Cabaran Kesembilan – “Wheel Of Life”. Adakah Anda Puas Hati Dengan Keadaan Hidup Anda Sekarang?

oleh Team Richworks pada 13 March 2018


Masa di Program Intensif Magnet Kekayaan & kejayaan (IMKK) lalu, Dr Azizan Osman ada share tentang Wheel of Life.  Dalam Wheel of Life ada beberapa bahagian penting dalam hidup anda yang anda boleh beri markah di mana tahap anda berada sekarang dan dari situ anda boleh tengok adakah Wheel of Life anda betul-betul bulat, besar atau kecil saiznya.

Untuk cabaran hari kesembilan selepas IMKK Mac, kami nak tanya anda:

  • Adakah sebarang perubahan dalam Wheel of Life anda selepas 9 hari di IMKK
  • Bahagian mana yang anda dah mula betulkan
  • Apa perasaan anda selepas mulakan perubahan.

Kami nak anda share cerita dan gambar-gambar yang berkaitan.  Anda boleh ceritakan bagaimana perasaan anda bila pertama kali tengok Wheel of Life anda?  Terkejut? Sedih?

Dan ceritakan apa perubahan yang anda buat untuk membetulkan bulatan “Wheel of Life” anda?  Kami sangat berterima kasih kerana anda komited untuk sertai setiap cabaran.  Anda boleh postkan di Facebook Page IMKK mac 2018.

Anda mesti ingat kisah tetamu showcase yang kami jemput berkongsi cerita dengan anda di IMKK lalu, Tuan Ariff Subri – pengasas Al Fateh Genius – produk makanan tambahan untuk anak-anak.  Kami yakin anda ingat lagi kisah beliau, yang terpaksa ambil upah untuk mandikan jenazah yang dah reput dan ada berbagai situasi hanya untuk tambahkan pendapatan nak sara keluarga.  Macam mana perasaan anda bila dengar kisah beliau?

Tonton semula sharing beliau.  Anda tahu tak, sekarang beliau dah boleh bina bisnes dan dah boleh buat jualan sehingga jutaan ringgit setahun.  Bayangkan, dari seorang yang tak ada apa-apa dan kini mampu untuk hidup lebih baik selepas dia mula berniaga dan bertambah -tambah baik selepas ada ilmu marketing yang beliau dapat di Program Millionaire Marketing Mastery (MMM).

Adakah anda rasa puas hati dengan keadaan hidup anda?  Soalannya adakah anda nak biarkan saja hidup anda berada pada tahap sekarang?  Sampai bila? Anda pun tahu, anda pun boleh capai 101 impian anda bila anda ada ilmu dan tindakan!  Jadi mulakan sekarang, jangan tunggu-tunggu lagi. Semain anda tunggu dan tangguh untuk cari ilmu, semakin anda jarakkan kejayaan dari anda dan semakin anda biarkan hidup anda terus dikelilingi susah dan asyik serba tak cukup!

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Pemasaran Bisnes
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start