Checklist Raya Untuk Usahawan

oleh Team Richworks pada 13 June 2018

 

Dam dam dum bunyi mercun

Kanak-kanak segera datang berduyun

Dam dam dum mercun berdentum

Semaraklah hari raya ini tahun

 


Saat anda baca article ini, mungkin anda sedang sibuk buat persediaan raya, dalam perjalanan nak balik kampung atau masih lagi menguruskan kerja-kerja akhir dan perniagaan anda. Kemeriahan raya dah terasa.  Apapun keadaan bisnes anda sekarang, raya tetap akan berlaku dan perlu disambut sebaiknya.

Sebelum anda tutup pejabat, tutup kedai dan tutup bisnes untuk sambutan raya dan beri peluang kepada anda dan kakitangan beraya dan meluangkan masa bersama keluarga, kami nak sharekan dengan anda 20 ‘checklist penting yang anda sebagai usahawan perlu buat sebelum cuti raya:

  1. Pastikan semua bil, hutang, dan bayaran yang sepatutnya telah diselesaikan.
  2. Urus cashflow dengan baik. Bila anda cuti, mungkin sales kurang atau terus tak masuk langsung.  Tapi kos lain tetap jalan.  Kos gaji staf anda tetap kena bayar walaupun mereka bercuti.
  3. Jika anda juga berniaga secara online, pastikan anda dah jadualkan semua posting raya anda sebaiknya. Jangan anda  sibuk beraya dan akhirnya Facebook anda sepi je.
  4. Cuti Raya tak bermakna anda boleh berhenti dari buat marketing dan promosi. Rancang awal-awal apa bentuk promosi yang anda nak buat.
  5. Pastikan sistem pembayaran online anda berfungsi dengan betul dan sistem tak down sepanjang cuti raya ini.
  6. Jadualkan waktu bertugas Team Sosial Media anda. Walaupun cuti Raya mungkin ada pelanggan anda yang komen, yang PM, yang bertanya soalan dan macam-macam lagi. Pastikan ianya berjawab.
  7. Jika anda berniaga online, sepatutnya anda dah maklumkan awal-awal tentang proses penghantaran. Berapa jangkamasa akan diambil jika order dibuat ketika cuti Raya. Ini akan bantu pelanggan anda untuk bersabar dan tak tertunggu-tunggu.
  8. Bayaran gaji kakitangan telah dijelaskan atau kalau akan dijelaskan pada akhir bulan, anda boleh keluarkan memo untuk maklumkan kakitangan.
  9. Urus kakitangan anda sebaiknya. Pastikan anda dah uruskan cuti mereka, gaji, duit raya, giliran bertugas dan segala perkara berkaitan dengan kakitangan. Sampaikan pesan anda sebaiknya kepada mereka, supaya mereka tahu apa yang anda harapkan dari mereka.
  10. Maklumkan stokis, agen, supplier dan pelanggan anda bila anda akan tutup perniagaan dan bila perniagaan anda akan dibuka semula. Dengan ini mereka boleh rancang masa yang sesuai untuk berurusan dengan anda.
  11. Senaraikan nombor telefon support system yang anda perlukan. Contohnya, nombor telefon supplier, nombor telefon web support dan bincang dengan mereka apa sokongan yang anda perlukan untuk mereka ketika cuti raya.
  12. Cek stok anda. Pastikan anda ada stok yang cukup bila anda buka perniagaan nanti.  Supplier anda pun mungkin akan cuti.
  13. Pastikan duit-duit cash hasil jualan dan cek yang anda terima dah di ‘bank in’ kan mengikut tarikh yang sepatutnya. Tak bagus untuk simpan tunai di dalam premis.
  14. Tinggalkan kedai atau pejabat dengan keadaan bersih dan pastikan ianya selamat, berkunci, jika ada Alarm dan CCTV bagus untuk pastikan semuanya berfungsi.
  15. Lantik pengawal keselamatan atau syarikat kawalan keselamatan untuk pantau kedai anda.
  16. Periksa juga pelan perlindungan insurans anda. Adakah ianya masih sah, dan apa perlindungan yang diberikan. Adakah and rasa anda perlu tambah ‘coverage’ untuk kedai, kakitangan dan sebagainya.  Kita bukan harapkan perkara buruk berlaku tapi lebih baik kita berjaga-jaga.
  17. Maklumkan pihak berkuasa tentang tempoh kedai anda ditutup untuk cuti raya.
  18. Tampal notis kenyataan di pintu kedai tarikh anda bercuti.
  19. Cipta mood raya di kedai anda, dari segi hiasan dan lagu yang dimainkan, jika anda beroperasi pada hari raya. Dan anda juga boleh berikan mood raya pada Laman Media sosial anda.
  20. Jangan lupa sediakan ucapan raya yang paling best untuk semua pelanggan anda. Raya-raya juga, jangan sampai mereka lupakan anda.

 

Jika semua ni anda dah buat, ok Jom Beraya!

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Pemasaran Bisnes, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start