Mungkir Janji Dengan Ayah! Sambal Goreng Che Nor – Bukti Puan Aznita Bukan Anak Tak Kenang Budi.

oleh Team Richworks pada 14 May 2018

“Mana janji-janji akak kat abah, kata nak ubah kehidupan abah dengan mak, tak ubah hidup abah takpe , tapi ingat kat mak tu, apa yang mak tak buat untuk nak bagi akak belajar tinggi!”  Pedih! Bila abah sendiri mengungkit apa diri sendiri janjikankan, memang menikam perasaan. Jika anda yang menjadi ayah, bagaimana agaknya perasaan anda bila anak sendiri melukakan perasaan? Jika anda yang jadi anak, bagaimanalah perasaan bila ayah sendiri mengungkit apa yang kita janjikan, akibat kegagalan kita sendiri?

Membaca sebaris perenggan ini pun dah buatkan mata bergenang. Apatah lagi, perasaan Puan Noraida Aznita Azizan yang hidup bernafas sehari-hari dengan kata-kata ayah kesayangannya yang terpahat kukuh dalam ingatan.

Dibesarkan dalam keluarga peniaga, ibu dan ayahnya bertungkus lumus berniaga menggunakan food truck untuk menanggung kehidupan mereka sekeluarga. Sehinggalah kedua mereka ditimpa masalah kesihatan.  Mereka hilang mata pencarian sehingga terpaksa pulang ke kampung mengusahakan kebun getah milik datuknya. Ibunya yang tak pernah menoreh getah, terpaksa menoreh demi nak mencari pendapatan.  Sehinggakan pernah sekali hampir saja ibunya dipatuk ular.

Ketika itu, Puan Aznita baru habis peperiksaan SPM.  Masih lagi Puan Aznita ingat, ketika beliau menyertai Pusat Latihan Khidmat Negara, akibat rindu yang tak tertahan, ibu dan ayahnya sanggup menunggang motorsikal selama 4 jam dalam perjalanan dari Jitra ke Baling Kedah, demi nak menziarahi anak tersayang.  Ketika itu, keluarga mereka sangat susah. Kenderaan milik ayahnya dah ditarik kerana tak mampu nak menjelaskan bayaran bulanan.

Walaupun kehidupan mereka susah, Puan Aznita berjaya melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti tempatan.  Ayahnya meminta Puan Aznita untuk naik bas ketika mendaftarkan diri, tapi Puan Aznita tak mahu dan mendesak ayahnya menyewa kereta. Pada saat itulah Puan Aznita berjanji dengan ayahnya “Akak akan belajar sungguh-sungguh, jadi ahli korporat, jadi kaya dan ubah kehidupan keluarga kita. Akak akan beli kereta Honda yang abah suka tu.”

Di universiti, Puan Aznita terjebak dalam bidang perniagaan.  Bersungguh-sungguh dia sertai kawan-kawan untuk berniaga.  Perasaan mula bergelora melihat income mencecah 5 angka.  Sanggup buat apa saja sehingga tak hadir kuliah dan kelas.  Bangga dapat berikan duit kepada emak dan abahnya.  Malangnya, Puan Aznita gagal menamatkan pelajarannya, di saat ayahnya tahu dia gagal menamatkan pelajaran, bisnesnya juga jatuh merudum.  Walaupun perasaannya hancur, luluh lagi perasaan bapanya.  Berkecai semua janji nak hadiahkan kereta baru untuk ayahnya. Bayangkan, bagaimana perasaan si ayah dan bagaimana juga perasaan Puan Aznita sendiri ketika itu?

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan akan menjadi kenangan dan ingatan. Puan Aznita kemudiannya mula berniaga untuk tampung kehidupan. Selain dari itu, beliau juga bekerja dalam bidang Sumber Manusia untuk sebuah syarikat pizza. Sehingga satu hari pada tahun 2010, beliau hadir ke Program Richworks, dengan tujuan untuk cari ilmu marketing demi membina kerjayanya.

Dari situ timbul minat untuk berniaga. Puan Aznita mula berniaga sambilan.  Semua income perniagaan disimpan sebaiknya. Sehinggalah dia rasakan simpanannya cukup, dia mula membuka sebuah restoran. Pada tahun 2013 dia mula fokus berniaga.  Bakat memasak yang diturunkan dari ibunya, digunakan sebaiknya.

Bisnes mula berkembang baik. Sehinggalah pada tahun 2015, dia melihat bisnesnya mula statik.  Restoran Che’ Nor Cendol Madu Kota Damansara mula menjadi terkenal tapi statik.  Pelanggan tetap ada tapi dah tak boleh naik. Kakitangan di restoran pun lebih banyak main handphone dari bekerja.  Maka timbul idea untuk buat sesuatu. Puan Aznita kerahkan kakitangannya untuk mengopek bawang, cili dan ikan bilis.  Bila selesai, Puan Aznita terus menumis semua ramuan dan menghasilkan Sambal Goreng Che’ Nor!

Alhamdulillah, bermula dari situ, dengan ilmu dari Dr Azizan Osman yang dia dapat dulu, Puan Aznita terus mengembangkan bisnesnya. Sambal Goreng Che’ Nor sangat terkenal dan boleh didapati di banyak tempat termasuk di kedai serbaneka di stesyen minyak.

Puan Aznita kemudiannya rasakan untuk berkembang lebih besar, beliau perlukan mentor yang dah berjaya menghasilkan ramai usahawan jutawan.  Beliau kemudiannya hadir sekali lagi ke Program Richworks, berguru dan bermentorkan Dr Azizan Osman, dan ilmu terkini yang beliau dapat membantu perniagaan Sambal Goreng Che’ Nor nya lebih mudah berkembang.

Puan Aznita kini juga bukan sahaja mampu menghadiahkan kereta Honda kepada bapanya, malahan banyak lagi dan InsyaAllah beliau akan membawa emak dan ayahnya untuk menunaikan umrah Ramadhan kali ini. Puan Aznita juga gigih membantu stokis dan agennya dan berhasrat untuk melahirkan Stokis Jutawan Sambal Goreng Che’Nor pada tahun ini.

 

Montage IMKK Nov 2018 | Kewangan

oleh Team Richworks pada 04 May 2018

 

‘Saya Suami Yang Gagal Kerana Saya Telah Buatkan Isteri Dan Anak Saya Hidup Susah Dan Menderita.’

oleh Team Richworks pada 27 April 2018

Taukey bantal ini kongsikan dengan anda bagaimana bisnes Bantal Hotel DAG mula ditubuhkan. Bermula dari sales ratus-ratus saja, dijual dari bonet kereta kini dah ada kedai sendiri yang besar dengan sales setahun lebih dari RM6 juta!

Korang ingat senang ke Tuan Das bina bisnesnya? Kelip-kelip mata terus kaya? Tanpa mentor, ilmu dan tindakan, serta dah tentu Izin Allah, takkan jadi leee…

Tonton perkongsian pemilik Das Abdul Global Sdn Bhd sekarang dan jadikan cerita beliau satu inspirasi. Bagaimana dari berniaga di car boot sales sekarang beliau adalah seorang jutawan. Jual bantal je ok?

 

Baca Kisah Sailajah, Wanita Berbangsa India Ini – Bagaimana Beliau Buat Sales Dari RM3,000 Hingga RM 250,000 Sebulan.

oleh Team Richworks pada 16 April 2018

Bagaimana ya? Jika anda boleh tingkatkan bisnes dan jualan anda dari RM3,000 sebulan kepada RM250,000 sebulan, apa perasaan anda? Apa yang boleh anda perbaiki dalam hidup anda? Apa impian anda dan keluarga yang anda boleh tunaikan?

Nak cerita sikit kisah Puan Sailajah Salveekam, salah seorang #AnakDidikDrAzizan yang berasal dari Johor.   Puan Sailajah ini wanita biasa sahaja.  Beliau memang suka berniaga. Dan beliau mempunyai background sebagai akauntan dan bekerja sambilan sebagai part time tutuor.  Cabaran dalam kerja membuatkan beliau nak sangat berniaga.  Dan beliau mula berniaga dengan menyewa kedai kecik lah sangat. Nak panggil kedai pun tak layak rasanya. Hanya mampu sewa sesuku atau 1/4 je dari ruang keseluruhan kedai. Dan ruang kedai tu hanya muat dia seorang je…cer bayangkan?

Bisnes bersusah payah.  Nak recruit agen dan dropship, nak perkenalkan jenama, nak buat sales, nak buat marketing, nak pos barang, semua beliau buat sendiri. Ada masa beliau fikir, dengan sales kurang RM3,000 je lebih baik beliau makan gaji.  Masuk pejabat keluar pejabat, hujung bulan dapat gaji! Bisnes bersusah payah, diri sendiri tak ada gaji sebab sales sikit sangat.  Terpaksa pula fikir nak bayar kos bisnes dan kos diri sendiri.

Susah kan? Hidup penuh dengan tekanan, nama aje peniaga ada jenama sendiri tapi hakikatnya..tak ada apa pun. Sales tak seberapa. Itu apa yang Puan Sailajah rasa.

Tapi satu hari dia tergerak hati untuk hadir ke Program Richworks.  Memandangkan perniagaan yang dah teruk keadaanya, dan tak ada peluang nak semakin berkembang, beliau hadir dan belajar ilmu marketing. Itu pun terpaksa minta bantuan suami untuk bayar tiket, sebab dia dah tak ada apa-apa langsung, kosong! Datang program dengan rasa rendah diri, takut-takut, rasa macam dah tak ada harapan dah. Duduk pun belakang-belakang je.

Dan, dia pun tak faham sangat apa yang dia belajar, dia pun tak dapat nak jangka apa yang beliau akan dapat dari ilmu marketing yang beliau belajar, tapi beliau dah tak ada pilihan.  Beliau balik dan buat je!  Dengan ilmu Zero Kos Marketing yang beliau ada, beliau dah mampu buat sales dari RM3,000 meningkat ke RM30,000.  Dan setiap kali dia pergi program Richworks, salesnya makin meningkat. Sehingga sekarang dari  1 produk beliau dah ada 17 produk atas nama brand sendiri ‘Sailajah’ dan dah ada 2 cawangan di Masai dan Batu Caves.

Dan kini, dengan tindakan secara konsisten melalui teknik Zero Kos Marketing, beliau dah mampu buat RM200,000 – 250,000 sebulan!  Beliau dah minta suaminya berhenti kerja dan bersama-sama berniaga.  Yang paling best dah boleh pergi bercuti setiap 2 bulan sekali dan honeymoon dengan suami tersayang, yang dulu tolong bayarkan harga tiket ke program untuknya. Itu memang impian hidupnya.

Jangan tak percaya, dengan ilmu dan tindakan bisnes apa pun boleh berjaya.  Masalahnya, ramai orang berniaga dan buat marketing dengan ikut-ikut orang sahaja tanpa faham dengan betul.  Yang lebih teruk, terpaksa keluarkan kos marketing tinggi tanpa tahu arah tujuan marketing tu, untuk apa, untuk siapa dan apa targetnya. Akibatnya, banyak duit dibazirkan untuk marketing yang tak memberikan hasil. Sales tak ada.  Akibatnya, bisnes makin jatuh, hutang makin banyak, hidup makin serabut kerana penuh dengan masalah.

Kami yakin anda taknak ada kehidupan yang macam ni.  Musim Ramadhan dan Raya dan hampir sangat. Jenama besar dah start buat kempen hebat.  Peniaga baru dah mula tumbuh macam cendawan, anda macam mana? Apa persediaan anda?  Adakah anda mahu bisnes anda tenggelam dan tak beri hasil di musim Ramadhan dan Raya ini?

 

 

Apa Akibat Tak Bayar Cukai Pendapatan?

oleh Team Richworks pada 13 April 2018

Setiap tahun, bulan April adalah bulan yang penting. Kenapa? Bukan sebab April ni birthday korang tapi April ialah bulan untuk korang declare cukai pendapatan individu korang.

Tak kira anda kerja atau bisnes, mesti buat ni. Tapi korang tahu ke apa benda ni..?

Korang mesti tertanya-tanya, mengapa perlu patuh kepada undang-undang melibatkan Lembaga Hasil Dalam Negeri? Apa pentingnya?

Ni kami nak bagitau sikit, kalau korang tak jaga bab cukai pendapatan akibatnya…

  1. Akan kena denda dan ini melibatkan kebocoran cashflow atau poket korang
  2. Disekat daripada terbang atau travel ke luar negara, ini akan beri kesan besar kepada reputasi dan menyusahkan anda sendiri
  3. Pegawai dari Lembaga akan datang visit ke pejabat anda dan anda perlu spend time untuk entertain pegawai mereka (kena menjawab le…)
  4. Berisiko dikenakan tindakan mahkamah dan kesalahan samada didenda akan dipenjara!

Jadi disebabkan itu, kami di Richworks mahu share tentang ilmu asas melibatkan CUKAI PENDAPATAN. Supaya anda boleh elak situasi di atas daripada berlaku.

Sebab tu kami adakan Smart Income Tax Talk yang diadakan buat kali pertama hanya nak bantu korang declare cukai pendapatan individu sebelum tarikh tutup pada 30 April 2018 ini..

Sesi khas ini akan dijalankan oleh Tuan Nasrul Hadi, Akauntan Bertauliah – Malaysia Institute of Accountants (MIA). Di mana beliau akan share ilmu teknikal ini menggunakan bahasa yang lebih mudah difahami.

Objektif sesi ini adalah untuk pastikan korang dapat ilmu untuk patuh kepada cukai pendapatan. Takdelah asyik tak tahu apa-apa tentang cukai.

Selain itu, beliau akan share pelbagai manfaat yang anda akan raih jika patuh kepada undang-undang melibatkan CUKAI PENDAPATAN. Bayar cukai pun ada manfaat tau..

Amacam? Apa korang rasa?
InsyaAllah, bila ada ilmu ni korang takkan takut kat cukai lagi.

 

Dari Student Jual Gadget, Kini Dah Ada Produk Sendiri – Apa 3 Perkara Penting Tentang Cashflow Yang Tuan Eddie Asuan Pelajari

oleh Team Richworks pada 02 April 2018

Sekarang ni, ramai orang ada bisnes.  Cuba tengok sekeliling kita, jiran-jiran, kawan-kawan, kawan sekolah, saudara mara ramai yang ada bisnes.  Samada jadi dropship, agen atau ada kedai sendiri, atau ada produk sendiri, pendek kata ramai orang kita sekarang ni dah ada ‘business minded’.

Alhamdulillah. Ini perubahan yang bagus sebenarnya.  Semuanya wujud bila ada kesedaran tentang pentingnya nak ada kehidupan yang lebih baik, peningkatan dari segi kewangan dan keinginan yang kuat untuk capai impian dan hidup lebih baik.

Tapi, nak tubuhkan dan mulakan bisnes adalah perkara yang mudah.  Yang susahnya, ialah nak bertahan buat bisnes yang sama dan terus majukannya.  80% bisnes takkan bertahan dalam tempoh 3 tahun pertama.  Kalau bertahan pun akan sakit dan tenat sebab, tak ada ilmu bisnes yang betul dan tak pandai nak urus cashflow.

Beliau dah sertai Program Richworks semenjak 4-5 tahun lalu, ketika itu beliau masih belajar dan berniaga gadget dan power bank untuk pelajar-pelajar universiti. Masih ingat lagi, beliau pernah hadir ke program Richworks dalam keadaan baru lepas kemalangan!  Kalau orang lain dah pasti takkan hadir, tapi beliau tetap hadir..demi nak dapatkan ilmu. Tapi dengan pengorbanan beliau buat, lihatlah di mana dia berada sekarang..

Hari ini, beliau dah ada perniagaan yang lebih besar dan dah ada produk sendiri  Deina Slimax Juice yang diusahakan bersama isterinya.  Beliau sendiri pun dah menjadi ahli Titanium Circle iaitu kumpulan khas yang mendapat mentoring dan coaching dari Dr Azizan Osman.

Tapi, beliau tetap hadir dan hadir cari ilmu lagi. Baru-baru ini beliau hadir ke Program Smart Cashflow Management (SCM) di mana beliau ada kongsikan tentang betapa pentingnya program SCM ni.  Kata Tuan Eddie “Peniaga perlu ada attitude Cashflow, sikap untuk ambil tahu tentang cashflow.  Ilmu cashflow adalah sangat penting dan kalau di tempat lain harganya adalah lebih mahal dan sangat sukar nak difahami.”

Beliau juga kata dalam Program Smart Cashflow Management, beliau belajar tentang ilmu macam mana nak sorok duit! Haa..ini ilmu penting sebab manusia ni, tak boleh tengok duit, mesti ada saja yang nak dibelanjakannya.  Tuan Eddie juga kata beliau mula sedar kepentingan untuk tahu tentang rekod cashflow setiap hari sebab ini duit bisnes kita, cashflow adalah yang menentukan untung rugi bisnes, dan akan membantu untuk kita buat perancangan bisnes akan datang dari segi budget, kempen marketing, promosi, sales.

Ramai usahawan tak faham perkara ni.  Mereka fikir, bila nak buat promosi, pakai buat je..ikut kedai sebelah buat dia pun buat.  Tapi tak tengok keadaan cashflow macam mana?  Target sales berapa? Adakah potongan harga yang dibuat boleh bantu aliran cashflow masuk, atau lagi menyebabkan cashflow lagi banyak keluar?

Ini semua apa yang anda perlu tahu sebagai usahawan.  Cashflow ni ibarat darah yang mengalir dalam tubuh badan.  Kalau kita tak jaga, tak beri makan yang berzat, ianya boleh rosakkan seluruh tubuh.

Kami sedang mencari usahawan yang nak belajar tentang ilmu pengurusan cashflow, yang risau tentang aliran duit bisnes yang tak direkod dengan baik, yang rasa penat berniaga tapo tak nampak duit dan untungnya, yang bimbang dan takut bisnes akan tutup sebab setiap hari tak tahu duit bisnes pergi mana.

 

11 Tahun Berniaga, 10 Tahun Gagal. Wanita Ini Berniaga Tanpa Ilmu Dan Hanya Mampu Tambah Hutang.

oleh Team Richworks pada 30 March 2018

Apa perasaan anda, bila hidup dikelilingi hutang? Apa perasaan anda bila kereta terpaksa ditarik kerana anda tak mampu nak buat bayaran bulanan kepada pihak bank? Dan, apa perasaan anda bila pihak bank dah berdiri depan pintu rumah, bersedia untuk sita barang-barang  dan rumah anda, akibat anda ada bayaran tertunggak yang banyak kepada pihak bank?

Berniaga, bunyinya memang indah tapi langit tak selalu cerah bagi mereka yang sumber pendapatannya hanya dari perniagaan lebih-lebih lagi bila berniaga tanpa ilmu. Puan Laili Raoh ini telah berniaga selama 11 tahun dan sepanjang 10 tahun perniagaannya, beliau langsung tak merasa untung!

Yang paling pedih, bila beliau terpaksa melihat suaminya dicerca dan diperli oleh keluarga sendiri kerana bisnes yang tak berjaya.  Dan bila pihak bank dah bersedia untuk sita barang-barang rumahnya, Puan Laili hanya mampu berbisik dalam hati “apa yang dah aku buat untuk bantu bisnes sendiri? Apa yang aku dah buat untuk bantu suami?  Sedangkan aku mampu buat lebih baik.”

Mendengar cerita dari beliau, ramai yang rasa sedih dan terkesan.  Tapi berapa ramai yang sedar, ini sebenarnya perkara biasa yang berlaku kepada ramai peniaga di luar sana yang berniaga bertahun-tahun tapi gagal nak rasa untung.

Puan Laili yang merupakan pemilik kepada produk kecantikan iChantique ini bersyukur kerana telah dibukakan hati untuk hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & kejayaan (IMKK) pada sekitar tahun 2016.  Pada ketika itu beliau hadir tanpa apa-apa, hanya bawa hati dan hutang keliling pinggang. Hadir pun setelah dipaksa oleh suaminya kerana beliau sendiri dah seperti putus asa.

Bermula dari situ, Puan Laili terus tabah membina bisnesnya. Beliau mula hadir ke Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan mula bertindak mengikut ilmu yang dipelajari dari Dr Azizan Osman. Berbekalkan semangat dari kegagalan lama, dengan niat nak bantu suami akhirnya beliau mula nampak sinar cahaya.

Dari bisnes yang penuh hutang, beliau mula membuat jualan mencecah RM25,000 sebulan dan dengan ilmu dan komitmen belajar setelah setahun bersama Richworks beliau kini dah mampu buat jualan mencecah RM3.5 juta setahun.

Kegagalan lalu membuatkan Puan Laili makin kuat berusaha.  Beliau kini menjadi idola kepada ramai agen dan stokistnya, yang kebanyakannya terdiri dari surirumah yang ingin membantu suami meninggikan tahap ekonomi keluarga.

Kerana beliau tahu dan faham erti sakitnya dihina, dan sakitnya hidup berhutang keliling pinggang, dan siksanya dikejar pihak bank, beliau kini terus berusaha untuk bantu orang lain supaya mereka tak terima pengalaman buruk yang sama sepertinya.

Bak kata Dr Azizan Osman “Semakin besar cita-cita dan harapan, semakin kita kenal untuk apa dan untuk siapa kita berusaha, semakin besarlah tindakan kita.”  Sebesar mana usaha kita, bergantung kepada sebesar mana impian mahu hidup lebih baik dari sebelumnya.

 

‘Mendung Tak Bererti Hujan’ Nak Ubah Hidup, Nekad Berhutang Nak Cari Ilmu. Apa Jadi Dengan Hidup Lelaki Ni Sekarang?

oleh Team Richworks pada 28 March 2018


“Paklee dulu 7 tahun kerja dengan syarikat Oil & Gas, gaji pun RM7-8 ribu sebulan. Hidup dah cukup mewah dan gah. Memang Paklee bangga dengan hidup Paklee dulu. Tahun 2015 Paklee jatuh, hilang segala-galanya bila Paklee diberhentikan kerja.”

Setiap orang ada cabaran jatuh bangun dalam kehidupan. Kita pun tak tahu apa cabaran atau dugaan yang akan terjadi dalam hidup kita, tapi adakah kita sentiasa bersedia untuk bangkit dan hadapi cabaran tu?

Pemilik Goreng Pisang Crispy (GPC) cawangan Pekan Nanas, Tuan Nazli Affendi Yaslah atau lebih mesra dengan panggilan Paklee ni terpaksa buat macam-macam jenis bisnes seperti Multilevel Marketing (MLM) dan jual penapis air tapi semuanya gagal.

Masih juga nak berniaga walaupun tak ada ilmu, dia nekad mulakan perniagaan jual air jambu serta buah jambu batu di sebelah pagi dan char kuey teow pada sebelah petang sampai malam. Sales paling tinggi yang dia pernah dapat RM 120 sehari je..

Dengan sales yang sikit dan tak dapat pulangan modal, dia beralih pula pada perniagaan goreng pisang tapi kali ini dia nekad yang dia kena belajar ilmu berniaga. Titik perubahan hidup dia bermula bila dia mendaftar ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) Oktober 2017.

“Bayangkan saya yang tak ada apa-apa masa tu datang ke IMKK dari Johor sampai ke Shah Alam bawak kereta yang tak ada road tax, bukan road tax mati ye.. tapi memang tak ada.

“Dengan kereta yang ada problem, saya kerap berhenti untuk top up minyak hitam. Nak tukar minyak hitam pun saya tak mampu. Masa di IMKK saya agak malu bila Doc selalu sebut pasal kancil sebab saya bawak kereta kancil je.. bila orang semua dah balik baru saya balik, katanya dalam nada sebak.

Nekad nak buat yang terbaik, dia terus daftar pakej Super Supreme Millionaire Marketing Mastery (MMM) Disember 2017. Dia ambil keputusan berhutang dan pajakkan rumahnya semata-mata nak bayar yuran ke MMM.

Bila ditanya apa peningkatan sales dalam bisnes, dia dengan gembiranya kongsikan kalau dulu berniaga goreng pisang dia boleh buat RM200-300 sehari, sekarang dia dah mampu buat RM1800 sehari. Jual goreng pisang je..

Tak pernah ada rasa menyesal dalam diri dia berhutang semata-mata nak hadir ke MMM. Hanya gunakan 2 teknik marketing yang Dr Azizan Osman ajar, buat FB Live dan follow up database dia tak sangka jualan goreng pisangnya meningkat dengan cepat.

Sekarang dia masih komited menuntut ilmu dan kami yakin Paklee akan capai kejayaan.

 

Bisnes ‘Budak U’ Dari Waktu Belajar Bantu Lelaki Ini Bina Pendapatan 6 Angka Sebulan.

oleh Team Richworks pada 28 March 2018


Zaman universiti adalah zaman yang indah bagi yang pernah melaluinya. Ada orang cakap, zaman universiti adalah zaman buat duit! Kalau pandai le…

Ramai pelajar yang minat nak cari duit lebih akan cari jalan apa yang nak dijual di universiti. Ramai budak U yang selalu lapar, jadi ramailah juga antara pelajar yang berniaga makanan dan buat perkhidmatan penghantaran makanan. Ada yang malas nak basuh pakaian, maka ada ramai juga budak yang buat bisnes kutip pakaian kotor untuk didobikan…

Berbeza dengan Tuan Shaick Saifullah yang dah mula berniaga ketika berusia 17 tahun dan kemudiannya memulakan bisnes cetakan di universiti. Bekas pelajar universiti tempatan ini, katanya mula berniaga untuk menanggung kos dan perbelanjaan di universiti. Tapi kesusahan hidup keluarganya membuatkan dia nekad nak berniaga dengan lebih besar lagi.

“Pernah nampak orang naik motor sekeluarga 4-5 orang, yang pakai helmet ayah dan mak sahaja, kat tengah-tengah dan depan ada anak-anak? Pernah nampak? Dulu, saya pun macam tu. Ayah saya tak pernah ada kereta. Ke mana-mana kami pergi, kami naik motor saja beramai-ramai. Itu yang membuatkan saya kuat nak pastikan bisnes saya berjaya.”

Sebagai seorang anak sulung kepada 4 orang adik beradik, Tuan Shaickmemang berhasrat untuk menjadikan setiap ahli keluarganya jutawan. Impian yang besar inilah yang membuatkan beliau berusaha kuat dalam bisnes sehingga mampu buka kilang printing sendiri ketika di Tahun 2 di universiti. Walaupun sibuk berbisnes, beliau tak pernah abaikan pelajaran dan masih mampu mendapat CGPA yang baik di setiap semester.

Semangat yang tinggi saja tak cukup bagus. Beliau tertanya-tanya kenapa pada satu tahap bisnesnya hanya mampu buat jualan sekitar RM 80,000 – RM 100,000 sahaja sebulan dan susah nak naik lagi. Kebengangan itu lah yang menyebabkan beliau mula mencari ilmu dah hadir ke Program Richworks, iaitu Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) dan Program Millionaire Marketing Mastery (MMM).

Bila beliau berpeluang bertanya Dr Azizan Osman tentang masalahnya, jawapan dari Dr Azizan telah membuka mata dan fikiran anak muda yang baru berusia 24 tahun ini. Kata Dr Azizan “Awak takkan mampu buat lebih baik jika hanya gunakan cara yang sama.” Betul! Tepat sekali! Hanya orang yang tak ada ilmu je yang masih ulang-ulang buat perkara yang sama dan mengharapkan hasil yang berbeza.

Hasilnya, dengan hanya menggunakan 2 hingga 3 teknik dari ilmu marketing yang dipelajari dari Program Millionaire Marketing Mastery (MMM), Tuan Shaick dah dapat pecahkan jumlah salesnya. Setiap bulan, jualannya meningkat sebanyak 6 angka.

Kami yakin, pasti kini keluarga Tuan Shaick tak perlu lagi membonceng motor sehingga 4 orang sekeluarga. Dengan kejayaan perniagaannya, lelaki ini dah dapat memperbaiki kehidupan mereka sekeluarga dan Alhamdulillah, awal Mac lalu beliau selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan.

Bila ada ilmu, kita akan tahu buat sesuatu perkara dengan lebih baik, dan hasilnya akan jadi lebih baik. Setinggi mana ilmu yang kita ada menentukan setinggi mana pendapatan kita. Setinggi mana pendapatan yang anda mahu, pastikan ilmu yang ada boleh bantu anda mencapainya.

 

Adakah Anda Seorang LEADER Yang LEMAH?

oleh Team Richworks pada 23 March 2018


Leader atau ketua dalam sesebuah organisasi, tak kiralah organisasi syarikat, bisnes, atau keluarga sekalipun, jika anda tiada atau kurang rasa empati, anda bukan seorang ketua yang baik. Apa itu empati? Empati ialah kapasiti diri anda untuk memahami dan merasai apa yang dilalui oleh individu lain dalam konteks diri anda sendiri. Ia bermaksud anda mampu untuk faham dan rasa apa yang orang lain rasakan, seolah-olah anda yang sedang berada dalam situasi itu. Anda bukan setakat tahu, tapi juga faham dan hadam. Anda mampu untuk lihat setiap satu perkara yang berlaku itu pada beberapa sudut yang berbeza. Jika anda tiada empati, kemungkinan besar sifat kepemimpinan anda sudah hampir mati.

Kedua, anda bukan seorang ketua yang bagus jika anda takut untuk menghadapi sebarang perubahan. Perubahan penting untuk menaiktaraf diri dan anak buah. Setiap perubahan yang berlaku pasti ada pro dan kontranya tapi itulah risiko yang perlu diambil oleh seorang ketua yang berkaliber. Ketua yang tak mampu mengadaptasi pada perubahan akan ketinggalan dan ditinggalkan.

Terlalu berkompromi. Anda hebat jika tahu pada situasi mana perlu anda terima pendapat anak-anak buah. Tapi anda lemah jika anda terlalu kerap mengalah dengan idea mereka dan tidak tegas dengan pendapat anda. Anda perlu tahu menilai dan membuat keputusan untuk memilih mana satu yang terbaik untuk organisasi anda.

Jika anda terlalu suka mengarah atau bahasa mudah – bossy, berhenti sejenak dan fikir semula. Bagus jika anda mampu membuatkan anak buah anda mendengar setiap arahan tanpa gagal. Tapi adakah anda berikan mereka peluang untuk buktikan mereka itu sebenarnya berguna dan bukan pak turut semata-mata? Disini anda perlu tahu mereka hormat atau takut pada anda. Anda sebagai ketua perlu mengetuai dan memandu dengan contoh terbaik. Bukan mengarah 24 jam! Dan di sini juga keseimbangan antara sikap bossy dan kompromi harus ada.

Anda ketua yang hebat jika anda tahu dan mampu untuk membuat keputusan. Biar besar atau kecil, anda tidak was-was dan anda bukan seorang yang hanya tahu berangan atau cakap tidak serupa bikin. Jika anda mahukan A, anda buat tindakan dan ambil keputusan yang akan menjurus kepada A. Jika anda masih ragu dalam membuat keputusan, anda adalah ketua yang kurang keyakinan diri!

Sebagai seorang ketua yang berkaliber, anda perlu tahu membezakan antara hubungan peribadi dan hubungan profesional. Sungguhpun anak buah anda adalah rakan atau saudara anda, bila ianya berkaitan hal-hal profesional, anda perlu bertindak rasional. Salah tetap salah dan benar tetap benar. Tiada istilah benar kerana dia keluarga, atau salah kerana dia musuh.

Tanya diri anda. Adakah anda menghabiskan masa sehari suntuk di pejabat sahaja atau anda bekerja mengikut waktu yang ditetapkan dan selebihnya adalah waktu untuk diri dan keluarga? Jika anda digelar orang yang terlalu kuat bekerja atau pak jaga di pejabat, anda bukan seorang ketua yang bagus. Ketua yang bagus mampu membahagikan masa antara kerja dan rehat dengan betul. Ia penting kerana amaun rehat yang tubuh dan minda anda terima memberi kesan pada keupayaan untuk anda membuat keputusan.

Anda tak malu dan gila kuasa? Jika ya, anda perlu hentikan tabiat itu! Ketua yang baik tahu bila waktunya untuk mereka tawarkan diri membuat sesuatu kerja, dan bila pula masanya untuk mereka serahkan tugas pada individu lain yang lebih layak. Anda tak boleh conquer semua. Anda perlu divide & conquer.

Sekarang, anda sudah tahu dimana letaknya tahap kepimpinan anda? Anda seorang ketua yang lemah, sederhana atau berkaliber? Anda yang tentukan siapa diri anda!

 
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start