Adakah Anda Majikan Pilihan atau Majikan Buangan?

oleh Team Richworks pada 04 July 2018

Anda tahu syarikat manakah yang menjadi pilihan utama sebagai tempat kerja terbaik? Menurut Linkedin, 10 tempat kerja pilihan utama di dunia antaranya ialah Amazon, Facebook, Google, Apple, Netflix dan The Walt Disney Company.

Dan anda nak tahu sebab utama kenapa pekerja berhenti kerja? Antara sebab utamanya ialah, suasana tempat kerja yang tak seperti diinginkan, sindrom ‘bad boss’ di mana penyelia atau ‘immediate supervisor’ yang tak selari dengan pekerja, ’culture’ syarikat yang tak memenuhi kehendak pekerja, dan pakej gaji dan faedah yang tak seperti diharapkan.

Nak jadi majikan bukan satu perkara yang senang. Anda sebagai seorang usahawan yang juga seorang majikan.  Anda tak boleh nak besarkan perniagaan anda jika masih nak bekerja seorang diri. Bermula dari seorang kakitangan, lama-lama kelamaan anda akan ada satu pasukan atau team.  Bila dah ada team, akan ada pelbagai masalah baru. Paling kerap ialah anda terpaksa berhadapan dengan kakitangan yang mudah keluar masuk.  Masalah kadar staf berhenti kerja yang tinggi boleh menjadi kayu pengukur kepada kemampuan anda sebagai majikan untuk sediakan persekitaran kerja yang terbaik untuk kakitangan anda.

Berdasarkan kajian yang pernah dijalankan oleh Harvard Business Review, terdapat peningkatan sebanyak 19% peratus kakitangan yang kekal bersama majikan dalam tempoh setahun kajian dijalankan. Ianya berhasil apabila majikan mula menitikberatkan tentang perhubungan yang kuat dan rapat di antara majikan dan pekerja.

Antara perkara lain yang penting untuk anda menjadi majikan pilihan ialah:

  1. Persekitaran Kerja Yang ‘Mesra Pekerja’

Faktor imbuhan dan faedah yang diberikan oleh majikan sebenarnya bukanlah faktor utama yang menyebabkan majikan menjadi pilihan pekerja. Ramai pekerja kata, itu penting tapi tak ada gunanya juga jika dapat gaji besar tetapi terpaksa bekerja dalam persekitaran yang tak bagus, dengan hubungan sesama pekerja dan majikan yang sentiasa tegang, keadaan tak bersih, stress berganda, susah untuk mendapatkan bantuan dan nasihat dari sesama pekerja dan majikan.

Dalam hal ini, ramai pekerja bersetuju untuk tolak ansur antara imbuhan dan persekitaran yang baik. Persekitaran yang baik menimbulkan rasa seronok untuk bekerja. Ramai pekerja sukakan ketelusan antara majikan dan pekerja. Mereka juga mahukan majikan untuk jelaskan misi dan visi syarikat supaya mereka tahu ke mana hala tuju, dan kenapa mereka perlu buat apa yang mereka perlu buat setiap hari.

  1. Latihan Dan Bimbingan

Satu keperluan penting yang dikehendaki oleh pekerja ialah peluang untuk mendapatkan bimbingan dan latihan. Pekerja sebenarnya mahu diri mereka sentiasa ada peningkatan dan ada ilmu yang lebih baik untuk melakukan kerja dengan lebih baik. Ini juga untuk membantu mereka memenuhi ‘expectation’ dari majikan.

Latihan dan bimbingan juga merupakan sesuatu yang dibanggakan oleh pihak pekerja di mana, mereka rasakan bahawa majikan sangat mempercayai kebolehan mereka untuk buat sesuatu kerja dengan lebih baik jika mereka ada ilmu yang lebih baik.

Latihan dan bimbingan adalah satu faktor yang dilihat boleh meningkatkan semangat kerja. Sesi motivasi dan ‘sharing session’ dari founder atau  pemilik syarikat juga dapat menjadikan pekerja lebih faham dan jelas tentang keseluruhan organisasi.  Mereka juga akan rasa lebih erat dan kenal majikan mereka serta tidak rasa seperti robot yang dipaksa kerja setiap hari.

  1. Budaya dan Identiti

Syarikat besar seperti Google dan Facebook adalah majikan yang mempunyai pekerja dari latar belakang budaya yang berbeza. Pekerja di dua buah syarikat ini, dan beberapa syarikat lain ada yang datang dari negara lain, berbeza bangsa dan latar belakang sosial.

Dengan mewujudkan satu budaya dan identiti dalam sesebuah syarikat, pekerja akan rasa mereka adalah sama, berada dalam satu budaya dan mempunyai identiti yang sama ketika di tempat kerja.

Ada juga majikan yang berjaya menwujudkan budaya dan identiti yang terbaik sehingga pekerja merasa bangga menjadi sebahagian dari syarikat tersebut.

  1. Aktiviti kumpulan dan Riadah

Sedikit hiburan tak akan menjejaskan prestasi syarikat malahan boleh menjadikan pekerja lebih kreatif, lebih gembira dan mahu memberikan yang terbaik kepada syarikat. Aktiviti sukan, aktiviti bersama keluarga semua pekerja dan aktiviti hiburan termasuklah percutian dilihat sebagai satu faktor sesebuah majikan dipilih menjadi majikan terbaik.

Seperti kami di Richworks, kami sangat bangga dengan budaya kerja dan identiti kami.  Walaupun kami masih lagi mencuba untuk menjadikannya lebih baik dari masa ke semasa, tapi kami sangat jelas dengan apa yang kami perlu lakukan, apa semangat yang perlu kami tonjolkan, dan apa ‘contribution’ yang kami perlu beri sebaiknya.

Anda juga boleh rancang dari sekarang apa yang anda perlu buat untuk menjadi majikan pilihan. Adakah anda mahu menjadi seorang bos yang suka marah-marah atau pun bos yang dihormati oleh staf. Pilihan di tangan anda.

 

Terima Kasih! Kerana Anda Kami Capai 1 Juta Likes Di FB Page Azizan Osman Official

oleh Team Richworks pada 04 July 2018

1 Oktober 2018, tarikh dan hari yang akan terus tersemat dalam ingatan dan hati seluruh warga Richworks. Tepat pada pukul 11 pagi Facebook Azizan Osman telah berjaya capai dan pecah rekod mempunyai seramai 1 juta likes.

Satu pencapaian yang besar buat seluruh warga Richworks khusus buat founder Richworks sendiri iaitu Dr Azizan Osman. Bagi sesetengah pihak pasti ada yang berfikiran, apa pencapaian yang nak dibanggakan? Setakat ada 1 juta likes je pun.

Bagi kami di Richworks, kami dididik oleh Dr Azizan Osman untuk sentiasa meraikan kejayaan dari sekecil-kecil kejayaan sehingga kejayaan yang besar. Budaya ini memang diterapkan dalam Big Hairy Audacious Goal (BHAG) kami di Richworks – We take pride in celebrating our success.

Dan semestinya kejayaan ini datangnya bukan saja dari kami, tetapi dari anda semua yang tidak pernah gagal menyokong dan percaya dengan apa yang Richworks lakukan.

Tapi setiap kejayaan pasti bukan terus datang bersama dengan kemanisan. Pasti akan ada banyak cabaran, perit jerih, jatuh bangun dan kepahitan sebelum sesuatu kejayaan itu tercapai.

Untuk Richworks capai 1 juta likes di Facebook Azizan Osman sendiri berbagai cabaran dan proses yang telah dilalui. Bermula hanya dengan 1 like, itu pun dari Dr Azizan Osman sendiri yang like page beliau. Adalah sikit penambahan like dari kalangan ahli keluarga beliau dan seterusnya sedikit demi sedikit bertambah sehingga kini berjaya memiliki 1 juta likes.

Jadi jika ada orang yang masih lagi nak tanya kami, kenapa 1 juta ni penting? Inilah BIG WIN kami sebenarnya. Hanya kami yang melalui journey dan proses ini sahaja akan faham dan hargai kejayaan ini. 1 juta likes ini juga akan menjadi pencetus kepada kekuatan branding Richworks itu sendiri dan menjadi satu inspirasi kepada semua warga Richworks untuk terus memberi manfaat dan bantu lebih ramai orang.

Tapi, walaupun dah berjaya capai 1 juta likes tak bermakna kejayaan itu adalah penamat kepada segala-galanya. Akan ada cabaran yang lebih besar menanti kami sebenarnya. Cabaran bagaimana kami nak terus kekalkan 1 juta likes kami dan pada masa yang sama ramaikan lagi likes dan followers kami.

Persoalannya bagaimana? Semestinya kami kena terus bantu lebih ramai orang, beri mereka lebih banyak nilai kerana kami yakin ramai orang memerlukan seseorang untuk bimbing dan bantu mereka buat sesuatu tindakan demi mencapai impian dan kejayaan. Selain itu juga, kami harus lebih peka dan faham setiap orang yang memerlukan pertolongan untuk ubah hidup dan tahap kewangan mereka. Tak mudah, tetapi ianya tidak mustahil.

Tanya lagi, kenapa penting 1 juta ni? Rugilah seseorang itu terutamanya usahawan yang ada mindset tak pentingkan untuk ada followers atau raving fan dalam perniagaan mereka. Siapa sebenarnya followers ni? Mereka boleh terdiri daripada berbagai lapisan masyarakat. Tetapi tetapkan dalam fikiran anda, mereka adalah pelanggan, client dan duta anda sebenarnya.

Dr Azizan Osman sendiri ada berpesan, jangan dengar suara-suara sumbang biawak yang cakap berapa ramai followers tak penting, yang penting adalah buat duit. Tapi, bila follower anda sikit potensi anda buat duit untuk jangka masa panjang juga sikit.

Jangan jadi usahawan yang kurang cerdik dan dengar cakap orang yang kita pun tak tahu apa kejayaan yang mereka dah capai. Lagi bagus kita dengar cakap mentor yang dah terbukti ada proven result dan yakin dengan pilihan diri sendiri.

 

Angkat ‘Bendera Putih’ – Faktor Pemilik Bisnes Di Malaysia Tewas Awal Dalam Perniagaan

oleh Team Richworks pada 04 July 2018


‘Aku dah penat nak berniaga, asal berniaga jer mesti tak untung! Baik aku duduk rumah jer…’

Rungutan seperti inilah yang selalu berlaku kepada usahawan-usahawan yang dah rasa tak boleh ‘pergi’ dengan perniagaan yang dia sedang usahakan. Akhirnya, dia akur dengan keputusan untuk angkat ‘bendera putih’ dan kembali ke takuk lama sedangkan ramai usahawan-usahawan di Malaysia banyak yang berjaya dan mencipta nama. Jika difikirkan, mereka boleh berjaya, dapat hasil jualan juta-juta tapi kenapa tidak anda? Apa yang tak kena?

Jangan hanya mula-mula nak berniaga jer semangat berkobar-kobar, namun bila dah mula hadap cabaran, dah mula rasa tak yakin dan terus menyerah kalah. Bagaimana anda nak berjaya kalau dah mindset pun tak kena. Berniaga tidak mudah namun jika anda bersungguh-sungguh untuk membina sebuah perniagaan, mungkin anda salah seorang usahawan yang menjadi perbualan di bibir-bibir masyarakat Malaysia.

Jika anda perhatikan sekarang, ramai anak muda yang mula berjinak nak mulakan perniagaan. Ramai yang disogokkan dengan berniaga ni boleh kaya raya dengan cepat, boleh pakai kereta besar, boleh beli rumah. Ya ini betul, namun harus diingat, berniaga kalau tak ada ilmu yang betul, mentor yang betul memang boleh ‘bungkus’ awal. Dan sebab tu, sebelum berniaga anda kena betul-betul bersedia menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam berniaga ni.

Dengan ini, kami senaraikan kepada anda 5 faktor utama pemilik bisnes di Malaysia tewas awal dalam perniagaan. Mungkin dengan adanya point-point ini, anda jadikan sebagai panduan supaya risiko kegagalan itu dapat dielakkan

  1. Tidak cukup ilmu bisnes

Bila anda dah tahu anda tak cukup ilmu bisnes, tapi nak juga buka bisnes. Lepas tu mula meronta-ronta kelemasan sebab tak cukup nafas nak handle bisnes. Inilah penyebab bisnes anda cepat lingkup. Jangan sombong nak berilmu. Tanya orang yang lebih pandai dan berguru dengan mereka. Bak kata Dr Azizan Osman, buka mask anda dan tanya orang yang lebih pandai. Jangan malu.

Dengan adanya ilmu bisnes yang betul. Ia akan mempengaruhi cara anda untuk membuat keputusan dan menguruskan bisnes anda. Jika anda tak ada ilmu, ia umpama memperjudikan nasib. Dan disebabkan ini, bisnes anda tak ke mana. Sanggup melaburkan puluhan ribu ringgit untuk bisnes yang belum tentu jadi daripada menghabiskan ratusan ringgit untuk hadir ke mana-mana kelas ilmu atau pun bahan bacaan yang boleh membantu anda dalam perniagaan.

Dan jangan tak tahu, ada golongan-golongan tertentu yang mula main peranan untuk ambil kesempatan terhadap usahawan yang baru sahaja mula berjinak-jinak dalam bisnes. Semakin kurang ilmu seseorang itu, semakin mudah mereka diperdayakan. Jadi anda harus berhati-hati. Jangan sampai keluar muka depan surat khabar dengan headline berbunyi ‘Seorang usahawan kerugian jutaan ringgit akibat diperdaya oleh…’

  1. Memulakan bisnes dengan duit pinjaman

Mungkin ramai peniaga di luar sana suka untuk membuat pinjaman untuk memulakan bisnes. Memang pada awalnya ia adalah satu perkara yang memudahkan anda untuk menjalankan bisnes, namun selepas melakukan pinjaman, anda mungkin dalam situasi tertekan. Kenapa sedemikian?

Anda mungkin hilang fokus. Fokus anda bukan lagi untuk mengembangkan bisnes, sebaliknya anda hanya fikirkan mahu melunaskan hutang sahaja. Betul betul? Ha ini yang menambahkan lagi ‘cabang tekanan’ yang tak perlu anda sebagai pemilik bisnes tanggung pada peringkat awal ini. Wang pinjaman selalunya digunakan untuk mengembangkan bisnes anda yang sudah stabil, dan bukannya ketika anda masih mahu mula buka bisnes.

Jadi sebelum membuat keputusan untuk membuat pinjaman, fikir terlebih dulu. Lihat sama ada pinjaman yang dibuat itu membebankan anda di kemudian hari atau tidak.

  1. Berniaga produk atau perkhidmatan yang bukan kepakaran anda

Ini satu perkara yang sangat banyak usahawan lakukan. Tak pandai bab kecantikan, tapi jual produk kecantikan, macam mana anda nak terangkan tentang kecantikan berkenaan produk anda jika anda sendiri pun terkebil-kebil nak terangkan.

Wujud usahawan yang memang suka ikut orang. Orang nak berniaga kuih, dia pun nak berniaga kuih. Orang nak berniaga baju, dia pun sibuk nak berniaga baju. Seeloknya, elakkan daripada meniru produk atau perkhidmatan orang lain. Gunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Sebagai contoh, jika anda pandai memasak, jadi gunakan kepakaran anda tu dengan jual produk makanan. Ini akan memudahkan anda nanti.

Jika anda jual produk atau tawarkan perkhidmatan yang anda mahir dan suka, barulah anda tak rasa tertekan dan sentiasa gembira dalam menjalankan perniagaan tersebut. Baru ‘feel’ tu ada. Betul betul?

  1. Gagal dalam pengurusan kewangan

Ini salah satu masalah besar yang membuatkan peniaga tak dapat bertahan lama dalam perniagaan. Ramai peniaga yang gagal dalam pengurusan wang. Malah ada yang tak dapat menguruskan kewangan. Ada juga yang tak tahu membezakan antara wang bisnes dan wang peribadi. Perkara ini yang menyebabkan bisnes lebih mudah pancit awal.

Lagi tambah memeningkan kepala apabila anda sendiri umpama ‘mencuri’ wang syarikat sendiri. Manalah tahu jika syarikat anda mengalami masalah, jualan jatuh atau syarikat memerlukan bajet tambahan untuk pemasaran, sudah tentu wang syarikat anda tidak cukup. Tambah senak, apabila wang yang dicuri itu pula habis dijoli atas keperluan dan kehendak peribadi.

Jangan amalkan perkara ini. Sebaiknya, rancang kewangan anda sebaik mungkin. Barulah perniagaan anda lebih berjalan lancar selepas ini.

  1. Sikap malas

Malas adalah satu penyakit. Jika tak tanganinya dari awal, memang akan membawa padah. Apa yang dimaksudkan di sini adalah, ramai usahawan yang nak berniaga tapi oleh kerana malas nak belajar, malas nak berusaha, malas dalam segala hal menyebabkan perniagaan mereka terhenti di tengah jalan.

Ada usahawan yang tak mahu berusaha bersungguh-sungguh dalam menjalankan perniagaan malah mereka ni mengambil sikap sambil lewa. Ada yang malas turun padang untuk melihat sendiri bagaimana perniagaan ini dijalankan. Ada juga yang tidak berdisiplin dan serius dalam menjalankan perniagaan. Contohnya, buka kedai tak ikut masa yang betul, selalu tutup kedai, berniaga pun sekejap ada sekejap tak ada dan pelbagai lagi masalah yang boleh meruntuhkan perniagaan anda sendiri. Jadi hindari sikap malas ini untuk anda bina perniagaan yang berjaya di masa hadapan.

Sebagai kesimpulannya, kelima-lima faktor ini penyebab usahawan tewas awal dalam perniagaan. Apa pun yang dilakukan, jangan mudah menyerah kalah. Sentiasa berfikiran positif nak buat apa-apa perkara pun jangan hanya hangat-hangat taik ayam. Lakukan dengan bersungguh-sungguh. Jika orang lain boleh berjaya, mengapa tidak anda? Apa yang penting, usaha dan ambil tindakan yang betul untuk meraih kejayaan dalam bidang perniagaan. Anda boleh lakukannya!

 

Bagaimana Anda Boleh Bina Followers Seperti Manchester United?

oleh Team Richworks pada 29 June 2018


GOLLLLLL!!!! Kecoh di restoran mamak setiap hujung minggu bila perlawanan bola sepak yang disiarkan secara langsung ini mula ditayangkan di sana. Pasti ramai penonton yang bukan saja terdiri daripada anak-anak muda tetapi juga peminat-peminat tegar ‘Old Skool’ Liga Perdana Inggeris musim 2018/19 ini tak sabar nak tengok musim baru Liga Perdana Inggeris dengan kemasukan ramai pemain terbaik dan juga ternama.

Gaya permainan yang menghiburkan dan tidak membosankan ini membuatkan ramai peminat sukan bola sepak tertarik untuk menonton Liga Perdana Inggeris. Apa yang menariknya tentang Liga Perdana Inggeris ni? Jom kita baca sikit sejarahnya.

Liga Perdana Inggeris adalah liga bola sepak ternama di England dan juga pertandingan utama dalam sistem liga bola sepak Inggeris. Sebanyak 20 pasukan yang akan bertanding setiap musim bermula pada setiap bulan Ogos sehingga Mei setiap tahun.

Pertandingan ini telah diwujudkan pada 20 Februari 1992 di bawah seliaan Persatuan Bola Sepak England (England Football Association) dan kini merupakan antara liga bola sepak yang paling banyak ditonton. Ia juga telah ditayangkan di 212 wilayah secara langsung ke 643 juta buah rumah dan jumlah potensi penonton di televisyen adalah seramai 4.7 bilion penonton.

Liga ini sudahpun menjana keuntungan sebanyak €2.2 / RM10.49 bilion setiap tahun hanya melalui penyiaran televisyen tempatan dan antarabangsa. 49 buah pasukan telah bertanding dalam merebut takhta Liga Perdana Inggeris setiap tahun dan hanya 6 buah pasukan yang layak dan memenangi takhta tersebut adalah:

  1. Manchester United –13 kali
  2. Chelsea – 5 kali
  3. Arsenal – 3 kali
  4. Manchester City – 3 kali
  5. Blackburn Rovers – 1 kali
  6. Leicester City – 1 kali

Cukup kita bercerita tentang sejarah, pointnya adalah bagaimana Liga Perdana Inggeris boleh kekal relevan dan berada di hati peminat bukan saja di England, tetapi seluruh dunia? Pada zaman serba canggih ini juga, liga berprestij ini juga tidak mahu ketinggalan menjadikan media sosial sebagai satu alat untuk mereka terus menaikkan dan menguatkan lagi ‘branding’ liga berprestij ini.

Faktor utama yang menaikkan ‘branding’ Liga Perdana Inggeris itu sendiri terletak pada setiap pasukan yang bertanding di dalam liga ini.

Penyokong kelab pasukan dalam Liga Perdana Inggeris berada di seluruh dunia dan meluas, jika ada satu budaya yang dapat merapatkan hubungan setiap penyokong dan pasukan kesayangan mereka adalah melalui media sosial. Di mana semua pasukan bola sepak ini memaksimakan penggunaan media sosial dengan jayanya.

Manchester United merupakan pasukan yang mempunyai paling ramai followers di 3 platform utama media sosial iaitu seramai 73 juta followers di Facebook, 18 juta followers di Twitter dan 22 juta followers di Instagram. Diikuti oleh Chelsea sebagai kelab kedua yang mempunyai ramai followers di Facebook iaitu seramai 47 juta followers dan Arsenal merupakan kelab kedua mempunyai ramai followers di Twitter dan Instagram masing-masing seramai 13 juta dan 11 juta followers.

Bagaimana pasukan-pasukan ini menjadikan media sosial sebagai platform untuk mereka rapatkan jurang dengan peminat atau followers mereka malah menarik lebih ramai followers?

4 Langkah ini anda boleh jadikan panduan untuk bisnes anda sendiri

  1. Bina Komuniti Anda Sendiri

Manchester United merupakan kelab yang memiliki paling ramai followers dan ini adalah satu kebaikan atau kemudahan yang mereka dapat di mana melalui platform media sosial mereka dapat bina komuniti mereka sendiri untuk kekal berhubung dengan followers mereka. Pendek kata, memudahkan setiap kali kempen atau peraduan yang mereka lancarkan, engagement dengan followers mereka lebih mudah dilakukan. Jadi, kenapa tidak anda bina followers dan komuniti anda sendiri?

  1. Hasilkan Content Yang Friendly

Kenapa anda perlu pening kepala fikirkan apa content yang anda nak keluarkan dalam platform media sosial? Pendekatan yang digunakan oleh kelab seperti Manchester United, Manchester City dan Liverpool dengan memberi peluang kepada followers untuk kongsikan gambar atau moment mereka dengan menggunakan hashtag yang telah dihasilkan. Contohnya seperti #RedArmy dan #TheGreatReds.

  1. Jadi Yang Pertama Untuk Update Pelanggan

Kelab seperti Manchester United dan Arsenal menggunakan pendekatan ini untuk memberi sedikit teaser kepada followers mereka sebelum memperkenalkan pemain terbaik yang mereka berjaya ‘beli’.

Manchester United turut memberi peluang kepada followers mereka dengan video belakang tabir Zlatan Ibrahimovic manakala Arsenal pula memuat naik video teaser pemain terbaik yang mereka tandatangani iaitu Alexandre Lacazette. Dapat idea bagaimana anda boleh buat pelancaran produk atau kempen di media sosial?

  1. Live Video

Tak dinafikan, antara trend media sosial yang terhangat adalah live video. Bagaimana dengan engagement secara live dapat buat followers anda lebih yakin dan dekat dengan anda. Pada Januari, Manchester City beri peluang pada followers mereka untuk berhubung secara live bersama pemain mereka iaitu Yaya Toure. Anda juga boleh gunakan cara ini untuk berhubung dengan followers atau pelanggan anda. Buat mereka nampak dan yakin dengan anda.

Kelab-kelab di Liga Perdana Inggeris masing-masing dah tahu dan kenal penyokong dan followers mereka kerana engagement yang dilakukan. Anda bagaimana? Adakah anda dah betul-betul kenal pelanggan dan followers anda? Apa lagi yang anda boleh lakukan untuk buat mereka terus setia bersama anda? Semestinya penggunaan platform media sosial secara meluas akan membantu anda. Teknik yang zero kos tetapi berkesan 100% peratus.

Jadi, untuk menjadikan followers anda banyak seperti Machester United, apa lagi, gunakan teknik yang dilakukan oleh mereka. Mungkin selepas ini, anda akan mendapat followers berkali ganda. Yang penting, pastikan content anda menarik serta ada pengisian dalam setiap apa yang nak dipostkan.

 

Jangan Berniaga Rugi dan Buang Masa Macam Pak Abu

oleh Team Richworks pada 29 June 2018

Dalam samar-samar gelap cahaya lampu jalan di waktu Subuh dah kelihatan Pak Abu (bukan nama sebenar) terbongkok-bongkok membuka kunci shutter kedainya. Seorang diri dia gigih nak pastikan kedainya dibuka awal setiap hari.

Begitulah rutin setiap hari Pak Abu dan isteri selepas balik dari pasar membeli barang-barang untuk memasak. Sementara menunggu staf mereka sampai, mereka menyusun dahulu barang-barang dapur yang dibeli tadi.

Dah 10 tahun Pak Abu berniaga kedai makan, dan inilah aktiviti yang diulang setiap hari dan tak pernah berubah. Yang berubah hanya staf keluar dan masuk silih berganti. Rupa-rupanya Pak Abu hanya fikir berniaga asal ada duit masuk setiap hari, lepas untuk bayar gaji pekerja dan rolling untuk beli barang-barang di pasar dah cukup memadai baginya.

Letih, rugi, buang masa dan tenaga je berniaga kalau ada sikap macam Pak Abu ni. Buat bisnes sepatutnya kena jadikan bisnes lebih maju dan berkembang untuk bertahan lebih lama. Apa sebab yang menjadikan bisnes berada di takat yang sama?

  1. Tak Ada Minda Usahawan Berjaya

Bisnes akan jadi tak terurus bila anda peniaga tak ada minda usahawan berjaya. Anda buat tindakan kecil. Anda takut dan tak yakin nak terjah market dan berniaga besar-besaran. Anda berniaga tapi takut nak berjaya. Sehingga anda rasa selesa dengan apa yang ada saja. Fikirkan.

  1. Buat Bisnes Cukup Makan

Pernah dengar tentang peniaga yang rompak duit syarikat? Rompak duit syarikat maksudnya, ambil duit perniagaan ikut suka hati, tanpa rekod yang khas. Walaupun anda tuan punya kedai, anda tak boleh ambil duit perniagaan macam tu jer. Anda perlu ambil gaji untuk diri sendiri juga. Anda juga perlu kawal nafsu nak berbelanja besar menggunakan duit bisnes yang masuk hari-hari.

  1. Kakitangan Kurang Cekap

Berapa ramai dari anda yang berbisnes tapi dah lebih sibuk dari makan gaji? Pemilik kedai kerja lebih teruk dari pekerja. Yang lebih sedih, peniaga kerja separuh mati tapi pekerja buat kerja sambal lewa aja. Balik-balik peniaga juga yang kena buat sendiri. Anda tak mungkin boleh besarkan perniagaan jika anda buat segalanya seorang diri. Betul betul?

Ini yang jadi antara penyebab kenapa banyak bisnes yang tak terurus dan susah nak berkembang. Betul… tak salah nak berniaga macam Pak Abu tadi, tapi buat apa berniaga kalau tak nampak hasil. Macam mana nak ada jaminan untuk masa depan keluarga.

Sebagai peniaga juga seboleh-bolehnya cuba elakkan dari lakukan 5 kesilapan ini. Elakkan dari buat 5 perkara ini, bisnes akan selamat dan bertahan lebih lama.

Ini ramai orang buat tapi ramai tak nak mengaku, sebab mereka ingat bisnes ‘ni hanya untuk buat jualan je’  dan tak payah uruskan benda-benda lain.

Baca 5 perkara ni dulu.

  1. Ramai usahawan yang mampu membuat lebih banyak jualan dengan teknik pemasaran yang bagus, tapi tak nak buat pemasaran secara besar-besaran kerana takut ada LEMBAGA nampak. Nanti bila LEMBAGA nampak, ada yang takut dikesan kerana tak bayar cukai!
  2. Ada juga yang berniaga tapi sorokkan pekerja sebab tak nak carum KWSP dan PERKESO. Ini salah besar.  Anda boleh didakwa.
  3. Ada juga yang buat bisnes dan semua duit pendapatan hasil jualan masuk dalam akaun peribadi. Kenapa?  Apa sebabnya anda tak ada akaun syarikat?
  4. Belum cerita lagi, usahawan yang ada masalah nak uruskan pekerja, ditipu pekerja, pekerja curi tulang, pekerja curi duit syarikat dan 1001 masalah berkaitan pekerja. Salah siapa sebenarnya?
  5. Yang paling mengharukan bila anda berniaga dah lama tapi langsung tak buat duit sebab anda tak tahu macam mana nak uruskan duit bisnes, nak uruskan stok, nak uruskan margin keuntungan…anda berniaga pakai hentam sahaja!

Terasa susah nak jadi majikan dan kena tahu ilmu-ilmu penting dalam menguruskan bisnes? Tak susah pun sebenarnya, sekarang dah ada banyak platform pembelajaran secara online yang mudah dan berkesan.

Semuanya terletak pada tindakan dan usaha yang dibuat. Kalau sayangkan bisnes, ada baik cari ilmu dan share dengan pekerja, jangan simpan ilmu tu seorang diri. Yang paling penting, jadilah business owner yang bijak.

 

Jenama Gah Bukan Penentu Bisnes Berkembang Jika Gagal Urus Cashflow

oleh Team Richworks pada 29 June 2018

Jenama terkenal dalam industri fesyen mula tutup operasinya bermula tahun ini.  Proses penutupan akan berlaku secara berperingkat-peringkat dan mengambil masa sehingga 2 hingga 5 tahun. Antara jenama yang akan hilang dari industri fesyen ialah Gap, Michael Kors dan Crocs.

Anda mungkin tak percaya, jenama yang pernah mengungguli carta dunia fesyen dan pernah mencipta trend serta mungkin juga menghiasi almari anda kini bakal lenyap dari pasaran. Jika jenama sebesar itu dan terkenal seluruh dunia pun boleh pupus, apatah lagi jenama kecil-kecil yang baru nak up atau yang dah agak besar tapi setakat berada dalam pasaran tempatan jer kan?

Jenama pakaian terkemuka di Amerika Syarikat, Gap membuat pengumuman pada awal Februari tahun ini apabila mereka terpaksa mengundur diri dari pasaran Malaysia bertujuan untuk mengimbangkan pasaran Gap di seluruh dunia. Mereka menutup lebih 200 butik di seluruh dunia yang dikatakan ‘tidak menguntungkan’ termasuk di Malaysia.

Bukan itu sahaja, persaingan antara jenama lain yang lebih hype dan murah seperti Uniqlo dan H&M juga turut menyumbang kepada penutupan butik GAP di Malaysia ini.

Jenama Michael Kors yang wujud sejak tahun 1980 turut terpaksa menutup lebih dari 180 outletnya sepanjang tahun 2017 kerana tindakan rakus mereka yang membuka terlampau banyak outlet dalam satu masa. Hal ini menyebabkan timbul masalah besar kerana produknya tidak lagi dilihat sebagai satu produk yang eksklusif. Hasilnya, jumlah jualan mereka telah berkurangan.

Bagi jenama Crocs pula, setelah wujud lebih dari 16 tahun dalam pasaran, mereka akan menutup kilangnya di Mexico dan Italy serta 28 outletnya di Amerika Syarikat. Menurut mereka, produk Crocs tetap akan dikeluarkan melalui pihak ketiga. Dalam kenyataan akhbar, pihak Crocs berkata, mereka mengambil tindakan ini sebagai usaha untuk memudahkan urusan bisnes dan meningkatkan keuntungan.

Kejatuhan ketiga-tiga jenama terkenal ini mungkin boleh dijadikan iktibar kepada anda yang mempunyai bisnes tapi zero knowledge tentang pengurusan cashflow bisnes anda ini. Jangan dipandang enteng tentang pengurusan aliran tunai bisnes anda. Kerana jika gagalnya pengurusan kewangan ini, maka bisnes anda mungkin akan lingkup!

Jadi, jika anda ingin menjalankan ataupun sedang menjalankan bisnes berkaitan fesyen atau berminat untuk menjalankan bisnes fesyen ini, anda perlu hadam 3 perkara penting ini.

Ketahui 3 Sebab Kenapa Cashflow Penting Dalam Dunia Fesyen

  • Jenama hebat tak menjamin bisnes kekal lama

Dalam situasi kedua-dua jenama besar ini, mereka mahu meningkatkan aliran wang bisnes yang masuk melalui peningkatan jumlah jualan. Namun tindakan mereka gagal kerana mereka fikir jenama mungkin membantu mereka buat lebih banyak sales.

Walaupun anda telah mendapat kepercayaan dari pelanggan tetapi tak pandai untuk menguruskan dengan betul, atau salah membuat keputusan dalam pengurusan cashflow, ianya akan menyebabkan bisnes anda bermasalah. Dan mungkin bisnes anda tidak akan bertahan lama.

Tak guna buka banyak outlet tapi gagal menguruskan cashflow yang baik untuk sesuatu syarikat itu.

  • Bisnes fesyen perlu ‘dahulukan’ banyak duit (up front)

Setiap peringkat penubuhan bisnes fesyen ini memerlukan modal yang besar. Ia memerlukan beberapa proses yang memerlukan kos yang banyak untuk digunakan.

Antaranya adalah proses rekaan, penghasilan sample, pengeluaran besar-besaran, pemasaran dan pengedaran produk tersebut. Kesemuanya memerlukan anda untuk ‘dahulukan’ duit yang ada dahulu sebelum anda dapat hasil jualannya.

Bukan itu sahaja, anda juga perlu menjual dengan lebih banyak produk yang dikeluarkan sebelum anda dapat keuntungan dari penjualan tersebut. Barulah bisnes anda akan lebih dikenali.

  • Modal besar, pengeluaran perlu banyak, jualan bermusim

Dilema utama yang perlu dihadapi oleh peniaga industri fesyen ialah untuk menghasilkan fesyen yang berkualiti dan berbeza supaya mendapat tempat di hati pelanggan. Lambakan fesyen yang wujud di negara kita, sedikit sebanyak menyukarkan peniaga untuk ‘cari duit’.

Selain itu, fesyen juga bermusim, dan disebabkan ini lah ia memerlukan pengeluaran produk fesyen yang banyak bagi merendahkan kos. Ia juga perlu bersesuaian dengan musim dan masa. Baru lah produk anda akan digilai peminat fesyen.

Hal ini sebenarnya memerlukan kebijaksanaan anda dalam menguruskan cashflow kerana aliran keluar duit akan berlaku lebih banyak dari aliran masuk. Anda juga perlu berusaha lebih untuk menjadikan bisnes anda lebih menguntungkan. Pelbagai teknik dan kaedah juga perlu dipelajari.

Bisnes yang berjaya ialah bisnes yang mempunyai aliran tunai yang bagus untuk tampung kos operasi bisnes setiap hari dan bisnes yang menguntungkan.

Bila anda ada bisnes, bayangkan anda ada satu tabung di mana anda akan sentiasa keluarkan duit dari tabung untuk ‘run the business’ atau tampung kos operasi bisnes. Dalam masa yang sama juga, anda perlu pastikan duit sentiasa masuk melalui hasil jualan yang bagus.

Jika duit lebih kerap keluar, berbanding duit yang masuk, bisnes anda sedang hadapi masalah pengurusan cashflow.

Duit tunai memang raja dalam bisnes, tapi jika pengaliran keluarnya tak diurus dan pengaliran masuknya tak sekencang yang sepatutnya, bisnes boleh tutup.

 

Lari Sembunyi Diri Gara-Gara ‘Makcik Kantin’ Hutang Along

oleh Team Richworks pada 29 June 2018

“Saya akan pastikan keluarga saya tak akan berada dalam kehidupan itu lagi” ujar Puan Siti Hajar Md Amin atau lebih dikenali sebagai ‘Makcik Kantin & Wedding Planner’ dalam keadaan sebak selepas sesi interview Mudahnya Berniaga bersama Richworks baru-baru ini.

Titisan air mata yang mengalir tatkala ditemuramah cukup membuatkan kami tersentuh dengan cerita dan kisah perjalanan hidupnya yang penuh onak duri sebelum beliau mengenali program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) yang seterusnya merubah kehidupannya 360 darjah.

Pemilik kepada syarikat Hazza Resources yang menjalankan perniagaan kantin sekolah dan katering untuk majlis perkahwinan, Puan Siti Hajar mengaku kehidupannya diuji selepas kejatuhan bisnes katering keluarganya. Gangguan kesihatan yang turut menganggu kedua orang tuanya menjadi penyebab 4 buah katering milik keluarganya itu ditutup serentak pada tahun 2006.

Benarlah, setiap insan itu duji dengan pelbagai kisah kehidupannya yang tersendiri. Pahit manis, susah senang, jatuh bangun seseorang tu hanya diri sendiri saja yang tahu. Kisah pengorbanan Puan Siti Hajar ini boleh disamai dengan isteri Nabi Ibrahim yang turut berkongsi nama iaitu Siti Hajar yang banyak melakukan pengorbanan untuk suaminya serta untuk agama Islam dan Allah S.W.T

Kerana tak tahan ayahnya dimaki disebabkan tidak dapat membayar sewa rumah, anak ke-4 daripada 6 adik beradik ini tanpa berfikir panjang, terus membuat keputusan untuk meneruskan legasi perniagaan keluarganya itu walaupun ketika itu perniagaan keluarganya porak-peranda.

Ketika itulah juga, along dan suplier-suplier mula ‘main peranan’ untuk kutip hutang keluarganya. Lagi tambah perit apabila pekerja-pekerjanya dah mula hilang keyakinan kepada mereka dan ‘angkat kaki’.

Bagaimana Puan Siti Hajar selesaikan masalah hutang keluarganya? Dan bagaimana beliau menebus maruah dan buktikan pada semua orang yang beliau boleh bangkit dari kejatuhan? Bagaimana pula beliau menepis kata-kata hinaan yang hingga kini masih diingatinya? Apa yang menyebabkan beliau kuat untuk bangun?

Saksikan sendiri video kisah perkongsian dari Puan Hajar yang banyak memberikan kita semangat untuk meneruskan kehidupan walau sebanyak mana badai yang ditempuhinya.

 

‘Tax Holiday’ – Apa yang Usahawan Perlu Tahu.

oleh Team Richworks pada 27 June 2018

‘Tax Holiday’ atau Cuti Cukai adalah satu tempoh di mana cukai GST ditetapkan pada kadar sifar, berbanding 6% sebelum ini. Mengapa ini berlaku? Ini adalah demi untuk Kerajaan Baru menunaikan Manifesto Pilihanraya ke arah pemansuhan cukai GST.

Di dunia ini, menariknya, hanya Malaysia yang pernah melaksanakan polisi seperti ini. Namun di dalam rasa gembira yang ramai usahawan rasakan apabila tempoh Tax Holiday ini berlaku, ada beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian. Sebab jika tidak sedar tentang maklumat ini semua, usahawan boleh terjerat di sebalik kegembiraan yang sedang dinikmati sepanjang tempoh Tax Holiday ini.

1) Akta GST masih belum dimansuhkan sepenuhnya. Penguatkuasaan pun masih berjalan. Sebagai usahawan anda masih perlu hantarkan borang GST-03 bila tiba masa yang sepatutnya. [setiap 1 bulan atau 3 bulan]. Dan Tax Invoice pun masih perlu dikeluarkan kepada pelanggan dengan kadar GST 0%.

2) Akta GST belum dimansuhkan kerana ada proses yang Kerajaan perlu lalui untuk memansuhkan GST dan mengaktifkan SST. Buat masa ini akta ini belum dibahaskan untuk dimansuhkan di peringkat Parlimen jadi disebabkan itu Akta GST masih berkuatkuasa.

3) Kerajaan menjangkakan ‘Tax Holiday’ akan berlangsung selama 3 bulan. Tapi, tempoh sebenarnya sukar untuk kita jangkakan kerana ada banyak proses yang pihak kerajaan perlu lalui untuk memansuhkannya. Ianya perlu melalui proses kelulusan di peringkat Dewan Rakyat, Dewan Negara sebelum dimeterai sepenuhnya oleh Yang Di Pertuan Agong.

4) Sebelum proses pemansuhan GST, mereka yang berdaftar dengan GST perlu melalui proses pembatalan pendaftaran GST. Ini kelak akan dimaklumkan oleh pihak Kastam, tapi kami maklumkan terlebih dahulu kepada anda untuk anda bersedia dengan proses ini. Jadi sebelum nombor pendaftaran GST anda dibatalkan, harus siap siaga . Pastikan semua rekod anda sepanjang GST dijalankan tersusun rapi, sebab jika ada kekurangan dan ditemui oleh pihak Kastam, anda perlu sedia untuk membayar denda atau bayar semula cukai GST yang terkurang bayar ke pihak Kastam. Jadi hati-hati ya!

5) Jangan pula keliru ya. Tax Holiday hanya melibatkan cukai GST sahaja. Cukai-cukai lain terutama Cukai Pendapatan LHDN tiada tempoh cuti ya! Jangan pula salah faham dan tidak bayar Cukai Pendapatan anda pula. Gagal bayar Cukai Pendapatan- dendanya boleh jadi lebih berat.

6) Jadi, sementara tempoh Tax Holiday ini sedang berlangsung, pada masa inilah waktu yang terbaik untuk anda jaga betul-betul Cashflow bisnes anda. Jana sebanyak mungkin ‘Sales’ sebab waktu ini kuasa membeli pengguna lebih besar disebabkan tiada lagi caj GST dan dalam masa sama anda juga patut boleh berunding harga dengan pembekal untuk kurangkan kos belian anda. Ingat, yang paling penting di dalam bisnes adalah sentiasa jaga tahap Cashflow anda.

Itu yang jadi penentu kelangsungan anda di dalam menjalankan perniagaan!

===================================================================================

Nota Cukai tambahan:

1) Untuk Cukai Pendapatan LHDN, tarikh untuk anda hantarkan borang B [Individu yang menjalankan perniagaan – Enterprise: Sole Propriertorship atau Partnership] adalah pada 30 Jun 2018. Namun jika anda menghantar Borang B tersebut menggunakan sistem e-filing LHDN, tarikh akhir menghantar borang dan membuat bayaran cukai tertunggak adalah pada 15 Julai 2018.

2) Jadi jika anda menjalankan perniagaan Enterprise, pastikan anda tidak terlepas tarikh akhir ini. Jika anda masih kurang arif dan perlukan bantuan, segera lantik Akauntan atau Agen Cukai berdaftar untuk bantu anda hantar dan bayar cukai ini sebelum tiba tarikh penutupnya.

 

Wanita Dan Perniagaan: 5 Pengasas Produk Kongsi Cerita Bagaimana Mereka Bermula

oleh Team Richworks pada 27 June 2018

Setiap orang yang berjaya pasti ada permulaan yang hebat, cabaran yang besar dan semangat yang kuat yang ada dalam diri mereka.  Menjadi pengasas produk atau jenama terkenal adalah idaman ramai orang.  Tapi ramai yang tidak pasti apakah langkah pertama yang mereka perlu ambil, apakah cabaran yang akan dihadapi dan bagaimana mereka lalui semua cabaran dan halangan sehingga menjadikan mereka terkenal.

Kali ini kami nak kongsikan dengan anda bagaimana 5 wanita #AnakDidikDrAzizan yang juga pengasas jenama terkenal di Malaysia ini memulakan bisnes dan apa cabaran yang mereka lalui.

Nur Aini Zolkepeli – Nurraysa Beauty

Siapa yang tak kenal Pegasas produk kecantikan Nurraysa Beauty?

Puan Nur Aini Zolkepeli berasal dari Trengganu dan menetap di Kuantan, Pahang. Pada awalnya, beliau cuba-cuba berniaga rumpai laut dengan modal RM500, yang dipinjam dari duit gaji suami.  Suaminya ketika itu adalah seorang pemandu lori.

Bisnes rumpai laut yang pernah viral suatu masa dulu, berkembang baik sehinggalah pada satu masa muncul terlampau ramai pesaing yang menyebabkan harga rumpai laut jatuh.  Masa itu muncul idea untuk buat sabun kecantikan dari rumpai laut.  Dan, dari dapur rumah sendiri, Puan Nur Aini mula membuat sabun, paketkannya dan jual.  Dari situ salesnya mula meiningkat ke RM8,000 – RM10,000 sebulan.

Bukan senang beliau nak bermula dan nak kekal berada dalam pasaran produk kecantikan.  Setiap hari muncul sahaja pesaing baru disamping nak bersaing dengan jenama yang lebih terkenal dan datangnya dari luar negara. Tapi dengan komitmen yang beliau berikan dan usaha yang kuat serta tak jemu belajar dan cari ilmu membuahkan hasil yang baik.  Kini, di mana-mana sahaja anda boleh tengok wajahnya di billboard di tepi-tei jalan dan dari bisnes kecil kini dah menjadi sebuah empayar produk kecantikan dengan memiliki lebih dari 2000 agen berdaftar di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.

Siti Khawa Jannah – Rempah Mak Siti

Rempah Mak Siti – Satu jenama yang sudah sebati di kalangan surirumah dan tukang masak dan sentiasa berada di kebanyakan rumah dan isi dapur rakyat Malaysia.  Puan Siti Khawa Jannah adalah anak kepada pengasas Rempah Mak Siti.

Orang kata menjadi anak founder adalah satu anugerah! Di saat orang lain bergelut nak mulakan perniagaan tapi bagi mereka, lahir-lahir saja bisnes dah ada untuk mereka.  Tapi ramai yang tak tahu betapa mereka terpaksa bergelut untuk mengembangkan bisnes milik keluarga mereka ini.

Puan Siti dulu selalu tertekan kerana di bahunya terpikul harapan dan beban untuk memajukan bisnes keluarga sedangkan beliau tidak mempunyai pengalaman.  Selepas beliau habis belajar dan terjun dalam dunia bisnes keluarga, keadaan bisnesnya adalah tidak tentu arah.  Berlaku penyelewengan di kalangan pekerja dan ramai pekerja yang tidak percaya kemampuannya.

Alhamdulillah dengan ilmu serta komitmen menghadiri program anjuran Richworks, azam yang kuat dan tindakan yang berterusan, Puan Siti Khawa Jannah dah berjaya bawa bisnesnya lebih jauh dan meluaskan pasaran ke seluruh Malaysia dan juga memasuki pasaran Asia.

 Siti Fatimah Abd Samat – Sabella

Kerana nak bantu suami, Puan Siti Fatimah sanggup berusaha keras mengambil upah menjahit pakaian dan langsir.  Ketika itu suaminya bekerja sebagai Pelukis Pelan dan dengan pendapatan sebanyak RM2500 sebulan masih tak cukup untuk menampung kehidupan mereka.  Mereka masih dikira sebagai miskin bandar.

Ada kalanya, mereka tak mampu nak belikan susu kepada anak sehingga terpaksa membancuh susu pekat untuk diberrikan kepada anak tersayang.  Ini antara sebab kenapa Puan Siti Fatimah nekad untuk berniaga.  Dengan bakat menjahit dan berbekalkan satu mesin jahit, Puan Siti Fatimah mula aktif mengambil tempahan. Lama kelamaan ramai pelanggan memberikan maklumbalas positif kepada hasil tempahan.  Dari situ mula wujudnya jenama Sabella, iaitu jenama pakaian wanita muslimah.

Melihat ketekunan beliau, suaminya sanggup berhenti kerja demi nak membantu isterinya.  Walaupun perniagaan mereka baru berusia setahun lebih tapi jenama Sabella dah makin dikenali sehinggakan mampu membuat jualan mencecah 6 angka sempena Hari Raya.  Kini beliau dah memiliki kilang sendiri dengan 20 orang pekerja.

Zuraida Jaafar – Wedding By Emma

Setiap hari memaksa diri untuk bangun pagi dan pergi kerja hanya untuk kejar gaji bulanan bukanlah sesuatu yang menggembirakan Puan Zuraida.  Beliau pernah bekerja sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan dengan gaji sekitar RM2500 sebulan.  Setiap hari beliau dan suami berulang-alik menaiki skuter ke tempat kerja kerana nak jimat minyak dan setiap hari terpaksa budget makan RM10 sahaja.

Bakat dan minat dalam bidang penyediaan perkahwinan menyebabkan Puan Zuraida mula berjinak-jinak dalam bisnes.  Bermula dari mengambil tempahan kecil-kecilan, dan dengan kreativiti yang menarik minat pelanggan, perniagaan kecilnya mula mendapat kepercayaan dan semakin berkembang. Dan semenjak beliau hadir ke Program Richworks, beliau lebih tahu bagaimana nak muncul di media sosial dan membina jenama.

Kini Wedding by Emma, perniagaan penyediaan pelamin perkahwinan milik Puan Zuraida sangat terkenal dikalangan selebriti tempatan dan beliau juga menerima tempahan untuk Perkahwinan Di Raja.

Noraida Aznita Azizan – Sambal Garing Che’ Noor

Berasal dari keluarga yang susah bukan menjadi titik noktah bagi kejayaan Puan Noraida Aznita.  Beliau yang mahu mengubah nasib keluarga mula suka berniaga di zaman belajar di institut pengajian tinggi.  Ketika itu, beliau terlibat dengan banyak jenis perniagaan dan dah mampu ada pendapatan sendiri.  Malangnya, keterujaan beliau dalam membina bisnes menyebabkan beliau gagal dalam pelajaran dan mengecewakan hati ibu bapanya.

Bermula dari situ, beliau jadikan kegagalannya satu faktor untuk beliau berjaya dalam bisnes. Hasil dari duit simpanan dan sokongan suami beliau bermula dengan membuka sebuah restoran. Sehingga satu tahap di mana restorannya dah statik dan tak boleh buat lebih banyak pendapatan menyebabkan beliau terfikir untuk cari ilmu.

Bila dah ada ilmu, mulalah macam-macam idea muncul sehingga terhasil produk Sambal Garing Che’ Nor yang boleh didapati di kios-kios stesyen minyak seluruh Malaysia.

 

Belajar sesuatu dari perkongsian 5 wanita ini?  Setiap kejayaan bermula dari satu langkah kecil.  Yang penting, mula melangkah sekarang.

 

Jualan Berkurang Selepas Musim Raya? Betul Ke? 8 Perkara Usahawan Boleh Buat Selepas Raya.

oleh Team Richworks pada 27 June 2018

Cuti raya dah habis. Anak perantau dah mula balik ke bandar.  Anak-anak dah kembali ke sekolah. Kampung dah sunyi semula.  Jalan dah kembali sesak mengikut waktu puncak. Bisnes anda macam mana?

Ramai usahawan percaya orang ramai atau pelanggan akan kurang berbelanja selepas raya kerana mereka dah buat perbelanjaan besar semasa musim perayaan dan sekarang mereka mahu berjimat cermat. Betul ke? Atau orang masih membeli tapi mereka tak membeli dari anda saja?

Apa yang kami nampak, kesilapan usahawan biasa buat ialah mereka mengurangkan aktiviti promosi dan pemasaran selepas raya.  Hasilnya, memang lah tak ada orang membeli dari anda sebab pelanggan lebih suka nak beli dari peniaga yang memberikan pelbagai promosi kepada mereka selepas raya. Berikut kami senaraikan 8 perkara yang usahawan boleh buat selepas raya untuk terus pastikan pelanggan berurusan dengan anda.

1) Kupon Diskaun Selepas Raya

Berikan kepada pelanggan anda harga diskaun yang hanya sah pada satu jangkamasa selepas hari raya.  Dengan cara ini mereka akan rancang untuk berbelanja dan dapatkan diskaun harga selepas raya.

2) Promosi ‘Tax Holiday’

Tax Holiday, atau tempoh harga tanpa cukai masih berkuatkuasa sehingga September ini. Ini adalah masa terbaik untuk anda mengadakan promosi harga tanpa cukai atau ‘Tax Holiday Promotion’ untuk menggalakkan mereka membuat pembelian.

3) Berikan penghargaan

Anda pasti dah ada database pelanggan yang membeli belah dengan perniagaan anda ketika musim raya.  Apa kata anda tunjukkan penghargaan anda kepada mereka dengan memberikan ucapan melalui sistem SMS atau menjemput mereka untuk sesi preview produk atau keluaran baru selepas raya.

4) Postkan testimoni

Semasa jualan raya, anda mungkin dah ambil banyak gambar pelanggan anda dan minta mereka postkan gambar mereka ketika raya bersama produk anda.  Jadi selepas raya, anda boleh gunakan gambar-gambar ini sebagai testimoni untuk anda muat naik di Media Sosial anda. Dengan cara ini akan membantu meningkatkan kepercayaan kepada perniagaan anda.

5) Adakan majlis komuniti

Anda juga boleh mengadakan majlis komuniti seperti adakan rumah terbuka raya bersama anak yatim, rumah kebajikan, rumah orang-orang tua dan lain-lain.  Acara seperti in iselalunya menarik perhatian orang ramai untuk ambil tahu tentang perniagaan anda di samping ianya satu perkara baik yang anda sebagai usahawan boleh lakukan.

6) Optimakan penggunaan content marketing

Ketika musim raya, anda mungkin terlalu sibuk untuk menghasilkan content yang bagus untuk Media Sosial anda.  Anda mungkin perasan, kempen yang anda buat semasa musim perayaan menyebabkan follower Media Sosial anda semakin bertambah. Apa yang anda perlu buat ialah hasilkan content yang bagus untuk ‘engagement’ bersama follower anda supaya mereka terus kekal menjadi follower anda selepas musim perayaan.

7) Lancarkan produk baru

Jangan biarkan pelanggan anda sejuk dan mula melupakan anda. Anda boleh saja melancarkan produk baru selepas raya atau produk kesinambungan selepas produk yang anda lancarkan semasa raya.  Contoh, jika ketika musim raya anda dah lancarkan fesyen raya yang tradisional dan klasik, mungkin selepas raya anda boleh lancarkan fesyen yang lebih casual yang sesuai untuk rumah terbuka.

8) Hargai kakitangan anda

Semasa musim perayaan, ramai kakitangan anda terpaksa bekerja lebih masa, atau lebih kuat dari biasa.  Antara perkara yang anda boleh buat  selepas raya ialah mengadakan satu sesi penghargaan kepada kakitangan anda dan anda boleh muat naikkannya di Media Sosial, buat Live di Facebook dan Instagram dan ini akan membuatkan pelanggan anda lebih menghargai anda sebagai peniaga yang sangat prihatin.

Persepsi negatif anda tentang “pelanggan kurang berbelanja selepas raya” hanya akan menyebabkan anda malas nak buat sebarang aktiviti.  Jangan biarkan pelanggan anda lupakan anda selepas raya.  Pastikan anda terus hangatkan perniagaan anda dan jadikan pelanggan anda terus kekal bersama-sama anda.

 

 
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start