5 Kesilapan Manusia Sering Buat Kepada Diri Sendiri.

oleh Azizan Osman pada 28 April 2017

5 Kesilapan Manusia Sering Buat Kepada Diri Sendiri - 000

Siapa nak mengaku silap sendiri?  Betul tak?  Baik sorokkannya kat mana-mana, bukannya ada orang nampak.  Tapi, ramai tak sedar, dalam kita nak menyorok kesilapan kita, makin lama, makin banyak kita akan buat kesilapan baru.  Dan kesilapan inilah yang akan memakan diri kita sendiri.  Kesilapan inilah yang buatkan kita tak mampu nak ubah kehidupan menjadi lebih baik.

Di hari Jumaat yang mulia ini, kami nak ajak bersama-sama muhasabah diri sikit dan fikirkan 5 kesilapan yang manusia sering lakukan kepada diri sendiri ini.

1. Sabotaj Diri Sendiri.

5 Kesilapan Manusia Sering Buat Kepada Diri Sendiri - 001B

Selalunya, orang yang bunuh diri sendiri ialah diri sendiri.  Macam mana pulak tu?  Dalam diri kita selalunya ada dua suara hati.  Suara hati yang baik dan suara hati yang jahat.  Selalunya, suara hati yang baik, sering ajak kita untuk berbuat kebaikan, nak berusaha lebih, nak cari ilmu tapi malangnya, suara hati jahat yang selalu membunuh cita-cita kita.

Bila diri dan akal kita tak kuat, suara hati yang jahat ni akan bersuara lebih kuat dari suara hati yang baik.  Dan tubuh badan kita akan buat tindakan ikut suara hati jahat sebab kita gagal nak melawannya.

2. Takut.

5 Kesilapan Manusia Sering Buat Kepada Diri Sendiri - 002B

Ramai orang biarkan ketakutan menguasai fikiran dan hati mereka.  Tak salah untuk rasa takut, itu normal tapi membiarkan ketakutan menguasai fikiran, menguasai hati dan perlakuan kita itu tak normal.

Masalahnya, ramai yang tak tahu, benda yang kita takutkan tu hanya didalam perasaan dan fikiran.  Ianya tak berlaku lagi.  COntohnya, kita takut gagal dalam bisnes sedangkan kita tak mula berbisnes lagi, kita takut sakit bila jatuh basikal, sedangkan kita tak mula kayuh lagi.

Ingat masa kita kecil, kita hidup tanpa ketakutan.  Lihat apa perkara yang kita boleh capai waktu itu.  Mana lingkang yang kita tak lompat, mana pokok tinggi yang kita tak panjat.  Cuma bila dewasa, kita banyak sangat biarkan pengalaman dan faktor sekitar serta cakap-cakap orang kuasai hati dan fikiran kita.  So jadilah kita penakut!

3.  Malas Belajar.

5 Kesilapan Manusia Sering Buat Kepada Diri Sendiri - 003B

Orang yang malas nak tambah dan tingkatkan ilmunya adalah manusia yang sangat rugi.  Mereka macam katak di bawah tempurung.  Duduklah dalam kegelapan dan ruang yang sempit, dan tak tahu apa yang berlaku di luar, dan tak tahu bahawa dia boleh lompat di kawasan yang lebih luas di luar tempurung.

Bila malas belajar, banyak peluang kita akan terlepas.  Peluang nak perbaiki diri, nak tingkatkan pendapatan, nak tambah kejayaan dan macam-macam lagi. Ada juga orang yang rasa bijaklah sangat, sehingga tak rasa perlu untuk menuntut ilmu.  Mereka rasa maklumat semua ada di dalam otak atau di hujung jari sedangkan sebenarnya dia tak tahu apa yang dia tak tahu. Orang yang malas belajar adalah orang yang sangat rugi.  Belajar bukan bermaksud kena masuk universiti, carilah mana-mana sumber ilmu yang dah terbukti, yang ada hasil yang anda rasa dapat bantu anda tingkatkan tahap kehidupan sendiri.

4. Buang Masa.

5 Kesilapan Manusia Sering Buat Kepada Diri Sendiri - 004B

Ramai orang tak suka cakap tentang cita-cita mereka sebab mereka anggap ianya membuang masa.  Memikirkan tentang cita-cita adalah perkara buang masa kerana mereka yakin cita-cita mereka takkan tercapai!  Pelik kan?

Habis tu? Yang asyik buang masa dengan gadget dan hiburan sehingga langsung tak luangkan masa untuk buat tindakan demi nak capai kejayaan ‘tu tak membuang masa, namanya?

Ramai orang suka buang masa dan abaikan cita-cita mereka kerana mereka tak rasa cita-cita mereka penting.  Mereka tak rasa PERLU untuk capai cita-cita dan mereka tak faham apa perubahan yang bakal mereka dapat bila cita-cita mereka tercapai.

5. Ambil Yang Mudah.

5 Kesilapan Manusia Sering Buat Kepada Diri Sendiri - 005B

Kita memang suka ambil yang mudah dan buat sesuatu yang senang.  Yang lebih best, kita suka buat sesuatu yang kita dah tahu macam mana nak buat dan macam mana hasilnya.  Lebih-lebih lagi, hasilnya itu memberi rasa cukup dan selesa kepada kita.

Inilah silapnya!  Bila kita biarkan diri kita berada di tahap selesa, dan bila kita rasakan semua yang kita buat adalah mudah, itu tandanya kita tak meningkat dan tak maju.  Itu tandanya kita berada di tahap yang sama, tahap pendapatan yang sama, tahap kejayaan yang sama, dan tahap kebahagiaan yang sama.

Ditambah pula bila kita ada rasa ‘tak apa, cukuplah apa yang ada’.  Maka, lagi tak berkembang baiklah diri kita.   Jika anda nak berjaya, anda perlu berada di dalam keadaan yang sentiasa mencabar anda untuk buat lebih baik dari sebelumnya. Barulah ada hasil yang lebih baik yang boleh kita banggakan.

#TeamRichworks #ResultMatters

 

5 PANDUAN KEUTAMAAN HIDUP DI DUNIA

oleh Azizan Osman pada 21 April 2017

5 PANDUAN KEUTAMAAN HIDUP DI DUNIA - 000

“Kehidupan dunia akan mencerminkan kehidupan akhirat.”

Sekuat mana tubuh badan dan sebijak mana pun kebijaksanaan otak manusia jika kedua-dua ini tidak digunakan dengan baik dan selari di dunia maka ia akan menjadi satu pembaziran besar di akhirat kelak. Sebagai seorang manusia yang dianugerahkan akal fikiran, anda sebenarnya mampu membina kehidupan di dunia dalam keadaan terbaik sekali jika anda berjaya fokus kepada matlamat KEUTAMAAN HIDUP yang sebenar.

Masih ramai yang terhuyung hayang tidak tahu ke mana arah kehidupan yang ingin dituju. Ini terjadi mungkin disebabkan mereka tidak tahu matlamat hidup yang hendak dicapai kerana tiada siapa yang ingin berkongsi mengajar mereka atau mereka sendiri tidak ingin belajar tentangnya.

Kali ini kami berkongsi 5 panduan asas perkara-perkara yang anda harus pelajari dan inisiatif yang perlu diambil bagi meningkatkan lagi kualiti kehidupan diri di dunia. Anda akan mempelajari bagaimana hendak mengukuhkan kedudukan hati, emosi, akal dan fizikal menjadi selari.

Secara asasnya, setiap individu mempunyai keutamaan hidup yang berbeza. Bagi memudahkan anda, kami mengambil 5 contoh keutamaan hidup yang popular dan sering dimiliki oleh mereka yang berjaya. Berikut adalah 5 contoh keutamaan hidup:

1. Keutamaan terhadap TUHAN.

5 PANDUAN KEUTAMAAN HIDUP DI DUNIA - 001

Bagi yang beragama Islam, anda wajib memahami bahawa Allah SWT merupakan sumber alam yang paling hebat dan tiada lagi yang sehebat dariNya.

Untuk mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat, anda wajib mengikut segala perintah yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Hanya dengan izin Allah SWT sahaja anda boleh menikmati kejayaan hidup yang diimpikan.

Dengan memahami semua ini, anda wajib memberi keutamaan yang paling tinggi kepada Allah SWT. Wajib menjaga solat, melaksanakan perintahNya serta menyayangi RasulNya akan membuatkan hidup anda lebih harmoni, ceria dan teratur.

2. Keutamaan terhadap IBUBAPA.

5 PANDUAN KEUTAMAAN HIDUP DI DUNIA - 002

Pernahkah anda mendengar pepatah yang mengatakan “Ibubapa umpama keramat hidup di dunia?”

Doa ibubapa merupakan doa yang sungguh hebat terutamanya doa dari seorang ibu, kerana ibu telah diberi kelebihan istimewa di mana setiap doa ibu yang diminta dariNya, Insya Allah mudah dimakbulkan. Ini bermakna, rezeki, kebahagiaan, keuntungan dan kejayaan akan datang dengan penuh rahmat jika ibubapa mendoakannya untuk diri anda.

Menjaga ibubapa umpama menjaga rezeki seumur hidup. Menjaga mereka dengan penuh kasih sayang dan bertanggungjawab akan membuatkan lagi hidup anda lebih bermakna.

3. Keutamaan terhadap DIRI SENDIRI.

5 PANDUAN KEUTAMAAN HIDUP DI DUNIA - 003

Keutamaan diri sendiri terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:

a. Spiritual (Kerohanian).

Ia merupakan makanan kepada jiwa dan emosi. Untuk mencapai kestabilan jiwa dan emosi, anda perlu mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dengan hanya menyayangi Allah SWT dan RasulNya, jiwa dan emosi ini akan kekenyangan dengan kegembiraan, ketenangan dan keharmonian hidup.

b. Fizikal.

Dengan memiliki tubuh badan yang sihat, anda dapat melakukan segala perkara dengan mudah. Tanpa kesihatan yang baik, anda akan menghadapi kepayahan dalam melaksanakan tugasan dan ia akan mengganggu perjalanan kejayaan hidup anda.

c. Minda.

Minda akan lebih bijak jika ia disajikan dengan ilmu yang berguna. Anda perlu memajukan diri dengan mencari ilmu yang bermanfaat untuk diri sendiri serta orang lain. Dengan ilmu sahaja ianya dapat membezakan tahap kedudukan minda anda dengan orang lain.

4. Keutamaan terhadap ORANG LAIN.

5 PANDUAN KEUTAMAAN HIDUP DI DUNIA - 004

Anda hidup di dunia ini bukan secara berseorangan, anda hidup secara bersama berkongsi dengan orang lain. Telah menjadi lumrah kehidupan di mana yang kuat akan membantu yang lemah, manakala yang lemah perlu membantu diri menjadi kuat.

Jangan kedekut untuk berkongsi kelebihan diri yang ada bersama orang lain. Jika anda seorang yang bijak dalam membina kejayaan dan kekayaan hidup, maka kongsikanlah kebijaksanaan ini kepada orang ramai yang memerlukannya. Manakala, jika anda mempunyai harta kekayaan yang banyak, maka dermakan sedikit darinya kepada anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal, mangsa bencana, pusat-pusat kebajikan atau mereka yang memerlukan.

Percayalah bahawa setiap apa yang anda kongsikan bersama orang lain, anda akan terima habuannya berlipat kali ganda di masa hadapan kelak.

5. Keutamaan terhadap ALAM.

5 PANDUAN KEUTAMAAN HIDUP DI DUNIA - 005

Mesti anda tertanya-tanya kenapa perlunya ada keutamaan terhadap alam. Sekali lagi, anda diingatkan bahawa anda bukan hidup secara berseorangan, masih ada hidupan lain lagi selain manusia.

Cuba anda bayangkan kehidupan anda tanpa sebarang tumbuhan dan haiwan di bumi ini. Bolehkah anda hidup tanpa kedua-dua ini? Disebabkan itu, anda perlu mendidik diri menjadi prihatin terhadap penjagaan alam sekitar dengan tidak membuang sampah merata-rata, mengamalkan kitar semula, rajinkan diri bercucuk tanam, tidak menzalimi hidupan lain dan sebagainya.

Alhamdulillah, sehingga hari ini masih ada lagi pertubuhan-pertubuhan yang dibina khusus untuk melindungi alam ini. Jika anda ringan tulang, sertai pertubuhan berdaftar ini. Mereka memerlukan banyak tenaga sukarelawan untuk membantu menjayakan aktiviti dan program advokasi mereka.

Diharap perkongsian kali ini dapat membantu memberi sedikit sebanyak idea untuk membina matlamat keutamaan hidup dari segi dalaman dan luaran bagi persediaan sebenar erti kehidupan dunia dan akhirat.

#TeamRichworks #ResultMatters

 

Hari ke-6 di Silicon Valley

oleh Azizan Osman pada 25 March 2017

Selepas 5-hari dan masuk hari ke-6 di #SiliconValley dan memahami latest trend, research, technologi dalam pelbagai industri dan aspek. Saya masih tetap ada 2 perasaan:-

Excited dan Ngeri.

Excited dengan potensi bagaimana teknologi AI, VR, AR, Magic Leap, Neuroscience, Exponential Energy, Solar, Blockchain, Bitcoin, Biome, Driverless Car, Lorry, Motor, Space, drone dan banyak lagi. Ia merupakan dunia yang akan memberikan perubahan yang amat amat amat hebat kepada kita (Insha Allah panjang umur dapat melihatnya sekarang dan beberapa tahun ini) dan apatah lagi generasi kita. Sesiapa yang tidak “baca” dan adapt kepada perubahan ni, dinosour jadinya. Kalau usahawan tak adapt? Pupus lebih pantas dari dinosour. Hampir semua graduan belajar perkara yang tidak berkaitan dengan perubahan teknologi yang sedang berlaku. Bank sendiri risau samada bank releven tak lagi beberapa tahun.

Ngeri? Tak nak cakaplah kat sini bab ngeri ni. Semua fakta data dan research yang ditunjukkan….. ermmm…. Malaysia sekarang waktu tidur. Semoga tidak teruskan tidur.

Tak faham tak pe.

P/S Bawah ini contoh food truck di US

 

Hari ke-5 di Singularity University

oleh Azizan Osman pada 24 March 2017

17426365_992624890874068_3308840102724006954_n

Hari ini hari ke-5 di #SingularityUniversity Cuba tengok carta ini! Ini adalah carta kejatuhan jualan di department stores di USA beberapa tahun ini! Menjunam gila! Kenapa? Sebab trend perbelanjaan beralih gila-gila kepada online walaupun mereka masih buat integrated marketing di TV, Billboard, Radio bagai, tetapi mereka drive pengguna membeli secara online di ecommerce website mereka. Jika usahawan tidak faham pattern dan trend terkini, itu tandanya anda sedang mengkebumikan bisnes anda sendiri!

Salam Jumaat di Malaysia. Sini masih Khamis malam.

Insha Allah esok last day! Rindu dah…

 

Hari ke-3 di Singularity University

oleh Azizan Osman pada 22 March 2017

17458125_991127074357183_5335273532715680037_n

Rugi siapa yang tak baca ini!

Hari ini salah seorang speaker dalam #SingularityUniversity di sini bercakap tentang pentingnya seseorang berada ahead of the new trend atau pada peringkat awal sesuatu teknologi. Masalahnya kita tidak tahu apa yang kita tidak tahu kan dan ramai orang buat apa-apa termasuk bisnes tanpa tahu dan faham tentang trend pasaran dan strategi pemasaran. Gambarajah bawah tu adalah menekankan betapa pentingnya untuk orang berniaga tahu dimana dia berada dalam sesuatu kitaran trend dan bisnes. Ini bukan berniaga dulu2, dalam kampung kalau kita berniaga ayam, kita seorang sahaja yang berniaga. Tidak. Ini zaman, kita berniaga apa pun, tidak sampai seminit orang lain tiru. Walaupun tiru tu tiru bodoh tak tahu apa-apa.

Mungkin mula-mula baru nak berniaga atau baru nak UP bolehlah main tangkap muat acah-acah cuba itu ini tetapi sebenarnya bila tahu apa yang orang lain tidak tahu, itulah game yang best dan mudah nak menang.

Tak payah pergi jauhlah. Hari ni orang buat berniaga suka ikut ikutan. Orang berniaga tudung kau nak berniaga. Orang berniaga brooch kau pun nak berniaga brooch. Orang berniaga susu kambing, kau pun nak berniaga sama susu kambing. Orang berniaga produk kecantikan secara online kau pun nak buat benda sama.

Sebenarnya apa? Sebenarnya tidak ada ilmu. Mungkin mula2 jadi tetapi lama-lama? Duit bocor. Duit habis. Bisnes rugi. Kena tukar produk atau servis lain. Macam tulah cycle cara berniaganya bertahun-tahun.

Bisnes ini ada 5 tahap penting:-

1/ Pra-berniaga. Ini tahap yang kenalah buat sedikit kajian pasaran, kajian produk, kajian pemasaran, kajian siapa pelanggan. Apa strategi nak lancarkan dan strategi pemasaran. Masa ni jangan sibuk nak cari staf bagai. Unless memang lahir2 dah ada banyak modal atau duit dari warisan yang nak dihabiskan. Jika tidak pernah bisnes, benda paling mudah adalah jadi ejen produk orang lain. Tetapi….. itu pun nak pilih syarikat mana, siapa founder, apa sistem dan strategi, apa sokongan yang diberikan dan apa target anda? Bukan jadi ejen 100 produk bagai tetapi lepas tu tak buat apa-apa then harapkan pelanggan datang. Macam tu menteri pun nak jadi ejen. Bank tutup sebab semua staf berhenti nak jadi ejen. Bisnes yang solid perlukan langkah yang solid. Hati2 ada industri adalah industri bunuh diri atau lompat bangunan. Jika boleh elak then elak jangan buat.

2/ Mulakan dan sentiasa tetapkan matlamat jualan, pendapatan dan simpanan. Hidup ni kenalah ada impian. Takkan nak income sama sahaja tiap2 bulan? Contoh walaupun jadi ejen takkan nak stay macam tu sahaja kan? Di sinilah pentingnya peranan ilmu. Ingat anak didik saya yang naik hotseat kongsikan peningkatan jualan dan bisnes mereka tu sebab mereka tidak ada ilmu ke? Mestilah tak kan. Ilmu yang proven success akan memudahkan anda bertindak dan buat keputusan lebih bagus then jualan lebih mudah meningkat. Ingat- #ResultMatters. Lebih ramai orang yang dah guna ilmu tersebut dan berjaya then lebih mudah anda nak aplikasinya Insha Allah.

3/ Tahap ni ala-ala adalah duit. Jualan dah boleh capai puluhan ribu ke ratusan ribu. Jika ilmu mengembangkan bisnes tidak mantap, anda akan hadapi keadaan jualan stuck kat satu tahap susah nak naik. Kalau ada pekerja ia bawa banyak masalah. Sistem dan struktur bisnes tidak ada. Dan sistem serta struktur ni tidak perlulah sampai nak belajar sistem syarikat besar dan korporat sangat lagi. Tidak sama. Proses pengurusan usahawan kecil dan sederhana tidak complicated macam syarikat-syarikat korporat. Syarikat korporat pun sekarang banyak buang orang.

4/ Tahap ni lebih complicated. Bila jualan dah masuk ratusan ribu ke jutaan sebulan. Pesaingan makin sengit. Ala-ala strategi pemasaran makin buat makin tak ada kesan. Duit lebih banyak bocor. Sistem, proses dan struktur perlu lebih mantap. Ada 8 aspek penting yang perlu diperkukuhkan dalam bisnes dan ia mengambil masa. Belum campur akaun dan percukaian semakin complicated.

5/ Ini tahap memperluaskan bisnes untuk perkembangan exponential. Ini banyak berlaku especially dalam group #TitaniumPremier dan #TitaniumCircle. Mereka perlu gunakan strategi yang lebih efektif agar bisnes mereka terus terus berkembang dan meningkat berkali-kali ganda. Jualan dah main jutaan mungkin semingga jika bukan sehari. Keputusan kena lebih tepat dan tidak boleh fikir ikut kepala sendiri sukahati kerana anda ada organisasi yang perlu dipelihara. Dan tahap ini jugalah yang perlu banyak gunakan teknologi untuk upgrade game. Ini game yang saya akan upgrade bawa dari Silicon Valley lepas ini Insha Allah.

Penat baca? Nak berjaya tak nak penat then duduk rumah gentel telur dalam peti ais.

Saya share ni bukan dapat apa. Sharing ni sebab nak lihat anak bangsa bangkit buka kepala hotak minda dan hati untuk nampak! Peluang sangat banyak. Jangan salahkan bangsa lain ambil peluang secara global jika kita sendiri tak nak upgrade diri.

Oklah. Sini pun dah malam. Nak tidur. Esok kelas hari ke-4. Macam dah 3 tahun kat sini.

Jangan abaikan apa yang saya kongsikan ni. Tak hari ni esok lusa anda mungkin nak baca. Share dengan kawan2 dengan doa semoga Allah swt beri mereka petunjuk dan kefahaman. Nokia lingkup sebab tak nak berubah, Yahoo pun sama, Kodak pun sama, Walkman pernah dengar? Sehebat2 keris zaman dahulu akhirnya ke muzium jua.

Perkara baik share. Penat taip. Tulis panjang2 ni faham ke?

 

Sambungan Pengalaman Hari Pertama Di Sini

oleh Azizan Osman pada 20 March 2017

17361607_989921891144368_3693718646066270436_n

Ini sedikit sedutan perkongsian saya WA dengan team saya selepas hari pertama kelas di Singularity University.

If now is our critical reflection point. Could we keep the exponentially growth or our business will die soon?

Oil industry in the mid term is going to die. Solar power system will be the next wave and coming fast globally by 2025-2030.

PC will be another history. Mobile phone penetration will be more than 95% globally soon. The way we reach people will have to change. Orang tak baca buku fizikal. Informasi overloaded banyak sehingga orang malas nak membaca. AI dan Robot pula semakin advanced.

AI- Artificial Intelligence and Robot will set to be able to think faster and do things faster than top executives in the world. The hotel I am staying is using robot to deliver things that you need to my room. Like water and towel.

Change is rapid.

Imagine music industry with those days the singer make money just based on how many album they sold?

Imagine kodak tried to sell their physical negative film.

Doctors will be less needed soon when we could diagnose everything digitally. Engineers will less needed.

In Israel, you could now grow new fingers or limb if you lose it. And its happening now.

Aku duduk sebelah IT engineer bawah BAYER Germany. Dia bantu farmer scan pokok dan plantation dan upload. Then sekejap dah tahu masalah pokok2 dan masalah infection apa dan macamana nak treat utk ladang2.

Ada seorg lady dan sebuah company di NY. Mereka kutip puntung rokok. Then analyze air liur pada puntung rokok tu. Then mereka mampu develop muka org yang punya DNA pada rokok tu dengan tepat. Pernah Keluar kat CNN. Bekas air liur sahaja kot.

We have to act 5 years ago.

This class is really crazy. I eat space food and micro bio nutrient for my lunch and dinner.

Manusia akan less diperlukan akan datang untuk bekerja. Probably not now but soon. Kerana AI mind mempunyai exponential growth yang dahsyat. Dulu computer chips adalah sebesar van. Hari ni dengan kapasiti yang lebih tinggi, kos yang rendah, dan saiz yang sekecil lebih kecil dari duit syiling 1 sen. Mereka letakkan chips ini di mana2 alat elektronik menjadikan ianya boleh connected menjadi IoT- Internet of Things.

Internet akan boleh connected guna cable letrik rumah kita sahaja. Dah berlaku dah. Malaysia pun dah start masuk.

Even di SF, Uber sangat banyak dan orang tak perlu risau tentang nak beli kereta. Driverless car bawah uber dan lain2 akan exponentially grow. Dan kereta benar2 akan tidak perlukan pemandu. Sedang berlaku di SFO. Revolusi sharing rumah (AirBnB) hanya bila diperlukan dan office space sedang berlaku juga.

Otak rasa nak meletup first day ni.

Ada 2 perasaan. Excited dan takut.

Excited tentang apa yang sedang berlaku tetapi takut kerana manusia akan jadi tidak diperlukan. Ini bukan dalam movie. Ini real.

Mereka bukan bercakap sahaja. Mereka tunjuk research dan betul2 apa yg telah dibuat seluruh dunia.

Hari ni day 2 kami akan melawat NASA research centre.

Semuanya exponentially growing.

Maksudnya- contoh- dulu kita di Richworks nak develop usahawan sehingga mereka capai 1st million kan ambil masa. Tapi the moment bila kita dah dapat the formula / code, recent 2-3 tahun ini kita mampu develop lebih laju dan semakin laju. Dan semakin ramai capai 1 juta. Bukan setahun tapi sebulan. Exponential growth bila dah ada formula, sistem dan “code”. Universiti ambil masa bertahun hanya nak lahirkan graduan. Belum tentu jadi usahawan apatah lagi jutawan. We are disruptive.

Maksudnya-capacity teknologi adalah berlipat ganda. 2,4,8,16,32,64 exponential capacity setiap beberapa bulan. Bukan tahun.

Semakin pantas double the rate.

Siapa yang slow atau tidak mahu tahu apa-apa akan definitely jadi dinosaur. Pupus.

 

Executive Program dibawah Singularity University SUEP

oleh Azizan Osman pada 20 March 2017

DAO

Kita tidak tahu apa yang kita tidak tahu. Saya di US hadir kelas. Dan hari ini hari pertama di sini dan banyak “A’ha moment” bila ditunjukkan tentang betapa pantasnya perubahan teknologi dan pelbagai perkara di seluruh dunia serta bagamana ia memberi impak kepada kita.

Saya bangga menjadi seorang sahaja dari Malaysia menghadiri Executive Program dibawah #SingularityUniversity #SUEP sesi ini bersama 80 orang dari 29 buah negara dalam dunia. Dan setiap kali mereka bertanya apa yang saya buat, saya akan berkongsi tentang apakah yang telah Richworks lakukan selama 9-tahun ini membina usahawan dan bakal usahawan serta sehingga kini program kami telah dihadiri lebih 470,000 orang peserta.

Singularity University merupakan sebuah tempat di NASA campus di Silicon Valley yang mana seseorang perlu memohon untuk diterima selama 6-hari didedahkan dengan pelbagai teknologi dan research terkini tentang perubahan teknologi dan industri dimasa hadapan (Yang sebenarnya sedang berlaku sekarang).

Salah satu perkara yang ditekankan hari ini adalah tentang perubahan.

The only one thing yang berlaku setiap hari adalah perubahan. Dan jika kita tidak mahu berubah atau tidak tahu apa yang berubah, kita akan diubah atau ketinggalan jauh.

Contoh paling best hari ini yang diberikan adalah mengenai Yahoo dan Google.

Yahoo adalah syarikat awal yang membina search engine bermula pada tahun 1994 dan kemudian listed di stock exchange pada tahun 1996 berjaya raised $34 juta ketika itu. Google (Nama asalnya bukan Google tetapi Backrub) dimulakan oleh 2 orang pelajar Standford University pada tahun 1996, kemudian menawarkan kepada Yahoo untuk membelinya pada harga $1 juta pada tahun 1998 tetapi Yahoo menolak tawaran mereka dengan alasan mahal.

Disebabkan Yahoo tidak mahu membelinya, maka pengasasnya Larry Page dan Sergey Brin menukarkan nama syarikatnya dari Backrub kepada Google pada tahun yang sama (1998) dan terus mengembangkan Google.

Pada tahun 2002, Yahoo rasa terancam dengan Google dan kali ini menawarkan untuk membeli Google dengan harga US$3 billion, tetapi Pengasas Google counter offer dengan tawaran US$5billion dan Yahoo menolaknya sekali lagi, sangat mahal kata Yahoo.

Pada tahun 2004, Google listed dan raised hanya $1.64billion.

Pada tahun 2008, Microsoft bid nak beli Yahoo $54billion untuk diambilalih. Dan selepas itu Yahoo semakin menurun nilainya.

Tetapi nilai Google pada tahun 2016 adalah $545billion.

Point penting yang saya belajar adalah sesebuah syarikat boleh berkembang exponentially dalam masa yang singkat bila mereka sentiasa bersedia untuk belajar dan adapt kepada keadaan semasa serta peka dengan apa yang berlaku tetapi sebuah syarikat atau organisasi boleh lingkup bila orang-orang di dalamnya terutamanya mereka yang menerajuinya tidak mahu berubah mengikut keadaan.

Ada banyak point lagi untuk hari pertama ini dan pastinya tidak mampu saya nak tuliskan ke semuanya. Yang pasti, kita tidak tahu apa yang kita tidak tahu sehingga kita buat keputusan untuk belajar.

Nak saya share lagi?

 

Bila Usahawan Mula Besar Kepala, Bisnes Tunggu Masa Merudum! 

oleh Azizan Osman pada 13 March 2017

Bila Usahawan Mula Besar Kepala, Bisnes Tunggu Masa Merudum! 


Seingat saya, saya started coaching & training sejak saya terlibat dalam syarikat pengiklanan & pemasaran seawal tahun 2001. Cuma waktu itu, ia melibatkan internal manager dan executives dalam syarikat saya. Dan bila saya decided untuk involve heavily dalam business coaching training industry serta menjadi Business Coach secara dekat kepada group usahawan #Titanium samada #TitaniumPremier, #TitaniumCircle atau mereka yang di coach selepas kelas intensif Millionaire Marketing Mastery (MMM). Saya dapati satu persamaan di antara mereka yang akan terus menerus meningkat perniagaan mereka dengan mereka yang stuck atau jatuh adalah,

SIKAP.

Jika seseorang usahawan itu saya lihat terus menerus sedia menerima teguran dan kritikan, masih suka diajar atau dia sendiri mahu belajar, saya lihat peningkatan orang seperti ini amat luar biasa apatah lagi jika dia tahu hormati orang lain walaupun result dia adalah sangat gila khinzir bagus.’

Ini kisah benar dan pengamatan sebenar.

Bahayanya kejayaan adalah bila ia buat kita besar kepala dan rasa bagus walaupun sebenarnya jauh lagi perjalanan kita.

Bila dah start belanja duit suka suki beli barang-barang mewah kereta mewah tanpa perancangan kewangan yang betul. Mula bercakap macam dunia ini dia punya, saya akan senyum. Tegur dengan hikmah dan jalan terus. Mudah-mudahan dia tidak perlu lalui kesilapan saya waktu nak “up” lama dahulu. Rasa macam bagus kemudian lingkup.

Wallahu A’lam. Mudah2an kita semua Allah swt jadikan di kalangan mereka yang stay humble dan sentiasa merendah hati kepadaNya serta menghormati orang lain.

Baru buat income lebih sikit dah rasa macam power dah lupa solat 5 waktu tu apa, bagaimana Allah swt nak beri lebih nikmat kan?

Ya Allah, jadikanlan kami di kalangan mereka yang sentiasa bersyukur!

P/S Apa kata anda tag pesanan ini kepada rakan-rakan anda yang berniaga atau baru nak Up berniaga, founder, stockist, ejen, konsultan, dropship anda! Semoga jadi ingatan bersama!

 

Jangan dengki bila lihat orang lain berjaya dalam bisnes dan hidup mereka! 

oleh Azizan Osman pada 11 March 2017

Jangan dengki bila lihat orang lain berjaya dalam bisnes dan hidup mereka! 

#titaniumpremier What happen in Perth? Stay in Perth. Alhamdulillah saya baru habis sesi 3-hari coach usahawan-usahawan high performance yang saya panggil sebagai kumpulan Titanium Premier. 

3-tahun lepas, saya membuat keputusan untuk mewujudkan satu kumpulan usahawan terpilih daripada ramai-ramai usahawan dan bakal usahawan yang hadir ke program-program yang @Richworks.goc jalankan. Impian saya adalah ingin “bekerja” dan coach mereka lebih dekat lagi dalam satu tempoh sekurang-kurangnya setahun.

Dan kini group #titaniumpremier & #TitaniumCircle ini telah memasuki era tahun ke-3 diwujudkan Alhamdulillah. Mereka ini dipantau secara dekat tentang hampir semua perkara yang berkaitan business growth mereka, sales target mereka dan marketing campaign mereka. Peningkatan sales yang Alhamdulillah sehingga ada yang mencapai peningkatan 2,000% setahun selain daripada on average peningkatan business mereka adalah 150% dalam tempoh setahun. Jualan ada yang mencecah puluhan juta ringgit setahun dan ada yang bermula belajar dengan saya daripada jualan hanyalah ribu-ribu sahaja sebulan.

Masya Allah, Bukan senang nak bina bisnes dan pastikan ia terus berkembang dan meningkat. 3-hari ini saya bersama mereka, make myself available dan accessible untuk mereka dari pagi hingga malam dan menjawab apa sahaja persoalan yang mereka ada serta memberikan feedback serta perkara yang perlu mereka beri perhatian sebelum kita berjumpa di dalam sesi seterusnya pada bulan mei nanti Insha Allah. Saya bangga dengan komitmen mereka dan peningkatan mereka, sebab itulah mereka capai apa yang mereka capai hari ini dibandingkan ramai di luar sana yang hanya berangan-berangan tanpa tindakan, mentor, ilmu dan strategi serta sistem yang proven success Insha Allah atau hanya menyalahkan orang lain di atas kegagalan mereka.

Last sekali – #ResultMatters . Jika kita nak capai impian kita, kita perlu duduk dengan mereka yang telah mencapainya dan belajar dari mereka. Kemudian? Bertindak luar biasa dan gila-gila!

Cuma yang pasti, jangan dengki bila melihat orang lain berjaya dalam bisnes mereka. Anda tidak tahu apakah cabaran dan kesusahan yang mereka gigih hadapi dan pengorbanan yang mereka telah lakukan untuk berada di mana berada sekarang! Mereka juga bijak gunakan kewangan mereka untuk membantu serta menyumbang untuk program kebajikan bagi membantu mereka yang memerlukan sedangkan orang lain mungkin hanya pandai berkata tetapi tiada hasilnya atau tiada manfaat.

 

Richworks, Jalan-Jalan Membina Kekayaan & Kejayaan Untuk Dunia & Akhirat Beri Manfaat Kepada Ramai Orang Lain Insha Allah

oleh Azizan Osman pada 10 March 2017

sharing

Roadworks bermaksud kerja2 membina jalan. Richworks bermaksud, jalan-jalan membina kekayaan & kejayaan untuk dunia & akhirat beri manfaat kepada ramai orang lain Insha Allah. Hari ini masih di Perth, Australia. 

2-hari yang lepas ini coach seorang demi seorang usahawan dan menunjukkan “Blind Spot” apa yang mereka usahawan #titaniumpremier tidak nampak atau tidak perasan yang mereka patut lakukan atau tidak patut lakukan di dalam membina bisnes dan organisasi mereka Insha Allah.

It’s hard to explain when you are not in the circle yet betapa pentingnya ada coach dan mentor yang memerhatikan dan beri feedback samada anda on track atau tidak mencapai matlamat anda! The best tennis player in the world atau the best footballer in the world pun perlukan coach untuk bantu mereka ke tahap lebih tinggi!

Alang alang bisnes biarlah sampai mampu bayar zakat lebih banyak dengan apa yang dibina bukan? Untuk capai apa yang kita tidak pernah capai, kita perlu berani lakukan apa yang tidak pernah kita lakukan tetapi of coz dengan ada mentor, elmu dan strategi yang proven success! Jangan buang masa dengan mereka yang tidak ada result yang kita mahukan!

Salam Jumaat! Semoga hari anda diberkatiNya!

 
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start