Executive Program di Singularity University

oleh Team Richworks pada 25 March 2017

17352086_993386884131202_3870260145575639618_n

Alhamdulillah dari 2,000 lebih orang seluruh dunia yang memohon untuk diterima di Singularity University ini, saya memohon lebih 8-bulan lalu dan saya bersyukur di antara 80 orang yang diterima masuk untuk lalui Executive Program selama 6-hari dan ditunjukkan satu persatu impak dan kajian berkaitan teknologi yang telah dicapai dan akan dicapai di dalam pelbagai aspek kehidupan. Dan setiap yang diterima ini ditanya banyak soalan, antaranya ialah apakah impak positif yang anda akan lakukan menggunakan teknologi supaya ianya bermanfaat dan memberi impak positif kepada 1 billion manusia? Saya jawab apa yang saya jawab dan hari ini selesailah hadir di antara program yang sangat-sangat menguji akal serta pemikiran normal apa yang kita tahu.

Kos hadir ke seluruhan program ini lebih daripada RM100,000 tetapi nilai yang saya dapat adalah lebih 100 kali ganda dan boleh mencapai 1,000 kali ganda Insha Allah. Ilmu yang tidak ada di Malaysia dan saya hadir seorang sahaja dari Malaysia. Melayu seketul. Dan yang lebih mahal adalah network dengan 79 orang lain dari seluruh dunia. Mereka bukan calang-calang juga bila diterima. Next journey- Biarlah rahsia! 

P/S Nak pesan. Perubahan berlaku sangat pantas di sekeliling kita. Apa yang kita lihat hari ini akan berubah esok. Sistem pekerjaan, kehidupan, kenderaan, perbankan, kewangan, tenaga, internet, robot, AI, VR, AR dan banyak lagi perkara akan menyerbu masuk ke dalam hidup kita serta mengurangkan fungsi manusia. Jangan rasa selesa. Change is exponential!

Lagi mengenai artikel: Blog, Kisah Saya
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2019 © RichWorks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start