Dari Banker, Kini Bergelar Founder Produk Kecantikan Sendiri

oleh Team Richworks pada 01 July 2017

Sakit hati bila hari-hari menatap muka sendiri yang berjerawat adalah permulaan kariernya sebagai usahawan produk kecantikan. Siapa yang tak sakit jiwa raga bila aset sendiri tak nampak elok bila dipandang? Bagi wanita, itu ibaratnya macam “berat mata memandang, berat lagi bahu memikul” tahu? Berat bahu memikul rasa tidak selesa dan tidak yakin menghadapi masyarakat.

Tapi itulah, walaupun nak berniaga bukan susah tapi juga tak sesenang yang disangka. Setahun bertukar profession dari banker ke domestic engineer, atau bahasa kita – suri rumah tangga, beliau tekad untuk berniaga. Semua benda dilanggarnya. Jual apa? Semua pun jual. Tanpa ilmu atau apa-apa, beliau buat saja. Sampaikan jualan sebulan pun beliau tak rekod dan tak tahu, dek sebab tak ada langsung asas niaga. Tapi hari-hari masyuk katanya.

Orang kata circles of friends yang baik, bagus dan positif memang memberi impak yang sangat hebat dalam hidup kita. Hasil perkongsian cerita dan ilmu sahabat yang pernah menghadiri Progran Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) pada beliau, hatinya terbuka untuk turut serta dalam lautan manusia menimba apa yang begitu sulit, rahsia dan istimewa dalam program ini. Maka pergilah Cik Puan Nursidayanti binti Mustari ini ke IMKK pertama beliau pada bulan Disember 2016 di The Klagan Regency Hotel, Kota Kinabalu Sabah.

Ternganga dengan soalan sahabat yang bertanyakan berapa hasil jualannya yang “nampak bagus dan maju” itu, beliau terus sign up di IMKK Borneo tahun lalu. Perniagaannya memang maju, kerana secara kasarnya beliau mampu untuk dapat purata lebih kurang RM20,000 sebulan sebelum menyertai IMKK. Cuma itulah, tak tahu dan tak ada ilmu, duitnya tak lekat di akaun. Berniaga kerana nak beli apa saja, maka ‘apa saja’ itulah yang didapatnya.

Pemilik Bell Beautyspells Solution ini, akhirnya lega hati dah nampak jelas jalan beliau melalui IMKK. Paling utama, sales figure dah dalam tangan, dah tahu kira, dah tahu adjust. Sebulan selepas IMKK berlalu, sales beliau meningkat 4 kali ganda. Dan daripada angka RM100,000 setahun, bertukar jadi RM100,000 sebulan sekarang.

Hasil perkongsiannya di IMKK, beliau temukan satu benda yang rupanya beliau tersorok jauh dan ‘terlupa’. Sesuatu yang menjadi antara punca utama berjaya atau gagalnya sesebuah perniagaan. Beliau temukan asas diri semula. Selama ini, hidup beliau hanya berkisar pada diri sendiri sedangkan ianya lebih dari itu. Hidup kita sebenarnya berkisar dengan keluarga, ibu bapa, pasangan, anak, sahabat. Semuanya mengenai tanggungjawab. Dan beliau yang mesra disapa Kak Belle ini menemukan kembali tanggungjawabnya yang telah beliau ‘ter-lupakan’; tanggungjawab sebagai seorang anak terhadap ibu bapa yang telah meninggal dunia. Mentoring di IMKK membuatkan beliau sedar, tanggungjawab sebagai anak takkan pernah terhapus sungguhpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Formula MESTI yang dilontar oleh Dr Azizan Osman di IMKK waktu itu menjadi pegangan beliau sekarang. I – Intention yang baik dan betul perlu untuk setiap perkara yang kita lakukan. Diiringi dengan Mentoring, Elmu, Sistem, Tindakan yang hebat, semua pasti akan okay. Pesannya jangan pernah rasa atau putus harapan kerana selagi ada nyawa, harapan sentiasa berbunga. Dan lagi, doalah, mintalah apa saja pun kerana kuasa doa sangat besar dan hebat. Jika ada doanya, pasti Allah kabulkan. Ini benar-benar pengajaran yang dikutip dari IMKK yang beliau hadiri.

IMKK membuat beliau nampak apa yang selama ini beliau tak sedar, dan mengubah 360 darjah cara dan niat utama untuk beliau berniaga. Mentoring Dr Azizan Osman memang tersangat banyak tapi inilah antara yang mengesankan di jiwa Kak Belle.

Permulaan yang sangat singkat, IMKK Disember, MMM Januari dan kini beliau salah seorang anggota Titanium Circle Dr Azizan Osman. Katanya, tak kisah melabur untuk ilmu kerana ilmu itu pelaburan yang terbaik. Dengan asal-asalnya beliau terasa ‘mahal’ untuk melabur ke kelas-kelas ilmu begini, akhirnya beliau terjebak juga kerana penangan coaching dan mentoring Dr Azizan Osman yang sangat bernilai dan mengujakan. Bukan magis atau sihir, cuma ia adalah ilmu yang kita perlu ambil tindakan mengikut waktu dan perkadaran yang tepat untuk hasil yang hebat.

Tanpa mentoring dan coaching yang betul, mungkin beliau masih lagi melanggar dinding-dinding halangan dan kegagalan yang ada. Alhamdulillah kini sudah di landasan yang tepat dan bergerak laju menuju lebih banyak hentian kejayaan.

Adakah anda juga mahukan pengalaman sebegini? Ikuti jejak langkah Puan Nursidayanti Binti Mustari dengan sertai kelas Business Growth Workshop kami sekarang. Up close and personal bersama Dr Azizan Osman memantau dan memperbaiki selok belok perusahaan anda demi peningkatan jualan dan keuntungan yang lebih tinggi. Temui matlamat sebenar anda berniaga dan luruskan kembali niat sebenar anda.

Business Growth Workshop bakal membantu anda untuk mengemudi perniagaan dengan lebih telus dan bersistem. Dengan kerangka asas perniagaan yang kukuh, InsyaAllah perniagaan anda mampu bertahan dan bergerak tanpa anda perlu bersusah payah. Mahu kejar peningkatan berkali ganda seperti Kak Belle?

Join kami di Business Growth Workshop hari ini!

Klik di sini www.businessgrowth.com.my/

Lagi mengenai artikel: Blog, Pengumuman, Tip Motivasi dan Inspirasi
 

Ruangan Komen

Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start