KENAPA PERLU BERZAKAT? JOM JADI PENGELUAR ZAKAT UTAMA.

oleh Azizan Osman pada 23 June 2017

Apa itu zakat? Zakat merupakan rukun islam yang ke empat. Dari segi Bahasa, zakat bererti suci dan bersih, dalam istilah lain ialah membersihkan harta dari hak orang lain dan mensucikan diri dari sifat kedekut dan bakhil. Dari segi istilah syarak pula, zakat ialah mengeluarkan sejumlah harta tertentu yang diwajibkan oleh Allah supaya diserahkan kepada mereka yang memerlukan mengikut syarat-syarat yang tertentu di dalam islam. Bagi orang islam mengeluarkan zakat adalah wajib. Tempoh masa untuk mengeluarkan zakat seelok-eloknya bermula dari 10 Ramadhan yang terakhir sehingga sebelum solat sunat Aidilfitri. Antara keutamaan mengeluarkan zakat adalah seperti berikut.

Cop! Fakta ni semua orang dah tahu.  Dari sekolah lagi kita dah belajar tentang zakat tapi berapa ramai orang yang betul-betul melakukannya?  Mungkin ramai orang mampu berikan zakat fitrah, tapi bagaimana dengan zakat perniagaan, zakat emas dan lain-lain.

Kerana itulah, Richworks sangat komited untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang mampu menjadi pemberi zakat utama kerana kami yakin dengan menjadi peniaga berjaya, dan melalui zakat, kita mampu membantu lebih ramai orang lagi dan juga memperbaiki ekonomi masyarakat.

Nak jadi usahawan kaya berjaya dunia akhirat, layari www.azizanosman.com/imkk dan mulakan langkah dengan menyertai Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK).  Ada tawaran tiket menarik untuk anda.  IMKK, adalah satu program yang membantu usahawan untuk menjadi seorang yang lebih faham untuk mencapai kejayaan dunia akhirat, InsyaAllah.

Mendapat rahmat daripada Allah.

Mengeluarkan zakat menunjukkan bahawa kita telah menjalankan tugas kita sebagai seorang muslim kerana zakat adalah salah satu daripada rukun islam. Ia bermaksud kita telah menyempurnakan keislaman kita di dalam beribadah kepada Allah. Selain itu, ia juga dapat menyempurnakan iman seorang hamba yang mengeluarkan zakat kerana beliau mengeluarkan zakat demi manfaat orang yang memerlukan. Allah akan mengurniakan keredhaan dan keberkatan di dalam hidup seseorang yang mengeluarkan zakat di jalan Allah.

Memperbaiki rezeki.

InsyaAllah dengan mengeluarkan zakat, kita akan meraih kasih sayang Allah SWT.  Bila Allah kasih, Dia akan merahmati hamba yang dikasihiNya dengan rahmat rezeki berganda dan berpanjangan.  Kita dah biasa dengar tentang kisah usahawan berjaya yang menjadi penyumbang zakat terbesar dan dengan ilmu perniagaan yang betul anda pun dapat jadi penyumbang zakat juga.

Mengeratkan kasih sayang.

“Hablu Minal Allah, Hablu minal Nass”, bererti menjaga hubungan dengan Allah dan menjaga hubungan dengan manusia. Jika seorang muslim itu mengeluarkan zakat, ia bererti muslim tersebut menolong muslim yang lain yang memerlukan. Ia dapat mengurangkan beban bagi muslim yang berada dalam kesusahan. Di dalam Hadis Nabi Muhammad S.A.W., baginda bersabda :”Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri”. Dengan mengeluarkan zakat, yang kaya menolong yang miskin dan orang yang sentiasa cukup menolong saudaranya yang berada di dalam kesulitan. Ia akan membuahkan perasaan sayang dan cinta sesama saudara kerana kita menggembirakan saudara kita.

Mendapat ganjaran syurga.

Tidak disangkal lagi, syurga yang dijanjikan sebagai ganjaran kerana seorang muslim itu telah menyempurnakan rukun Islamnya dan membantu saudaranya yang memerlukan. Syurga Firdausi yang dijanjikan Allah kepada mereka yang mengeluarkan zakat. InsyaAllah.

Kita bukan hidup di dunia ini selamanya.  Kita juga takkan bawa harta bila kita mati, tapi amal jariah termasuk sedekah, waqafm infak dan zakat InsyaAllah jadi peneman kita di akhirat nanti.

Membersihkan hati dan harta daripada perkara yang merosakkan.

Daripada maksud zakat dari segi bahasa dan syarak ialah bersih dan suci sejumlah harta yang dikeluarkan kepada mereka yang memerlukan mengikut syarat-syarat yang tertentu. Sekiranya hati dan harta kita mempunyai kerosakan seperti mempunyai sifat tamak, bakhil, dan harta yang mempunyai unsur riba, ia boleh dibersih dan disucikan melalui pengeluaran zakat. Di dalam harta kita juga terdapat harta orang lain. Oleh itu, jika kita keluarkan zakat, maka kita telah bebas dari mengambil hak orang lain. In shaa Allah, hati dan harta kita akan bersih dari segala kerosakan.

Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka, dan mendo’alah untuk mereka. Sesungguhnya do’a kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

(Surah At-Taubah : 103)

#TeamRichworks

 

11 TIP ELAK POKAI AWAL DI MUSIM PERAYAAN

oleh Azizan Osman pada 22 June 2017

Ramai yang dah dapat gaji dan bonus Raya ‘kan?

Ada yang dah plan nak serbu ‘shopping complex’ untuk membeli belah di hujung minggu ini. Tapi ingat…gaji yang akan datang hanyalah pada hujung bulan Julai.  Lama lagi ‘tu?

Tanpa perancangan yang betul, anda mungkin akan sengsara dan ikat perut sementara menunggu gaji yang akan datang.

Kami kongsikan dengan anda 11 tip untuk elakkan anda pokai awal di musim perayaan.

Tip 1: Plan dulu apa yang kita nak beli dan bawa wang hanya cukup-cukup dengan apa yang diplan.

Tip yang paling senang, tinggalkan kad kredit di rumah dan bawa duit cukup-cukup untuk barang yang mahu dibeli.

Tip 2: Kerapkan makan di rumah, jarangkan makan di luar. Selalu bukak puasa banyak yang suka membazirkan duit dengan berbuka puasa di tempat-tempat mewah, makan dengan kawan-kawan dan belanja sakan sampai tak cukup makanan yang nak dibeli di pasar Ramadhan.

Apa kata tahun ini, kita belajar masak, buat kuih sendiri dan siapkan juadah pagi raya sendiri.

Tip 3: Bagi duit Raya dan berbelanja mengikut kemampuan kita. Jangan berniat nak bagi duit Raya hanya sebab nak menunjuk-nunjuk.  Umpama pepatah, ukur baju di badan sendiri.

Jangan berbelanja sampai kena pinjam duit dari mak ayah, adik beradik dan juga rakan-rakan. Contohnya, belilah baju raya yang dijual dengan harga yang kita mampu beli. Jangan beli yang ratusan ringgit tapi diri sendiri yang sengsara.

Tip 4: Elakkan daripada membuat pembelian secara spontan. Sebahagian besar daripada pembelian yang dibuat didorong oleh naluri. Cuba elakkan daripada membuat pembelian secara spontan ketika membeli-belah.

Walaupun terdapat barangan yang nampak menarik di mata anda, fikirkan secara mendalam sama ada anda benar-benar memerlukannya sebelum membuat keputusan untuk membeli barangan tersebut.

Tip 5: Ikut kemampuan dan jangan bersaing. Anda tidak sepatutnya terpengaruh dengan corak perbelanjaan rakan atau jiran anda kerana tahap kewangan serta tanggungan yang berbeza.

Oleh yang demikian, anda harus berbelanja mengikut kemampuan dan bukan atas tujuan untuk bersaing dan menunjuk-nunjuk kepada orang lain agar tidak melampaui tahap kewangan anda.

Tip 6: Guna kad kredit secara bijak dan elakkan daripada berhutang. Penggunaan kad kredit sememangnya lebih mudah dan selamat kerana anda tidak perlu membawa wang tunai yang banyak ketika membeli belah.

Namun anda perlu berhati-hati menggunakannya dengan memastikan jumlah perbelanjaan menerusi kad kredit dibuat berdasarkan kemampuan untuk mengelakkan daripada berhutang.

Tip 7: Tawar-menawar harga barangan. Cuba amalkan tabiat suka menawar harga barangan, melainkan jika harga barangan tersebut tetap. Dengan tawar-menawar sebelum membuat pembelian, anda boleh mendapat harga lebih murah berbanding harga biasa. Manfaatkan membeli belah ketika potongan harga diadakan.

Walaupun dalam keadaan tertentu, potongan harga tersebut hanya merupakan gimik perniagaan, tetapi sekiranya anda membuat pertimbangan yang waras, anda mampu mendapat harga yang berpatutan.

Tip 8: Beli mengikut kesesuaian dan pastikan ianya berkualiti. Pastikan anda membeli barangan yang berkualiti setimpal dengan harga yang ditawarkan. Anda boleh membuat perbandingan harga serta kualiti barangan yang diingini terlebih dahulu sebelum membeli.

Contohnya, bagi pakaian anak-anak yang masih kecil, anda boleh membeli saiz yang lebih besar sedikit kerana faktor tumbesaran mereka yang cepat meningkat. Pastikan pakaian mereka juga berkualiti dan tidak mudah koyak atau lusuh agar ia boleh dipakai berulang kali biarpun selepas perayaan kelak. Dengan cara ini anda dapat berjimat daripada kerap berbelanja.

Tip 9: Tidak mudah terpengaruh dengan iklan. Apabila tiba musim perayaan, promosi iklan giat dijalankan. Ketika ini, pelbagai barangan dengan harga menarik ditawarkan kepada pengguna.

Walaubagaimanapun, jangan mudah terpengaruh dengan tawaran yang dipaparkan. Anda harus mempertimbangkan kepentingan barangan tersebut. Jika tidak penting, anda tidak perlu membelinya. Anda juga harus pastikan stok barangan tawaran istimewa seperti yang diiklan masih boleh didapati.

Tip 10: Ganti perhiasan yang perlu sahaja. Perabot, langsir, permaidani dan cat antara perkara yang sering diganti setiap kali musim perayaan. Namun tidak semua perhiasan tersebut perlu diganti sekiranya ia masih dalam keadaan yang baik. Gunakan kreativiti anda untuk menjadikan ia lebih menarik contohnya seperti menjahit juraian kristal pada langsir lama anda.

Tip 11: Tidak menyediakan juadah hari raya secara berlebihan. Cuba anggarkan jumlah tetamu yang akan mengunjungi anda dan masak sekadar diperlukan sahaja. Jika perlu, simpan stok makanan mentah yang boleh dimasak segera terutama ketika menerima kunjungan tetamu yang tidak disangka. Elakkan daripada membeli atau menyediakan juadah hari raya secara berlebihan hingga menyebabkan pembaziran.

Tahukah anda, bahawa setiap dari anda berpeluang untuk mendapatkan taraf hidup dengan lebih baik dari apa yang anda ada sekarang? Tahukah anda, anda berhak dan layak untuk mendapat semua yang anda nak? Tahukah anda, anda sangat berkemampuan untuk membahagiakan orang tersayang jika anda tahu apa kemampuan diri anda dan sejauh mana anda boleh melangkah.

Pelajari kesemuanya ilmu membina potensi diri dan kewangan yang kukuh di Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK). Ada tawaran istimewa hingga 30 Jun 2016 menanti anda!

Layari sekarang www.azizanosman.com/imkk (IMKK KL) atau www.azizanosman.com/imkk-sabah (IMKK Sabah) untuk info lanjut.

Jadikan Hari Raya tahun ini sebagai hari raya terakhir untuk anda ‘ikat perut’.

Salam Kejayaan.

Team Richworks

 

Hebatkah Anda Jika Anda Kaya? Kaya Apa? Dunia?

oleh Azizan Osman pada 06 June 2017

Anda kaya? Anda bangga anda kaya? Apa manfaat kekayaan anda? Anda bantu orang lain? Anda kaya apa? Kaya material atau kaya jiwa?

Banyak makna kaya. Kaya dunia. Kaya akhirat. Kaya masa, wang, kesihatan, anak-anak. Macam-macam jenis kaya. Mungkin ada yang suka dirinya hanya kaya harta. Wang bertimbun merata-rata. Nak beli apa cakap saja. Nak bantu siapa ambil saja. Tidak pernah berkira.

Ada pula hanya suka kaya sendiri sendiri. Tak mahu berkongsi memberi. Ini harta ana yang punya. Bila didekati individu yang meminta sedikit rezeki, ditolak ke tepi. Anda kaya jenis yang inikah?

Di sudut lain ada pula yang kaya jiwa. Harta hanya sekadarnya tapi tak pernah putus kerana jiwanya sangat mulia. Apa yang ada sering saja dikongsi. Katanya, harta pinjaman dan ujian dunia. Allah mahu kita uruskan sebaiknya. Berharta atau tidak kita mesti berbalik pada Dia.

Ada yang lain dikurnia zuriat yang ramai. Berderet-deret. Kadangkala terkeluh duit tak cukup. Cepat-cepat istighfar. Anak-anak itukan harta paling bernilai? Anak anak tabung amalan dan pahala akhirat. Doa anak-anak yang soleh itulah peninggalan setelah kita tiada. Kenapa perlu rungutkan? Allah sudah sediakan rezeki bagi setiap insan. Cuma lagi harus usaha mendapatkan.

Individu ni pula kaya kesihatan. Tak pernah sakit sepanjang hayatnya hidupnya sering saja dimanfaat membantu ahli keluarga dan masyarakat. Dia senang begitu. Meskipun dia kurang berharta, baginya kesihatan yang tak bertepi itu paling berharga.

Anda tergolong dalam yang mana?

Di mana pun anda, tetapkan kembali hati dan jiwa pada Dia. Dia berikan anda segala galanya. Apa jua yang anda minta. BERSYUKUR pada Allah. Jangan bongkak kerana rasa anda hebat. Orang lain tidak sekaya anda, jadi anda rasa bangga. Orang lain miskin dan tak ada daya, anda rasa bangga.

Kenapa rasa diri anda hebat sedangkan anda bukan siapa-siapa. Jika anda berpangkat tinggi sekalipun, berkuasa di dunia sekalipun, jika anda cuma kaya harta dan kuasa tapi lupa pada Dia, kelak di akhirat anda tak ada beza dengan manusia lain.

Asal manusia itu sama. Apa yang membezakan kita cumalah amal. Hidup di dunia hanya pinjaman. Sebagai platform untuk mengumpul pahala, membuat kebajikan, sebagai bekalan di alam sana.

Hebatkah anda jika anda kaya? Anda biasa-biasa saja jika anda cuma kaya harta miskin jiwa. Anda biasa biasa sahaja jika anda kaya harta tapi tidak beramal dengannya. Anda cuma biasa-biasa jika anda kaya harta tapi bongkak takbur satu dunia. Anda cuma biasa-biasa jika anda kaya harta tapi tidak bersyukur kepadanya.

Hati yang bersih jangan dihitamkan dengan rasa bongkak, riak dan takbur. Jangan jadikan alasan kerana anda kaya, anda boleh lupa padaNya. Semakin kaya manusia, semakin bersyukur pada Dia sepatutnya. Apa tujuan anda jadi kaya? Hanya untuk senangkan tekak sendiri? Rugi rugi. Sebaik baik manusia adalah yang memberi kebaikan pada manusia lain, bukan?

 

Kenapa Perlu Jadi Kucing Tiruan Jika Anda Boleh Jadi Kucing Asli Dan Disukai?

oleh Azizan Osman pada 06 June 2017

Anda suka atau tidak jika idea, usaha dan waktu anda dicuri seseorang tanpa sebarang tinggal pesan ataupun kredit atas salinan?

Anda bertungkus lumus berpenat lelah meminta minda anda untuk bekerja dan hadirkan sebuah idea yang indah, rare dan unik tapi tidak sampai satu saat setelah ia dilancarkan, sesudah ia membina engagement dan populariti sendiri, orang lain sesuka hati mengatakan “ini aku yang punya.”

Dan bila anda dengan sabar dan hemahnya menegur, “Itu bukan idea anda, tolong hormati dan berikan kredit pada pencipta asalnya.”, anda dipandang hanya dengan ekor mata.

Sebaliknya mereka terus terusan mengaut keuntungan, membina glamour dalam kalangan kelompok mereka, dan bangga bila mereka dikata “Bagusnya kamu. Bijaknya. Hebatnya. Aku ingin jadi seperti kamu.”

Pasti mahu saja kan anda hamburkan kata kata seperti, “Tunggu bila kamu lalui apa yang aku rasa. Pada saat itu kamu akan menangis tiada lagu.” Namun anda masih sabar. Sebaliknya anda masih cuba positif. Biarlah berkongsi. Anda pasti boleh buat lagi yang lebih hebat kemudian hari.

Tapi ini sudah masuk pada etika. Etika sesama manusia, etika bekerja, etika berniaga dan macam macam lagi etika yang boleh dikaitkan. Anda mula tertanya tanya apa mereka tidak punya harga diri, bergembira atas hasil curian? Bukan mencuri itu salah? Kenapa mereka tergamak mencuri? Kelihatannya mereka baik baik sebelum ini? Macam macam soalan tertuju di minda.

Sudahnya, anda rela. Kerana salahnya pada anda juga. Anda tidak mewartakan idea itu hak milik anda. Ada jalannya untuk anda ambil tindakan tapi bersyarat anda telahpun bertindak dahulu. Dengan mewartakan idea anda tadi. Cuma bila nasi sudah terlebih air, apa nak buat? Makanlah saja apa yang ada.

Tapi, bergembiralah. Kerana ternyata anda sejuta tingkat lebih tinggi berbanding mereka. Mereka tak punya kekuatan seperti anda. Tak punya keunikan sdan keaslian seperti anda. Dan tak punya kesabaran seperti anda. Asbab itu mereka lebih rela menjadi kucing tiruan, berbanding yang asli.

Semoga ia jadi pengajaran buat anda. Dan juga mereka. Roda itu tak mestinya berputar pada satu tempat. Ia berputar dan berpusing. Mereka pasti akan alami juga kemudian hari. Yang baik akan terbalas baik, bukan? Dan anda, si kucing asli, sekali terkena, takkan biar disengat lagi? Ambillah tindakan dengan wartakan hak anda. Itu anda yang punya. Atau jika suka, boleh saja berkongsi. Dan pada mereka, variasikan diri sendiri. Bina dan cipta identiti. Nak mengambil milik orang perlu kena pada cara. Perlu meminta dengan baik. Perlu dibenar oleh pemilik.

 

Tiada Pemasaran, Perniagaan Gerenti Lingkup

oleh Azizan Osman pada 30 May 2017

Mempunyai niat untuk berniaga adalah satu nawaitu yang bagus.  Namun berniaga tanpa ilmu pemasaran adalah satu tindakan yang tidak bijak. Tindakan ini yang menyebabkan ramai usahawan terjerumus ke dalam kancah perniagaan lingkup.

Manakala perniagaan yang berjaya bertahan selama beberapa tahun, biasanya akan mengalami situasi seperti perniagaan yang sesak nafas kesan daripada tidak menguasai ilmu strategi pemasaran yang tepat dan terbaru.

Ramai yang menganggap pemasaran hanya untuk promosi dan menjual produk sahaja. Pemikiran ini salah! Pemasaran adalah aktiviti yang menjurus kepada:

  1. Penyebaran mesej yang dapat menyelesaikan masalah pelanggan
  2. Berkongsi maklumat perniagaan yang dapat menambah nilai (add value) pada orang ramai
  3. Memberikan solusi kepada pertelagahan emosi yang berlaku dalam diri pelanggan yang mempunyai masalah
  4. Aktiviti berdakwah – Semakin hebat strategi pemasaran, semakin hebat skil dakwah kita

Pemasaran juga mengajar usahawan untuk memahami psikologi pelanggan dan pasaran mereka. Sebelum memulakan sebarang kempen pemasaran, pentingnya untuk kita melakukan kajian terhadap keperluan pelanggan terlebih dahulu.

Semakin kita faham keperluan ini, semakin mudah untuk kita mewujudkan magnet tarikan pelanggan. Contoh terbaik yang dapat kita lihat dengan jelas adalah program Klinik Usahawan yang pernah dianjurkan oleh syarikat Richworks. Sebelum menjalankan program ini, pihak Richworks telah menjalankan kajian yang khusus tetang keperluan pelanggan.

Selepas kajian dilakukan kita dapati bahawa majoriti besar perniagaan di Malaysia cepat lingkup kerana mereka gagal untuk memahami ilmu strategi pemasaran. Justeru itu syarikat Richworks menggunakan peluang ini untuk membantu orang ramai dengan menganjurkan program Klinik Usahawan.

Impaknya? Hari ini ribuan usahawan di Malaysia dapat kembali ke jalan perniagaan yang benar, ke jalan perniagaan yang menguntungkan.

Jadi ingat, pemasaran bukan semata-mata untuk promosi dan jual produk, ianya lebih dari itu. Tanpa ilmu pemasaran yang tepat dan terbaru, perniagaan gerenti akan lingkup.

“Jangan berhenti belajar tentang pemasaran. Ia sentiasa berkembang setiap saat.” – Dr Azizan Osman

Bagi anda yang ingin pelajari lebih lanjut tentang teknik-teknik dan strategi pemasaran untuk perniagaan anda, sila layari www.azizanosman.com/onlineshop untuk dapatkan buku “Kuasai Pemasaran Rahsia Menarik Pelanggan – Edisi Terkini.”

 

4 Functions of Marketing Live

oleh Azizan Osman pada 23 May 2017

Ok! Ini sangat penting.

Untuk anda yang nak tahu macam mana nak ramaikan pelanggan, macam mana nak mereka beli banyak-banyak dari anda dan macam mana nak mereka beli berkali-kali dari anda, MESTI tonton sesi ‘Live Video’ perkongsian Dr Azizan Osman, sekarang.

Tonton dan invite semua rakan- rakan untuk sama-sama belajar.

Jika anda nak lagi ilmu percuma atau nak tahu tarikh program akan datang, PM kami sekarang.

 

 

Ramadhan Pasangannya Mesti Syawal. Dah Ada Plan Ke Belum Nak Sambut Pasangan Ni?

oleh Azizan Osman pada 23 May 2017

Bagi mereka yang dalam bidang keusahawanan pasti macam-macam bermain dalam minda, strategi apa nak guna nak sambut pasangan ni. Salah strategi, rugi! Jom kita kongsi sikit apa yang boleh anda buat sempena Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelma.

  1. Kenalpasti produk atau servis laku keras

Untuk mengenalpasti produk atau servis apa yang paling on demand pada Ramadhan dan Syawal, anda perlu tahu PROBLEM (masalah) utama prospek anda. Adakah ianya masalah berkaitan kurang masa menyiapkan juadah kerana tuntutan pekerjaan? Ataupun masalah berkenaan tidur terlalu nyenyak sampai sering terlepas sahur? Apa jua masalah yang ada, ianya pasti peluang besar untuk anda!

Rata-rata orang yang berkerjaya ini seringkali tak cukup masa nak masak-masak di rumah untuk berbuka. Kadangkala mereka berbuka di office atau dalam kereta! Jadi bukankah bagus jika anda menjadi PROBLEM SOLVER dengan menyediakan khidmat delivery pada mereka?

Jika ianya berkaitan sahur, konsep sama boleh dipraktikkan. DELIVERY – door to door service! Tetapkan waktu untuk anda menghantar pesanan sahur. Mungkin jam 12 malam? Atau jam 2 pagi? Ikut keselesaan anda dan prospek anda.

  1. Setkan target anda?

Target adalah perkara wajib ada bila anda buat sesuatu kerja! Setkan berapa orang pelanggan yang anda mahu, atau berapa jumlah jualan yang anda mahu dalam sehari atau seminggu atau sebulan. Dengan target yang kukuh, anda lebih mudah dan fokus untuk ciptakan ruang dan peluang perniagaan anda.

Contoh jika anda mahukan jualan sebanyak RM 100 sehari, dan sebulan minimum RM3000. Jadi, misalan jika 1 produk anda berharga RM 10, sehari anda cuma perlukan 10 orang pelanggan. Kalau mereka beli lebih dari 1 produk? Itu bonus untuk anda!

  1. Sediakan nombor capaian

Jika anda sudah bersedia untuk menjual, pastikan nombor capaian anda memang benar-benar mudah dicapai. Kebiasaannya anda boleh sediakan nombor telefon untuk whatsapp, email, facebook, instagram atau lain-lain untuk prospek hubungi anda. Jika anda menggunakan nombor telefon mudah alih, adalah sebaiknya anda asingkan dari nombor kegunaan personal anda. Ini bagi mengelakkan telefon anda “hang” atau anda tersalah panggil pelanggan anda!

  1. Pastikan ringkas dan mudah

Hebahan iklan anda, sebaik-baiknya ringkas dan mudah difahami. Lagi-lagi jika prospek anda tidak punya masa yang panjang untuk membaca atau mendengar iklan berjela dari anda! Biar ringkas, padat dan mendorong prospek untuk terus hubungi anda.

Tapi ingat, jangan terlalu berteka-teki dalam iklan. Ia boleh mendatangkan bosan pada prospek. Mereka kan nak cepat, jadi informasi kena ringkas, padat dan mudah. Bukannya ringkas mengundang padah! Ada sesetengah iklan terutamanya bagi peniaga offline, mereka amat gemar “sembunyikan” harga dengan harapan prospek akan datang bertanya dan mereka akan terus masuk jarum.

Adakalanya ia mengundang padah kerana “balik-balik nak beli kena tanya. Ah, bosan lah!” Lagi-lagi jika mereka sedang survey harga kuih tart strawberry nak beri pada mertua. Kedai sebelah pula terus pamer harga dan siap ada tester. Anda pula masih terkedek-kedek nak beritahu harga bila ditanya. Kadang mereka nak cepat. Kadang mereka cuma nak tahu harga dan survey banyak tempat. Kadang mereka sejenis manusia yang malas nak bertanya. Atau mereka cuma tak mahu pisang berbuah dua kali kerana pernah kecewa dengan harga yang terlalu tinggi!

Apa apa pun, iklan dan harga disesuaikan dengan produk dan servis anda.

  1. Berikan secara percuma

Apa? Percuma?

Ya! Siapa yang tak sukakan benda percuma? Percuma bermakna berikan tester anda pada mereka. Bukan offline saja yang boleh aplikasikan, online pun boleh. Cuma jika anda tak mahu menanggung kos pos, katakan saja mereka cuma perlu bayarkan kos penghantaran untuk dapatkan barang percuma!

Perkhidmatan percuma boleh?

Tentulah boleh! Gunting rambut percuma? Beli satu percuma satu? Khidmat nasihat percuma? Tusyen percuma bagi pelajar kedua? Boleh semua boleh. Sebenarnya, jika anda selitkan satu perkataan percuma atau free ini dalam iklan anda, pasti ramai orang berminat! Walaupun sebenarnya tidaklah percuma anda itu bererti “benar-benar percuma”. Anda faham maksud ini?

  1. Mulut ke mulut?

Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia?

Ambil kesempatan pada peribahasa ini. Gunakan khidmat iklan percuma daripada pelanggan sedia ada anda. Pastikan mereka beritahu rakan taulan jika produk atau servis anda tiptop. Dan hanya beritahu anda jika servis atau produk anda kelaut.

Terutamanya perihal produk makanan. Ramadhan dan Syawal selain berkait dengan bulan kegembiraan, ianya juga bulan yang penuh dengan makanan!

Bila orang bercerita, mereka akan beri penjelasan, pengalaman, dan ekspresi yang tak boleh anda beli di mana-mana! Ianya testimoni bergerak. Anda akan dapat keuntungan lagi besar kemudian hari. Pastikan anda menjaga kualiti dan standard seperti yang diiklankan!

Di sini anda secara tak langsung mengguna pakai kuasa EMOSI pelanggan untuk lakukan produk anda.

  1. Suasana yang sesuai

Suai padankan suasana kedai anda, tak kiralah kedai atas tanah atau kedai maya, dengan suasana bulan atau hari tersebut. Contohnya bulan puasa, hiaskan dengan tema yang berkaitan. Ianya membangkitkan mood prospek untuk jejak langkah masuk ke kedai.

Betul. Ini tak tipu. Ada pula bulan puasa, dimainkan lagunya rock kapak sebagai background music. Jika itu kedai rock lainlah cerita. Ini kedai jual kuih. Cuba lah buka ayat mengaji atau sekadar irama lembut. Jika sekali sekala melepas gian tuan kedai, mungkin boleh dipertimbangkan.

  1. Sempena Ramadhan dan Syawal…

Perasan tak nama-nama besar suka betul gunakan ayat ini, “ Sempena bulan Ramadhan yang hampir tiba, kami melancarkan…”

Atau, “Sempena bulan Syawal yang bakal tiba, kami memberikan harga potong kepala…”

Ini satu strategi menarik pelanggan! Propek amat sukakan “sempena” ini. Ia memang sejak azali lagi. Jika ada saja “sempena”, mesti penuh kedai. Walaupun sebenarnya harga yang lebih kurang sama. Mereka tetap juga tertarik. Tak percaya, cuba.

Jadi cukup atau tidak 8 strategi ini? Semua strategi ini adalah rangkuman sebahagian dari 200 plan pemasaran yang dikongsikan dalam program Millionaire Marketing Mastery kami. Baru 8 sudah begini, apalagi 200?

Target setiap peniaga pasti mahukan pelanggan mereka untuk ingat, sampaikan dan ulang beli dengan mereka. Jadi, apa usaha anda untuk buat pelanggan anda sebegitu?

 

5 Idea Bisnes Berbeza Untuk Bulan Ramadhan.

oleh Azizan Osman pada 18 May 2017

POSTER 00

Ramadhan Tiba..Ramadhan Tiba!

InsyaAllah, kita bakal menyambut Ramadhan dalam tempoh lebih kurang seminggu lagi.  Mesti ada antara anda yang terfikir nak cari duit lebih untuk kegunaan musim raya nanti.  Mungkin ada antara anda yang dah terfikirkan banyak idea, tapi banyak idea orang lain pun dah mula guna.  Macam mana?

Jangan risau, kami nak bantu anda untuk berikan 5 idea bisnes untuk bulan Ramadhan yang agak berbeza.  Jom baca dan sharekan dengan kawan-kawan.  Mana tahu ada gunanya.

Jika anda nak lebih banyak ilmu percuma, layari www.mentorusahawan.com/webinar.  Atau PM Tepi jika anda nak tahu lebih lanjut.

1. Perkhidmatan Pembimbing Tadarus.

POSTER 01

Dalam bulan puasa, ramai orang yang terbuka hatinya untuk mengaji dan membaca Al-Quran.  Tapi mengaji tanpa bimbingan  dan dengan bacaan tajwid yang salah maka akan kurang manfaatnya.  Dan selalunya, bila ada kumpulan yang khas untuk bertadarus sepanjang Ramadhan, ahli-ahlinya adalah akan lebih berdedikasi dan akan memberikan komitmen yang tinggi.

Jika anda, mahir dalam membaca Al-Quran, apa kata anda cuba tawarkan khidmat pembimbing  tadarus untuk sepanjang Ramadhan ini.  Anda boleh tawarkan servis ini dari rumah ke rumah, atau ke pejabat-pejabat dan anda bolehlah tentukan sedikit harga sebagai bayaran masa dan tambang perjalanan.

2. Perkhidmatan Pembelian Dan Penghantaran Makanan.

POSTER 02

Anda nampak ini remeh tapi sebenarnya ini ialah sesuatu yang boleh buat duit.  Berapa ramai dari manusia yang ada masalah malas dan tak suka nak bersesak-sesak di Bazar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka?  Nak memasak, pasti tak sempat atau tak pandai.  Tapi tekak rasa nak makan macam-macam?  Bagusnya kalau ada orang tolong belikan dari mana-mana Bazar ramadhan.  Ayam percik, nasi kerabu, murtabak, cendol…

Jadi, apa kata anda berikan perkhidmatan seperti ini kepada orang ramai.  Mereka boleh order apa yang mereka mahu, dan anda belikan.  Anda mungkin boleh minta mereka bayar separuh dahulu dan selebihnya anda boleh  minta mereka bayar ketika penghantaran.

Apa yang ‘best’ lagi, anda mungkin tak perlu pun pergi membeli belah di bazar Ramadhan, anda mungkin boleh uruskan sahaja dan ada beberapa ‘runner’ lain yang boleh bantu anda.

3. Perkhidmatan Menjaga Anak Di Waktu Solat Terawih.

POSTER 03

Tahu tak, berapa ramai ibu-ibu yang nak sangat bertarawih di masjid tapi terpaksa lupakan hasrat mereka kerana ada anak-anak kecil yang tak boleh nak ditinggalkan?

Adalah amat menyeronokkan bagi ibu-ibu ini, jika di bulan Ramadhan yang mulia, mereka dapat pergi bersolat terawih walaupun mungkin tak mampu setiap hari, sebahagian pun dah mencukupi.

Di sinilah anda boleh menawarkan perkhidmatan anda, untuk memberikan perkhidmatan menjaga anak-anak bagi membantu ibu-ibu untuk menunaikan ibadat solat sunat terawih.  Anda mungkin tak perlu menjaga kanak-kanak tersebut, mungkin anda boleh uruskan orang lain menjaganya dan anda boleh monitor sahaja, jadi anda pun boleh bersolat terawih juga.

4. Perkhidmatan Menyediakan Juadah Sahur.

POSTER 04

Berapa ramai dari anda, bila bangun sahur, rasa macam tak lalu nak makan.  Lebih-lebih lagi jika lauk-pauknya lebihan berbuka tadi.

Ada yang sanggup tak bersahur hanya kerana tak berselera.  Nak keluar mencari kedai makan pagi-pagi macam ni, macam malas lah pulak.

Jadi, inilah peluang anda untuk menyediakan satu perkhidmatan penghantaran juadah sahur kepada mereka yang nak bersahur makanan panas yang menyelerakan tapi malas nak memasak atau nak bersiap untuk ke kedai.  Anda mungkin boleh sediakan mangkuk tingkat dan ambil order dari awal.  Anda juga mungkin boleh berikan menu untuk mereka pilih hari apa yang mereka mahu menggunakan servis anda.

Nak lagi mudah, anda tak perlu masak atau tak perlu hantar, tapi anda uruskan sahaja orang lain yang memasak dan orang lain yang menghantar.  Anda hanya jadi orang tengah dan cari pelanggan.

5. Perkhidmatan Mengambil Tempahan Pakaian Dari Rumah.

POSTER 05

Bila tiba hari raya, ramai orang yang ada masalah nak cari tukang jahit.  Ramai tukang jahit tak mahu terima lagi tempahan.  Tapi jika anda kenal beberapa jiran atau saudara mara yang boleh menjahit tapi tak pandai nak ambik tempahan, anda boleh bantu mereka cari duit tambahan untuk hari raya dan bantu pelanggan yang ‘last minute’ nak buat tempahan.

Anda tak perlu pandai menjahit tapi hanya perlu tahu sedikit marketing, dan khidmat pelanggan kerana andalah nanti yang kena berurusan dengan pelanggan, ambil ukurannya, dan berbincang tentang fesyen yang mereka mahu.  Kan senang?

Nampak?  Kami dah kongsikan 5 idea busines yang lain dari lain, yang anda boleh cuba gunakan di musim Ramadhan ini. InsyaAllah, kalau komited dan konsisten, perniagaan anda akan jadi besar.  Ramai orang mula berniaga pada musim Ramadhan, jadi ini masanya anda nak rebut peluang.

#TeamRichworks #ResultMatters

 

Results Anda Akan Lebih Pantas Tercapai Bila Ada 5 Perkara Ini!

oleh Azizan Osman pada 17 May 2017

momentum-newsletter

Perkara yang paling penting yang anda lihat bila anak didik kami capai #ResultMatters, salah satu sebab utamanya ialah kerana mereka sentiasa pastikan mereka ada Momentum. Ibarat kita jarang jogging, jika kita baru nak mula, kita kena terus komited dan jika kita berhenti seminggu, InsyaAllah susah nak bermula sekali lagi.

Begitu juga kuasa tindakan especially bagi yang baru acah-acah nak mulakan perubahan dan tindakan. Dan momentum akan membantu untuk anda terus menerus create result. Persoalannya ialah bagaimana mereka yang berjaya memastikan momentum mereka sentiasa berterusan?

Ini ada 5 tips penting yang kami nak kongsikan, agar momentum anda sentiasa tinggi dan berterusan.

1/ Sentiasa connected dengan circle yang tinggi energi mereka dan sentiasa ada new achievement.

Inilah yang berlaku di dalam Titanium Circle. Setiap hari mereka akan berkongsi pencapaian mereka dan ia membakar yang lain untuk create result. Ingat, ‘Small daily success akan lead to bigger success.’

2/ Sentiasa mengingatkan diri dengan matlamat anda.

Ia satu proses yang penting dan anda perlu mempunyai strategi agar setiap hari, anda akan diingatkan tentang matlamat anda.

3/ Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentangBIG WHY anda.

Ini juga adalah proses yang perlu anda ingatkan diri anda selalu. Samada dengan melihat siapa dan apakahBig Why kenapa anda mahu capai matlamat anda dan push diri anda untuk mencapainya.

4/ Mempunyai Mentor atau Coach yang akan tolak anda untuk capai matlamat anda.

Di luar sana, ramai orang suka nak tarik ke bawah tengok anda jatuh. Ada yang tengah bertaruh dan berteka-teki, berapa lama anda akan bertahan. Tapi bila ada mentor atau coach, anda akan sentiasa ditolak untuk naik ke atas, untuk buat hasil yang lebih baik dari sebelumnya, dengan bimbingan dan tindakan yang dah ada proven results.

5/ Sentiasa hadir kelas supaya anda tidak lost focus dan “lemau” serta sentiasa ada Momentum.

Hidup kita akan di kelilingi banyak ‘gangguan’. Bukan setakat dari media sosial dan teknologi yang disalahgunakan, tapi dari ‘suara budak kecil’ yang kita sendiri biarkan jadi besar. Sebab itu, hadir ke kelas atau program dapat jadi seperti minyak pelincir enjin kenderaan yang berikan anda lebih pecutan.

The Power of Momentum mampu menjadikan ombak yang kecil bertukar menjadi ombak yang besar sehingga mampu menghancurkan kapal.

The Power of Momentum mampu menjadikan api kecil menjadi api besar yang membakar hutan dan bangunan.

Dan bayangkan jika anda mempunyai The Power of Momentum di dalam tindakan anda dan ilmu yang anda aplikasikan?

#TeamRichworks

#ResultMatters

 

5 SEBAB PENTING KENAPA BISNES ANDA TAK TERURUS.

oleh Azizan Osman pada 16 May 2017

5 SEBAB PENTING KENAPA BISNES ANDA TAK TERURUS - 000

Dah nak masuk setengah tahun 2017, musim perayaan pun dah nak tiba. Tapi, tak pernah nampak pun duit bisnes. Tak tahu pergi mana. Staff pun asyik keluar masuk, stok yang ada pun tak tahu berapa yang tinggal.

Kenapa jadi macam ni? Pening dah kepala memikirkannya.

Kami nak share dengan anda 5 sebab penting kenapa bisnes anda tak terurus. Ramai orang ingat bisnes setakat buat sales tapi sebenarnya pengurusan bisnes juga penting.

Bila bisnes tak terurus, sales dan marketing juga akan kelam kabut. Anda baca dan fikirkan. Lepas tu, share dengan ramai rakan-rakan supaya mereka pun dapat manfaatnya.

1. Tak Jaga Akaun Perniagaan Dengan Betul.

5 SEBAB PENTING KENAPA BISNES ANDA TAK TERURUS - 001B

Mungkin anda dah biasa dengar kami cakap tentang peniaga yang rompak duit syarikat. Rompak duit syarikat maksudnya, ambil duit perniagaan ikut suka hati, tanpa rekod yang khas.

Walaupun anda tuan punya kedai, anda tak boleh ambil duit perniagaan macam tu je. Anda perlu ambi gaji untuk diri sendiri. Dan kawal nafsu nak berbelanja besar guna duit bisnes yang masuk hari-hari.

2. Kakitangan Tak Cekap.

5 SEBAB PENTING KENAPA BISNES ANDA TAK TERURUS - 002B

Berapa ramai dari anda yang berbisnes tapi dah lebih sibuk dari makan gaji? Pemilik kedai kerja lebih teruk dari pekerja. Yang lebih sedih, peniaga kerja separuh mati tapi kakitangan tak buat cukup kerja, balik-balik peniaga juga yang buat sendiri.

Anda tak mungkin boleh besarkan perniagaan jika anda buat segalanya seorang diri. Bisnes akan huru hara dan anda takkan mampu urus semuanya sendiri.

3. Pengeluaran Tak Setimpal Permintaan.

5 SEBAB PENTING KENAPA BISNES ANDA TAK TERURUS - 003B

Ramai peniaga, hanya tahu buat marketing, seronok buat sales dan tengok followers yang makin ramai tapi gagal nak pastikan pengeluaran produk yang boleh memenuhi permintaan.

Mulalah nanti ada masalah nak layan pelanggan yang nakkan produk segera, pengilang pula gagal nak keluarkan produk dalam kuantiti yang banyak. Lama kelamaan, nama bisnes pun boleh rosak.

4. Berniaga Dalam Ketakutan.

5 SEBAB PENTING KENAPA BISNES ANDA TAK TERURUS - 004B

Satu lagi perkara yang bolehkan sebabkan bisnes jadi tak terurus ialah bila peniaga jalankan perniagaan dalam ketakutan.

Berniaga dalam ketakutan maksudnya berniaga tanpa akaun syarikat, tanpa bayar cukai, tanpa pendaftaran syarikat yang betul, tanpa audit akaun dan tanpa penuhi syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan.

Bila berniaga dalam ketakutan, nak buat marketing, nak promosi apa pun tak boleh. Semuanya takut badan-badan terbabit rasa takut.

5. Tak Ada Minda Usahawan Berjaya.

5 SEBAB PENTING KENAPA BISNES ANDA TAK TERURUS - 005B

Bisnes akan jadi tak terurus bila anda peniaga tak ada minda usahawan berjaya. Anda buat tindakan kecil. Anda takut dan tak yakin nak terjah market dan berniaga besar-besaran.

Anda berniaga tapi takut nak berjaya. Sehingga anda rasa selesa dengan apa yang ada. Fikirkan. Anda macam mana?

#TeamRichworks #ResultMatters

 

 
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start