Smart Cashflow Management – Tunai: Keluar, Masuk Atau Beku?

oleh Team Richworks pada 11 February 2018


Jika nadi kehidupan insan adalah pada udara yang digunakan untuk bernafas pada setiap saat, nadi pada sesebuah bisnes adalah pada aliran wang tunai miliknya setiap hari. Perumpamaan kepentingan aliran tunai atau cashflow inilah yang kurang diambil berat oleh kebanyakan pemilik bisnes. Mereka tahu keperluan cashflow hanya untuk pusing modal sahaja. Selebihnya? Tak kisah barangkali.

Cashflow setiap bisnes sangat mustahak untuk dikawal selia. Penting untuk tahu kadar aliran keluar masuk dan segala tatacara berkaitan kerana cashflow inilah sebenarnya yang menentukan letak duduknya sesebuah bisnes. Tunai – Satu, memang mustahak untuk pusingan modal. Kedua, untuk gaji staff dan juga anda sebagai pemilik bisnes. Dan yang ketiga untuk rekod dan pemfailan atau filing.

Kenapa perlu memfailkan segala transaksi keluar dan masuk syarikat? Supaya anda tahu ke mana dan untuk apa wang syarikat dibelanjakan, selain untuk tujuan pembinaan profil syarikat, inilah tiket untuk anda mendapatkan mana-mana funding atau bantuan kerajaan kelak kerana banyak dana yang disediakan oleh pihak tertentu ini tidak dapat diproses pada pemilik bisnes kerana kekurangan maklumat terperinci berkaitan nadi bisnes itu.

Smart Cashflow Management yang berlangsung pada 10 Februari 2018 lalu di Hotel Acapella Shah Alam dan disampaikan oleh Tuan Nasrul Hadi, Chartered Accountant (M) kepada hampir 300 pemilik bisnes dan usahawan baru telah berjaya memberikan kesedaran tentang pentingnya pengurusan bijak kewangan syarikat mereka. 3 kesedaran besar telah berjaya membuka mata usahawan-usahawan ini bahawa situasi aliran tunai mereka sebenarnya amat tenat jika tidak difailkan dan disusun secara sistematik. Pensisteman aliran tunai ini bukan hanya untuk ‘nampak’ ada berapa angka di dalam akaun secara virtual tapi juga secara realitinya memang bisnes mereka ‘berduit’. Cashflow ini penentu pada pengurusan kewangan syarikat – tentang unjuran projek tahunan, pengiraan kos, untung, target keuntungan, simpanan, pelaburan dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan.

Badan-badan kerajaan yang kini semakin anda lihat seperti mengejar para usahawan, itu semua juga berbalik pada pengurusan sistem kewangan tunai dan pemfailan sistematik syarikat. Cantik pengurusan, baiklah layanannya. Anda nampak mereka ‘jahat’ tapi mereka inilah salah satu punca yang buat anda lebih berhati-hati dan teliti dalam melaksanakan sistem pengurusan tunai syarikat. Kebaikannya akan berbalik pada bisnes itu sendiri kelak – peluang dana, dan pengembangan syarikat yang lebih meluas.

Sesi soal jawab yang dijalankan bersama para peserta ternyata buatkan mereka kini celik cashflow. Tak kira jika bisnes anda itu hanya sekecil-kecil stokis atau ejen, sistem cashflow sudah perlu ada. Pokoknya, semua perkara yang melibatkan duit masuk keluar, invois, cek, dan pelbagai lagi, harus disusun, failkan, dan disimpan untuk rujukan kemudian hari. Melainkan jika mereka hanya buat bisnes untuk satu hari, barangkali mereka tak perlu kisah untuk pengurusan tunai ini.

Persoalan mengenai berapa jumlah akaun bank yang perlu ada, di mana tabungan untuk EPF dan SOCSO pekerja, berapa tabungan syarikat, apa jenis pelaburan yang perlu dipertimbangkan, apa kepentingan transaksi atas talian, apa perbezaan transaksi online biasa dan yang terbaik untuk pengusaha bisnes, dan pelbagai lagi ilmu tersembunyi di sebalik sebuah perkataan cashflow dibuka satu persatu pada hari tersebut. Meskipun ianya hanya satu hari, pengisian yang diberikan sangat berharga untuk sepanjang hayat bisnes para peserta.

Susunan dan sistem pengurusan cashflow yang ditekankan ini berupaya menyelamatkan atau menjahanamkan perniagaan anda sehingga 7 tahun. Sistem yang tersusun, teratur dan terkini membuka sehingga 7 tahun peluang-peluang dana, dan jangka hayat syarikat. Cash is king! Cashflow adalah penentu pada kedudukan sebenar tunai anda. Cuba lihat balik status aliran tunai syarikat anda. Adakah ianya statik? Adakah ianya banyak keluar daripada masuk? Atau hanya masuk dan tak ada transaksi keluar?

Adakah transaksi bank anda tak sepadan dengan apa yang anda niagakan saban hari? Berapa panjang atau banyaknya statement bank anda setiap bulan? Tepat? Atau rekaan? Jika jawapan anda masih tidak pasti dan was-was, atau barangkali anda tak ada pun jawapan bagi kebanyakan soalan ini, disarankan supaya anda tunggu sesi Smart Cashflow Management yang seterusnya nanti. Biar susah sekarang dari tak tidur malam kemudian hari memperbetulkan sistem tunai syarikat yang tertunda sedangkan ianya boleh diselesaikan pada setiap penghujung hari perniagaan anda.

Tahniah pada yang berjaya hadir dan buka minda untuk perbetulkan sistem pengurusan tunai mereka. InsyaAllah semoga ilmu tersebut dipraktikkan dan memberi manfaat yang terbaik pada mereka. Dan  pada anda, kita jumpa lagi di sesi yang seterusnya.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start