11 Tahun Berniaga, 10 Tahun Gagal. Wanita Ini Berniaga Tanpa Ilmu Dan Hanya Mampu Tambah Hutang.

oleh Team Richworks pada 30 March 2018

Apa perasaan anda, bila hidup dikelilingi hutang? Apa perasaan anda bila kereta terpaksa ditarik kerana anda tak mampu nak buat bayaran bulanan kepada pihak bank? Dan, apa perasaan anda bila pihak bank dah berdiri depan pintu rumah, bersedia untuk sita barang-barang  dan rumah anda, akibat anda ada bayaran tertunggak yang banyak kepada pihak bank?

Berniaga, bunyinya memang indah tapi langit tak selalu cerah bagi mereka yang sumber pendapatannya hanya dari perniagaan lebih-lebih lagi bila berniaga tanpa ilmu. Puan Laili Raoh ini telah berniaga selama 11 tahun dan sepanjang 10 tahun perniagaannya, beliau langsung tak merasa untung!

Yang paling pedih, bila beliau terpaksa melihat suaminya dicerca dan diperli oleh keluarga sendiri kerana bisnes yang tak berjaya.  Dan bila pihak bank dah bersedia untuk sita barang-barang rumahnya, Puan Laili hanya mampu berbisik dalam hati “apa yang dah aku buat untuk bantu bisnes sendiri? Apa yang aku dah buat untuk bantu suami?  Sedangkan aku mampu buat lebih baik.”

Mendengar cerita dari beliau, ramai yang rasa sedih dan terkesan.  Tapi berapa ramai yang sedar, ini sebenarnya perkara biasa yang berlaku kepada ramai peniaga di luar sana yang berniaga bertahun-tahun tapi gagal nak rasa untung.

Puan Laili yang merupakan pemilik kepada produk kecantikan iChantique ini bersyukur kerana telah dibukakan hati untuk hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & kejayaan (IMKK) pada sekitar tahun 2016.  Pada ketika itu beliau hadir tanpa apa-apa, hanya bawa hati dan hutang keliling pinggang. Hadir pun setelah dipaksa oleh suaminya kerana beliau sendiri dah seperti putus asa.

Bermula dari situ, Puan Laili terus tabah membina bisnesnya. Beliau mula hadir ke Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan mula bertindak mengikut ilmu yang dipelajari dari Dr Azizan Osman. Berbekalkan semangat dari kegagalan lama, dengan niat nak bantu suami akhirnya beliau mula nampak sinar cahaya.

Dari bisnes yang penuh hutang, beliau mula membuat jualan mencecah RM25,000 sebulan dan dengan ilmu dan komitmen belajar setelah setahun bersama Richworks beliau kini dah mampu buat jualan mencecah RM3.5 juta setahun.

Kegagalan lalu membuatkan Puan Laili makin kuat berusaha.  Beliau kini menjadi idola kepada ramai agen dan stokistnya, yang kebanyakannya terdiri dari surirumah yang ingin membantu suami meninggikan tahap ekonomi keluarga.

Kerana beliau tahu dan faham erti sakitnya dihina, dan sakitnya hidup berhutang keliling pinggang, dan siksanya dikejar pihak bank, beliau kini terus berusaha untuk bantu orang lain supaya mereka tak terima pengalaman buruk yang sama sepertinya.

Bak kata Dr Azizan Osman “Semakin besar cita-cita dan harapan, semakin kita kenal untuk apa dan untuk siapa kita berusaha, semakin besarlah tindakan kita.”  Sebesar mana usaha kita, bergantung kepada sebesar mana impian mahu hidup lebih baik dari sebelumnya.

 

‘Mendung Tak Bererti Hujan’ Nak Ubah Hidup, Nekad Berhutang Nak Cari Ilmu. Apa Jadi Dengan Hidup Lelaki Ni Sekarang?

oleh Team Richworks pada 28 March 2018


“Paklee dulu 7 tahun kerja dengan syarikat Oil & Gas, gaji pun RM7-8 ribu sebulan. Hidup dah cukup mewah dan gah. Memang Paklee bangga dengan hidup Paklee dulu. Tahun 2015 Paklee jatuh, hilang segala-galanya bila Paklee diberhentikan kerja.”

Setiap orang ada cabaran jatuh bangun dalam kehidupan. Kita pun tak tahu apa cabaran atau dugaan yang akan terjadi dalam hidup kita, tapi adakah kita sentiasa bersedia untuk bangkit dan hadapi cabaran tu?

Pemilik Goreng Pisang Crispy (GPC) cawangan Pekan Nanas, Tuan Nazli Affendi Yaslah atau lebih mesra dengan panggilan Paklee ni terpaksa buat macam-macam jenis bisnes seperti Multilevel Marketing (MLM) dan jual penapis air tapi semuanya gagal.

Masih juga nak berniaga walaupun tak ada ilmu, dia nekad mulakan perniagaan jual air jambu serta buah jambu batu di sebelah pagi dan char kuey teow pada sebelah petang sampai malam. Sales paling tinggi yang dia pernah dapat RM 120 sehari je..

Dengan sales yang sikit dan tak dapat pulangan modal, dia beralih pula pada perniagaan goreng pisang tapi kali ini dia nekad yang dia kena belajar ilmu berniaga. Titik perubahan hidup dia bermula bila dia mendaftar ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) Oktober 2017.

“Bayangkan saya yang tak ada apa-apa masa tu datang ke IMKK dari Johor sampai ke Shah Alam bawak kereta yang tak ada road tax, bukan road tax mati ye.. tapi memang tak ada.

“Dengan kereta yang ada problem, saya kerap berhenti untuk top up minyak hitam. Nak tukar minyak hitam pun saya tak mampu. Masa di IMKK saya agak malu bila Doc selalu sebut pasal kancil sebab saya bawak kereta kancil je.. bila orang semua dah balik baru saya balik, katanya dalam nada sebak.

Nekad nak buat yang terbaik, dia terus daftar pakej Super Supreme Millionaire Marketing Mastery (MMM) Disember 2017. Dia ambil keputusan berhutang dan pajakkan rumahnya semata-mata nak bayar yuran ke MMM.

Bila ditanya apa peningkatan sales dalam bisnes, dia dengan gembiranya kongsikan kalau dulu berniaga goreng pisang dia boleh buat RM200-300 sehari, sekarang dia dah mampu buat RM1800 sehari. Jual goreng pisang je..

Tak pernah ada rasa menyesal dalam diri dia berhutang semata-mata nak hadir ke MMM. Hanya gunakan 2 teknik marketing yang Dr Azizan Osman ajar, buat FB Live dan follow up database dia tak sangka jualan goreng pisangnya meningkat dengan cepat.

Sekarang dia masih komited menuntut ilmu dan kami yakin Paklee akan capai kejayaan.

 

Bisnes ‘Budak U’ Dari Waktu Belajar Bantu Lelaki Ini Bina Pendapatan 6 Angka Sebulan.

oleh Team Richworks pada 28 March 2018


Zaman universiti adalah zaman yang indah bagi yang pernah melaluinya. Ada orang cakap, zaman universiti adalah zaman buat duit! Kalau pandai le…

Ramai pelajar yang minat nak cari duit lebih akan cari jalan apa yang nak dijual di universiti. Ramai budak U yang selalu lapar, jadi ramailah juga antara pelajar yang berniaga makanan dan buat perkhidmatan penghantaran makanan. Ada yang malas nak basuh pakaian, maka ada ramai juga budak yang buat bisnes kutip pakaian kotor untuk didobikan…

Berbeza dengan Tuan Shaick Saifullah yang dah mula berniaga ketika berusia 17 tahun dan kemudiannya memulakan bisnes cetakan di universiti. Bekas pelajar universiti tempatan ini, katanya mula berniaga untuk menanggung kos dan perbelanjaan di universiti. Tapi kesusahan hidup keluarganya membuatkan dia nekad nak berniaga dengan lebih besar lagi.

“Pernah nampak orang naik motor sekeluarga 4-5 orang, yang pakai helmet ayah dan mak sahaja, kat tengah-tengah dan depan ada anak-anak? Pernah nampak? Dulu, saya pun macam tu. Ayah saya tak pernah ada kereta. Ke mana-mana kami pergi, kami naik motor saja beramai-ramai. Itu yang membuatkan saya kuat nak pastikan bisnes saya berjaya.”

Sebagai seorang anak sulung kepada 4 orang adik beradik, Tuan Shaickmemang berhasrat untuk menjadikan setiap ahli keluarganya jutawan. Impian yang besar inilah yang membuatkan beliau berusaha kuat dalam bisnes sehingga mampu buka kilang printing sendiri ketika di Tahun 2 di universiti. Walaupun sibuk berbisnes, beliau tak pernah abaikan pelajaran dan masih mampu mendapat CGPA yang baik di setiap semester.

Semangat yang tinggi saja tak cukup bagus. Beliau tertanya-tanya kenapa pada satu tahap bisnesnya hanya mampu buat jualan sekitar RM 80,000 – RM 100,000 sahaja sebulan dan susah nak naik lagi. Kebengangan itu lah yang menyebabkan beliau mula mencari ilmu dah hadir ke Program Richworks, iaitu Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) dan Program Millionaire Marketing Mastery (MMM).

Bila beliau berpeluang bertanya Dr Azizan Osman tentang masalahnya, jawapan dari Dr Azizan telah membuka mata dan fikiran anak muda yang baru berusia 24 tahun ini. Kata Dr Azizan “Awak takkan mampu buat lebih baik jika hanya gunakan cara yang sama.” Betul! Tepat sekali! Hanya orang yang tak ada ilmu je yang masih ulang-ulang buat perkara yang sama dan mengharapkan hasil yang berbeza.

Hasilnya, dengan hanya menggunakan 2 hingga 3 teknik dari ilmu marketing yang dipelajari dari Program Millionaire Marketing Mastery (MMM), Tuan Shaick dah dapat pecahkan jumlah salesnya. Setiap bulan, jualannya meningkat sebanyak 6 angka.

Kami yakin, pasti kini keluarga Tuan Shaick tak perlu lagi membonceng motor sehingga 4 orang sekeluarga. Dengan kejayaan perniagaannya, lelaki ini dah dapat memperbaiki kehidupan mereka sekeluarga dan Alhamdulillah, awal Mac lalu beliau selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan.

Bila ada ilmu, kita akan tahu buat sesuatu perkara dengan lebih baik, dan hasilnya akan jadi lebih baik. Setinggi mana ilmu yang kita ada menentukan setinggi mana pendapatan kita. Setinggi mana pendapatan yang anda mahu, pastikan ilmu yang ada boleh bantu anda mencapainya.

 

Ini Buku Terbaru Tentang Strategi #ZeroKosMarketing Ada Sesiapa Nak? Rasa Macam Nak Beri Jer!

oleh Team Richworks pada 28 March 2018

Ini buku terbaru tentang strategi #ZeroKosMarketing Ada sesiapa nak? Rasa macam nak beri jer!

Alhamdulillah it’s almost ready to be launched April 2018 ini!

Ingat nak beri 100 buku free kepada 100 orang yang terpilih dan anda akan diundang ke majlis pelancaran untuk sesi tandatangan bergambar Insha Allah nanti. Anda akan menjadi 100 paling awal memiliki buku ini hadiah dari kami.

Nak?

Ada 5 Langkah :-

1/ Tag nama keluarga/ rakan2 anda di ruang komen. 2/ Minta mereka Like komen anda diruang komen dan
3/ Anda jangan lupa klik Share
4/ Jangan lupa juga beritahu kenapa anda patut menang? Mulakan dengan komen Saya layak menang #BukuZeroKosMarketingDAOkerana……
5/ Suruh seluruh dunia bantu anda menang supaya anda boleh gunakan strategi Zero Kos Marketing ini untuk bina bisnes anda atau buat hadiah kepada orang yang anda sayangi yang masih guna cara susah buat marketing dan bayar tapi tak ada hasil & karut!

 

 

Bukak Bisnes Sebenarnya Untuk Apa? Nak Buat Duit Ke Nak Jadi Perompak?

oleh Team Richworks pada 23 March 2018


Buat bisnes macam gah, tapi bila print bank statement yang keluar 1 muka surat je.. macam tak logik je kan? Paling kelakar tengok bank statement sebulan sekali, itu pun tunggu bank pos ke ofis. Tak tau la korang ni lahir zaman bila.

Kami nak share sikit story peserta yang dah hadir pada program yang lepas. Tuan Zulkarnain dari SeraiMas ni dah ambil alih bisnes family dia yang dah beroperasi selama 12 tahun.Kononnya jaga bahagian akaun, tapi takde ilmu yang betul.

Dah penat-penat nak sustain bisnes 12 tahun,keluar duit buat marketing, production, sewa ofis, bukak cawangan, semua tu sia-sia je. Selama ni dia rasa bisnes dah buat untung banyak, duit pun banyak.

Tapi rupa-rupanya dalam bank statement je nampak duit banyak, realitinya duit tak banyak pun. Indah khabar dari rupa.

Kesilapan besar dia bila banyak terlepas pandang pentingnya kena jaga cashflow dan kena simpan duit. Dia rasa duit dah banyak, bila nak sign cheque duit keluar pun setakat pejam mata je buat lepas tu tak rekod.

Duit yang kononnya banyak tu kalau tak simpan, lama-lama akan habis jugak. Dah takde duit silap haribulan berhutang pulak.

Sebab tu lah penting kena ada cash reserved. Simpan dan asingkan duit sales tu, buat bisnes tanggungan banyak nak bayar gaji staff, sewa ofis, bil-bil sume. Kena ingat tu.

Masalah-masalah macam ni lah yang kami selalu dengar dan sebenarnya ada banyak lagi masalah orang yang bergelar usahawan ni.

 

Keperitan Hidup Jadi Pembakar Semangat ‘Wanita Besi’ Ini

oleh Team Richworks pada 23 March 2018

Tak ada orang yang nak dilahirkan susah dalam hidup dia. Tapi ramai yang jadikan susah tu satu alasan dan salahkan takdir.

Tonton perkongsian Puan Noor Farahdilah Najmuddin yang jadikan dugaan dalam hidup dia satu pembakar semangat untuk dia ubah hidup dan jadi #AnakDidikDrAzizan yang berjaya.

Tonton perkongsian beliau sekarang dalam showcase IMKK Mac 2018.

 

Pemasaran Digital – Bagaimana Anda Mahu Bersedia?

oleh Team Richworks pada 23 March 2018


Anda perlu bersedia dari dulu lagi untuk menempuh fasa digital ini sebenarya. Tapi jika anda masih baru dan mahu berjinak-jinak, tak mengapa. Lambat adalah lebih baik dari tak buat langsung! Kenapa anda perlu berada dalam keadaan digital? Kerana pelanggan masa kini sudah tidak lagi bergantung pada stor fizikal atau cara konvensional untuk membeli belah. Mereka lebih suka berbelanja pada keselesaan di rumah sahaja. Klik-klik sampai! Jadi bagaimana anda boleh digitalkan bisnes anda?

Mesra-mudah alih / mobile-ready.

Anda perlu bina satu rekaan web dalam format yang lebih ringkas dan mobile-friendly. Dan jangan lupa disamping itu ialah strategi bagaimana anda nak tembusi pasaran pelanggan anda melalui hujung jari mereka. Ada kajian menunjukkan bahawa enjin carian menggunakan peranti mobil kini sudah melebihi peratusan penggunaan melalui komputer. Apa maknanya? Maksudnya, anda perlukan satu proses dan sistem baru yang lebih efektif dan interaktif untuk berurusan dengan pelanggan melalui telefon bimbit mereka.

Konten yang sesuai

Konten yang sesuai akan buat pelanggan anda sentiasa mahu berurusan dengan anda. Anda perlu tahu siapa sasaran anda dan apa konten yang mereka mahukan. Ia komunikasi dua hala antara anda dan pelanggan. Jika anda mampu untuk teka dan dengar dengan teliti kemahuan mereka, anda akan jadi raja!

SEO – Search Enjin Optimization / pengoptimuman enjin carian.

SEO adalah pelaburan jangka panjang anda. Ia bukan projek jangka pendek. Jangan buat SEO separuh jalan. Pastikan ia selari dengan konten web anda. Pastikan anda sentiasa kemas kini web anda berdasarkan pengumuman-pengumuman Google. Pelanggan anda hampir 100% menggunakan internet untuk buat segala kerja dan mencari segala informasi. Jadi anda perlu pastikan nama anda adalah teratas dalam senarai carian mereka.

Digital bukan bermaksud Media sosial.

Media sosial ialah satu platform digital tapi keseluruhan pemasaran digital bukan hanya bergantung pada media sosial semata-mata. Ia lebih banyak lagi. Peniaga terutamanya perlucepat untuk tangkap segala perubahan-perubahan waima yang kecil sekalipun sebelum perubahan tersebut menjadi ketinggalan. Dunia digital termasuklah konten pemasaran, bookmark, video, SEM, geo-target dan lain-lain. Ibarat kata-kata Scott David Cook, ‘Sebuah jenama kini bukan lagi apa yang kita beritahu pada pelanggan, tapi apa yang pelanggan kita beritahu pada pelanggan lain.’

Pemasaran digital ini jika anda lakukannya dengan tepat dan cepat, anda mampu untuk beri impak yang besar dalam jangka masa yang lebih panjang. Anda perlu sentiasa pastikan konten anda pada tahap optima. CTA anda perlu sentiasa tepat dan ianya pasti bukan sesuatu yang anda boleh dapat dalam sekelip mata. Anda perlu cuba, cuba dan cuba sampai jaya kemudian konsisten dan komited melakukannya.

Teknologi yang kian pesat berkembang ini takkan pernah berhenti. Jenama dan konten anda harus seiring dengan pembinaan kualiti produk dan juga wajah pembungkusan produk itu sendiri. Apa-apa pun, dunia digital ini pasti memberikan anda lebih banyak keuntungan jika anda tahu apa yang patut anda laksanakan.

 

7 Realiti Berkaitan Kesihatan, Kegembiraan Dan Kejayaan.

oleh Team Richworks pada 23 March 2018


Yang paling utama ialah kita perlukan tidur yang cukup dan sosial media yang kurang. Pastikan malam hari kita bukan dipenuhi dengan aktiviti scroll instagram & facebook atau chatting hingga lewat pagi.

Anda tahu tidur penting untuk kesihatan tubuh tapi masih bertegas tak mahu tidur. Kenapa? Tidur itu satu nikmat! Melainkan anda ada masalah insomnia atau ada penyakit sleeping beauty disorder.

Rehat

Anda perlu rehat. Manusia adalah satu-satunya ciptaan Tuhan yang semakin gemar mengurangkan waktu tidur mereka. Tahukah anda apa kesannya? Ia beri kesan buruk pada memori, sistem imun dan prestasi kerja. Semuanya akan tergugat. Anda akan ada masalah mengawal berat badan, sering jatuh sakit dan macam-macam lagi. Tahukah lagi bahawa tidur adalah satu indikator utama kegembiraan, kesihatan fizikal dan juga mental anda? Ada individu yang boleh tidur seperti biasa, dan ada yang hanya boleh tidur pada waktu-waktu tertentu. Jadi sesuaikan waktu tidur anda dengan sistem jam biologi tubuh anda. Tak perlu yakinkan penggera anda untuk berbunyi pada jam 5 pagi jika anda tak mampu untuk bangun. Setkan waktu tidur dan bangun anda supaya anda tidur dengan cukup. Jika anda dah cuba untuk kononnya berdisiplin bangun awal tapi kemudian anda sentiasa letih dan tak bermaya, tukar strategi itu.

Buat satu kerja dalam satu masa.

Komposisi otak manusia sebenarnya bukan untuk buat semua perkara dalam satu masa – mutitasking. Tak perlu yakinkan diri anda bahawa anda boleh. Paling hebat pun kita hanya boleh switch task / ubah kerja dari A ke B dengan cepat tapi ini boleh mengakibatkan produktiviti dan prestasi kerja kita menurun. Kerana setiap kali anda bertukar-tukar tugasan, anda perlu bina fokus anda kembali dan untuk fokus, anda sekurang-kurangnya akan ambil masa 15 minit. Antara TV dan membalas emel, pilih satu. Antara mesyuarat dan sibuk membalas whatsapp atau mesej, pilih satu. Dan antara tugasan A dengan tugasan B di internet, pilih satu. Fokus dan siapkan segera.

Ketakutan bukan indikator motivasi yang terbaik.

Ada orang buat sesuatu dan ingin capai sesuatu kerana mereka takutkan sesuatu. Jangan menakut-nakutkan pekerja anda atau rakan kerja anda untuk suruh mereka buat sesuatu. Sebaliknya berikan motivasi lain. Contohnya melalui perubahan idea yang mereka ada tentang budaya syarikat, organisasi dan individu mengenai sesuatu kerja, mahupun melalui insentif-insentif yang boleh mereka perolehi. Anda tak boleh hanya fokus pada keuntungan syarikat atau nilai ekonomi sahaja sebaliknya perlu fikirkan mengenai keselesaan dan makna pada sesebuah pekerjaan itu juga.

Kejayaan perlukan kerja keras.

Menjadi usahawan sangat memerlukan anda untuk berusaha, dan bersabar. Menempa kejayaan selalunya bererti anda perlu korbankan waktu rehat, hujung minggu, waktu lepak dan tumpukan sepenuhnya pada komitmen kerja. Namun begitu anda perlulah bijak menyeimbangkan hidup anda. Anda perlu konsisten dan sentiasa buat penambahbaikan selain perlu bersedia untuk buat perkara yang sama dalam jangka waktu yang panjang.

Anda tak pernah betul.

Selalu tak anda alami situasi dimana perkara yang anda rasa betul kelmarin, hari ini ianya sudah menjadi salah? Dulu orang percaya dunia itu rata bukan bulat. Dulu juga orang percaya Bumi ialah titik tengah galaksi. Dan berlalunya waktu dengan pelbagai kajian membuktikan ianya salah. Jadi tak mengapa jika sekali sekala anda ada rasa ragu atau was-was. Ia buatkan anda lebih berhati-hati untuk buat sesuatu. Ia lebih baik dari berlagak tahu semuanya, dan ia buat anda lebih jujur dan tidak riak. Malah ia akan bantu memotivasikan diri untuk tambah lebih ilmu lagi dan lagi.

Media sosial tak baik untuk anda.

Penggunaan media sosial seringkali dikaitkan dengan kesedihan, depresi, kesunyian dan lain-lain. Masalahnya ramai yang memilih untuk menggunakan saluran media sosial itu untuk menunjukkan perkara-perkara baik dan gembira sahaja berbanding apa yang sebenarnya berlaku. Itu menjadikan anda selalu dan suka untuk membanding beza kehidupan anda dengan orang lain yang tak semestinya gembira pun! Jadi ia akan buat anda lagi depresi, cemburu, rasa terpinggir dan rasa tak cukup sentiasa. Anda menjadi pengejar ilusi! Bilamana anda sudah tidak lagi rasa gembira melihat kegembiraan orang lain, anda perlu berhenti seketika. Dan mulakan semula interaksi sosial peribadi anda secara realiti dan bukan virtual pada paparan skrin sahaja.

Kita perlukan interaksi sosial. Bukan interaksi skrin sosial.

Mereka yang memiliki hubungan yang kukuh antara keluarga dan komuniti terbukti hidup lebih lama. Bandingkan saja zaman atuk nenek yang tiada kemudahan internet dan gajet, mereka lebih bahagia, dan sihat berbanding anak-anak zaman sekarang. Skil interpersonal mereka juga lebih hebat berbanding kita.

Mengetik suka di facebook bukan interaksi. Ia tak buat anda rasa lebih rapat dengan seseorang seperti bila anda jumpa dan borak dengan mereka. Pergilah bersiar-siar dan bina perhubungan sosial. Sertai kelab atau perjumpaan mahupun kelas senaman.

Sebenarnya 7 poin ini anda semua dah pun tahu tentangnya tapi masih lagi tidak ambil kisah. Berhenti kata yang anda akan mula bercakap berbanding menulis di skrin. Cakap sahaja tak berguna jika anda tak bertindak. Semoga hidup kita semua lebih bahagia, sihat dan gembira kelak.

 

Coaching MMM – Biar Dikata Bodoh, Asal Bukan Sombong Dan Bodoh

oleh Team Richworks pada 23 March 2018

Malu bertanya sesat jalan,
Malu berdayung perahu hanyut.

Nampak biasa bukan peribahasa melayu ini. Tapi impaknya pada kehidupan sangat besar. Biar dikata bodoh, jangan disangka sombong. Apa salahnya mengaku sesuatu yang tidak kita tahu? Sekurang-kurangnya dapat ilmu. Bayangkan jika kita tak tahu, tapi diam saja membisu, satu habuk pun tak dapat! Yang memberitahu tu menipu atau tidak, pandai atau tidak, itu belakang cerita. Kalau dia tipu, dia bakal dapat karma. Kita ni apa usaha untuk tahu apa yang kita tak tahu? Asyik sibukkan dengan prasangka – entah-entah tipu, entah-entah tak betul, dan macam-macam lagi permainan buruk minda, sampai bila pun anda tak akan kemana. Duduklah di situ, panggil pelanggan cara lama, sampai ke tua. Untung kalau pelanggan datang. Kalau tak ada? Tutuplah kedai, bungkuslah bisnes.

Tahniah dan syabas pada para peserta MMM Super Supreme yang berjaya hadir pada sesi coaching kumpulan 17 Mac lalu di IDCC. Mereka tak malu mengaku apa yang mereka salah, apa yang mereka tak tahu. Dan hasilnya? Jualan mereka bukan saja meningkat 50%, malah ada yang 100-300% lebih tinggi berbanding sebelum menyertai MMM dan sesi coaching. Tidak hanya bertumpu pada jualan, tapi pada permasalahan mereka dalam bisnes. Biar remeh atau besar alam sekalipun, mereka sudah ada tempat untuk meminta tunjuk ajar, sudah ada pilihan jalan penyelesaian dan sudah lapang fikiran. Barulah hati senang dan bersemangat untuk bina lebih dan lebih lagi pendapatan.

Tanpa guru, anda memang boleh berjaya. Tapi jika ada guru, ilmu yang anda ada lebih hebat hasilnya. Anda lebih yakin, pasti, dan fokus selain jelas dengan hala tuju pilihan anda. Anda ada tempat bertanya yang fasih dan hak. Anda tahu jawapan yang anda terima itu terbukti dan berkesan berdasarkan pengalaman sahabat dan rakan bisnes. Apa beza anda dengan mereka yang hadir di sesi MMM Coaching Sabtu lalu? Mereka sudah certain, sementara anda masih lagi ragu-ragu! Dan perasaan was-was itu adalah pembunuh upahan paling handal dalam bisnes anda.

Hilangkan ragu dan was-was, buat pilihan dan keputusan bijak dalam bisnes, aplikasikan ilmu yang tepat, insyaAllah hasil pasti mengagumkan. Jumpa anda nanti di MMM Coaching seterusnya!

 

10 Tahun Berniaga Dapat Penat Je! Wanita Ini Asyik Kena Perli Akibat Bisnes Tak Jadi Apa Sehingga Tak Mampu Nak Bayar Duit Rumah!

oleh Team Richworks pada 16 March 2018


Bila berbisnes bertahun-tahun dan tak jadi apa, tak ada hasil, tak untung dan tak buat duit, agak-agak anda apa akibatnya?

Sanggup ke hadap caci maki orang dan kata-kata perli sebab bisnes anda tak berjaya?

Sanggup ke tengok hutang yang semakin banyak, sampai pihak bank terpaksa hantar surat-surat merah dan surat amaran kepada anda?

Dan apa perasaan anda bila nama terpaksa diblacklist, pihak bank bersedia nak tarik balik rumah atau kereta kerana anda dah berbisnes bertahun-tahun tapi tak buat hasil langsung?

Anda mungkin rasa ini tak mungkin terjadi kepada anda, TAPI inilah hakikatnya!

Bila anda berbisnes dan tak buat duit, tak buat untung dan tak berikan hasil, anda akan ada potensi besar untuk hadapi krisis kewangan peribadi dan bisnes, dan ini adalah ketakutan sebenar seorang usahawan.

Kami nak ajak anda tonton video Puan Laili Raoh, pemilik iChantique yang berkongsi kisah dengan ada tentang apa yang terjadi kepada hidup beliau, walaupun dah 10 tahun berniaga, beliau masih lagi terpaksa hadap berbagai isu kewangan kerana berniaga tanpa ilmu.

Kami nak maklumkan kepada anda para peserta IMKK Mac 2018 bahawa kami akan adakan Sesi Open Day Richworks dan anda para peserta IMKK Mac menerima JEMPUTAN KHAS dari kami.

Sesi Open Day ini akan diadakan pada 19 Mac 2018 (ISNIN) bermula dari jam 9.00 pagi dan anda akan dapat sesi konsultansi bisnes percuma dari Team Richworks.

Pastikan anda hadir. Macam dah lama kami tak jumpa anda…
Dan kami yakin anda ada banyak perkara untuk tanya kami tentang perjalanan kejayaan anda selepas IMKK. Jadi, ambil peluang ini.

 
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start