Master Your Business (MYB) 25 – 29 Ogos 2017

oleh Team Richworks pada 08 July 2017

Master Your Business (MYB) -Program (MYB) telah direka khas untuk membantu peniaga untuk menjalankan perniagaan pada tahap yang lebih baik dan bukan sekadar menjual dan memasarkannya sahaja. Apa yang selalunya berlaku ialah, selepas peniaga tahu cara untuk memasarkan perniagaan selepas hadir ke Program Millionaire Marketing Mastery (MMM), perniagaan mereka mula menjadi sangat sibuk, mula susah untuk diuruskan, dan mula berlaku banyak masalah kerana peniaga tidak mampu lagi menguruskannya seorang diri.

 

Usahawan Perlu Jadi Pemimpin – Kalau Tak Bisnes Anda Akan Karam!

oleh Team Richworks pada 08 July 2017

Setiap orang ada sifat-sifat kepimpinan yang tertentu. Dan selalunya mereka yang ada ciri-ciri kepimpinan ini mempunyai kebolehan dan berpengetahuan dalam pelbagai perkara. Mereka ini akan dipilih dan akan tergolong di kalangan pemimpin-pemimpin yang berwibawa. Dalam bekerja, mereka boleh lakukan pelbagai pekerjaan. Dalam bisnes, mereka mampu mengemudikan bahtera bisnes sebaiknya.  Tanpa alasan dan rungutan.

Apabila berada di dalam sesebuah organisasi, anda sebagai ketua sepatutnya  mampu untuk mengendalikan pekerja-pekerja di samping pikul tanggungjawab yang lebih besar. Anda adalah orang kepercayaan di dalam sesebuah syarikat. Pekerja anda tak akan dengar arahan dari orang lain melainkan arahan tersebut datang daripada anda sendiri. Apabila pekerja anda mempercayai anda, anda pula haruslah jalan kan tugas anda untuk membina mereka pula. Bukan menjatuhkan mereka.

Anda sebagai bos atau ketua perlu ingat, tanpa pekerja anda akan gagal. Sebab mereka yang membantu anda capai matlamat. Walau apa pun, anda harus bergerak seiring dengan pekerja anda. Dalam masa yang sama, anda juga jangan biarkan mereka pijak kepala!

Kepimpinan yang terbaik untuk anda contohi, tak lain dan tak bukan Nabi Muhammad SAW. Baginda merupakan seorang pemimpin yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan menepati kriteria terbaik. Tidak boleh disangkal lagi, baginda memimpin beribu-ribu orang semasa berperang dan juga di dalam urusan agama dan dakwah. Seperti yang kita tahu, baginda seorang pemimpin yang terbuka dan tidak menolak pendapat orang lain.

Sebagai contoh semasa perang Khandak, umat Islam menggali parit untuk melindungi Madinah dan idea ini datang dari sahabat Baginda iaitu Salman Al-Farisi. Baginda tidak was-was kepada idea yang dilontarkan oleh sahabatnya. Dan akhirnya tindakan menggali parit tersebut membawa kemenangan kepada kaum muslimin. Hikmahnya, sebagai pemimpin anda harus bersifat terbuka dan sentiasa mendengar pendapat orang di sekeliling anda.

Selain dari itu, seperti yang kita tahu Baginda mempunyai 4 sifat yang terpuji. Antara 4 ciri-ciri utama yang ada pada diri Rasullulah sebagai seorang pemimpin ialah beliau bersifat Siddiq (benar dan jujur), amanah, tabligh (menyampaikan wahyu, perkara-perkara yang menggembirakan tanpa menyembunyikan apa-apa), fatanah (cerdik, pintar dan bijaksana dalam melakukan sesuatu perkara).

Terdapat juga ciri-ciri sampingan yang menjadi tonggak kepada kepimpinan baginda seperti:

  • Tidak pernah berdebat tanpa tujuan
  • Mempunyai teknik menjual yang unik
  • Sentiasa melakarkan senyuman
  • Sentiasa berlaku jujur
  • Tidak pernah bersumpah palsu
  • Bersikap lemah lembut
  • Tidak pernah niat untuk mengejar harta semata-mata
  • Fasih di dalam tutur kata
  • Membenarkan yang halal, dan menolak yang haram

Terdapat banyak lagi ciri-ciri pemimpin yang anda boleh dapati di dalam kisah Nabi Muhammad SAW.  Contohi dan teladani lah Nabi Muhammad SAW. Pasti anda akan menjadi seorang pemimpin yang sentiasa didoakan segala kebaikan buat anda. Semoga anda berjaya!

—————-

Master Your Business (MYB) – satu program yang direka khas untuk bantu peniaga membina bisnes dengan penuh sistem dan struktur yang kuat di bawah pengurusan yang kaya dengan ciri-ciri ‘leadership’ terbaik.  Tanpa ‘leadership’, anda ibarat mengemudi bahtera tanpa tahu arah tujuan, tanpa tahu bagaimana nak mengemudikan.  Silap-silap bisnes anda boleh karam di tengah lautan. Layari www.platinum.azizanosman.com/myb/

 

IMKK April 2017 – Puan Norsidayati Mustari

oleh Team Richworks pada 01 July 2017

Anda tonton perbualan Dr Azizan Osman bersama Puan Norsidayati Mustari ini. Jika anda rasa anda nak mulakan langkah dan jadi seperti Puan Norsidayati ini, anda boleh PM Tepi kami sekarang. Kami akan share apa langkah awal yang patut anda ambil. Semoga bermanfaat!

 

Pemilik Sate KL Ini Bergelut Urus Bisnes 3 Keturunan. Tanpa Ilmu Takkan Kukuh Bisnes Keluarga.

oleh Team Richworks pada 30 June 2017

Masih berhari raya? Banyak makan sate? Sebelum terus beraya, kami nak anda tonton video ini sekarang.

Mungkin ada yang fikir, kalau keturunan usahawan, senanglah nak warisi perniagaan. Ibu bapa dah berniaga, anak mereka boleh ambil alih saja perniagaan.

Berbanding dengan orang lain tidak ada darah keturunan usahawan, kita mungkin fikir susah untuk mereka berniaga. Betul kan?

Itu fakta salah. Tak kira anda keturunan usahawan atau bukan, itu bukan faktor utama untuk anda berjaya dalam berniaga. Kuncinya, anda perlu ada mentor, ilmu, sistem, tindakan dan impian.

Anda mungkin teringin nak berniaga atau anda mungkin bakal uruskan bisnes keluarga, tapi adakah anda tahu apa persediaan yang anda perlu ada untuk berniaga? Adakah anda yakin diri anda dah bersedia untuk jadi seorang usahawan?

Jika anda betul-betul nak pastikan diri anda mampu mencapai cita-cita anda untuk perbaiki tahap kehidupan, tahap kewangan dan tingkatkan tahap kebahagiaan, mulakan dengan hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) di Kota Kinabalu dan Shah Alam.

PM kami jika anda mahu tahu lebih lagi tentang IMKK. Jika pewaris bisnes Sate KL yang sudah lebih 60 tahun wujud ini pun masih hadir menuntut ilmu, kenapa tidak anda?

 

Anda Percaya Tak, Hidup Susah Bukan Untuk Selamanya. Wanita Ini Keluar Dari Kesusahan Dengan Jual Baja.

oleh Team Richworks pada 29 June 2017

Kami doakan hari raya anda tahun ini, bagus-bagus, semuanya OK dan gembira.

Ada juga yang tidak OK? Alahai…kenapa pula?

Hidup ini memang begitu, ada masa kita senang, ada masa kita susah. Betul? Tapi, masalahnya kalau hidup sentiasa susah, sentiasa ada masalah, terikat dengan hutang keliling pinggang dan semua yang kita usahakan tidak menjadi, itu masalah berat sebenarnya.

Anda semua perlu tahu, hidup susah bukan untuk selamanya. Kalau asyik mengeluh dan sedih, memang tak ada apa yang akan berubah. Jika mahu ubah kehidupan, perbaikinya menjadi lebih baik dan keluar dari masalah, anda perlu ada ilmu supaya tahu apa sebenarnya yang anda perlu lakukan.

Tonton dulu perkongsian dari Puan Anim Abu ini. liku-liku kehidupan yang beliau lalui  sangat memeritkan. Alhamdulillah, dengan ilmu dan usaha, beliau kini

dah mampu capai kehidupan lebih baik.

 

 

Mulakan dengan tanamkan rasa percaya bahawa anda pun boleh hidup jauh lebih baik. Cari ilmu yang boleh bantu anda capai kehidupan yang lebih baik. Anda boleh ikut jejak langkah Puan Anim dengan mula hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejataan (IMKK) pada 4-6 Ogos di The Klagan Regency, One Borneo Kota Kinabalu, Sabah.

PM kami sekarang jika anda mahu dapatkan tawaran tiket beli 1 PERCUMA 2 tiket atau layari www.azizanosman.com/imkk atau hubungi 1300 88 2424 untuk kami bantu anda.

Anda layak untuk dapat kehidupan yang lebih baik. Mulakannya dengan hadir ke IMKK.

 

Tuan Syed Mohd Yassin

oleh Team Richworks pada 20 June 2017

Anda tonton perbualan Dr Azizan Osman bersama Tuan Syed ini. Jika anda rasa anda nak mulakan langkah dan jadi seperti Tuan Syed ini, anda boleh PM Tepi kami sekarang. Kami akan share apa langkah awal yang patut anda ambil. Semoga bermanfaat!

 

 

Nak Kami Bantu Anda Grow Your Business?

oleh Team Richworks pada 19 June 2017

 

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera anda, apalah ertinya berniaga bertahun-tahun tetapi masih berada ditahap yang sama bukan?

Maaf jika emel ini mengganggu anda di kala anda sedang sibuk membuat persiapan hari raya.

Anda, kami rasa emel ini amat penting kerana ramai usahawan yang jatuh atau merosot bisnes mereka selepas hari raya.

Teruskan membaca sampai habis dan pastikan tonton video dibawah ni ya!

Alhamdulillah genap 9 tahun ulangtahun Richworks di dalam membantu beratus ribu peserta termasuk para usahawan serta melihat begitu ramai yang berjaya mencapai jualan dari kosong ke tahap jutaan ringgit setahun dan ada yang jutaan ringgit sebulan.

Dan kami akan rasa bodoh jika selepas membina beratus ribu usahawan kami masih tidak pasti apakah kunci formula utama yang usahawan perlu lakukan untuk kembangkan perniagaan mereka. Dan lebih bodoh lagi jika kami tidak dapat membantu lebih ramai usahawan terutamanya usahawan bumiputera.

Persoalannya ialah, adakah anda mahu dibantu? Adakah anda mahu bawa perniagaan anda ke tahap lebih tinggi?

3-tahun terkini Richworks dan Mentor Usahawan Dr Azizan Osman yang baru-baru ini diiktiraf sebagai Credentialed Master Coach bertaraf antarabangsa dari sebuah badan International Coach Guild di Australia amat agresif membimbing usahawan yang sedang membangun untuk mencapai peningkatan ke tahap 5-10 kali ganda lebih tinggi dalam masa yang singkat.

Dan baru-baru ini kami telah melancarkan sebuah program khas untuk para usahawan yang mahu dibimbing dan mahu grow business mereka lebih jauh lagi, dengan syarat anda layak diterima ke dalam program ini.

Program baru ini bukan sekadar workshop biasa atau teori semata. Business Growth Workshop (BGW) tertumpu pada jalan dan strategi untuk kembangkan, tingkatkan dan luaskan penguasaan perniagaan anda.

Kenapa nak tambah dan upgrade ilmu? Bukankah dah ada ilmu sebelum ini? Anda perlu ingat, dunia bisnes dan pemasaran sentiasa berubah. Sentiasa bertambah. Ada yang sangat cepat outdated dan sangat pantas berkembang. Anda perlu faham trend dan sentiasa keep up to date. Pemasaran lapuk hanya akan beri anda jualan tahap biasa dan sama. Jadi apa yang kami ada yang boleh bantu bisnes anda Grow?

✔️ Kami ada proven results kerana #ResultMatters bagi kami. Buat apa buang masa dengan mentor dan ilmu yang tidak ada bukti kejayaan yang luar biasa bukan? Aset kita paling mahal adalah MASA. Dan kita mahu gunakan masa yang bernilai untuk capai result yang lebih pantas bukan?

✔️ Coach yang diiktiraf sehingga ke peringkat antarabangsa yang TAHU bagaimana untuk buat anda faham apa yang anda perlu faham

✔️ Pengalaman jatuh bangun hampir 20 tahun dalam bidang perniagaan dan pemasaran dan mampu beri anda jalan pintas elak kegagalan

✔️ Elemen, teknik dan strategi tepat yang mudah difahami dan coach kami akan PASTI buat anda faham

✔️Peningkatan sales yang dijamin – melangkau dua tangga jika anda benar-benar KOMITED

 

Fahami lebih lagi apa yang anda boleh dapat dari Business Growth Workshop dengan tonton video ke-3 ini.

Video 3

Jika anda terlepas untuk tonton video 1 dan 2, klik di sini sekarang.

Video 1 :  Tonton Sekarang >>

Video 2:   Tonton Sekarang >>

Perniagaan anda lebih bernilai dan berpotensi jauh lebih baik dari yang anda sangkakan.

Tingkatkan level bisnes anda bersama Business Growth Workshop! Jika anda masih belum mendaftar, klik link ini sekarang www.businessgrowth.com.my.

Bagi anda yang telah mendaftar, nantikan email seterusnya dari kami minggu ini untuk mengetahui siapakah antara anda yang layak untuk berada dalam Business Growth Workshop kami.

 

7 Sebab Kenapa Anda Perlu Hadir Ke IMKK. Selebriti Dan Jutawan Pun Hadir Atas Sebab Yang Sama.

oleh Team Richworks pada 19 June 2017

Ramai orang mungkin dah pernah dengan tentang Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK).  Ramai antara anda juga mungkin pernah dengar pengalaman kenalan anda yang pernah hadir.  Anda pun mungkin rasa nak hadir, tapi ada sesuatu yang membuatkan anda sentiasa menangguhkan penyertaan anda ke dalam program 3 hari yang dah dihadiri oleh 75,000 orang semenjak tahun 2010 ini.

 

Ada orang maklumkan kepada kami:

“Saya dah lama dengar tentang IMKK, tapi belum sampai hidayah nak pergi.”

“Dulu kawan saya dah pergi, tapi masa ‘tu saya rasa tak perlu untuk saya pergi.”

“Masa ‘tu saya tak nampak lagi, kenapa perlunya saya datang IMKK ‘ni.”

Ini antara perkara yang orang ramai beritahu kami bila kami tanya mereka kenapa mereka hadir ke IMKK sekarang.

Hidayah tak boleh dipaksa.  Itu bukan kerja manusia nak beri hidayah.  Hadir ke IMKK 10 kali pun, kalau Tuhan tak nak beri hidayah, takkan bermakna apa-apa juga kepada  sesiapa.  Tapi, itu bukan alasan untuk kami dari berhenti buat program yang dah banyak bantu manusia berubah menjadi seorang yang lebih baik, lebih berjaya, mampu mencapai tahap kewangan yang lebih tinggi dan jumpa kebahagiaan yang mereka cari-cari. Dan, untuk manusia yang betul-betul nak ubah hidup, InsyaAllah mereka akan dipertemukan dengan IMKK. Kami yakin.

Kami nak kongsikan dengan anda 7 sebab kenapa anda perlu hadir ke IMKK.  Dan jika anda nak tahu, ramai selebriti dan jutawan produk ternama juga hadir atas sebab-sebab yang sama.

  1. IMKK beri anda peluang untuk kenal diri anda lebih jauh lagi. Ramai orang tak tahu dengan jelas apa kemampuan diri mereka.  Mereka ingat mereka ini mampu hidup biasa-biasa sebab mereka belum tahu kemampuan luar biasa  yang ada dalam diri mereka.
  2. IMKK bantu mereka eratkan hubungan dengan Allah SWT, dengan keluarga dan dengan orang di sekeliling. Kadang-kadang, kita dah berusaha sebaik mungkin tapi perkara-perkara macam ‘ni ‘lah yang buatkan kita susah nak berjaya.
  3. Anda bakal kenal apa sikap negatif yang menghalang anda selama ini. Ada peserta baru tahu bahawa kerana mereka suka bertangguh, atau kerana mereka rasa tak layak untuk berjaya menyebabkan mereka tak capai apa-apa.  Di IMKK anda akan didedahkan dengan perkara yang menghalang manusia dari berjaya.
  4. Ramai orang belum faham kaitan jiwa dan kejayaan. Jiwa yang berkeladak, selalu berfikiran negatif dan selalu berburuk sangka, akan menarik perkara-perkara negatif kepada anda.  IMKK, bantu anda betulkan fikiran anda menjadi lebih positif.
  5. Jika anda dah bosan dengan hidup dalam rutin yang sama setiap hari, anda dah bosan dengan tahap kerja yang sama, semuanya pun mudah dan boleh dijangkakan, cuba hadir ke IMKK dan anda akan dapat alami sesuatu pengalaman yang sangat berbeza. Walaupun anda pernah dengar dari orang yang dah hadir, tapi takkan sama dengan apa yang anda akan alami bila anda dah hadir sendiri
  6. Jika anda ada banyak masalah kehidupan, beban hutang, hidup tak terurus, perniagaan yang tak menunjukkan peningkatan, atau pekerjaan yang tak buatkan anda dapat kualiti hidup yang baik, IMKK InsyaAllah dapat berikan jawapan kepada kerisauan anda.
  7. Bagi anda yang minat berniaga tapi tak tahu bagaimana nak bermula atau yang dah berniaga tapi tak tahu bagaimana nak besarkan perniagaan, IMKK dapat bantu menjadi langkah pertama anda untuk capai impian anda tersebut.

Ramai artis, selebriti dan jutawan yang dah ada bisnes yang terkenal juga hadir ke Program IMKK kerana mereka tahu ada perkara yang perlu mereka betulkan dalam diri dan kehidupan mereka.  Alhamdulillah, makin lama makin ramai orang memberikan maklumbalas terbaik tentang program 3 hari ini.  Makin lama, makin banyak kisah kejayaan yang kami terima hasil dari tindakan yang mereka buat selepas hadir ke IMKK.

Anda pun boleh uba untuk hadir ke Program IMKK. Klik link ini untuk dapatkan TAWARAN TERHAD beli 1 tiket PERCUMA 2 tiket ke IMKK.

Kami harap kami dapat jumpa anda di IMKK terdekat ini.  Hubungi kami di 1 300 88 2424 (waktu pejabat) jika anda perlukan lebih maklumat.

 

IMKK April 2017 – Puan Saffiyah Osman

oleh Team Richworks pada 16 June 2017

Anda tonton perbualan Dr Azizan Osman bersama Puan Saffiyah Osman ini. Jika anda rasa nak mulakan langkah dan jadi seperti Puan Saffiyah ini, anda boleh PM Tepi kami sekarang. Kami akan share apa langkah awal yang patut anda ambil. Semoga bermanfaat!

 

Semangat Ramadhan Di Richworks – Jujur Tanpa Sempadan, Ikhlas Tanpa Batasan

oleh Team Richworks pada 16 June 2017

Alhamdulillah, kita dah hampir menamatkan bulan Ramadhan.  Bagi yang komited berusaha untuk meraih rahmat Allah di bulan Ramadhan, ianya mungkin sesuatu yang menyedihkan.  Sedih melihat Ramadhan beransur pergi bersama rahmat bergandanya yang mungkin kita tak akan temui lagi di tahun hadapan.

Tahun ini, semangat Ramadhan di Richworks memang berbeza.  Sedari awal, kami dah rancang berbagai aktiviti untuk mengimarahkan Ramadhan.  Dengan tema ‘Jujur Tanpa Sempadan, Ikhlas Tanpa Batasan’ kami di Richworks telah menunjukkan komitmen dan kerjasama yang sangat hebat demi menjayakan aktiviti Ramadhan kali ini.

Bermula dengan aktiviti pengagihan kurma Richwell, setiap kakitangan diberikan tanggungjawab untuk mengedarkan kurma ke lokasi pilihan mereka.  Ada yang mengedarkannya di bazar Ramadhan, ada yang mengedarkannya di rumah tahfiz, surau dan masjid bahkan ada yang sanggup membawanya hingga ke Thailand.  Tujuan kami ialah untuk menyampaikan sedekah kurma ini sejauhnya dan kepada seramai yang kami mampu.

Diikuti pula aktiviti Shopping Raya Richwell bersama Rumah Saffiyah di mana setiap staff telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan bertanggungjawab untuk shopping raya bersama-sama 4-6 orang adik-adik Rumah Saffiyah.  Ada antara kami, yang tak pernah berpengalaman untuk shopping raya untuk adik-adik yang lebih kecil dan ini menjadi pengalaman pertama untuk mereka membeli persalinan lengkap hari raya untuk adik-adik Rumah Saffiyah.

Kami juga terlibat dengan aktiviti Kotak Rezeki Metro di mana Richwell telah menyumbangkan sebanyak 1000 pek beras seberat 10kg setiap satunya kepada Harian Metro untuk diedarkan kepada 1000 orang yang telah dikenalpasti layak untuk terima bantuan.  Kami rasa sangat bersyukur bila dapat tahu beras sumbangan telah dihantar ke rumah-rumah tahfiz, rumah-rumah anak yatim dan kepada asnaf.  Semoga sumbangan kecil ini dapat membantu meringankan beban mereka di bulan Ramadhan.

Tak cukup ‘gila’ dengan apa aktiviti yang ada, Team Richworks yang terdiri  dari ‘Manager Wanita’ juga telah mengambil kesempatan untuk memasak juadah berbuka kepada semua kakitangan pada setiap Rabu.  bermula dengan menu sayur campur dengan udang, daging tetel masak asam pedas, masak lemak labu dengan ayam rendang, sardin dengan kacang pis semuanya demi nak menyampaikan sedikit kegembiraan kepada semua kakitangan.

Kehadiran Habib Syech Assegaff di Majlis Iftar Amal dan Qasidah pada 10 Jun bersamaan 15 Ramadhan yang lalu turut menyerikan majlis berbuka puasa Richwell kali ini.  Dengan jemputan yang terdiri dari ahli Titanium dan keluarga, kakitangan dan keluarga, Rumah Saffiyah dan pelajar tahfiz  Madrasah Riyad Adduafa’ Wal Masakin serta para jemputan khas yang lain yang terdiri dari Lembaga Pengarah dan keluarga masing-masing, majlis ini juga berjaya disiarkan secara ‘live’ di laman Facebook Richwell.

Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.  Richwell juga telah mengambil kesempatan untuk menyediakan juadah berbuka untuk 10 malam Ramadhan terakhir kepada Rumah Saffiyah.  Sebagai balasan, di 10 ramadhan terakhir ini juga, pihak lembaga pengarah turut menyumbangkan juadah berbuka kepada semua kakitangan Richworks.

Syukur, Alhamdulillah.

Tak cukup dengan kemeriahan itu, pihak ABC Mediaworks sebuah anak syarikat Richworks, juga telah mengadakan Pertandingan Video dan Deco Raya Richworks.  Apa yang tak dijangkakan, dalam masa yang singkat pihak penganjur dan Lembaga Pengarah juga terkejut dengan kreativiti dan komitmen yang diberikan oleh kakitangan sehingga mampu menghias jabatan masing-masing dengan penuh unik dan juga menghasilkan video raya yang sangat memberi kesan kepada yang menonton.

Selari dengan Malaysia#QuranHour yang dianjurkan di seluruh Malasia, Team Richworks juga turut menyertainya bersama majlis Khatam Al-Quran setelah berjaya bertadarus bersama-sama sepanjang Ramadhan.

Inilah semangat Richworks! Pantang dicabar.  Sentiasa mahu melakukan yang terbaik.  Sentiasa mahu memberi yang terbaik kepada orang sekeliling. Juga sentiasa mahu memastikan diri sendiri bersedia untuk memperbaiki diri.  Bagi orang lain, Ramadhan mungkin bulan untuk santai-santai, tapi bagi kami di Richworks, Ramadhan adalah bulan untuk mengejar rahmat dari-Nya.

Semoga semangat Ramadhan Richworks ini terus berpanjangan.  Semoga dapat terus menambah nilai dalam kehidupan lebih ramai orang lagi.

 

#TeamRichworks

#Richwell

 
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start