Risau Sebab Sales Tak Tinggi, Kenapa Sanggup Lepaskan Peluang Terakhir Ke MMM Coaching Bersama Dr Azizan Osman?

oleh Team Richworks pada 15 March 2018


Ada 5 perkara yang selalu dirisaukan oleh usahawan seperti anda.

  • Tak boleh nak buat sales yang sentiasa tinggi
  • Tak tahu macam mana lagi cara untuk capai target sales
  • Risau sebab stokis dan agen/dropship tak cukup ramai
  • Takut pelanggan lari kepada pesaing
  • Malu sebab bisnes tak naik-naik, dan tak berkembang.

Kalau dah risau, apa tindakan anda peru buat?  Risau, takut, bimbang semuanya akan wujud bila anda tak ada certainty dalam tindakan.  Certainty hanya akan timbul bila kita tahu dengan jelas, ada ilmu yang dah terbukti berhasil bila orang lain buat, dan bila kita nampak result dan hasilnya.

Jadi, kenapa anda tak nak ambil peluang untuk hadir ke sesi MMM Coaching terakhir anda bersama Dr Azizan Osman ini?  Kenapa anda nak terus berniaga dengan kerisauan?  Sedangkan anda dah ada peluang depan mata untuk anda hadir dan dapatkan ilmu?

Terima kasih untuk anda yang dah konfirmkan kehadiran.  Untuk anda yang belum, kami sarankan anda segera sahkan kehadiran kerana komitmen anda untuk hadir menentukan kejayaan anda selepas ini, InsyaAllah.

Sementara tu tonton sekejap video coaching ini.  Inspirasi untuk anda hadir.

 

10 Hari Selepas IMKK – Adakah Anda Serius Nak Perbaiki Tahap Kehidupan Dan Kewangan Anda? Road To Millionaire Marketing Mastery.

oleh Team Richworks pada 14 March 2018


10 hari selepas IMKK berlalu.

Kami dengar banyak sangat cerita menarik dari anda, tentang perubahan dan peningkatan dan apa yang berlaku selepas IMKK mac 2018.

Sesungguhnya, kami sangat berbangga dengan anda.  Komitmen yang anda berikan sangat tinggi.  Hari ini hari terakhir cabaran 10 hari selepas IMKK Mac.  Selepas ini, anda perlu kuat dan sentiasa berusaha untuk jaga energy dan aura dari IMKK.

InsyaAllah, jika anda terus bersama kami di Facebook Group IMKK Mac 2018 dan di Facebook Azizan Osman, anda akan sentiasa dapat ilmu-ilmu dari kami.

Untuk cabaran hari kesepuluh selepas IMKK, kami nak anda kongsikan apa perubahan dan peningkatan selepas hadir IMKK, apa matlamat yang anda dah capai dan tengah usahakan.  Share dengan ami apa journey anda di Facebook Group IMKK Mac 2018.

Kami harap sangat untuk jumpa anda di Program MMM kerana kami tak nak anda terus buat bisnes tanpa ilmu marketing yang kuat.  Bahaya!

Tak kira bisnes apa, jika tak ada ilmu marketing bisnes tu susah nak pergi jauh. Apa tah lagi dalam situasi sekarang, di mana banyak bisnes tumbuh, banyak pesaing dan dah pasti yang ada ilmu marketing, ada tindakan maarketing yang betul dan ada mentor saja yang akan menang, InsyaAllah.

Kami nak anda tonton video Puan Nur Aliah Liew, pengusaha Tadika Daie Bistari ini.  Dengar sharing beliau bagaimana beliau rugi kerana berniaga tanpa ilmu.  Beliau ingatkan join sistem Franchise tu mudah, rupanya tak! Hampir-hampir tutup kedai…tonton dan bertindak segera,  Jangan biarkan anda buat silap macam ni.

 

9 Kali Datang ke Program MMM! Kenapa Najib Asaddok Sanggup Datang Banyak Kali?

oleh Team Richworks pada 14 March 2018


Anda kenal Tuan Najib Asaddok?

Pakar dalam copywriting dan emel marketing.

#AnakDidikDrAzizan ni dah hadir ke Program Richworks semenjak tahun 2015, dan semenjak itu terus hadir dan hadir lagi.

Sebenarnya, beliau dah hadir semua program Richworks.  Komitmen yang beliau bagi tak ada tandingannya.  Tapi yang paling kami tak sangka ialah beliau dah hadir ke Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) dah SEMBILAN kali!

Apa yang beliau dapat dari Program Millionaire Marketing Mastery (MMM)? Kenapa beliau nak kena hadir banyak kali? Tak pandai-pandai lagi ke…?

Sebab beliau hadir banyak kali, komited cari ilmu dan komited nak buat tindakan lah sales beliau mencecah jutaan ringgit setahun.

Beliau bukan jual produk kecantikan, produk makanan atau produk hot macam orang lain, beliau cuma bantu orang ramai untuk menggunakan platform emel marketing dengan ayat copywriting terbaik sebagai alat untuk buat marketing. Tonton kejap sharing beliau.

Sebenarnya, ilmu perlu diupgrade sentiasa.  Semakin tinggi ilmu, semakin tinggi clarity dan keyakinan kita untuk bertindak.  Bila anda upgrade ilmu dan ada ilmu baru, usahawan seperti anda akan semakin PANDAI buat sesuatu perkara yang memberikan hasil.  Nak bercakap pasal marketing, ilmu marketing dari Program MMM memang tak dinafikan keberkesanannya, Alhamdulillah. Tapi, oleh kerana Dr Azizan Osman sendiri selalu upgrade ilmunya, dah pasti juga ada banyak ilmu yang beliau nak sharekan dengan anda #AnakDidikDrAzizan.

Nak lebih faham, anda tonton sendiri video ini.

Bila anda ilmu terkini yang lebih upgrade, lebih mudah anda nak buat tindakan yang lebih besar dan lebih berinovasi.  Contoh, kalau dulu setakat guna offline dan FB Ads sebagai alat marketing, tapi bila ada ilmu anda mungkin boleh guna cara marketing terkini yang lebih digital.

Seperti Tuan Najib Asaddok, walaupun dah bergelar ahli Titanium Premier, beliau masih tak pernah jemu untuk datang belajar kerana beliau yakin dalam setiap Program Richworks, pasti ada ilmu baru yang Dr Azizan Osman akan share dan update.

Bila anda buat marketing, anda perlukan ilmu terkini supaya anda tak ketinggalan zaman dan lebih selari dengan keadaan semasa.  Kesianlah kami tengok kepada usahawan yang masih lagi buat marketing dengan cara lama, yang bukan saja dah kurang berkesan tapi tak dapat nak capai target yang lebih besar.  Contoh, anda masih lagi gunakan flyers, brochures, sedangkan dengan tindakan yang sikit, dan tak perlukan banyak kos, anda dah boleh buat marketing untuk target yang lebih luas dengan menggunakan Facebook, Live di Facebook, Media sosial lain seperti Instagram, dan banyak lagi.

Bila buat marketing anda kena ingat 3 perkara, Time, Effort dan Money.  Dan cuba cari jalan untuk upgrade ilmu supaya anda tahu macam mana nak buat marketing yang tak memerlukan anda luangkan banyak masa, tak memerlukan effort yang banyak, dan kos yang besar tapi boleh beri hasil yang berlipat ganda.

 

Cabaran Kesembilan – “Wheel Of Life”. Adakah Anda Puas Hati Dengan Keadaan Hidup Anda Sekarang?

oleh Team Richworks pada 13 March 2018


Masa di Program Intensif Magnet Kekayaan & kejayaan (IMKK) lalu, Dr Azizan Osman ada share tentang Wheel of Life.  Dalam Wheel of Life ada beberapa bahagian penting dalam hidup anda yang anda boleh beri markah di mana tahap anda berada sekarang dan dari situ anda boleh tengok adakah Wheel of Life anda betul-betul bulat, besar atau kecil saiznya.

Untuk cabaran hari kesembilan selepas IMKK Mac, kami nak tanya anda:

  • Adakah sebarang perubahan dalam Wheel of Life anda selepas 9 hari di IMKK
  • Bahagian mana yang anda dah mula betulkan
  • Apa perasaan anda selepas mulakan perubahan.

Kami nak anda share cerita dan gambar-gambar yang berkaitan.  Anda boleh ceritakan bagaimana perasaan anda bila pertama kali tengok Wheel of Life anda?  Terkejut? Sedih?

Dan ceritakan apa perubahan yang anda buat untuk membetulkan bulatan “Wheel of Life” anda?  Kami sangat berterima kasih kerana anda komited untuk sertai setiap cabaran.  Anda boleh postkan di Facebook Page IMKK mac 2018.

Anda mesti ingat kisah tetamu showcase yang kami jemput berkongsi cerita dengan anda di IMKK lalu, Tuan Ariff Subri – pengasas Al Fateh Genius – produk makanan tambahan untuk anak-anak.  Kami yakin anda ingat lagi kisah beliau, yang terpaksa ambil upah untuk mandikan jenazah yang dah reput dan ada berbagai situasi hanya untuk tambahkan pendapatan nak sara keluarga.  Macam mana perasaan anda bila dengar kisah beliau?

Tonton semula sharing beliau.  Anda tahu tak, sekarang beliau dah boleh bina bisnes dan dah boleh buat jualan sehingga jutaan ringgit setahun.  Bayangkan, dari seorang yang tak ada apa-apa dan kini mampu untuk hidup lebih baik selepas dia mula berniaga dan bertambah -tambah baik selepas ada ilmu marketing yang beliau dapat di Program Millionaire Marketing Mastery (MMM).

Adakah anda rasa puas hati dengan keadaan hidup anda?  Soalannya adakah anda nak biarkan saja hidup anda berada pada tahap sekarang?  Sampai bila? Anda pun tahu, anda pun boleh capai 101 impian anda bila anda ada ilmu dan tindakan!  Jadi mulakan sekarang, jangan tunggu-tunggu lagi. Semain anda tunggu dan tangguh untuk cari ilmu, semakin anda jarakkan kejayaan dari anda dan semakin anda biarkan hidup anda terus dikelilingi susah dan asyik serba tak cukup!

 

Free Workshop Pemasaran

oleh Team Richworks pada 13 March 2018

*Jika ini bukan untuk anda, tag nama rakan anda yang mungkin bisnes dan perlukan ini. Like & Share!

Frust kan bila bisnes tapi sales tak naik
Pelanggan tak ada atau makin lama makin kurang……..
Kos semakin meningkat
Nak naikkan jualan tapi pesaing makin banyak

Bagaimana nak menang dalam bisnes dan tarik ramai pelanggan?

Jika tidak ada pelanggan mana nak datang jualan?

Habis nak buat apa sekarang?

Nak kami bantu sekali ini dengan Free Workshop Pemasaran? Ini sesi 100% Free Training secara FBLive 90-Minit bersama Mentor Pemasaran #1 Asia Dr Azizan Osman.

Bukan semua orang nak naikkan jualan serta tarik lebih ramai pelanggan kan? Tapi jika anda rasa ini penting, kami cadangkan anda buat tindakan sekarang!

Sesi 100% Free Workshop Pemasaran bersama Mentor Dr Azizan Osman ini adalah secara FB ‘live’ pada 17 Mac 2018 (Sabtu) jam 9.00 pagi di Facebook Group tertutup Nak Ubah Hidup

Layari sekarang www.workshoppemasaran.com untuk mendaftar. Sesi ini sekali ini sahaja sempena program 3-hari Millionaire Marketing Mastery yang bakal menjelang. Kami berikan anda peluang untuk belajar sedikit sebanyak formula kuasai pemasaran Dr Azizan Osman yang telah terbukti bina ramai usahawan dari kosong hingga tahap jutawan.

Amaran:
Tidak perlu join jika tidak perlukan ramai pelanggan dan tidak perlukan peningkatan jualan.

Siapa mesti join?
Sesiapa yang rasa penting untuk naikkan sales dan nak tarik lebih ramai pelanggan termasuk:-
– Usahawan/ Berniaga
– Stokist/ Ejen/ Dropship
– Sales & Marketing Manager/ Marketing Team/ Department

Tarikh : 17 Mac 2018 (Sabtu)
Waktu: 9 pagi – 10.30 pagi
Lokasi: Di mana sahaja anda berada kerana ia adalah melalui FBLive dalam FB Group khas

Bagaimana nak join:
Komen “saya nak join workshop pemasaran”. Team kami akan bantu atau,jadi paling awal masukkan nama dengan layari www.WorkshopPemasaran.com untuk mendaftar sekarang.

 

7 Tahun Berbisnes Sampai Sekarang Tak Ada Hasil? Kau Bisnes Apa Sampai Sengsara Sangat Macam Tu!

oleh Team Richworks pada 12 March 2018


Kalau nak tahu ini adalah cerita-cerita biasa yang kami dapat dari mereka yang PM kami.  Dah berbisnes sehingga 7 hingga 10 tahun tapi masih struggle, masih tak nampak hasil. Masih terpaksa hidup biasa-biasa.  Malahan terpaksa pulak menanggung hutang.

Sedangkan, ramai #AnakDidikDrAzizan yang dah boleh buat bisnes walaupun baru setahun jagung berniaga. Apa formula mereka?  Apa yang mereka buat?

Itu masalahnya. Ramai orang nak tahu formula kejayaan sesebuah bisnes tapi tak ramai nak tahu macam mana mereka yang dah berjaya komited dan konsisten dalam buat tindakan.  Ramai usahawan kat luar sana lebih suka ambil sikap “tak laku bisnes A, tutup dan buka bisnes B”.  Semua kesalahan diletakkan pada produk A yang tak bagus, tak laku, tak digemari ramai.

Tanpa mereka sedar, kalau dah gagal jual produk A, jangan harap kau nak berjaya jual produk B! Sebab kau akan guna cara yang sama yang digunakan untuk berniaga produk A, untuk berniaga produk B.

Ada 3 masalah utama yang usahawan/peniaga/founder selalu hadapi:

1) Masalah tidak ramai pelanggan

Tak ramai pelanggan masuk kedai.  Atau, kalau berniaga online, ramai yang PM, yang whatsApp, yang tanya  itu ini, tapi conversion atau yang beli tak ada.

2) Jualan tak naik

Kalau dah tak ada pelanggan baru, paling teruk bila jualan tak naik.  Ini maknanya pelanggan lama pun tak membeli lagi banyak dan lagi kerap dari anda. Atau mereka pun dah lupakan anda.

3) Tak buat duit

Bisnes kalau tak buat duit, memang sengsara.  Lebih baik kerja.  Tak buat duit sehinggakan nak run the business pun tak mampu.  Ada kos dan bil yang tak mampu nak ditanggung, apa lagi nak buat untung.

Ini antara masalah biasa yang ramai usahawan/peniaga/founder hadapi.  Yang jadi isu besarnya bila benda ni dah berlaku bertahun-tahun dan mereka tak tahu cara nak atasinya macam mana.  Asyik terkebil-kebil tengok orang lain buat sales riban-riban dan juta-jutaan, tapi diri sendiri tak tahu nak start dari mana.

Kami just nak share dengan anda, kisah kejayaan Tetamu Showcase di Program Intensif Magnet Kekayan & Kejayaan (IMKK) Mac lalu  Puan Ilyana boleh je nak pilih untuk kerja makan gaji dengan Master Degree yang beliau ada, tapi memikirkan belanja besar dan perlu luangkan lebih banyak masa dengan anak yang mengidap Thalassemia, beiau pilih untuk berniaga.

Dan yang bestnya beliau tak perlu jadi founder!  Hanya jadi master stokis produk orang lain, dan dengan ilmu marketing dan tindakan, beliau dah boleh naikkan sales dari RM4,000 je sebulan hingga ke lebih RM100,000 sebulan.

Tak perlu tunggu 7 tahun berbisnes baru nak buat sales tinggi!  Kalau dah ada ilmu marketing, selepas 3 bulan pun dah boleh dapat hasil.

Terpulang kepada anda…

Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) akan diadakan pada 30 Mac – 1 April 2018 di Ideal Convention Shah Alam. Dalam program 3 hari ini, Dr Azizan Osman akan share dengan anda:

  • Apa push factor anda untuk berniaga
  • Kenapa anda perlu buat perniagaan yang berjaya
  • Zero kos marketing – kenapa nak bayar kos marketing lebih tapi tak ada hasil?
  • Formula POWER dan 6 Pillars – untuk bantu anda start your marketing engine.
  • Marketing tak wujud tanpa persaingan – strategi marketing yang bantu anda lebih menonjol dari pesaing.

Dan banyak lagi ilmu marketing yang bila anda buat, kurang dari 3 bulan anda dah boleh dapat hasil yang lebih baik.

Musim perayaan dah dekat.  Terpulang kepada anda macam macam mana hasil yang anda nak dapat dan macam mana ‘raya’ yang anda nak sambut nanti.

Kami sarankan anda tak lepaskan peluang hebat ke Program MMM kali ini – layari www.marketingmastery.com.my

 

Bila Anda Bengang, Stress, Down Apa Yang Anda Buat? Cabaran Hari Ketujuh selepas IMKK – Silent Switch.

oleh Team Richworks pada 10 March 2018

Siapa yang tak rindu moment SWITCH!

Semua peserta IMKK dari dulu sampai sekarang tentu akan ingat sangat-sangat saat SWITCH.

SWITCH – sesuatu alsi yang kita tak boleh nak buat kat mana-mana.  Nanti orang akan kata kita gila! Sedangkan mereka tak sedar, orang yang nak sangat-sangat berjaya memang selalunya buat tindakan gila-gila…

Untuk hari ini, hari Ahad dan anda sedang bersantai di rumah bersama keluarga, kami nak berikan anda cabaran SILENT SWITCH.

Poskan dan ceritakan kepada kami, bagaimana anda buat silent switch, apa perasaan anda bila pertama kali buat switch, apa yang anda rasa bila dah buat switch, lega, release, terharu?

Kongsikan gamba-gambar silent switch anda di Facebook Group IMKK Mac 2018.  Jom bersama-sama imbas kembali saat-saat best dapat buat switch ramai-ramai dengan 9000 peserta.  Auranya sampai berdiri bulu roma kan?

Ada sebab kenapa Dr Azizan Osman ajar teknik Switch.

Switch adalah untuk membantu kita berada dalam ‘peak state’ iaitu keadaan di mana kita akan berada di dalam energy yang tinggi, tak lemau, bersedia nak terima cabaran dan bersedia untuk bertindak.

Selama ini, ramai orang hidupnya setiasa dalam keadaan negatif, keadaan lemah dan terima saja keadaan tanpa berusaha nak ubah dan perbaiki hidup kerana mereka tak berada dalam keadaan peak state.  Nak pergi office pun lemah, nak buka kedai pun lemah, tak bersemangat jadi macam mana perkara yang baik-baik nak datang.

Salah satu cara untuk sentiasa berada dalam keadaan peak state ialah sentiasa dikelilingi dengan circle yang positif, dan ramai #AnakDidikDrAzizan yang sentiasa hadir program demi nak dapatkan circle positif.

Selain dari itu, ilmu-ilmu yang dari Dr Azizan Osman juga boleh berikan mereka berada dalam keadaan bertenaga untuk buat tindakan.  Contoh seperti ilmu-ilmu marketing yang mudah, yang boleh anda buat segera tanpa perlukan kos yang tinggi, yang InsyaAllah akan berikan hasil kepada bisnes anda.  Selalunya, selepas peserta balik dari program Millionaire Marketing Mastery (MMM) mereka akan bersemangat nak buat marketing untuk bisnes mereka.

Tonton sekejap sharing  dari Tuan Nazli, yang hanya jual goreng pisang tapi energy dan tindakan yang beliau ambil (sampai boleh buat kelas untuk peniaga goreng pisang!) dah buatkan bisnes goreng pisang beliau buat sales hampir RM2000 sehari. Amacam?  Goreng pisang je..Kau goreng apa?

 

Business Growth Workshop: Kuasai Team, Kuasai Bisnes

oleh Team Richworks pada 09 March 2018


Salah satu kunci pada kejayaan sesebuah perniagaan bukan saja pada taktik pemasaran mereka, tapi juga siapa yang berada di sebalik tabir sebuah perusahaan itu. Jika anda miliki tenaga kerja yang tepat, dan team yang mantap, campaklah apa jua cabaran dan halangan, perniagaan anda pasti terus meluncur maju ke hadapan.

Anda sebenarnya tidak ketandusan tenaga kerja mahir buat syarikat anda, anda cuma belum jumpa lagi mereka yang benar-benar tepat untuk anda. Jika sudah, adakah anda tahu apa taktik untuk ‘ikat’ dan ‘simpan’ mereka?

“If you want to go fast, go alone. If you want to go far, go together.”

Kami suka pada pepatah ini. Benar, jika bergerak sendiri memang lagi cepat dan pantas, tapi sejauh manakah anda mampu harungi dengan tenaga 1 orang sahaja? 10 minda pasti lebih berguna berbanding 1. Bayangkan jika anda miliki 100? 1000? Jauh mana anda mampu kuasai? Apatah lagi jika ianya minda yang berfungsi dengan tepat dan efisyen. Itulah kuasa team anda. Dengan kemahiran dan pengetahuan yang mereka miliki, anda boleh manfaatkan bersama untuk perniagaan anda. Inilah penekanan Business Growth Workshop pada kali ini di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Tapi, sungguhpun anda kini telah miliki lebih dari cukup tenaga kerja yang anda mahukan, anda lihat prestasi syarikat anda masih di takat yang sama. Atau mungkin, makin menjunam. Fikir sejenak, adakah mereka yang anda pilih sewaktu sesi temuduga dahulu itu benar-benar telah memaksimakan kapasiti mereka? Adakah mereka benar-benar tepat untuk deskripsi tugas mereka? Dan adakah mereka benar-benar sukakan sistem anda?

Banyak faktor berkaitan tenaga kerja dan sistem perniagaan yang perlu anda kaji dan titik beratkan agar perjalanan anda kurang durinya, dan mampu pergi lebih jauh, lebih lama. Perniagaan ibarat sebuah mesin yang mempunyai banyak komponen utama mahupun sampingan yang harus bekerjasama pada kadar yang optimum untuk memastikan hasil yang ditunggu pada akhirnya adalah terbaik dan berkualiti. Jadi setiap satu komponen yang berkaitan itu perlu diselenggara dan diamati satu persatu sebelum, semasa dan selepas pemasangannya. Setiap satu tindakan harus seiring supaya tidak ada matlamat yang terjejas mahupun tertinggal.

Business Growth Workshop telah banyak membantu pemilik bisnes yang hadir untuk menilai semula dan memperbaiki prestasi diri, syarikat, dan tenaga kerja mereka dalam membawa perusahaan tersebut ke arah peningkatan dan pengukuhan bisnes secara keseluruhan.

Demi mencapai matlamat perniagaan mereka, melebarkan lagi sayap bisnes hingga ke peringkat antarabangsa, atau paling kurang, mengekalkan momentum perusahaan mereka dengan sistem perniagaan yang tersusun dan berstrategi, peserta  Business Growth Workshop kami pada 22 & 23 Februari 2018 dah terima titipan ilmu untuk bertindak.

Mereka tak mahu bisnes yang biasa-biasa. Dan mereka tak mahu menyesal kemudian hari. Tahniah kami ucapkan kepada semua peserta yang hadir. Manfaatkan ilmu yang ditimba untuk kebaikan bersama.

 

Siapa Lagi Yang Nak Tarik Ramai Pelanggan Sekarang?

oleh Team Richworks pada 08 March 2018

Sebelum anda nak bisnes atau bagi mereka yang mahu gandakan bisnes dan jualan untuk tahun 2018 ini? Anda wajib baca ini dan hadamkan dahulu!

Orang tanya, kenapa nak belajar ilmu pemasaran?

Simple, pemasaran kunci penting dalam bisnes di sebabkan bisnes anda akan ada ramai pesaing. Semua orang akan berusaha nak tarik pelanggan terutamanya pelanggan anda kepada mereka!

Kenapa nak belajar formula kuasai pemasaran, rahsia menarik pelanggan Formula Millionaire Marketing Mastery (MMM).

Simple, sebab anda mahu strategi paling power, terkini dan meliputi semua strategi penting yang mampu menarik ramai pelanggan kepada anda. Anda tidak mahu pesaing anda mendahului diri anda.

Apa kunci utama strategi pemasaran formula MMM?  ZERO COST MARKETING

Anda akan terperanjat kerana banyak strategi pemasaran yang bakal dipelajari adalah tanpa kos tetapi hasilnya luar biasa. Namun anda akan belajar semua strategi dari kos pemasaran kosong hingga yang berbayar agar anda boleh pelan strategi yang sesuai dengan anda.

MMM ini bukan untuk semua orang!

Program MMM (Millionaire Marketing Mastery) ini bukanlah untuk semua orang! Nak tahu kenapa?

1/ Bukan semua orang nak mulakan dan bina bisnes dengan jayanya! Ramai hanya sekadar main-main dan lebih rela cuba-cuba sendiri bertahun-tahun!

2/ Bukan semua orang nak belajar strategi kuasai pemasaran menarik ramai pelanggan yang telah terbukti mampu meningkatkan sales berkali-kali ganda sebagaimana ramai #AnakDidikDrAzizan. Ramai lebih percaya bomoh dari belajar strategi pemasaran.

Bomoh pun kena pandai marketing untuk tarik pelanggan!

3/ Bukan semua orang faham betapa pentingnya strategi kuasai pemasaran yang bagus kerana pesaing sentiasa ada, semakin ramai dan mereka sentiasa mahu memenangi pelanggan terutamanya pelanggan kita.

4/ Ramai yang ego untuk belajar strategi pemasaran sedangkan 80% bisnes akan gagal bila tidak ada ilmu pemasaran yang benar-benar lengkap dan #resultmatters

5/ Ramai lebih rela “trial & error” sendiri bertahun-tahun dengan cara sendiri. Masalahnya jika cara sendiri itu bagus, maka telah lama dah jualan mereka meningkat berkali-ganda.

*Bonus:- Ramai bisnes tanpa mentor, ilmu, strategi, sistem & struktur pemasaran yang betul.

Belanja besar buat iklan belum tentu mampu tarik ramai pelanggan jika strateginya salah. Membazir sahaja.

Soalan- Adakah anda kenal atau tahu sesiapa yang komited dibimbing dan diajar bagaimana untuk tarik ramai pelanggan, benar-benar gandakan jualan atau mahu tambah stokist, ejen dan dropship serta mahu tingkatkan keuntungan?

Pastikan mereka belajar formula di dalam MMM termasuk hampir 200 strategi-strategi pemasaran formula P.O.W.E.R Dr Azizan Osman.

Jenama-jenama besar usahawan bumiputera semakin banyak serta berjaya dalam pasaran serta ramai yang berniaga dari kosong mampu capai tahap jutawan asbab ilmu pemasaran formula Dr Azizan Osman yang telah dikongsikan sejak tahun 2010.

Tonton perkongsian Puan Noralinda Norjaya, pemilik Restoran Resepi Warisan Tok, salah seorang peserta MMM yang telah berjaya.

 

Anda Bisnes Atau Acah-Acah Bisnes?

oleh Team Richworks pada 08 March 2018

Nak naikkan sales?
Pernah dengar tentang 9/10 Rezeki Dari Perniagaan tapi kelakarnya ialah 80% yang berniaga tak reti MARKETING tarik pelanggan! Bila tak ada pelanggan, mana ada sales kan?
Formula MMM ini bukan untuk semua orang!
Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) ini bukanlah untuk semua orang! Nak tahu kenapa? Baca 5 sebab ini:- 1/ Bukan semua orang nak mulakan dan bina bisnes dengan jayanya! Ramai hanya sekadar main-main dan lebih rela cuba-cuba sendiri bertahun-tahun!

2/ Bukan semua orang nak belajar strategi kuasai pemasaran menarik ramai pelanggan yang telah terbukti mampu meningkatkan sales berkali-kali ganda sebagaimana ramai #AnakDidikDrAzizan. Ramai lebih percaya bomoh dari belajar strategi pemasaran.
Bomoh pun kena pandai marketing untuk tarik pelanggan!

3/ Bukan semua orang faham betapa pentingnya strategi kuasai pemasaran yang bagus kerana pesaing sentiasa ada, semakin ramai dan mereka sentiasa mahu memenangi pelanggan terutamanya pelanggan kita.

4/ Ramai yang ego untuk belajar strategi pemasaran sedangkan 80% bisnes akan gagal bila tidak ada ilmu pemasaran yang benar-benar lengkap dan #ResultMatters

5/ Ramai lebih rela “trial & error” sendiri bertahun-tahun dengan cara sendiri. Masalahnya jika cara sendiri itu bagus, maka telah lama dah jualan mereka meningkat berkali-ganda.
Anda tahu marketing penting kan? Jadi anda nak buat apa sekarang? Teruskan dengan cara yang sama? Layari www.marketingmastery.com.my untuk tahu lebih lanjut mengenai MMM. Anda juga boleh komen ‘NAK Formula MMM’ dan team kami akan bantu anda.

 
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start