Community Involvement/Volunteer

oleh Team Richworks pada 26 February 2017

volunteer

“Small acts, when multiplied by millions of people, can transform the world”

Bisnes anda, tak kiralah kecil atau besar, mesti ada marketing plan. Tambahan pula kalau anda baru mula nak bertapak dalam bidang perniagaan. Anda kena promote bisnes anda habis-habisan. Biar orang kenal dan bila dah kenal, mereka kena cintakan bisnes anda.

Bila anda terlibat dengan aktiviti komuniti setempat, lebih-lebih lagi di kawasan kediaman anda, ia akan beri kesan kepada bisnes anda. Bukan tu saja, anda boleh target jiran-jiran dan masyarakat setempat sebagai target pelanggan anda. Berikan ‘best impression’ produk anda kepada mereka.

Nak tahu yang bestnya bila anda bercampur dengan masyararat ni.

1. Mengurangkan kos marketing

Apabila anda berniaga dengan tujuan nak penuhi keperluan masyarakat, anda tak perlu belanjakan kos yang besar untuk tarik pelanggan baru. Sebab anda dah saling kenal dengan mereka, agak mudah untuk anda approach dan tahu kemahuan mereka.

Anda hanya perlukan marketing mulut ke mulut iaitu sebarkan benefits produk anda secara face to face, sambil-sambil anda berborak tanya khabar. Kalau nak lebih nampak kesan, anda boleh bertukar-tukar nombor telefon, alamat media sosial dan anda juga boleh berikan flyers kepada mereka sebagai rujukan.

2. Pupuk kerjasama

Apabila anda mula involve dengan community, ia akan membina hubungan yang baru dan pupuk sifat kerjasama dan kesetiaan. Adat bermasyarakat, mereka akan sentiasa tolong menolong antara satu sama lain. Buat satu aktiviti yang mana anda boleh berkumpul dan lebih kenal dengan semua orang. Dengan aktiviti ini, anda akan rasa satu ikatkan persaudaraan seperti hubungan kekeluargaan.

Kerana bila anda tinggal di bandar-bandar, amat jarang untuk anda kenal jiran-jiran anda kerana masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Dalam aktiviti ini, anda boleh beri sumbangan atas nama bisnes anda. Secara tak langsung, anda telah perkenalkan produk anda dengan cara memberi sumbangan seperti makanan.

3. Berikan kesan yang berpanjangan

Apa sahaja yang anda buat untuk masyarakat, pastikan ia memberi kesan yang berpanjangan dan biar orang ingat sampai bila-bila. Tak kiralah anda buat untuk komuniti anda atau dengan join program sukarelawan anjuran pihak luar, berikan mereka impression yang boleh buat mereka kenal anda.

Bila sebut je nama atau jenama anda, orang terus ingat dan kenal apa yang anda buat. Setiap perkara baik yang anda lakukan dengan ikhlas akan tingkatkan reputasi bisnes dan masyarakat akan lebih dekat dengan anda.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Pemasaran Bisnes, Tip Perniagaan, Uncategorized
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start