5 Teknik Marketing 0-Kos

oleh Team Richworks pada 27 April 2018


Duit ada atau tak ada, pemasaran tetap kena jalan. Jadi apa nak buat? Cari teknik marketing 0-Kos!

  1. Tinggalkan komen di blog, status, gambar atau artikel

Idea dan maksud sebenar pemasaran ialah untuk buat orang nampak. Masyarakat, pelanggan, prospek, sesiapa sahaja perlu tahu kewujudan dan kehadiran jenama anda semeluas mungkin. Salah satu cara ialah dengan meninggalkan jejak komen di blog-blog, status, gambar dan artikel oleh individu yang ternama dalam Internet.

Kenalpasti paling kurang 5 laman blog, atau individu popular dalam niche anda. Facebook, Instagram, Twitter, YouTube, platform blog, Linked-In atau apa jua media sosial, anda perlu kenalpasti. Baca artikel-artikel atau status yang dikeluarkan dan tinggalkan komentar di situ secara berkala. Komen anda perlulah sekurang-kurangnya berkaitan dengan artikel dan status yang anda baca. Jangan tunjukkan anda sedang spam dengan komen yang tiada kena mengena. Pastikan nama anda sepadan dengan nama dan jenama yang anda mahu perkenalkan. Bila pembaca lain membaca komentar anda, mereka akan terbiasa dan akan mula bina satu rasa ingin tahu. Dari situ, mereka akan mula selidiki dan follow anda pula. Komen berkualiti memberikan imej baik pada jenama anda. Jadi anda perlu komen yang murni dan membina.

  1. Jalankan pertandingan, cabutan bertuah atau giveaway

Walaupun ramai pihak yang telah menyalahgunakan terma-terma ini dengan mengadakan pertandingan palsu semata-mata untuk menarik likes dan followers, teknik ini masih boleh anda gunakan. Berikan hadiah-hadiah yang jadi idaman ramai, atau berikan saja voucher. Pastikan anda tak menjadi seperti scammer lain, dan jalankannya dengan jujur.

Anda boleh letakkan syarat perlu share, tag, like, dan pelbagai syarat yang anda rasa munasabah. Tentukan tarikh akhir dan patuhi. Iklankan jenama anda melalui pertandingan-pertandingan sebegini dan biarkannya viral. Kongsikan dengan kerap dan sentiasa ingatkan mereka tentang hadiah-hadiah anda.

  1. Bina program referal

Pemasaran paling menguntungkan ialah anda buat sekali, keuntungan datang berkali-kali, secara automatik dan organik tanpa terlalu banyak usaha yang perlu diberikan.

Program affiliate atau program referal mungkin tak sesuai untuk semua jenis bisnes, tapi anda tak akan tahu ia sesuai atau tidak selagi anda tak cuba.

Berikan insentif pada pelanggan anda yang membuat referal pada pelanggan lain. Tak perlu mewah, tapi cukup dengan sesuatu yang bermakna dan bernilai pada pelanggan anda. Contoh, anda boleh berikan sejumlah voucher untuk setiap satu referal mereka.

  1. Hashtag

Hashtag atau tanda pagar # sangat popular di internet. Buat satu hashtag anda sendiri dan gunakan setiap kali anda membuat posting. Ianya mudah dicari, dan pada setiap klik, semua yang berkaitan dengan hashtag tersebut akan terpapar di skrin pelanggan anda. Ia mempunyai potensi untuk viral.

Fikirkan satu hashtag yang mengikut perwatakan jenama anda, yang kelakar, tegas atau apa jua yang sesuai dan maksimakan penggunaannya.

  1. Berinteraksi dengan peminat anda

Pelanggan dan peminat sangat suka dimanjakan. Anda boleh memanjakan mereka, berinteraksi dengan mereka dan tunjuk bahawa anda sayang mereka juga dengan cara like dan balas komen mereka, share testimoni mereka dan sebagainya. Jangan sekadar mengharapkan interaksi mereka pada anda. Anda perlu usaha juga.

Cara ini akan buatkan mereka lagi sayang dan sukakan anda dan jenama anda. Mereka akan ‘dengar cakap’ anda dengan lebih mudah dan akan tarik rakan-rakan mereka untuk sama-sama ‘dengar cakap’ anda.

Pemasaran tak semestinya perlu gunakan kos kewangan yang banyak. Ia perlukan kebijaksanaan anda untuk pilih cara apa yang sesuai dengan anda dan tahap kewangan anda. Yang pasti, jangan pernah berhenti untuk bereksperimen dan jika ianya berjaya, teruskan dan cari lagi cara yang akan menambahkan hasil anda.

 

5 Langkah Untuk Bina Strategi Pemasaran Yang Gila!

oleh Team Richworks pada 27 April 2018


Untuk dapatkan hasil yang gila-gila, strategi pemasaran anda perlulah ke tahap itu juga. Tak semua pelan pemasaran adalah bagus. Ia perlukan kualiti tertentu supaya ia menepati apa yang anda mahukan dan ia boleh dipanggil sebagai pelan yang berkesan – menukar prospek kepada pelanggan dan seterusnya pelanggan setia.

Ada 5 rangka utama yang membezakan antara pelan pemasaran biasa dan yang gila-gila.

1) Fokus dalam pasaran

Sasaran pasaran perlu jelas. Pasaran umpama sebuah lautan yang sangat luas. Perlu tahu di mana perlu ditinggalkan umpan dan untuk memilih umpan yang sesuai, perlu tahu siapa yang akan makan umpan tersebut. Adakah ikan besar, ikan kecil, atau hidupan laut yang lain? Kecilkan skop hingga anda tahu dengan tepat apa yang perlu anda buat untuk siapa. Contoh dalam industri fesyen, anda perlu pilih antara lelaki atau wanita sebagai fokus utama. Kanak-kanak atau dewasa. Berapa lingkungan umur mereka. Apa demografiknya, seperti tempat tinggal, bandar atau kampung atau pinggir? Berapa pula lingkungan pendapatan mereka?  Kesemuanya perlu dikenalpasti supaya fesyen baju anda, contohnya, mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada sasaran pasaran anda. Anda turut perlu tahu apa yang mereka suka, tak suka, perlu dan tak perlu.

2) Fokus pada produk

Bergantung pada sasaran anda tadi, setelah anda ketahui apa yang mereka perlu, dan suka, anda fokus pada pembinaan produk anda. Jika fokus anda contohnya wanita bekerjaya dan berkeluarga di bandar yang kurang masa untuk memasak, sebagai pengeluar bahan masakan, anda mungkin boleh menyediakan sesuatu yang bersifat instant, sedap dan berkhasiat untuk mereka turut dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ibu rumahtangga dengan cemerlang. Atau mungkin jika anda adalah peruncit, anda boleh menyediakan khidmat penghantaran barang runcit tanpa perlu mereka ke kedai anda. Sama juga jika anda penyedia makanan bermasak, khidmat penghantaran ini sangat berpotensi untuk mendapat sambutan tinggi.

3) Pastikan pelan anda mempunyai pulangan hasil yang boleh diukur

Anda perlukan satu garis masa yang berfungsi. Setiap satu pelan anda perlu mempunyai tarikh akhir, fasa demi fasa yang terperinci dan jangkaan spesifik hasil yang dimahukan. Anda perlu analisa setiap satu hasil pelan anda, adakah ianya 100% berkesan atau tidak. Adakah ia perlu lebih masa, atau ada lagi fasa yang boleh anda perbaiki? Jika matlamat anda sekadar mahukan produk berkualiti yang disukai ramai tanpa menetapkan apa kriteria sebenar bagi perkataan berkualiti itu, dan siapa ‘ramai’ yang dimaksudkan, anda belum lagi mempunyai pelan yang kukuh.

Begitu juga jika sasaran anda untuk mendapatkan jumlah jualan RM1 juta setahun, pastikan setahun yang anda rancangkan itu benar-benar lengkap dan menjurus pada matlamat anda.

Pelan anda perlulah mampu dan boleh dicapai mengikut waktu yang anda tetapkan.

4) Kebertanggungjawaban

Jangan terlalu bergantung pada kumpulan-kumpulan kerja yang anda sudah bahagikan tugas. Kadangkala, tugasan berkumpulan lebih lambat atau kurang efektif berbanding tugasan individu jika tidak dikawal selia dengan betul. Jika anda benar-benar sudah mengikat ‘kepala’ kumpulan tersebut dan mereka boleh mengawal anak buah tanpa seliaan anda, kebarangkalian hasil anda hebat adalah tinggi tapi jika anda masih was-was atau belum yakin dengan ketua-ketua kumpulan ini, mungkin anda patut lebih fokus pada tugasan individu. Senaraikan tugas yang spesifik bagi setiap individu dalam organisasi anda.

Berikan pemerhatian dan sokongan penuh anda sebagai pemilik bisnes atau syarikat, dan berikan habuan bagi setiap kejayaan dan kegagalan sebagai pemangkin untuk mereka capai target.

Semua orang termasuk anda perlu tahu, faham dan laksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah, dan mereka perlu tahu juga akibat jika gagal mendapat hasil yang dimahukan.

5) Semakan dan maklum balas

Pelan pemasaran adalah sebuah proses yang boleh berubah mengikut  persekitaran dan situasi, bukan sesuatu yang statik dan tetap. Itu kepentingan pelan sampingan supaya jika ada halangan dalam garis masa pelan anda, anda mampu untuk teruskan berjalan ke hadapan dengan strategi berbeza. Setiap hari pelan dan strategi anda perlu dinilai semula adakah ianya relevan. Di sini nampak pula kepentingan mesyuarat atau perbincangan ringkas setiap pagi untuk melaporkan progres dan cabaran yang dihadapi. Jika bukan setiap hari, lakukan ia setiap minggu. Ini penting supaya pelan pemasaran anda tidak ketinggalan dan sentiasa sesuai dengan sasaran pasaran.

Contoh paling mudah ialah penetapan harga bagi barangan basah, makanan atau runcit. Mungkin akan berlaku kenaikan harga pengeluar yang membuatkan anda terpaksa menilai semula harga akhir yang dikenakan pada pelanggan.

Anda perlu semak secara berkala pelan anda dan ambil kira maklum balas ahli organisasi anda, prospek dan juga pelanggan anda dari masa ke semasa.

Jika anda ada 5 rangka utama ini semasa membentuk strategi pemasaran anda, insyaAllah pelan anda kukuh dan boleh memberikan hasil yang gila!

 

Cara Untuk Bergelar Pakar, Biarpun Anda Belum Pernah Dikenali

oleh Team Richworks pada 27 April 2018


Sebagai seorang usahawan, anda perlu kreatif dalam menentukan kedudukan anda dalam pasaran dan untuk dikenali. Ramai yang ingat mereka perlukan sijil-sijil yang bertimbun untuk memiliki pengaruh dan kedudukan dalam pasaran dan di mata pelanggan.

Jom lihat cara mudah dan cepat bagaimana anda boleh bergelar pakar dan menjadi orang yang disegani dalam pasaran anda.

Tampilkan masalah yang anda ingin selesaikan dengan jelas

Anda hanya boleh jadi pakar jika anda mampu untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan bidang anda dengan mudah dan cepat. Ia menunjukkan anda benar-benar mahir dengan bidang anda. Contohnya, jika anda seorang pengusaha produk makanan, masalah apa dalam masyarakat yang anda mampu selesaikan? Adakah berkaitan makanan tradisi, moden, atau instant? Anda mampu kenalpasti apa masalah yang anda perlu selesaikan jika anda tahu apa sasaran anda perlukan. Satu cara, anda perlu bertanya prospek dan pelanggan sedia ada, selain membuat pemerhatian, survey dan kajian.

Contohnya, anda tahu di kawasan sasaran anda, prospek anda sangat memerlukan khidmat penghantaran makanan bermasak yang sedap, berkhasiat dan pantas kerana isi rumahnya kebanyakan adalah wanita bekerjaya yang kurang waktu untuk memasak buat keluarga, jadi anda sediakan servis tersebut.

Sebaik sahaja anda dapat kenalpasti poin ini, anda perlu fokus untuk marketkan diri anda sebagai penyelesai masalah ini secara spesifik.

Jadi, anda perlu kenalpasti masalah pelanggan yang paling utama yang mampu anda selesaikan yang nilai yang mampu anda beri.

Tonjolkan results dengan pantas untuk buktikan anda bernilai tinggi

Banyak benda boleh buat anda terleka dalam bisnes. Kadangkala bila sibuk dengan pelan pemasaran, anda akan terlupa dengan produksi, dan macam-macam lagi jika anda tidak betul-betul terurus. Tapi ada satu benda yang anda tak boleh lupa – results. Hasil, testimoni, yang anda dapat, anda perlu sentiasa tonjolkan. Lagi cepat results anda itu dipertontonkan, lebih tinggi kadar kepercayaan pelanggan pada anda. Sebagai contoh, di Richworks, sebagai platform pendidikan bisnes terbesar, kami mampu menghasilkan results dalam bentuk peningkatan jumlah jualan berganda 3-5 kali dalam masa kurang 6 bulan dengan aplikasi modul kami. Results yang terhasil dari para usahawan yang hadir ke program itu dijadikan sebagai testimoni dan showcase kepada prospek lain.

Bina permintaan tinggi untuk jenama atau diri anda

Gesaan. Ia adalah satu bentuk gesaan yang halus. Sebagai contoh, jika pelanggan membeli dari anda hari ini atau bulan ini, mereka akan mendapat manfaat seperti diskaun, hadiah percuma atau sebagainya. Dengan cara ini, mereka akan bertindak lebih pantas untuk berurusan dengan anda.

Jika anda seorang konsultan, buat tawaran, mereka boleh mendapatkan konsultasi tambahan percuma jika membuat tempahan hari ini (satu jangka masa yang spesifik). Tonjolkan pada pelanggan bahawa khidmat atau produk anda sentiasa ada dan mendapat permintaan tinggi. Bila pelanggan atau prospek anda memulakan tindakan mereka untuk mendekati anda, anda perlu sentiasa bersedia untuk memberikan maklum balas dengan segera, untuk membina kepercayaan bahawa anda seorang yang pantas, dan berupaya memberikan pertolongan pada mereka bila-bila masa yang mereka perlu. Biar mereka rasa ada sedikit atau lebih rasa bergantung pada produk dan khidmat anda.

Untuk jadi seorang yang pakar di mata pelanggan anda sebenarnya tidak sukar. Ia tak perlukan sesuatu yang kompleks. Anda hanya perlu pastikan pelanggan anda yakin, anda mampu fahami dan selesaikan masalah mereka dengan tepat dan berkesan, dan anda pasti memiliki deretan peminat tegar anda sendiri.

 

Jangan jadi seperti Kak Ani! Dulu wanita ini berbisnes tapi sangat tersiksa. Sekarang dah mampu hidup lebih baik

oleh Team Richworks pada 20 April 2018


Apa tujuan kita berniaga?

Adakah kita berniaga untuk hidup lebih susah dari makan gaji?

Adakah kita berniaga hanya untuk kais pagi makan pagi?

Apalah maknanya kalau korang berniaga tapi anda masih hidup susah?  Masih tak ada duit? Masih ada banyak hutang piutang? Apa maknanya kalau berniaga bertahun-tahun, tapi duit yang dapat hanya untuk bayar hutang, beli stok dan pusing ikut situ saja…?

Kami nak share sikit kisah Kak Ani, seorang peniaga nasi lemak di Klang.  Dia berniaga sebab nak tanggung kehidupan dia dan anak. Dah lama dia berniaga, tapi keadaan perniagaan dia sangat teruk. Dia berniaga macam peniaga lain jugak. Kena keluarkan modal untuk beli stok harian, beli beras, telur, ikan bilis, timun, cili…semualah.  Setiap hari dia ke pasar awal-awal pagi untuk beli bahan.

Tapi…setiap hari dia berniaga teruk-teruk, terpaksa berpenat lelah, tak cukup tidur, awal-wal pagi lagi dah kena bangun untuk masak nasi lemak, sambal dan lauk pauk, malangnya dia masih hidup menderita.  Kak Ani tak faham, macam mana nak dapat duit dari perniagaannya.  Duit jualan nasi lemak setiap hari hanya untuk beli bahan untuk jual nasi lemak hari esok! Siksanya lah,,,

Sampai bila nak jadi macam tu? Sampai bila nak kaya? Macam mana nak uruskan duit bisnesnya? Macam mana perniagannya nak jadi lebih besar? Kenapa dah berniaga tapi masih tak ada duit? Itu soalanhya kat diri sendiri setiap hari..

Ada masanya, Kak Ani menangis bila masa nak bayar pembekal. Menangis kat pasar ketika nak bayar peniaga lain, sebab dia terpaksa keluarkan duit bisnes yang ada dan terpaksa teruk-teruk lagi berbisnes untuk bayar kos hari esoknya…

Sehinggalah satu hari beliau terbuka hati nak belajar dengan Tuan Jerry Rizal.  Mula-mula Kak Ani risau sangat sebab takut tak faham bahasa yang digunakan. Ye lah, Kak Ani tak berpelajaran tinggi. Tapi Kak Ani, tetap juga tabahkan hati, sebab dia dah tak tahan lagi berniaga tapi tak nampak hasilnya. Kak Ani belajar, macam mana nak uruskan duit bisnes, kenapa nak kena simpan duit dalam bank hari-hari, kenapa perlu ada akaun bank perniagaan dan bukan akaun personal.  Kak Ani belajar macam mana nak rekod jualan setiap hari,  Kak Ani tak pandai guna komputer tapi Kak Ani guna buku lejer.  Pakai tulis je.  Kak Ani belajar macam mana nak buat profilling kewangan yang betul. Bila masa nak keluarkan duit untuk beli stok, macam mana nak uruskan duit untuk beli stok dan banyak lagi ilmu.

Tak lama lepas tu, Kak Ani mula nampak hasilnya.  Kak Ani mula jelas macam mana nak setkan harga nasi lemak, dan nak uruskan kosnya.  Kak Ani dah mula nampak duit kat akaun bank.  Dah ada simpanan!  Kak Ani pun dah tak kelihatan kusut lagi, dah boleh pakai tudung cantik-cantik dan blink-blink…dan yang paling best, Kak Ani dah mampu dapat pinjaman dari bank! Dengan akaun bank yang cantik, dan ilmu profiling dari Tuan Jerry, akhirnya Kak Ani dah rasa hasilnya.  Hasil duit bisnesnya.

Jangan ingat hanya peniaga gerai macam Kak Ani je perlu tahu ilmu macam ni.  Makin besar perniagaan anda, makin banyak ilmu anda perlu tahu. Masalahnya, ramai peniaga rasa syok sangat nak buka bisnes, tapi ilmunya tak ada.  Tak tahu urus bisnes, tak tahu ilmu cashflow, tak tahu tentang cukai pendapatan, cukai korporat dan cukai bisnes. Tak tahu tentan GST! Tak tahu faedah dan perbezaan antara Sdn Bhd dan Entreprise serta PLT. Ada yang tak tahu urus akaun, tak ada akaun syarikat pun…gila ke apa!

Ramai peniaga ambil mudah perkara seperti ini.  Mereka fikir setakat ada bisnes dan buat duit hari-hari dah OK, tapi mereka tak sedar bia mereka tak uruskan bisnes sebaiknya akibatnya

  • Satu hari mereka tak akan sedar duit bisnes hilang macam tu je kerana akaun tak terurus,
  • Mereka tak sedar mereka terpaksa bayar denda yang banyak sebab tak bayar cukai dan GST, atau paling teruk boleh dikenakan tindakan undang-undang.
  • Bila mereka nak buat loan nak besarkan bisnes, loan kena reject sebab akaun tak cantik, tak ada profiling kewangan yang bagus.
  • Staf tak kekal lama, asyik keluar masuk atau yang tingga pun semua yan gada masalah dan tak berdisiplin

Masa tu baru baru nak sedih..dah terlambat leee…

Sepanjang Richworks ditubuhkan semenjak 2008, kami dah jumpa ramai peniaga yang ada masalah macam ni.  Pandai buat duit, pandai nak berniaga tapi tak pandai nak uruskan perniagaan.  Sebab tu perniagaan tak tahan lama, sekejap lepas tu akan melingkup. BIla buka lagi perniagaan lain, hasilnya tetap sama.

 

Takkan Anda Nak Biarkan Bisnes Anda Melingkup?

oleh Team Richworks pada 20 April 2018

Ramai usahawan/peniaga/founder buat bisnes tapi tak tahu macam mana nak urus duit bisnes yang masuk?Ramai yang tak ‘nampak’ duit bisnes? Setiap hari ada sales tapi tak rasa untungnya. Tak tahu untung ke mana?

Puncanya ialah sebab tak tahu Nak Urus Duit Bisnes atau Cashflow. Akibatnya, ramai usahawan:

✅tutup bisnes selepas setahun berniaga sebab tak nampak untung

✅bisnes tak boleh nak membesar sebab sentiasa ada masalah duit sedangkan sales masuk

✅peniaga stress dan tertekan kerana makin berniaga makin tak ada duit, nak bayar hutang dan kos pun terpaksa ikat perut.

✅peniaga terpaksa korbankan duit gaji sendiri untuk tampung kos bisnes

✅bisnes tapi kewangan tak terurus. akaun bank tak ada, duit tak masuk akaun, akibatnya profiling tak cantik, susah nak dapatkan loan.

✅masalah hutang bisnes dan personal makin teruk. Takde duit nak bayar hutang sebab tak rekod dan urus duit sales masuk. Silap-silap pihak bank akan datang untuk sita harta.. akibat dah teruk sangat hutangnya..

Anda macam mana? Mahukah anda jadi peniaga yang gagal dalam bisnes sehingga terpaksa tutup kedai dan diistihar muflis?

 

Baca Kisah Sailajah, Wanita Berbangsa India Ini – Bagaimana Beliau Buat Sales Dari RM3,000 Hingga RM 250,000 Sebulan.

oleh Team Richworks pada 16 April 2018

Bagaimana ya? Jika anda boleh tingkatkan bisnes dan jualan anda dari RM3,000 sebulan kepada RM250,000 sebulan, apa perasaan anda? Apa yang boleh anda perbaiki dalam hidup anda? Apa impian anda dan keluarga yang anda boleh tunaikan?

Nak cerita sikit kisah Puan Sailajah Salveekam, salah seorang #AnakDidikDrAzizan yang berasal dari Johor.   Puan Sailajah ini wanita biasa sahaja.  Beliau memang suka berniaga. Dan beliau mempunyai background sebagai akauntan dan bekerja sambilan sebagai part time tutuor.  Cabaran dalam kerja membuatkan beliau nak sangat berniaga.  Dan beliau mula berniaga dengan menyewa kedai kecik lah sangat. Nak panggil kedai pun tak layak rasanya. Hanya mampu sewa sesuku atau 1/4 je dari ruang keseluruhan kedai. Dan ruang kedai tu hanya muat dia seorang je…cer bayangkan?

Bisnes bersusah payah.  Nak recruit agen dan dropship, nak perkenalkan jenama, nak buat sales, nak buat marketing, nak pos barang, semua beliau buat sendiri. Ada masa beliau fikir, dengan sales kurang RM3,000 je lebih baik beliau makan gaji.  Masuk pejabat keluar pejabat, hujung bulan dapat gaji! Bisnes bersusah payah, diri sendiri tak ada gaji sebab sales sikit sangat.  Terpaksa pula fikir nak bayar kos bisnes dan kos diri sendiri.

Susah kan? Hidup penuh dengan tekanan, nama aje peniaga ada jenama sendiri tapi hakikatnya..tak ada apa pun. Sales tak seberapa. Itu apa yang Puan Sailajah rasa.

Tapi satu hari dia tergerak hati untuk hadir ke Program Richworks.  Memandangkan perniagaan yang dah teruk keadaanya, dan tak ada peluang nak semakin berkembang, beliau hadir dan belajar ilmu marketing. Itu pun terpaksa minta bantuan suami untuk bayar tiket, sebab dia dah tak ada apa-apa langsung, kosong! Datang program dengan rasa rendah diri, takut-takut, rasa macam dah tak ada harapan dah. Duduk pun belakang-belakang je.

Dan, dia pun tak faham sangat apa yang dia belajar, dia pun tak dapat nak jangka apa yang beliau akan dapat dari ilmu marketing yang beliau belajar, tapi beliau dah tak ada pilihan.  Beliau balik dan buat je!  Dengan ilmu Zero Kos Marketing yang beliau ada, beliau dah mampu buat sales dari RM3,000 meningkat ke RM30,000.  Dan setiap kali dia pergi program Richworks, salesnya makin meningkat. Sehingga sekarang dari  1 produk beliau dah ada 17 produk atas nama brand sendiri ‘Sailajah’ dan dah ada 2 cawangan di Masai dan Batu Caves.

Dan kini, dengan tindakan secara konsisten melalui teknik Zero Kos Marketing, beliau dah mampu buat RM200,000 – 250,000 sebulan!  Beliau dah minta suaminya berhenti kerja dan bersama-sama berniaga.  Yang paling best dah boleh pergi bercuti setiap 2 bulan sekali dan honeymoon dengan suami tersayang, yang dulu tolong bayarkan harga tiket ke program untuknya. Itu memang impian hidupnya.

Jangan tak percaya, dengan ilmu dan tindakan bisnes apa pun boleh berjaya.  Masalahnya, ramai orang berniaga dan buat marketing dengan ikut-ikut orang sahaja tanpa faham dengan betul.  Yang lebih teruk, terpaksa keluarkan kos marketing tinggi tanpa tahu arah tujuan marketing tu, untuk apa, untuk siapa dan apa targetnya. Akibatnya, banyak duit dibazirkan untuk marketing yang tak memberikan hasil. Sales tak ada.  Akibatnya, bisnes makin jatuh, hutang makin banyak, hidup makin serabut kerana penuh dengan masalah.

Kami yakin anda taknak ada kehidupan yang macam ni.  Musim Ramadhan dan Raya dan hampir sangat. Jenama besar dah start buat kempen hebat.  Peniaga baru dah mula tumbuh macam cendawan, anda macam mana? Apa persediaan anda?  Adakah anda mahu bisnes anda tenggelam dan tak beri hasil di musim Ramadhan dan Raya ini?

 

 

Apa Akibat Tak Bayar Cukai Pendapatan?

oleh Team Richworks pada 13 April 2018

Setiap tahun, bulan April adalah bulan yang penting. Kenapa? Bukan sebab April ni birthday korang tapi April ialah bulan untuk korang declare cukai pendapatan individu korang.

Tak kira anda kerja atau bisnes, mesti buat ni. Tapi korang tahu ke apa benda ni..?

Korang mesti tertanya-tanya, mengapa perlu patuh kepada undang-undang melibatkan Lembaga Hasil Dalam Negeri? Apa pentingnya?

Ni kami nak bagitau sikit, kalau korang tak jaga bab cukai pendapatan akibatnya…

  1. Akan kena denda dan ini melibatkan kebocoran cashflow atau poket korang
  2. Disekat daripada terbang atau travel ke luar negara, ini akan beri kesan besar kepada reputasi dan menyusahkan anda sendiri
  3. Pegawai dari Lembaga akan datang visit ke pejabat anda dan anda perlu spend time untuk entertain pegawai mereka (kena menjawab le…)
  4. Berisiko dikenakan tindakan mahkamah dan kesalahan samada didenda akan dipenjara!

Jadi disebabkan itu, kami di Richworks mahu share tentang ilmu asas melibatkan CUKAI PENDAPATAN. Supaya anda boleh elak situasi di atas daripada berlaku.

Sebab tu kami adakan Smart Income Tax Talk yang diadakan buat kali pertama hanya nak bantu korang declare cukai pendapatan individu sebelum tarikh tutup pada 30 April 2018 ini..

Sesi khas ini akan dijalankan oleh Tuan Nasrul Hadi, Akauntan Bertauliah – Malaysia Institute of Accountants (MIA). Di mana beliau akan share ilmu teknikal ini menggunakan bahasa yang lebih mudah difahami.

Objektif sesi ini adalah untuk pastikan korang dapat ilmu untuk patuh kepada cukai pendapatan. Takdelah asyik tak tahu apa-apa tentang cukai.

Selain itu, beliau akan share pelbagai manfaat yang anda akan raih jika patuh kepada undang-undang melibatkan CUKAI PENDAPATAN. Bayar cukai pun ada manfaat tau..

Amacam? Apa korang rasa?
InsyaAllah, bila ada ilmu ni korang takkan takut kat cukai lagi.

 

Sales Tak Masuk Walaupun Dah Buat Marketing Dah Keluarkan Kos Tinggi? Salah Kat Mana? Seminar Zero Kos Marketing Dilancarkan!

oleh Team Richworks pada 11 April 2018

Apa masalah korang bila buat marketing?

Apa kerisauan korang bila buat marketing?

Bayangkan, apa akan jadi bila korang keluarkan kos marketing tinggi, riban-riban, tapi sales masuk seciput?

Target sales bulanan semua ke laut! Hutang makin bertambun! Plan nak raya semua hancus! Camne? Anda tahu tak, bila anda gagal buat sales, tapi kos marketing semakin bertambah bisnes anda ada potensi nak melingkup.  Apa anda rasa bila bisnes anda terpaksas ditutup sebab anda tak buat sals, dalam amsa yang sama masih kena bayar hutang-hutang bisnes yang ada…perit kan!

Sebab itu kami nak bantu anda dengan satu ilmu dari Dr Azizan Osman, ilmu yang dah terbukti berjaya, yangdah bantu ramai anak didik Dr Azizan Osman, buat sales tanpa terpaksa belanja besar dengan marketing.

Anda tonton video apa kata mereka tentang ilmu Zero Kos Marketing.

 

 

Dari Student Jual Gadget, Kini Dah Ada Produk Sendiri – Apa 3 Perkara Penting Tentang Cashflow Yang Tuan Eddie Asuan Pelajari

oleh Team Richworks pada 02 April 2018

Sekarang ni, ramai orang ada bisnes.  Cuba tengok sekeliling kita, jiran-jiran, kawan-kawan, kawan sekolah, saudara mara ramai yang ada bisnes.  Samada jadi dropship, agen atau ada kedai sendiri, atau ada produk sendiri, pendek kata ramai orang kita sekarang ni dah ada ‘business minded’.

Alhamdulillah. Ini perubahan yang bagus sebenarnya.  Semuanya wujud bila ada kesedaran tentang pentingnya nak ada kehidupan yang lebih baik, peningkatan dari segi kewangan dan keinginan yang kuat untuk capai impian dan hidup lebih baik.

Tapi, nak tubuhkan dan mulakan bisnes adalah perkara yang mudah.  Yang susahnya, ialah nak bertahan buat bisnes yang sama dan terus majukannya.  80% bisnes takkan bertahan dalam tempoh 3 tahun pertama.  Kalau bertahan pun akan sakit dan tenat sebab, tak ada ilmu bisnes yang betul dan tak pandai nak urus cashflow.

Beliau dah sertai Program Richworks semenjak 4-5 tahun lalu, ketika itu beliau masih belajar dan berniaga gadget dan power bank untuk pelajar-pelajar universiti. Masih ingat lagi, beliau pernah hadir ke program Richworks dalam keadaan baru lepas kemalangan!  Kalau orang lain dah pasti takkan hadir, tapi beliau tetap hadir..demi nak dapatkan ilmu. Tapi dengan pengorbanan beliau buat, lihatlah di mana dia berada sekarang..

Hari ini, beliau dah ada perniagaan yang lebih besar dan dah ada produk sendiri  Deina Slimax Juice yang diusahakan bersama isterinya.  Beliau sendiri pun dah menjadi ahli Titanium Circle iaitu kumpulan khas yang mendapat mentoring dan coaching dari Dr Azizan Osman.

Tapi, beliau tetap hadir dan hadir cari ilmu lagi. Baru-baru ini beliau hadir ke Program Smart Cashflow Management (SCM) di mana beliau ada kongsikan tentang betapa pentingnya program SCM ni.  Kata Tuan Eddie “Peniaga perlu ada attitude Cashflow, sikap untuk ambil tahu tentang cashflow.  Ilmu cashflow adalah sangat penting dan kalau di tempat lain harganya adalah lebih mahal dan sangat sukar nak difahami.”

Beliau juga kata dalam Program Smart Cashflow Management, beliau belajar tentang ilmu macam mana nak sorok duit! Haa..ini ilmu penting sebab manusia ni, tak boleh tengok duit, mesti ada saja yang nak dibelanjakannya.  Tuan Eddie juga kata beliau mula sedar kepentingan untuk tahu tentang rekod cashflow setiap hari sebab ini duit bisnes kita, cashflow adalah yang menentukan untung rugi bisnes, dan akan membantu untuk kita buat perancangan bisnes akan datang dari segi budget, kempen marketing, promosi, sales.

Ramai usahawan tak faham perkara ni.  Mereka fikir, bila nak buat promosi, pakai buat je..ikut kedai sebelah buat dia pun buat.  Tapi tak tengok keadaan cashflow macam mana?  Target sales berapa? Adakah potongan harga yang dibuat boleh bantu aliran cashflow masuk, atau lagi menyebabkan cashflow lagi banyak keluar?

Ini semua apa yang anda perlu tahu sebagai usahawan.  Cashflow ni ibarat darah yang mengalir dalam tubuh badan.  Kalau kita tak jaga, tak beri makan yang berzat, ianya boleh rosakkan seluruh tubuh.

Kami sedang mencari usahawan yang nak belajar tentang ilmu pengurusan cashflow, yang risau tentang aliran duit bisnes yang tak direkod dengan baik, yang rasa penat berniaga tapo tak nampak duit dan untungnya, yang bimbang dan takut bisnes akan tutup sebab setiap hari tak tahu duit bisnes pergi mana.

 

11 Tahun Berniaga, 10 Tahun Gagal. Wanita Ini Berniaga Tanpa Ilmu Dan Hanya Mampu Tambah Hutang.

oleh Team Richworks pada 30 March 2018

Apa perasaan anda, bila hidup dikelilingi hutang? Apa perasaan anda bila kereta terpaksa ditarik kerana anda tak mampu nak buat bayaran bulanan kepada pihak bank? Dan, apa perasaan anda bila pihak bank dah berdiri depan pintu rumah, bersedia untuk sita barang-barang  dan rumah anda, akibat anda ada bayaran tertunggak yang banyak kepada pihak bank?

Berniaga, bunyinya memang indah tapi langit tak selalu cerah bagi mereka yang sumber pendapatannya hanya dari perniagaan lebih-lebih lagi bila berniaga tanpa ilmu. Puan Laili Raoh ini telah berniaga selama 11 tahun dan sepanjang 10 tahun perniagaannya, beliau langsung tak merasa untung!

Yang paling pedih, bila beliau terpaksa melihat suaminya dicerca dan diperli oleh keluarga sendiri kerana bisnes yang tak berjaya.  Dan bila pihak bank dah bersedia untuk sita barang-barang rumahnya, Puan Laili hanya mampu berbisik dalam hati “apa yang dah aku buat untuk bantu bisnes sendiri? Apa yang aku dah buat untuk bantu suami?  Sedangkan aku mampu buat lebih baik.”

Mendengar cerita dari beliau, ramai yang rasa sedih dan terkesan.  Tapi berapa ramai yang sedar, ini sebenarnya perkara biasa yang berlaku kepada ramai peniaga di luar sana yang berniaga bertahun-tahun tapi gagal nak rasa untung.

Puan Laili yang merupakan pemilik kepada produk kecantikan iChantique ini bersyukur kerana telah dibukakan hati untuk hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & kejayaan (IMKK) pada sekitar tahun 2016.  Pada ketika itu beliau hadir tanpa apa-apa, hanya bawa hati dan hutang keliling pinggang. Hadir pun setelah dipaksa oleh suaminya kerana beliau sendiri dah seperti putus asa.

Bermula dari situ, Puan Laili terus tabah membina bisnesnya. Beliau mula hadir ke Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan mula bertindak mengikut ilmu yang dipelajari dari Dr Azizan Osman. Berbekalkan semangat dari kegagalan lama, dengan niat nak bantu suami akhirnya beliau mula nampak sinar cahaya.

Dari bisnes yang penuh hutang, beliau mula membuat jualan mencecah RM25,000 sebulan dan dengan ilmu dan komitmen belajar setelah setahun bersama Richworks beliau kini dah mampu buat jualan mencecah RM3.5 juta setahun.

Kegagalan lalu membuatkan Puan Laili makin kuat berusaha.  Beliau kini menjadi idola kepada ramai agen dan stokistnya, yang kebanyakannya terdiri dari surirumah yang ingin membantu suami meninggikan tahap ekonomi keluarga.

Kerana beliau tahu dan faham erti sakitnya dihina, dan sakitnya hidup berhutang keliling pinggang, dan siksanya dikejar pihak bank, beliau kini terus berusaha untuk bantu orang lain supaya mereka tak terima pengalaman buruk yang sama sepertinya.

Bak kata Dr Azizan Osman “Semakin besar cita-cita dan harapan, semakin kita kenal untuk apa dan untuk siapa kita berusaha, semakin besarlah tindakan kita.”  Sebesar mana usaha kita, bergantung kepada sebesar mana impian mahu hidup lebih baik dari sebelumnya.

 
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start