Anda Kata Nak Capai Azam Tahun Baru 2018?

oleh Team Richworks pada 04 January 2018

Susah nak capai jika anda tidak faham point yang dikongsikan dalam sharing video ini. Tonton dan tulis, then bertindak!  Jangan lupa Like & Share!  #TeamRichworks

 

Kenapa Seorang Peguam Masih Nak Berniaga? Apa Sebabnya? Itu Satu Hal, Mesti Anda Dah Rasa Pelik Kenapa Masih Nak Berniaga

oleh Team Richworks pada 27 December 2017

Wanita ini sangat skeptikal dengan Mentor Dr Azizan Osman. Dia sudah berjaya bina bisnes sehingga capai jutaan ringgit, tapi akhirnya dia membuat keputusan untuk tutup bisnes. Kehadiran beliau ke IMKK tahun lepas merubah segalanya. Tonton sendiri.

Anda nak dengar kisahnya?

Bagi orang yang biasa-biasa fikirannya, memang ini tak logik, macam menyusahkan pun ada. Anda tonton kenapa orang yang boleh dikatakan berjaya dalam hidup, masih nak datang cari ilmu.

Tonton sekejap perkongsian dari Puan Kartikawati, Founder jenama Eskayvie.

Kalau dia dah jumpa kuncinya di Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) anda pun mungkin boleh jumpa kunci kejayaan anda di IMKK.

 

Apa Yang Anda Sanggup Buat Untuk Bantu Keluarga? Sanggup Ke Anda Dikeji Dihina Seperti Cikpuan Izni.

oleh Team Richworks pada 26 December 2017

Ada banyak kali dalam hidup ni, dugaan datang tanpa kita duga.  Ada orang anggapnya sebagai satu perkara malang, ada orang yang boleh tukarkannya jadi satu perkara yang baik, dan beri kesan terbaik dalam hidup.

Nak tanya anda?  Bersedia tak anda, jika sesuatu perkara buruk seperti kematian berlaku dalam keluarga terdekat anda?  Anda akan hilang tempat bergantung, tanggungjawab semua tiba-tiba jatuh atas bahu anda, adakah anda sedia nak bekorban apa saja demi nak pikul tanggungjawab yang terpaksa anda terima secara tiba-tiba ni?

Anda tahu tak, kebanyakan orang tak bersedia langsung untuk hadapi saat terburuk dalam diri sendiri dan keluarga.  Tak bersedia dari segi emosi, fizikal dan juga kewangan?  Betul kan…

Macam CikPuan Izni ni, bila beliau terima berita pemergian ibunya, beliau sanggup buat keputusan drastik dengan berhenti kerja dari sebuah bank yang ternama hanya untuk pikul tanggungjawab pengganti ibu kepada adik-adiknya.

Dari situ, beliau mula belajar buat kek demi untuk isi masa terluang dan lupakan kesedihan.  Sehingga dia ambil keputusan untuk buka bisnes bakeri.

Malangnya, setelah ambil keputusan berniaga, ada pula orang lain yang mula hina dan perkecilkan kemampuannya…agak-agak anda, apa yang erjadi kepada beliau?  Jom tonton perkongsian beliau ini sekarang.

 

Apa Persediaan Anda Untuk Hadapi Tahun 2018?

oleh Team Richworks pada 22 December 2017

Apa persediaan anda untuk sambut 2018?

Maksud kami, bukan persediaan nak buat New Year Party, tapi persediaan nak hadapi cabaran hidup dan ekonomi di tahun 2018 yang dijangka lebih mencabar. Ada buat persediaan tak?

Apa perancangan anda dan matlamat anda untuk 2018 ni? Adakah anda Nak Ubah Hidup anda menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya atau anda nak berada di tahap yang sama, dengan hutang yang sama dan makin berganda, dengan masalah yang sama, dengan keadaan tertekan dan tak bahagia?

 Kami yakin anda pilih untuk berubah daripada hidup biasa-biasa kepada hidup yang luar biasa hebat. Anda pilih untuk merancang serta berusaha dan anda mampu meraih apa sahaja yang anda impikan semuanya dengan izin Allah SWT.

Kata Dr Azizan Osman ‘jika anda mahu kehidupan anda menjadi luar biasa hebat, tindakan anda juga perlu luar biasa hebat.’ Hanya dengan bertindak, anda boleh buktikan kepada semua orang yang impian anda bukan lagi satu angan-angan sebaliknya ia akan menjadi kenyataan.

Ramai orang tak sedar mereka sebenarnya hidup dalam keadaan sangat tertekan, dengan serba serbi tak cukup, dan banyak masalah. Sehinggalah mereka hadir ke program kami dan mereka nampak sebenarnya mereka ada peluang yang sangat besar dan mereka sebenarnya mampu untuk buat satu tindakan untuk hidup lebih berjaya.

Di Richworks, kami selalu menerima laporan jualan dari kumpulan #AnakDidikDrAzizan yang digelar Titanium di mana mereka ini kebanyakannya terdiri dari orang yang biasa-biasa yang bercita-cita tinggi untuk perbaiki hidup dan keluar dari masalah kehidupan, dan dengan komitmen datang belajar, komited dalam tindakan dan tak sampai setahun mereka dah nampak peningkatan dalam kehidupan.

Anda bayangkan, anda masuk ke tahun 2018 dengan ada banyak masalah hidup, masalah kewangan, hutang keliling pinggang tapi lepas ada ilmu, anda buat tindakan dan dalam beberapa bulan anda dapati dah ada peningkatan dalam kewangan, mungkin tak banyak tapi walaupun sedikit lebih baik dari tak buat apa-apa.  Betulkan?

 

Anda Nak Tahu MMM Tu Apa?

oleh Team Richworks pada 05 December 2017

Ada beberapa perkara utama yang anda perlu tahu.

Tonton ‘Live’ sedutan dari sesi program Millionaire Marketing Mastery (MMM) ini sekarang dan tag 10 rakan kaki bisnes yang anda kenal untuk sama-sama dapat ilmu ni.

#TeamRichworks
#MMMDis17

 

Jom tonton video Dr Azizan Osman bersama CEO Momentum Internet Sdn Bhd, Najib Asaddok antara anak didik Dr Azizan yang berjaya dalam perniagaan dan hidupnya

oleh Team Richworks pada 30 November 2017

Sebelum berjaya, dah tentu akan ada kesusahan dahulu. Dari situ, beliau cari peluang untuk keluar dari kesusahan dengan berniaga tapi tak menjadi kerana tidak ada ilmu.

Terbaru beliau telah menerima Anugerah 100 Most Influential Young Entrepreneurs 2017. Hebat!

Anda nak jadi hebat? Tonton video ni dulu sampai habis, ada nasihat dari beliau tentang melabur pada ilmu.

#TeamRichworks

#ResultMatters

 

Apa Nilai Yang Anda Nak Berikan Kepada Anak-Anak Anda?

oleh Team Richworks pada 22 November 2017

Keputusan UPSR akan keluar esok.  Ada ibu bapa yang cuak dan risau sangat tentang keputusan anak-anak mereka.  Memang betul, ibu bapa mana yang tak mahukan anak-anak mereka miliki masa hadapan yang terbaik.

Esok, di laman media sosial kita akan penuh dengan berita kisah kejayaan anak masing-masing.  Tak kira apa pun keputusannya, kami yakin anak-anak anda dah berikan yang terbaik.  Kami yakin anda juga dah berikan yang paling baik untuk anak-anak anda.

Sekarang juga sedang berlangsung peperiksaan SPM.  Satu peperiksaan besar yang ramai ibu bapa fikir bakal penentu masa hadapan anak masing-masing.

Tapi, kami nak ajak anda berfikir sekejap…

Adakah anda rasa, keputusan peperiksaan bakal menentukan kecemerlangan masa hadapan anak-anak?  Adakah cukup dengan kecemerlangan dalam akademik sahaja boleh menghasilkan anak-anak yang cemerlang keseluruhannya?

Dr Azizan Osman pernah berpesan… ‘disiplin menentukan nilai hidup manusia. Value datangnya dari disiplin.” Disiplin dalam menjaga masa, disiplin dalam cara kita makan, cara kita pakai, cara kita berkomunikasi, cara kita berurusan dengan orang lain, cara kita berurusan dengan Tuhan..

Agak-agak anda, apa nilai atau value yang kita nak berikan dan terapkan dalam diri anak-anak?  Adakah apa yang mereka ada sekarang ni sudah cukup menentukan value terbaik diri mereka?  Adakah disiplin diri dan cara keseluruhan hidup mereka sekarang yang terbaik untuk mereka atau anda rasa boleh diperbaiki lagi?

kami yakin anda mahu berikan nilai yang terbaik untuk anak anda dan anda mahu anak-anak juga mempunyai value yang paling cemerlang.  Tapi, kadang-kadang kita perlukan bantuan dari pihak lain untuk bantu kita memberikan perspektif yang lebih baik dan berbeza.  Terutamanya dari yang lebih mahir dan pakar.

Program RichKids Smart Kids – Kem Khalifah Super Insan  yang diadakan semenjak tahun 2011 ini adalah hasil buah fikiran dan inisiatif Dr Azizan Osman yang melihat potensi besar dalam diri anak-anak dan keperluan untuk menguatkan karakter, akhlak dan adab serta cara mereka berfikir supaya mereka boleh dibimbing dan diterapkan menjadi manusai yang ada value yang tinggi.

Kita tak nak anak-anak kita jadi orang luar biasa..jadi gajah yang dirantai, yang tak tahu apa potensi dan kemampuan sebenar mereka.

Jika anda serius mahu memberikan satu peluang terbaik untuk anak anda kenal kemampuan diri, menjadi insan yang berkarakter cemerlang, mempunya adab dan akhlak yang terpuji, kami rasa anda tak patut lepaskan peluang untuk mendaftarkan anak anda ke Kem Khalifah Super Insan.

Apa yang kami bimbangkan ialah, semakin ramai ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak mereka dan oleh kerana tempatnya terhad, kami tak mampu nak memenuhi semua permintaan.  Jadi, kami terpaksa dahulukan mereka yang mendaftar lebih awal.

Oleh kerana anda dah berikan nama anda lebih awal, suka untuk kami beritahu bahawa kami dah sediakan tempat untuk anda, anda hanya perlu sahkan kehadiran anak-anak anda segera dengan layari www.richworks.my/richkids atau hubungi Encik Ameerul di 016-2614450.

Sayang kalau anda lepaskan peluang ini sebab anak-anak anda membesar dengan pantas.  Takut nanti mereka membesar tanpa asas dan sokongan ilmu dan jatidiri yang kuat yang InsyaAllah anda boleh dapat dari Kem Khalifah Super Insan.  Anda buatlah keputusan terbaik.

 

Adakah Kami Akan Jumpa Anda Di RYRR Kali Ini?

oleh Team Richworks pada 17 November 2017

Tinggal kurang dari sebulan lagi untuk Program Retire Young Retire Rich (RYRR).  Terus terang kami nak maklumkan kepada anda, Program 3 hari RYRR ini adalah berbeza dari program yang sebelumnya, kerana kami akan berikan pendedahan kepada anda tentang lebih banyak peluang pelaburan.

Mungkin anda pernah dengar tentang peluang-peluang pelaburan, tapi anda tak tahu nak tanya kepada siapa.

Mungkin juga anda pernah mahu cuba-cuba melabur tapi anda tak yakin sangat dengan maklumat yang anda dapat.

Mungkin juga anda pernah melabur dan pernah kena scam kerana anda tak ada langsung ilmu dan maklumat yang sahih tentang pelaburan.

Kami nak berikan kepada anda peluang untuk dapatkan lebih banyak ilmu pelaburan supaya anda tak buat pelaburan yang silap, yang merugikan dan melingkupkan bisnes anda.

Anda dah penat-penat kerja dan berniaga, takkan anda nak tengok pelaburan anda tak berikan hasil?  Tapi hasil macam mana yang anda mahu, dan macam mana nak dapatkan hasil yang berkali ganda jika anda tak tahu bagaimana nak bermula.

Beri peluang kepada diri anda untuk belajar ilmu pelaburan.  Bukan satu, tapi banyak jenis.

 

Tok Bee Bawa Sinar Hidup & Persepsi Baru Untuk Penghidap Kanser Dengan Berniaga

oleh Team Richworks pada 01 November 2017

 

Tonton perkongsian Dato’ Sharifah Shareen Al-Mashoor – Apa yang beliau usahakan selepas berjaya pulih dari kanser dalam sesi Live Talk Show Mudahnya Berniaga.

#ResultMatters

#TalkShowMudahnyaBerniaga

Tonton sekarang!

 

Terima Kasih Kerana Hadir Ke Entrepreneur Foundation Program (EFP). Ingat! Jangan Jadi Hamster…

oleh Team Richworks pada 25 October 2017

Apa khabar anda semua?  Ok tak lepas 3 hari hadir ke EFPWarga Borneo tak pernah menghampakan kami. Anda selalu memberikan yang terbaik kepada kami. Anda berabis bagus!

Terima Kasih kerana hadir dan Tahniah kami ucapkan kerana tunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang program berlangsung.  Kami di Team Richworks dan Tuan Jerry Rizal mendoakan kejayaan anda  dalam bisnes anda.  Pastikan anda terus buat tindakan, betulkan apa yang perlu dibetulkan dalam perniagaan anda.

Ingat kata-kata Tuan Jerry Rizal – “Hidup berbisnes jangan jadi seperti hamster, lari berpusing-pusing tanpa arah tujuan, akhirnya mati sendiri, kepenatan.”

Kami belanja anda video hamster ‘ni untuk peringatan.

(Credit: Mark M Bonner)

Kami akan maklumkan kepada anda bila proses penghantaran/pos DVD Mudahnya Urus Akaun & GST yang kami berikan secara percuma kepada anda yang hadir ke EFP Oktober 2017 akan dibuat. Kami harap anda juga akan menonton DVD EFP kerana ada banyak panduan berguna untuk anda, InsyaAllah.

Sebarang pertanyaan untuk sesi Jerry’s Coaching dan program Richworks akan datang, boleh terus hubungi kami di 1-300-88-2424.

Jangan terlepas untuk sertai Facebook Group Entrepreneur Foundation Program (EFP)  kerana anda berpeluang untuk tanya soalan berkaitan pengurusan bisnes. Semoga anda terus komited nak membetulkan akaun, kewangan dan pengurusan bisnes anda.

 
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start