Celik SST – Antara Keliru Dan Patuh

oleh Team Richworks pada 26 September 2018

Pelaksanaan SST bermula 1 September

Berkuatkuasa 1 Sept Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan bagi mengantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kata Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri T. Subromaniam.

Katanya, pelaksanaan SST itu adalah susulan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan 2018 dan RUU Cukai Perkhidmatan 2018 telah diluluskan Parlimen pada 20 Ogos lepas.

“Sehingga kini, kira-kira 77,000 peniagaan telah didaftarkan di bawah SST melalui pemindahan automatik dari sistem GST dan peniaga telah dimaklumkan melalui emel.

“Daripada jumlah itu, 32,577 merupakan pendaftaran bagi cukai jualan dan 44,874 adalah pendaftaran bagi cukai perkhidmatan. Ini menunjukkan kos pematuhan dijangka akan menurun kerana kebanyakkan peniaga tidak perlu berdaftar di bawah SST, cuma pengilang barangan  tertentu dan penyedia perkhidmatan sahaja yang perlu berdaftar,” katanya. – sumber Kosmo 23 Ogos 2018.

Bila diumumkan tentang pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), habis penuh di Media Sosial, Whatsapp group masing-masing hangat menceritakan tentang SST. Seolah-olah semuanya tiba-tiba menjadi pakar cukai di Malaysia pulak. Manakan tidak, masing-masing mula memberikan pendapat baik dan tak baik dalam media sosial masing-masing.

Sejak SST diperkenalkan, pelbagai tafsiran dibuat. Kreativiti rakyat Malaysia memang terserlah untuk mencipta pelbagai maksud SST. Kebanyakannya memberi maksud sinis. Itulah Malaysia kita. Sama ada berlaku kenaikan harga atau tidak, pihak kerajaan telah menyenaraikan barangan yang dikecualikan SST.

Isunya yang bimbang tentang pelaksanaan sistem cukai ini adalah pengguna sendiri. Banyak kekeliruan yang tidak terjawab bagi pihak pengguna. Tetapi sebenarnya para usahawan atau peniaga juga perlu ambil berat tentang sistem cukai ini.

Antara salah faham pengguna atau boleh juga dikatakan persoalan tentang SST:

  1. Boleh ke pengguna dikenakan kedua-dua cukai 10% dan 6%?
  2. Betul ke cukai jualan dikenakan di satu peringkat sahaja?
  3. Boleh ke peniaga kenakan caj lain selepas SST?
  4. Adakah harga barang akan lebih murah lepas SST?
  5. Betul ke sistem GST lebih telus daripada SST?

Namun, golongan peniaga sendiri juga pasti banyak kekeliruan dari segi pelaksanaan dan pematuhan pada sistem cukai ini. Perubahan atau transisi GST ke SST 2.0 sendiri banyak perkara penting yang usahawan sendiri tidak tahu.

Apa antara kekeliruan lain yang dihadapi oleh peniaga?

– Apakah perbezaan antara GST dan SST dari sudut pandangan usahawan?

– Bagaimana nak buat perbandingan antara Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan?

– Apakah jenis barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai?

– Entiti manakah yang wajib mendaftar SST?

– Apa itu jadual ambang jualan atau Sales Threshold?

– Bagaimana cara pengiraan Threshold?

– Berapakah kadar cukai SST?

– Bagaimana caranya untuk semak status pendaftaran lessen SST?

– Bagaimana hendak membuat pendaftaran baru dan cara kemukakan borang SST?

– Bagaimana caranya untuk memohon pengecualian (Exemption) Sales Tax?

– Apakah kesalahan, penalty dan denda yang akan dikenakan jika gagal untuk patuh pada undang-undang yang ditetapkan?

Keliru, buntu dan tertekan, tetapi dalam masa yang sama terpaksa patuh pada undang-undang yang ditetapkan. Jika kita hanya membaca, mendengar atau dapatkan maklumat dari satu pihak atau sumber yang tidak relevan, pasti kita sendiri akan makin keliru dan terus buat kesilapan.

Secara logiknya mudah, untuk dapatkan maklumat dan penerangan yang betul, ambil inisiatif untuk banyak membaca surat khabar yang boleh dipercayai sumbernya, dapatkan info-info secara terus pada badan-badan atau pihak berkuasa yang sepatutnya seperti Kastam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan sebagainya.

Paling penting ambil tindakan untuk hadir ke program ilmu yang dipercayai untuk mendapatkan ilmu yang lebih jelas dan mendalam tentang SST. Jangan terus berada dalam keadaan keliru sehingga beri kesan buruk pada diri dan perniagaan anda.

www.nakurusbisnes.com

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Pemasaran Bisnes, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start