Terima Kasih Kerana Hadir Ke Entrepreneur Foundation Program (EFP). Ingat! Jangan Jadi Hamster…

oleh Azizan Osman pada 10 August 2017

Apa khabar anda semua?  Ok tak lepas 3 hari hadir ke EFP?  Lepas ni bila terdengar lagu DSV mesti anda ingatkan EFP.

“I am..I am..I am… “

Pasti tak boleh lupa..

Terima Kasih kerana hadir dan Tahniah kami ucapkan kerana tunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang program berlangsung.  Kami di Team Richworks dan Tuan Jerry Rizal mendoakan kejayaan anda  dalam bisnes anda.  Pastikan anda terus buat tindakan, betulkan apa yang perlu dibetulkan dalam perniagaan anda.

Ingat kata-kata Tuan Jerry Rizal“Hidup berbisnes jangan jadi seperti hamster, lari berpusing-pusing tanpa arah tujuan, akhirnya mati sendiri, kepenatan.”

Kami belanja anda video hamster ‘ni untuk peringatan.

Untuk sebarang pertanyaan tentang Jerry’s Coaching atau Program Advanced Financial Restructuring, sila hubungi 016-2614437 (Erna).

Semoga anda terus komited nak membetulkan akaun, kewangan dan pengurusan bisnes anda.

 

 

Anda Sebenarnya Terlalu Hampir Dengan Kejayaan Mencapai Impian

oleh Azizan Osman pada 01 August 2017

Apa yang and impikan selama ini? Ambil pen dan kertas serta tuliskan semua impian anda. Impian yang tak ditulis adakah sukar untuk jadi kenyataan.

Impian yang ditulis tanpa ilmu dan tindakan adalah satu angan-angan. Berapa banyak impian anda sudah
menjadi angan-angan? Berama lama lagi anda nak tunggu untuk capai kejayaan?

Anda yang sebenarnya sedang dalam proses mencipta kejayaan. Tahniah kerana telah mendaftar untuk hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK). Kami pasti anda akan dapat banyak ilmu dan inspirasi untuk bertindak bila anda komited untuk hadir dan tekun menuntut ilmu sepanjang program berlangsung.

Ajak kenalan dan orang yang anda sayang dan mahu lihat mereka berjaya untuk hadir juga. Kejayaan akan lebih indah bila dinikmati bersama-sama.

 

Forum MMM May 2017 – Fadzli Subari

oleh Azizan Osman pada 01 August 2017

Nak kenal siapa pengurus Fattah Amin, Mira Filzah dan Randy Pangalila?
Ini lah orangnya, Tuan Faz Subari..

Anda mungkin ingat, artis..senang je, buat apa saja mesti laku.
Salah! Tanpa ilmu, takkan juga boleh berjaya..

Dengarkan perkongsian beliau tentang viral marketing. Rahsia besar ni ye…jangan beritahu orang lain!

Bila dah ada ilmu pemasaran, buat apa saja InsyaAllah menjadi, sebab kita bertindak berasaskan ilmu bukan pakai hentam dan teka-teka saja.

Jika anda berminat nak dapatkan ilmu pemasaran, teknik-teknik marketing yang telah terbukti berjaya, bagaimana nak gabungkan teknik online dan offline, anda hadirlah ke Program Millionaire Marketing Mastery.

 

Anda Puas Hati Dengan Keadaan Hidup Sekarang? Guru Ini Percaya Dia Layak Untuk Hidup Lebih Baik, Nekad Untuk Buka Bisnes Sendiri.

oleh Azizan Osman pada 28 July 2017

Hari ini mungkin ramai orang yang tersenyum gembira sebab hari ni hari gaji!

Bagi yang berbisnes, hari ni mungkin anda akan dapat sales lebih sikit sebab mereka yang dah dapat gaji mula berbelanja lebih dari biasa.  Alhamdulillah.

Kami nak beritahu anda, sebenarnya anda ada pilihan.  Anda boleh pilih nak hidup macam sekarang dan rasa selesa dengan apa yang anda ada atau jika anda ada sedikit ilmu, anda mungkin kenal potensi diri anda dan tahu bahawa anda boleh buat lebih lagi dari apa yang anda dapat sekarang.

Sebenarnya ramai orang tak sedar bahawa mereka boleh dan layak untuk mendapat kehidupan yang lebih baik, dengan tahap kewangan yang lebih tinggi, dan hidup lebih bahagia.  Seperti Tuan Nazri, seorang bekas guru yang kini mampu hidup lebih baik dengan miliki perniagaannya sendiri. Bagaimana seorang guru boleh buat bisnes dengan pendapatan sehingga 6 angka sebulan?

Tuan Nazri K Hamid yang berasal dari Kota Kinabalu Sabah yang merupakan Founder Kepada Trusted Shark ini juga merupakan seorang guru.  Ketika menjadi seorang guru, beliau rasakan hidupnya tak seperti yang beliau inginkan, kerja banyak, hidup sibuk tapi hasilnya tidak seberapa.

Bukan tak bersyukur, tapi beliau rasa beliau layak untuk dapat hasil yang lebih baik.  Dengan keadaan hidup yang menuntut lebih banyak perbelanjaan, beliau mula berniaga pakaian dan cenderamata sukan. Namun, itu sahaja tak mencukup.  Tindakannya macam tak cukup bagus kerana hasil yang ada masih belum kuat untuknya.

Beliau mengambil keputusan untuk hadir ke Program IMKK dan dalam tempo sebulan sahaja selepas IMKK, beliau dah dapat buat jualan mencecah puluhan ribu, malahan stok yang tak habis terjual pun dah habis semuanya.

Menurut beliau, dalam IMKK beliau belajar mengenali matlamat dan impian.  Bila semuanya jelas, beliau mampu lakukan apa saja tindakan untuk merealisasikan impiannya.

 

 

Jika anda nak ubah hidup, ketahuilah anda ada peluang dan kami ada caranya.  Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) telah diadakan semenjak 2008 dan telah dihadiri lebih dari 70,000 orang.

Ramai antara yang mula-mula hadir dengan keadaan hidup yang penuh masalah, hidup penuh hutang, sedih, tak puas hati dendam dan marah.  Tapi, Alhamdulillah, selepas 3 hari menghadiri IMKK, dah mula nampak jalan, hati dan jiwa mula lebih bersih, fikiran dah kurang serabut dan mula nampak masa depan.  Bila semua ini dah disertai tindakan, InsyaAllah pasti ada hasilnya.)

Tahniah untuk semua yang dah mendaftar ke IMKK SABAH pada 4-6 Ogos 2017 dan ke IMKK KL pada 27-29 Oktober 2017.  Kami yakin anda tak sabar untuk hadir.

Untuk yang belum, masih ada sedikit kekosongan, daftar sekarang sementara seat masih ada.

Hubungi kami di 1-300-88-2424 untuk dapatkan 1 tiket PERCUMA dengan setiap pembelian atau anda boleh layari www.azizanosman.com/imkk atau nak mudah lagi WhatsApp jak kami di Whatsapp kami di 016-261 4436 http://IMKK2017.wasap.my

 

5 Perkara Salah Yang Peniaga Selalu Buat Dalam Pengurusan Bisnes.

oleh Azizan Osman pada 27 July 2017

Nak share dengan anda 5 perkara salah yang peniaga selalu buat dalam pengurusan bisnes mereka?  Ini ramai orang buat tapi ramai orang tak nak mengaku, sebab mereka ingat bisnes ‘ni hanya untuk buat jualan ‘je  dan tak payah uruskan benda-benda lain.

Salah! Baca 5 perkara ni dulu.

+ Ramai usahawan yang mampu membuat lebih banyak jualan dengan teknik pemasaran yang bagus, tapi tak nak buat pemasaran secara besar-besaran kerana takut ada LEMBAGA nampak. Nanti bila LEMBAGA nampak, ada yang takut dikesan kerana tak bayar cukai!

+ Ada juga yang berniaga tapi sorokan pekerja sebab tak nak carum KWSP dan PERKESO.  Ini salah besar.  Anda boleh didakwa.

+ Ada juga yang buat bisnes dan semua duit pendapatan hasil jualan masuk dalam akaun peribadi.  Kenapa?  Apa sebabnya anda tak ada akaun syarikat?

+ Belum cerita lagi, usahawan yang ada masalah nak uruskan pekerja, ditipu pekerja, pekerja curi tulang, pekerja curi duit syarikat dan 1001 masalah berkaitan pekerja.  Salah siapa sebenarnya?

+ Yang paling mengharukan bila anda berniaga dah lama tapi langsung tak buat duit sebab anda tak tahu macam mana nak uruskan duit bisnes, nak uruskan stok, nak uruskan margin keuntungan…anda berniaga pakai hentam sahaja!

Saya dah tengok banyak sangat masalah yang melanda usahawan bila mereka hanya pandai buat sales tapi mereka tak bersedia nak uruskan perkara-perkara lain dalam bisnes.  Mereka fikir pengurusan syarikat, pengurusan kewangan, pengurusan staff, cukai, GST, PERKESO, KWSP, semua perkara mudah dan boleh dipandang sebelah mata je.

Berapa ramai peserta program saya yang datang dan cerita kepada saya kisah ditipu kakitangan, ditipu dengan bisnes partner, ditipu supplier dan macam-macam lagi.  Nak tahu sebab apa?  Sebab anda ambil mudah urusan pengurusan dan pentadbiran bisnes anda.  Anda berurusan dengan janji mulut saja, atau guna firasat  “Tak pelah..nak tolong kawan..”

Banyak lagi benda yang saya nak kongsikan dalam Entrepreneur Foundation Program (EFP) dan saya nak kongsi ilmu yang saya ada sebab saya tak nak tengok ramai usahawan yang hadapi masalah.  Mereka pandai buat sales tapi tak pandai urus bisnes dan urus duit bisnes sehingga akhirnya bisnes runtuh.

Jika anda ada sebarang soalan tentang EFP, apa kata anda tinggalkan nombor telefon di http://EFP.wasap.my dan Team Richworks akan hubungi anda.

Jangan lupa, jumpa saya di EFP pada 11-13 Ogos nanti di Wisma Richworks, Seksyen 13 Shah Alam. Hubungi Team saya di 1-300-88-2424 untuk pendaftaran segera.

 

9 Persediaan ke IMKK Ogos 2017

oleh Azizan Osman pada 25 July 2017

Cop..cop…ada orang tanya IMKK ni apa?

Ok, untuk yang bertanya, IMKK ialah Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan yang akan berlangsung selama 3 hari bermula dari 4 – 6 Ogos 2017 di The Klagan Regency Kota Kinabalu, Sabah, dan merupakan satu program yang telah membantu puluhan ribu peserta yang hadir untuk ketahui apa kunci kejayaan hidup yang selama ini tertanam dalam diri, apa tindakan yang patut diambil untuk berjaya dan banyak lagi perkara yang buatkan mereka yang pernah hadir capai kejayaan gila-gila selepas praktikkan semua ilmu yang diajar.

Dan…..

Ramai yang PM kami nak tanya macam-macam info.  Ada yang baru nak daftarkan ahli keluarga dan kenalan.

Ada yang panik sebab hotel dah penuh.

Ada juga yang tanya tentang suhu dewan, tandas kat mana, surau ada disediakan ke?  Dan macam-macam lagi.

Teruja betul semua bakal peserta IMKK Ogos 2017.

Untuk kami bantu 1500 peserta yang bakal hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) Ogos ini, kami nak kongsi dengan anda 9 persediaan yang anda patut tahu dan buat sebelum hadir ke IMKK.  ATAU PM KAMI SEGERA, jika anda ada kemusykilan tentang pendaftaran ke IMKK Ogos 2017.

Rasa macam nak join?  Apa kata layari www.azizanosman.com/imkk/ogos2017

Jumpa anda di IMKK!

1. Pastikan Daftar Nama Anda & Nama Peserta.

001

Sila pastikan anda daftar nama anda dan nama peserta yang akan pergi bersama anda atau nama peserta yang akan hadir ke IMKK Ogos ini.  Kesilapan ramai peserta ialah, mereka tak masukkan nama peserta-peserta yang bakal hadir.  Jika anda beli tiket dan anda juga peserta, anda perlu juga masukkan nama anda dan peserta seorang lagi.  Jika anda beli tiket dan anda bukan peserta, anda perlu masukkan nama orang yang bakal hadir nanti.

Bukan setakat nama tapi alamat email dan nombor telefon juga. Macam mana nak daftarkan nama peserta?  Kami ada hantar email khas untuk anda daftar peserta, jika tidak anda boleh call 1300 88 2424 atau email ke info@richworks.com.my  untuk kami bantu.

2. Terima Pra-Pakej.

002

Apa itu Pra Pakej?  Pra Pakej adalah maklumat lengkap tentang lokasi, kedai makan, hotel, dan banyak lagi maklumat tentang program IMKK ini.  Ini adalah seumpama senarai dan maklumat  persediaan yang anda perlu lakukan sebelum hadir ke IMKK.

Sebelum anda hadir ke IMKK anda perlu baca dulu Pra Pakej sebagai persediaan awal.  Jika anda tak dapat Pra Pakej ini, anda boleh PM kami sekarang untuk kami bantu.

Nak mudah, anda juga boleh sertai Facebook Group khas untuk IMKK Ogos iaitu https://www.facebook.com/groups/IMKKOGOS17/ dan berikan nombor kad pengenalan anda untuk kami sahkan.

3. Pastikan Ada Boarding Pass.

003

Nak tahu, lebih dari 1500 orang akan hadir ke Program IMKK Ogos kali ini.  Jadi untuk memudahkan anda dalam proses mendaftar masuk atau check-in, anda perlu print dan bawa Boarding Pass.  Macam nak naik kapal terbang tu!

Boarding Pass ini hanya untuk anda sendiri sahaja.  Anda tak boleh ‘check in’ kan untuk orang lain.  Alaaa…macam naik flight tu?  Mana boleh anda minta orang lain untuk tolong check in untuk anda kan?

Boarding pass ini adalah QR Code yang kami boleh scan masa nak check in kan anda nanti.

4. Check In Awal.

004

Macam nak naik kapal terbang, adalah sangat bagus jika kita check in awal.  Ini bagi mengelakkan sebarang kesulitan bila check in di saat akhir.  Lagipun, anda bayangkan, ada lebih 2000 orang yang akan hadir, jadi bagus untuk anda check in awal.

Kaunter check in akan dibuka sehari awal iaitu pada hari khamis 3 Ogos 2017 dari pukul 2pm – 8pm.  Jadi, tak ada alasan untuk kita lewat-lewatkan check-in.

5. Sihat Dan Komited Nak Ubah Hidup.

005

Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) mungkin akan jadi program pertama bagi anda yang akan berikan pengalaman paling berbeza, semangat berbeza, aura yang berbeza yang akan menjadikan anda sangat penuh bersemangat dan penuh keterujaan.

Dan, anda perlu komited untuk terus tekun belajar dan komited untuk sentiasa berada di dalam kelas dan sedut semua ilmu yang akan dikongsikan oleh Dr Azizan Osman.  Sekali anda keluar dewan, anda mungkin terlepas bahagian paling penting yang mungkin akan mengubah hidup anda.

Jadi, pastikan anda berada dalam keadaan sihat dan terus komited kerana mungkin inilah peluang anda untuk ubah dan perbaiki tahap hidup anda ke satu tahap yang jauh lebih baik.

6. Parking Betul-Betul!

006

Dalam keterujaan kita nak menuntut ilmu, janganlah sampai kita menyusahkan orang lain…betul kan. Jadi, kami  harap anda rancang perjalanan anda sebaiknya, gunakan ruang parking yang betul dan jangan halang kenderaan orang lain atau laluan keluar masuk.    Dan kami juga tak akan bertanggungjawab jika kenderaan anda disaman atau kena ‘clamp’.  Jadi jaga diri anda dan kenderaan anda sebaiknya.  Orang yang berjaya dunia akhirat tak akan buat perkara yang menyusahkan orang lain.

7. Bawa Alat Tulis Sendiri.

007

Orang yang serius nak berjaya akan sentiasa berada dalam keadaan bersedia.  Jadi, anda dah tahu anda nak menuntut ilmu, jadi apa kata anda bawa alat tulis anda sendiri semasa hari pendaftaran dan di sepanjang program.  Anda tak akan terpaksa meminjam dari orang lain atau tercari-cari alat tulis untuk anda catat nota dan sebagainya.

8. Fokus Sepanjang Program.

008

Kesilapan ramai orang yang tak berjaya setelah pergi mana-mana program pun ialah mereka tak fokus ketika belajar.  Mereka tidur, keluar masuk dewan, asyik nak ke tandas dan asyik makan.  Mana boleh macam tu…

Kalau nak berjaya, pastikan anda fokus sepanjang program.  Masuk awal, cari tempat duduk yang paling depan mengikut pakej anda dan cari kawan-kawan baru atau circle yang positif.  Buat semua benda dan aktiviti yang diminta buat dengan sesungguhnya.  Pasti IMKK ini kan jadi pengalaman terindah untuk anda semua.

9. Pastikan Hadir.

009

Kami tahu, tawaran ke IMKK ini sangat murah.  Dah lah harga terpaling murah, kami beri pula tawaran tiket percuma.  Jadi, mungkin ada antara anda yang tak rasa penting untuk hadir.  Mungkin…

Sebenarnya, jika anda rasa dah bosan dengan hidup anda dan anda rasa anda perlu cari satu platform untuk perbaiki hidup anda yang dah ala-ala membosankan ini, IMKK lah platform terbaik.

Kami cakap berdasarkan pengalaman.  Ramai yang datang ke IMKK dan fokus serta komited sepanjang program, serta terus buat tindakan selepas hadir program, akan nampak perubahan dalam hidup mereka dalam tempoh 3-6 bulan.

Jadi, pastikan anda hadir, anda tak boleh sia-siakan peluang ini, anda tak layak nak tangguhkan kejayaan anda.  Dan dengan doa, ilmu, usaha dan tawakal, kita tengok apa hasilnya selepas 3-6 bulan nanti.  Insya Allah.

#TeamRichworks

#ResultMatters

 

Video 9 Persediaan ke IMKK Ogos 2017

oleh Azizan Osman pada 25 July 2017

Orang yang cemerlang sentiasa fokus, bersiap sedia dan memberi komitmen 100% untuk berjaya. Gagal membuat persediaan buatkan anda gagal sebelum bermula.

Tonton video ni dulu.

 

Montaj Apa Kata Orang Sabah Tentang IMKK

oleh Azizan Osman pada 18 July 2017

Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) adalah Program Intensif 3 hari 2 malam bersama Dr Azizan Osman. Merupakan satu-satunya Program Intensif bertaraf antarabangsa yang diinspirasikan oleh jutawan & usahawan pengasas 27 buah syarikat bernilai jutaan ringgit Richworks Group Of Companies iaitu Dr Azizan Osman.

IMKK akan diadakan pada 4-8 Ogos 2017 di Kota Kinabalu, Sabah.  Tonton apa kata Orang Sabah yang pernah hadir ke Program IMKK dan dah berjaya perbaiki tahap kehidupan, kewangan dan kebahagiaan selepas komited buat tindakan .

Layari  www.azizanosman.com/imkk/ untuk malumat lanjut mengenai program IMKK.

 

 

Tahniah Kerana Dah Ada Ilmu Cukai Dan GST. Tapi Bisnes Dah OK ke?

oleh Azizan Osman pada 17 July 2017

Terlebih dahulu, kami di Richworks nak ucapkan tahniah kepada anda yang berani rebut peluang untuk hadir ke Program GST & Tax Talk With Jerry Rizal yang pertama kali diadakan bulan lepas.

Kami nak tahu jika anda ada apa-apa soalan yang anda masih nak tanya tentang GST dan Cukai?  Ada tak lagi kemusykilan yang buatkan anda rasa macam tak tahu nak buat tindakan selanjutnya? Dah buat ke tindakan, dah start filing cukai, dah register GST?

Ilmu tu, kalau simpan je memang tak ada gunanya.  Sesungguhnya, kami faham dalam masa setengah hari di Program GST & Tax Talk, anda mungkin hanya dapat sedikit ilmu tentang GST dan Cukai, tapi kami nak bagitau anda ada banyak maklumbalas kata bahawa dalam program setengah hari pun dah ramai dari anda yang hadir dah mula lebih faham dan jelas tentang GST dan Cukai.

Jadi bayangkan, bagaimana agaknya jika anda hadir ke Entrepreneur Foundation Program (EFP)  selama 3 hari?

EFP adalah satu program yang lebih komprehensif di mana saya bukan sahaja akan bercakap tentang GST dan Cukai, malahan saya juga akan sentuh topik berkaitan:

+ Bagaimana nak menguruskan kewangan syarikat

+ Akta-akta yang perlu dipatuhi oleh peniaga

+ Kenapa peniaga perlu ada Akauntan bertauliah?

+ Pengurusan akaun syarikat melalui yang lebih bersistem

+ Pentadbiran syarikat mengikut organisasi yang lebih berstruktur

+ Kenapa penting untuk ada profail kewangan yang cantik

+ Bagaimana nak memiliki profail kewangan yang cantik

+ Pengurusan Sumber manusia, bagaimana nak ‘hire and fire’.

+ Bagaimana semua ilmu di EFP bantu anda untuk mulakan investment dalam bidang hartanah (jika anda praktikkan).  Saya akan kongsi bagaimana saya jadikan pelaburan dalam pelaburan sebagai ‘passive income’ untuk saya.

Ini hanyalah sebahagian dari apa yang bakal anda pelajari dalam program 3 hari, Entrepreneur Foundation Program yang bakal diadakan pada 11-13 Ogos 2017 di Wisma Richworks.

Jika anda bersungguh nak kuatkan asas perniagaan dan betulkan semua sistem dalaman bisnes anda, supaya ianya menjadi bisnes yang lebih kukuh, disegani dan mudah untuk berkembang, anda WAJIB hadir.

Layari www.richworks.my/efp atau hubungi kami di 1 300 88 2424 untuk maklumat lanjut.

Jangan terlepas nak jumpa saya lagi ye…

 

Salam kejayaan

Jerry Zafrol Rizal

 

 

11 Fakta Kenapa Bisnes Anda Susah Nak Naik?

oleh Azizan Osman pada 13 July 2017

Anda ada bisnes, syukur. Ramai orang tak tahu pun bagaimana nak mulakan bisnes.

Tapi bagaimana anda nak pastikan bisnes anda buat jualan setiap hari?

Terus-terang kami nak cakap, ramai orang berniaga tapi mereka hadapi 11 masalah ini yang  menyebabkan bisnes mereka susah nak naik.  Malangnya, mereka pun tak sedar.

1/ Tak tahu bagaimana nak pastikan ada sales tinggi setiap hari.

2/ Tak tahu teknik nak buat pemasaran.

3/ Tak tahu nak buat promosi apa.

4/ Tak pandai nak kekalkan pelanggan lama dan tambah pelanggan baru.

5/Tak tahu dengan jelas bagaimana nak pasarkan perniagaan anda secara online dan gabungkannya dengan teknik pemasaran offline.

6/ Tak tahu siapa sebenarnya pelanggan anda.

7/ Tak tahu apa kekuatan bisness sendiri.

8/ Tak tahu bagaimana nak lebih menonjol dari pesaing.

9/ Tak pasti kawasan dan wilayah perniagaan yang anda perlu takluki.

10/ Tak tahu apa masalah pelanggan yang produk anda boleh selesaikan.

11/ Tak tahu cara terkini untuk buatkan lebih ramai orang nampak bisnes anda.

Ini baru sedikit masalah yang kami dah kenalpasti. Sebenarnya ada banyak lagi. Anda peniaga pun pasti tahu apa masalah anda ketika berniaga kan? Soalan kami lagi, adakah anda tahu apa jalan dan cara anda buat untuk selesaikan masalah ini? Adakah cara anda itu berkesan?

3 Tahun Berniaga Belum Jutawan Lagi.

Terus terang kami nak cakap, jika anda dah berniaga selama 3 tahun dan masih GAGAL buat jualan sehingga RM1 juta setahun, itu bermakna anda GAGAL nak kembangkan bisnes. Anda masih berada di tahap kecil-kecilan dan anda akan mudah tenggelam dengan persaingan.

Alhamdulillah, kami dah hasilkan banyak result yang telah berjaya tingkatkan sales bisnes mereka selepas mereka belajar dan buat tindakan.

Jadi, kini  tiba peluang anda untuk perbaiki bisnes anda, untuk capai matlamat bisnes anda dan inilah  masanya untuk anda tinggikan sales bisnes anda.

Tawaran Hebat

Kami nak lancarkan tawaran hebat beli 1 tiket PERCUMA 1 tiket lagi ke program yang padat dengan ilmu:

  • Lebih 150 strategi dan teknik pemasaran yang dah terbukti berkesan.
  • Formula MAP POWER yang bantu usahawan rancang pelan pemasaran.
  • Formula 6 Pillars yang bantu anda kenalpasti bagaimana anda nak mulakan kempen pemasaran.
  • Dan banyak lagi.

Hanya untuk 100 orang yang terawal mendaftar ke Program MMM terdekat.  Layari www.marketingmastery.com.my, atau hubungi 1300 88 2424 untuk anda jadi 100  orang pertama yang mendaftar.

Rebut tawaran ke Program MMM ini sekarang

 

Salam Kekayaan

Team Richworks

 
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start