Orang Pandang Hina Bila Budak Muda Nak Berniaga Apatah Lagi Berniaga Burger Jer Kot? Tapi Kisah Hafizi Ini Mungkin Buat Kau Nak Bisnes Burger Juga….

oleh Team Richworks pada 21 August 2018

“Boleh ke kau hidup dengan jual burger? Boleh ke tampung hidup dengan burger tu..?”

Hafizi capai RM500 ribu beb! Kau pandai kira? RM500 ribu bisnes burger selepas ada mentor, ilmu & strategi yang betul dari mentor dia….. Kau bila lagi?

Tuan Mohd Hafizi Roslan terkenangkan saat ayahnya persoalkan masa depannya yang ambil keputusan nak jual burger. Sambil berdiri di hadapan restoran MHR Burgernya yang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan, Tuan Hafizi bersyukur kerana sekarang dia dah mampu anda restoran sendiri, dengan 30 orang pekerja.

Ayahnya bukan tak setuju, cuma risaukan masa depannya sahaja. Maklumlah..dah 2 keturunan keluarga mereka jadi driver ambulans. Arwah atuknya dulu kerja kerajaan, jadi driver ambulans, ayahnya pun dulu driver ambulans…jadi dah tentu ayahnya nak juga dia kerja kerajaan jadi driver ambulans…terjamin masa depan!

Tapi Tuan Hafizi nekad. Dia taknak teruskan tradisi keluarganya jadi driver ambulans.

Dulu, sebelum jual burger dia pernah bekerja dengan pakciknya di Pasar Seremban – jual ayam. Seawal pukul 4.00 pagi dia dah terpaksa berada di pasar. Selama 5 tahun hidupnya asyik nampak ayam..bau pun dah macam ayam! Kerja teruk. Gaji seciput. Nak balik ziarah mak ayah pun jarang-jarang.

Bukan tak bersyukur, tapi itulah hakikat..
Sehinggalah satu hari ketika dia bagitau ibunya yang dia nak berhenti dari kerja jual ayam, arwah emaknya kata “kau berhentilah bang, biar mak jaga kau sampai mak mati..”
Ironinya…2 mingu selepas tu, emaknya meninggal dunia.

Dengan pendidikan hanya SPM, dan berbekalkan pengalaman jual ayam je, memang susah le…dia nak dapat kerja. Dan dari situlah, terbitnya perasaan nak berniaga. Ayahnya sendiri yang cadangkan dia jual burger.

Sebagai anak sulung, Tuan Hafizi terpaksa pula pikul tanggungjawab berat untuk membantu ayahnya yang sakit jantung dan tiroid untuk tanggung persekolahan adik-adik.
Kesungguhannya ada. Tapi kesungguhan tanpa ilmu takkan membawa kita pergi jauh.

Tuan Hafizi dah lama teringin nak pergi cari ilmu, tapi dia asyik bertangguh. Setiap kali sahabatnya #AnakDidikDrAzizan – Tuan Aizat, balik dari IMKK, dia akan singgah di gerai burger Tuan Hafizi dan bercerita tentang seronoknya IMKK.

Akhirnya, Tuan Hafizi termakan juga dengan cerita sahabatnya. Semenjak tahun 2016, Tuan Hafizi dah hadir ke Program IMKK, dan diikuti dengan program marketing sehinggalah program-program lain, dengan usaha dan doa, akhirnya Tuan Hafizi dah berjaya bina bisnes MHR Burger.

Tahun lepas, ketika dia bawa pulang kenderaan pacuan 4 roda baru ke rumah, sambil menangis ayahnya kata…”Tak sangka, keluarga kita mampu beli kereta besar macam ni..” Yelah, selama ni..ambulans je lah kenderaan paling besar dia pernah bawak..

Sepanjang tahun 2016 MHR Burger dah buat jualan sebanyak RM300k setahun, dan meningkat ke RM500k setahun pada 2017 dan pada 2018, Tuan Hafizi tengah pulun untuk capai target buat RM1juta setahun.

Jutawan Burger Port Dickson ni kata, nak berniaga kena tahu 3 perkara:
1) Tahu jaga hubungan dengan Allah, dan orang sekeliling. Jaga kolam jiwa dan sentiasa berfikiran positif.

2) Tahu untuk buat orang nampak bises kita. Teknik dari program marketing Richworks dah mampu buatkan dia mendapat liputan akhbar sebanyak 3 kali secara percuma bila dia buat kerja gila tawarkan burger harga RM1!

3) Bila dah ada bisnes, kena tahu urus cashflow bisnes, kalau tak..bisnes boleh hancur.

Dengan kakitangan seramai 30 orang, dan baru buka cawangan kedua di Pantai Remis, Tuan Hafizi bersyukur, dia teruskan perjuangan nak jual burger dan pecahkan tradisi keluarga.

P/S: Hidup ni kena berani buat perubahan. Cari rezeki dengan cara yang sama bertahun-tahun lamanya, takkan bantu kita untuk dapat hasil yang lebih baik…

Soalannya, kau berani ke? Kau tak ada rasa macam nak ubab hidup ke? Ke memang bercadang berada tahap yang sama forever? Hafizi capai RM500 ribu beb! Kau pandai kira? RM500 ribu bisnes burger selepas ada mentor, ilmu & strategi yang betul dari mentor dia….. Kau bila lagi?

Jumpa di IMKK 2-4 November 2018 nanti! www.imkk2018.com

Jika kisah ini boleh beri inspirasi kepada ramai, sila share kat bro dan sis semua kat luar sana..

#TeamRichworks
#IMKKNov2018

 

Asalnya Wanita Ini Berniaga Nak Bantu Suami, Tapi Akhirnya Menyusahkan!

oleh Team Richworks pada 17 August 2018


Ramai wanita sanggup berhenti kerja untuk berniaga dengan niat nak bantu suami dan keluarga, tapi tak sangka akhirnya bisnes tak jadi, bukan setakat rugi tapi terhutang dengan bank,  sehingga susah kan suami.

Belum cerita lagi tentang tekanan yang terpaksa dihadapi yang selalu dilepaskan kepada suami dan anak-anak…

Puan Wan Surina pernah bekerja sebagai account assistant, dan selepas berkahwin dan bersalin anak pertama, suaminya minta dia berhenti kerja untuk jaga anak. Hidup dah bahagia tapi Puan Wan Surina tetap nak cari pendapatan sendiri.

Al-maklumlah, masa kerja dah biasa ada gaji RM2,000 sebulan, bila dah jadi surirumah ni..poket pun krik..krik je. Bermodalkan HANYA RM100, dia mula beli bahan untuk buat kraftangan dari rumah menggunakan ilmu dari Google dan dari saudara yang tolong ajar.

Tak sangka! Lepas dia upload gambar di FB, permintaan mula datang sehingga boleh buat sales mencecah RM6,000 sebulan! Banyak tu….dari RM100 jadi RM6,000! Korang boleh ke buat macam tu?

Demi cita-citanya yang besar, dia berhajat nak jadi supplier bahan kraftangan.  Maka dia pun buatlah satu perkara yang peniaga baru yang tak ada ilmu suka buat – APPLY LOAN bernilai RM30,000.

Semangat nak berniaga punya pasal, dia hadir ke IMKK tahun 2013. Selepas hadir IMKK Allah dengar semua doa dia dan dia terima berita menggembirakan di mana loan application berjumlah RM30,000 dah diluluskan.

Dengan loan yang dah lulus, dia pun pergi sewa kedai RM1,600 sebulan. Kan kata nak buat bisnes….TAPI, balik dari IMKK dia tidur! Satu apa ilmu yang Dr Azizan Osman ajar dalam IMKK dia tak buat langsung. Tak pandai nak uruskan perniagaan dan  tak tahu nak jaga staff menyebabkan bisnesnya tahan hanya 6 bulan sahaja.

Dah terhantuk baru terngadah. Puan Wan Surina, cuba bertatih kembali untuk bangkit.  Dia mula follow balik Dr Azizan Osman dan ilmu-ilmu yang dishare di FB Azizan Osman dan laman YouTube.

Tapi bisnesnya masih sakit. Tak pernah ada duit.  Loan yang dia terima dah jadi beban hutang yang terpaksa dia bayar. Hidup makin stress sehingga selalu je dia tanpa sengaja melepaskan marah kepada anak-anak tersayang! Dia rasa bengang gila, sebab ada bisnes tapi orang sekeliling langsung tak pandang. Bisnesnya terpaksa ditutup. Dia rasa tak berguna sebab terpaksa bebankan suaminya pulak dengan hutang.

Katanya “Orang lebih pandangkan mereka yang bekerja.  Saya ada apa sis!  Motor je…”. Hidup punya susah sehingga ada masa terpaksa beli barang keperluan dapur guna duit syiling je! Makan nasi dengan telur dah jadi perkara biasa..

Kebengangan itu lah yang membuatkan beliau hadir kembali ke IMKK kali kedua akhir tahun lepas. Bila dia hadir dengan perasaan bengang yang tinggi, baru senang ilmu nak masuk.

Baru dia faham, berniaga bukan untuk kaya semata-mata tapi untuk memberi manfaat kepada orang lain. Dia terus mendaftar untuk hadir ke Program Marketing kami dan ambil seat khas Super Supreme.

Nak tahu apa jadi lepas tu?

Puan Wan Surina dapat ilmu nak buat sistem dropship untuk perniagaan DAPO KS nya.  Dia terus buat tindakan. Kali ni dia ikut cakap mentornya – Dr Azizan Osman. Dari tak tahu apa-apa, stuck dalam bisnes dan terseksa hidup menanggung hutang dia kini dah ada 30 orang dropshippers. Selepas pulang dari IMKK, program marketing dan program Richworks yang lain salesnya meningkat mencecah hampir RM30,000 sebulan dan ada 3 orang staff untuk bantu dia berniaga.

Dan sekarang dia tengah ditimpa masalah lagi!

Masalah order masuk banyak sangat dan mesin tak cukup nak ambil tempahan perkhidmatan sulaman custome made. Ini sebenarnya masalah bagus..masalah yang selalu dihadapi oleh #AnakDidikDrAzizan bila mereka mula hadir ke program dan buat tindakan…

Kata dia…3 perkara yang sangat terkesan yang dia belajar dari IMKK ialah:

1) Bila dia ingat kembali hidup time susah, dia rasa menyesal.  Akibat bisnes jatuh,  hidup dia stress, dia selalu marahkan anak-anak dan suami. Dan dia tak sedar, sebenarnya dia pun tak ambil kisah sangat tentang nak bayar zakat.  Selepas hadir ke program Richworks baru timbul kesedaran untuk jaga keberkatan dalam hidup. Sentiasa perlu jaga hubungan dengan Allah swt dan orang di sekeliling.

2) Nak berniaga perlu ada leadership, bukan main redah je.  Kita yang kena lead bisnes kita ni.

3) Ilmu penting untuk buat bisnes, terutama ilmu marketing dan branding.

P/S: Kadang-kadang kita terlalu sangat nak berjaya dalam hidup tapi kita tak ada ilmu menyebabkan kita ambil langkah yang salah, yang menyebabkan hidup lagi stress. Yang paling teruk kita terpaksa lepaskan stress, kekecewaan dan kebengangan kita kepada orang yang kita sayang…kan tak baik tu? Tak pasal-pasal, dah hilang pulak keberkatan dan kebahagiaan…

Faham ke faham?

 

Richworks Tempa Sejarah

oleh Team Richworks pada 04 August 2018

Richworks telah menempa sejarah buat pertama kalinya dalam sejarah penubuhan Richworks di mana kita sedang menganjurkan non-stop One-to-One Coaching secara online. Sesi ini telah bermula pada 3 September lalu dan akan berlangsung sehingga 14 September 2018 di mana ianya melibatkan semua ahli Titanium yang terdiri daripada 100 lebih perniagaan. Hari pertama telah melibatkan 12 usahawan yang terkemuka yang tidak sabar untuk sesi bersama Dr Azizan Osman.

Apa yang menarik adalah sesi ini non-stop dari jam 8 pagi hingga 11 malam selama lebih 10 hari di mana Dr Azizan akan coach dan bercakap, mendengar dan bantu menyelesaikan masalah usahawan-usahawan ini.

Belum pernah lagi ada mentor di Malaysia yang melakukan coaching seperti ini. Kebanyakan masalah usahawan yang telah diselesaikan pada hari pertama sesi ini adalah lebih kepada masalah nak grow staff, kewangan, marketing, expanding business, hala tuju baru, sales dan banyak lagi.

Rata-rata ahli Titan semua sangat berterima kasih kerana banyak masalah mereka dapat dibincangkan dan diselesaikan dalam sesi coaching sejam ini dan ia telah menjimatkan mereka banyak masa dan kos untuk menyelesaikan masalah itu sendiri tanpa bimbingan.

Antara komen mereka yang teruja selepas selesai sesi ini adalah mereka telah mendapat clarity dari semua direction dan penyelesaian untuk masalah yang telah membelenggu mereka selama ini. Selain itu, sesi ini juga membuatkan mereka lebih terbuka dan tidak ragu-ragu untuk berkongsi semua roadblocks dan tekanan bisnes yang mereka hadapi.

Apa juga pun, sesi ini bukanlah sebahagian daripada package Titanium, tapi kami anjurkan semata-mata ingin menghargai kesetiaan ahli Titanium yang sanggup committed, berkorban masa dan tenaga dalam menimba ilmu bersama kami. Mereka telah menunjukkan perubahan yang sangat hebat sehingga ada yang telah mencapai peningkatan lebih dari 2000% peratus sales revenue. Sesi ini adalah sebagai percubaan terbaru cara coaching kami dan hanya akan dianjurkan khas untuk ahli Titanium sahaja.

Untuk menyediakan kemudahan teknikal bagi menjayakan rancangan ini bukanlah satu usaha yang mudah memandangkan ini adalah pertama kalinya kami menganjurkan sesi ini. Kami mengambil masa selama 2-hari untuk setup dan perform UAT bagi memastikan pelancaran dan keselesaan para peserta Titanium kami. Alhamdulillah, buat masa ini segalanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

 

Adakah Anda Salah Seorang Kategori Peniaga Syok Sendiri? Ketahui 4 Kategori Orang Berniaga

oleh Team Richworks pada 04 August 2018

Berniaga ni mudah sebenarnya tapi ia akan jadi susah apabila anda tak ada ilmu untuk berniaga, tak ada strategi yang betul dan juga tak ada mentor untuk guide anda. Bagaimana anda nak pastikan bisnes itu sustain dan boleh buat duit. Dan bagaimana untuk anda growkan bisnes anda. Inilah isu yang anda perlu highlightkan sebelum nak mulakan bisnes.

Apabila saya travel ke Universiti Stanford dan go through pelbagai perkara dalam proses nak explore new knowledge, new technology yang berlaku di sekeliling kita, saya dapat more certainty dan understanding about business and growth especially in marketing.

Saya tengok challenge yang paling besar hari ini adalah sekarang ramai yang nak berniaga tapi at the end of the day, dia tak dapat apa yang dia perlukan dan sepatutnya perkara yang nak capai dalam bisnes. Apa yang saya nak terangkan di sini adalah tentang losing focus. Ramai yang nak bina bisnes dia tak capai apa yang sepatutnya dia capai dalam bisnes. Dia dah hilang fokus.

Ramai orang hilang fokus dalam perjalanan dia nak membina perniagaan. Jadi ketika saya di Stanford University, saya ditanya oleh pensyarah dan rakan kelas saya tentang apakah yang saya buat sebagai businessman di Malaysia. Dan saya dah share tentang perjalanan tentang bagaimana saya menjadi bisnes dan marketing consultant untuk membantu para usahawan terutamanya usahawan Melayu.

Sejak tertubuhnya Richworks International, terdapat banyak usahawan yang saya dah deal dengan mereka. Dan saya kategorikan mereka ini kepada 4 kategori orang yang berniaga. Semak list di bawah:

4 KATEGORI ORANG BERNIAGA

  1. Bekerja tapi berniaga sampingan

Mereka ni sedang bekerja dan sedang membina perniagaan sampingan kerana tahap kewangan yang tak cukup untuk lifestyle mereka.  Pendapatan mereka adalah antara seribu hingga 2 ribu sebulan. Dengan kos sara hidup yang meningkat, hutang semakin bertambah dan anak pula semakin ramai menyebabkan kos lifestyle sangat tinggi. Dan mereka ni teringin nak tingkatkan taraf hidup dengan berniaga tapi takut untuk mula berniaga sebagai satu sampingan, atau tak tahu atau mereka ni dah pernah cuba dan gagal atau melihat rakan yang gagal. Hal ini yang menyebabkan mereka tersekat.

Apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah, bodoh dan rugi kalau anda tak buat duit dalam berbisnes. Kita kena tahu the right business strategies dan the right structure of the business.

Kategori deal with iaitu dengan siapa kita berurusan. Dan kalau kita bukan dalam kategori ni then you are not the people yang kita di Richworks nak betul-betul bantu. Kami bantu semua orang tapi preference adalah mereka yang nak berniaga dalam masa yang sama bekerja. Dan mereka ni sedang tercari-cari cara untuk shortcut proses mereka dengan right mentoring dan structure.

  1. Mulakan perniagaan tapi pendapatan sebulan hanya cukup-cukup makan

Kategori kedua adalah mereka yang dah mulakan perniagaan tapi hanya dapat buat sebulan 1,000 ribu– 3,000 ribu sahaja. Jika pendapatan anda hanya sebanyak ni dalam perniagaan, lebih baik anda kerja makan gaji dan fokus betul-betul dengan kerja tersebut daripada anda nak full-time berbisnes tapi tak capai results yang gempak.

Apabila kita buat bisnes dalam tempoh 3 tahun pertama, kita sepatutnya dah boleh capai first million. Kalau anda tak boleh capai 3 million dalam masa 3 tahun yang pertama, cara bisnes anda adalah tidak tepat. Ini adalah fakta. Ramai yang datang ke program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) dah berbisnes dalam 18 tahun tapi tak capai pun the first million tu. Mereka hanya buat mungkin 300 ribu setahun, atau lebih kurang 10 ke 20 ribu sebulan sahaja. Tahukah anda, mereka ni boleh dikatakan sebagai syok sendiri dan tak tahu macam mana nak belajar the right strategi, bagaimana cara pantas nak capai the first million tu.

Actually nak capai first million ni tak susah. Bila anda nak buat produk, pastikan produk anda boleh solve masalah orang dan kenalpasti juga apa produk yang boleh solve masalah orang tersebut. Walau dengan hanya 1% peratus pun, kita dah boleh build berapa banyak turn over yang boleh buat. Dari 100 ribu dan boleh pergi sampai ke 2 hingga 3 juta setahun dan 2 tahun. Nak tahu macam mana mereka ni boleh tingkatkan pendapatan mereka berkali ganda? Kerana kebanyakan student saya, terutamanya Titan banyak belajar dan lebih jelas tentang pasaran mereka. Mereka juga belajar lebih jelas tentang siapa sasaran mereka, bagaimana nak capai sasaran mereka kerana kadang-kadang bukan orang tak nak beli produk anda tapi orang tak tahu kewujudan anda. Inilah isu yang berlaku.

What’s the point adalah berniaga tapi tak capai results yang perlu dicapai, inilah failurenya yang ramai orang dalam berniaga alami. Alang-alang nak berniaga tapi tak dapat duit, tak capai income yang sepatutnya anda capai, baik tak payah berniaga. Lagi-lagi company yang baru nak up. Jangan bodoh sebab tak ada ilmu dan ulang buat perkara yang sama tapi tak dapat hasil yang sepatutnya.

  1. Dah ada bisnes dan mula growing

Kategori yang ketiga adalah mereka yang memiliki perniagaan dan boleh buat 500 ribu, 1 hingga 5 juta setahun. Mereka ni dalam kategori small medium scale tapi stuck di level tu saja (rate 1 hingga 5 juta setahun). Apa yang menyebabkan mereka ni tak grow? Mereka ada team yang bermasalah dan punyai pelbagai isu seperti isu cashflow, sistem, bisnes tak cukup duit, tak cukup funding, tak ada financing, akaun berterabur dan pelbagai lagi masalah yang membuatkan peniaga ‘berat kepala’.

Apa yang menyedihkan saya adalah, mereka dalam kategori ini dah ada bisnes, dah ada potensi tapi bila mereka tak ada the right strategi dan sistem, jadi mereka tak boleh pecah that level. Tersekat di tahap yang sama saja.

  1. Nak expand dan grow lagi bisnes

Mereka dalam kategori yang keempat ini dah buat sales 10 juta setahun dan pada tahap nak pergi ke 20 ke 30 juta setahun atau 50 juta nak pergi 100 juta setahun. Bisnes anda akan gagal bila tak boleh grow. Ada yang bertanya kepada saya, apa benda bisnes yang patut dia buat dan produk yang patut dia buat? Bisnes yang boleh buat duit. Saya beri jawapan yang simple saja. Semua bisnes boleh buat duit asalkan ada pasaran, ada manusia yang perlukan dan ada ilmu bagaimana nak pasarkan ia sebab kalau anda tak pandai pasarkan produk dan perkhidmatan anda sendiri, walau bisnes anda bagus sekali pun, produk yang ramai orang nak tapi last sekali akan makan diri sendiri. Kenapa? Isunya bila bisnes itu sebenarnya berpotensi dan bisnesnya adalah bagus tapi potensinya hilang sebab dah tak boleh faham tentang strategi yang betul. Tak ada the right vehicle.

Okay saya bagi contoh, bayangkan kita dari Kuala Lumpur nak ke Langkawi. Kita kena decide nak naik apa ke Langkawi. Along the way kita kena tentukan, kita perlu pakai waze ke tak, ni kalau kita naik kereta lah. Then make sure kenderaan itu betul dan kita kena make sure juga kenapa kita kena sampai ke Langkawi. Kalau tak penting dan hanya sekadar tak ada sebab penting, mungkin kita akan pergi juga. Peluang untuk kita pergi dan buat benda lain tu ada so begitu juga dalam hidup untuk nak grow bisnes. Bisnes bukan untuk semua orang yang jenis tak nak ubah hidup dan tak nak ubah tahap kewangan walaupun anda yang bekerja tapi anda harus tahu dan belajar bagaimana nak mulakan bisnes. Ramai anak didik saya yang mula dengan bekerja tapi kemudian start bisnes dan berhenti kerja malah dah boleh jadi Titan. Mereka diguide dan alhamdulillah berjaya break their first million. Betapa ruginya kita jika kita tidak berkorban untuk capai sesuatu. Nak capai sesuatu mesti sanggup berkorban sesuatu. Usaha itu penting dalam nak capai sesuatu perkara. Faham sesuatu?

Dan sebagai kesimpulannya, anda berada di kategori mana pun, apa yang paling penting adalah diri anda sendiri sama ada nak terus berada di tahap yang sama ataupun anda mahu dibimbing untuk lebih berjaya. Walaupun berniaga itu mudah, namun jika anda tak diguide dan tak punyai ilmu dan strategi yang betul, bisnes anda akan terumbang ambing dan mungkin anda akan mengucapkan selamat tinggal kepada bisnes anda itu. Jika orang lain boleh berjaya, kenapa tidak anda? Buat keputusan yang betul, belajar dan jangan bodoh sombong serta ego!

 

Jadi Usahawan Yang Pentingkan Diri Dan Kedekut!

oleh Team Richworks pada 12 July 2018


Pengurusan kewangan yang bijak akan membantu kelangsungan perniagaan untuk 3, 5 dan 10 tahun akan datang. Kegagalan majoriti usahawan bukan berpunca dari marketing yang lemah, tetapi kerana tiada asas yang kukuh dalam pengurusan perniagaan terutamanya aliran keluar/masuk tunai.

Cashflow setiap bisnes sangat penting untuk dikawal dan dirurus dengan baik. Penting untuk tahu kadar aliran keluar masuk dan segala tatacara berkaitan kerana cashflow inilah sebenarnya yang menentukan hidup atau mati sesebuah bisnes.

Kepentingan menjaga cashflow adalah sangat utama dalam menjaga pusingan modal. Kedua, untuk gaji staff dan juga gaji anda sebagai pemilik bisnes. Dan perkara yang ketiga penting adalah untuk menjaga rekod dan pemfailan atau ‘filing’.

Semua usahawan boleh belajar untuk buat duit, tetapi tidak semua yang sanggup jatuhkan ego untuk belajar cara pengurusan duit bisnes mereka. Kerana itulah wujudnya situasi usahawan ROMPAK duit bisnes mereka sendiri kerana mereka anggap bisnes itu milik mereka dan mereka boleh buat apa saja.

Smart Cashflow Management yang telah berlangsung pada 8 September 2018 lalu di Wisma Richworks, Seksyen 13, Shah Alam telah bantu dan buka mata lebih dari 100 orang peserta yang hadir. Mereka yang hadir bukan saja terdiri daripada usahawan, pemilik perniagaan malah golongan pekerja yang bertanggungjawab menguruskan kewangan syarikat seperti akauntan, pembantu akauntan, pengurus kewangan dan kerani syarikat.

Sesi soal jawab yang dijalankan bersama para peserta ternyata buatkan mereka kini celik cashflow. Tak kira jika bisnes anda itu hanya sekecil-kecil stokis atau ejen, sistem cashflow sudah perlu ada. Semua perkara yang melibatkan duit masuk dan keluar, invois, cek, dan pelbagai lagi, harus disusun, difailkan, dan disimpan untuk rujukan kemudian hari.

Dalam program 1 hari tersebut, peserta telah belajar banyak aspek penting cashflow dalam perniagaan. Antaranya:

  1. Kepentingan/Hubungan dalam menjaga cashflow
  2. Sikap yang usahawan perlu ada terhadap cashflow
  3. Teknik sorok duit – Kenapa usahawan kena sorok duit dan apa impaknya pada perniagaan?
  4. Penerangan tentang Payment Voucher dan dokumen yang penting dalam memastikan cashflow terjaga . Penerangan secara detail kenapa penting perlu ada payment voucher – jika ada staf yang salah gunakan duit syarikat, payment voucher boleh jadi bahan bukti.
  1. Kepentingan asingkan duit bisnes dalam akaun syarikat, bukan dalam akaun personal.

Program ini akan diadakan sekali lagi pada 26 September 2018, memandangkan sambutan yang hangat dan masih ramai yang mahu tahu dengan lebih lanjut tentang pengurusan cashflow.

Setiap kali program cashflow ini tamat, apa yang kami dapat ialah riak wajah kelegaan di kalangan peserta yang hadir kerana mereka sudah semakin jelas tentang bagaimana nak menguruskan duit bisnes /cashflow bisnes mereka yang selama ini mungkin kelam kabut dan huru hara sehingga mereka tak nampak hasilnya.

Jika mereka sudah, anda bila lagi?

 

Pentingnya Teamwork Bagi Diri Dan Syarikat

oleh Team Richworks pada 12 July 2018


Serabut, penat, tak sempat lah. Inilah perkataan yang selalu terkeluar dalam mulut anda kalau anda tak dapat nak habiskan kerja yang dibuat. Betul betul? Manakan tidak, nak handle sorang-sorang memang tak cukup kaki tangan. Tapi ego. Nak jugak kerja tu selesai dengan sendiri. Tak nak langsung tanya team. Awas! Jangan selfish okay.

Anda nak tahu tak apa perkara yang boleh meringankan beban dan menenangkan fikiran anda ni? Haa..ni lah gunanya teamwork. Kalau kerja sorang-sorang dan tak ada kerjasama dari team memang sampai kesudah kerja tak pernah settle kan? Tapi kalau anda ada team yang hebat, semua kerja yang tengah diusahakan pasti dapat diselesaikan dengan mudah.

Kalau anda kononnya nak independent kerja sorang-sorang, terpulanglah. Tapi kena ingat, jangan sampai menyusahkan orang lain pula. Nanti kerja bertimbun-timbun menyusahkan pulak team yang lain nak buat kerja. Jaga-jaga ye.

Kalau anda nak tahu, teamwork ni sebenarnya memberikan manfaat dan kebaikan kepada diri anda dan juga syarikat. Jadi anda perlulah menurunkan ego dan menjaga hubungan silaturahim dengan team. Hindari sikap yang nak kerja sorang-sorang.

Work together!

Jadi jom kita lihat beberapa ‘alasan’ kenapa anda perlu bekerja dalam team. Sekurang-kurangnya 5 perkara penting ini harus anda sedari tentang kebaikannya dalam memajukan sesebuah syarikat.

5 Perkara Penting Teamwork Bagi Diri Dan Syarikat

  1. Meningkatkan Efisiensi Kerja

Setiap orang dalam team mungkin memiliki pemikiran yang berbeza. Namun setiap orang harus mempunyai kata sepakat dalam menjadikan kerja lebih berjalan lancar. Anda juga perlu memahami target dalam kelompok dan mempunyai visi yang jelas untuk bekerjasama.

Dengan adanya kerjasama yang baik antara satu sama lain, efisiensi kerja pasti akan meningkat. Setiap orang akan menjalankan fungsi yang sama dan bertanggungjawab sehingga kerja yang tengah dibuat itu dapat diselesaikan dengan cepat.

  1. Memiliki Banyak Idea Kreatif

Jika kita selalu bekerja sendirian, fikiran kita tak akan berkembang. Kita akan ‘terperangkap’ dalam fikiran kita yang di tahap yang sama sahaja. Cuba bayangkan jika fikiran anda buntu ketika sedang melakukan kerja, anda tidak akan dapat menemui idea yang kreatif dan inovatif. Tapi lain jadinya jika anda bekerja dalam team, anda akan dapat saling berkomunikasi untuk bertukar-tukar fikiran antara satu sama lain serta menemui idea yang anda sendiri pun tak pernah terfikir.

Kreativiti itu juga akan timbul kerana adanya perbincangan dalam team. Anda juga boleh mendapat idea yang terbaik dalam menyelesaikan masalah bersama-sama. Hebat bukan?

  1. Beban Kerja Jadi Lebih Ringan

Banyak perkara yang dapat diselesaikan jika dilakukan bersama-sama. Satu perkara atau kerja yang besar, akan terasa mudah jika diselesaikan oleh beberapa orang. Walaupun setiap orang dibahagikan tugas masing-masing tapi ia melengkapi antara satu sama lain untuk mencapai tujuan yang sama.

Apa yang paling best memiliki team adalah, anda boleh membahagikan beban kerja dan juga membantu ahli yang lain. Semua orang akan berperanan membantu antara satu sama lain dan tidak hanya mementingkan diri sendiri selain hanya mengutamakan kepentingan bersama.

  1. Saling Melengkapi Ketika Menghadapi Masa Sulit

Setiap seorang dari team mempunyai peranan masing-masing. Tapi kita hendaklah saling melengkapi dan bekerjasama antara satu sama lain. Terutamanya ketika menghadapi waktu yang sukar. Kebaikan teamwork ni sebenarnya akan terasa jika antara satu sama lain saling membantu.

Cuba bayangkan jika anda bekerja sendiri, mungkin anda akan terasa beban untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Dan paling teruk jika anda membuat keputusan yang salah ketika anda sedang stres kerana tidak ada orang untuk berbincang dan tempat untuk meluahkan perasaan untuk mengatasi masalah yang terjadi. Betul betul?

5. Memajukan Syarikat

Kolaborasi antara ahli dalam team akan memajukan syarikat anda. Produktiviti kerja akan meningkat kerana setiap orang ada masa untuk sama-sama melakukan kerja sesuai dengan ketrampilan masing-masing.

Bukan itu sahaja, sesebuah projek yang anda sedang usahakan pun akan cepat disiapkan dan target masa depan syarikat anda turut tercapai jika anda saling bekerjasama. Setuju setuju?

Jadi sebagai kesimpulannya, setiap dari kita ni jangan ego. Banyak manfaat dan kebaikan yang dapat diperoleh jika kita bekerjasama antara satu sama lain. Kerja juga dapat diselesaikan dengan cepat dan pantas kerana kita mencapai tujuan yang sama. Hargai kepentingan masing-masing, setiap orang ada tugas dan peranan yang perlu diselesaikan demi menjaga reputasi syarikat. Bagi anda yang sedang menjalankan perniagaan. Jaga team anda dengan sebaiknya. Adanya team yang baik, pasti syarikat anda akan terus maju di masa hadapan.

 

5 Sikap Anda Boleh Belajar Dari Wanita Kaum Etnik Di Lembah Sa Pa, Vietnam.

oleh Team Richworks pada 12 July 2018


Bagai anak dara! Cantik, pemalu dan tersembunyi.  Itulah 3 perkataan yang boleh digunakan untuk menerangkan tentang Lembah Sa Pa, Vietnam. Daerah Sa Pa – kecil tapi meriah. Daerah terpencil terletak lebih 300 kilometer di utara Hanoi ini menghidangkan jamuan mata kepada pelancongnya dengan pemandangan Lembah Sa Pa yang menghijau dengan teres-teres cantik padi bukit.

Bertulang belakangkan banjaran Fansipan yang memagari Vietnam dengan China, keindahan Sa Pa menoktahkan penat lelah dan memadamkan semua kesibukan kota. Dalam kesejukan mencecah 16 darjah Celcius, Sa Pa seolah-olah menghentikan detik masa.

Untuk sampai ke sini, anda boleh mengambil keretapi dari Hanoi sehingga stesyen keretapi terakhir di Lao Cai dan kemudiannya mengambil kenderaan ke Sa Pa. Perjalanan keretapi memakan masa selama 8 jam. Atau pilihan lain, anda boleh juga menaiki bas yang hanya memakan masa 6 jam. Cuma, dengan menggunakan keretapi anda mungkin boleh memilih cabin yang menyediakan katil kecil/ berth untuk berehat dan sedikit privasi.

Daerah asing ini dahulunya langsung tidak dikenali sehinggalah pengkaji dan jurugambar National Geographic mula hadir dan gambar teres-teres cantik padi bukit di Lembah Sa Pa mula tersebar. Sekitar akhir 1880an sehingga awal 1910 daerah Lao Cai dijadikan pusat perdagangan antara negara China dan Vietnam. Dan juga medan peperangan ketika era komunis.

Sa Pa didiami oleh beberapa kaum ethnik tapi yang terkenal ialah kaum Hmong dan Tze. Mereka tinggal di lereng-lereng bukit, wajahnya seperti kaum cina tapi berkulit agak gelap. Di Lembah Sa Pa hanya ada 2 buah sekolah dan para pelajar terpaksa berjalan kaki jauh untuk sampai ke sekolah. Motorsikal juga menjadi kenderaan utama di daerah ini. Pendidikan di sini masih tidak dilihat sebagai keutamaan kepada masyarakatnya.

Di bandar Sa Pa, semenjak kedatangan pelancong, boleh dikatakan setiap barisan kedai pasti terdapat hotel dan restoran yang menyediakan makanan barat.

Masyarakat wanita Etnik adalah kekuatan bandar ini. Di mana-mana sahaja kita dapat melihat mereka dari pelbagai lapisan usia gigih berniaga. Kami nak kongsikan 5 sikap penting yang boleh dipelajari dari wanita Hmong di Lembah Sa Pa, Vietnam ialah:

  • Kuat bertanam padi, gigih menenun kraftangan.

Indah mata memandang tapi tak mudah untuk menghasilkannya. Bertanam padi di lereng bukit bukan sesuatu yang mudah. Mereka perlu pastikan padi yang ditanam cukup untuk bekalan sepanjang tahun. Mereka juga membuat kraftangan  dan bahan utama untuk kraftangan dibuat sendiri dan juga diwarnakan menggunakan asas tumbuhan. Selain dari menanam padi dan membuat kraftangan, mereka juga menternak kerbau, ayam, dan haiwan lain.

Kegigihan mereka dapat dilihat dari cantiknya susunan teres padi bukit dan kehalusan hasil kraftangan yang dibuat tanpa menggunakan sebarang mesin.

  • Berani mencuba sesuatu yang baru

Kemasukan sistem komunikasi dengan jaringan internet yang pantas membuka mata wanita Etnik untuk melibatkan diri dalam lebih banyak aktiviti. Sebahagian dari wanita Hmong yang muda, berani menjadikan pemandu pelancong sebagai sumber pendapatan tambahan. Seawal pagi mereka akan menunggu pelancong yang mahu hiking dan tracking di pintu hotel dan mereka akan menawarkan perkhidmatan mereka.

Walaupun tidak ada pendidikan, mereka boleh berbahasa Inggeris dan mereka belajar sedikit demi sedikit dari pelancong yang datang.

  • Rajin mencari jalan rezeki

Tidak ada makna penat bagi wanita Etnik Sa Pa. Jika sebelah pagi sehingga tengahari mereka menjadi pemandu pelancong, sebelah petang mereka berjualan di pasar. Ada juga yang mengambil upah memberikan servis urut kaki dan bagi wanita etnik yang lebih moden, ada antara mereka bekerja di hotel.

Gadis Etnik yang remaja juga selalu dilihat menjual hasil kraftangan kepada pelancong luar di Bandar Sa Pa. Mereka tanpa malu dan segan akan berjumpa pelancong dan menawarkan hasil kraftangan yang dibuat oleh mereka sendiri atau ahli keluarga.

  • Kreatif menyulam benang dan manik

Rasanya seolah tidak sanggup untuk tawar menawar harga jika berurusan dengan wanita etnik ini tika mahu membeli hasil kraftangan mereka. Sangat halus dan teliti pembuatannya. Dengan susunan manik dan sulaman benang berwarna di atas kain yang asalnya kosong, hasil kraftangan mereka sangat berharga dan bernilai tinggi.

Corak pakaian mereka yang ditenun sendiri dengan warna-warna yang terang juga seolah-olah mewarnai lembah yang menghijau dengan padi bukit dan menguning bila padi masak.

  • Pikul tanggungjawab

Jangan hairan dan rasa belas jika melihat kaum etnik Sa Pa menjaja di bahu-bahu jalan sambil menggendong anak kecil. Tak dapat dibezakan sama ada yang digendong ialah adik atau anak sendiri kerana kebanyakan mereka berkahwin pada usia muda! Namun tuntutan ekonomi memaksa mereka untuk mempelbagaikan sumber pendapatan.

Sebahagian kecil dari mereka masih tinggal di pondok-pondok tetapi kebanyakannya sudah mula membina rumah yang lebih moden. Ada juga yang mula membuka kedai kopi ditengah-tengah teres padi bukit.

Syukur kerana kita tak perlu untuk bertanam padi, mengembala kerbau, menternak itik dan ayam dan menjalani kehidupan yang masih jauh dari kemodenan seperti kaum Etnik Lembh Sa Pa, tapi keselesaan kita hari ini bukan sepatutnya dijadikan alasan untuk kita tidak mahu berusaha untuk hidup lebih baik.

Sementara para lelaki mula mencari rezeki di bidang pembinaan yang mula pesat berlaku di Lembah Sa Pa, Vietnam ini, kaum etnik wanitanya masih cuba menyeimbangkan kemodenan dengan tuntutan untuk melibatkan diri dalam cabaran ekonomi yang lebih moden.

Kadang-kadang, kesukaran, kesulitan, kesederhanaan hidup memaksa kita untuk mencari jalan untuk kita hidup lebih baik dari sebelumnya atau dari situasi yang ada. Wanita etnik Vietnam dah buktikannya.  Hidup selesa dengan setakat apa yang ada bukan lagi satu kecukupan untuk mereka.  Mereka mahu pergi lebih jauh lagi…10 tahun dari sekarang, Lembah Sa Pa dan kaum etnik Vietnam ini mungkin sudah jauh berbeza.

Persoalannya, berapa ramai dari anda adalah wanita yang sanggup bekerja keras untuk hidup yang lebih baik, atau sekadar redha dengan keadaan hidup yang ada? Apa yang anda sanggup buat untuk hidup lebih baik? Jika kaum wanita Etnik Lembah Sa Pa ini sanggup berkorban apa sahaja untuk memperbaiki hidup sendiri dan keluarga, kenapa tidak kita?

www.imkk2018.com

 

Usahawan Dan Muflis: Bagai Kertas Dengan Dakwat

oleh Team Richworks pada 12 July 2018


Perkara yang kurang dipandang serius oleh usahawan ataupun individu adalah mengenai status muflis. Bahasa lain yang boleh difahamkan tentang muflis adalah ‘Bankrap.’ Menurut Jabatan Insolvensi Malaysia, muflis terbahagi kepada dua iaitu:

  1. Kebankrapan Individu

– Kebankrapan adalah satu proses di mana seorang penghutang itu diisytiharkan sebagai bankrap lanjutan daripada suatu Perintah Penghukuman yang dibuat di Mahkamah Tinggi terhadap penghutang tersebut atas kegagalan atau ketidakupayaan untuk membayar hutang sekurang-kurangnya RM50,000.

  1. Insolvensi Korporat

– Proses penggulungan syarikat bermula dari penyerahan petisyen, proses pentadbiran penggulungan syarikat memerlukan penekanan yang berbeza mengikut kes-kes yang berbeza. Oleh yang demikian pengkhususan bagi menangani isu yang berbeza telah diwujudkan, ini bagi membolehkan pentadbiran yang lebih terancang. Bahagian Likuidasi terbahagi kepada dua Seksyen iaitu; Seksyen Operasi dan juga Seksyen Polisi dan Pentadbiran. Walaupun berfungsi secara berangsingan kedua-dua Seksyen ini bertindak bersama bagi mencapai kehendak Insolvensi Koporat.

Menerusi sebuah petikan akhbar:

Sejumlah 85,338 rakyat Malaysia diisytiharkan bankrap dalam tempoh lima tahun sejak 2013 hingga Februari 2017 dengan suku daripada jumlah itu membabitkan golongan muda berusia 34 tahun ke bawah.

Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi, Datuk Abdul Rahman Putra Taha, berkata kebanyakan golongan muda diisytihar bankrap disebabkan hutang sewa beli kenderaan, kad kredit, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan perniagaan selain mereka yang menjadi penjamin sosial atau korporat.

“Berdasarkan statistik, sejumlah 21,676 atau 25.4 peratus adalah mereka yang berusia 34 tahun dan ke bawah; 29,370 atau 34.4 peratus (berusia 35 hingga 44 tahun); 22,683 atau 26.5 peratus (45 hingga 54 tahun) dan 10,917 atau 12 peratus (usia 55 tahun ke atas).

“Kira-kira 49.54 peratus atau 42,258 daripada jumlah diisytihar bankrap ini adalah mereka yang bekerja di sektor swasta, 8,845 peniaga, 3,459 kakitangan awam manakala selebihnya bekerja sendiri, golongan profesional, pesara awam, tidak bekerja dan lain-lain. – sumber Berita Harian 6 April 2017.

Melihat pada statistik, perkara ini amat membimbangkan kerana kesan buruknya bukan saja pada individu dan syarikat yang diisytihar muflis, tetapi juga pada pembangunan ekonomi negara.

8,845 jumlah peniaga yang diisytiharkan muflis bukanlah satu angka yang kita pandang remeh. Sedih rasanya bila melihat ramai orang mulakan perniagaan, tetapi kerana tiada ilmu yang betul mereka ditipu dan gagal dipertengahan jalan.

Bagaimana anda dapat elakkan diri anda dari tergolong antara usahawan yang bankrap? 5 perkara ini boleh anda jadikan panduan supaya anda tidak melakukan kesilapan seperti orang lain.

  1. Buang Ego dan Syok Sendiri

Anda wajib buang perasaan ego dan syok sendiri dalam diri. Disebabkan 2 perkara ini, kita merasakan diri sentiasa hebat, tahu serba-serbi. Melaburlah sedikit untuk ilmu perniagaan. Gabungkan apa yang dipelajari di universiti dengan ilmu daripada bengkel pengajar di luar. Tidak rugi pun malahan banyak sangat yang akan dipelajari dan dipraktikkan. Bukan sahaja ilmu pemasaran, malah pengurusan syarikat dan kewangan.

  1. Jauhkan Diri Daripada Semua Jenis Pelaburan Segera

Kalau dulu skim cepat kaya yang mula diperkenalkan dan menjadi isu hangat bila ada yang jadi OKB (Orang Kaya Baru) dan ada juga yang tinggal sehelai sepinggang kerana ditipu. Ingatkan dah serik, rupanya makin banyak tumbuh macam cendawan selepas hujan. Semuanya sebab nak kaya dengan cepat. Maka, inilah jalan terbaik untuk menjadi jutawan segera dengan modal kecil tapi keuntungan 3 kali ganda. Melabur RM100, pulangan RM300 secara konsisten selama  12 bulan. Kemudian boleh top up untuk pulangan lagi besar. Siapa yang tak nak kan? Sebaik sahaja upgrade pakej baru, masuk bulan ke 5, tiba-tiba mereka kata sistem kena upgrade, pulangan kena tunggu, lewat berbulan-bulan, website pun hilang, tuan tanah pun lesap. Tiada jalan singkat untuk menjadi kaya. Buang angan-angan kosong menjadi jutawan segera melalui pelaburan haram ini. Hentikan pelaburan ini. Banyak lagi cara yang halal untuk menjadi kaya. Setiap kemahuan, anda harus bijak tentukan.

  1. Elak Buat Pinjaman Ketika Mulakan Perniagaan

Modal adalah menjadi faktor utama untuk memulakan perniagaan. Modal besar atau kecil tetap memerlukan sumber kewangan. Cara mudah buatlah “easy loan” dengan mana-mana bank yang banyak menawarkan pakej menarik. Memang sangat mudah. Tidak perlu tunggu lama untuk menerima duit. Hanya bawa kad pengenalan dan statement KWSP, ‘nah duit sudah dikreditkan dalam akaun anda. Wah, gembira bukan kepalang. Kalau bisnes beroperasi dengan baik, tersusunlah pembayaran.. kalau tidak? Mana mahu menggagau mencari duit? Pinjam duit Ah Long hanya tambah masalah bukan selesaikan. Silap-silap satu keluarga terima padah.Mula berniaga tanpa modal. Tanpa modal? Bunyi macam tak logik. Budak-budak sekolah mampu buat. Kenapa kita tidak? Buat saja “ dropship”. “No money, can talk”. Maksudnya tak ada modal, tapi kena rajin berkomunikasi menggunakan media sosial. Menjual produk dengan untung atas angin. Produk terjual, duit pun dapat. Upah yang dapat dikumpulkan dan boleh upgrade kepada agen atau stokis. Nah, nampak tak perjalanannya? Dropship kepada agen, kemudian menjadi stokis.

  1. Belajar Merendah Diri

Satu hari nanti anda sudah berjaya, jangan mudah bertukar menjadi orang lain. Setiap kejayaan yang Allah hadiahkan itu adalah ujian. Lagi banyak kekayaan, lagi banyak ujian. Orang kata “tangan emas Midas”. Sentuh apa pun,semua menjadi duit. Elakkan daripada sikap bermegah-megah. Walaupun perniagaan anda sudah besar, stabil dan mempunyai ramai pelanggan tetap, sentiasa merasakan rendah diri. Kejayaan anda hari ini disebabkan Allah yang menggerakkan hati pelanggan anda datang membeli dan menyokong anda. Jangan terlalu gembira dengan menerima pujian yang boleh menimbulkan rasa riak, cepat berpuas hati, hebat dan terbaik. Anda tidak tahu mungkin satu hari nanti anda akan jatuh kembali lebih teruk daripada waktu memulakan perniagaan dek termakan pujian hingga memakan usaha untuk kekal berjaya.

  1. Kawal Transaksi Kewangan

Duit masuk banyak bukan penentu menjadi ada seorang yang kaya dan berjaya. Lagi banyak untung, lagi banyak keluar. Akhirnya, tanpa sedar jatuh muflis. Setiap sen keuntungan yang diperoleh harus dikawal dan diuruskan dengan betul. Ikut perbelanjaan yang telah ditetapkan. Selesaikan apa sepatutnya didahulukan. Letak tepi dulu bab shopping atau nak enjoy. Pastikan kewangan tidak bolos dan bocor. Anda kena kuat dan berdisiplin melihat nilai angka dalam akaun syarikat. Ingat! Itu bukan duit anda walaupun anda pemilik tunggal syarikat, anda adalah pekerja kepada syarikat anda sendiri dan masih makan gaji. Perlu jelas tentang belanjawan lain yang harus diselesaikan seperti cukai, caruman dan gaji pekerja, insurans, kos overhead dan sebagainya.  Dan tahu bagaimana pentingnya pengurusan kewangan syarikat ini supaya anda boleh merancang untuk sasaran perniagaan akan datang.

Perkara paling penting adalah pengurusan kewangan. Anda gagal urus kewangan dengan betul, anda hanya akan melihat kemusnahan perniagaan dan diri anda sendiri. Jika anda tiada ilmu dan pengetahuan tentang menguruskan perniagaan dengan betul, beri peluang pada diri anda untuk cari ilmu dan belajar demi masa depan perniagaan anda.

www.nakurusbisnes.com

 

Kurung Diri 3 Bulan Di Rumah Gara-Gara Bisnes Jatuh Merudum

oleh Team Richworks pada 04 July 2018

Life is tough! Ya betul, hidup ini banyak cabaran yang perlu ditempuhi. Kalau tak kuat, anda dah lama jatuh duduk tersungkur. Tapi sampai bila nak menangisi nasib tu? Anda perlu bangun dan berjuang.

Begitu juga dalam dunia perniagaan. Sudah menjadi adat, perniagaan yang diusahakan pasti ada pasang surutnya. Sama ada kita kuat atau tidak untuk terus berjuang bagi memastikan perniagaan itu terus kekal dan berdiri kukuh, ia terpulang kepada diri sendiri. Ada orang cepat berjaya dalam hidup. Ada orang lambat sikit. Yang membezakannya ialah ilmu dan tindakan yang dibuat. Cepat atau lambat.

Salah seorang Titanium Circle, Tuan Sudirman Abdul Rahman, founder Rizkifajar Sdn Bhd yang menghasilkan produk In3tree ini pernah mengurung diri selama 3 bulan di rumah kerana mempunyai masalah dalam perniagaan. Dan disebabkan itu jugak, berat badannya turun mendadak sebanyak 6 kilogram. Menurutnya, ada sesuatu yang beliau masih tercari-cari tapi tak jumpa-jumpa! Apakah perkara yang dicari itu? Tonton perkongsiannya sekarang.

 

Mamak! Roti Canai Satu! – Kenapa Bisnes Restoran Mamak Tak Mudah Gulung Tikar?

oleh Team Richworks pada 04 July 2018

Menurut kajian, sebelum tahun 1786, telah ada kaum India Muslim yang membuat aktiviti perniagaan di Kuala Kedah. Pada kurun ke-18, Pulau Pinang telah mencatatkan rekod kemasukkan peniaga India Muslim yang ramai. Antara mereka ini ialah keturunan yang membawa nama “Merican”, “Rawther” dan banyak lagi.

Kebanyakan dari mereka terlibat dengan perniagaan rempah ratus, pakaian dan juga kedai makan. Antara pendapat salah tentang bisnes mamak adalah, ramai orang beranggapan mereka ini berasal dari keturunan usahawan dan bangsawan di India yang memang sudah ada perniagaan, tetapi ramai yang tidak tahu perniagaan nasi kandar contohnya, merupakan makanan yang dijual kepada buruh kasar berbangsa India yang bekerja di pelabuhan.

Anehnya, bisnes restoran kedai mamak kini tumbuh dengan pantas di setiap pelusuk negeri.  Antara hidangan utama yang pasti ada di setiap kedai mamak adalah seperti teh tarik, roti canai, rojak, nasi kandar dan ada juga hidangan melayu seperti nasi lemak dan hidangan panas seperti mi goreng mamak dan lain-lain. Sehinggakan ramai yang kata “restoran mamak, pantang bukak bisnes pasti akan laku…”

Tak dinafikan, restoran mamak adalah nadi kehidupan di setiap kawasan. Di mana ada restoran mamak, pasti ianya akan menjadi tumpuan masyarakat setempat. Restoran mamak akan menjadi tempat perhimpunan keluarga, rakan pejabat, rakan kolej, sahabat, tempat mesyuarat, tempat gathering dan juga tempat pasangan ‘berdating’.

Tahan kebal, dan tak mudah gulung tikar – Itu antara kejayaan penting yang sinonim dengan bisnes Restoran Mamak.  Tak kira apa saja situasi ekonomi, restoran mamak akan bertahan dan jika tutup pun, kedai yang akan menggantikannya tak lain tak bukan adalah restoran mamak juga, mungkin nama saja yang berbeza!

Asal lalu je depan kedai mamak mesti ‘full-house’ tak kira pagi atau petang, siang atau malam. Pantang ada ‘corner lot’ jer mesti ada restoran mamak. Tak cukup ruang makan di dalam kedai, bila malam menjelma mereka akan keluar susun kerusi meja di tepi jalan pulak. Haa…nampak tak laku tak laku restoran mamak ni?

Ada 4 perkara yang bisnes kedai makan lain boleh contohi dari Restoran Mamak yang menyebabkan mereka tahan lama dan tak mudah ‘gulung tikar’ ni.

  1. Servis yang terbaik

Mereka selalu memberikan servis yang pantas dan terbaik. Mereka juga ada sistem pengurusan yang cekap dan berkesan. Jarang kita lihat meja di restoran mamak yang tak dibersihkan segera dengan pinggan kotor yang berlonggok dan tak dibersihkan. Betul betul?

Mereka juga sangat cepat mengambil pesanan pelanggan dan mereka akan berusaha untuk sekurang-kurangnya menghantar pesanan minuman terlebih dahulu. Perasan tak kalau kita pergi kedai mamak, masuk saja ke kedai semua pekerjanya akan pandang dan dengan segera mereka cakap “bang duduk sini bang, abang sini ada meja…” Kebiasaannya, pekerja kedai mamak sangat faham dengan bahasa isyarat pelanggan. Contohnya, kita panggil “anne… (angkat tangan pusing jari telunjuk)” dia dah tau dah kita suruh dia kira.

Mereka juga sangat pandai menarik hati pelanggan dengan cara mereka menawarkan menu seperti yang mereka selalu guna “teh tarik ada, roti canai ada, nasi ayam ada, nasi lemak ada, semua ada, saya pun ada. Adik manis mau apa?”

  1. WiFi Yang Laju

Boleh kata semua restoran mamak menyediakan WiFi percuma dan laju. Ini menyebabkan lagi ramai pelanggan yang sanggup duduk lama-lama di kedai mereka, dan bila dah lepak berjam-jam lamanya, pasti mereka akan makanan dan minuman lebih dari sekali!

Restoran mamak tahu apa yang dapat menarik hati pelanggan dan apa yang dapat membuatkan mereka ‘melekat’ di restoran mereka untuk jangka waktu yang lama.  Dan, bila pelanggan duduk lama di restoran mereka, lagi mudah untuk mereka ‘pancing’ pelanggan untuk order lebih banyak minuman dan makanan.

  1. Konsep Stadium Terbuka

Restoran mamak pandai lihat peluang dan pandai ambil peluang. Mereka faham apa yang pelanggan nak. Di mana lagi orang ramai boleh dapat keseronokan untuk menonton bola sepak bersama kawan-kawan dan boleh sokong team masing-masing sambil menonton skrin besar dan boleh menjerit sekuat hati tanpa perlu ke stadium? Hanya di restoran mamak jer lah!

‘Lepak Mamak’ sambil tengok bola dah jadi seperti satu budaya moden untuk rakyat Malaysia. Kemampuan Restoran Mamak untuk jadikannya sebagai satu ‘budaya’ adalah sangat bagus untuk bisnes mereka.

  1. Menu Terbaik

Cakap pasal menu Restoran Mamak pula, boleh kata apa yang kita nak semua ada dari yang ringan sampailah ke makanan berat. Jadi pelanggan suka datang sebab mereka rasa tak jadi masalah untuk pilih makanan apa yang mereka nak, semua ada.

Restoran Mamak berjaya tukarkan masalah pelanggan sebagai satu peluang untuk mereka buat bisnes. Mereka gunakan konsep bantu selesaikan masalah pelanggan untuk tarik perhatian mereka. Persaingan yang sihat antara sesama mereka juga menjadikan mereka sentiasa cari jalan untuk berikan yang lebih baik.

Bisnes restoran kedai mamak yang bernilai RM8 billion ini juga adalah antara bisnes yang paling cepat perkembangannya di Malaysia. Jadi banyak perkara yang anda boleh pelajari dari mereka. Perkara-perkara yang disebutkan di sini lah yang boleh anda jadikan panduan untuk terus membina perniagaan yang maju seperti mereka. Perkara ini juga penyebab restoran mereka susah nak ‘gulung tikar’.

 
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start