Bisnes Belum Cukup Bagus, Jangan Ada Hati Nak Buka Bisnes Baru Pulak!

oleh Team Richworks pada 18 June 2018


Kesilapan yang selalu usahawan yang baru ‘buat duit’ lakukan adalah, mereka terlalu sibuk nak buka bisnes baru, nak keluarkan produk baru atau nak buka cawangan baru. Sebabnya adalah mereka rasa bisnes sekarang dah cukup bagus. Manakan tidak, rasa ilmu dah penuh di dada kan, mestilah mereka nak explore peluang baru. Mereka fikir jika satu bisnes boleh buat berjuta bayangkan kalau ada 2 atau 3 bisnes – lagi lah berjuta-juta!

Kesilapan paling teruk pula ialah mereka merasakan bisnes mereka tiada peningkatan, lalu mereka ambil keputusan untuk tinggalkan bisnes yang ada tanpa fahami punca bisnes tidak meningkat dan mula fokus untuk keluarkan produk baru atau bisnes baru. Haa…ni lah penyakit yang perlu diubati sebelum ia melarat dan menjadi lagi kronik! Dah tak fikir, dengan wujudnya produk dan bisnes baru ni, lagi banyak benda yang kena fikir, boleh pecah otak! Tak payah fikir produk baru, kembangkan dulu bisnes yang sedia ada tu. Yang penting perlu belajar dan ada ilmu yang betul.

Ironinya, selepas beberapa bulan, barulah terasa kesannya. Time tu jugaklah baru nak tampar dahi tu. Kau nangis air mata darah sekalipun, masa lalu tak akan kembali semula pada kau. Kau pulak ‘bijak’ sangat guna duit modal untuk start bisnes baru, dan keluarkan produk baru adalah dari cashflow bisnes yang sedia ada. Lagi haru jadinya.

Ramai usahawan rompak duit bisnes sedia ada untuk support bisnes baru menyebabkan bisnes sedia ada terpaksa tanggung kos berganda. Mereka sendiri tak cukup mahir dengan bisnes baru dan produk baru yang mereka nak keluarkan. Mereka tak arif dengan pasarannya dan persaingannya. Tapi ‘gatal tangan’ jugak nak buat.

Bisnes yang sedia ada, yang dah ‘buat duit’ itu pun sebenarnya tak dibuat dan tak difokus sebaiknya untuk menjadi cukup besar dan berkembang. Apatah lagi nak fokus bisnes yang baru bertatih ni dalam masa yang sama. Mereka sendiri pun tak tahu potensi sebenar bines yang ada dan sejauh mana bisnes ini mampu pergi. Adakah bisnes yang mereka ada sekarang ni dah cukup besar atau belum?

Bukan itu sahaja, ramai usahawan menyalahkan pasaran bila mereka rasa bisnes mereka dah tak boleh nak pergi jauh. Sebenarnya mereka tak tahu 25% peratus masalah dalam bisnes timbul akibat salah sasaran dalam Marketing Campaign. Mereka sendiri pun tak jelas tentang makna ‘jauh’ dalam bisnes mereka. Mereka tak tahu apa lagi masalah dan ‘pain point’ pelanggan mereka. Mereka rasakan produk dan bisnes mereka bagus tapi hakikatnya mereka hanya syok sendiri tanpa hiraukan untuk mengkaji apa yang diperlukan oleh pelanggan.

Bak kata Dr Azizan Osman “Tanya 10 orang strangers di sekeliling anda, adakah mereka kenal jenama anda, kalau tak sampai minima 8 orang yang kenal jenama anda, itu maknanya anda belum buat yang terbaik.”

Menurut Circle Research, 77% key leaders dalam jenama terkenal bersetuju bahawa pembinaan jenama adalah sangat penting untuk memastikan bisnes terus berkembang.

Jika Melaka, tanah kecil itu pun mampu menjadi terkenal sehingga merentasi ke sempadan Eropah dan China, pada zaman tanpa internet mahupun tiada sebatang pun tiang elektrik, takkan jenama anda tak boleh menguasai sekurang-kurangnya dalam negara? Fikir fikirkan ya. Tak perlu beriya nak buka bisnes baru. Kembangkan dahulu bisnes yang sedia ada. Mana tahu, bisnes anda nanti akan menjadi terkenal hingga ke mata dunia.

 

Skeptikal Pada Mulanya Namun Berubah Selepas Hadir Program Imkk – Kisah Bisnes Pasangan Hot Selebriti Che Ta Dan Zain Saidin

oleh Team Richworks pada 18 June 2018


Seorang dari utara dengan pekat loghat Kedahnya, seorang lagi anak kacukan yang dibesarkan di kota raya Kuala Lumpur. Mereka bertemu di atas pentas seni. Dan telah pun bergelar suami isteri dan dikurniakan seorang cahaya mata yang sangat comel dan petah berkata, Aaisyah Dhia Rana.

Siapa yang tak kenal dengan Rozita Che Wan dan Zain Saidin, pasangan selebriti hot yang sangat terkenal dan menjadi bualan di bibir peminat mereka ni. Ketika kedua pasangan ini hadir buat pertama kali ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK), kami dari Richworks membayangkan bahawa kami perlu memberikan layanan tahap 5 bintang untuk mereka. Namun tak ada pun! Tidak ada permintaan pelik-pelik dari mereka walaupun ketika itu IMKK dibanjiri lebih 4,000 peserta.

Mereka sama seperti peserta lain. Ikut sahaja apa aktiviti yang dibuat di dalam program IMKK dan ikut jadual dan ikut undang-undang yang disediakan. Dan yang lebih kami kagumi kesungguhan kedua artis yang ada bisnes sendiri ini untuk terus mengikuti semua program Richworks di bawah bimbingan Dr Azizan Osman sehingga pernah menjadi ahli Titanium, iaitu satu kumpulan yang mendapat mentoring dan coaching secara terus dari Dr Azizan Osman.

Bila kami menemubual kedua-duanya, bagi Che Ta kekayaan dan kejayaan yang sebenar adalah apabila kita dapat memberi manfaat kepada orang lain. “Kebahagiaan kita, kekayaan kita daripada orang lain yang dapat manfaat daripada apa yang kita buat”, katanya. Bukan itu sahaja, bagi beliau, ketika di IMKK banyak magic yang berlaku. Di program tersebut bukan sekadar mengajar tentang cara berbisnes namun turut memberi kesedaran dan ilmu untuk mereka perbaiki hidup menjadi lebih baik.

Beliau yang ingin dipandang sebagai artis dari sudut yang berlainan ini berpendapat perlu untuknya mencari ilmu untuk memantapkan, expand dan membawa bisnesnya ke arah yang lebih jauh. Aura yang beliau rasa cukup berbeza dan yakin boleh menggandakan 100% peratus pendapatannya. Impian terakhir dari Che Ta adalah, “Bila you kaya, life you bagus”.

Beliau yang terkenal dengan produk Jus Goyang Rapat by RCW tak pernah rasa selesa dengan keadaan beliau sekarang kerana baginya ramai lagi insan yang perlu beliau bantu. Che Ta juga pernah berkongsi dengan kami, dunia artis memang indah tapi memerlukan pengorbanan masa yang tinggi.  “Bila time shooting berminggu-minggu kita keluar pagi nampak bulan, balik malam nampak bintang. Sampai bila nak bergantung hidup dengan cara macam ni?” Sebab itu beliau bersungguh-sungguh mahu mengembangkan bisnesnya.

Bagi Zain Saidin pula, pengakuan beliau dengan penuh rendah hati membuatkan kami terharu. Pada awalnya dia mengaku yang dia sedikit skeptikal terhadap program sebegini namun dia akui yang kadang-kadang dia rasa lost vision, lost track sampai benda simple pun dia rasa terlampau complicated.

Katanya lagi, beliau menyimpan harapan nak buat big marketing untuk bisnes kasutnya Zapatos by Zain Saidin dan alhamdulillah program IMKK ini adalah satu pintu rezeki yang Allah buka untuknya dapatkan ilmu. Berdasarkan pengalaman Zain di IMKK katanya program ini banyak mengajar beliau dalam mengenali, menggali dan menguasai diri mereka selain memperbaiki kelemahan diri. Bukan sekadar penguasaan diri tapi bagi Zain salah satu dari input yang sangat memberi kesan apabila mereka diberi peluang untuk menutup lompang kosong yang terdapat dalam hubungan keluarga.

Bagi Zain, matlamat utama kejayaan adalah apabila kita mampu mengumpulkan kegembiraan dan melalui rasa itulah kita akan peroleh kekayaan. Bagi beliau juga, dia hanya ingin berasa bebas dengan duit serta tidak mahu ada masalah kewangan, “Saya ingin duit bekerja untuk saya, bukan saya bekerja untuk duit”.

Jenama kasut Zapatos milik Zain Saidin telah meluaskan pasarannya dengan rangkaian koleksi kasut wanita pula dan yang menariknya 10% peratus dari keuntungan Zapatos by Zain Saidin ini juga akan disumbangkan ke Tabung Misi Bantuan Yemen.

Apa yang menariknya, Che Ta dan Zain Saidin sangat komited untuk hadir dan belajar di dalam program yang kami anjurkan. Mereka tak kekok untuk bergaul dengan orang lain, untuk berbincang dan menyertai semua aktiviti yang diadakan.

Alhamdulillah, moga besarlah pintu rezeki yang akan dibukakan untuk mereka selepas ini, “the more we give, the more we get back”, lebih banyak kita memberi lebih banyak yang kita akan dapat. Banyak sebenarnya kebaikan yang orang tak nampak bila kita hadiri majlis atau program ilmu ni.

Kadang-kadang ramai orang merasakan diri sudah terlalu bagus dari orang lain, dan tenggelam dengan skeptikal dan ego sendiri, sehingga mereka sanggup untuk tidak hadir ke majlis ilmu kerana merasakan diri dah tersangat betul. Dan selalunya ego inilah yang menjadi penghalang kejayaan sendiri. Jika Che Ta dan Zain Saidin sanggup buang status selebriti dan komited hadir berguru, kenapa tidak anda? Mulakan tindakan sekarang.

 

Dulu Penoreh Getah, Kini Digelar Tauke Sambal Garing Che Nor

oleh Team Richworks pada 16 June 2018

Siapa yang tak pernah dengar atau makan Sambal Garing Che Nor yang semakin menjadi tarikan ramai ketika ini. Puan Noraida Aznita Azizan, pengasas yang baru saja berusia 32 tahun ini agak bersemangat ketika Team Richworks bertemu dengannya untuk sesi Talk Show Mudahnya Berniaga pada 8 Ogos yang lalu.

Tidak lokek dengan senyuman, Puan Noraida menyambut gembira kedatangan kami ketika kami tiba di lokasi kilangnya. Mengimbas kembali kenangan di masa lalu cukup membuatkan beliau hilang senyuman di bibir. Tapi bak kata Tuan Radz, kegagalan yang berlaku setiap hari, setiap waktu dan setiap bulan itu adalah kunci kejayaan kita! Umpama air hujan yang turun yang memberikan sumber untuk tumbuh-tumbuhan dan juga menjadi sumber untuk air sungai yang mengalir.

Puan Noraida Aznida atau lebih mesra dipanggil Puan Noraida ini dibesarkan dalam keluarga yang menjalankan perniagaan Food Truck. Namun langit tak selalunya cerah, kedua ibu dan bapanya ditimpa masalah kesihatan yang membuatkan mereka terpaksa pulang ke kampung halaman untuk menoreh! Kebun getah yang dimiliki datuknya itu menjadi punca rezeki buatnya dan keluarganya untuk mencari sesuap nasi.

Lihat, berapa ramai antara kita yang mampu tanggung segala masalah seperti ini? Berapa ramai pula antara kita yang mampu tanggung kesedihan dan kegagalan dalam kehidupan? Puan Noraida hilang punca pendapatan daripada pelbagai masalah yang ditanggung.

Pun begitu, walaupun hidup dalam kesusahan, beliau mampu berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. Janji beliau kepada ayahnya, “Akak akan belajar bersungguh-sungguh, akak akan jadi seorang ahli korporat yang kaya dan berjaya untuk mengubah nasib keluarga kita. Akak nak beli kereta Honda kesukaan abah tu nanti!” Tapi janji hanya tinggal janji. Beliau abaikan pelajaran hingga akhirnya gagal!

Bagaimana untuk tebus kembali janji yang pernah beliau katakan dulu? Bagaimana beliau bangkit bermula tahun 2010. Apa perkara yang membuatkan beliau terus bangkit? Apa yang menyedarkan beliau? Jom saksikan sendiri kisah perkongsian jatuh bangun pengasas Sambal Garing Che Nor, Puan Noraida yang mampu membuatkan beliau bukan hanya seorang mangsa kegagalan dan kejatuhan suatu masa dulu tapi beliau kini berjaya bangkit dari keperitan hidup hingga berjaya!

 

 

Penat Lelah Terbayar di Master Your Business

oleh Team Richworks pada 16 June 2018

Program tiga hari berturut-turut yang dilangsungkan pada 21 hingga 23 Julai 2018 lalu pasti membuka mata semua peserta yang berjaya hadir pada program yang telah direka khas untuk membantu peniaga yang penat lelah menjalankan perniagaan seharian untuk ke tahap yang lebih baik.

Program yang bukan sekadar menjual dan memasarkannya sahaja ini turut dihadiri oleh peserta Titanium Premier, Titanium Circle serta peserta program Elite. Meriah sungguh program yang dianjurkan oleh Richworks untuk peserta dari pelbagai jenis industri bisnes. Peserta semuanya menunjukkan komitmen yang tinggi untuk meningkatkan tahap bisnes masing-masing.

Apa yang anda faham tentang program ni sebenarnya? Apa yang selalu berlaku adalah selepas peniaga atau usahawan tahu cara untuk memasarkan perniagaan setelah hadir ke Program Millionaire Marketing Mastery (MMM), perniagaan mereka mula jadi huru-hara. Jadi bisnes akan mula susah untuk diuruskan, dan mula berlaku banyak masalah kerana peniaga tidak mampu lagi menguruskannya seorang diri.

Bukan itu sahaja, apabila anda struggle dalam perniagaan sehingga tak nampak dengan jelas apa yang anda hendak buat dengan perniagaan anda itu, ini juga bermakna perniagaan anda tidak ada sistem sepenuhnya. Anda menjalankan perniagaan dari sehari ke sehari tanpa matlamat dan sistem.

Perniagaan sebegini sukar untuk berkembang dalam jangka panjang. Ianya juga mudah untuk tumbang. Ianya diibaratkan seperti sebuah bangunan tanpa asas atau “piling’ yang kukuh. Tiang-tiangnya mungkin tidak kuat dan tidak terbina dengan baik.

Jadi MYB adalah salah satu program yang boleh memperbetulkan operasi bisnes anda untuk jadi lebih kukuh, bersistem dan teratur. Pelbagai masalah yang dialami oleh syarikat mereka, pasti akan membuka mata ketika mereka menyertai program ini. Program yang memberikan kemudahan kepada usahawan ini juga mampu membuatkan peserta tunduk sepi menulis setiap point-point penting yang diberikan oleh Mentor, Dr Azizan Osman. Banyak juga ‘AHA’ moment yang membuatkan mereka masing-masing tak habis-habis mengatakan ‘ohhhh’, dan ‘aha!’

Tak dapat dinafikan, peserta-peserta yang hadir ke program ini turut bersemangat memberikan komitmen dalam setiap jam dan detik yang berlalu. Pengisian dalam program ini cukup memberikan mereka input yang banyak untuk mereka perbaiki dalam pengurusan perniagaaan masing-masing.

Perkara pertama yang harus mereka take note adalah memperbetulkan dahulu asas perniagaan mereka. Dari segi sales, marketing dan juga pengambilan staf yang bagus! Adanya staf yang tak tahu apa-apa mungkin boleh menjadikan syarikat huru-hara.

Yang keduanya, mereka turut didedahkan dengan ‘Design Your Company’ iaitu bagaimana untuk mereka cipta syarikat supaya menjadi lebih terurus dan bagus. Dan selepas mereka dah nampak arah tuju syarikat dan semakin stabil, baru lah mereka boleh mengembangkan syarikat 10x kali ganda! Adakah anda mahu membina perniagaan yang berjaya begini? Tepuk dada tanyalah diri sendiri!

 

 

5 Halangan Yang Buat Orang Susah Nak Ubah Hidup

oleh Team Richworks pada 15 June 2018

Nak mulakan hidup haruslah mempunyai impian! IMPIAN bukan sekadar hanya di mulut, tapi anda perlu menggapainya. Mereka yang mampu ubah hidup adalah mereka yang mempunyai impian. Dan percayalah impian itu adalah sebahagian daripada perjalanan hidup anda.

Namun harus diingat mempunyai impian sahaja tidak cukup. Contohnya, anda bangun pagi, pergi kerja yang mana akan drive diri anda untuk capai sesuatu pada hari tersebut. Jangan jadi seperti robot yang hanya melakukan perkara yang sama sahaja. Anda juga perlu faham dan perlu ada awareness tentang apa yang anda nak capai.

Terdapat dua jenis cara orang berfikir. Dan kita kategorikan ia sebagai Jenis Satu dan Jenis Dua. Jenis Satu adalah manusia yang hidupnya dah selesa. “Aku punya hidup dah okay.” Dia bersyukur dengan apa yang berlaku. Atau dalam bahasa mudahnya, kita kategorikan mereka sebagai pemikiran yang tersangkut dalam level yang sama. Mereka struggle dalam hidup tapi tak nak buat perubahan untuk dapatkan hidup yang lebih baik. Faham ke faham?

Jenis manusia yang kedua pula, ada pemikiran yang mahu upgrade hidup. Sentiasa fikir untuk mahu berkembang – growth mentality. Mereka mahu lakukan yang terbaik untuk hidup mereka dan juga orang di sekeliling mereka. Walaupun mereka dah berada di tahap yang selesa, namun mereka mahu berjaya. Dan selalunya orang yang berjaya adalah di kalangan manusia jenis dua.

Manusia yang tak nak berjaya ini mempunyai halangan-halangan yang membuatkan dia susah untuk ubah hidup! Apakah halangan-halangan itu? Jom kita semak 5 HALANGAN-HALANGAN YANG BUAT SESEORANG SUSAH NAK UBAH HIDUP!

1. Mereka lihat masalah itu sebagai masalah

Apa yang anda faham tentang kenyataan ini? Ya betul, selalunya orang yang tak nak ubah hidup atau tak nak berjaya ini mereka selalu jadikan masalah sebagai satu masalah yang tidak ada jalan penyelesaiannya. Mereka tak mahu cari solution terhadap masalah yang dialami. Bila dah ada masalah, stay je dengan level masalah tu. Langsung tak mahu selesaikannya. Ingat! Kalau nampak masalah itu adalah masalah, cuba cari jalan untuk selesaikan masalah itu.

Berapa orang yang perasan masalah yang sedang anda alami itu lah PELUANG. Cuba anda fikirkan, jika tiada masalah, mana nak wujud peluang dalam hidup. LAGI BANYAK MASALAH, LAGI BANYAK PELUANG.

Bisnes wujud sebab masalah. Kalau tiada masalah, tak wujudlah Air Asia, kalau takda masalah tak wujudlah orang yang berniaga pagi-pagi, sarapan pagi sebab anda tak sempat untuk sediakan sarapan pagi. Kalau takda masalah tak wujudlah pelbagai perkara, peluang dalam hidup ini. Orang yang nampak masalah ini adalah peluang, mereka akan terus berada pada level yang berbeza.

Di mana ada masalah di situ ada peluang. Di mana ada peluang, di situ akan ada RUANG dan POTENSI. Dapat sesuatu?

2. Hangat-hangat taik ayam

Okay, kita berbalik kepada isu saya sendiri, macam mana nak kuruskan badan walaupun dah bertahun-tahun cuba tapi tetap GAGAL! Ini lah yang kita maksudkan iaitu berada di point hangat-hangat taik ayam. Bila kita nak buat, kita ada semangat, tapi kita tidak ada persekitaran yang meletakkan semangat itu untuk sentiasa terbakar.

Nak kuruskan badan tapi tiada semangat yang membara-bara. Cuba untuk buat, tapi api yang membara tu padam tanpa disedari!. Faham ke faham? Bila nak lakukan sesuatu, kita perlu mempunyai semangat yang jitu. Once dah bergerak ke hadapan, jangan cuba untuk patah balik.

Ketika saya dalam proses untuk kuruskan badan – menuju berat ideal Azizan Osman, saya lihat dalam proses nak capai impian tak kisahlah dalam bisnes ataupun kewangan, kita akan berada di satu tahap yang tidak selesa. Contohnya, saya sendiri tidak selesa untuk duduk sekali dengan orang yang badannya fit dan kurus! Sekejap mungkin okay, tapi kalau lama-lama, saya akan rasa malu dan tak yakin untuk duduk sama-sama. Saya rasa saya orang yang paling besar dan gemuk di kalangan mereka.

Di sini ada dua perkara yang akan berlaku, sama ada saya mahu sabotaj diri saya sendiri untuk duduk bersama dengan rakan-rakan orang gemuk supaya saya akan rasa saya yang paling ‘kurus’ daripada yang paling gemuk atau saya pilih untuk duduk dengan orang yang lebih fit supaya mereka akan bagi tekanan kepada saya untuk jadikan badan fit seperti mereka juga! Faham sesuatu?

3. Banyak alasan

Kesalahan orang yang tak nak ubah hidup adalah suka ‘kentut’ di mulut. Ada saja benda yang buat dia mengomel di mulut. Apa alasan yang dia tak bagi? Kerajaan tak bantu lah, mak aku bukan orang senang lah, keadaan tak sesuai lah, hujan lebat lah, baca tak bagus lah, pokok tak tumbuh lah. Semua jenis alasan yang dia akan bagi kenapa dia tak boleh berjaya.

Tapi mereka ini tak akan cakap kenapa mereka tak boleh berjaya. “Sebab aku yang malas, sebab aku yang tak boleh berjaya. Aku sendiri yang tak mahu buat tindakan, aku sendiri yang tak mahu bagi komitmen, aku sendiri yang hawau, kata orang Melaka.” Ni lah masalah ramai orang! Terus memberi alasan, alasan dan alasan!

4. Suka dengar cakap orang yang salah

Orang mudah untuk bercakap dan berkata-kata. Di media sosial contohnya, ramai orang yang tak layak untuk bercakap. Maksudnya, tak layak dari segi memberikan pandangan salah terhadap seseorang.

Sebagai contoh, kita nak berniaga tapi tanya dengan orang yang tak pernah berniaga – orang yang makan gaji, yang TAK AKAN berniaga. Nak berniaga, anda harus tanya orang yang tengah jalankan bisnes itu ataupun orang yang telah berjaya dalam bisnes ataupun orang yang gagal dan dia bangkit balik dalam bisnes.

Percaya dengan prinsip results matters. Jangan buang masa dengan bertanya orang yang salah. Dalam Facebook, Instagram ataupun media sosial yang lain, kita boleh tanya dan semua orang boleh beri pendapat dan pandangan kerana ianya percuma. Masalahnya semua orang sanggup beri pendapat dan pandangan tapi adakah mereka sanggup untuk bertanggungjawab dengan pendapat yang diberi?

Belajar dari results orang yang dah berjaya dalam perniagaan, tengok pengalaman dan kisah mereka. Kita tak akan tahu potensi kita yang sebenar jika duduk dengan orang yang macam kita. Kita nak tahu potensi kita yang sebenar, kita kena duduk dengan orang yang lebih hebat dan berpotensi dari kita. Semudah ABC!

5. Tak fokus

Kegagalan ramai orang adalah tak fokus. Mereka ni adalah orang yang senang lari fokus. Kejap nak buat A, kejap nak buat C, kejap nak buat D dan kejap nak buat Z. Mereka ini adalah senang distracted. Bila anda nak mulakan sesuatu, habiskannya. Ini adalah cabaran ramai orang kenapa dia tak boleh berjaya. Dia tak boleh pegang sampai habis, hangat-hangat taik ayam, buat last minute atau halfway.

Saya ada guide orang yang bermula dari bawah dan kini salesnya juta-juta. Mereka ini adalah orang yang fokus yang buat sesuatu perkara sampai habis. Mereka juga dapatkan guidance bagaimana untuk menjalankan perniagaan. Mereka fokus dan dengar setiap langkah dan fasa sebab bisnes ni mempunyai fasa yang berbeza dan setiap fasa memerlukan mentaliti, ilmu,  upgrading, dan strategi yang berbeza. Ini adalah sebab anda perlu fokus apa yang anda nak capai dalam setiap langkah dan peringkat dalam hidup.

Kesimpulannya, semua benda tak senang. Tak ada benda yang senang. Nak buat bisnes tak senang, kerja pun tak senang, hidup pun tak senang. Mati pun tak senang. Pointnya adalah buat yang terbaik dalam hidup, buat terbaik dengan apa yang kita ada dan mudah-mudahan apa yang kita buat menjadi manfaat kepada orang lain.

 

 

Chef Robert Irvine Kongsikan 5 Cabaran Pemilik Restoran dan Cara Uruskan Cashflow

oleh Team Richworks pada 15 June 2018

 

Chef terkenal Robert Irvine yang mengacarakan rancangan Restaurant Impossible bercerita tentang pengalaman sedih beliau ketika berhadapan dengan pemilik sebuah restoran di Massachusetts, Amerika Syarikat. Rumah pemilik restoran itu telah disita kerana menerima perintah mahkamah akibat kegagalan membayar sewa ansuran bulanan.

Puncanya kerana pemilik restoran tersebut tidak mampu membuat jualan yang baik dan kegagalannya dalam menguruskan cashflow sehingga menyebabkan mereka terpaksa berhutang.

Robert Irvine sendiri terpaksa menutup operasi salah satu restoran miliknya kerana gagal untuk membuat untung dan terlampau sibuk. Team pengurusan dan operasinya juga gagal menguruskan restoran itu dengan sebaiknya.

Kegagalan yang beliau pernah hadapi ini menyebabkan beliau semakin fokus untuk mengendalikan rancangan Restaurant Impossible yang disiarkan di saluran Food Network. Restaurant Impossible adalah rancangan realiti TV untuk make-over restoran yang hampir tutup sekiranya pemilik tidak melakukan penambahbaikan. Robert Irvine bukan setakat melakukan penambahbaikan dan pemulihan dari segi penampilan restoran, tapi beliau juga memberi nasihat tentang cara melatih staf, aspek kebersihan restoran dan cara menguruskan cashflow.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Ohio State University, 60% peratus dari restoran yang baru dibuka akan gagal dalam tahun pertama dan 80% peratus yang berjaya di tahun pertama takkan mampu untuk bertahan sehingga tahun kelima.

Dan menurut Robert Irvine, sepanjang beliau mengendalikan rancangan Restaurant Impossible sejak tahun 2011, sebab utama banyak restoran gagal adalah kerana isu pengurusan cashflow yang teruk. Berikut adalah 5 cabaran utama yang terpaksa dihadapi oleh pemilik restoran.

  1. Pemilik restoran yang kurang ilmu

Robert Irvine berpendapat yang ramai orang membuka restoran kerana mereka fikir mereka tahu memasak, tapi tanpa mereka sedari, mereka sebenarnya tidak tahu langsung bagaimana nak kendalikan operasi sebuah restoran. Seperti kata Dr Azizan Osman, “Kalau kau pandai masak kek paling sedap, tapi kau tak pandai nak buat marketing, kau makanlah kek tu seorang diri!”

Pandai masak, pandai buat pemasaran dan pandai mengendalikan operasi sesebuah restoran adalah kemahiran yang tidak perlu dimiliki oleh semua pemilik restoran. Sepatutnya, mereka hanya perlu tahu bagaimana nak mengendali dan menguruskan restoran dan yang selebihnya mereka boleh melantik orang lain untuk melakukannya. Seorang chef terbaik tak tentu lagi boleh menguruskan cashflow sesebuah restoran. Begitu juga seorang pemilik restoran tak semestinya perlu tahu bagaimana nak memasak semua resepi!

  1. Pengurus restoran yang tak berpengalaman

Cabaran yang pemilik restoran selalu hadapi apabila mereka terpaksa melakukan semua kerja sendiri atau bila mereka melantik pengurus restoran yang kurang cekap.

Banyak restoran tutup akibat dari pengurus restoran yang tidak tahu menguruskan kakitangan, menyebabkan kakitangan mudah berhenti. Mereka juga tidak tahu menguruskan cashflow yang mengakibatkan banyak pembaziran berlaku seperti pembaziran sumber bahan mentah, stok berlebihan, harga pembekal yang tinggi dan ini semua menyebabkan kos operasi semakin tinggi.

  1. Tiada kakitangan khas menguruskan akaun

Dalam setiap episod rancangan Restaurant Impossible, selalunya Robert Irvine akan bertanyakan 4 soalan penting iaitu:

  • Apakah kos operasi?
  • Apakah kos buruh yang terlibat?
  • Bagaimana mereka kira keuntungan?
  • Adakah kos bahan mentah adalah mengikut harga terkini?

Dan kesilapan besar yang ramai pemilik restoran ialah mereka tidak ada sistem untuk merekodkan kos, perbelanjaan dan hasil jualan yang diterima.

Semuanya adalah akibat tidak ada individu khas yang menguruskan akaun. Selalunya, ianya dibuat oleh pemilik restoran sendiri yang sibuk dengan pelbagai urusan lain.

  1. Tidak memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan

“Dari cara anda sambut kedatangan pelanggan di pintu masuk sehingga anda hantar mereka keluar setelah menikmati hidangan, ianya menentukan jumlah keuntungan yang anda akan dapat.” Bagi Robert Irvine, ramai pemilik restoran tidak pentingkan perkara ini.  Mereka tidak faham bagaimana memberikan pengalaman terbaik akan menyebabkan pelanggan datang dan datang lagi dan ini membantu restoran mendapat keuntungan serta meningkatkan aliran masuk duit bisnes.

  1. Tidak tahu menyediakan makanan dan ‘food presentation’ terbaik pada harga berpatutan

Ramai pemilik restoran mengabaikan aspek menyediakan makanan terbaik dan ‘food presentation’. Mereka tidak ada satu standard yang khusus dalam menyediakan makanan pada tahap qualiti yang terbaik.  Mereka tidak tahu bagaimana hendak menjadikan sesebuah sajian ‘kelihatan sedap’ hanya dengan melihatnya.

Mereka tak faham, bagaimana rasa dan presentation yang baik boleh membantu meningkatkan jualan.

Dan ramai pemilik restoran menyajikan saiz hidangan yang salah dan tak berpatutan dengan harga. Saiz hidangan biasanya terlalu besar dengan harga yang tak berpatutan. Jika anda pernah tonton Restaurant Impossible, anda boleh lihat bagaimana Robert Irvine mengecilkan saiz hidangan tetapi membanyakkan garnish (hiasan) yang terdiri dari salad dan tomato yang lebih murah kosnya tetapi boleh menghasilkan ‘food presentation’ yang menarik.

Jika anda ingin membina kerjaya atau memulakan bisnes restoran, pengurusan cashflow adalah satu perkara utama yang tidak boleh dipandang ringan. Selain itu, ilmu dan pengalaman pemilik dalam pengurusan bisnes, kakitangan yang berpengalaman, pelanggan yang sentiasa puas hati serta penyajian makanan yang menarik dengan harga berpatutan, semuanya adalah faktor yang saling berkait dalam menentukan kejayaan bisnes restoran.

 

 

Dari Meja Dr. Azizan Osman – Kunci Keberkatan Rezeki Adalah Melalui Silaturrahim

oleh Team Richworks pada 13 June 2018

The Power of Silaturrahim – satu perkara yang saya selalu tekankan kepada anak didik saya dalam hampir setiap program yang saya adakan ialah pentingnya menjaga Silaturrahim.  Sebesar manapun cita-cita dan impian, sebagus mana tindakan yang anda buat, selagi anda memutuskan atau tidak menjaga silaturrahim, susah untuk anda berjaya.  Kalau berjaya pun, macam ada banyak halangan yang anda akan tempuhi.

Hari raya adalah peluang terbaik untuk kita saling membina silaturrahim.  Bila Raya, adik beradik dan saudara mara akan balik kampung dan saling berkumpul. Inilah masanya untuk kita bertanya khabar dan bertukar cerita.

Satu perkara yang kita perlu ingat, ialah adab.  Adab dalam kunjung mengunjungi, adab dalam berkomunikasi dan adab dalam membina silaturrahim.  Ada orang bila dia berkunjung ke rumah sanak saudara atau berkumpul bersama keluarga, mereka kurang menjaga adab dalam tutur kata.  Mereka suka bercakap tentang perkara yang mudah dijadikan isu perbalahan seperti isu politik, dan suka bertentang pendapat.

Tak salah sebenarnya untuk berbual topik seperti itu, tapi janganlah sampai asyik kita saja yang nak menang. Hormati juga pendapat orang lain.

Paling saya sedih bila dengar cerita tentang hubungan yang tak berapa bagus antara ibu dan anak, ayah dan anak, adik beradik, kakak dan abang, suami dan isteri sedangkan inilah kunci kemurahan rezeki dan keberkatan dalam hidup.

Kepada yang bergelar isteri, kunci keberkatan anda adalah ada pada suami.  Untuk suami, kunci keberkatan anda adalah pada ibu dan ibu mertua. Tapi inilah yang payah untuk kita jaga.  Kadang-kadang, ketika mereka masih ada di depan mata, kita buat tak endah, kita jadi lebih pentingkan diri sendiri dan bila mereka dah tak ada baru lah kita nak merindu-rindu dan tercari-cari kasih sayang mereka.

Sebab itu saya tekankan perkara ini – The Power of Silaturrahim dalam Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) kerana saya dah lalui semuanya, dan saya tahu betapa rugi dan tak berkatnya hidup jika kita tak menjaga silaturrahim.

Anda boleh juga tonton video raya hasil karya Team Richworks. Segalanya tentang silaturrahim.

Di kesempatan ini, saya dan Richworks ingin memohon ampun maaf atas kesilapan kami dan mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.  Ambil kesempatan di cuti raya yang panjang ini untuk saling membina dan meneguhkan silaturrahim.

 

Salam Sayang,

Dr Azizan Osman

 

Montage IMKK November 2018 – Kebahagiaan

oleh Team Richworks pada 22 May 2018

Kesedihan, kesengsaraan, penderitaan dan keperitan.. itu lumrah kehidupan.

Setiap perkara yang berlaku pada kita ada kunci untuk kita ubah segalanya. Apa kunci yang perlu kita cari? Di mana? Apa kebahagiaan yang kita mahukan?

Siapa yang nak ubah hidup, ubah diri? Siapa yang tercari-cari jalan keluar? Semua jawapan ada di Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK).

 

 

10 Leadership traits that we could learn from the 7th Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad

oleh Team Richworks pada 15 May 2018


9th May 2018, the day Malaysians witnessed unbelievable radical change for the first time in the political history of this country.

And how did this all happen? It took one MAN with a VISION on a MISSION to help REFORM MALAYSIA.

Reflecting on the recent scenario that has impacted every individual in this thriving nation, both rivals and supporters are impressed by the leadership of one man to bring about change in the next 5 years.

Now what makes this man so remarkable and to be the talk of the town and the world is his compelling LEADERSHIP.

That’s one reason why I love observing leaders. I enjoy reading and following their journey. Being able to reflect on the reasons I admire countless leaders opens my eyes to the qualities of Great Leadership.

What makes a Great Leader?

As far as I can recall, my childhood years till I was a young adult were during the 22 years reign of Tun Dr Mahathir Mohamad as the 4th Prime Minister back then.

In general, life for Malaysians were rather peaceful with a sense of growth and progress for the country though there may be differing opinions on this subject.

Since then, I have always admired Tun as a great leader to this country. I was so inspired by him, so much so that I even adapted my signature similar to his.

Today, in my private circle business coaching and mentoring session, I laid down 10 things that Tun has done right in “leading” the changes in the government together with all the parties that were once his foe and opponents.

How could this be possible?

It wouldn’t have materialized unless it’s being done by a person who has great leadership traits. And this brings my point to how you could apply these traits at work and in leading your businesses, organizations and team.

  1. The Power of Alignment – Setting a clear Vision

A great leader possesses a clear vision. He is courageous to lead that vision and has a clear focus of what needs to be done to attain that vision.

In many circumstances in the past few weeks leading to the elections, we saw one very clear role that Tun and his team of leaders had. They all led the role of articulating a clear vision for the future of Malaysia with a 100-day manifesto and this short-term vision gave hope to Malaysians of what Malaysia could be in the next 5 years to come if they are the governing administration.

Tun not only united the parties for a common goal but he was able to influence and unite the hearts of the rakyat to achieve this one similar vision – to REFORM MALAYSIA.

However, this success and responsibility is not just a one-man task. The right timing and the role of the people is also significant. Though the parties have been rivals for years, they were forced to be united by the power of the people.

As with your organizations, your executives and employees could be working hard no doubt. But most of the time, they are not successful because they are all busy with their own goals and are not aligned with one another in achieving one common goal.

Thus, in business, the power of alignment between a leader and the team plays a significant role in ensuring the vision, goals and objectives are met.

  1. Identifying the same purpose – The Big Why and the common frustrations

What are the main drivers of frustration for your team at the work place? What are the frustrations of your clients? In this context, what are the common frustrations of the rakyat. What are the common identifiable struggles? What’s the future frustration if the problem is not resolved now?

Identifying the root problem is the foundation of addressing the common frustration as the livelihood of the rakyat depends on this. Likewise, if you don’t know what the critical issues and problems are faced by your team and clients within your organization, they will resort to other leaders, other products and brands or to any other available options to help them solve their frustrations.

That’s why understanding, identifying, and eliminating the causes of frustration is critical for success.

Being a leader requires a lot of soft skills as you need to make sure that your team is comfortable with the goals that you are setting for the team. What is the Big Why for your team? Your organization? Why do you do what you do?

Leaders need to have a better working strategy and make sure that each and every one on the team is focused on achieving the same Big Why and results. This is what separates a high performing team from failing or underachieving.

Common goals are important not only because it gives your team focus on the big picture but because it brings people together and encourage them to communicate problems and results. This allows for a much earlier and faster recognition of problems to address as you progress to achieve your goals.

An obvious thing we have witnessed is the common goals and frustrations addressed by Tun and the party leaders. If that connection wasn’t clear, they would have been on shaky grounds. And by addressing the frustrations of the rakyat, they have minimized and eliminated fear, doubts and uncertainty about the rakyat’s future.

As such, it is critical to identify the common values of your team members. Goals need to be aligned with common values or you definitely won’t get people buying in.

  1. Harnessing teamwork by negotiating for one coalition on an agreed and acceptable win-win formula for all parties involved

Being a strategic planner, Tun first garnered teamwork by uniting the 4 parties to be represented as 1 united coalition for the 14th General Elections. By doing this, he had reduced confusion among the voters and lessened the dispersion of votes. So, voters did not have to decide among the 4, they just had to choose 1 unified party.

Imagine if Tun had not done so, the voters would have been undecided to elect their representatives as there are about 9-10 parties including the independent candidates.

It was definitely not an easy feat to unite the 4 parties as one, and this leads me to my next point – the negotiation skills of a leader, his ability to influence without authority and his proposed winning formula for one coalition.

  1. Negotiate with the decision makers, the right people with influence over others

A key skill relevant to leaders at all levels is the ability to positively influence people in such a way that others follow and act willingly, as opposed to complying because of the authority factor. This is the power to influence others without imposing your authority.

It’s a great skill that you could develop over time and with experience but it’s definite a powerful skill to have when you are able to influence others to voluntarily and willingly act out of their own will just by sharing your vision or negotiating for common values and benefits.

Enemies. Rivals. Adversaries. Foes. Competitors. Haters. Critics. Skeptics. Sadly, in politics and business, we all have them.

They make our lives more difficult and less pleasant. And regrettably, enemies will always exist in your life. But they are just an additional obstacle on the way towards your goal. If you look for solutions, you can defeat them or make them your allies. We all have the ability to win over our enemies.

Let me explain. Here’s how. Win them over with collaboration and cooperation.

Sometimes you can’t ignore them. If so, it is better to enlist the help of these people, rather than oppose them. Tell them that you understand their concerns. But tell them too that their help and support is very important to you. This is where the power to negotiate comes to play.

You must first understand your rivals. Who are they? What are their goals? Why do they oppose you? It’s the same scenario in the work place. Your rivals could be your colleague, your boss, a customer or anyone related to your work and business. Study them, their strengths and weaknesses and propose your winning formula for cooperation that benefits both you and your rival.

With great humility, Tun met his opponents requesting for collaboration and cooperation. As we know, the opponents and Tun himself have had a painful past and unpleasant experiences, but for a common goal, they are willing to be professionally united though with differences in opinions. They are willing to let go of the past to achieve a higher goal that mutually benefits everyone for the future.

  1. Lead from the front – Be the example

The key factor to any leader is connection to the people they are leading. Who are the people that you are leading and do they believe in you? To be a great leader, first and foremost, mutual trust between you and your team is essential.

Nobody is going to give their all for a leader who can’t be forthright with the information or fails to keep up their end of a deal. Responsibility and dependability are critical traits of a great leader, and it earns respect from those who are working with you to achieve your vision.

At the end of the day, the key to effective leadership is commitment to the cause, being the first on and the last off the battlefield.

Did Tun and the party leaders portray this? Definitely they have led by example. They did their homework, they met the rakyat at grass-root level, they addressed their concerns, they communicated clearly with everyone and they shared with clarity how they plan to resolve the problems of the rakyat.

Is that a winning formula? I would say yes.

  1. Declaring the winning manifesto which reflected the key frustrations of the people. Understanding what people want.

Why is it important to understand what people want? What do your clients or customers want? What do your employees want?

Basically, the social perception involves you as a leader being able to identify the mental states of others, their thoughts by putting yourself in someone else’s shoes. This helps us understand their beliefs, feelings, experiences and intentions.

By understanding someone means you have the ability to empathize with that person. You are able to think along the lines of what the other person is thinking. You are able to reason out what transpired in someone’s mind before doing what they have done.

For example, understanding why did the rakyat protest the previous government? Or why did your customer buy from a competitor? Why did your employees leave?

Understanding with empathy is important because it helps us understand how others are feeling so we can respond appropriately to the situation. When you are able to empathize with others, you can build and sustain meaningful relationships, hold a job, or client effectively.

And the winning formula with the rakyat was creating a manifesto that understands and empathizes the rakyat’s frustrations.

  1. Tun has been consistent in “advising” and “demanding for changes” up to the point that he is even willing to do whatever it takes to create the change

Tun had always been outspoken in his views with regards to the progress of the country and the direction that the nation was heading to even long after his retirement 15 years ago.

He was always consistent in championing causes for the rakyat’s future. He wrote on his blogs, he spoke in public, he addressed the media, he collaborated with people, he met his opponents with humility, he admitted and apologized for his past mistakes, he adapted technology, he embraced young people, he in fact did everything possible to ensure he achieved his goal. And that every effort he built consistently over 15 years gave him his biggest victory.

Similarly, growing and running a business takes a tremendous amount of roll-up-your-sleeves and hard work. The long hours and “do whatever it takes to get the job done” work ethic is important to achieve success especially in the early phase of your business.

And as leaders and entrepreneurs, if you’re going to do it, do it well, do it right. Be a role model for others to follow. You have to push yourself to be the best in what you do and stay laser-focused till you achieve success.

  1. Push till the last mile – Never give up

Sometimes, there comes times in the lives of all great leaders when they are pushed to their physical, emotional, mental or spiritual limits. Fatigued, exhausted and drained by their experiences, they still relentlessly pursue their journey. They never give up.  It is their attitude and mindset to hold on to their hopes, dreams, determination and life’s purpose.

When the rakyat was rather uncertain on the victory rate of Tun and his party due to various known and unknown factors, Tun and his team still pursued relentlessly to campaign till the last mile. They exhausted every single medium, resources and people to reach out to the rakyat to champion for a common goal.

We`ve seen the content on social media, the virality of the news, the uprising of the rakyat and the gathering by thousands of people all over the country in every medium and platform.

The leaders were willing to sacrifice their time, resources, energy and effort to be that servant leader of love, caring and hope for the rakyat.

Would you do the same for your people, your team or your customers?

  1. Constantly updating and communicating the progress to build trust, confidence and to gain more support

Communication is at the core of every political campaign. Certainly, issues like the economy, GST, unemployment, money laundering and policies matter, but the way Tun and the leaders conveyed their ideas to the voters hinges their success and ability to communicate messages effectively to the people.

Today, political parties no longer determine the election. The leaders and candidates must appeal to the voters directly and with greater frequency. They have to sell themselves to grab people’s attention. And we’ve seen in the recent elections how social media has aided these leaders in their quest to effectively engage voters.

Leaders are communicators. Their key responsibilities are to “communicate, communicate and communicate even more.” Why? Because communication is fundamental to building trust.

It creates an environment of trust around leaders that enables them to lead effectively, engage employees and ultimately deliver results. And building trust in an organization requires a personal effort on the part of the leaders themselves besides team effort.

  1. Committed to Leadership

What does it mean to be a committed leader?

First of all, making a commitment involves dedicating yourself to a person, to something or to a cause. A commitment obligates you to do something. And leadership is a decision and obligation that you have towards others.

Are you prepared to lead the way to whatever you believe is right? We’ve all worked with leaders who show up every day with such determination, and others who are just there. Real leaders accept responsibility as the heads of their teams, and they’re always working to do things better.

And once you’ve made that deliberate decision to be a leader, you must accept that the expectations are higher for you than for everyone else in your organization. You have a duty to your team, your customers, and your community.

To make a vision stick, you have to be committed to a set of core values that will bring the vision to life.

You need to understand that the values that you uphold as a leader will determine the behaviors, the culture and the success of your organization.

And when you do all that, your customers, your team and your people can see the difference.

As leaders and entrepreneurs, you must remember that you are not here merely to make a living or achieve your own success. You are here in order to enable the world to live more abundantly, with greater vision, with a greater spirit of hope and achievement. You are here to enrich the world with your presence.

And this is what we see in Tun’s leadership. “Tun walks the talk.”

A wise quote from Ronald Reagan, the 40th U.S. President, “The greatest leader is not necessarily the one who does the greatest things. He is the one that gets the people to do the greatest things.”

Didn’t we all witness this on 9th May 2018? This day will be a day in the history of our country and the world for generations to come, and it is all because of one remarkable man and a great leader, Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

Azizan Osman
Founder, Richworks International
Entrepreneur & SME Business Training & Coaching Consultant Firm
_____________________________________________________________

The writer is a renowned world class Business & Marketing Growth Strategist & Accredited International Master Coach for Entrepreneurs & Small & Medium Businesses

Any opinions, findings, and conclusion or recommendations expressed in this material are those of the author for the purpose of education on leadership.

 

10 Sifat Kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad

oleh Team Richworks pada 14 May 2018

9 Mei 2018, Satu hari yang telah mencatatkan momen penting di mana rakyat Malaysia telah menyaksikan perubahan yang drastik dan besar telah berlaku buat pertama kalinya dalam sejarah politik negara.

Dan bagaimana ini semua boleh terjadi? Sesungguhnya kebangkitan dan transformasi baru untuk sebuah Malaysia ini memperlihatkan seorang insan yang hadir dengan misi dan visi yang kukuh untuk masa depan negara.

Mengimbau kembali senario politik Malaysia yang baru saja membawa ombak perubahan besar pada setiap satu individu yang bergelar warganegara ini, kedua-dua pihak penyokong dan pembangkang dengan kepercayaan politik masing-masing begitu mengagumi sifat dan dasar kepimpinan insan hebat ini yang dikatakan akan mampu untuk membawa perubahan besar dalam masa 5 tahun akan datang.

Apa yang membuatkan insan ini begitu signifikan hingga menjadi bualan di bibir setiap seorang warga Malaysia dan dunia adalah berpaksikan pada sikap kepimpinan beliau yang luar biasa.

Satu sebab kenapa saya amat gemar memerhati dan menganalisa pemimpin yang hebat adalah untuk mengambil iktibar pada gaya dan ketokohan kepimpinan mereka. Saya rasa lapang dan gembira membaca serta mengikuti perkembangan mereka. Kerana ‘hobi’ ini juga, mata dan minda saya ibarat dibuka dengan lebih luas lagi tentang kualiti-kualiti yang mendorong pada pembentukan sikap kepimpinan teladan yang hebat.

 

Apa yang menjadikan seorang pemimpin itu hebat?

Seingat saya, sewaktu kecil dahulu hinggalah pada anggaran usia belia adalah tempoh masa 22 tahun pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-4 Malaysia.

Secara umumnya, kehidupan rakyat Malaysia lebih aman diiringi kadar pertumbuhan dan perkembangan ekonomi Malaysia yang seimbang. Ini mungkin berbeza pada pandangan orang lain, namun secara dasarnya, semua masih terkawal.

Sejak dari itulah saya membina rasa kagum pada beliau sebagai seorang pemimpin. Saya begitu terinspirasi dengannya hinggakan tanda tangan saya pun diadaptasi daripada gaya beliau.

Hari ini, saya berkongsi dengan sekumpulan anak didik saya dalam sesi coaching business tentang 10 perkara yang saya kira tepat yang telah dilakukan oleh Tun dalam memimpin barisan perubahan negara bersama kesemua parti yang sebelum ini adalah penentangnya.

Bagaimana ianya berlaku?

Semua ini takkan terjadi jika ia tidak dipacu oleh insan yang memiliki ketokohan kepimpinan teladan yang hebat. Sikap ketokohan inilah yang menjadi poin utama saya untuk anda aplikasikan dalam memandu bisnes, organisasi mahupun kumpulan anda.

 

  1. The Power of Alignment (Kuasa Pelarasan) – Menetapkan Matlamat Yang Jelas

Ketua yang hebat memiliki matlamat yang jelas. Beliau cukup berani untuk memandu ahlinya ke arah visi tersebut dan memiliki fokus yang tetap tentang apa yang perlu dilakukan dan dielakkan dalam mencapai matlamat tersebut.

Dalam banyak-banyak hal yang berlaku beberapa minggu sebelum pilihan raya, terlihat satu tugas utama Tun dan barisan ketua yang dimilikinya – mereka mempunyai tugas untuk sentiasa menyebarkan misi dan visi yang jelas pada rakyat tentang masa depan Malaysia. 10 Manifesto 100-Hari mereka adalah matlamat jangka pendek yang mereka janjikan pada rakyat memberi gambaran besar tentang apa akan terjadi pada negara ini dalam masa 5 tahun akan datang andai mandat itu diberikan pada mereka.

Tun bukan sahaja menyatukan kesemua parti lawannya dahulu dengan satu misi utama, namun beliau juga turut mampu mempengaruhi dan menyatukan hati-hati rakyat negara ini untuk turut sama mencapai visi membentuk semula Malaysia yang baru.

Kejayaan dan tanggungjawab ini memang bukan tugas satu pihak sahaja. Waktu yang tepat juga turut memainkan peranan dan masyarakat turut menyalurkan kuasa mereka. Parti-parti tersebut telah berlawan habis-habisan selama bertahun-tahun. Sebagaimana organisasi anda, pastinya kesemua eksekutif dan pekerja anda berusaha berjuang sehabis baik.

Tapi kebanyakan waktunya mereka masih tidak berjaya ialah kerana setiap satu individu itu memainkan peranan mereka secara individu dan tidak bersama. Semuanya sibuk dengan matlamat sendiri dan tidak selari dengan satu sama lain dalam mencapai matlamat yang satu.

Berbalik pada situasi bisnes, kuasa penyelarasan antara ketua dan anak buah memainkan peranan penting dalam nemastikan visi, misi, matlamat dan objektif perniagaan tercapai.

 

  1. Mengenalpasti matlamat yang sama – Big Why dan kebengangan

Apa punca utama kebengangan di organisasi anda? Apa kebengangan pelanggan anda? Dalam konteks ini pula, apa yang dibengangkan oleh rakyat? Apa kesulitan mereka yang telah dikenalpasti? Dan apa kesulitan yang bakal terjadi dengan lebih buruk lagi jika masalah hari ini tidak diselesaikan segera?

Mengenalpasti akar umbi pada sesebuah masalah adalah asas utama dalam mencari kebengangan rakyat. Hidup mereka terbeban dengan apa? Sama juga jika anda tak tahu apa isu kritikal dan masalah yang dihadapi oleh organisasi bisnes anda dan juga pelanggan-pelanggan anda, mereka akan mula berubah dan beralih arah kepada solusi lain yang menawarkan pilihan lebih baik dalam membantu mereka.

Sebab itu pentingnya untuk anda fahami, kenalpasti dan singkirkan punca kebengangan ini dalam langkah menuju kejayaan yang diimpikan.

Menjadi seorang ketua memerlukan anda untuk memiliki banyak skil interpersonal dan intrapersonal yang mantap. Ini supaya anda mampu memastikan bahawa pekerja organisasi anda selesa dan bersedia dengan matlamat yang anda sediakan untuk mereka. Apa Big Why organisasi anda? Kenapa anda buat apa yang anda buat sekarang?

Sebagai ketua anda perlu mempunyai strategi yang berkesan dan perlu pastikan setiap satu anak buah anda turut sama fokus dalam mencapai Big Why dan hasil yang sama. Ini yang membezakan antara kumpulan yang berjaya dan yang gagal.

Selari dalam matlamat yang dituju bukan saja memberikan organisasi anda fokus yang lebih mendalam tentang gambaran utama kejayaan tapi juga ia mampu membawa mereka untuk bersatu hati dan saling berkomunikasi tentang masalah dan juga hasil yang dimahukan. Perkara ini membenarkan anda untuk kenalpasti masalah atau cabaran yang mungkin menghalang anda mencapai matlamat anda dengan lebih awal.

Satu perkara paling signifikan yang kita dapat saksikan ialah harapan dan kekesalan utama rakyat yang dikenalpasti oleh Tun dan sekutunya. Jika dua benda ini tidak jelas, mereka tak mungkin akan bertapak kukuh dalam mata masyarakat. Dengan cara mengenalpasti kekesalan rakyat, mereka meminimumkan dan lantas membuang ketakutan, sangsi dan ketidakpastian tentang masa depan rakyat.

Sangat kritikal untuk anda kenalpasti nilai persamaan dalam kumpulan anda. Matlamat ini perlu diselarikan dengan nilai anda supaya organisasi akan nampak kukuh di mata pelanggan.

 

  1. Mewujudkan kerjasama antara parti dengan formula yang dipersetujui secara bersama

Sebagai perancang strategik, Tun mewujudkan kerjasama erat antara 4 parti besar yang mewakili 1 unit pakatan dalam Pilihan Raya Umum ke-14. Dengan ini, kekeliruan pengundi berkurang dan risiko pecah undi turut diturunkan. Para pengundi tidak lagi perlu memilih satu antara 4 parti. Mereka hanya fokus pada 1 pakatan.

Bayangkan jika Tun tidak berbuat demikian, para pengundi pasti akan berbelah bahagi untuk memilih wakil mereka kerana akan ada 9-10 parti yang bertanding termasuk calon bebas.

Memang ia tidak mudah untuk menyatukan 4 parti menjadi satu dan ini memandu saya pada poin seterusnya – skil negosiasi seorang ketua. Kebolehan beliau mempengaruhi orang tanpa menggunakan kuasa perlu diamati. Dan tentunya formula kesepakatan beliau turut perlu diteliti.

 

  1. Berunding dengan mereka yang ada kuasa dalam membuat keputusan iaitu individu yang tepat dengan pengaruh yang kuat terhadap individu lain

Kunci utama seorang ketua haruslah mampu membawa pengaruh yang berkesan pada seberapa ramai anak buahnya untuk akur secara rela, dan bukan kerana terpaksa atau atas dasar ugutan. Bekerja secara rela tanpa sebarang paksaan adalah penting untuk membina kepercayaan dan kesetiaan.

Kebolehan ini mampu diasah seiring waktu dengan pengalaman anda dan ianya satu kuasa yang perlu anda miliki. Hanya dengan perkongsian misi dan nilai anda, orang lain akan terpengaruh dengan mudah dan rela hati.

Musuh nyata, tersembunyi, yang iri hati, pesaing, yang membenci, pengkritik, yang skeptikal, semuanya tak mampu untuk dielakkan biar dalam politik mahupun perniagaan.

Mereka menjadikan hidup kita lebih sukar dan kurang selesa. Musuh dan lawan memang akan sentiasa ada. Namun mereka hanyalah cabaran sementara untuk anda capai matlamat anda. Jika anda cari penyelesaian yang sesuai, anda mampu tewaskan mereka atau buat mereka jadi sekutu anda. Kita semua memiliki keupayaan untuk menundukkan pihak lawan.

Bagaimana? Menangi mereka dengan cara kerjasama.

Kadangkala anda tak mampu untuk tidak ambil kisah mengenai mereka. Jadi gunakan khidmat mereka berbanding pendekatan melawan. Beritahu, anda sebenarnya faham dan ambil berat dengan kerisauan mereka. Beritahu juga bahawa sokongan dan bantuan mereka sangat perlu untuk anda. Di sini kuasa rundingan anda akan memainkan peranan penting.

Anda perlu fahami terlebih dahulu lawan anda. Siapa mereka, apa matlamat mereka, kenapa mereka menentang anda. Sama seperti di pejabat. Penentang anda mungkin rakan kerja, bos, pelanggan atau siapa sahaja yang berkaitan. Kaji kekuatan mereka, kelemahan mereka dan keluarkan formula anda untuk membentuk kerjasama dengan mereka yang akan beri keuntungan pada kedua pihak.

Dengan rasa rendah diri yang tinggi, Tun bertemu dengan pihak lawannya untuk satu kerjasama. Kita sendiri tahu bahawa kedua pihak ini mempunyai sejarah lampau yang sangat pahit, namun atas dasar satu matlamat yang sama, mereka mampu secara profesionalnya bersatu biarpun berbeza pandangan. Mereka sanggup melepaskan perkara lalu demi masa hadapan yang lebih bermanfaat pada semua lapisan masyarakat.

 

  1. Jadi tokoh dan memimpin dengan teladan

Kunci utama pada seorang ketua yang hebat ialah hubungannya bersama anak buah. Siapa yang anda pimpin dan adakah mereka percaya dengan anda? Untuk jadi seorang ketua yang hebat, pertama sekali anda perlu ada kesefahaman yang jitu antara anda dan ahli anda.

Tak ada siapa yang akan bersama dengan ketua yang tak boleh ditegur atau tak mampu capai kata sepakat. Sikap bertanggungjawab dan boleh diharapkan adalah ciri penting dalam diri seorang ketua. Dua ciri ini membolehkan anda untuk mendapat penghormatan dan sokongan terbaik dari anak buah demi matlamat anda.

Yang penting, untuk sebuah kepimpinan yang berkesan, anda perlu komited, dan jadi orang terawal berjuang dan terakhir meninggalkan medan perang.

Adakah Tun dan ketua-ketua parti memaparkan sikap sebegini? Sudah tentu. Mereka menunjukkan contoh yang terbaik. Mereka buat kajian awal, mereka turun padang, mereka ambil tahu dan kenalpasti masalah utama rakyat, mereka berkomunikasi secara jelas dengan semua orang dan mereka berkongsi secara telus rancangan pemulihan mereka.

Adakah itu satu formula kemenangan? Sebagai rakyat dan juga pemerhati bebas, saya akan kata ya, itulah satu-satunya formula kemenangan mereka.

 

  1. Manifesto yang tepat dengan keresahan rakyat – fahami apa yang rakyat mahu

Kenapa ianya penting untuk anda faham apa yang orang lain mahukan? Apa yang pelanggan anda mahu? Apa yang pekerja anda perlu?

Secara asasnya, persepsi masyarakat memerlukan seorang ketua untuk berupaya mengenalpasti tahap pemikiran seseorang, dan apa yang berlegar dalam minda mereka dengan cara meletakkan dirinya di tempat mereka. Ini membantu anda untuk fahami kepercayaan, perasaan, pengalaman dan niat mereka dengan lebih tepat.

Dengan cara memahami seseorang, bermaksud anda telah membina dan memiliki sifat empati pada mereka. Anda mampu berfikir selaras atau sama sebagaimana mereka berfikir dan anda mampu menganalisa dan menginterpretasi apa yang minda mereka mahu sebelum mereka sempat katakan.

Sebagai contoh, bila kerajaan baru prihatin dan faham apa yang rakyat rungutkan dengan kerajaan lama. Atau contoh mudah, kenapa pelanggan anda membeli dari pesaing dan bukan anda. Kenapa pekerja anda meninggalkan anda dan berpindah ke tempat lain?

Pemahaman dengan nilai empati penting kerana ia membantu kita untuk faham perasaan orang lain dan juga membolehkan kita memberi respon yang bersepadan dengan situasi. Bila anda mampu berempati dengan orang lain, anda mampu untuk bina perhubungan yang bermakna, anda mampu mengikat pekerja anda mahupun pelanggan anda secara efektif.

Dan formula kemenangan sekutu Tun bersama rakyat ialah dengan membina manifesto yang dekat di hati rakyat, penuh empati dan mampu dilaksanakan demi membuang keresahan mereka.

 

  1. Tun konsisten menasihati dan mendesak untuk perubahan baru hingga ke tahap beliau sanggup melakukan apa saja demi sebuah perubahan

Tun adalah seorang yang berterus terang dalam pandangannya berkenaan perkembangan negara dan arah tuju masyarakat sejak 15 tahun persaraannya.

Beliau sentiasa konsisten dalam memenangkan hak rakyat. Beliau menulis blog, berceramah, bersidang media, berkolaborasi dengan masyarakat, bertemu penentangnya dengan rendah hati, meminta maaf dan mengaku silap terdahulu, sentiasa mengadaptasi teknologi, mendekati anak muda, dan apa jua yang mungkin untuk mencapai matlamatnya. Dan usaha tanpa jemu selama 15 tahunnya itu memberikan beliau kemenangan besar hari ini.

Mengembangkan dan menjalankan bisnes, turut sama memerlukan begitu banyak perahan keringat dan masa anda. ‘Buat apa saja asal jadi’ sangat penting untuk genggam kejayaan lagi-lagi jika anda masih baru dalam bisnes.

Sebagai seorang ketua mahupun usahawan, jika anda nak buat sesuatu, buat sehabis baik. Jadi model contoh pada orang lain. Tolak diri anda hingga batasan terakhir untuk genggam apa yang terbaik buat anda. Fokus untuk sukses.

 

  1. Usaha hingga titik terakhir, jangan putus asa

Kadangkala, akan tiba masa bilamana individu dan ketua-ketua hebat ini dipaksa hingga ke kudrat yang terakhir. Emosi, mental dan spiritual mereka dipaksa pada tahap yang sangat tinggi. Penat, lelah dan letih dengan pengalaman yang memaksa, tapi mereka tetap juga ampuh berdiri hingga ke garisan penamat. Mereka tak pernah putus asa. Sikap dan gaya pemikiran inilah yang memegang harapan, impian, keazaman dan matlamat hidup mereka hingga jadi nyata.

Bila waktunya rakyat seakan keliru dengan ketidakpastian kemenangan pihak Tun dan sekutu, mereka tetap berjuang dan memperjuangkan hak mereka hingga ke dinihari. Setiap satu medium, sumber dan individu terlibat untuk tetap berkomunikasi dan meyakinkan rakyat demi kejayaan yang diimpikan.

Kita telah lihat konten di media sosial, berita viral, kebangkitan rakyat dan himpunan ribuan manusia seluruh negara melalui pelbagai medium dan platform.

Ketua-ketua ini berkorban masa, tenaga, sumber dan usaha demi menjadi wakil rakyat yang disayangi, prihatin dan berguna untuk masyarakat.

Adakah anda mampu lakukan perkara yang sama untuk team dan pelanggan anda?

 

  1. Sentiasa mengemaskini dan berkomunikasi tentang progres. Bina kepercayaan, keyakinan dan sokongan padu

Komunikasi adalah asas pada setiap kempen politik. Isu ekonomi, GST, pengangguran, penggubahan wang haram dan akta-akta adalah penting. Tapi cara Tun dan sekutunya menyalurkan mesej dan idea pada pengundi tersirat pada komunikasi mereka.

 

Hari ini, parti-parti politik tak lagi menguasai pilihan raya. Semuanya adalah kuasa rakyat. Calon-calon perlu memancing undi dengan pesat. Mereka perlu jual diri dan tawarkan apa yang rakyat mahu. Seperti pilihan raya lalu, PRU14 turut tak terlepas dari penggunaan media untuk para calon menarik perhatian pengundi.

Ketua-ketua adalah medium komunikasi rakyat. Tanggungjawab utama mereka ialah untuk berkomunikasi dengan lebih kerap. Kenapa? Kerana dengan berkomunikasi, kepercayaan akan terbina.

Ianya menimbulkan suasana percaya dan ini membolehkan para ketua memimpin dengan efektif dan menghasilkan impak yang berkesan. Pembinaan kepercayaan dalam sesebuah organisasi memerlukan usaha peribadi dari seseorang ketua selain dari usaha secara berkumpulan.

 

  1. Komited dengan Kepimpinan

Apa ertinya komited untuk jadi seorang pemimpin?

Pertama sekali, ianya terjadi bila anda mendeklarasikan komitmen anda pada seseorang, atau sesuatu atau terhadap sesebuah permasalahan. Sebuah komitmen menuntut anda untuk melakukan sesuatu. Dan kepimpinan adalah sebuah keputusan dan tuntutan yang mengikat anda dengan orang lain.

Adakah anda bersedia untuk memimpin dengan apa yang anda pegang? Kita telah layari waktu bersama ramai pemimpin yang bekerja dengan penuh keazaman, dan ada juga yang sekadar ada. Ketua yang sebenar mengambil tanggungjawab dari ahlinya dengan tekun, dan sentiasa bekerjasama untuk kebaikan.

Bila saja anda membuat keputusan untuk jadi ketua, anda perlu sedia dengan jangkaan-jangkaan yang tinggi dari organisasi pimpinan anda. Anda kini memiliki tugas penting terhadap team, pelanggan dan komuniti.

Untuk jadikan visi itu kukuh, anda perlu komited dan setia pada nilai dan prinsip yang akan menghidupkan visi tersebut.

Anda perlu faham bahawa nilai yang dipegang sebagai seorang ketua menentukan sikap, budaya dan kejayaan sesebuah organisasi.

Bila anda lakukan kesemua itu, pelanggan anda, team dan ahli anda akan nampak perbezaannya.

Sebagai seorang ketua dan usahawan, anda perlu ingat, anda bukan di sini untuk membina kehidupan sendiri atau kejayaan peribadi. Tapi anda di sini untuk pastikan dunia ini lebih kaya dengan kejayaan, visi yang hebat, semangat yang kuat dan harapan yang erat serta kejayaan yang tak putis-putus. Anda di sini untuk membuatkan dunia berasa gembira dengan kehadiran anda.

Dan itu apa yang kami lihat dalam diri Tun. Tun cakap serupa bikin.

Petikan kata-kata dari Ronald Reagan, Presiden ke-40 Amerika Syarikat mengatakan, “Pemimpin yang paling hebat tak semestinya mereka yang melakukan perkara yang paling hebat. Pemimpin yang hebat adalah mereka yang mampu membuatkan rakyatnya melakukan perkara-perkara yang hebat.”

Kita kan telah menyaksikan perkara ini berlaku pada 9 Mei 2018? Hari ini akan jadi sejarah dalam negara dan dunia buat generasi-generasi akan datang. Semuanya tak mustahil kerana adanya seorang insan yang hebat, dan seorang ketua yang berwibawa seperti Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

 

Azizan Osman

Founder, Richworks International
Entrepreneur & SME Business Training & Coaching Consultant Firm


Penulis merupakan seorang jurulatih Strategik Bisnes & Pemasaran ternama & Master Coach Antarabangsa yang diiktiraf untuk Usahawan Industri Kecil dan Sederhana.

Sebarang pandangan dan kesimpulan atau cadangan yang diekspresikan dalam artikel ini adalah sepenuhnya milik penulis dengan matlamat untuk mendidik usahawan dari segi sikap kepimpinan.

 
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start