Siapa Sangka Kisah Di Sebalik Kopiah Abang Ini, Dia Dipandang Hina Sebab Muflis Dan Lebih Dihina Bila Hanya Berniaga Dodol….

oleh Team Richworks pada 29 August 2018

Apa agaknya perasaan anda jika anda jumpa seseorang yang muflis, yang dah berusia  sekitar 50an…? Agak-agak ada harapan tak, dia nak keluar dari keadaan tu? Macam mana dia nak bayar hutang dia? Boleh ke lagi kerja dan cari duit untuk bayar hutang tu?

Ini kisah benar yang kami catatkan untuk inspirasi anda.  Ini kisah Tuan Nazli Selamat.  Ketika kami pertama kali jumpa Tuan Nazli di Program IMKK tahun lepas,  kami rasa kagum sebab, ketika orang lain sebaya dengannya dah tak mahu belajar, kerana mereka rasa dah cukup ilmu dan dah banyak pengalaman, Tuan Nazli masih gigih nak datang program.

Dengan kopiah putih menutupi rambutnya yang dah beruban, kami tak sangka…perjalanannya hidupnya amat perit. Tuan Nazli bukan seorang yang ada pendidikan, dia pernah menuntut di sebuah politeknik dan bekerja di beberapa syarikat pengeluar makanan ternama dan terlibat dalam bidang marketing.

Tapi, kesilapannya akibat terlalu percaya kepada orang lain, menyebabkan dia terpaksa menanggung hutang yang kononnya nak digunakan sebagai modal bisnes, sehingga dia diisytiharkan Muflis.

Setelah diisytiharkan muflis, dia ambil keputusan untuk berhenti kerja kerana dia dah tak boleh buka akaun bank, segala duit gaji yang masuk dalam akaun akan dipotong terus untuk bayar hutang. Dan akibat tak ada ilmu sangat tentang ini…dia ambil keputusan untuk lari dari masalahnya.

Akibat muflis menyebabkan dia terpaksa gadai rumahnya.  Apa yang berlaku setelah dia gadai rumahnya? Macam mana dia nak cari duit? Macam mana dia nak langsaikan hutangnya?

Ye betul, Tuan Nazli ambil keputusan untuk berniaga dodol. Tapi, selepas dia hadir ke program IMKK, banyak perubahan berlaku dalam dirinya.

Dari MUFLIS dan hidup penuh hutang, Tuan Nazli kini dah boleh beli kenderaan untuk penghantaran dodolnya.  Dari kacau dodol pakai tangan, kini dia dah ada 3 mesin pengacau dodol rekaannya sendiri.  Dari hidup memikul malu dan rasa rendah diri, Tuan Nazli kini bersyukur dengan hasil jualan mencecah RM20,000 sebulan di bulan-bulan biasa ,dan berlipat ganda tingginya di musim perayaan.

Kami tak sangka, lelaki yang pernah datang ke IMKK dalam keadaan ‘lost’ ini, kini boleh bangkit kembali membina hidup dan bisnesnya. Kami doakan Tuan Nazli terus maju dengan bisnes Dodol Anaz Terabyte!

Kat luar sana, ramai orang ada masalah hutang yang teruk, ramai orang muflis, tapi ramai orang sorok masalah ni dalam-dalam kat sudut hati…tak nak orang lain tahu, dan tak nak cari jalan macam mana nak menyelesaikannya segera. Tak takut ke, mati nanti meninggalkan hutang kepada pasangan dan anak-anak?   Jika anda rasa, cerita Tuan Nazli ni, berguna dan bagus untuk beri inspirasi kepada mereka yang ada masalah hutang di luar sana.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud – “Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.” – (Hadis Riwayat A-Baihaqi)

Semoga kita semua terlindung dari beban hutang…

 

Orang Pandang Hina Bila Budak Muda Nak Berniaga Apatah Lagi Berniaga Burger Jer Kot? Tapi Kisah Hafizi Ini Mungkin Buat Kau Nak Bisnes Burger Juga….

oleh Team Richworks pada 21 August 2018

“Boleh ke kau hidup dengan jual burger? Boleh ke tampung hidup dengan burger tu..?”

Hafizi capai RM500 ribu beb! Kau pandai kira? RM500 ribu bisnes burger selepas ada mentor, ilmu & strategi yang betul dari mentor dia….. Kau bila lagi?

Tuan Mohd Hafizi Roslan terkenangkan saat ayahnya persoalkan masa depannya yang ambil keputusan nak jual burger. Sambil berdiri di hadapan restoran MHR Burgernya yang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan, Tuan Hafizi bersyukur kerana sekarang dia dah mampu anda restoran sendiri, dengan 30 orang pekerja.

Ayahnya bukan tak setuju, cuma risaukan masa depannya sahaja. Maklumlah..dah 2 keturunan keluarga mereka jadi driver ambulans. Arwah atuknya dulu kerja kerajaan, jadi driver ambulans, ayahnya pun dulu driver ambulans…jadi dah tentu ayahnya nak juga dia kerja kerajaan jadi driver ambulans…terjamin masa depan!

Tapi Tuan Hafizi nekad. Dia taknak teruskan tradisi keluarganya jadi driver ambulans.

Dulu, sebelum jual burger dia pernah bekerja dengan pakciknya di Pasar Seremban – jual ayam. Seawal pukul 4.00 pagi dia dah terpaksa berada di pasar. Selama 5 tahun hidupnya asyik nampak ayam..bau pun dah macam ayam! Kerja teruk. Gaji seciput. Nak balik ziarah mak ayah pun jarang-jarang.

Bukan tak bersyukur, tapi itulah hakikat..
Sehinggalah satu hari ketika dia bagitau ibunya yang dia nak berhenti dari kerja jual ayam, arwah emaknya kata “kau berhentilah bang, biar mak jaga kau sampai mak mati..”
Ironinya…2 mingu selepas tu, emaknya meninggal dunia.

Dengan pendidikan hanya SPM, dan berbekalkan pengalaman jual ayam je, memang susah le…dia nak dapat kerja. Dan dari situlah, terbitnya perasaan nak berniaga. Ayahnya sendiri yang cadangkan dia jual burger.

Sebagai anak sulung, Tuan Hafizi terpaksa pula pikul tanggungjawab berat untuk membantu ayahnya yang sakit jantung dan tiroid untuk tanggung persekolahan adik-adik.
Kesungguhannya ada. Tapi kesungguhan tanpa ilmu takkan membawa kita pergi jauh.

Tuan Hafizi dah lama teringin nak pergi cari ilmu, tapi dia asyik bertangguh. Setiap kali sahabatnya #AnakDidikDrAzizan – Tuan Aizat, balik dari IMKK, dia akan singgah di gerai burger Tuan Hafizi dan bercerita tentang seronoknya IMKK.

Akhirnya, Tuan Hafizi termakan juga dengan cerita sahabatnya. Semenjak tahun 2016, Tuan Hafizi dah hadir ke Program IMKK, dan diikuti dengan program marketing sehinggalah program-program lain, dengan usaha dan doa, akhirnya Tuan Hafizi dah berjaya bina bisnes MHR Burger.

Tahun lepas, ketika dia bawa pulang kenderaan pacuan 4 roda baru ke rumah, sambil menangis ayahnya kata…”Tak sangka, keluarga kita mampu beli kereta besar macam ni..” Yelah, selama ni..ambulans je lah kenderaan paling besar dia pernah bawak..

Sepanjang tahun 2016 MHR Burger dah buat jualan sebanyak RM300k setahun, dan meningkat ke RM500k setahun pada 2017 dan pada 2018, Tuan Hafizi tengah pulun untuk capai target buat RM1juta setahun.

Jutawan Burger Port Dickson ni kata, nak berniaga kena tahu 3 perkara:
1) Tahu jaga hubungan dengan Allah, dan orang sekeliling. Jaga kolam jiwa dan sentiasa berfikiran positif.

2) Tahu untuk buat orang nampak bises kita. Teknik dari program marketing Richworks dah mampu buatkan dia mendapat liputan akhbar sebanyak 3 kali secara percuma bila dia buat kerja gila tawarkan burger harga RM1!

3) Bila dah ada bisnes, kena tahu urus cashflow bisnes, kalau tak..bisnes boleh hancur.

Dengan kakitangan seramai 30 orang, dan baru buka cawangan kedua di Pantai Remis, Tuan Hafizi bersyukur, dia teruskan perjuangan nak jual burger dan pecahkan tradisi keluarga.

P/S: Hidup ni kena berani buat perubahan. Cari rezeki dengan cara yang sama bertahun-tahun lamanya, takkan bantu kita untuk dapat hasil yang lebih baik…

Soalannya, kau berani ke? Kau tak ada rasa macam nak ubab hidup ke? Ke memang bercadang berada tahap yang sama forever? Hafizi capai RM500 ribu beb! Kau pandai kira? RM500 ribu bisnes burger selepas ada mentor, ilmu & strategi yang betul dari mentor dia….. Kau bila lagi?

Jumpa di IMKK 2-4 November 2018 nanti! www.imkk2018.com

Jika kisah ini boleh beri inspirasi kepada ramai, sila share kat bro dan sis semua kat luar sana..

#TeamRichworks
#IMKKNov2018

 

Richworks Melancarkan Perkhidmatan WhatsApp Untuk Mengedarkan Info Dan Berita Terkini

oleh Team Richworks pada 07 August 2018


Richworks telah melancarkan perkhidmatan penyiaran (Broadcast) WhatsApp untuk semua pengikut kami untuk menyampaikan artikel tentang bisnes, pemasaran, cara nak ubah hidup atau kisah-kisah kejayaan. Kami juga akan kongsikan berita Richworks dan maklumat terkini tentang dunia bisnes dan global. Anda akan menerima satu hingga dua mesej setiap hari.

Ingin tahu cara melanggan?

Pertama, pastikan anda mempunyai WhatsApp dalam telefon pintar (smartphone) anda. Anda boleh memuat turun App ini di App Store untuk iOS atau di Google Play untuk Android. Kemudian, klik link ini richworks.com/whatsapp/ untuk jadikan kami sebagai kenalan di WhatsApp.

Jika anda tidak dapat membaca teks ini di telefon pintar anda, anda masih boleh mengikuti langkah-langkah di atas, dengan memuat WhatsApp di web, dan menghantar mesej dengan perkataan “Start” untuk mula menerima maklumat terkini secara Percuma.

 

7 Kesilapan Dalam E-Marketing Yang Boleh Buat Anda Gigit Jari

oleh Team Richworks pada 04 August 2018

Dunia berkembang, negara semakin maju dan teknologi juga semakin canggih. Penggunaan teknologi semakin meluas bukan saja dalam bidang teknologi maklumat, sains, malah juga dalam bidang perniagaan. Dengan kemajuan ini wujudlah ‘E-Marketing’ yang mampu menggantikan teknik marketing konvensional yang diguna pakai selama ini.

E-Marketing atau pemasaran secara elektronik merujuk kepada aplikasi prinsip-prinsip dan teknik pemasaran melalui media elektronik, khususnya Internet. Terma e-Marketing (pemasaran elektronik), Internet Marketing (pemasaran Internet) dan Online Marketing (pemasaran dalam talian), sering ditukar ganti, dan sering dianggap sinonim antara satu sama lain.

E-Marketing adalah proses pemasaran jenama yang menggunakan medium Internet sebagai medium utama. Ia meliputi unsur-unsur pemasaran secara langsung mahupun secara tidak langsung dengan menggunakan pelbagai teknologi untuk membantu perniagaan berhubung dan berkomunikasi dengan pelanggan.

Pemasaran ditakrifkan sebagai satu aktiviti perniagaan untuk menarik pelanggan dengan menonjolkan nilai produk atau perkhidmatan bagi tujuan penjualan produk. Maltamat dan fokus utama aktiviti pemasaran sepatutnya untuk menjana wang kepada perniagaan bukan menyebabkan perniagaan kehilangan wang.

Tetapi, seringkali peniaga terlupa akan matlamat asal pemasaran dalam keghairahan mengejar kecanggihan teknologi. Kelemahan dalam e-Marketing boleh mengakibatkan kerugian kepada perniagaan.

“Technology is nothing. What’s important is that you have faith in people, that they’re basically good and smart, and if you give them tools, they’ll do wonderful things with them” – Steve Job

Medium Pemasaran Elektronik

Terdapat beberapa medium elektronik yang digunakan oleh syarikat untuk memasarkan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Antaranya ialah:

  1. Laman web korporat (corporate info)
  2. Laman web perniagaan (business online transaction)
  3. E-mel dan mobile marketing
  4. Laman blog
  5. Laman sosial Facebook
  6. Google
  7. Instagram
  8. YouTube

Dalam keghairahan peniaga melakukan pemasaran dan mencuba e-marketing, ramai yang tewas dan gagal dipertengahan jalan setelah melakukan banyak kesilapan demi kesilapan. Apa antara kesilapan yang peniaga suka lakukan dalam e-marketing? Jom baca Kesilapan Dalam Pemasaran Elektronik.

  1. Deskripsi Produk yang Lemah dan Tidak Menyeluruh

Konsep pemasaran dalam perniagaan secara elektronik amat berbeza kerana semua maklumat yang ingin dikomunikasikan oleh peniaga kepada pelanggan harus dinyatakan mengikut kehendak pelanggan. Pemasaran membantu pelanggan dalam membuat keputusan yang memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Keterangan produk atau perkhidmatan sekurang–kurangnya hendaklah mengandungi perkara–perkara seperti berikut:

– Saiz barangan (kepelbagaian saiz dan mengikut ukuran)

– Berat

– Kepelbagaian warna

– Bahan yang digunakan

– Cara pengendalian

– Harga

  1. Maklumat ‘Hubungi Kami’ (Contact Us) Tidak Dikemas Kini

Maklumat ini penting dan tujuan utamanya adalah untuk membantu pelanggan memperoleh maklumat tambahan yang diperlukan. Maklumat ‘Hubungi Kami’ ini sering dipandang ringan oleh sesetengah perniagaan. Kadangkala, maklumat perniagaan hanya diletakkan di laman utama (first page) dan ini menyukarkan pelanggan untuk memperoleh maklumat tersebut dan boleh mengecewakan mereka.

Antara kesilapan lain adalah:

  • Maklumat tidak lengkap
  • Maklumat yang tidak dikemaskinikan
  • Tiada nombor sambungan terus kepada individu yang bertanggungjawab (Responsible Person)
  • E-mel dan telefon yang tidak berbalas
  1. Tiada Halaman Penyataan Polisi Perniagaan

Kebanyakan perniagaan atau syarikat dalam talian tidak banyak menitikberatkan kepentingan penyataan dasar dan polisi perniagaan (policy page). Ia termasuklah terma perjanjian perkhidmatan dan sekiranya ada, penyataan tersebut tidak dinyatakan dalam bahasa yang mudah untuk difahami. Terma perjanjian ini penting dalam menyalurkan maklumat seperti pertaruhan wang semula, pertukaran barangan, dan sebagainya. Halaman dasar dan polisi adalah sama penting sebagai maklumat perkenalan dan perjanjian secara bertulis antara pembeli dan syarikat.

  1. Amalan Perniagaan Secara Konvensional (Old-Timer Customer) Diabaikan

Apabila perniagaan anda dijalankan secara dalam talian atau secara elektronik, pakar–pakar pemasaran memberi idea bahawa golongan yang patut dijadikan sasaran adalah golongan remaja dan muda antara umur 20 hingga 45 tahun. Walau bagaimanapun, golongan yang berumur 45 tahun dan ke atas tidak seharusnya dilupakan. Aktiviti pemasaran melalui elektronik seharusnya merangkumi semua aspek demografi pelanggan. Ini kerana, pemasaran atau perniagaan melalui Internet sinonim dengan perniagaan tanpa batasan had umur, jantina, pekerjaan, lokasi dan sebagainya.

  1. Laman Media Sosial Tidak Berfungsi Sebagai Medium Pemasaran Sosial

Pemasaran melalui media sosial berfokuskan kepada usaha untuk mewujudkan kandungan yang menarik perhatian, pencetusan moment yang boleh menjemput bakal pelanggan atau pengikut sedia ada untuk turut sama memberi komen dan sebagainya. Aktiviti komunikasi melalui media sosial ini terhasil melalui apa yang diingini oleh para pemasar iaitu cetusan perbualan mulut ke mulut melalui elektronik (Electronic Word of Mouth – eWoM).

Antara kesilapan biasa yang sering dilakukan oleh syarikat–syarikat yang menggunakan Facebook dan lain-lain media sosial elektronik adalah seperti berikut:

– Fokus pemasar adalah untuk menjual (overselling) sahaja

– Tidak menggunakan visual

– Terlalu banyak muat turun status di laman sosial

– Mengabaikan komen/tweet

– Mengasingkan pemasaran media sosial daripada medium elektronik lain

  1. Penggunaan Ayat dan Promosi Pengiklanan yang Berlebihan

Aktiviti pemasaran menjangkaui aktiviti jual dan beli. Ia melihat dari aspek yang besar iaitu bagaimana anda boleh mewujudkan atau menanam satu perasaan baik dalam kalangan pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Tetapi, sekiranya anda berlebihan dalam mengiklankan kelebihan dan keunikan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, ia akan memberi satu pandangan atau tanggapan yang kurang baik. Pastikan kempen pemasaran adalah benar.

“Good content isn’t about good storytelling. It’s about telling the true story…” – Ann Handley

  1. Mempromosikan Produk dan Perkhidmatan Sebelum Bersedia

Pepatah Melayu ada menyatakan sediakan payung sebelum hujan atau bersedia sebelum berperang. Di Malaysia, hak pengguna yang membuat pembelian dalam talian adalah dilindungi di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 dan di bawah Peraturan Pelindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012. Kegagalan dalam pelaksanaan perkhidmatan membolehkan pelanggan memfailkan kes di bawah Peraturan–Peraturan Pelindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012.

Dalam zaman teknologi yang canggih, kita sebagai usahawan juga semestinya bijak. Bijak mencari peluang, bijak rebut peluang dan bijak menggunakan kemudahan yang ada dalam terus memajukan perniagaan.

Kegagalan sesebuah perniagaan dalam menggunakan medium eletronik ini sebagai satu medium pemasaran dengan baik akan memulangkan kos yang lebih besar kepada perniagaan. Kos yang diberi penekanan dalam aspek pemasaran ialah kos kehilangan prospek pelanggan, kos kehilangan kredibiliti perniagaan untuk meneruskan perniagaan secara dalam talian, kos kehilangan imej perniagaan pada masa hadapan, kos kehilangan pelanggan tetap mahupun sedia ada, kos kehilangan pembekal dan akhirnya kos dari aspek kewangan.

Jadi, elakkan dari buat kesilapan ini jika anda tidak mahu gigit jari.

 

Viral Marketing – Bagus Atau Sekadar Kontroversi Murahan?

oleh Team Richworks pada 12 July 2018


Dunia marketing dah berubah.  Kalau dulu, platform untuk buat pemasaran sangat terhad, tapi sekarang sesiapa sahaja boleh buat marketing, di platform yang lebih banyak pilihan dengan kos yang rendah.

Sudah menjadi trend di kalangan usahawan besar atau kecil, atau orang perseorangan untuk menggunakkan teknik viral samada untuk memasarkan produk atau memasarkan diri sendiri.

Kata orang, nak jadi selebriti zaman sekarang ni, tak perlu bersusah payah. Buka je mulut, sentiasa tonjolkan muka di media sosial, buat aktiviti gempak dan berbeza, dah boleh viral dan dah boleh jadi selebriti. Tapi bagus ke? Ada hasil kepada bisnes?

Viral marketing’ adalah satu pelan pemasaran yang menggunakan rangkaian sosial bagi mempromosikan sesuatu produk atau jenama. Namanya sahaja dah cukup jelas  menunjukkan bagaimana orang ramai menyebarkan informasi atau apa-apa sahaja berkenaan jenama di halaman media sosial mereka. Asas utama ‘viral marketing’ boleh disamakan seperti konsep penyebaran dari mulut ke mulut (word-of-mouth) yang mana pengguna akan berkongsi pendapat mereka mengenai jenama atau sesuatu produk melalui mana-mana medium sosial, tapi ianya lagi meluas dan lagi pantas.

Menurut kajian, daripada 32 juta penduduk Malaysia, dianggarkan 24.5 juta daripada mereka merupakan pengguna internet. Statistik tersebut juga menunjukkan hampir semua pengguna internet  dengan bilangan anggaran seramai 23.59 juta orang menggunakan internet untuk tujuan komunikasi. Twitter, Facebook, Instagram, Youtube, Tumblr dan Whatsapp adalah antara sosial media yang paling rapat dengan mereka. Maka, dengan hanya menekan klik pada butang kongsi, mereka sudah menjadi salah satu dari sumber yang turut menularkan berita atau informasi mengenai jenama atau produk itu sendiri.

Ramai peniaga suka gunakan teknik viral marketing. Ada 2 jenis Viral Marketing, yang pertama adalah Viral marketing yang dirancang sebaiknya, dan yang kedua yang berlaku secara tak sengaja dan tiba-tiba.

Tapi adakah ianya 100% bagus, bagus untuk jangka pendek atau ianya akan lebih menyakitkan? Apa impaknya ke atas bisnes dan jenama? Viral Marketing murahan memang mudah dihasilkan, tapi apa kesannya? Banyak jenama besar dan antarabangsa juga menggunakan Viral Marketing seperti Nike.

Jenama Nike tidak asing lagi dalam dunia pemasaran di mana mereka selalu mengeluarkan kempen pemasaran yang mendapat sambutan. Salah satunya ialah kempen Pro-Hijab yang dilancarkan pada tahun 2017 dan telah mencetuskan beberapa kontroversi.

Memahami masalah yang dialami oleh pengguna muslim, Nike mengeluarkan hijab bagi wanita untuk kegunaan aktiviti bersukan. Setelah iklan kempen ini disiarkan di Timur Tengah, kontroversi mula melanda dan isu itu tular di serata dunia apabila jenama yang boleh dikatakan terbesar di dunia seolah menyokong budaya masyarakat muslim yang sering dilihat masyarakat antarabangsa sebagai negatif.

Kempen ini memaparkan lima orang ahli sukan profesional wanita dari Arab yang sedang mengejar impian olahraga mereka dan ada latar suara berbisik “Apa yang akan mereka katakan terhadap kamu?”. Video itu menjadi tular dengan hasil tontonan mencecah jutaan penonton di setiap media sosial serta mencetuskan perbahasan terhadap mesej yang ingin disampaikan. Hasilnya, kempen ini telah mencapai sasaran dan menjana keuntungan berlipat kali ganda pada tahun 2017 berbanding tahun sebelumnya. Ianya juga menjadikan Nike sebagai jenama yang menjadi pilihan di negara-negara Islam.

Terbaru, Nike menggunakan wajah Colin Kaepernick, seorang pemain American Football yang kontroversi dengan isunya tidak mahu berdiri ketika menyanyikan lagu kebangsaan Amerika sebagai usaha beliau untuk membantah ketidakadilan dalam menangani isu perkauman.  Dengan kata-kata “Believe in something. Even it means sacrificing everything” yang dilancarkan sempena ulangtahun ke 30 – Nike, kempen tersebut telah mendapat kutukan dari President US, Donald Trump dan ada antara masyarakat barat yang bertindak keterlaluan dengan membakar baju, stokin, kasut jenama Nike yang mereka miliki sebagai tanda protes.

Soalannya siapa yang untung, siapa yang rugi? Adakah bantahan dari masyarakat ke atas kempen yang viral ini menyebabkan kejatuhan jumlah jualan atau ianya akan terus menghasilkan result yang positif seperti apa yang berlaku kepada Kempen Pro-Hijab Nike?

Adakah kontroversi yang dicetuskan baik untuk jenama, selari dengan matlamat atau adakah sekadar kontroversi untuk tujuan viral marketing murahan?

Viral marketing sudah pasti ada pro dan kontranya.  Ada orang sanggup buat apa saja semata-mata nak menjadikan bisnes, produk, jenama dan nama mereka viral secara mudah dan merata-rata.  Tapi seperti yang Dr Azizan Osman pernah kata “kalau anda tahu ilmu marketing yang betul, anda tak perlu nak memalukan diri sendiri atau merendahkan jenama sendiri, hanya kerana nak buat marketing.”

www.marketingmastery.com.my

 

Kenapa 8 Ciri-Ciri Pekerja Ini Menjadi Idaman Para Majikan?

oleh Team Richworks pada 12 July 2018


Pekerja silih berganti? Lecehnya kalau asyik nak kena rekrut staf baru je.. buang masa, tenaga dan rugi kos. Kenapa susah sangat nak dapat staf yang bagus dan boleh bekerja tanpa sebarang masalah? Dah penat-penat majikan ambil bekerja, tak sampai sebulan dah berhenti. Ada yang lagi dahsyat, baru masuk sehari keesokan harinya tak nampak batang hidung dah.

Inilah masalah yang selalu dialami oleh majikan yang ada bisnes dalam industri kecil dan sederhana. Ada juga syarikat-syarikat besar yang mengalami masalah ini, tetapi tak kritikal seperti yang dialami oleh syarikat-syarikat kecil.

Sebenarnya setiap majikan ada ciri-ciri pekerja yang mereka mahu berada dan bekerja di dalam organisasi atau syarikat mereka. Jom baca apa ciri-ciri yang menjadi idaman majikan:

  1. Intergriti

Intergriti merupakan ciri yang paling penting bukan sahaja untuk kejayaan dalam kehidupan tapi juga di tempat kerja. Tahap intergriti pekerja boleh dinilai melalui sejauh mana mereka jujur dengan diri sendiri. Kebanyakan masa, mereka akan bersikap jujur dengan majikan dan rakan-rakan kerja jika mereka mampu bersikap jujur dengan diri sendiri. Dengan bersikap jujur dan amanah, anda dapat melihat perbezaan kualiti diri yang ketara berbanding pekerja-pekerja yang lain. Intergriti boleh diukur dengan melihat prestasi kerja mereka bila majikan tidak ada di depan mata!

  1. Kecerdasan

Berdasarkan kajian, tahap kecerdasan perkerja boleh menyumbang lebih 60 peratus daripada produktiviti mereka. Kecerdasan yang dimaksudkan adalah keupayaan pekerja untuk menetapkan keutamaan, merancang, menyelesaikan tugas yang diberi dan menyelesaikan masalah. Cara utama yang boleh dilihat oleh majikan tahap kecerdasan pekerja ialah melalui cara soalan yang ditanya. Seseorang pekerja boleh menunjukkan tahap kecerdasan dengan bertanyakan soalan dan mendengar jawapan yang baik.

  1. Mudah Mesra

Majikan sering mencari pekerja yang mempunyai sikap yang ramah dan senang untuk bekerjasama. Tak kira lelaki atau perempuan, sesiapa yang mempunyai personaliti yang bagus akan sentiasa lebih berjaya dengan apa sahaja yang mereka buat. Anda kenalah ingat bahawa kerjasama adalah kunci kepada kejayaan.

  1. Kecekalan diri

Bukan sepanjang masa anda dapat elak daripada masalah di tempat kerja. Kecekalan diri bermaksud mempunyai keupayaan untuk bersabar apabila menghadapi saat-saat yang sukar di tempat kerja. Sifat ini boleh dilihat jelas oleh majikan ketika sesi temu duga. Jika pekerja kelihatan tenang ketika sesi temu duga, perkerja tersebut telah menunjukkan bahawa dia berkemungkinan besar akan mampu bersabar dan kekal tenang ketika berdepan dengan masalah atau krisis.

  1. Kepimpinan

Kepimpinan dalam konteks ini adalah pekerja yang ingin dan sanggup menerima tanggungjawab untuk membuat keputusan. Ciri pekerja yang mempunyai sifat kepimpinan ialah mereka yang tidak suka memberi alasan apabila tidak tahu membuat kerja. Mereka akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah yang dibentangkan. Selalunya, pekerja seperti ini menunjukkan bahawa mereka bersedia untuk menjadi pemimpin dengan menawarkan diri untuk berusaha mencari strategi untuk mencapai matlamat syarikat.

  1. Kecekapan

Kecekapan merupakan aspek terpenting dalam meraih kejayaan. Ia merupakan asas dalam setiap bidang kerjaya yang diceburi. Kecekapan dalam melaksana dan menyelesaikan tugasan, mencari maklumat atau dalam mengendalikan masalah. Ia juga merupakan keupayaan pekerja dalam menetapkan keutamaan, membezakan tugas-tugas yang relevan dan kurang relevan dan bijak mengurus masa.

  1. Keberanian

Ia bermaksud kesediaan untuk mengambil risiko. Keberanian juga bermaksud kesediaan untuk menerima cabaran, kesanggupan untuk menerima tugasan besar atau bahkan pekerjaan baru di mana terdapat tahap ketidakpastian yang tinggi dan kemungkinan untuk gagal. Keberanian ialah kesanggupan untuk bersuara dan mengatakan dengan tepat dan jelas apa yang anda fikirkan tentang sesuatu situasi yang di hadapai di tempat kerja. Majikan mengagumi lelaki dan wanita yang tidak takut untuk meluahkan perasaan dan mengutarakan pendapat mereka. Para pencari kerja atau pekerja mampu menonjolkan sifat ini dengan bertanya soalan terus terang dan secara langsung mengenai syarikat, kedudukan semasa syarikat dan masa depan atau peluang anda di masa hadapan dengan organisasi tersebut.

  1. Motivasi Diri

Kekuatan dalaman bermaksud memiliki keazaman dan keupayaan untuk bersabar dan bersemangat kental ketika berdepan saat sukar di tempat kerja. Kekuatan dalaman akan terpamer jelas apabila anda kekal tenang dan santai semasa sesi temuduga kerja. Jika anda tenang dan bersahaja ketika sesi temuduga, ia merupakan satu petunjuk bahawa anda akan tetap tenang dan mampu bersabar ketika organisasi berdepan krisis yang tidak dapat dielakkan.

Inilah 8 ciri-ciri pekerja yang menjadi idaman setiap majikan, nak berurusan dengan pekerja bukanlah satu kerja mudah. Mereka juga manusia dan mempunyai ragam masing-masing. Tetapi jika anda sebagai majikan bijak untuk kawal dan uruskan pekerja anda, itu satu bonus yang menunjukkan anda adalah seorang pemimpin yang bagus di dalam syarikat anda.

Semoga sharing ni bermanfaat dan dapat bantu para majikan untuk mencari pekerja idaman masing-masing.

 

Kurung Diri 3 Bulan Di Rumah Gara-Gara Bisnes Jatuh Merudum

oleh Team Richworks pada 04 July 2018

Life is tough! Ya betul, hidup ini banyak cabaran yang perlu ditempuhi. Kalau tak kuat, anda dah lama jatuh duduk tersungkur. Tapi sampai bila nak menangisi nasib tu? Anda perlu bangun dan berjuang.

Begitu juga dalam dunia perniagaan. Sudah menjadi adat, perniagaan yang diusahakan pasti ada pasang surutnya. Sama ada kita kuat atau tidak untuk terus berjuang bagi memastikan perniagaan itu terus kekal dan berdiri kukuh, ia terpulang kepada diri sendiri. Ada orang cepat berjaya dalam hidup. Ada orang lambat sikit. Yang membezakannya ialah ilmu dan tindakan yang dibuat. Cepat atau lambat.

Salah seorang Titanium Circle, Tuan Sudirman Abdul Rahman, founder Rizkifajar Sdn Bhd yang menghasilkan produk In3tree ini pernah mengurung diri selama 3 bulan di rumah kerana mempunyai masalah dalam perniagaan. Dan disebabkan itu jugak, berat badannya turun mendadak sebanyak 6 kilogram. Menurutnya, ada sesuatu yang beliau masih tercari-cari tapi tak jumpa-jumpa! Apakah perkara yang dicari itu? Tonton perkongsiannya sekarang.

 

Mamak! Roti Canai Satu! – Kenapa Bisnes Restoran Mamak Tak Mudah Gulung Tikar?

oleh Team Richworks pada 04 July 2018

Menurut kajian, sebelum tahun 1786, telah ada kaum India Muslim yang membuat aktiviti perniagaan di Kuala Kedah. Pada kurun ke-18, Pulau Pinang telah mencatatkan rekod kemasukkan peniaga India Muslim yang ramai. Antara mereka ini ialah keturunan yang membawa nama “Merican”, “Rawther” dan banyak lagi.

Kebanyakan dari mereka terlibat dengan perniagaan rempah ratus, pakaian dan juga kedai makan. Antara pendapat salah tentang bisnes mamak adalah, ramai orang beranggapan mereka ini berasal dari keturunan usahawan dan bangsawan di India yang memang sudah ada perniagaan, tetapi ramai yang tidak tahu perniagaan nasi kandar contohnya, merupakan makanan yang dijual kepada buruh kasar berbangsa India yang bekerja di pelabuhan.

Anehnya, bisnes restoran kedai mamak kini tumbuh dengan pantas di setiap pelusuk negeri.  Antara hidangan utama yang pasti ada di setiap kedai mamak adalah seperti teh tarik, roti canai, rojak, nasi kandar dan ada juga hidangan melayu seperti nasi lemak dan hidangan panas seperti mi goreng mamak dan lain-lain. Sehinggakan ramai yang kata “restoran mamak, pantang bukak bisnes pasti akan laku…”

Tak dinafikan, restoran mamak adalah nadi kehidupan di setiap kawasan. Di mana ada restoran mamak, pasti ianya akan menjadi tumpuan masyarakat setempat. Restoran mamak akan menjadi tempat perhimpunan keluarga, rakan pejabat, rakan kolej, sahabat, tempat mesyuarat, tempat gathering dan juga tempat pasangan ‘berdating’.

Tahan kebal, dan tak mudah gulung tikar – Itu antara kejayaan penting yang sinonim dengan bisnes Restoran Mamak.  Tak kira apa saja situasi ekonomi, restoran mamak akan bertahan dan jika tutup pun, kedai yang akan menggantikannya tak lain tak bukan adalah restoran mamak juga, mungkin nama saja yang berbeza!

Asal lalu je depan kedai mamak mesti ‘full-house’ tak kira pagi atau petang, siang atau malam. Pantang ada ‘corner lot’ jer mesti ada restoran mamak. Tak cukup ruang makan di dalam kedai, bila malam menjelma mereka akan keluar susun kerusi meja di tepi jalan pulak. Haa…nampak tak laku tak laku restoran mamak ni?

Ada 4 perkara yang bisnes kedai makan lain boleh contohi dari Restoran Mamak yang menyebabkan mereka tahan lama dan tak mudah ‘gulung tikar’ ni.

  1. Servis yang terbaik

Mereka selalu memberikan servis yang pantas dan terbaik. Mereka juga ada sistem pengurusan yang cekap dan berkesan. Jarang kita lihat meja di restoran mamak yang tak dibersihkan segera dengan pinggan kotor yang berlonggok dan tak dibersihkan. Betul betul?

Mereka juga sangat cepat mengambil pesanan pelanggan dan mereka akan berusaha untuk sekurang-kurangnya menghantar pesanan minuman terlebih dahulu. Perasan tak kalau kita pergi kedai mamak, masuk saja ke kedai semua pekerjanya akan pandang dan dengan segera mereka cakap “bang duduk sini bang, abang sini ada meja…” Kebiasaannya, pekerja kedai mamak sangat faham dengan bahasa isyarat pelanggan. Contohnya, kita panggil “anne… (angkat tangan pusing jari telunjuk)” dia dah tau dah kita suruh dia kira.

Mereka juga sangat pandai menarik hati pelanggan dengan cara mereka menawarkan menu seperti yang mereka selalu guna “teh tarik ada, roti canai ada, nasi ayam ada, nasi lemak ada, semua ada, saya pun ada. Adik manis mau apa?”

  1. WiFi Yang Laju

Boleh kata semua restoran mamak menyediakan WiFi percuma dan laju. Ini menyebabkan lagi ramai pelanggan yang sanggup duduk lama-lama di kedai mereka, dan bila dah lepak berjam-jam lamanya, pasti mereka akan makanan dan minuman lebih dari sekali!

Restoran mamak tahu apa yang dapat menarik hati pelanggan dan apa yang dapat membuatkan mereka ‘melekat’ di restoran mereka untuk jangka waktu yang lama.  Dan, bila pelanggan duduk lama di restoran mereka, lagi mudah untuk mereka ‘pancing’ pelanggan untuk order lebih banyak minuman dan makanan.

  1. Konsep Stadium Terbuka

Restoran mamak pandai lihat peluang dan pandai ambil peluang. Mereka faham apa yang pelanggan nak. Di mana lagi orang ramai boleh dapat keseronokan untuk menonton bola sepak bersama kawan-kawan dan boleh sokong team masing-masing sambil menonton skrin besar dan boleh menjerit sekuat hati tanpa perlu ke stadium? Hanya di restoran mamak jer lah!

‘Lepak Mamak’ sambil tengok bola dah jadi seperti satu budaya moden untuk rakyat Malaysia. Kemampuan Restoran Mamak untuk jadikannya sebagai satu ‘budaya’ adalah sangat bagus untuk bisnes mereka.

  1. Menu Terbaik

Cakap pasal menu Restoran Mamak pula, boleh kata apa yang kita nak semua ada dari yang ringan sampailah ke makanan berat. Jadi pelanggan suka datang sebab mereka rasa tak jadi masalah untuk pilih makanan apa yang mereka nak, semua ada.

Restoran Mamak berjaya tukarkan masalah pelanggan sebagai satu peluang untuk mereka buat bisnes. Mereka gunakan konsep bantu selesaikan masalah pelanggan untuk tarik perhatian mereka. Persaingan yang sihat antara sesama mereka juga menjadikan mereka sentiasa cari jalan untuk berikan yang lebih baik.

Bisnes restoran kedai mamak yang bernilai RM8 billion ini juga adalah antara bisnes yang paling cepat perkembangannya di Malaysia. Jadi banyak perkara yang anda boleh pelajari dari mereka. Perkara-perkara yang disebutkan di sini lah yang boleh anda jadikan panduan untuk terus membina perniagaan yang maju seperti mereka. Perkara ini juga penyebab restoran mereka susah nak ‘gulung tikar’.

 

5 Kesilapan Yang Perlu Dielakkan Dalam Perniagaan Jika Mahu Pelanggan ‘Lekat’ Dengan Anda

oleh Team Richworks pada 04 July 2018

Dalam perniagaan sudah tentu pelanggan adalah antara faktor utama yang anda harus hormati dan tahu apa kehendak pelanggan anda. Betul betul? Memang banyak perangai mereka yang perlu anda turuti. Seperti pepatah customer is always right. Tapi kalau ada pelanggan yang jenis ‘banyak akal’, memang sakit kepala dibuatnya.

Memang sukar untuk mencapai satu tahap yang memuaskan untuk melengkapi kehendak pelanggan anda ini. Namun anda sebagai usahawan dan peniaga, anda harus berusaha melengkapi kehendak pelanggan dan berusaha untuk mencari kesempurnaan itu. Teruskan berusaha tanpa ada rasa putus asa dan teruskan berjuang demi perniagaan anda.

Banyak bisnes jika kita lihat ketika ini seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Jika anda tak pandai jaga hati pelanggan anda, tak mustahil mereka boleh cari peniaga lain. Dengan alasan, anda tak pandai jaga pelanggan. Boleh nampak tak di sini? Jadi apa yang anda perlu lakukan adalah, jagalah pelanggan anda sebaik mungkin. Cuba lengkapkan apa yang mereka mahu.

Bagi memberi ‘pencerahan’ jelas untuk tajuk ini, jom kita sama-sama lihat apa 5 Kesilapan Yang Perlu Anda Elakkan Jika Mahu Pelanggan ‘Lekat’ Dengan Anda:

  1. Tidak Mengucapkan Ucapan Terima Kasih

Dengar macam remeh jer kan, tapi percayalah, ada orang yang sangat menitikberatkan ucapan terima kasih ini. Barulah dia akan rasa dihargai.

Begitu juga dalam bisnes. Tak kiralah anda berniaga secara online atau offline, ucapan terima kasih tu perlu diucapkan dan ditaip atau ditulis kepada pelanggan anda.

Percayalah dengan hanya ucapan terima kasih, pelanggan akan lebih rasa dihargai dan mereka akan datang lagi kepada anda untuk membeli produk anda. Mereka akan rasa lebih ‘dekat’ dengan anda. Jika anda ‘berat mulut’ nak berterima kasih, dah tentu pelanggan akan rasa menyampah dengan anda. Logik bukan?

  1. Kurang Pengetahuan Tentang Produk Sendiri

Jika anda mahu membeli sesuatu produk itu dan kemudian tanya pekerjanya dan dia pulak tak tahu tentang produk itu, adakah anda bengang, rasa nak marah dan kalau boleh nak jer anda lari dari situ, pernah rasa tak?

Jika anda ada perasaan ini dan pernah rasa, sudah tentu pelanggan anda pun rasa perkara yang sama jika mereka membeli produk anda. Apa yang cuba disampaikan di sini adalah, anda sendiri perlu faham tentang produk anda supaya senang untuk menerangkan kepada pelanggan tentang produk anda itu. Jadi taklah nanti terkebil-kebil mata bila pelanggan tanya soalan cepu emas pada produk anda. Anda perlu tahu sedalam-dalamnya tentang produk anda itu.

Jika ada pekerja, sewajibnya anda perlu ajar dan bagi training kepada mereka untuk faham produk anda itu. Selepas ini, anda dah tak perlu risau. Malah pekerja anda nanti akan tampak lebih yakin untuk menerangkan secara mendalam tentang produk anda itu. Barulah pelanggan pun tak teragak-agak untuk membeli kerana mereka yakin dengan segala maklumat yang telah disampaikan.

  1. Pilih Kasih Antara Pelanggan

Dah ada pelanggan, jangan pulak pilih kasih yer. Jagalah pelanggan anda tak kira dia siapa. Jangan lebihkan satu pelanggan dan tak hiraukan pelanggan yang lain. Nanti lari pulak pelanggan tu. Anda jugak yang rugi.

Apa yang boleh anda lakukan, layan pelanggan anda dengan baik. Nak tak nak anda memang perlukan mereka. Mereka ni juga nanti yang boleh ‘bawa mulut’ menceritakan tentang produk anda kepada rakan-rakan dan keluarga mereka. Haa kan dah dapat promosi percuma kat situ. Jadi hargailah pelanggan anda.

  1. Tidak Dengar Pandangan Pelanggan

Ada pelanggan yang suka memberikan pandangan mereka terhadap produk atau perkhidmatan yang anda sediakan. Memang ada di antara mereka yang annoying dalam memberikan pendapat mereka. Mungkin ada yang suka dan mungkin ada yang tidak suka dengan produk anda itu. Akan tetapi anda janganlah cepat melatah atau marah ye.

Sebaiknya layan mereka dengan baik ketika mereka memberikan pandangan sesuatu produk itu. Kadang-kadang mereka perlukan kepastian. Apa yang anda boleh lakukan, berbincang dengan baik, dengar dan fahami masalah mereka. Dan jika boleh, selesaikan masalah mereka ketika itu juga.

  1. Terlalu Memaksa Pelanggan Untuk Membeli

Ini antara perkara yang sangat perlu dititikberatkan. Ramai peniaga dan usahawan di luar sana kerap melakukan kesalahan ini. Jika mahu pelanggan membeli produk atau menggunakan perkhidmatan anda, jangan memaksa mereka.

Dekati mereka dahulu, banyakkan engagement cuba tanya masalah yang mereka sedang hadapi atau apa yang boleh anda bantu mereka. Jangan terlalu kerap gunakan ayat ‘beli’ kerana nanti pelanggan menyampah dengan anda. Banyak kongsikan tips atau pun kongsi beberapa perkara berkaitan dengan produk anda itu. Dapat sesuatu?

Justeru itu, anda sebagai peniaga dan usahawan haruslah menjaga pelanggan agar mereka lebih senang dengan anda. Apabila mereka senang dengan anda maka mudah untuk mereka membeli produk anda.

Anda harus mementingkan pelanggan kerana apabila mereka hilang kepercayaan dengan anda, anda bakal kehilangan mereka. Dan jika kita lihat sini, platform media sosial juga turut diwujudkan bagi menghubungkan antara anda dan pelanggan. Bukan sekadar berniaga secara offline sahaja.

Inilah pentingnya hubungan pelanggan kepada peniaga atau usahawan. Jadi jangan melakukan kesilapan-kesilapan yang mungkin dianggap enteng oleh usahawan di luar sana. Ingat, perkara yang anda mungkin lihat tidak penting itu yang akan memberi kesan teruk kepada perniagaan anda.

 

‘Tax Holiday’ – Apa yang Usahawan Perlu Tahu.

oleh Team Richworks pada 27 June 2018

‘Tax Holiday’ atau Cuti Cukai adalah satu tempoh di mana cukai GST ditetapkan pada kadar sifar, berbanding 6% sebelum ini. Mengapa ini berlaku? Ini adalah demi untuk Kerajaan Baru menunaikan Manifesto Pilihanraya ke arah pemansuhan cukai GST.

Di dunia ini, menariknya, hanya Malaysia yang pernah melaksanakan polisi seperti ini. Namun di dalam rasa gembira yang ramai usahawan rasakan apabila tempoh Tax Holiday ini berlaku, ada beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian. Sebab jika tidak sedar tentang maklumat ini semua, usahawan boleh terjerat di sebalik kegembiraan yang sedang dinikmati sepanjang tempoh Tax Holiday ini.

1) Akta GST masih belum dimansuhkan sepenuhnya. Penguatkuasaan pun masih berjalan. Sebagai usahawan anda masih perlu hantarkan borang GST-03 bila tiba masa yang sepatutnya. [setiap 1 bulan atau 3 bulan]. Dan Tax Invoice pun masih perlu dikeluarkan kepada pelanggan dengan kadar GST 0%.

2) Akta GST belum dimansuhkan kerana ada proses yang Kerajaan perlu lalui untuk memansuhkan GST dan mengaktifkan SST. Buat masa ini akta ini belum dibahaskan untuk dimansuhkan di peringkat Parlimen jadi disebabkan itu Akta GST masih berkuatkuasa.

3) Kerajaan menjangkakan ‘Tax Holiday’ akan berlangsung selama 3 bulan. Tapi, tempoh sebenarnya sukar untuk kita jangkakan kerana ada banyak proses yang pihak kerajaan perlu lalui untuk memansuhkannya. Ianya perlu melalui proses kelulusan di peringkat Dewan Rakyat, Dewan Negara sebelum dimeterai sepenuhnya oleh Yang Di Pertuan Agong.

4) Sebelum proses pemansuhan GST, mereka yang berdaftar dengan GST perlu melalui proses pembatalan pendaftaran GST. Ini kelak akan dimaklumkan oleh pihak Kastam, tapi kami maklumkan terlebih dahulu kepada anda untuk anda bersedia dengan proses ini. Jadi sebelum nombor pendaftaran GST anda dibatalkan, harus siap siaga . Pastikan semua rekod anda sepanjang GST dijalankan tersusun rapi, sebab jika ada kekurangan dan ditemui oleh pihak Kastam, anda perlu sedia untuk membayar denda atau bayar semula cukai GST yang terkurang bayar ke pihak Kastam. Jadi hati-hati ya!

5) Jangan pula keliru ya. Tax Holiday hanya melibatkan cukai GST sahaja. Cukai-cukai lain terutama Cukai Pendapatan LHDN tiada tempoh cuti ya! Jangan pula salah faham dan tidak bayar Cukai Pendapatan anda pula. Gagal bayar Cukai Pendapatan- dendanya boleh jadi lebih berat.

6) Jadi, sementara tempoh Tax Holiday ini sedang berlangsung, pada masa inilah waktu yang terbaik untuk anda jaga betul-betul Cashflow bisnes anda. Jana sebanyak mungkin ‘Sales’ sebab waktu ini kuasa membeli pengguna lebih besar disebabkan tiada lagi caj GST dan dalam masa sama anda juga patut boleh berunding harga dengan pembekal untuk kurangkan kos belian anda. Ingat, yang paling penting di dalam bisnes adalah sentiasa jaga tahap Cashflow anda.

Itu yang jadi penentu kelangsungan anda di dalam menjalankan perniagaan!

===================================================================================

Nota Cukai tambahan:

1) Untuk Cukai Pendapatan LHDN, tarikh untuk anda hantarkan borang B [Individu yang menjalankan perniagaan – Enterprise: Sole Propriertorship atau Partnership] adalah pada 30 Jun 2018. Namun jika anda menghantar Borang B tersebut menggunakan sistem e-filing LHDN, tarikh akhir menghantar borang dan membuat bayaran cukai tertunggak adalah pada 15 Julai 2018.

2) Jadi jika anda menjalankan perniagaan Enterprise, pastikan anda tidak terlepas tarikh akhir ini. Jika anda masih kurang arif dan perlukan bantuan, segera lantik Akauntan atau Agen Cukai berdaftar untuk bantu anda hantar dan bayar cukai ini sebelum tiba tarikh penutupnya.

 
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start