hadapi Lopong-Lopong Bisnes

oleh Team Richworks pada 18 June 2018


Bisnes yang terbaik adalah bisnes yang relevan dalam pasaran dan pada pelanggan. Buat bisnes belum tentu kita boleh jual semua produk/perkhidmatan kita pada pelanggan.

Sebagai usahawan penting untuk ada target market mereka sendiri supaya lebih fokus dan tidak buang masa. Majoriti usahawan bila gagal mereka mula fikir nak buat produk lain, nak buka cawangan lain, fokus pada benda lain daripada fikir selesaikan masalah yang ada.

Cerita salah seorang ahli titanium kami, beliau mengaku dia diberi knowledge yang perlu beliau fikirkan sendiri dan bukannya disuap semata-mata!. Beri idea, dan fikir sendiri apa yang perlu dilakukan. “Saya rasa baguslah untuk saya berfikir, dan saya nampak lebih jelas dengan objektif dan goals yang hendak dicapai berdasarkan bimbingan dari Dr Azizan Osman.”

Tonton sekarang Showcase ICM Summit dari Hatten Hotel, Melaka. Perkongsian dan perbincangan tentang isu atau masalah yang dihadapi oleh usahawan dalam perniagaan akan kami kupas berdasarkan pengalaman #AnakDidikDrAzizan sendiri.

 
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start