6 Bulan Bermentor, Sales Lebih RM100,000 Sebulan!

oleh Team Richworks pada 17 October 2017

Nak cakap pun tak tahu macam mana betapa impaknya peningkatan wanita ini hanya dalam tempoh tidak sampai 6-bulan bermentor!  Tak sampai berapa bulan boleh buat sales sehingga lebih RM100,000 sebulan Alhamdulillah! Tonton sekarang.

 

5 Kunci Utama Buat ‘Marketing Plan’ Untuk 2018.

oleh Team Richworks pada 17 October 2017

Nak berjaya dalam pemasaran perlu ada perancangannya sebaiknya. Letakkan ia dalam satu slot khas fail anda – perancangan pemasaran seeloknya dilihat dan di analisa secara bulanan atau mengikut suku tahunan serta sediakan laporan bulanan jualan atau produksi anda.

‘Marketing Plan’ anda perlulah bertahan paling kurang untuk setahun. Ini termasuk dalam menangani isu perubahan pasaran, pelanggan dan juga permasalahan dalam tempoh 2-4 tahun akan datang.

Nak tulis perancangan bukan hanya perlu sehari dua. Berikan waktu pada diri anda dalam beberapa bulan untuk siapkannya.  Anda perlu adakan sedikit ‘research’ dan ‘observation’.  Lihat apa yang ada dalam pasaran anda, apa yang bakal ada dan cuba jangkakan.  InsyaAllah meskipun cabaran menyiapkan dan menjalankan pelan berbeza, ia akan mampu dilaksanakan.

Siapa yang perlu tahu dan nampak ‘marketing plan’ anda? Semua warga kerja syarikat anda. Dua situasi biasa jika mereka sembunyikan ‘marketing plan’ mereka ialah, samada mereka tiada perancangan yang bagus ataupun perancangan mereka terlalu berharga untuk didedahkan pada pesaing.

‘Marketing Plan’ tak boleh dibina berseorangan. Kecil atau besar, anda perlu sentiasa dapatkan maklum balas dari pihak kewangan syarikat, produksi dan lain-lain. Pastikan orang kuat  dan orang penting dalam bisnes anda berikan pendapat mereka kerana merekalah yang akan menjadi penyumbang terbesar kejayaan pelan pemasaran anda. Berikan ruang untuk mereka berdiskusi, beri pendapat, atau menambah mana-mana yang kurang dalam pelan pemasaran anda.

Apa beza ‘marketing plan’ dengan pelan bisnes atau visi syarikat. Pelan bisnes lebih menyeluruh. Ia memiliki semua bahagian yang penting dalam bisnes dan bukan pemasaran sahaja. Ia ada klausa tentang pekerja, kewangan, perkongsian strategik dan lain-lain.

‘Marketing Plan’ anda sepatutnya menjadi:

1) Sebagai titik asas kepercayaan.

Pelan pemasaran buatkan pasukan anda percaya dan yakin bahawa mereka ada sesuatu matlamat penting yang perlu diselesaikan. Mereka tahu mereka juga penting dalam memastikan kejayaan sesebuah pemasaran itu. Jadi bila anda berkongsi pelan anda dengan mereka, kemungkinan untuk pelan pemasaran itu berhasil lebih tinggi.

2) Titik permulaan bagi kejayaan.

Orang yang gagal bukan merancang untuk gagal sebaliknya gagal merancang! Memang kita takkan tahu apa sekalipun yang akan berlaku pada masa depan tapi dengan adanya perancangan, segala apa yang kita lakukan hari ini lebih tersusun dan menuju ke arah matlamat kita. ‘Marketing plan’ yang anda buat perlu ada matlamat dan apa yang anda nak capai.  Terutamanya dalam bentuk target jualan.  Anda juga perlu tahu apa kosnya dan akhir sekali jangkaan keuntungan.

3) Manual operasi syarikat.

Setiap benda yang anda beli hampir semuanya memiliki manual penggunaan. Bayangkan jika benda yang lebih mudah dan kecil pun ada manualnya, inikan pula syarikat anda. Ia lebih penting dari pernyataan visi dan misi anda. Untuk sediakan ‘marketing plan’ ini, anda perlu mahir dan tahu semua selok belok syarikat dari sekecil- kecil benda sekalipun.

4) Terjemahan pemikiran

Jika anda tak boleh hafal semua benda dalam satu otak, kenapa anda tak tulis sahaja supaya senang ingat? Kecil atau besar, tulis untuk visualisasi dan supaya ia lebih mudah untuk dicapai sebab anda nampak! ‘Marketing plan’ adalah pelan tindakan anda yang mungkin akan anda lupa nak buat jika dibiarkan dalam otak.

Bila ditulis, jika anda ‘hilang ingatan’ pun, ianya masih boleh dilaksanakan.

5) Refleksi penting

Bila hari anda dah penuh dengan pelbagai macam benda, sukar untuk kembalikan fokus pada gambaran besar pelan asal anda. Lagi-lagi bab yang tak berkait terus dengan operasi harian syarikat. Anda perlu fikir sama ada apa yang anda buat itu beri manfaat yang sepatutnya atau tidak pada syarikat. Dan untuk lakarkan ‘marketing plan’ anda atas sekeping kertas, anda perlukan ketenangan.

Pergilah bercuti, dan asingkan diri anda dari kesibukan sementara supaya apa yang anda rancangkan akan jadi hebat dan bermakna untuk bisnes. Jadi anda boleh refleks perkara penting dalam bisnes anda dengan tenang dan tidak tergopoh gapah kerana refleksi inilah yang akan tentukan perancangan pemasaran anda di masa akan datang.

Pelan -pelan pemasaran anda yang ditulis selama ini boleh juga dilihat kembali dan diukur sejauh mana progres bisnes anda. Bukan saja ia boleh berikan anda pandangan tentang apa yang telah anda lakukan selama ini, ia juga boleh beri anda idea untuk rancangkan apa strategi yang seterusnya juga.

Jadi jangan lupa untuk merancang!

 

Nak Jadi Usahawan Wanita Hebat? 20 Perkara Anda Boleh Belajar Dari Wonder Woman.

oleh Team Richworks pada 17 October 2017

 

Tangan yang menghayun buaian, mampu menggoncang dunia.  Wanita, yang dulunya di katakan sekumpulan makhluk ciptaan Tuhan yang lemah, sebenarnya ada kekuatan besar di dalam setiap nadinya.

Wanita dan bisnes? Lihat di sekeliling anda, berapa ramai wanita di sekeliling anda yang sedang aktif berniaga sekarang ini? Samada secara sepenuh masa atau separuh masa –  apa yang membuatkan mereka mampu menjadi usahawan, isteri, ibu, surirumah dan pekerja dalam satu masa?  Mereka sebenarnya Wonder Woman!

Wonder Woman- karakter komik Marvel yang sangat beri kesan pada banyak wanita. Kuat, gagah, berani dalam menyelamatkan dunia. Dan karakter ini semakin jelas terpapar dalam dunia realiti sekarang! Ramai wanita dah berjaya pecah tradisi dengan memegang jawatan-jawatan besar sebagai eksekutif korporat, usahawan baru mahupun ternama, pelabur, dan macam-macam lagi.

Wanita, termasuk anda memiliki banyak kelebihan dan kekuatan untuk membantu dunia. Dan artikel ini khas untuk anda. Serlahkan karakter Wonder Woman anda dengan cara:

1) Salurkan tenaga anda untuk jadikan dunia ini lebih baik. Lemah lembut anda adalah satu cabang tenaga yang luar biasa jika dimanfaatkan. Ia adalah sebuah sumber pengaruh yang hebat. Wanita suka membantu.  Gunakan perniagaan anda untuk membantu ramai orang.

2) Nak ubah dunia perlu ubah fikiran. Jadi ubah mentaliti wanita yang hanya layak berada di dapur memasak kepada dari dapur pun wanita boleh buat macam-macam kerja! Wanita banyak emosi, salurkan emosi positif anda untuk beri impak positif kepada orang lain.

3) Jangan takut untuk jadi yang pertama. Wanita pertama menjadi usahawan jutawan? Takluk gunung Everest? Semua boleh.  Takut dan wanita memang tak boleh dipisahkan.  Tapi, wanita ada azam yang tinggi.  Tukarkan ketakutan menjadi satu cabaran.

4) Percaya pada kuasa cinta. Cinta buat anda lebih kuat, berazam dan kebal. Cari kecintaan anda dan manfaatkannya.  Jadikan cinta ‘Big Why” utama anda untuk lebih berjaya.

5) Perhubungan lebih bererti berbanding transaksi pembelian. Apa makna hidup kaya tanpa hubungan dengan orang sekeliling? Bina hubungan baik dengan seramai orang, seramai stokis, agen dan pelanggan.  Kasih sayang anda, membantu menceriakan hari mereka.

6) Mula bertindak segera bila masa sudah tiba. Jangan takut. Langkah pertama takkan bermula jika anda takut. Jangan malas dan jangan bertangguh.  Anda wanita adalah pesaing yang hebat.  Bersaing secara bijak dan professional.

7) Halangan adalah batu loncatan. Lagi tinggi halangan, lagi tinggi hasil dan peluang disebaliknya.  Dalam diri wanita sebenarnya ada kekuatan dan kebijaksanaan untuk hadapi semua cabaran.

8) Tahu segala keputusan tak boleh dibuat  secara literal. Pasti ada makna dan sebab di sebaliknya. Telitikan setiap keputusan untuk hasil terbaik. Anda perlu bijak mengawal emosi.  Cari ilmu untuk tingkatkan “Emotional Intelligence’.

9) Anda ada kekuatan untuk tempuhi apa yang anda tak tahu. Gunakan kekuatan pada cara dan tujuan yang tepat. Wanita dilahirkan dengan deria rasa yang tinggi.  Dengan ilmu dan deria rasa anda, anda tahu yang mana akan berhasil yang mana tidak. Pastikan anda gabungkan kedua-dua sebaiknya.

10) Memori fizikal anda sentiasa bertambah saban hari. Manfaatkan itu dengan eksplorasi dunia dan cabaran baru! Wanita yang mudah selesa dengan keadaan sekarang dan mudah gembira hanya dengan buat satu-satu perkara yang dia suka, takkan mampu mengisprasikan orang di sekeliling anda.

11) Anda sentiasa mencari kumpulan anda. Berdua, adalah lebih baik. Sepuluh minda pasti lebih hebat dari satu minda.  Perbaiki logistik dan persekitaran anda.  Cari sahabat atau ‘circle’ yang mampu jadikan anda lebih baik, hari demi hari.

12) Anda berusaha keras untuk bina asas kukuh yang boleh menolak dan membantu anda. Cari apa yang buat anda rasa tercabar dan terbakar! Ingat kembali apa yang menjadikan anda sangat bengang dengan diri dan persekitaran anda.  Apa kata-kata orang dan cemuhan yang menyakitkan.  Tukarkannya menjadi satu tindakan yang menghasilkan kejayaan.

13) Anda tak biarkan ekspresi atau kata-kata orang sebagai penghalang. Mulut tempayan lebih mudah ditutup. Jadi abaikan yang negatif.

14) Anda tak perlukan keizinan untuk buat perkara yang betul. Jadi buat saja apa yang betul. Pastikan anda ada ilmu secukupnya.  Wanita suka ilmu.  Sentiasa upgrade ilmu yan ganda ada.

15) Jangan takut untuk jadi rapuh. Emosi adalah booster terbaik untuk melonjak lebih tinggi. It is OK to cry!

16) Anda unik sebagai ketua mahupun sebagai pengikut. Jadi laksanakan tugas anda sebaiknya. Jangan jadi pengikut yang tidur atau ketua yang lembab.  Pastikan anda sentiasa berada di atas segala situasi supaya anda mampu mengawal sebaiknya.

17) Anda terima kenyataan semua tidak ada yang sempurna. Sempurna ialah bila sentiasa belajar untuk memperbaiki sesuatu.  Tapi anda sentiasa akan berusaha untuk lakukan yang terbaik.  Anda tak mudah mengalah dan tak buat kerja separuh jalan

18) Anda perlu tetap fokus walaupun dunia keliling anda sudah hancur terbalik. Bayangkan macam di rumah, ada anak kecil, ada tugasan rumah yang bertimbun, tapi di penghujung hari semua tetap selesai.

19) Anda empati pada diri dan sekeliling. Empati adalah adalah sesuatu yang hebat.

20) Anda faham bahawa progres adalah lebih baik dari menunggu kesempurnaan datang. Cari dan mulakan sekarang. Mulakan dari kecil.  Pastikan ianya akan jadi besar.

Tak kisah anda baru berniaga, sudah lama, cuma pekerja, mahupun ketua di jabatan, dalam masyarakat atau mana-mana, andalah super hero. Super hero wanita! Dan anda, patut menghargai serta menyerlahkan karakter hebat anda demi manfaat bersama.

Pastikan anda jadi inspirasi untuk orang di sekeliling anda.

 

63% Usahawan Terjebak Masalah Muflis. 6 Perkara Usahawan Baru Perlu Buat Untuk Urus Hutang.

oleh Team Richworks pada 17 October 2017

Orang kata, kalau tak berhutang macam mana nak besarkan bisnes?  Mungkin ada betulnya, tapi hutang yang tak terurus tak bagus untuk bisnes anda yang baru nak bermula. Masalahnya, ramai peniaga baru ‘nak up’ mudah lupa diri bila nampak duit, atau bila dapat pegang ‘title’ PENIAGA. 

Cara hidup mula nak ditukar dan lebih bergaya, pejabat perlu cantik, kereta perlu ‘ada-ada’, sedangan hakikatnya, sales pun ‘ala-ala je’ – tak da lah banyak mana!

Jadi bagaimana nak “halau” hutang jauh-jauh dari hidup kita lagi-lagi yang bergelar peniaga ‘ni?

Tips paling utama, pastikan anda tahu hutang itu jatuh atas anda atau atas syarikat anda.

Jika anda pemilik perniagaan tunggal, anda adalah bisnes. Jika kategori perniagaan perkongsian, konsepnya masih sama. Anda dan rakan kongsi adalah bisnes. Pihak pemiutang pasti akan ada cara untuk kejar dan hambat anda jika anda tidak melangsaikan apa yang sepatutnya.

Hutang boleh sekat, jatuhkan dan heret kehidupan anda serta perniagaan anda jauh ke dalam jurang. Jadi bagaimana nak lepaskan diri dari beban ini? Nak betul-betul bebas hutang, anda kena disiplin. Kawal nafsu gelojoh anda untuk berbelanja. Asingkan duit untuk langsai hutang sampai habis dengan tekun.

Semak laporan kredit anda.

Perkara asas anda kena buat ialah dapatkan laporan penuh jumlah hutang anda. Fahamkan kesemuanya – amaun hutang, amaun perlu bayar balik, interest lambat bayar, jumlah tempoh pembayaran, bagaimana cara nak dapatkan potongan dan sebagainya.

Di sini anda kena semak skor kredit anda. Ingat, anda mewakili bisnes anda (bagi kebanyakan start up, inilah realitinya). Jadi semak betul- betul sebab apa jua yang terjadi, walau sekecil isu seperti terlewat bank-in duit pun mampu ubah skor kredit anda dan bisnes anda.

Skor kredit adalah petunjuk utama profil akaun anda – bersih atau sebaliknya.

Taktik snowball

Senaraikan hutang anda. Susun berdasarkan amaun hutang dari kecil hingga yang paling banyak. Atur strategi untuk hapuskan hutang mengikut turutan. Mula dengan yang paling sikit dan tingkatkan ke paling besar. Biar anda nampak, anda dah berjaya padamkan satu persatu senarai hutang anda dan pasti momentum serta azam anda akan makin membara. Anda akan teruja untuk lebih “berjaya” lagi dan lagi dalam menyelesaikannya.

Berunding dengan pemiutang

Letakkan diri anda dalam posisi pemiutang. Seorang hamba Allah berhutang RM1k dengan anda lapan tahun lalu. Mula-mula asyik nak tuntut, tapi lama-lama anda akan jadi bosan sebab masa anda habis di tempat yang tak bermanfaat. Jadi bila tiba-tiba si polan itu muncul menawarkan diri untuk bayar (walaupun amaunnya tidak cukup) anda akan berbesar hati untuk terima!

Sama situasinya dengan pihak yang beri hutang pada anda. Hutang anda yang lama dan kemungkinan adalah lapuk, sangat merugikan mereka. Kerana mereka perlu juga sediakan satu ruang untuk nama anda bertapak dalam sistem mereka. Jadi jika anda bijak, anda akan berunding dengan mereka untuk minta pengurangan pembayaran balik. Kebanyakan masa, mereka akan terima supaya dapat padam rekod anda segera!

Gajikan pasangan anda untuk kurangkan kos pekerja.

Anda perlukan pekerja tapi anda juga perlu kurangkan kos gaji mereka. Ada banyak cara nak kurangkan komitmen anda dalam bisnes lagi-lagi bab pembayaran gaji. Selain dari pecat orang dan buat semua kerja sendiri (yang mana adalah satu tindakan yang boleh dikira akan memenatkan anda juga), satu cara lain ialah dengan gajikan pasangan anda.

Asalkan pasangan anda bersetuju, dan sesuai dengan jawatan tersebut, anda bayar mereka dengan kadar separuh dari kadar biasa. Jadi lebihan duit itu gunakan untuk bayar hutang.

Kejar penghutang anda.

Bukan anda saja yang sedang dikejar tapi anda juga patut mengejar mereka yang berhutang dengan anda. Tiada lagi hati baik mahupun ungkapan “tak apa” kerana jika anda tak cari sumber, anda pula yang susah.

Lantik pemungut hutang atau ‘debt collector’ untuk bantu anda.  Kalau anda ‘cerdik’ dari awal berurusan dan memberi hutang kepada orang lain, anda dah sediakan perjanjian dengan mereka.

Jual aset anda.

Jika anda ada aset berharga yang kurang digunakan dalam bisnes anda, jualkan saja. Jika perlu pun, anda boleh cari aset yang lebih murah, atau mungkin ‘second hand’, asalkan anda ada duit lebih untuk langsai hutang.

Tukar mentaliti anda. Jangan lagi biar papa asal bergaya.

Dave Ramsey, berjaya bina bisnes bernilai 8 angka tanpa secalit hutang sekalipun! Katanya, cara paling baik untuk kembangkan bisnes adalah dengan ambil pengajaran dari kisah kura-kira dan arnab. Biarpun lambat tapi tetap memenangi larian. Tak perlu pinjam untuk kembangkan. Sebaliknya, simpan untuk keperluan dan barulah kembangkan. Kurang risiko dan kesilapan.

Hutang bukan semuanya jahat tapi jika hutang itu membawa mudarat, lebih baik anda selesaikan segera. Anda akan rasa manisnya bila bisnes anda bebas dari cengkaman si penghutang. Tidur lena, hati pun gembira.

Tuan Jerry Rizal, sebagai Pegawai Serantau Kumpulan Richworks – merupakan seorang yang sangat pakar dalam menguruskan hutang.  Dari mula membina kerjaya, beliau telah atur hutangnya sebaik mungkin, sehingga mampu memberikan faedah pula kepada pelaburan hartanah yang diceburinya.  Semuanya ini ada beliau kongsikan dalam Entrepreneur Foundation Program (EFP).

 

Pementoran dan Merevolusi Usahawan Bumiputera Jadi Jutawan, Dunia dan Akhirat

oleh Team Richworks pada 10 October 2017

BALI, 26 September: Tidak hanya melahirkan ramai usahawan baru, Dr Azizan Osman mahu merevolusi para usahawan Bumiputera, terutamanya selain meneroka pasaran global supaya lebih ramai menjadi jutawan, dunia dan akhirat.

Jurulatih Kejayaan No.1 Asia ini, berkata dia kini juga cenderung kepada pementoran yang disifatkannya lebih mencabar kerana menuntut pada penyelesaian terhadap pelbagai isu yang kritikal.

Ibarat permainan catur, jelasnya ia menuntutnya melihat daripada sudut perspektif yang lebih menyeluruh.

“Ini merupakan matlamat saya, iaitu untuk merevolusi usahawan Bumiputera supaya lebih ramai jadi jutawan, dunia dan akhirat,” katanya dalam satu temubual eksklusif usai Titanium Inner Circle Meeting (ICM) yang berlangsung di Intercontinental Bali Resort di Jimbaran di sini.

“Supaya boleh bantu lebih ramai orang , (rancangan) saya kira dalam masa tiga hingga lima tahun ini, meneroka pasaran global dengan mewujudkan latihan secara maya di dalam pelbagai bahasa.

“Jadi, saya kini lebih kepada pementoran kerana keseronokannya lain sikit iaitu mengendalikan isu kritikal dan bagaimana mahu melakukannya, itu amat mencabar. Saya sukakan cabaran, suka mengendalikan situasi yang menuntut pada penyelesaian.

“Saya suka main catur, saya nampak langkah itu dan ia memenuhi keinginan saya.”

Dr Azizan, berkata matlamat itu perlu dizahirkan bagi memperkukuh hala tuju masa depan Richworks Group of Companies yang diasaskannya, sebagai peneraju dunia keusahawanan dan pemasaran selama sembilan tahun ini.

Untuk rekod, Richworks telah diiktiraf The Malaysian Book of Records pada 2012 sebagai syarikat terbesar di Malaysia dalam penganjuran pelbagai seminar dan kursus dalam bidang pembangunan usahawan, pemasaran dan motivasi.

ICM yang berlangsung selama tiga hari itu menghimpunkan 150 usahawan Malaysia, jutawan dan bakal jutawan, yang menerima bimbingan khusus Dr Azizan selepas masing-masing melakukan pembentangan mengenai kedudukan dan perancangan bisnes mereka.

Dr Azizan, berkata bagi merealisasikan matlamatnya itu banyak perubahan dilakukan terhadap model bisnes Richworks, terkini dengan mengaplikasi pendigitalan selain memanfaatkan budaya popular media sosial bagi meraih pendedahan di peringkat global.

Richworks katanya, sudah menghentikan seminar atau program, juga siri jelajahnya yang diganti dengan pembelajaran percuma, dikongsi menerusi YouTube dan Facebook yang meraih jangkauan pelayar 100,000 orang seminit berbanding secara luar talian 100,000 orang setahun.

Katanya, lebih banyak kursus dalam talian akan ditawarkannya, termasuk yang lebih intensif yang boleh diikuti sama ada dengan yuran minima atau percuma sepenuhnya.

“Ini (dijangkau) tanpa memerlukan kita menunggu, bersusah payah nak pergi jumpa. Ilmu boleh disampaikan dengan lebih cepat dan InsyaAllah akan ada lebih banyak nilai kita boleh berikan dari pada segi digital,” katanya, mengakui seronok apabila orang lain beroleh nilai daripada perkongsian itu yang diharap menggunakan ilmu berkenaan untuk bertindak.

Ditanya mengenai pemerhatiannya selama berlangsungnya ICM, kata Dr Azizan, pertumbuhan dalam perolehan pendapatan keseluruhan kumpulan yang berjumlah RM900 juta menuju suku terakhir tahun ini, mengesahkan keperluan pada pendigitalan bisnes.

“Saya kira, InsyaAllah menjelang Disember jumlah perolehan pendapatan mereka akan mencecah sekitar RM1 bilion,” katanya, seraya menarik perhatian mengenai perkembangan dunia yang menyaksikan bagaimana bisnes konvensional semakin terjejas oleh bisnes dalam talian.

“Ini kerana, syarikat lama menolak pendigitalan. Ini (pertumbuhan) bukan mengenai iklan Facebook, Instagram tapi (soal) pendigitalan sistem. Jadikan produk anda mudah diperolehi secara dalam talian dengan bagus, inilah perkara yang betul dan mampu dilaksanakan.”

Beliau juga gembira dengan perkembangan peserta ICM kali ini yang disifatkan amat produktif.

“Kita juga bercakap mengenai memahami bisnes model yang betul, bagaimana kita hendak buat duit,” katanya merujuk ICM yang memasuki tahun ketiganya yang akan diadakan lagi pada Januari depan selepas kumpulan kecil premier di London, November ini.

“Saya lihat orang yang hanya buat RM900,000 tiga tahun dulu, sekarang sudah catat RM5.4 juta. Ada yang masuk tahun lalu sudah boleh buat RM69 juta dalam masa setahun, (menyebabkan) pencapaiannya itu yang bernilai selain daripada melihat anak murid kita berkembang dan dapat hasilnya.”

Diminta merumuskan harapan dan pesanan buat para usahawan hasil perkongsian sepanjang ICM ini, Dr Azizan menggariskan tiga perkara ini, iaitu kekal fokus, kenalpasti perkara untuk tidak dilakukan dan sering mendorong diri.

“Pertama, kekal fokus. Perkara paling susah adalah nak fokus. Jadi, fokus pada apa yang kita mahu. Kita tetapkan untuk capai satu-satu perkara, kita kena fokus ke arah itu kerana akan ada banyak gangguan. Kedua, pesan saya, kenalpasti don’t do iaitu apa yang anda jangan buat. Apa yang boleh buat kita terganggu? Jangan buat, senarai semua perkara yang ‘jangan buat’ itu.

“Dan ketiga, selalu dorong diri sendiri. Cari apakah big why anda, tentukan matlamat yang lebih besar, mahu pencapaian lebih baik,” katanya.

Dengan nada berseloroh, dia menyifatkan tiga pesanan itu juga dititip buat dirinya yang kini tampil dengan berat lebih ideal.

“Daripada 110 kg mahu jadi 100 kg tapi kemudian saya paksa diri turun ke 75 kg tapi sekarang mahu 72 kg dengan six pack,” katanya, ketawa. “Ini peribadi, bukan mahu tunjuk sesiapa tapi sebab mahu rasa cergas macam mana. Saya bagi masa (capai) dalam enam bulan hingga setahun. Ia mudah saja, setiap hari fokus satu perkara, satu.”

Begitu pun, beliau menegaskan apa yang mahu dikongsinya ialah seperti juga keinginan untuk sukses, semua orang tahu bagaimana mahu mencapainya tetapi tidak mahu melakukannya.

“Sama ada mahu kurangkan berat badan, mahu banyak duit, jadi kaya atau bayar hutang misalnya, itu semua tidak susah. Apa yang menjadikannya susah ialah kerana anda tahu kenapa anda mahukannya. Jika anda buat saja-saja, hasilnya pun saja-saja,” tambahnya.

“Orang yang hidup susah, kenapa dia mahu ubah hidupnya? Sebab ada perkara yang buat dia bengang, sangat bengang sehingga dia mesti mahu capai. Seperti saya, saya wujudkan alasan untuk saya bengang akan sesuatu, mengenai diri saya, apa yang saya ingin capai.”

Sebagai mentor, Dr Azizan meninggalkan kesan mendalam terhadap anak muridnya, yang mana ramai terutama yang menyertai ICM mengakui takjub dengan keupayaannya dalam mengingati keadaan setiap antara mereka, juga isi perbincangan lalu.

“Bagaimana saya boleh ingat keadaan orang itu adalah kerana saya kaitkan isu dia dengan isu saya, sebab saya dulu ada isu. Semasa mula berbisnes, tiga tahun pertama saya melingkup. Jadi, apabila ada orang datang kepada saya dan dia ada isu atau pencapaian, saya ingat sebab ia cerminan semula perkembangan saya.

“Saya dapat membayangkan, apabila melihat orang itu seperti melihat diri saya. Rasa dia ini sebenarnya boleh pergi macam ini sebab saya tahu jalan saya, jadi saya boleh nampak. Jelas dalam fikiran saya apa yang dia mahu capai, mungkin sebab saya sangat ghairah dan benar-benar mahu melihat bagaimana saya boleh bantu, boleh sokong. Itulah sebabnya,” katanya.

Selama sembilan tahun ini juga, beliau bersyukur melihat ramai di antara mereka yang berada di bawah bimbingannya berhasil keluar daripada kepompong masalah dan merubah hidup menjadi lebih baik, daripada masalah kewangan hingga soal membahagiakan ibu bapa.

Pencapaian, katanya jadi mudah apabila seseorang mahu perbaiki, mengubah hidupnya dan bersedia untuk belajar dengan mencari ilmu atau jalan.

“Jika mahu perbaiki hidup, nasihat saya, masa kita singkat. Jika kita tidak buat tindakan hari ini, belajar dan komited, kita akan buang masa. Sampai satu waktu, masa kita pun habis. Jadi, sama ada sekarang atau tidak selama-lamanya.

“Di satu khutbah Jumaat, imamnya menyebut ‘Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri merubah apa yang ada pada diri mereka.’ Apa yang ada itu, maksudnya mungkin pada pemikiran, pada diri. Bagaimana mahu ubah? Iaitu dengan ilmu, sebab apabila ada ilmu, mentor dan sistem yang betul, semua perkara akan mulai berubah,” katanya.

Kata Dr Azizan lagi, apa yang menghalang sesetengah orang untuk berubah ialah apabila mereka ada rasa skeptikal.

“Bukan skeptikal dengan kita, tapi sebenarnya dia tidak percaya hidupnya boleh berubah,” jelasnya. “Jadi, dia meletaknya sebagai alasan, ‘aku tak percayalah.’ Bukan tidak percayakan kita, tapi dia tidak percaya hidupnya boleh berubah sedangkan kita ada banyak contoh mereka yang percaya dan Alhamdulillah, hidup mereka boleh berubah.”

 

Mencari Cahaya Atau Derita

oleh Team Richworks pada 10 October 2017

Ramai orang tidak perasan perkara ini.

Kunci keberkatan hidup. Bagi anak lelaki dengan mak ayah, bagi isteri ialah restu daripada suami. Dan kebahagiaan suami isteri membawa kepada keberkatan famili.

Dan yang paling besar yang perlu kita cari adalah keberkatan dari Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Ramai tidak perasan formula simple ni tapi sangat luar biasa.

Bila hati kita tidak tenang, masalah datang bertubi-tubi dalam banyak aspek kehidupan tak kisahlah hidup berumah tangga ke single, Allah SWT beri “signal” dan ingatan kepada kita dalam banyak cara.

Kadang-kadang, Dia beri ingatan kepada kita berkali-kali tapi tidak sedar.  Ramai tidak sedar yang dia semakin jauh dari Tuhan. Ada Tuhan tetapi ‘touch and go’ bila perlu sahaja. Bukan jauh hanya dari segi konon aku solat (apatah lagi tidak), tapi jauh dari redha dan kasih sayang Dia.

Tanda-tanda Dia tidak gembira dengan kita? Dia beri kita hidup tidak tenang. Ada harta, ada duit tapi tidak tenang. Apatah lagi tidak ada semua tu, lagilah tidak tenang. Hidup sentiasa takut. Takut rugi, takut gagal serta hidup dalam ketakutan dan kerunsingan.

Dan hidup kita “kebocoran” juga bila kita hidup penuh kemarahan. Setiap hari kita marah orang. Allah SWT tengok, Allah SWT perhatikan dan ia juga menjadi tarikan lebih banyak perkara yang akan menaikkan kemarahan.

Saya cakap ini sebagai ingatan buat diri saya. Bila kita buat apa yang Allah SWT suka, Dia akan uji juga tapi ujian dalam kasih sayang. Tapi jika buat apa yang Dia tidak suka, Dia mungkin akan beri juga tapi dalam keadaan murka dan jadikan kita menderita, bukan di dunia tapi di sana. Sebab ‘tu kita sentiasa doa bila baca Al-Fatihah dalam solat. Minta Dia tetapkan diri kita sentiasa dalam petunjuknya dan jalanNya.

Dan jangan lupa juga bersedekah. Kalau boleh ada yang sedekah atau perkara baik yang kita buat, kita sembunyikan kerana ia akan buat Allah SWT dan Rasulullah SAW lebih sayang. Kata guru saya, “kadang-kadang “tabung” yang kita kurang isi bukanlah tabung masjid, tetapi tabung rohani kita.”

Kita mungkin bersedekah sebab nak orang nampak. Kita mungkin nak cerita semua kebaikan kita kepada seluruh dunia tetapi kita missed tentang betapa sakitnya “jiwa” kita bila ia tidak diisi dengan keikhlasan perhubungan denganNya tanpa diketahui sesiapa kecuali kita denganNya. Belajar agama nak orang nampak, mengaji nak orang dengar, sedekah nak dunia tahu. Jiwa dan rohani kita semakin sakit. Hidup dalam kebanggaan akan mengundang kemurkaan.

Buat Rasulullah SAW gembira bukan hanya dengan berselawat. Rasulullah SAW suka orang yang tenang, orang yang berbuat baik kepada orang lain, orang yang tidak marah. Jika Rasul SAW  suka, pasti Allah SWT akan suka kita. Itu kunci barokah! Wallahu A’lam.

#IngatanBuatDiri
#AzizanOsman
#ManusiaBiasa

 

9 Perkara Penting Untuk Bisnes Anda Berkembang ‘Exponentially’.

oleh Team Richworks pada 10 October 2017

 

Perkara penting dalam bisnes ialah untuk membinanya menjadi semakin besar.  Kami yakin ramai orang nak menjadikan bisnes semakin besar, tapi tak ramai tahu cara untuk melakukannya.  Ramai orang melihat modal sebagai halangan utama. Ada yang terpaksa berdikit-dikit menyimpan modal, ada yang terpaksa turun naik tangga bank nak buat pinjaman dan ada yang terpaksa bersusah payah mencari dana.

Tapi apa sebenarnya yang diperlukan untuk membesarkan bisnes secara menyeluruh?

Apa itu Model Bisnes ‘Eksponentially’?

Mengikut ahli ekonomi barat, “Model Bisnes Eksponential  ialah – Sebuah model bisnes pada asasnya menjelaskan tentang bagaimana sesebuah nilai itu dicipta dan diagih atau disalurkan dalam sesebuah syarikat. Ia sebuah peta aturan tentang apa sumber utama syarikat anda, siapa rakan kongsi anda dan apa yang berlaku terhadap nilai yang dikeluarkan oleh syarikat anda. Ini termasuk di manakah sebenarnya level nilai syarikat anda, bagaimana keadaan hubungan anda dengan pelanggan, apa saluran yang syarikat anda guna untuk menyebar produk atau nilai syarikat, apa segmen pelanggan syarikat, apa struktur kos syarikat dan ke mana aliran pendapatan syarikat. Model perniagaan eksponential memfokuskan pada kawasan  utama yang sama seperti model perniagaan tradisional – tetapi dengan matlamat yang sangat berbeza.”

Dalam bahasa mudah, bagaimana kita nak membesarkan bisnes kita dalam masa yang singkat sehingga 10 kali ganda, dan ianya melibatkan seluruh aspek dalam perniagaan, kita tak boleh nak besarkan satu-satu bahagian saja.  Contoh, tak mungkin anda boleh besarkan pengeluaran 10 kali ganda, tanpa besarkan jumlah sumber yang anda ada?  Kan pelik?

Kenapa Penting Untuk Ada Model Bisnes Eksponential

Nak bawa model bisnes anda dari 10% kepada 10X ganda bukan semata-mata mengenai skala pembesaran atau pengecilan. Anda perlu ubah cara anda lihat bisnes anda dan pasaran mana yang ia kuasai.

Nak bina model bisnes sebegini memerlukan imaginasi dan pemikiran yang eksponential juga. Tapi, perlu diingat, nak buat tak semudah macam yang disangka. Susah nak bayangkan semula keadaan bisnes anda dari sudut pandang baru jika anda hanya ‘duduk’ dalam organisasi dan menerima idea dari dalam sahaja.

Kadangkala idea paling hebat bukan berasal dari kalangan anda, tapi dari sumber luar, yang ada perspektif lebih luas dan segar tentang bagaimana keadaan sepatutnya wujud. Letakkan diri anda dalam sudut perspektif ‘orang luar’. Nak berjaya bina model bisnes yang eksponen, cuba untuk perhati dan pelajari dari contoh bisnes lain yang berkeuntungan lebih tinggi. Gunakan bahasa ringkas, pilih langkah yang strategik dan kenalpasti antilog anda – sesuatu yang bukan untuk anda tiru tapi pelajari asasnya.

Untuk ubah model bisnes pada 10X ganda, anda mesti bina nilai dengan cara meluaskan penggunaan teknologi dalam salah satu cabang asas tadi – contohnya dalam cadangan nilai, saluran atau sumber utama.

Amazon, Facebook, Snap, Airbnb dan Slack antara contoh syarikat yang berjaya ubah model bisnes mereka. Contoh, Airbnb membina platform perisian yang menghubungkan pelanggan (yang  mahukan tempat tinggal sementara) dengan pemilik rumah tumpangan. Dengan cara mengadaptasikan teknologi sedia ada bersama cadangan nilai alternatif, mereka telah mengangkat naik dan mempopularkan semula sumber yang kurang digunakan itu lantas mencipta nilai 10X tanpa memiliki walau sebuah bilikpun.

9 Perkara Penting Untuk Anda Berbisnes Exponentially

Berikut adalah 9 perkara yang akan bantu anda mentransformasikan model bisnes anda.

  1. Segmen pelanggan : Penyelesai kebanyakan masalah

Teknologi sekarang mampu buka ruang pada sebuah pasaran baru secara lebih luas dan viral. Dengan adanya syarikat atau organisasi yang mampu berkembang dan membawa model bisnes eksponential, jurang besar antara 7.5 billion populasi manusia dengan sumber keperluan mereka mampu dirapatkan. Banyak syarikat bermula dengan menawarkan SATU model perniagaan asas untuk SATU jenis kehendak pelanggan – contohnya UBER dan sistem pengangkutan personal lain, mereka akhirnya berkembang untuk penuhi kehendak lain seperti UberEATS atau UberHEALTH.

  1. Cadangan nilai syarikat : Platform penawaran servis berdasarkan maklumat pelanggan

Apabila sesebuah syarikat mengubah hala kepada lebih digital, mereka bukan saja membina versi baru produk atau servis mereka, tapi membina keseluruhan pasaran baru untuk apa yang mereka ada. Airbnb menyediakan tawaran tempat tinggal sementara; Slack mendigitalkan kolaborasi dan perkongsian ilmu mereka; selain sebuah firma genetic 23andMe menawarkan khidmat penyelidikan DNA pada sesiapa saja, berbanding terhad pada sesebuah badan organisasi atau individu sahaja. Sebenarnya, dalam bisnes, tak kisahlah anda dari industri apa sekalipun, anda perlu cari maklumat, pelajari dan ambil tahu bagaimana atau apa yang perlu anda digitalkan supaya anda bukan saja beri khidmat terbaik pada pelanggan anda tapi juga anda boleh bertukar-tukar nilai dengan mereka. Ia akan menjadi sebuah komunikasi dua hala, malah mungkin lebih lagi.

  1. Hubungan pelanggan : Bina sebuah komuniti yang gilakan anda

Anda mahukan 10X ganda? Anda perlu tukar pelanggan biasa anda kepada raving fan, dan mulakan kolaborasi dengan mereka. Contoh platform yang berkolaborasi dengan pelanggan mereka adalah Instagram – pengguna memanfaatkan pelbagai jenis filter yang disediakan dan perkongsian mereka beri pulangan besar pada Instagram! Snap juga begitu. Musical.ly pula membuka platform baru dimana pengguna boleh mencipta apa jua benda baru dan berkongsi dengan pengikut atau rakan mereka hanya dengan satu klik. Inilah kuasa viral yang bertindak sebagai ejen penyebaran atau saluran pemasaran bagi sesebuah syarikat.

  1. Saluran : Pelbagaikan jenis komuniti yang anda capai

Kolaborasi sosial – hubungkan media fizikal dan digital untuk mantapkan lagi tawaran nilai oleh syarikat. Inilah yang dilakukan oleh kebanyakan syarikat yang memiliki model bisnes eksponen. Rangkaian teknologi membantu menyebarluaskan lagi kandungan atau permintaan yang dimuat naik sendiri oleh pengguna. Jadi lebih ramai pengguna memberikan maklum balas, lagi tinggi nilai servis itu. Syarikat yang berkembang pesat akan menggunakan strategi ini sebagai pemangkin pada pemerolehan pelanggan, penglibatan dan nilai seumur hidup.

Aplikasi trafik Waze bergabung dengan GPS dan menyediakan data trafik terkini yang dimuat naik oleh penguna menggunakan teknik gamification dan ternyata ianya lebih menyeronokkan dan interaktif. Waze dibeli oleh Google pada harga $USD 1.3 billion dan pada waktu itu mereka cuma ada 100 pekerja sahaja. Kini? Waze menjadi nadi penggerak bagi hampir kesemua dari kita yang sentiasa on-the-go.

  1. Aktiviti utama – Lean Approach

Kenapa GE Capital semakin berkembang secara eksponen? Mereka menggunakan lean approach dalam semua fungsi asas bisnes dan ini meningkatkan dengan pantas kadar pembelajaran dan eksperimentasi mereka. Aplikasi pendekatan ini bermaksud anda membenarkan mereka yang terlibat untuk mengambil lebih risiko, dan anda kemudiannya dapat mengumpul data mengenai bisnes anda yang boleh digunakan untuk rujukan anda sendiri.

  1. Aktiviti utama, Sumber dan Rakan kongsi – Konsep algoritma pada titik asas.

Google – sampel syarikat paling hebat dibina atas dasar algoritma yang kemudiannya ditambah dengan pembelajaran menggunakan mesin. Stitchfix – sebuah syarikat peruncitan yang berkembang pesat dan memiliki 65 saintis data – menggunakan algoritma dalam kawalan dan teraju syarikatnya.

  1. Sumber Utama – Rangkaian budaya

Para pekerja seharusnya bekerja dalam satu cara yang berkait antara satu dengan yang lain dan berkongsi apa jua pengalaman atau pendapat mereka yang sebenar. Dengan cara memberikan mereka kuasa dan sokongan terbuka untuk lakukan apa yang mereka perlu, selain mempercepatkan kadar respon atau maklum balas mereka, 10X anda lebih tinggi peluangnya. Zappos, antara syarikat terawal yang mencipta budaya ‘holokrasi’ yang menyingkirkan kuasa jawatan profesional dan meningkatkan kuasa pekerja secara sama rata tanpa sebarang kerenah birokrasi. Microsoft turut cuba untuk menawarkan kolaborasi spontan, membina rangkaian dan kegunaan sosial dalam semua produk Office mereka.

  1. Rakan kongsi – Bina perhubungan yang bukan biasa-biasa

Banyak model bisnes di pasaran yang bermula dari sebuah perhubungan yang datang dari 2 cabang berbeza. Dua syarikat berlainan industri bekerjasama untuk mencipta nilai integrasi antara mereka dan pengguna. Syarikat Drone; Matternet dan Mercedes-Benz bekerjasama untuk membina sebuah solusi penghantaran integrasi yang berfungsi untuk mengubah cara pengguna menerima produk atau barangan mereka.

Prinsip terakhir ini mungkin jadi prinsip yang paling berkuasa untuk anda. Fikirkan jika anda perlukan semua sekali untuk bisnes anda. Prinsip ini boleh diaplikasikan untuk semua jenis industri. Kita selalu berfikir cara untuk mengubah bisnes dari dalam tapi pernahkah kita terfikir untuk mengubah hala dengan mencari rakan kongsi luar dan kembangkan lagi wilayah bisnes kita? Jadi, ada apa-apa hubungan dua hala yang anda dah bina tahun ini?

Bagaimana untuk bermula?

Leader bagi setiap model bisnes perlu mengatasi ketidakpastian mereka, perlu miliki sifat ingin tahu yang tinggi dan sabar, selain perlu ambil sedikit masa untuk belajar dari situasi sekeliling. Mulakan dengan menyediakan satu tujuan transformasi utama yang jelas kerana jika anda tak menuju kearah itu, anda takkan mula sampai bila-bila.

Kemudian, telitikan semula model bisnes anda. Mula pada item – aliran pendapatan anda, dan fikir bagaimana anda boleh menambah nilai. Perhatikan platform bisnes anda dan cari cara untuk ia bantu anda untuk transformasikan industri anda.

Untuk anda ubah model bisnes anda, anda perlukan teknologi dan tenaga bakat. Teknologi sebagai kuasa utama yang membenarkan anda untuk menggandakan apa jua sumber yang sebelum ini sedikit. Sama juga seperti tenaga bakat. Jika anda berjaya cari cara untuk bawa masuk tenaga kerja anda bersama dan berjaya harungi fasa paling sukar dalam proses transformasi anda, potensi 10X ganda anda pasti terbuka luas.

Masa untuk bermula? Sekarang atau tidak sampai bila-bila.

 

70% Bisnes Startup Akan Gagal. Apa Perkara Yang Usahawan Startup Perlu Tahu.

oleh Team Richworks pada 10 October 2017


Sudah 9 tahun kami kendalikan bisnes dan dalam tempoh beberapa tahun ini kami juga dah memberikan perkhidmatan ‘coaching & mentoring’  bersama ribuan pengasas bisnes/ founder/ usahawan dan pemilik syarikat baru dalam menguruskan strategi dan operasi bisnes mereka. Apa yang kami dapati ialah, ada satu persamaan bagi setiap kejayaan atau kegagalan bisnes mereka yang telah kami ‘coach dan mentor’ ini.

Kenapa mereka gagal?

Sebuah artikel dalam Fast Company yang bertajuk, “Kenapa Kebanyakan Syarikat Usahasama Gagal,” berkata, 75% daripada syarikat baru yang bermula sebagai syarikat usahasama telah gagal. Itu adalah statistik sah berdasarkan kajian Shikhar Gosh di Institusi Bisnes Harvard. Dalam kajian yang diadakan oleh Statistic Brain pula, bisnes permulaan yang gagal di US selepas 5 tahun adalah lebih dari 50%, dan akan meningkat kepada lebih 70% selepas 10 tahun tempoh perniagaan.

Ada 7 sebab kenapa bisnes ini mudah melingkup.  Dan mengikut apa yang kami dapati sepanjang 9 tahun membantu melahirkan ramai usahawan yang berjaya dari kosong sehingga menjadi multi-jutawan, ada 7 kesilapan yang usahawan baru bermula selalu lakukan dan kami nak anda semua cek supaya anda tak lakukan perkara yang sama.

7 Kesilapan Utama Kunci Kegagalan Bisnes.

  1. Kurang fokus
  2. Kurang motivasi, komitmen dan keinginan
  3. Terlalu tinggi sifat ego hingga tak mahu dengar pendapat atau nasihat
  4. Ambil nasihat daripada orang yang salah
  5. Tidak ada mentor yang bagus
  6. Kurang ilmu asas dan spesifik dalam bisnes seperti dalam bidang kewangan, operasi dan pemasaran
  7. Membina kewangan yang terlalu besar dalam masa terlalu singkat, tanpa tahu bagaimana nak uruskan kewangan sebaiknya.

Kami juga nak tambah, dalam satu kajian yang lain pula oleh CB Insights, 101 syarikat baru telah dianalisa faktor kegagalan bisnes mereka dan dari situ kami nak kongsi dengan anda 9 Sebab Utama Kegagalan Syarikat Baru yang paling ketara berlaku.

9 Sebab Utama Kegagalan Syarikat Baru

  1. Tiada keperluan pasaran yang tepat
  2. Tiada lagi tunai di tangan
  3. Salah memilih pasukan
  4. Berjaya dan mudah disaingi pesaing
  5. Masalah permainan harga atau kos
  6. Produk tidak berkualiti
  7. Kurang atau tiada model bisnes yang bagus
  8. Teknik pemasaran yang lemah
  9. Tidak mengambil peduli tentang pelanggan – sebelum, semasa atau selepas

Jika anda perhatikan, kesemuanya yang disenaraikan ini melibatkan masalah berkaitan syarikat dan pengurusan syarikat itu sendiri. Semuanya berkait balik dengan sifat atau kebolehan usahawan untuk memimpin, dan kemampuan usahawan sebagai ketua syarikat itu sendiri untuk membina ahli pasukan yang bagus, dan kurangnya sokongan model bisnes yang terbaik selain dari disiplin diri yang tidak kuat.

Perlu anda ingat juga jika anda kata kurang sumber kewangan akan menjadikan bisnes anda gagal, anda patut tahu ada banyak lagi sebab yang lebih penting selain dari duit.

Bagaimana mereka berjaya?

Syukur Alhamdulillah, sepanjang 9 tahun Richworks bersama Dr Azizan Osman berkongsi ilmu dan juga mnegadakan sesi ‘coaching dan mentoring’ bersama beribu-ribu peserta program kami juga dapat kenal pasti apa yang menyebabkan para peserta program kami ini berjaya membina bisnes mereka.  Dan kami nak share dengan anda 9 Faktor Kejayaan Perniagaan.

9 Faktor Kejayaan Perniagaan.

  1. Pengasas syarikat/ founder/usahawan didorong oleh kesan / result akhir yang menyebabkan mereka bina semangat dan komitmen yang lebih tinggi.
  2. Komitmen untuk tetap berada pada bidang yang sama dan tetap pendirian
  3. Perasaan nak berubah yang sangat tinggi tapi bukan sentiasa berubah tanpa hala tuju
  4. Sabar dan gigih meskipun ada kala melalui kekangan dari segi masa yang salah, atau realiti tidak seperti yang diharapkan.
  5. Mahu memerhati, mendengar dan belajar
  6. Membina hubungan mentoring yang betul, hormat guru dan komited belajar
  7. Ada nilai kepimpinan dengan ilmu asas dan spesifik dalam bisnes
  8. Mengaplikasikan prinsip bertindak dengan cepat dan konsisten, grab semua ilmu dan memastikan diri ‘on top of situation’ dalam bisnes.
  9. Memiliki pengetahuan seimbang dalam teknikal dan bisnes dengan sumber tenaga kerja yang cukup dalam bidang teknikal (untuk pembangunan produk)

Kalau anda dapat lihat, antara kedua-dua sebab yang mendorong pada berjaya atau gagalnya bisnes seseorang itu bersangkut paut dengan komitmen mereka untuk merancang. Itu kuncinya. Memanglah anda ada perancangan tapi itu tak bermakna pula anda terikat sepenuhnya pada perancangan anda. Tapi dengan adanya pelan dan perancangan, anda akan tetap berada pada satu tujuan dan fokus yang sama. Sebab itu kebanyakan syarikat yang berjaya ada satu atau dua titik pusingan (turning point) atau persimpangan, atau dalam bahasa mudahnya, backup plan.

Masalahnya, kita memang pandai merancang, tetapi merancang tanpa ilmu dan bertindak tanpa panduan adalah antara sebab usahawan mudah hilang arah. Mentoring adalah sangat penting dan ia telah memainkan peranan yang sangat besar dalam kejayaan kami di Richworks.  Dr Azizan Osman sendiri sentiasa memastikan beliau mempunyai mentor dan sentiasa update ilmu beliau dengan apa yang terkini.

Ada sebahagian dari peserta program Richworks, terutamanya ahli kumpulan Titanium yang mendapat coaching dan mentoring secara dekat dengan Dr Azizan Osman menyifatkan bahawa Dr Azizan Osman ada aplikasi ‘Business Waze’ untuk mereka.  Dari membina misi dan visi perniagaan, sehingga memastikan setiap target sales tercapai, Dr Azizan Osman sentiasa komited untuk membantu.  Ini dibuktikan dengan banyaknya sesi ‘live video’ yang beliau sering adakan, dan ianya adalah 100% PERCUMA dan boleh ditonton oleh sesiapa sahaja yang mahukan ilmu.

Tak dapat nak dinafikan, usahawan boleh ada matlamat yang jelas, ada sebab yang kukuh kenapa mereka perlu berjaya dalam bisnes, ada perancangan yang rapi dan teliti dan strategi yang dirasakan terbaik, tapi tanpa Mentor, Ilmu, Sistem, Tindakan dan Impian anda mungkin tersadai di separuh perjalanan.

 

Berbisnes Dengan Bantu Selesaikan Masalah Rumahtangga?

oleh Team Richworks pada 04 October 2017

Bagaimana Puan Diyana Tahir Sanggup Mendedahkan Rahsia Rumah Tangga Demi Nak Bantu Selesaikan Masalah Rumah Tangga Orang Lain.

Banyak-banyak idea perniagaan, idea menjaja kisah jatuh bangun rumah tangga sendiri adalah satu idea yang paling tak masuk dek akal!  Siapa lah insan yang sanggup buka pekong di dada, buka cerita dalam kelambu semata-mata nak meraih simpati dan keuntungan.

Kejam bunyinya.  Tapi, jika anda berfikiran demikian, anda silap!

Jika kita lihat di barat, ramai orang menggunakan cerita peribadi sebagai satu alat untuk memudahkan mereka lebih ‘connect’ dengan orang lain. Cara paling mudah nak sentuh emosi seseorang ialah dengan menceritakan kisah silam atau pengalaman buruk, yang susah orang nak lupakan, yang menimbulkan rasa sedih, takut, marah, risau dan gelisah dan ini dapat menyentuh perasaan orang lain.

Individu ternama dunia seperti J.K Rowling, Oprah Winfrey, dan ramai lagi yang mempunyai masa silam yang teruk juga menjadikan idea ini sebagai bahan untuk ‘connect’ dengan orang ramai.  Apa yang menariknya, walaupun mereka ada hidup lampau yang teruk tetapi kejayaan yang mereka capai sekarang membuatkan mereka dilihat sebagai ikon sebab mereka seolah-olah memberikan harapan kepada orang ramai.

Itu cerita luar negara, di Malaysia kita ada Puan Diyana Tahir.  Puan Diyana merupakan #AnakDidikDrAzizan yang telah tamat mengikuti program Platinum dan kini adalah sebahagian dari ahli Titanium Circle dan menggunakan pengalaman bangkit dari peristiwa buruk kisah rumah tangga beliau sebagai alat untuk membantu lebih ramai orang yang menghadapi masalah yang sama, untuk selesaikan masalah dan hidup dengan lebih bahagia melalui terapi dan konsultansi yang diberikan.

Beliau melihat ada ruang kosong dalam sistem masyarakat kita, di mana tidak ada sistem yang saksama, melalui cara yang mudah dicapai dan tanpa memalukan mana-mana pihak dalam menangani masalah rumahtangga. Sebagai seorang yang pernah melalui liku-liku hidup dan masalah rumahtangga yang mencabar, beliau sangat faham situasi ini dan tak mahu orang lain terpaksa melaluinya tanpa sebarang bantuan.  Kerana beliau sangat faham situasi ini dan beliau pernah mengalaminya, maka beliau nekad untuk bantu orang lain untuk hadapinya dengan cara terbaik.

Anda tonton temubual khas Pengacara AG dan Puan Diyana Tahir yang dirakam ketika Titan ICM Sumit @ Bali dan dengarkan bagaimana beliau menjadikan pengalaman beliau sebagai satu aset untuk membantu menyelesaikan masalah yang banyak dihadapi oleh orang lain.

Berapa ramai dari anda terfikir nak bantu orang lain keluar dari masalah rumahtangga?Eh.. biarlah, tu rumahtangga dia, aku jaga rumah dan tangga aku je. Itu yang orang biasa fikirkan. Tapi berbeza dengan Puan Diyana Tahir, dia sibuk nak selesaikan masalah rumahtangga orang sebab dia tak nak orang lain hadapi masalah yang dia pernah hadapi.Jom tonton sesi ilmu 100% percuma yang kami bawakan kepada anda perkongsian Puan Diyana Tahir bersama pengacara AG yang kami siarkan semula kepada anda yang mungkin terlepas nak menyaksikannya secara 'live' dari Bali minggu lepas.Anda pasti belajar sesuatu. Ajak rakan-rakan anda untuk tonton bersama.#TeamRichworks#ResultMatters

Posted by Azizan Osman on 2hb Oktober 2017

 

 

 

 

 

 

 

 

Macet Di Bali – Bukan Halangan Untuk Kami Berbakti.

oleh Team Richworks pada 04 October 2017

Lapan hari di Bali.

Gunung Agung nak meletus.

Macet sana sini.

Nasi Padang santapan setiap hari.

Terlena hanya 3 jam sehari!

Waduh-waduh! Ngomong apa sih!

Titan ICM Summit @ Bali, secara peribadi memberikan saya perspektif berbeza tentang banyak perkara.  Saya yang selama ini hanya terlibat dalam program selain dari ICM sejujurnya agak terkejut melihatkan apa yang berlaku dalam Inner Circle Meeting. Kejutan yang membuka mata saya seluasnya.

Saya tak pernah meragukan komitmen Team Richworks. Di setiap program yang kami jalankan, kami pasti berikan yang terbaik. Tapi melihat dan menjadi sebahagian dari Team Richworks yang bertugas di ICM Bali sangat mengujakan dan memberikan pengalaman berbeza bagi saya.

Sepanjang bertugas di ICM Bali, saya diberi tanggungjawab untuk membuat pembukaan di sesi pertama hari pertama ICM dengan ‘Bara-Bara’, kali ini saya diberi peluang untuk menjadi pengacara sesi temubual bersama ahli Titanium yang telah terpilih untuk berkongsi ilmu dengan anda semua yang berada di Malaysia khasnya melalui saluran Facebook Azizan Osman.

Bukan mudah! Menggeletar juga tubuh badan.  Namun, kehadiran Pengacara terkenal AG dan Nizal Mohd banyak membantu saya mengendalikannya dengan lebih baik.

Saya nak kongsikan 5 perkara besar yang saya takkan lupakan sepanjang berada di Titan ICM Summit @ Bali.  Perkara ini saya mahu kongsikan dengan anda semua kerana ianya memberikan impak yang besar kepada diri saya sendiri.

1) Mentoring Dr Azizan yang seikhlas hati. Saya tahu, tak ada orang dapat mempertikaikan keikhlasan Mentor Usahawan ini dalam memberikan mentoring dan coaching kepada anak didiknya.  Selama ini saya memang pernah menyaksikannya tapi sesi mentoring dan coaching di ICM menunjukkan kepada saya komitmen Dr Azizan Osman tak pernah berkurang.  Beliau sangat jujur memberi teguran, semata-mata demi memastikan kejayaan lebih besar kepada setiap anak didiknya.

2) This is real ‘Result Matters’ – Tak pernah seumur hidup saya menyaksikan sebegitu ramai orang dari Malaysia, Brunei dan Singapura yang datang dan melaporkan sebegitu banyak peningkatan jumlah jualan dalam bisnes masing masing dan perubahan-perubahan besar yang berlaku dalam kehidupan mereka. Bagi saya ini adalah tanda bahawa mereka percaya, ini adalah result sebenar, dan tanda ‘reliability dan dependability’ ahli Titanium kepada Dr Azizan Osman dan Richworks.

3) Richworks Power! – Hanya 17 orang dari kami Team Richworks yang bertugas di Bali. Menguruskan ‘event high class’ selama 5 hari yang dihadiri lebih dari 150 orang, bukan satu tanggungjawab yang boleh dipandang ringan.  Kami sebenarnya sangat berbangga dapat berkhidmat dan memberi nilai kepada semua yang hadir dan kepada anda semua dalam setiap program yang kami anjurkan.

4) Service 5 Bintang – Service 5 bintang yang diberikan oleh pihak Intercontinental Bali Resort, bagaikan menjadi satu benchmark baru bagi saya dan Team Richworks dalam memberikan khidmat terbaik kepada anda semua.

5) Kisah Zero to Hero – terlalu banyak kisah kejayaan, Zero to Hero yang berjaya dibongkarkan sepanjang bertugas di ICM Bali. Dalam setiap sesi temubual yang saya adakan, pasti banyak AHA! Moment yang saya sendiri temui.  Semuanya membuatkan saya semakin percaya, Resut Matters is Real!

Titan ICM Summit @ Bali, memberikan saya satu perspektif berbeza tentang banyak perkara.  Juga telah membuka mata saya bahawa setiap orang ada ‘journey’ yang tersendiri dan setiap kejayaan bukan hanya dengan usaha membuta tuli tapi dengan bimbingan dari mentor yang dah terbukti sangat berjaya menghasilkan result dan komited serta ikhlas dalam membantu lebih ramai manusia bina kejayaan.

 
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start