Bukan Mak Punca Kegagalan Aku!

oleh Team Richworks pada 02 April 2018

“Saya ada satu perasaan nak buat yang terbaik untuk mak saya. Tapi bila saya tak dapat nak buat yang terbaik saya akan jadi murung.

“Awal-awal memang saya bersemangat, tapi bila saya gagal, semangat saya akan jatuh dan susah saya nak maintain semangat saya,” kata Tuan Mohd Zaini yang dah mengalirkan air mata di depan lebih 900 peserta yang hadir ke MGC hari ini.

Tuan Mohd Zaini kongsikan masalah dia pada sesi sharing bersama Dr Azizan Osman sebentar tadi.

“Bukan salah mak awak sebenarnya.. setiap hari awak kena belajar plan dan ada sistem jadual untuk awak spend time dengan mak awak.

“Setiap hari kita ada 5 waktu solat untuk kita betulkan diri kita. Memang ada saat kita nak gembirakan mak kita tapi dia tak gembira jugak. Itu normal. Yang penting kita kena sentiasa ingat dalam hidup, kita kena gembirakan keramat hidup kita.

“Awak cuma perlukan connection je.. kalau dengan mak awak sendiri pun awak tak boleh marketkan diri awak, macam mana awak nak marketkan bisnes pada pelanggan? Learn to improve that!,” kata Dr Azizan Osman dengan nada yang tegas.

Wajah Tuan Mohd Zaini yang tadinya muram dan mula menunjukkan tanda-tanda ceria dan senyuman dah terukir diwajahnya.

Belajar sesuatu tak? Tag dan share jika anda terinspirasi.

Lagi mengenai artikel: Blog, Seminar
 

Ruangan Komen

Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start