Buat Bisnes Bukan Sibuk Nak Glamour Je Ye.. Tanggungjawab Bisnes Owner Sangat Besar..

oleh Team Richworks pada 24 March 2018

Buat bisnes bukan sibuk nak glamour je ye.. tanggungjawab bisnes owner sangat besar.

Bisnes kita nak collect cash lepas tu simpan. Bukan belanja sesuka hati. Bisnes tak collect cash jawabnya tunggu masa nak meninggal.

Puan Zarina ni buat bisnes Consultation Designer, tak tau nak urus akaun bisnes dengan baik lagi-lagi transaksi pada waktu-waktu yang heavy. Berkerut dahi dia masa bercerita.

Masalah dia lagi bila banyak supplier dia tak ada akaun bank, nak payment by cash. Ini dah buatkan transaksi tu makan masa dan rekod semua huru-hara.

Yang sedihnya, dia terlalu banyak ad hoc payment yang buatkan akaun dia huru hara. Payment tak teratur, setiap hari duit keluar lagi banyak dari duit masuk.

Tak terkecuali jugak Puan Siti Hajar yang buat bisnes Dobi Service ni.

Biarpun mak ayah dia memang buat bisnes, dia rasa selama ni dia dibesarkan dalam keadaan bisnes yang huru hara.

Mindset dia selama ni buat bisnes asalkan tau kira duit keluar masuk dah cukup dah, dia tak nampak penting pun kena jaga akaun syarikat.

Nak dijadikan lagi tragik cerita puan ni, selama ni akaun dia serahkan 100% untuk staff dia jaga. Tapi staff dia yang buat semua kerja tu dah berhenti.

Dia yang tak faham akaun dah terkontang-kanting nak uruskan akaun syarikat.

Untuk sesi pagi ni je ramai peserta yang kongsikan masalah mereka nak urus akaun syarikat.

Anda rasa kena ketuk tak kepala? Jangan ingat anda dah selesa.. majoriti usahawan akan ada masalah macam ni.

Kami akan terus update apa yang berlaku dalam Program Smart Cashflow Management hari ni. Kami harap anda dapat sesuatu hari ni.

Lagi mengenai artikel: Blog, Seminar
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2019 © RichWorks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start