Berani Berniaga 2013 – Ubat Untuk Bisnes Gagal

oleh Team Richworks pada 29 March 2013

banner-versi2

Walaupun 9/10 rezeki datang daripada perniagaan…

Namun cabarannya juga tetap sama. 9/10 bisnes juga gagal dan lingkup.

Satu daripada sebabnya adalah GAGAL MENGUASAI PEMASARAN.

Namun begitu,

Jika  masih lagi menghadapi waktu sukar dalam bisnes (walaupun sudah belajar ratusan strategi pemasaran), berikut adalah item-item penting untuk dinilai semula:

1) Pasaran.

2) Produk.

3) Pemasaran.

===
1) Pasaran
===

Sebelum jual produk, kaji pasaran terlebih dahulu.

Supaya kita tahu ada permintaan.

Apabila usahawan tidak mengkaji pasaran, maka

jalan mereka untuk GAGAL lebih pantas.

Sebab tidak ada sesiapa pun yang perlukan produk kita.


===
2) Produk
===

Produk yang terbaik dan selesaikan masalah orang.

Ini adalah kata kunci untuk berjaya dalam bisnes.

Perkara utama adalah mempunyai produk yang

terbaik dari pelbagai sudut.

Apabila produk itu bagus dan membantu pasaran,

maka bisnes  bakal meletup dan

melonjak ke tahap yang lebih LUAR BIASA.

===
3) Pemasaran
===

Kunci MUTLAK dalam perniagaan adalah PEMASARAN.

Sehebat mana pun kualiti produk, tetapi jika strategi

pemasaran kita ‘hampeh’ dan tidak berkesan, maka

semuanya jadi sia-sia. 90% bisnes gagal kerana tidak menguasai pemasaran.

Oleh itu,  boleh hadiri ke mana-mana

majlis ilmu seperti seminar untuk sedut teknik-teknik

pemasaran yang berkesan.

Antaranya adalah Seminar Berani Berniaga 2013.

Untuk berjaya dalam pemasaran, belajar daripada

individu yang benar-benar terbukti menguasai

STRATEGI PEMASARAN.

Semoga bisnes  terus maju dan sukses!

===
Daftar Berani Berniaga 2013 (Tempat TERHAD)
===

 

Pendaftaran Seminar Berani 2013 boleh dilakukan secara ONLINE.

Klik sahaja pautan di bawah:

daftar-sekarang

 

Klinik Usahawan Dr Azizan Osman Bersama Warga Industri 1 Malaysia

oleh Team Richworks pada 07 March 2013

Timeline SMP_2a-02-wordpress

INISIATIF BARU DIILHAMI PERDANA MENTERI

Shah Alam, 5 Mac, 2013: Kaedah mudah dan berkesan dalam mengubah minda menjadi lebih positif, iaitu pendekatan yang diketengahkan Dr Azizan Osman mencetuskan kerjasama membabitkan pakar motivasi potensi diri itu dengan kerajaan, buat pertama kalinya, menerusi program khusus bagi menggalak kelahiran usahawan muda, terutama di kalangan lebih 3 juta pekerja kolar biru.

Diilhami Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, program digelar “Klinik Usahawan Warga Industri 1 Malaysia Bersama Dr Azizan Osman” (KUW1M) itu merupakan sebahagian daripada inisiatif baru kerajaan bagi membantu menaik taraf hidup golongan muda.

Dilaksanakan oleh Pertubuhan Kebajikan dan Rekreasi Richworks Group Sdn Bhd (Richwell) dengan kerjasama Dr Azizan, jelajah program yang diadakan secara percuma itu akan berlangsung selama hampir sebulan, bermula pada 23 Mac ini di 10 lokasi termasuk di Alor Setar, Kedah; Kota Bharu, Kelantan; Seberang Jaya, Pulau Pinang dan Johor Bahru, Johor selain Kuala Lumpur.

Pengarah program, Nazir Hussin Akhtar Husin, berkata pencapaian Dr Azizan selama lima tahun ini, membimbing lebih 300,000 peserta dengan ilmu keusahawanan sehingga melahirkan ramai jutawan muda menjadikannya paling layak untuk menjadi mentor kepada golongan muda, terutamanya.

Rekod pencapaian Dr Azizan, menurut beliau yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, membawa kepada beberapa pertemuan yang kemudiannya mencetuskan inspirasi bagi penganjuran program yang bermatlamat membuka minda rakyat untuk mahu membaiki mutu hidup dan menikmati masa depan lebih sejahtera.

“Bukan semua orang atau pakar motivasi mampu untuk mengubah minda dengan satu kaedah yang ringkas sepertimana yang diterapkan Dr Azizan,” katanya yang ditemui selepas majlis pengumuman mengenai pelancaran KUW1M di ibu pejabat Richworks Group of Companies di sini, hari ini.

“Sebagai mentor, Dr Azizan dilihat berjaya membimbing ramai orang untuk berubah, menjalani hidup lebih baik dengan konsep ringkas, mudah difahami.

“Sasaran kita tentulah golongan muda, terutama di kalangan pekerja kolar biru atau industri. Melayu dikenalpasti antara paling ramai menjadi pekerja kolar biru atau digelar kerja kilang yang lazimnya bekerja daripada pagi ke pagi berikutnya yang rata-rata harus bergantung pada kerja lebih masa empat jam untuk gaji.

“Program seperti KUW1M ini adalah usaha murni kerajaan untuk membantu mendidik golongan ini, menyuntik keinginan untuk mengubah hidup menjadi lebih baik. Ini dengan mengelak kebergantungan pada peluang pekerjaan semata-mata, iaitu menjadi lebih berdikari, selain siap merebut peluang diberikan kerajaan yang menggalak kelahiran usahawan muda sekaligus mampu menjana ekonomi negara.”

Dr Azizan yang menjadi jutawan seawal usia 30an merupakan pengasas dan Pengerusi Eksekutif Richworks Group of Companies. Richworks yang menaungi 16 syarikat adalah peneraju kepada program berasaskan motivasi, antaranya “Seminar Kenali Potensi Diri”, “Advance Marketing Power”, “Transformasi Hidup Luar Biasa – Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan” dan “Seminar Hidup Luar Biasa” selain Seminar “Berani 2013” yang membuka tirai tahun baru lalu.

Penceramah bertaraf dunia ini memperkenalkan konsep, antaranya M.E.S.T.I iaitu mentor, ilmu, sistem, tindakan dan impian yang jelas menerusi program-programnya.

Nazir berkata, beliau mensasarkan program itu mampu menarik pembabitan sekurang-kurangnya 200,000 peserta.

“Program ilmu ini disasarkan pada golongan muda, terutama di kalangan lebih 3 juta pekerja kolar biru di Malaysia. Jika kita dapat menarik 30,000 pekerja kolar biru untuk fasa pertama ini pun cukup sebagai permulaan baik untuk ke fasa berikutnya,” jelasnya.

Jalinan kerjasama dengan Richwell itu, menurutnya boleh dilihat sebagai satu lagi inisiatif Perdana Menteri dalam melaksanakan pembaharuan, iaitu transformasi dalam memanjangkan kemakmuran negara dengan mendahulukan rakyatnya.

Ditanya apakah yang diharapkan daripada penganjuran program seumpamanya, kata Nazir: “Kita hanya boleh mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi dengan berniaga. Kerajaan sudah memperkenalkan gaji minimum untuk melonjakkan kadar pendapatan tapi itu saja tidak mencukupi untuk mengubah hidup.

“Kita ingin melahirkan lebih ramai jutawan Bumiputera, terutamanya. Negara ini dirahmati dengan pelbagai skim oleh kerajaan, geran-geran dan bantuan perniagaan oleh agensi berkaitan.

“Cuma, untuk mencapai hasrat kerajaan itu apa yang paling utama sekarang bukannya geran tetapi diri individu itu sendiri yang memerlukan pendedahan dan pendidikan bagi menjalani transformasi minda dalam merealisasikan hasrat kerajaan.”

Sementara itu, Dr Azizan mengakui terharu dengan usahasama itu yang disifatkannya sebagai satu penghargaan buat seorang usahawan dan jurulatih kejayaan sepertinya, selain merupakan penghormatan besar daripada Perdana Menteri sendiri.

“Saya sebetulnya terkejut, namun pada masa sama tidak sabar untuk program ini direaliasikan. Saya sedar tanggungjawab besar yang bakal digalas dan disebabkan rekod Richworks terdahulu dalam penganjuran program berbentuk keusahawanan dan pemasaran serta potensi diri, orang mungkin mengharapkan keajaiban.

“Tapi saya percaya keajaiban memang boleh berlaku,” katanya.

Di sebalik inisiatif dan galakan yang diberikan kerajaan bagi membantu rakyat melonjakkan taraf hidup mereka, Dr Azizan berkata beliau mengenalpasti masalah kebanyakan golongan yang disasarkan ini ialah keadaan minda yang tidak bersedia untuk berubah.

“Ini merupakan impian saya, membantu dan memberi sumbangan kepada negara,” katanya. “Menggalak kelahiran usahawan muda, membantu melonjakkan ekonomi bangsa merupakan antara misi saya sejak dulu. Dan, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah buka minda untuk membangunkan diri, antaranya dengan berniaga.

“Sepertimana program anjuran Richworks, KUW1M juga diadakan percuma tapi dengan pertambahan khidmat nasihat rundingan percuma, di mana peserta boleh mendapatkan maklumat serta sokongan supaya mereka boleh meneroka pelbagai pilihan yang ada, termasuk yang disediakan kerajaan dan hanya menanti untuk direbut peluang.”

Dr Azizan berkata, pada dasarnya beliau berharap program itu dapat menambah nilai kepada hidup peserta.

“Cabaran kita mungkin bagaimana untuk mencetuskan minat di kalangan mereka yang sentiasa berfikiran skeptikal, dibayangi persoalan boleh atau tidak mereka buat bisnes.

“Saya cuma berharap penganjuran program ini tidak dilihat bersifat politikal, apatah lagi saya sendiri pun bukannya tokoh politik. Niat saya hanya untuk bersama membangun ekonomi bangsa yang juga merupakan impian yang membawa saya ke jalan ini dan menjadikan saya sebagaimana hari ini,” tambahnya.

Dilancarkan Perdana Menteri di Dewan Wawasan Convention & Exhibition Centre, Wisma PGRM, Cheras pada 23 Mac ini, siri jelajah “Klinik Usahawan Warga Industri 1 Malaysia Bersama Dr Azizan Osman” akan diteruskan di Kompleks MITC, Ayer Keroh, Melaka (24 Mac); Hotel Grand Riverview, Kota Bharu (29 Mac) dan Bukit Gambang Resort, Kuantan, Pahang (30 Mac) sebelum ke SACC Mall, Shah Alam, Selangor (31 Mac).

Siri berikutnya akan diteruskan pada 5 April di Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar diikuti Sunway Carnival Convention Centre, Seberang Jaya (6 April); Hotel Kinta Riverfront, Ipoh, Perak (7 April); Dewan Tun Razak 1, PWTC (13 April) dan berakhir di The Zone Expo & Exhibition Centre, Johor Bahru (14 April).

Pendaftaran secara percuma boleh dibuat menerusi talian di laman web www.BeraniBerniaga.com selain bagi mendapatkan maklumat dan memilih lokasi.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 019/013-2442244/019-2442400

 

PROFIL RINGKAS DR AZIZAN OSMAN, PENGASAS dan PENGERUSI RICHWORKS GROUP OF COMPANIES dan AZIZAN OSMAN INTERNATIONAL (S) Ptd Ltd

* Jurulatih Kejayaan No.1 Asia.
* Seorang jutawan yang mempunyai 16 syarikat di dalam beberapa industri di Malaysia dan Singapura.
* Seorang Master Trainer bagi Guerilla Marketing International di Asia yang diasaskan oleh Jay Conrad Levinson.
* Seorang pakar dalam Strategi Pemasaran dan Pengiklanan – mempunyai agensi yang bertauliah di dalam Pengiklanan dan Pemasaran bagi TV, radio, akhbar dan majalah.
* Sering kali ditemuramah di TV, radio, majalah dan akhbar bagi perkongsian tips motivasi.
* Sering dijemput untuk memberi ceramah di sektor korporat dan program universiti.
* Sejak 2008, lebih daripada 300,000 peserta telah lulus dalam seminar-seminarnya yang mana merangkumi golongan profesional, eksekutif, ahli perniagaan, suri rumah dan pelajar.
* Terlibat secara aktif di dalam bidang pemasaran dan pengiklanan sejak 2001. Dilatih dan pernah bekerja di dalam sebuah organisasi antarabangsa yang beribu pejabat di United Kingdom serta berpengalaman menguruskan kempen dan program pemasaran untuk TM, Digi, Celcom, Standard Charted, HSBC, WWF dan Makna.

banner-penganjur-sbb

daftar-sekarang

 

5 Kepercayaan Karut Tentang Pemasaran & Perniagaan

oleh Team Richworks pada 01 March 2013

berniaga

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua.

Berdasarkan 2 pengalaman penting saya iaitu yang pertama, memulakan perniagaan lebih 12 tahun dahulu dan pernah lalui pelbagai proses jatuh bangun sehingga hari ini mempunyai beberapa perniagaan yang berjaya di dalam bidang pengiklanan & pemasaran, latihan & pembangunan sumber manusia serta pemakanan & kesihatan. Yang kedua, pengalaman dan maklumbalas peserta ketika saya menjalankan program Klinik Usahawan Dr.Azizan Osman: Seminar Marketing Power yang lepas. Saya dapat merangkumkan 5 kepercayaan karut atau “limiting belief” yang menghantui usahawan atau mereka yang terlibat di dalam apa sahaja bidang perniagaan.

Kadang-kadang rasa kelakar pun ada, rasa kesian pun ada. Kenapa? Kerana ada di antara mereka yang telah bertahun-tahun menjalankan perniagaan tetapi pada masa yang sama mereka merungut kenapa mereka telah berniaga lama tetapi hanya “cukup-cukup” hidup.

9/10 rezeki adalah daripada perniagaan. Itu bukan saya yang cakap, itu adalah salah satu hadis Rasulullah saw. Pasti beliau tidak akan mengatakan sesuatu yang tidak benar melainkan benar belaka. 9/10 bermakna 90% bukan? Tetapi kenapa ramai yang “struggling” untuk membina perniagaan mereka? Kajian para saintis dunia yang mengkaji tentang sains kejayaan mengatakan, lebih 80% kejayaan di dalam perniagaan ataupun pemasaran adalah faktor “MINDA” atau cara seseorang itu “BERFIKIR” dan hanya 20% disebabkan oleh strategi atau methodology untuk bagaimana untuk melakukan sesuatu. Cara kita berfikir amat mempengaruhi cara kita bertindak bukan?

Cuma sebelum saya berkongsi 5 kepercayaan karut ini, suka saya mengingatkan yang kadang-kadang dek disebabkan kita berpegang teguh kepada kepercayaan karut ini dalam keadaan kita menyedarinya atau tidak, ianya menjadi penghalang kepada kejayaan luar biasa di dalam perniagaan kita, malah ianya mungkin menjadi punca masalah di dalam hidup kita.

5 Kepercayaan karut yang paling banyak diutarakan oleh peserta-peserta program keusahawanan saya:-

1. Untuk menjadi usahawan, saya perlu mempunyai “darah usahawan”; saya tidak pandai berniaga atau buat pemasaran.

Bagus jika anda datang daripada keluarga yang ibu bapa anda usahawan atau berniaga. Tetapi ini kepercayaan yang KARUT. Kerana ramai yang berjaya di dalam perniagaan hari ini TIDAK datang daripada latar belakang keluarga yang berniaga. Arwah ayah saya merupakan bekas pegawai kerajaan dan mak saya bekas guru. Datuk dan nenek saya pun tidak berniaga. Tidak ada “such thing as”, aku darah seni, aku darah usahawan, aku darah pejuang. Darah semua orang sama sahaja warnanya, Merah. Yang mempengaruhi kita adalah cara kita berfikir, emosi kita, cara kita berkomunikasi dan cara kita bertindak. Jika bodoh, boleh belajar bukan? Pernah dengar ayat tu masa sekolah dulu? Tapi jika bodoh, sombong pula dan tak nak belajar, tu namanya “bangang” kata orang Negri Sembilan.

2. Untuk berniaga atau membuat pemasaran, saya perlu ada modal kewangan yang banyak

Pastinya untuk berniaga, kita perlukan modal. Tetapi bukan modal kewangan yang utama. Ini adalah KARUT kerana faktor kewangan adalah faktor yang ke-6 penting. Tetapi sebelum itu apa yang penting ialah modal insan. Ya, diri anda. Berapa ramai yang berjaya adalah mereka yang bermula atau langkah pertama mereka bukannya duit atau sumber kewangan. Tetapi idea, ilmu, mentor, sistem, kuasa tindakan, impian ataupun perancangan dan lepas itu barulah sumber kewangan. Ramai yang berjaya di dalam perniagaan adalah bermula dengan “bootstrap”. Mereka mulakan perniagaan ataupun lakukan pemasaran mereka tanpa mengambil pinjaman modal daripada mana-mana sumber. Mereka hanya perlukan beberapa faktor yang saya sebutkan di atas tadi dan mulakan secara kecil-kecilan dan secara sampingan sebelum ianya dibesarkan sedikit demi sedikit hasil menggunakan hasil daripada simpanan keuntungan mereka.

3. Untuk berniaga, saya perlu dapat sokongan badan kerajaan atau subsidi kerajaan

Bagus jika anda mendapat sokongan kerajaan ataupun subsidi untuk berniaga tetapi jika tidak, anda tidak perlu. Kerajaan sentiasa menyokong mereka yang berniaga dan hidup di Malaysia yang penuh dengan sumber kekayaan dan peluang kekayaan sebenarnya KARUT jika tidak boleh kaya & berjaya melalui perniagaan. Pernah duduk tengok dan perhatikan di luar sana? Ramai orang yang datang daripada luar yang menguasai ekonomi dan mereka tidak bergantung atau menunggu sokongan badan kerajaan atau subsidi kerajaan. Bill Gates, Mark Zuckerberg, Warren Buffet, Azizan Osman adalah mereka yang berjaya tanpa bergantung kepada subsidi kerajaan. Kalau dapat bantuan, syukurlah dan gunakanlah semaksima mungkin tetapi JANGAN TUNGGU.

4. Ekonomi sekarang tidak bagus.

Baguslah JIKA ekonomi tidak bagus. Inilah masanya serta peluang untuk anda membina perniagaan anda. Kejayaan sesuatu perniagaan bukanlah bergantung semata-mata kepada keadaan ekonomi. Malah, ramai mereka yang berjaya adalah mereka yang bertindak ketika ekonomi sedang gawat atau sangat kritikal. Contoh, AirAsia adalah dilancarkan sehari selepas berlakunya tragedi 11 September 2001 dan ekonomi dunia sedang goyang. Warren Buffet melabur di dalam saham-saham kritikal menjunam lebih 40 tahun dahulu dan hari ini menjadi billionaire. Rockefellar, Henry Ford, Tan Sri Syed Mokhtar dan ramai lagi nama besar hari ini adalah bermula pada ketika ekonomi dikatakan tidak bagus atau teruk. Peluang sentiasa ada walau di dalam apa juga keadaan ekonomi. Ekonomi baik pun orang makan, ekonomi teruk pun orang tetap perlu makan. Selagi ada manusia, maka pasti ada “NEEDS” atau keperluan. Dan sebagai usahawan, kita perlu belajar mengenalpasti keperluan-keperluan mereka dan berikan mereka apa yang mereka perlukan. Senang je!

5. Nasib saya kurang baik atau saya tidak boleh merubah takdir hidup saya.

Tuhan tidak akan merubah nasib kita sehingga kita merubah nasib kita sendiri. Itu petikan maksud salah satu ayat Al-Quran. Kuasa bertindak dan kuasa merubah sesuatu adalah bermula daripada kita. Konsep D.U.I.T, iaitu ianya disertai dengan Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakkal. Memang antara tujuan hidup adalah Tuhan memberikan kita peluang untuk membuat kebaikan di dunia ini. Perniagaan adalah satu cara kebaikan kerana kita menyediakan produk atau perkhidmatan untuk membantu atau menyelesaikan masalah orang lain. Ada orang yang malas masak atau tidak tahu masak tetapi mereka ada masalah iaitu mereka perlukan makanan. Apa kita boleh buat ialah sediakan restoran dan masak masakan yang enak untuk mereka dan keluarga mereka makan lantas mereka bayar kita di atas bantuan kita. Jika kita membantu menyelesaikan masalah raaaamaaai orang? Maka kita bukan sahaja membantu orang lain tetapi kita dibayar di atas bantuan yang kita berikan. Perniagaan adalah salah satu cara untuk menambah nilai (add-value) kepada hidup orang lain. Itu adalah takdir kita sebenarnya.

-Azizan Osman-

 
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start